• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN KEM BAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI DAN KEYAKINAN PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEBERKESANAN KEM BAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI DAN KEYAKINAN PELAJAR"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

116

KEBERKESANAN KEM BAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI DAN KEYAKINAN PELAJAR

Khairuzaman Kadir, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Khazri Osman, Ummu Hani Hashim, Nur Syazwina Mustapa.

khairuzaman@ukm.my

Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi dan keyakinan pelajar sebelum dan selepas mengikuti kem bahasa Arab. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian bagi mengumpul data kuantitatif dan kualitatif. Responden terdiri daripada 30 pelajar yang mengikuti Kem Bahasa Arab yang diadakan di Taman Malaysia Seremban, Ng Sembilan Darul Takzim pada 31 Mac – 1 April 2012 yang lalu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kem Bahasa Arab memberi kesan positif kepada pelajar melalui peningkatan tahap minat dan motivasi mereka terhadap kursus kemahiran bahasa Arab. Sebanyak 68.4% peserta kem bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan dalam kem dapat membantu menyelesaikan permasalahan pembelajaran bahasa Arab yang dihadapi oleh mereka. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) pada tahap keyakinan dan motivasi pelajar sebelum dan selepas mereka mengikuti kem bahasa Arab.

PENGENALAN/PENYATAAN MASALAH

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bukanlah satu perkara yang bersifat statik atau jumud, namun ia adalah satu proses yang hidup dan sentiasa menerima perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan manusia. Oleh yang demikian, pendekatan yang diamalkan oleh para tenaga pengajar atau pensyarah sudah pasti berbeza mengikut mata pelajaran, objektif P&P, falsafah, kehendak dan tuntutan sesuatu institusi. Unit Bahasa Arab juga wajar sentiasa peka dengan perkembangan zaman dan seterusnya menyusun serta mencari pendekatan terbaik dalam proses P&P bahasa Arab sejajar dengan keperluan semasa.

Melalui pemerhatian awal dalam sesi pembelajaran sebelum ini menunjukkan bahawa kebanyakan para pelajar di Fakulti Pengajian Islam yang mengambil subjek Maharat (kemahiran) kurang berkeyakinan bertutur dalam bahasa Arab sesama mereka dan dengan guru mereka. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kurangnya motivasi pelajar menghayati bahasa Arab dan hidup dalam biah Arabiyyah. Maka dengan

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12)

• disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani

@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-967-5478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

(2)

117

kesedaran ini, Jawatankuasa Motivasi Unit Bahasa Arab dengan kerjasama pihak Kedekanan Fakulti Pengajian Islam, UKM telah mengadakan kem bahasa Arab di Taman Malaysia Seremban, Negeri Sembilan pada 31 Mac – 1 April 2012 yang lalu. Seramai 33 orang pelajar yang mendapat gred yang rendah dalam peperiksaan PY1112 Maharat al-Qiraah dan PY1132 Maharat al-Kitabah semester yang lalu telah dipilih untuk mengikuti kem ini.

OBJEKTIF Antara objektif pelaksanaan penyelidikan ini ialah:

a. Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan dalam pembelajaran bahasa Arab. b. Membantu pelajar meningkatkan tahap keyakinan diri dan motivasi dalam

mempelajari bahasa Arab.

c. Mempelbagaikan kaedah belajar yang berkesan dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus kemahiran bahasa Arab.

PERSOALAN KAJIAN

Apakah terdapat perbezaan tahap keyakinan dan motivasi pelajar sebelum dan selepas mengikuti kem bahasa Arab?

HIPOTESIS KAJIAN

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap keyakinan bertutur dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar antara sebelum dengan selepas mengikuti kem bahasa Arab.

KUMPULAN SASARAN

Kem bahasa Arab ini diadakan untuk para pelajar yang memperolehi gred C-, D & E dalam PY1112 Maharat al-Qiraah dan PY1132 Maharat al-Kitabah pada semester lepas (sesi 2011/12). Seramai 33 orang pelajar telah mengikuti kem ini, bagaimanapun hanya 30 orang respondan sahaja yang mengembalikan borang soal selidik.

METODE KAJIAN Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu:

a. Kaedah soal selidik, terdapat dua bentuk soalan yang digunakan, iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.

