• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH MASA KINI [SOCIAL MEDIA AS A MEDIUM DAKWAH NOWADAYS]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH MASA KINI [SOCIAL MEDIA AS A MEDIUM DAKWAH NOWADAYS]"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

14

MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH MASA KINI

[SOCIAL MEDIA AS A MEDIUM DAKWAH NOWADAYS]

1 NORADILAH ABDUL WAHAB

adilahphd@yahoo.com

1 NAJMI MUHAMAD

najmi.muhammad747@gmail.com

*1 MOHD SANI ISMAIL

msaniismail@unisza.edu.my

1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,

21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA

*Corresponding Author

ABSTRACT

The explosion of communication technology especially in today's social media has become a new phenomenon in the world community. In fact, the use of social media has become a very popular activity with the use of modern technology tools. Thus, preachers need to keep up with the changes that are taking place so as not to be missed. The success of preaching in Islam is also not focused on a specific way. Therefore, this study is to look at the role of social media as a medium of preaching according to the needs of the times. These writings can serve as a guide for preachers and the public in receiving and using social media information.

Keywords: social media, propaganda, present day.

ABSTRAK

Ledakan teknologi komunikasi terutamanya dalam media sosial pada hari ini telah menjadi fenomena baru dalam kalangan masyarakat dunia. Bahkan, penggunaan media social telah menjadi aktiviti yang sangat popular dengan penggunaan alatan teknologi moden. Justeru, para pendakwah juga perlu seiring dengan perubahan yang berlaku supaya tidak jauh ketinggalan. Wasilah dakwah dalam Islam juga tidak hanya tertumpu kepada satu cara yang khusus sahaja. Oleh itu, kajian ini untuk melihat peranan media sosial sebagai medium dakwah sesuai dengan keperluan zaman. Hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan asas kepada para pendakwah dan masyarakat dalam menerima serta menggunakan maklumat-maklumat dalam media sosial.

Kata kunci: media sosial, dakwah, masa kini.

PENGENALAN

Kemodenan dunia pada hari ini telah menyaksikan pelbagai kemudahan dalam medium komunikasi telah diperkenalkan melalui media (Errika 2011). Teknologi dan media menjadi sarana penting dalam menyebarluaskan maklumat dan mendidik masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan sama ada

(2)

15

daripada aspek ekonomi, politik dan agama. Penggunaan media secara berterusan dapat memberi kesan kepada masyarakat, sama ada kesan yang positif mahupun negatif (Faradillah, Hazlin, NurZakira & Nurain, 2015). Media mempunyai peranan yang sangat besar dalam kehidupan seharian masyarakat Bahkan masyarakat moden pada hari ini hampir tidak mungkin terlepas daripada paparan media (Errika 2011).

Sesuai dengan kenyataan Azizi Yahaya dan Zarin (2009) boleh dikatakan setiap rumah daripada pelbagai lapisan masyarakat pada hari ini dilengkapi dengan kemudahan audio-video seperti radio, televisyen, vcd/dvd dan komputer. Kemudahan yang telah ditawarkan oleh pihak Telekom Malaysia, Jaring, TMNet dan pelbagai kemudahan layar internet yang lain sebagai menambah peranan media, khususnya media elektronik dalam masyarakat. Kini internet telah menjadi salah satu sumber penting untuk mendapatkan maklumat dan jumlah penggunaanya juga semakin meningkat. Menurut Marcelino (2013) internet merupakan sebahagian daripada keperluan masyarakat masa kini yang membolehkan masyarakat menyampaikan informasi. Internet juga dapat menghimpun sumber daya dan maklumat sehingga mampu menjangkau dunia. Justeru, corak dakwah juga perlu melalui perubahan seiring dengan kemodenan dan kecanggihan masa kini.

Namun, sebelum pendakwah bertindak menjalankan kegiatan dakwah, terdapat asas- asas tertentu yang perlu digunakan bagi seseorang pendakwah iaitu menggunakan isi dakwah yang menarik dan cara penyampaian yang berhikmah. Hal ini adalah kerana pendekatan yang digunakan oleh seseorang pendakwah merupakan perkara penting dalam dunia pendakwahan supaya apa yang disampaikan dapat diterima baik oleh golongan sasaran dakwah. Selari dengan pandangan Al-Murshid (1989), berdakwah secara berhikmah mempunyai kekuatan yang boleh mempengaruhi sasaran dakwah. Sesuatu tindakan yang sesuai dan bijaksana yang dibawa oleh pendakwah berdasarkan kesesuaian sasaran dakwahnya akan mendatangkan kesan yang positif.

