• Tidak ada hasil yang ditemukan

fbmarketing-v2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "fbmarketing-v2"

Copied!
68
0
0

Teks penuh

(1)

Facebook Marketing v2 M/s 1

(2)

Facebook Marketing v2 M/s 2

Disclaimer

Ebook ini ditulis berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan hasil dari research yang dilakukan sejak 3 bulan dahulu selepas melancarkan ebook facebook marketing edisi pertama. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar

ulang mana-mana bahagian di dalam ebook ini dengan apa cara sekalipun. Ebook ini sesuai dijadikan rujukan bagi anda yang masih baru dalam bidang pemasaran internet facebook khususnya. Bagi anda yang sudah lama berada di dalam bidang ini diharap ebook ini dapat menajamkan balik ingatan anda yang

mungkin sudah lupa akan teknik pemasaran ini.

Semua maklumat dalam ebook ini adalah tepat pada masa ianya ditulis dan penulis berharap ebook ini tidak akan luput ditelan arus permodenan yang

sentiasa membangun.

Ditulis Oleh

Muhd Afendi Aziz a.k.a

Fendy Aziz

(3)

Facebook Marketing v2 M/s 3

Berkenaan Penulis

Muhammad Afendi Aziz atau Fendy Aziz merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Menjalankan perniagaan internet pada pertama kali pada pertengahan 2009 secara suka-suka. Tetapi pada pertengahan tahun 2010 penulis bertungkus lumus untuk mencari erti perniagaan internet yang sebenar.

Dan pada penghujung tahun 2010 penulis semakin pasti untuk terus bergelumang dengan perniagaan internet setelah menampakkan hasil yang

memuaskan dalam perniagaan ini. Serba sedikit mengenai penulis: Asal : Kota Bharu, Kelantan

Umur : 22 Tahun pada tahun 2011 Status : Berkahwin

Target : Bebas kewangan mencecah usia 25 tahun menerusi perniagaan internet.

(4)

Facebook Marketing v2 M/s 4

Isi Kandungan

Pengenalan……….. M/s 5 Facebook……….M/s 6 Bab 2 Pengasas Facebook………..M/s 8 Bab 3 Bahagian Facebook……….M/s 10 Bab 4

Membina Akaun Anda……….M/s 19

Bab 5

Selamatkah Anda di Facebook?...M/s 23

Bab 6

2.1 : Teknik Pemasaran Di Facebook Dibongkar………M/s 27 b

Bab 7

2.2 : Bagaimana Hendak Menjana Wang Di Facebook…..M/s 65

Bab 8

(5)

Facebook Marketing v2 M/s 5

Pengenalan

Salam sejahtera…

Terima kasih kerana sudi mendapatkan Facebook Marketing v2. Tujuan ebook ini diterbitkan adalah untuk mendedahkan teknik sebenar pemasaran melalui facebook. Mengapa anda harus gunakan facebook untuk tujuan pemasaran anda? Mengapa jadikan facebook sebagai medium pemasaran? Bagaimana mahu

membuat wang menerusi facebook?

Semuanya didedahkan di dalam ebook ini. Dan yang pasti ebook ini lebih advance dari ebook facebook marketing sebelum ini. Info-info berkaitan gift, apps, facebook ads dan banyak lagi di dedahkan dalam ebook ini.

Untuk menjadi pakar pemasaran facebook apa yang anda harus lakukan adalah mengikuti semua langkah-langkah dibawah kerana saya yakin pakar juga menggunakan teknik-teknik yang saya bocorkan dibawah.

Apa yang harus anda lakukan adalah mulakan dari bawah, buat slow2 tetapi kerap. Insyaallah facebook marketing anda akan kuasai.

Semuanya saya kongsikan melalui pengalaman saya dan juga hasil research saya keatas pakar-pakar.

Maka terhasillah Facebook Marketing v2 So apa tunggu lagi..

Lets Go……… Ikhlas

(6)

Facebook Marketing v2 M/s 6

Facebook

Facebook.. Sebut sahaja laman social facebook terlintas difikiran kita ianya adalah salah satu platform sosial yang membolehkan ahlinya berkomunikasi, upload foto,video dan sebagainya untuk tontonan dan perkongsian dengan rakan-rakan. Tetapi tahukah anda fungsi facebook LEBIH daripada itu? Berikut merupakan fakta yang menjadikan facebook LEBIH daripada tempat melepak anda.