(3)

118

b. Kaedah temu bual dengan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran bahasa Arab. Terdapat dua bentuk soalan yang digunakan, iaitu soalan berstruktur dan soalan tidak berstruktur.

c. Kaedah tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan oleh guru yang terlibat sebagai fasilitator dalam Kem Bahasa Arab terhadap peserta dalam kelas selepas mengikuti kem.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk deskriptif iaitu dengan cara mengedarkan borang soal selidik, melihat peningkatan tahap keyakinan dan motivasi pelajar sebelum dan selepas mengikuti kem bahasa Arab. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian:

Bahagian A Persepsi pelajar mengenai kem bahasa Arab, iaitu sebanyak 12 soalan.

Bahagian B Mengandungi item-item mengenai tahap keyakinan dan motivasi pelajar, iaitu sebanyak 7 soalan.

Skala pengukuran yang digunakan dalam bahagian A ialah skala Likert. Responden diminta memilih 5 skala berikut:

5 --- Sangat setuju (SS) 4 --- Setuju (S)

3 --- Tidak pasti (TP) 2 --- Kurang setuju (KS) 1 --- Sangat tidak setuju (STS)

ULASAN KEPUSTAKAAN

Abd. Ghani (1993) membuat kajian tentang masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak. Di samping itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca kelemahan pengajaran bahasa tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tidak jelas tentang matlamat pembelajaran Bahasa Arab. Sebahagian besar daripada mereka mempunyai minat yang rendah, tidak bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran Bahasa Arab ke peringkat lebih tinggi, tidak mempunyai peluang bertutur dan mengamalkan apa yang telah dipelajari di dalam atau di luar kelas. Kajian ini juga mendapati guru-guru kurang menggunakan alat bantu mengajar.

(4)

119

Para guru dan juga pelajar didapati tidak mengadakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum bagi Bahasa Arab.

Rosni Samah (2009) menyatakan bahawa terdapat juga permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah agama. Hal ini kerana proses pengajarannya banyak terpengaruh dengan sistem pengajaran pondok. Terdapat isu yang ditimbulkan berhubung dengan pendekatan pengajaran dan kurang penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut.

Kajian Mazuki Mohd Yasim et al. (2008) mendapati bahawa perkhemahan pendidikan luar memberikan kesan signifikan yang positif terhadap kesepaduan kumpulan. Faktor demografi jantina dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi peningkatan kesepaduan kumpulan. Kajian beliau juga mendapati bahawa aktiviti ‘team building’ merupakan aktiviti yang paling mendorong kepada kesepaduan kumpulan pelajar.

Wan Azura Wan Ahmad (2011) mengkaji peranan aktiviti ko-kurikulum bahasa Arab seperti Kem Bahasa, Bulan Bahasa, Minggu Bahasa dan program Mentor-mentee dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kajian ini menggunakan borang soal selidik, ujian pra dan pasca dan temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti ko-kurikulum bahasa Arab memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Arab. Namun begitu, kajian itu juga mendedahkan kegagalan beberapa program bahasa memenuhi objektif program kerana beban yang berlebihan daripada aktiviti yang dirancang.

Ahmad Bin Esa et al. (t.th) mengkaji peranan kokurikulum di universiti dalam membentuk keterampilan mahasiswa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterampilan dalam kalangan Pelajar Tahun Akhir Semester 1 2008/2009 Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM melalui penglibatan dalam mata pelajaran kokurikulum. Keterampilan pelajar dilihat dari tiga faktor penyumbang iaitu penglibatan pelajar, peranan pensyarah/jurulatih dan infrastruktur. Skop kajian ini melibatkan empat aspek keterampilan iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan, bekerja dalam kumpulan dan penampilan diri yang kemas. Dapatan kajian untuk peranan pensyarah atau jurulatih dan kemudahan infrastruktur juga adalah tinggi bagi meningkatkan keterampilan diri pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar mampu meningkatkan keterampilan diri dalam usaha untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebelum menempuh alam pekerjaan yang lebih mencabar.