Namun, sekiranya pendekatan yang dibawa tidak bersesuaian, sasaran dakwah akan memberi maklum balas yang negatif walaupun isi dakwahnya menarik dan bermutu (Roslan, 2002). Justeru itu, mendalami metode-metode dakwah yang berkesan sangat dituntut supaya tercapai tujuan dakwah yang sebenar. Oleh hal yang demikian, teknologi komunikasi moden yang terdapat kini haruslah digunakan ke arah perkara yang mendatangkan kebaikan dan membangun umat yang mengikut landasan syariat Islamiah serta tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi ke arah perkara-perkara yang negatif.

PERANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT

Dewasa ini perkembangan teknologi sangat pesat dan tidak terbendung lagi (Aminudin 2018). Pelbagai aplikasi baru menggunakan teknologi moden telah diperkenalkan bagi memudahkan proses komunikasi dan komunikasi merupakan keperluan asas manusia (Marcelino 2013). Teknologi komunikasi merupakan peralatan teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, proses dan sistem yang digunakan untuk membantu proses komunikasi (Munir 2008). Perkembangan teknologi kemunikasi telah membuka lembaran baru dalam perhubungan manusia dan membawa perubahan dalam organisasi (Wan Idros, Noorzihidayah, Ali & Maizatul 2017). Bentuk komunikasi manusia sentiasa melalui perubahan hasil daripada perkembangan teknologi atau dikenali sebagai revolusi komunikasi yang berbentuk struktural dan teknikal (Van Dijk, 2006).

Bentuk komunikasi yang spesifik seperti lisan, tulisan, percetakan dan telekomunikasi turut mempengaruhi masyarakat secara keseluruhannya (Wan Idros et al. 2017). Sesuai dengan pandangan

(3)

16

Fan dan Gordon (2014) yang menyatakan bahawa era teknologi komunikasi dan maklumat mempunyai kuasa yang sangat besar kepada masyarakat. Menurut Swati (2010), teknologi maklumat dan komunikasi merupakan alat yang mampu mengubah dan mempengaruhi seluruh aspek kehidupan manusia pada hari ini. Forouzan dan Fegan (2003) pula berpandangan bahawa, teknologi yang ada pada hari ini bukan sahaja digunakan bagi memudahkan kerja-kerja manusia, tetapi teknologi juga telah mempengaruhi cara komunikasi manusia. Penggunaan teknologi dalam berkomunikasi telah digunakan secara meluas dan proses komunikasi berlaku bukan sahaja sesama manusia, bahkan terjadi juga komunikasi antara manusia dan mesin (teknologi) dan juga teknologi dengan teknologi. Manakala Fisseha (2011) menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi merupakan pemangkin perubahan, pengendalian dan pertukaran serta lubuk informasi.

Media juga merupakan salah satu teknologi yang kian pesat membangun dan mengalami pembaharuan dalam setiap saat (Normaliza, 2014). Malah media menjadi satu elemen penting dalam sistem komunikasi serta mempunyai pengaruh yang signifikan dalam pembentukan kehidupan masyarakat pada hari ini. Media juga dianggap sebagai satu mekanisme perhubungan yang kuat kerana media mampu memberi impak yang sangat besar dalam aspek kehidupan manusia (Faradillah, Hazlin, NurZakira & Nuraina, 2015). Kemudahan pelbagai mod komunikasi yang ditawarkan seperti media sosial semakin menjadi alat komunikasi sosial kepada masyarakat. Bahkan media sosial semakin menjadi satu bentuk interaksi sosial yang standard dalam kalangan pengguna (Siti Ezaleila, 2013).

Teknologi komunikasi turut menekankan aspek ketercapaian tujuan dalam proses komunikasi sehingga data dan maklumat mencapai kriteria komunikasi yang lebih efektif (Martin, 2008). Menurut Brody (1990) dan Poster (1995) komunikasi manusia telah memasuki fasa kelima yang mementingkan komunikasi secara interaktif yang ditandai dengan teknologi yang berasaskan internet dan perkomputeran serta menyaksikan media baharu mengambil tempat. Media baharu ini telah menggabungkan teknologi komputer dan maklumat, rangkaian komunikasi dan kandungan media digital (Holmes, 2005). Komputer antara komponen penting dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang turut melalui satu revolusi sangat ketara yang merangkumi aspek saiz memori, kelajuan, fungsi, perkakasan, perisian dan aspek lain yang menyumbang kepada kecanggihan komputer hari ini (Holmes, 2005).