-Merupakan laman web ke-2 dalam carta Alexa. -Lebih dari 500 million pengguna aktif.

-50% dari pengguna aktif log in ke facebook setiap hari. -Purata seorang pengguna memiliki 130 rakan.

-Pengguna menghabiskan masa 700 billion minit untuk setiap bulan difacebook. -Mempunyai lebih dari 250 ribu pendaftaran ahli baru setiap hari.

(7)

Facebook Marketing v2 M/s 7

-Rata-rata pengguna berhubung melalui fan page, group dan events.

-Mempunyai lebih daripada 7,000 aplikasi yang dibina dan lebih 100 aplikasi baru ditambah setiap hari.

-Pengguna mengaktifkan 20 million aplikasi setiap hari. -Lebih dari 2.5 million website berhubung dengan facebook.

-Lebih 200 million pengguna mengakses facebook melalui telefon bimbit.Ini menjadikan mereka 2x lebih kerap online dalam sehari.

Saya tanya anda, melihat akan data diatas, apa yang anda akan lakukan untuk memanfaatkan peluang diatas? Jika anda jawab :

“Ya, saya boleh menjana pendapatan melalui

facebook”

Tahniah saya ucapkan kerana anda sememangnya seorang yang bijak mengambil peluang.

Jika cara yang anda gunakan adalah betul, tidak melakukan spam saya yakin ‘friends’ anda boleh bertukar menjadi buyer dan kemudian repeat buyer anda. Hanya dengan menjadi rakan mereka, bertegur sapa, komen, anda boleh

membuat duit di facebook tanpa perlu membuat sebarang aplikasi, tanpa spam wall, tag rakan-rakan anda..

(8)

Facebook Marketing v2 M/s 8

Bab 2

(9)

Facebook Marketing v2 M/s 9

Mark Elliot Zukerberg dilahirkan pada 14 mei 1984 di White Plains, New York. Anak lelaki kepada pasangan Karen dan Edward ini mempunyai 3 orang adik beradik perempuan iaitu Donna, Arielle, Randi.

Mark adalah founder kepada laman web social popular Facebook. Ketika itu Mark baru berumur 23 tahun dan masih menuntut di universiti di Harvard. Mark melancarkan Facebooknya pada 4 februari 2004. Selepas 24 jam pelancaran webnya seramai 1,200 orang pelajar Harvard telah

mendaftar dan dalam tempoh sebulan hampir separuh dari pelajar universiti Harvard telah mempunyai profil di laman web facebook.

Rangkaian facebook telah berkembang dari satu universiti ke university yang lain yang terdapat di Amerika Syarikat. Setelah membelanjakan $200,000 pada bulan ogos 2005 maka terciptalah domain facebook.com.

Setelah hampir setahun setengah facebook bertapak iaitu pada penghujung tahun 2005, facebook sudah mula merebak diseluruh dunia. Pembangunannya

sungguh pesat sekali sehinggakan google dan yahoo menawarkan sehingga $2 billion untuk mendapatkan facebook tetapi ditolak oleh Mark Zukerberg.

(10)

Facebook Marketing v2 M/s 10

Bab 3

(11)

Facebook Marketing v2 M/s 11

Jika anda lihat terdapat beberapa bahagian-bahagian di dalam facebook. Antaranya adalah :

Home :

Home merupakan laman pertama yang anda akan lihat selepas berjaya log in ke dalam facebook. Di sini anda dapat lihat Status untuk anda update status anda,

Photo untuk anda upload gambar dan kongsikan dengan rakan-rakan. Link

untuk anda berkongsi pautan mana-mana laman web dengan rakan-rakan.

Video fungsinya lebih kurang sama sahaja dengan photo di mana anda boleh

upload video dari hard disk atau merekod dari video cam anda untuk dikongsikan dengan rakan-rakan.

Profile :

5 Disember 2010 Mark Zukerberg telah mengumumkan laman profile yang baru untuk facebook. Dan beberapa fungsi telah di update… Termasuklah

bertambahnya ruang untuk meletakkan photo. Ramai di antara mereka memanfaatkan ruang ini dengan menunjukkan kekreatifan mereka.