(5)

120

AKTIVITI DALAM KEM

Segala aktiviti yang dijalankan di dalam kem ini menggunakan bahasa Arab sepenuhnya, para peserta dan fasilitator diwajibkan bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab. Antara aktiviti utama seperti berikut:

1. Sayd al-Kunuz

Pelaksanaan aktiviti ini adalah sama seperti aktiviti Treasure Hunt yang dijalankan oleh mana-mana pihak, tetapi perbezaan yang ketara ialah dari segi implementasi bahasa Arab. Setiap sub-aktiviti menggunakan bahasa Arab sepenuhnya, para peserta diminta melakukan pelbagai sub-aktiviti mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi merealisasikan segala bentuk arahan tersebut, setiap individu dalam kumpulan mestilah berperanan sepenuhnya supaya mereka dapat memahami arahan dengan tepat dan betul seterusnya berjaya melaksanakan arahan tersebut. Para peserta diwajibkan berbincang dan berkomunikasi menggunakan bahasa Arab, mereka diminta membawa kamus bahasa Arab dan segala pergerakan mereka di setiap mawqif (chek-poin)t akan di awasi oleh fasilitator. Fasilitator juga berperanan membimbing dan membantu mana-mana kumpulan yang menghadapi masalah.

2. al-Su’al al-Jari

al-Su’al al-jari ialah satu bentuk aktiviti melatih peserta menggunakan kata tanya (al-adawat al-Istifham). Aktiviti ini dilaksanakan secara berpasangan, iaitu mereka diminta bertanya

kepada pasangan masing-masing dengan pantas dan lancar dengan menggunakan al-adawat

al-istifham, soalan-soalan yang diajukan oleh kedua-dua peserta adalah secara serentak dan

jika salah seorang peserta tersebut tersekat-sekat atau tidak mampu meneruskan pertanyaan, maka ia dikira gagal. Pada pusingan seterusnya para pemenang dalam pusingan pertama akan bertemu dan bertanding dalam pusingan kedua, begitulah seterusnya sehingga ke akhir pusingan yang akan menyaksikan hanya seorang sahaja sebagai juara. Seterusnya juara bagi setiap kumpulan akan bertemu dengan juara dari kumpulan yang lain. Para peserta hanya diminta menyoal atau bertanya sahaja, tanpa perlu menjawab soalan dari pihak lawan. Aktiviti ini adalah bertujuan melatih peserta atau pelajar agar mampu menggunakan

(6)

121 3. al-Ittijahat

al-Ittijahat ialah satu bentuk aktiviti yang dibina bagi memahirkan para peserta menggunakan kata nama arah. Aktiviti ini melibatkan dua orang peserta, peserta pertama adalah peserta yang memberi arahan, manakala peserta kedua adalah peserta yang menerima arahan dalam keadaan mata tertutup. Peserta kedua ini akan diberi arahan oleh peserta pertama untuk mencari suatu objek yang diletakkan di suatu lokasi. Hal ini dapat meningkatkan tahap keyakinan peserta pertama memberi arahan menggunakan kata nama arah, di samping dapat meningkatkan tahap kepekaan peserta kedua memahami dan mengikut arahan. Peserta yang memberi arahan berada 30 meter daripada peserta yang menerima arahan dan memberi arahan secara oral sahaja dengan suara yang kuat dan jelas. Peserta kedua hendaklah mendengar dengan teliti arahan dari sahabatnya itu dan memahaminya supaya dapat menuju ke arah lokasi objek yang dikehendaki dengan betul dan tepat. Begitulah seterusnya sehinggalah setiap ahli dalam satu-satu kumpulan berpeluang menjadi pemberi arahan dan penerima arahan secara bergilir-gilir.

4. al-Taqdim

al-Taqdim ialah aktiviti persembahan secara kumpulan. Para peserta diberi kebebasan untuk

memilih apa sahaja bentuk persembahan seperti lagu, lakonan dan sebagainya. Setiap persembahan diwajibkan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dan mereka diberi ruang masa mengadakan perbincangan dalam kumpulan masing-masing dan membuat persiapan untuk menghasilkan al-taqdim tersebut.

5. al-Hiwarat

al-Hiwarat merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang

tempoh pelaksanaan Kem Bahasa Arab, iaitu selama dua hari (31 Mac-1 April 2012). Para peserta diwajibkan berkomunikasi menggunakan bahasa Arab sesama mereka dalam setiap aktiviti sama ada ketika aktiviti khas atau aktiviti umum seperti ketika makan, minum, aktiviti bebas dan sebagainya. Segala pergerakan mereka sentiasa dipantau oleh para fasilitator.