Hakikatnya, teknologi pada hari ini telah lama digunakan dalam Islam sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. sebagaimana kisah Nabi Nuh a.s. yang menggunakan bahtera untuk belayar ke tempat yang lebih selamat. Manakala Nabi Daus a.s. pula menggunakan teknologi besi dan pendekatan ini sebagai asbab untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Oleh itu, manusia pada hari ini perlu menggunakan segala kecanggihan dalam teknologi komunikasi untuk membawa manusia lain lebih dekat kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala suruhan serta menjauhi segala larangan-Nya (Fauzan, 2016). Oleh itu, penggunaan teknologi komunikasi maklumat merupakan pendekatan yang relevan dalam dunia pendakwahan masa ini.

MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Media merupakan faktor penting dalam proses komunikasi pada hari ini dan media juga menjadi perantara komunikasi Islam sebagai saluran bagi menyampaikan idea, maklumat, mesej dan dakwah. Media dan komunikasi saling berkait dalam usaha menyampaikan sesuatu gambaran dan maklumat (Ghazali, 2008). Media sosial bukan hanya dilihat sebagai medan penyebaran maklumat dan

(4)

17

komunikasi semata-mata, tetapi berperanan sebagai sumber hiburan dan perantara penyebaran maklumat serta sumber pelbagai aktiviti (Faradillah et al., 2015). Media sosial juga dilihat sebagai tempat perkongsian pengetahuan dan maklumat atas talian dalam pelbagai kumpulan yang menggalakkan kemahiran berkomunikasi (Baruah, 2012).

Sesuai dengan pandangan Muis (2001) yang mengatakan bahawa terjadinya sindrom globalisasi menjelang pada abad ke-21 yang dapat dilihat dengan kecanggihan teknologi yang di susuli dengan penggunaan internet. Manakala media sosial pula merupakan antara lanjutan daripada arus globalisasi yang mampu menghubungkan seluruh lapisan masyarakat di seluruh dunia. Masyarakat Islam pada hari ini menggunakan internet sebagai alat mencari informasi berkaitan dengan isu-isu agama Islam (Umar & Samsudin, 2010). Selain itu, internet juga dijadikan medan mempelajari lebih banyak ilmu yang berkaitan dengan Islam (Chawki, 2010), dan sebagai sumber maklumat keagamaan (Lovheim 2008; Hjarvard 2011; Haslin & Hamdzun 2013; Kosheleva 2013). Motif penggunaan media sosial seperti Facebook adalah bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan juga tujuan berdakwah (Liza & Saodah 2011). Sesuai dengan kenyataan Fadzli, Marhana dan Ab. Hamid (2014) mengenai generasi muda pada hari ini menggunakan blog sebagai medium untuk menyampaikan dakwah. Media sosial merupakan medium yang tepat sebagai sarana dalam penyebaran dakwah Islam dan persediaan awal dalam menghadapi Ghozwul Fikr iaitu perang pemikiran yang disebar oleh golongan anti-Islam. Oleh itu masyarakat Islam seharusnya memanfaatkan kemudahan teknologi komunikasi hari ini sebagai alternative baru untuk berdakwah (Aminudin 2018).

Dakwah yang berkesan memerlukan kaedah, cara, pendekatan atau strategi penyampaian yang bersesuaian dengan golongan sasaran. Ini adalah kerana, hala tuju dakwah adalah jelas iaitu membimbing manusia untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat melalui rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. (Ahmad Sharom, Nor Raudhah & Muhammed, 2015). Dakwah merupakan proses mengajak manusia supaya mengamalkan ajaran Islam dengan melakukan pengabdian yang tulus kepada Allah s.w.t. dan menuruti segala Sunnah Nabi Muhammada s.a.w. dengan berpandukan al-Quran dan al-Hadith. Dakwah bertujuan menyeru dan mengajak manusia ke arah perkara-perkara ma’ruf dan menjauhi perkara-perkara mungkar. Dakwah juga mempunyai perkaitan dengan komunikasi dan dikenali sebagai komunikasi dakwah atau komunikasi Islam (Zulkefli & S. Salahudin 2012).