(12)

Facebook Marketing v2 M/s 12

(Contoh)

Jika anda berminat untuk belajar bagaimana menghasilkan profile hack ini anda boleh belajar di blog milik Nurul Luvleey di

http://www.syoksyok.com/2011/01/01/kreatifkan-gambarprofile-facebook/

Photo :

Facebook membenarkan unlimited photo di upload oleh user setiap hari. Tak hairanlah dalam sehari kira-kira 100 million photo dan kira-kira 2 terabytes photo di upload. Dan bebaru ini satu rekod tercipta apabila pengguna

(13)

Facebook Marketing v2 M/s 13

Chat :

Facebook chat adalah salah satu aplikasi untuk anda berkomunikasi dengan rakan-rakan tanpa menggunakan yahoo

messenger, gtalk, skype. Dengan adanya facebook chat, komunikasi anda menjadi lebih mudah dan cepat.

Facebook chat ditubuhkan pada 23 April 2008 kepada seluruh pengguna selepas percubaan pada 5 April 2008 berjaya.

(14)

Facebook Marketing v2 M/s 14

Pages :

Facebook menggalakkan anda menggunakan facebook fan page untuk anda yang aktif mempromosikan perniagaan anda. Di sini anda boleh membina page untuk perniagaan, kelab, komuniti dan sebagainya . Jika anda baru membina page`jika anda perhatikan nama page anda terlalu panjang dan sukar untuk diingati… Contohnya

http://www.facebook.com/pages/MizzNinaFan/137834339610346?v=app_4949752878& ref=sgm

Tetapi anda boleh memendekkannya apabila jumlah Like page anda melebihi 25 orang.. Anda boleh menukarnya di sini http://www.facebook.com/username/

(15)

Facebook Marketing v2 M/s 15

Groups :

Seperti laman-laman social yang lain facebook juga tidak terkecuali mempunyai groups. Groups pula terbahagi kepada 3 iaitu Open, Closed, Secret

- Open : Rakan-rakan yang sertai dan juga isi kandungan groups adalah public iaitu boleh dilihat umum.

- Closed : Rakan-rakan yang sertai groups dipaparkan kepada umum dan isi kandungan adalah rahsia

- Secret : Rakan-rakan dan isi kandungan groups adalah rahsia dan tidak didedahkan kepada umum.

Apa yang menarik adalah ahli groups adalah unlimited. Anda boleh serapkan seberapa ramai rakan-rakan ke dalam facebook groups anda.

(16)

Facebook Marketing v2 M/s 16

Events :

Fungsi facebook event membolehkan anda mengelolakan, merancang sesuatu majlis. Fungsi ini amat sesuai digunakan jika anda mempunyai sesuatu

perancangan majlis untuk menjemput rakan-rakan anda.

Contoh mereka yang menggunakan event untuk mengajak rakan-rakan menghadiri event mereka

Notes :

Nota facebook sangat berguna jika anda ingin menulis artikel-artikel pendek. Juga sesuai digunakan untuk anda yang ingin membuat review tentang sesuatu produk dan diakhiri dengan link affiliate anda. Anda juga boleh tag rakan-rakan anda. Note anda akan dipaparkan pada wall homepage facebook anda.

(17)

Facebook Marketing v2 M/s 17

Video :

Video membolehkan anda memuat naik video dari computer, telefon bimbit, atau merakam video secara terus menggunakan cam recorder. Jika anda sering

menggunakan youtube, kat bawah setiap video ada butang share.

Butang ini juga memainkan peranan untuk anda menghantar video ke facebook.

Mobile :

Untuk mengaktifkan facebook mobile anda tanpa sebarang cas data sila ke

http://www.facebook.com/mobile/

Antara fungsi facebook mobile adalah : - Laman Facebook Mobile anda

boleh melayarinya di

http://m.facebook.com Ianya telah dikhaskan untuk browser di telefon anda

- Anda boleh menghantar pesanan teks/sms dengan menaip FBOOK dan hantar ke 32665

- Anda boleh memuat naik gambar/MMs ke album facebook anda dengan menghantar email ke mobile@facebook.com

Dengan fungsi facebook sms, ia membenarkan anda menerima notifikasi atau mengemaskini status anda dengan menghantar pesanan teks.

Terdapat juga syarikat telekomunikasi seperta Maxis dan Digi mempromosikan Facebook di pek permulaan prabayar atau menghantar sms memberitahu pelanggan yang mereka kini boleh melayari laman web facebook menggunakan telefon mudah alih.

Pada November 2008, Facebook melaporkan jumlah pengguna mudah alih mereka meningkat daripada 5 juta orang kepada 15 juta orang sejak permulaan pelancarannya pada awal tahun 2008.