ANALISIS DATA

Data yang diperolehi akan dikumpulkan dengan menggunakan program SPSS (Statistic Package for Social Science). Bagaimanapun untuk memudahkan analisis, pengkaji mengumpulkan

(7)

122

skala Setuju dan Sangat Setuju bagi mengetahui kekerapan dan peratusan persepsi pelajar terhadap kem bahasa Arab. Analisis deskriptif dilakukan bagi menjelaskan kekerapan dan peratusan data. Keputusan kajian dapat dilihat dalam jadual di bawah:

Jadual: Persepsi Pelajar Terhadap Klinik atau Kem Bahasa Arab

Bil. Item Kekerapan Peratus

1. Saya sangat gembira kerana terpilih mengikuti kem bahasa Arab 29 96.7 2. Saya lebih bermotivasi setelah mengikuti kem bahasa Arab. 25 83.4 3. Kem bahasa Arab dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk

bertutur dalam bahasa Arab.

29 96.6

4. Pembelajaran di luar kelas boleh meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Arab.

29 96.7

5. Aktiviti dalam bengkel atau kem dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar.

28 93.4

6. Keyakinan saya untuk mengajukan soalan meningkat setelah mengikuti kem bahasa Arab.

27 90.0

7. Perbendaharaan kata bahasa Arab saya bertambah bila saya menyertai kem bahasa Arab.

28 93.4

8. Aktiviti mencari harta karun mencabar minda saya. 20 66.7 9. Saya dapat mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan

tugasan yang diberikan.

28 93.4

10 Saya dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran bahasa Arab dalam aktiviti berkumpulan.

28 93.4

11. Belajar secara berkumpulan dapat membantu saya meningkatkan kemahiran bahasa Arab saya.

27 90.0

12. Aktiviti dalam bengkel membantu saya menyelesaikan masalah bahasa Arab saya.

15 50.0

13. Kem bahasa Arab merupakan salah satu cara untuk

menyelesaikan masalah pembelajaran bahasa Arab pelajar.

(8)

123

Daripada jadual di atas dapat dirumuskan bahawa item 1, 2, 3, 4 & 5 merujuk kepada sikap diri peserta yang telah mengikuti program motivasi Kem Bahasa Arab tersebut dan didapati ia amat positif, iaitu purata skor bagi kelima-lima item tersebut ialah 93.3%. Sementara itu, item 6,7 & 8 adalah menjurus secara langsung kepada aktiviti yang dijalankan dalam kem. Purata skor bagi ketiga-tiga item ini ialah 83.3%. Hal ini juga menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kem memberi kesan yang baik kepada pelajar. Manakala item 9 &10 menunjukkan kaitan dan implementasi pengetahuan kendiri peserta dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Kem Bahasa Arab. Kedua-dua item ini juga memperlihatkan purata skor yang tinggi, iaitu 93.3%. Manakala analisa 11 lebih memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu belajar secara berkumpulan. Item ini mendapat peratusan yang tinggi juga, iaitu 90.0%. Item 12 &13 tidak kurang pentingnya kerana kedua-dua item merujuk kepada sejauh mana kem bahasa Arab dan aktiviti yang dijalankan dalam kem boleh menjadi salah satu cara penyelesaian bagi permasalahan pembelajaran bahasa Arab yang dihadapi oleh peserta. Kedua-dua item ini mendapat purata skor 68.4%.

ANALISIS TEMU BUAL

Sepanjang program dijalankan para guru telah menemu bual sebahagian para peserta secara rawak untuk melihat sejauh mana keberkesanan program tersebut dan kebolehan para peserta bertutur menggunakan bahasa Arab. Hasil daripada pemerhatian didapati skala kemahiran peserta pada tahap sederhana dan lemah, oleh itu mereka masih memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar, namun apa yang amat membanggakan ialah semangat dan daya usaha mereka yang tinggi untuk bertutur serta menjayakan semua aktiviti yang dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Arab. Terdapat peserta yang menghadapi masalah ketidakyakinan diri untuk bertutur, tetapi setelah mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang dalam program ini, mereka menampakkan perubahan yang ketara dari aspek keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa Arab, bahkan mereka telah berani mengaplikasikannya ketika berada di fakulti.