Hakikatnya, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi telah dikaitkan sebagai komunikasi Islam ketika mana Nabi Muhammad s.a.w berdakwah mengajak umat manusia supaya meyakini akidah dan syariat Islam (Ghazali, 2008). Zaidan (1978) telah mendefinisikan dakwah sebagai ajakan ke jalan Allah s.w.t. iaitu agama Islam agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Manakala dari sudut komunikasi dakwah dilihat sebagai suatu penyampaian mesej (ajaran Islam) dalam persuasif (hikmah) dengan harapan masyarakat boleh menerima dengan hati yang lebih terbuka. Al-Qardhawi (1983) mendefinisikan dakwah sebagai satu usaha mengajak manusia lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah s.w.t. dan melaksanakan segala ketentuan Allah s.w.t.. Definisi-definisi dakwah ini jelas membuktikan bahawa komunikasi dan dakwah mempunyai sifat keserasian sehingga terbentuknya komunikasi dakwah.

Islam dan dakwah merupakan satu revolusi yang seiring menuju destinasi yang sama dan dakwah merupakan sebahagian daripada Islam yang tidak dapat dipisahkan. Simbiosis yang kukuh antara Islam dan dakwah membuka satu penelitian dan panduan yang berguna kepada semua pihak yang terlibat dalam medan dakwah (Badlisham, 2012). Oleh itu media menjadi wasilah dakwah

(5)

18

penting yang boleh digunakan oleh para pendakwah masa kini. Sebagaimana media banyak membantu dalam berkomunikasi antara masyarakat dan sebaran maklumat, media juga banyak membantu gerakan dakwah dalam sesuatu organisasi mahupun individu dalam memperjuangkan amanah Allah s.w.t. di muka bumi ini (Najidah & Abu Dardaa, 2013). Sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar berkaitan dengan kewajipan untuk berdakwah yang bermaksud:

Dari ‘Abdullah bin Umar r.a. berkata, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat. (HR. Bukhari).

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa perintah daripada Nabi Muhammad s.a.w untuk berdakwah dan saling mengingatkan dalam bab amal ma’ruf dan nahi mungkar.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl 16:125 yang bermaksud: Serulah ke

jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. menuntut supaya pendakwah mengajak ke arah kebaikan dengan menggunakan pendekatan yang berhikmah mengikut kesesuaian seseorang individu. Ruzain (2011) menyatakan bahawa kaedah dakwah yang dituntut haruslah mengikut keperluan zaman dan sesuai dengan kemampuan masyarakat. Najidah dan Abu Dardaa (2013) mendapati media merupakan alat komunikasi dan sebaran masa kini sebagai wasilah yang paling sesuai bagi mencapai sesuatu tujuan dan menepati ciri-ciri yang diperlukan.

Terdapat tiga prinsip asas Islam yang harus dibawa oleh para pendakwah sebagai isi kandungan utama dakwah iaitu, akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Akidah merupakan maklumat utama yang perlu disampaikan kepada sasaran dakwah. Hal ini adalah kerana akidah merupakan tunjang terpenting dalam kehidupan seseorang Muslim. Individu Muslim yang tidak mempunyai akidah Islam yang kukuh akan mudah terpesong dan dipengaruhi dengan maklumat-maklumat di media sosial yang boleh merosakkan iman dan menyesatkan. Oleh itu, aspek pertama yang perlu disampaikan kepada sasaran dakwah adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah (Al-Aluri, 1980).

Manakala mesej dakwah yang berkaitan dengan syariah Islam pula merangkumi aspek ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah serta seluruh tatacara kehidupan berlandaskan ajaran Islam. Hal ini dapat membantu sasaran dakwah memahami ajaran Islam yang murni dan memperteguhkan keimanan serta membendung sasaran dakwah daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah. Seterusnya akhlak Islamiah memberi pengaruh yang sangat besar dalam pembentukan peribadi Muslim. Justeru, media perlu berpegang kepada paksi dan bermatlamat untuk membina akhlak masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan tamadun Muslim yang cemerlang, berkualiti, berdaya saing serta mampu menangkis cabaran yang mendatang. Kandungan dan bahan sebaran media perlu mengandungi mesej-mesej yang boleh membina moral dan etika masyarakat khususnya masyarakat Muslim.

Al-Ghazali (1985) menegaskan bahawa dakwah merupakan satu program yang sempurna dan syumul serta mengandungi kesemua jenis ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia dalam menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta menyingkap petunjuk jalan yang bakal menyinari kehidupan. Hal ini adalah kerana dakwah sebagai medium penyampaian maklumat mengenai Islam dan komunikasi pula sebagai penyampai maklumat yang difikirkan perlu untuk masyarakat. Oleh

(6)

19

kerana itu, media sosial yang pusat perhatian umum masyarakat menjadi medium penting untuk menyebarkan maklumat mengenai Islam.