(18)

Facebook Marketing v2 M/s 18

Developer :

Pada bulan ogos 2006, facebook telah menawarkan develepor API secara percuma yang dipanggil facebook

developers. Ini memberikan setiap orang akses ke dalam fungsi facebook dan pengaturcara boleh membina

widgets,mashups,tools dan projek-projek lain yang berkaitan dengan facebook. Ia merupakan asas penting bagi facebook sejak mereka menjadi rangkaian social pertama yang memberikan akses terhadap API mereka. Walau bagaimanapun, ianya terhad kepada 100,000 permintaan sehari.

(19)

Facebook Marketing v2 M/s 19

Bab 4

(20)

Facebook Marketing v2 M/s 20

Ia adalah sesuatu yang merugikan jika anda tidak bertindak dengan segera. Lakukan pendaftaran anda pada hari ini kerana ia sememangnya percuma. Jika kita lihat dari bab-bab sebelum ini saya kira anda dah nampak akan kehebatan facebook.

Tetapi jangan fikirkan jika anda mendaftar dengan facebook pada hari ini anda akan boleh membuat wang pada hari ini. Sebaiknya anda fikirkan bagaimana anda mahu menjana wang melalui facebook. Itu yang sebetulnya mind set kita harus fikirkan.

Topik ini mungkin ada diantara anda sudah sedia maklum tetapi saya juga ingin menunjukkan sekali lagi kepada anda. Mungkin ada di antara anda yang masih lagi buntu bagaimana untuk setup facebook anda supaya kelihatan professional. Selepas ini kita akan teruskan ke topic yang lebih advance.. Cool 

(21)

Facebook Marketing v2 M/s 21

Langkah-langkah yang perlu anda titik beratkan semasa dan selepas pendaftaran. I- Gunakan nama anda yang sebenar. Di dalam perniagaan tidak

kira perniagaan online mahupun offline nama juga memainkan

peranan penting dan ia juga boleh dianggap sebagai brand perniagaan kita. Begitu juga dalam facebook. Nama anda menunjukkan diri anda yang sebenar. Mereka yang mencari anda juga senang untuk

menjumpai akaun facebook anda.Perlu diingat facebook juga menitik beratkan akan hal ini. Memang ia nya seakan nampak mustahil bagi mereka untuk menjumpai akaun anda tetapi ianya tidak akan mustahil jika facebook menjumpai akaun anda dan akaun anda terus di’ban’ Ingat fake profile 99.9 % akan terus di ‘ban’ jika facebook

menyedarinya.

II- Gambar profile anda. Jika anda lihat pada hari ini ramai yang

sudah mula menyedari akan hal ini. Berpusu-pusu mereka mencari designer untuk ‘melukis’ gambar yang terbaik. Ingat. Orang melihat kita berdasarkan first impression. Jadi smartkan profile picture anda. 75% mereka yang accept friend request akan merayap dahulu di dalam photo album anda. Jadi letakkan gambar profile anda dan juga

gambar-gambar di dalam photo album anda. Buktikan anda sememangnya wujud.

III- Kurangkan maklumat yang tidak berkaitan. Cuba anda masuk

ke profile seseorang yang belum friend dengan anda. Biasanya tempat memula anda akan tuju adalah info. Kalau boleh elakkan dari

menyorok info tentang diri anda. Letakkan apa profession anda. Tentang diri anda. Letak sedikit sebanyak tentang perniagaan anda. TETAPI elakkan meletakkan benda-benda yang remeh-temeh. Tv show kegemaran anda la, idola anda la, movie la, hobi la. Jika anda

meletakkan kesemuanya kemungkinan mereka untuk membaca info penting tentang diri anda sangat kurang. Jadi masukkan maklumat yang penting sahaja. Seperti kata saya diatas. Profession anda, perniagaan anda.

(22)

Facebook Marketing v2 M/s 22

IV- Pilih komuniti anda. Jika anda lihat sekarang banyak jenis

komuniti yang terdapat di dalam facebook. Ada yang jual baju, jual detox kaki, jual anting-anting dan macam-macam lagi. Ini

menunjukkan mereka semua mempunyai niche masing-masing. Jadi jika anda menjual tudung, masuklah ke komuniti menjual tudung, like page-page yang memiliki niche sama dengan anda. Add friend yang sama jenis niche dengan anda. Ini penting untuk jangka masa panjang dalam perniagaan anda. Kenapa? Ianya lebih mudah jika anda berada dalam kelompok yang sama. Peluang anda untuk menjual lebih tinggi kepada targeted prospek.