RUMUSAN UJIAN T TAHAP KEYAKINAN DAN MOTIVASI PELAJAR SEBELUM DAN SELEPAS KEM BAHASA ARAB

Ujian –t digunakan bagi mengetahui perbandingan tahap keyakinan dan motivasi pelajar sebelum dan selepas mereka mengikuti kem bahasa Arab. Analisis bertujuan membandingkan

(9)

124

skor min peratusan tahap keyakinan dan motivasi pelajar sebelum kem dan selepas kem. Berikut adalah 7 item yang dibandingkan:

1. Tahap Keyakinan Bertutur Dalam Bahasa Arab Di Hadapan Khalayak

Jadual 1: Tahap Keyakinan Bertutur Di Hadapan Khalayak Sebelum Dan Selepas Mengikuti Kem Bahasa Arab Tahap Keyakinan

Bertutur

Bil (N) Min Sisihan piawai (SD) Darjah Kebebasan (Df)(N-1) t Signifikan (Sig) Sebelum Kem 30 22.50 17.007 29 -12.247 .000 Selepas Kem 30 54.17 21.176

Jadual di atas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) bagi tahap keyakinan pelajar bertutur bahasa Arab di hadapan khalayak sebelum dan selepas mereka mengikuti kem bahasa Arab. Skor min peratusan tahap keyakinan bertutur sebelum kem (M=22.50, SD=17.007) dan selepas kem (M=54.17, SD=21.176). Analisis menunjukkan skor min peratusan tahap keyakinan selepas kem mengalami peningkatan sebanyak 31.67%. Maka pelaksanaan aktiviti ini adalah efektif untuk membantu meningkatkan keyakinan pelajar bertutur dalam bahasa Arab di hadapan khalayak.

2. Tahap Keyakinan Menggunakan Kata Tanya Bahasa Arab

Jadual 2: Tahap Keyakinan Menggunakan Kata Tanya Bahasa Arab Sebelum Dan Selepas Mengikuti Kem Bahasa Arab

Tahap keyakinan menggunakan

kata tanya

Bil (N) Min Sisihan piawai (SD) Darjah Kebebasan (Df)(N-1) t Signifikan (Sig) Sebelum Kem 30 25.50 14.345 29 -10.615 .000 Selepas Kem 30 57.33 18.880 29

Jadual di atas juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) bagi tahap keyakinan pelajar menggunakan kata tanya bahasa Arab sebelum dan selepas mereka mengikuti kem bahasa Arab. Peningkatan skor min sebanyak 31.83% selepas mengikuti kem bahasa Arab. Maka pelaksanaan aktiviti ini adalah efektif untuk membantu meningkatkan keyakinan pelajar menggunakan kata nama tanya.

(10)

125

3. Tahap Keyakinan Menggunakan Kata Nama Arah

Jadual 3: Tahap Keyakinan Menggunakan Kata Nama Arah sebelum dan selepas mengikuti kem bahasa Arab Tahap keyakinan

menggunakan Kata nama arah

Bil (N) Min Sisihan piawai (SD) Darjah Kebebasan (Df)(N-1) t Signifikan (Sig) Sebelum Kem 30 22.67 15.013 29 -11.167 .000 Selepas Kem 30 55.83 20.261 29

Jadual 3 di atas menunjukkan skor min bagi tahap keyakinan menggunakan kata nama arah selepas mengikuti kem bahasa Arab telah meningkat sebanyak 33.14% berbanding sebelum mengikuti kem. Nilai p adalah 0.000 pada tahap signifikan P < 0.05. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap keyakinan menggunakan kata nama arah selepas tindakan rawatan dilaksanakan. Maka pelaksanaan tindakan ini adalah efektif untuk membantu meningkatkan keyakinan pelajar menggunakan kata nama arah. 4. Tahap Kemahiran Memahami Arahan Dalam Bahasa Arab

Jadual 4: Tahap Kemahiran Memahami Arahan Dalam Bahasa Arab sebelum dan selepas mengikuti kem bahasa Arab

Tahap keyakinan memahami

arahan

Bil (N) Min Sisihan piawai (SD) Darjah Kebebasan (Df)(N-1) t Signifikan (Sig) Sebelum Kem 30 29.30 15.566 29 -9.939 .000 Selepas Kem 30 60.67 20.998 29

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran memahami arahan dalam bahasa Arab selepas mengikuti kem bahasa Arab telah meningkat sebanyak 31.37% berbanding sebelum mengikuti kem. Jadual di atas juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) bagi tahap kemahiran memahami arahan dalam bahasa Arab sebelum dan selepas mereka mengikuti kem bahasa Arab. Maka pelaksanaan aktiviti ini adalah efektif dalam membantu meningkatkan kemahiran memahami arahan dalam bahasa Arab.