Dakwah melalui media sosial dikatakan cukup efektif kerana tidak terbatas oleh masa, tempat, keadaan dan situasi. Selaras dengan pandangan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) yang mendapati bahawa media sosial merupakan antara salah satu cara dalam menyebarkan bahan kepada pengguna. Menurut Izwah (2010), media banyak membantu pendakwah untuk memahami sasaran dakwahnya. Etika dalam komunikasi media yang berkesan membantu dalam membina kepercayaan sasaran dakwah kepada pendakwah. Dalam bidang psikologi dakwah, keupayaan pendakwah untuk menarik perhatian sasaran dakwah melalui pendekatan tertentu adalah penting supaya mesej dakwah yang dibawa dapatan diterima dan berkesan. Justeru, penggunaan elemen kreativiti merupakan pendekatan yang signifikan dengan penggunaan metod dakwah melalui tarikan perhatian, melibatkan teknik cantik, berubah-ubah dan berulang-ulang (Ahmad Shahrom et al. 2015). Pandangan ini disokong dengan kenyataan Badlishisham (2012) yang mengatakan bahawa adalah menjadi kewajipan pendakwah untuk menggunakan pendekatan yang sesuai dengan golongan sasaran dakwah dan media menjadi senjata yang berkesan bagi memahami keperluan dan kehendak sasaran dakwah. Penggunaan media sosial sebagai wadah media dakwah bagi menyahut dan menerima kemodenan yang disediakan supaya golongan da’i tidak terkebelakang dan media sosial antara aplikasi yang paling diminati oleh masyarakat. Dibuktikan dengan kajian Faradillah (2014) yang mendapati terdapat implikasi yang signifikan antara penggunaan media sosial dengan penerimaan mesej dakwah apabila dapatan menunjukkan sebanyak 62.2% responden menyatakan bahawa mesej dakwah di media sosial memberikan kesan positif terhadap jiwa mereka. Kajian Faradillah et al. (2015) juga menunjukkan faktor ciri interaktif media sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaan mesej dakwah dalam kalangan responden.

Setiap mesej dakwah yang disampaikan memerlukan komunikasi yang baik dan komunikasi yang dilakukan mestilah berlandaskan hukum syarak dan media sosial pula dilihat sebagai medium penyebaran maklumat penting kepada masyarakat moden pada hari ini (Faradillah et al. 2015). Media memegang amanah dalam menyampaikan maklumat yang benar, tepat dan berfaedah kepada masyarakat. Selain itu juga, media bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran (S. Salahuddin, 2011). Justeru itu, menjadikan media sosial sebagai wasilah dakwah adalah relevan kepada masyarakat moden pada hari ini. Hal ini kerana, perkembangan teknologi komunikasi maklumat pada hari ini memungkinkan seseorang individu terjebak dengan zina secara mudah, kerana kemudahan untuk mengakses sebarang maklumat yang negatif seperti pornografi dan sebagainya. Oleh yang demikian, metode dakwah Islamiah yang sentiasa bersifat segar dan semasa telah menegaskan supaya masyarakat Muslim sentiasa berwaspada terhadap sesuatu yang boleh merosakkan masa depan mereka di samping menerangkan keburukan sesuatu perbuatan.

KESIMPULAN

Pelbagai cabaran wujud dalam menelusuri arus kemodenan hari ini dan para pendakwah tidak seharusnya “berpeluk tubuh” sahaja. Ledakan teknologi komunikasi dengan kemudahan internet yang tersedia memberi ruang kepada para pendakwah untuk berinteraksi dengan masyarakat secara atas talian dengan mudah. Pada hari ini, dakwah haruslah lebih praktikal dan menggunakan wasilah yang ada dalam usaha mengembangkan Islam kepada masyarakat. Oleh kerana masyarakat kini lebih

(7)

20

menggemari media sosial sebagai medium pencarian maklumat. Justeru pendekatan dakwah melalui media sosial dirasakan lebih efektif dan berkesan kerana media sosial dapat menjangkau khalayak yang ramai tanpa mengira masa, dan tempat dan hampir setiap rumah kini mempunyai akses internet. Pendakwah hari ini juga perlu lebih kreatif dan fleksibel dengan masyarakat supaya mesej dakwah yang disampaikan dapat diterima baik oleh mereka. Media massa bersifat lebih interaktif dan ini akan memudahkan lagi pendakwah untuk mendekati sasaran dakwahnya.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2009). Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral Dengan Media Massa: Tinjauan Ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar. Sari 27 (2009) 199-212.