(23)

Facebook Marketing v2 M/s 23

Bab 5

Selamatkah Anda di

Facebook?

(24)

Facebook Marketing v2 M/s 24

Sudah menjadi lumrah internet dunia tanpa sempadan, mempunyai kebaikan dan juga keburukan yang tersendiri. Begitu juga dengan facebook, oleh itu perlu bagi kita memastikan segala maklumat peribadi kita berada dalam keadaan selamat.

Saya tunjukkan beberapa cara untuk anda berada lebih selamat dalam facebook. Untuk memastikan anda berada dalam keadaan selamat pastikan terlebih dahulu

(25)

Facebook Marketing v2 M/s 25

Biasanya saya menggunakan recommended untuk privacy setting saya.

Disini anda boleh menetapkan sesiapa sahaja untuk mengakses ke maklumat anda.

(26)

Facebook Marketing v2 M/s 26

Macam-macam ada  Semuanya anda boleh setupkan untuk memastikan maklumat anda berada dalam keadaan selamat.

(27)

Facebook Marketing v2 M/s 27

Bab 6

Bahagian 2.1

Teknik

Pemasaran Di Facebook

Dibongkar

(28)

Facebook Marketing v2 M/s 28

Untuk menjana pendapatan yang konsisten tidak kira di web, blog dan

sebagainya kita memerlukan traffic yang tinggi. Traffic yang tinggi pula di ambil kira berdasarkan jumlah traffic yang berkualiti. Baru lah dapat convert kepada sales. Tetapi di facebook anda tidak perlu mendapatkan traffic yang tinggi, cukup sekadar anda seperti yang saya sebutkan sebelum ini, menjadi pakar dalam bidang anda. Dengan kata lainnya bina kreadibiliti anda. Dengan adanya kreadibiliti anda bukan sahaja dianggap sebagai pakar, popular dalam niche anda, malah buyer anda boleh menjadi repeat buyer. Namun begitu untuk membina kreadibiliti memerlukan pengorbanan anda dari segi masa, ya la kan untuk membina sesuatu brand tidak semudah yang kita fikirkan.

Tetapi apa yang bakal kita fokuskan di bawah topic ini bukan berkenaan

bagaimana untuk membina kreadibiliti tetapi bagaimana untuk menarik traffic yang tinggi dan berkualiti.

Facebook Profile :

Harus diingat sekali lagi, profile anda adalah first impression membayangkan diri anda yang sebenarnya. Jadi letak profile yang menarik. Ia juga merupakan salah satu cara menjana traffic yang tinggi. Ramai di antara pengguna mula ‘add’ friends secara drastic dan mempromosikan perniagaan secara membuta tuli. (Ini boleh mengakibatkan akaun anda kena block untuk add friends selama beberapa hari mengikut kesalahan anda ) Sebaiknya ‘add’ friends slow-slow ( Jgn guna facebook friend adder  ) untuk kualiti friends anda. Satu akaun facebook hanya dapat menampung 5000 friends sahaja. Jadi menjadi kerugian kepada anda sekiranya 5000 friends anda langsung tidak mendatangkan manfaat buat anda. Apa yang baiknya profile facebook ia digunakan untuk update status, share link, video dan photos. Kesemuanya bersifat viral. Kesemua rakan-rakan anda dapat mengetahui apa yang berlaku pada diri anda jika anda menggunakan salah satu fungsi tersebut.

(29)

Facebook Marketing v2 M/s 29

Update Status :

Sertakan info-info yang menunjukkan anda berada pada bidang perniagaan anda. Jika anda menjual tudung, update status anda contohnya ciri-ciri kain yang bermutu untuk dijadikan tudung. Tudung yang up to date pada masa kini. Keluarkan aura anda sebagai seorang pakar dalam bidang tudung.

Saya pernah membuat kajian dimana teknik soft selling amat mujarab untuk digunakan pada status facebook saya. Bagaimana teknik softselling ini? Ok. Anda update status anda dan biarkan ayat-ayat tu tergantung. Contohnya, Senangnya

nak buat duit. Full stop.. Orang akan tertanya-tanya, bagaimana tu, apa yang

dijual, buat kerja apa? Teknik ni dinamakan softselling dimana anda menjual dengan senyap. Harus diingat facebook mempunyai kuasa viral yang amat

berkesan. Jika salah seorang rakan anda komen, komen rakan anda dapat dilihat oleh rakan-rakan anda. Buatkan mereka tertanya-tanya akan status update anda. Saya sediakan contoh status update saya.