(11)

126 5. Tahap Minat Mempelajari Bahasa Arab

Jadual 5: Tahap Minat Mempelajari Bahasa Arab Sebelum Dan Selepas Mengikuti Kem Bahasa Arab

Tahap minat mempelajari bahasa Arab

Bil (N) Min Sisihan piawai (SD) Darjah Kebebasan (Df)(N-1) t Signifikan (Sig) Sebelum Kem 30 37.83 24.236 29 -9.225 .000 Selepas Kem 30 70.17 25.747 29

Jadual 5 di atas menunjukkan skor min bagi tahap minat mempelajari bahasa Arab selepas mengikuti kem bahasa Arab telah meningkat sebanyak 32.34% berbanding sebelum mengikuti kem. Nilai p adalah 0.000 pada tahap signifikan P < 0.05. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap minat mempelajari bahasa Arab selepas tindakan rawatan dilaksanakan. Maka pelaksanaan kem ini berjaya meningkatkan minat pelajar memepelajari bahasa Arab.

.

6. Tahap Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab

Jadual 6: Tahap Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab Sebelum Dan Selepas Mengikuti Kem Bahasa Arab

Tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab

Bil (N) Min Sisihan piawai (SD) Darjah Kebebasan (Df)(N-1) t Signifikan (Sig) Sebelum Kem 30 28.23 16.216 29 -9.906 .000 Selepas Kem 30 56.50 19.438 29

Jadual 6 juga menunjukkan bahawa kem bahasa Arab dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar. Walaupun skor min yang diperoleh hanya 28.27%, iaitu skor min yang lebih rendah berbanding skor min yang diperoleh daripada item lain, namun peningkatan ini masih menunjukkan kesan positif hasil daripada pelaksanaan kem bahasa Arab. Hasil ujian –t juga memperlihatkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) bagi tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab sebelum dan selepas mengikuti Kem Bahasa Arab.

(12)

127 7. Tahap Motivasi Belajar Bahasa Arab

Jadual 7: Tahap Motivasi Belajar Bahasa Arab Sebelum Dan Selepas Mengikuti Kem Bahasa Arab

Tahap motivasi belajar bahasa

Arab

Bil (N) Min Sisihan piawai (SD) Darjah Kebebasan (Df)(N-1) t Signifikan (Sig) Sebelum Kem 30 34.50 21.227 29 -9.813 .000 Selepas Kem 30 69.67 24.842 29

Jadual 7 di atas menunjukkan peningkatan skor min sebanyak 35.17% bagi tahap motivasi belajar bahasa Arab selepas mengikuti Kem Bahasa Arab. Item ini menunjukkan peningkatan skor min yang paling tinggi berbanding item lain. Keputusan ujian -t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) bagi semua persoalan di atas, iaitu terdapat perbezaan tahap keyakinan dan motivasi pelajar sebelum dan selepas mereka mengikuti kem bahasa Arab.

DAPATAN KAJIAN

Secara umumnya, pelaksanaan kem bahasa Arab ini boleh dianggap berjaya kerana memperlihatkan kesan positif yang tinggi, iaitu peningkatan minat serta motivasi pelajar terhadap subjek bahasa Arab. Walaupun peratusan peserta yang bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan dalam kem boleh menjadi salah satu cara penyelesaian bagi permasalahan pembelajaran bahasa Arab yang dihadapi oleh mereka adalah peratusan yang sederhana, iaitu 68.4%, namun pengkaji berkeyakinan tinggi bahawa kem bahasa Arab dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah pembelajaran bahasa Arab jika aktiviti-aktiviti dalam kem dirancang dengan baik dan masa pelaksanaan kem juga dipanjangkan. Hal ini dapat dibuktikan dengan keputusan ujian -t yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) bagi tahap keyakinan dan motivasi pelajar sebelum dan selepas mereka mengikuti kem bahasa Arab.

CADANGAN

Daripada hasil kajian yang dijalankan ini, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan yang berguna kepada pengkaji lain. Antara cadangan kajian lanjutan yang difikirkan ialah:

(13)

128

1. Kajian lanjutan bagi mengkaji kesesuaian dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kem bahasa Arab.

2. Kajian lanjutan untuk membentuk modul bagi kem bahasa Arab yang bersesuaian untuk pelbagai peringkat seperti modul kem bahasa Arab untuk pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pelajar peringkat universiti.