Ahlqvist, Toni; Back, A., Halonen, & M., Heinonen, S. (2008). “Social Media Roadmaps Exploring The Futures Triggered By Social Media”. VTT Tiedotteita - Valtion Teknillinen Tutkimuskeskus (2454): 13. Technical Editing Leena Ukskoski.

Alsanie, S. I. (2015). Social Media (Facebook, Twitter, Whatsapp) Used, And It's Relationship With The University Students Contact With Their Families In Saudi Arabia. Universal Journal Of Psychology, 3(3), 69-72. Doi: 10.13189/Ujp.2015.03030

Aminudin (2018). Facebook Sebagai Media Dakwah. Ejournal.Iainkendari.Ac.Id/Al-Munzir/Article/Download/796/726

Andreas M, K. & Michael, H. (2010). Users Of The World, Unite! The Challenges And Opportunities Of Social Media, Business Horizons, 53(1): 61. Kelly School Of Business, Indian University.

Arno, C. 2012. Worldwide Social Media Usage Trend In 2012. Search Engine Watch. 13 April. Diakses Dari Http://Searchenginewatch.Com/Article/2167518/ Worldwide -Social- Media Usage-Trends-In-2012.

Badlihisham Mohd Nasir. 2012. Islam Dan Dakwah Dalam Zaman Kebangkitan Awal Islam Dan Era Penjajahan Barat Di Tanah Melayu. Jurnal Islamiyyat. 34: 5-12.

Baruah, T. D. (2012). Effectiveness Of Social Media As A Tool Of Communication And Its Potential For Technology Enabled Connection: A Micro Level Study. International Journal Of Scientific And Research Publications. 2 (5):1-10.

Bird, D., Ling, M., & Haynes, K. (2012). Flooding Facebook-The Use Of Social Media During The Queensland And Victorian Floods. Australian Journal Of Emergency Management,27(1), 27-33.

Boyd, D.M. & Ellison, N.B. (2007). Social Network Sites: Definition, History, And Scholarship. Journal Of Computer Mediated Communication, 13, 210-230. Doi: 10.1111/J.1083-6101.2007.00393.X

Brody, E.W. 1990. Communication Tomorrow: New Audiences, New Technologies, New Media. New York: Prager.

Chawki, M. (2010). Islam In The Digital Age: Counselling And Fatwas At The Click Of A Mouse. Journal Of International Commercial Law And Technology, 5 (4):165- 180.

Collin, P, Rahilly, K, Richardson, I & Third, A. (2011). Literature Review: The Benefits Of Social Networking Services. Http:// Www. Uws. Edu. Au/__ Data/ Assets/ Pdf _File /0003 /476337/The-Benefits-Ofsocial-Networking-Services.Pdf

(8)

21

Dabner, N. (2012). ‘Breaking Ground’in The Use Of Social Media: A Case Study Of A University Earthquake Response To Inform Educational Design With Facebook. The Internet And Higher Education, 15(1), 69-78.

Errika Dwi Setya Watie (2011). Komunikasi Dan Media Sosial. The Messenger Journal. Vol III. No. 1. Pp. 69- 75.

Fan. W.F & Gordon. 2014. The Power Of Social Media Analytics. Journal Communications Of The Acm 57 (6): 74-81.

Fadillah Iqmar Omar, Hazlin Falina Rosli, Nurzakira Afnee Zakaria, & Nuraina Nabila Dundai Abdullah (2015). Hubungan Penggunaan Media Sosial Dan Penerimaan Mesej Dakwah. Proceeding Of The 2nd International Conference On Management And Muamalah 2015 (2nd Icomm) 16th – 17th November 2015. Pp. 181-191. E-Isbn: 978-967-0850-25-2

Fazdli Adam, Marhana Anuar,. & Ab. Hamid Ali. (2014). The Use Of Blog As A Medium Of Islamic Da’wah In Malaysia. International Journal Of Sustainable Human Development, 2(2):74-80. Fisseha, M. 2011. The Roles Of Information Communication Technologies In Education Review Article With Emphasis To The Computer And Internet. Ethiop. J. Educ. & Sc. 6(2): 1-16. Forouzan, B.A & Fegan, S.C. 2003. Data Communication And Networking. Edisi Ke-4. New York: Mcgraw-Hill.