(30)

Facebook Marketing v2 M/s 30

Sumber : http://www.facebook.com/fendyaziz/posts/173539066016547

Menarik bukan. Antara mereka yang bertanya dan ada juga terus pm inbox saya, saya telah mendapatkan 3 jualan on the spot.

(31)

Facebook Marketing v2 M/s 31

Salah satu lagi update status yang power dengan menggunakan Tag. Bagaimana anda nak tag mereka sambil anda update status anda? Contohnya, “Sejak saya pakai tool ni ada je duit masuk dalam akaun saya. Anda tak nak cuba ke?” Masukkan @dan letakkan nama rakan-rakan anda yang ingin di tag. Contohnya anda mahu tag nama saya @F automatik akan keluar FendyAziz. Sesaat mereka akan dapat notifikasi berkenaan tag anda. Dan update anda juga akan melekat kat wall rakan-rakan anda.

Photo :

Salah satu input yang penting yang harus anda gunakan. Menjadi kebiasaan manusia memang akan lebih tertarik kepada sesuatu kaler untuk memudahkan otak mereka berimaginasi tentang sesuatu. Gunakan gambar yang menarik untuk menarik perhatian mereka.

Itu salah satu fungsinya. Dan yang seterusnya pada update status anda facebook menghadkan patah perkataan maksimum iaitu sebanyak 420 huruf sahaja untuk satu-satu update. Di sinilah photo memainkan peranan. Anda tulis update status anda lebih dari 420 pun tak pe. Klik photo tanpa padam status update anda tadi. Kemudian upload gambar. Cuba anda tengok. Dah boleh post pada wall anda walaupun lebih dari 420 patah perkataan.

(32)

Facebook Marketing v2 M/s 32

Link :

Untuk mempromosikan link anda, contohnya link web anda, link blog, link affiliate gunakan fungsi link yang telah disediakan. Apa yang menariknya jika anda menggunakan link, contohnya link web anda berkaitan menjual stoking. Dengan automatik apabila anda klik attach untuk submitkan link anda pada wall ia akan keluar gambar dalam keseluruhan web anda dengan sendirinya dan anda boleh pilih gambar mana yang anda suka mengikut arrow yang telah disediakan. Dan link juga mempunyai butang share berbeza dengan update status yang tidak mempunyai butang share. Ini memudahkan rakan-rakan anda untuk menyebarkan link anda kepada rakan-rakan mereka.

Facebook Notes :

Anda mempunyai blog? Blog apa yang anda ada? Blogspot? Wordpress? Blog sebenarnya banyak kegunaan. Lebih baik anda gunakan blog berbayar yang mempunyai domain name pilihan anda sendiri ( Walaupun saya sendiri tak ada blog  Masih lagi dalam proses planning  )

Apa kaitan blog dengan notes?

Ok, bila saya tengok Irfan Khairi selalu je menulis dalam facebook notes terdetik dalam kepala kenapa beliau selalu tulis kat sana, bukan ke lebih baik tulis dalam blog lepas tu invite fan beliau kat facebook then baca kat sana.

Rupa-rupanya step begitu teramat sukar, apabila sifat manusia ni nak yang mudah je. Kalo boleh sekali klik dah nak sampai kat destinasi. Kebetulan pula facebook notes boleh dimasukkan dengan rss blog. Jadi seseorang menulis artikel di blog secara automatik facebook notes akan menyiarkan artikel dari blog

tersebut di facebook.

Seperti bab-bab yang lepas kita dah sedia maklum notes boleh dijadikan tempat untuk review produk affiliate, tempat untuk war-warkan bonus affiliate. Dan anda juga boleh tag rakan-rakan anda untuk memeriahkan lagi notes tersebut.

(33)

Facebook Marketing v2 M/s 33

Facebook notes juga adalah salah satu momentum untuk viral marketing. Anda tag rakan-rakan anda, rakan-rakan anda komen notes anda, notes akan

dipaparkan pada wall mereka.