3. Membukukan setiap penemuan permasalahan dan cara penyelesaiannya sebagai rujukan dan panduan asas kepada para pengajar dan pelajar pada masa akan datang.

PENUTUP

Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada penyelesaian permasalahan yang timbul dalam P&P bahasa Arab, sama ada yang dihadapi oleh para tenaga pengajar ataupun pelajar. Kejayaan kem bahasa Arab kali ini dilihat sebagai langkah penting bagi mengatasi masalah dalam pembelajaran bahasa Arab. Harapan kami juga agar pihak kedekanan FPI mengiktiraf kem seumpama ini sebagai program yang mesti diikuti oleh pelajar yang mendapat gred rendah dalam peperiksaan kursus kemahiran bahasa Arab.

PENGHARGAAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dana 104 dan UKM-PTS-2011-107 dan jutaan terima kasih kepada UKM kerana memberi kami dana bagi menjalankan kajian ini.

RUJUKAN

Abd. Ghani Jalil. 1993. Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Maktab

Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak. Diperoleh 22 Mac 2012 daripada

www.gemaislam.net/e-tesis_ba/1.htm.

Ahmad Bin Esa, Hisham B Jamaludin. Peranan kokurikulum di universiti dalam membentuk keterampilan mahasiswa. Diperoleh 24 April 2012 daripada http://eprints.uthm. edu.my/292/1/ahmad_esa.ICTLHE.pdf

Nik Rahimi, Qamaruzzaman & Muwaffak. 2008. Fan tadris al-Lughah al-cArabiyyah li ghayr al-cArab. Bangi: Penerbit UKM.

Mazuki Mohd Yasim, Md Amin Md Taff, Roshdan Ahmad & Jaffry Zakaria. 2008. Kesan perkhemahan pendidikan luar terhadap kesepaduan kumpulan. Diperoleh 24 April 2012 daripada http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20-%20full%20 paper%20 teluk%20danga%20mazuki.pdf

(14)

129

Mohd Marwan & Wan Moharani. 2008. Kajian tatabahasa Arab dahulu dan ssekarang. Nilai: Penerbit USIM.

Mok Soon Sang. 2002. Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah). Penerbit: Kumpulan Budiman

Rosni Samah. 2009. Pendekatan pembelajaran kemahiran bahasa Arab untuk pelajar bukan

penutur jati dan ISU pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM.

Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman, Arnida A. Bakar & Ahmad Pangidoan . 2006.

Pendekatan dan strategi efektif dalam pengusaan bahasa Arab. Nilai: Penerbit USIM.

Wan Azura Bt Wan Ahmad. 2007. Peranan aktiviti ko-kurikulum tambahan berkaitan bahasa arab di USIM dalam meningkatkan penguasaan bahasa pelajar. Diperoleh 24 April 2012 daripada http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/4452?show=full.

Referensi

Dokumen terkait

Daya Hambat Kombinasi Antara Fraksi Polar 29-32 Meniran (Phyllanthus niruri, L.) dengan Antibiotik Amoxicillin dan Chloramphenicol terhadap S.aureus dan E.coli.. Hasil

Asam lemak bebas (FFA) yang dihasilkan dalam proses pembuatan minyak goreng ini berupa zat padat, dikenal dengan nama distilat asam lemak minyak sawit (DALMS) atau Palm Fatty Acid

Mily nagy a hírneve kint!” A pécsi püspöki bibliotéka alapításának korabeli is- mertetései és recepciói = „Új könyvtár virul itt, tele rendbe rakott

Semua form tambah data Barang diisi dengan benar kemudian Klik Simpan Nama Barang: (Diisi) Harga Modal(Rp): (Diisi Angka) Harga Jual (Rp): (Diisi Angka) Jumlah Stok:

Analisis mengenai penerapan saluran drainase dilakukan dengan perancangan konsolidasi lahan, perletakan saluran drainase baru, penentuan debit limpasan rancangan,

Pemberian naungan pada tanaman tertentu akan menyebabkan tanaman tersebut memperoleh intensitas cahaya matahari dan suhu udara yang lebih sesuai untuk pertumbuhannya..

Abstrak-- Pada penelitian ini, zeolit A berhasil disintesis dari abu layang batubara Paiton melalui metode pemisahan magnetik untuk memisahkan besi (Fe) dilanjutkan