Ghazali Sulaiman. (2007). Media Komunikasi Islam. S. Salahudin Suyurno, Huzaimah Hj Ismail & Aini Faezah Ramlan (Pnyt). Shah Alam: Uitm.

Al-Ghazali, Muhammad. (1985). Ma’a Allah. Kaherah: Dar Al-Kutub Al-Islamiah.

Haslin Hasan & Hamdzun Haron. (2013). Technology And Religion: Information Seeking Behaviour Of Online Religious Information Among Malays. World Applied Sciences Journal 28 (8): 1082-1088.

Holmes, D. 2005. Communication Theory: Media, Technology And Society. London: SAGE Publications.

Hudson. S, Huang. L, Roth. M.S & Madden. T.J. 2015. The Influence Of Social Media Interactions On Consumer–Brand Relationships: A Three-Country Study Of Brand Perceptions And Marketing Behaviors. International Journal Of Research In Marketing 14: 1-13

Ian, R., David, N., Peter, W., Paul, H., Maggie, F., Barrie, G., Carol, T. (2008). The Google Generation: The Information Behaviour Of The Researcher Of The Future. Aslib Proceedings, 60(4), 290-310. Doi: 10.1108/00012530810887953

Izwah Saudi. 2010. Penerimaan Remaja Terhadap Unsur-Unsur Dakwah Dalam Drama Di TV1. Tesis Sarjana, Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kaplan, A. M., & Haenlein, M. (2010). Users Of The World, Unite! The Challenges And Opportunities Of Social Media. Business Horizons, 53(1), 59-68. Doi:

Http://Dx.Doi.Org/10.1016/J.Bushor.2009.09.003

Kosheleva, N.V. (2013). Muslim Da'wah And Its Influence On Islamic Studies Of The USA. American International Journal Of Research In Humanities, Arts And Social Sciences. 4(1), September-November, 2013, Pp. 102-106.

Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim (2017). Penggunaan Media Sosial Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial Oleh Pemimpin Pelajar Universiti Di Bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia. Journal Of Social Sciences And Humanities. Vol. 12, No. 2 (2017) 087-101, Issn: 1823-884x.

(9)

22

Leonard. A.PS. 2016. Penggunaan Media Sosial Sebagai Eksistensi Diri (Studi Deskriptif Kualitatif Penggunaan Media Sosial Untuk Eksistensi Diri Pada Mahasiswa Fisip UNS Tahun Ajaran 2015/2016). Tesis Sarjana Universitas Sebelas Maret. Surakarata.

Lindsay, B. R. (2011). Social Media And Disasters: Current Uses, Future Options And Policy Considerations. Journal Of Current Issues In Media And Telecomunications, 2(4), 287-297. Liza Shahnaz & Saodah Wok. (2011). Religious Motives For Using Facebook Among University

Muslim Students. Dibentangkan Di Seminar Kebangsaan Media Dan Dakwah (SMED). 14 Disember 2011

Lovheim, M. (2008). Religious Socialization In A Media Age. Nordic Journal Of Religion And Society, 25 (2): 151–168.

Marcelino Sumolang (2013). Peranan Internet Terhadap Generasi Muda Di Desa Tounelet Kecamatan Langowan Barat. Journal Media Publications. Vol. II. No. 4.

Martin, B. 2008. Knowledge Management. Annual Review Of Information Science And Technology 42(1): 369-424.

Muhammad Akmal Ahmat. (2015). Penggunaan Media Sosial Secara Lestari Di Kalangan Pustakawan. Library Innovation Talk 2015 & 3rd KKPI Annual Meeting.

Muis, A. (2001). Komunikasi Islami. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

Munir, M.IT. 2008. Kurikulum Berbasis: Teknologi Informasi Dan Komunikasi. Bandung: Penerbit Alfabeta.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Written Discourse In Digital Audio Folklore. Man In India. 97(2): 491-499.

Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing The New Technology. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.

Pempek, T. A., Yermolayeva, Y. A., & Calvert, S. L. (2009). College Students' Social Networking Experiences On Facebook. Journal Of Applied Developmental Psychology, 30(3), 227-238. Doi:10.1016/J.Appdev.2008.12.010

Al-Qardhawi, Yusuf. (1983). Thaqafah Al-Dai’yah. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Rosmawati Mohd Rasit (2011). Mediamorphosis Melalui Laman Web Sosial: Dari Perspektif Sasaran Dakwah Remaja. Kertas Kerja Dibentangkan Di Seminar Kebangsaan Media & Dakwah (SMED 2011), Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, USIM.

Ruzain Syukor Mansor. 2011. Dakwah Dan Teknologi Maklumat. Putrajaya: Penerbit JAKIM. S.Salahudin Suyurno. 2011. Akhlak Komunikasi Islam Dan Penghayatan Kehidupan Beragama: Kajian Kes Di Universiti Teknologi Mara Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Siti Eizaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2010). Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Vol. 12, No. 2, Pages 37–52 Siti Ezaleila Mustafa. (2013). Media Sosial Di Malaysia Dan Indonesia: Penggunaannya Sebagai Alat Komunikasi Kolaborasi Dan Jaringan Digital. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Jld. 15. Bil. 2. Vol.5, No.2: 71-85.

Siti Ezaleila Mustafa. 2016. Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan Dalam Talian. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal Of Communication Jilid 32 (2) 2016: 65-81.

(10)

23

Swati Desai. 2010. Role Of Information Communication Technologies In Education. Proceedings Of The 4th National Conference. Indiacom-2010 Computing For Nation Development, February 25 – 26. Bharati Vidyapeeth’s Institute Of Computer Applications And Management, New Delhi.

Umar Halim & Samsudin A. Rahim (2010). Penglibatan Digital: Akses Dan Penggunaan E-Agama Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal Komunikasi Jilid 27(2): 121-135. UKM.

Van Dijk, J. 2006. The Network Society: Social Aspects Of New Media. Edisi Kedua. London: Sage Publication.

Wan Idros Wan Sulaiman, Noorzihidayah Md Noor, Ali Salman, & Maizatul Haizan Mahbob (2017). Pengaruh Teknologi Komunikasi Terhadap Perubahan Keorganisasian Di Jabatan Penyiaran Malaysia. Journal Of Social Sciences And Humanities. Vol. 12, No. 1 (2017) 110-136, Issn: 1823-884x.

Wollen, R., Smith, N. & C. Zhou. 2011. The Social Media Management Handbook: Everything You Need To Know To Get Social Media Working In Your Business. New York: John Wiley & Sons. Yates, D., & Paquette, S. (2011). Emergency Knowledge Management And Social Media Technologies: A Case Study Of The 2010 Haitian Earthquake. International Journal Of Information Management, 31(1), 6-13.

Zaidan, Abdul Karim. (1978). Usul Al-Da’wah. Baghdad: Dar Al-Bayan.

Ziani. A.K. 2015. Using Social Media In The Bahraini 2014 Elections “A Study On A Sample Of Young People”. Journal New Media And Mass Communication 37: 25-37.

Zulkefli Aini & S. Salahudin Suyurno (2012). Asas Komunikasi Dakwah. KUIS: Jabatan Dakwah Dan Pengurusan.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan Analisa data yang dilakukan, diperoleh kesimpulan bahwa Sistem Informasi Surat Perintah Perjalanan Dinas bisa merekap data dan menyimpan dengan baik,

Berdasarkan hasil penelitian de- ngan uji statistik Pearson Chi Square antara dukungan keluarga dengan perilaku kunjungan balita ke posyandu diperoleh nilai P-value =

Hasil implementasi rancangan antarmuka halaman utama sistem pakar diagnosis penyakit darah berbasis web digambarkan pada gambar 4.1, implemntasi rancangan antarmuka

Penerapan SOAR untuk keunggulan kompetitif bagi usaha UMKM Semarang meliputi kekuatan (strength) yang terdiri atas tenaga kerja trampil, pelanggan setia,

Segmen yang paling menarik adalah segmen yang memiliki hambatan untuk masuk yang tinggi dan hambatan untuk keluar yang rendah, di mana hanya terdapat sedikit perusahaan baru

Setiap anak yang dilahirkan pun memiliki golongan darah yang diwarisi dari hasil perkawinan kedua orang tuanya.Rule Based Expert System(RBES) merupakan suatu

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa: (1) terdapat pengaruh positif e- service quality terhadap kepuasan pelanggan Gojek Yogyakarta, dibuktikan dari nilai t hitung sebesar

Saya memberi kesempatan kepada stqfuntuk bertanya setelah jiko ada pekerjaan yang sulit Saya mengelola kegialan pekerjaan sesuai dengan TJrowam keria membimbinK stqfyanK lidak