Facebook Video :

Teringat lagi semasa saya menyertai affiliate jualan hujung tahun kelolaan saudara Raja Kamil. Dan pada masa saya sertai affiliate tersebut tarikh tutup pertandingan adalah pada keesokan harinya. Saya tengok setiap jualan

menawarkan komisyen sehingga rm100 dan 3 jualan terpantas akan menerima rm300 on the spot kalau tak silap ( Dah tak ingat  )

Punyalah excited, saya terus contact Raja Kamil macam mana nak hasilkan sales dengan segera. Katanya buat satu video berkaitan bonus yang di tawarkan. Boleh menaikkan convertion rate.

Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan Raja Kamil sebelum tamat tempoh cabaran dapat la satu sales.

Pointnya di sini Video. Jika anda mempunyai sesuatu perniagaan convert kan ke dalam bentuk video yang mudah difahami. Contohnya anda mempunyai restoran makanan. Buat kan satu video bagaimana anda menghasilkan menu istimewa yang dihidangkan dalam restoran anda. Tunjukkan segala kepoweran anda dalam video tersebut melebihi executive chef. 

Facebook video juga merupakan kuasa viral yang tiada batas. Sekali rakan anda klik share video anda merebak keseluruh pelusuk facebook.

Anda jangan ingat bahawa Ana Rafali memenangi Anugerah Juara Lagu selepas videonya terpampang dalam youtube. Tetapi anda boleh lakukan lebih dari itu kerana facebook mempunyai power lebih dari youtube. Facebook juga

(34)

Facebook Marketing v2 M/s 34

(35)

Facebook Marketing v2 M/s 35

Facebook Groups Vs Facebook Pages

Ciri-ciri Facebook Groups Facebook Pages

Siapa boleh lihat Ahli Facebook Ahli Facebook+Non Ahli

Aplikasi Tiada Boleh

Mesej kepada ahli Melalui Pm Melalui Updates

Traffic statistic Tiada Boleh( Insights )

Share Video/Gambar Boleh Boleh

Perbincangan

Boleh Boleh

Promosi dengan social ads

Tiada Boleh

Seo Tiada Boleh

Akses Ditentukan oleh admin Ahli facebook

Jika kita lihat dari perbandingan di atas suka saya katakan memiliki facebook page adalah lebih sesuai sekiranya anda ingin menjalan sesebuah perniagaan. Ditambah lagi dengan adanya aplikasi yang terbaru membolehkan anda membina kedai online anda tanpa sebarang kos.

Untuk mendapatkan informasi bagaimana anda boleh membina kedai online anda menerusi fan page anda boleh pergi ke http://bit.ly/fhz8g8

(36)

Facebook Marketing v2 M/s 36

Antara kelebihan-kelebihan facebook page adalah : -Mesra Seo

-Anda boleh buatkan page anda seperti minisite

-Membuat kedai online dimana semuanya automatik dengan aplikasi percuma -Boleh meletakkan opt in form

-Dan banyak lagi kelebihan jika dibandingkan dengan facebook gropus Bagaimana anda ingin menjemput rakan-rakan ‘Like’ Page anda?

Untuk mendapatkan ‘Like’ dari rakan-rakan sememangnya teknik ini agar sukar jika tidak kena caranya. Ia memerlukan usaha yang berterusan dan sedikit masa. Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapat ‘Like’ adalah pergi ke page anda.

DI bawah sebelah kiri terdapat butang

Share. Yup, gunakan kelebihan butang tersebut untuk share page anda pada rakan-rakan anda. Satu window pop up akan muncul apabila anda klik butang tersebut

(37)

Facebook Marketing v2 M/s 37

Masukkan ayat-ayat anda. Kalau boleh ayat yang lagi cun dari ayat kat atas . Klik share dan ianya akan dipaparkan pada wall anda.

Ok untuk pengetahuan anda, melalui servis page yang saya jalankan masih ramai lagi antara mereka yang tidak tahu untuk memilih jenis page yang sepatutnya mereka pilih untuk perniagaan.

(38)

Facebook Marketing v2 M/s 38

Jika anda nak buat page perniagaan, mana satu page yang anda akan pilih? 7/10 customer saya dalam mahupun luar Malaysia tidak tahu apakah perbezaan diantara page komuniti dengan page official.

So saya cadangkan mereka untuk buat official page kerana apa yang saya tahu official page boleh setup landing tab.

(39)

Facebook Marketing v2 M/s 39

Apa kelebihan membuat landing tab? Anda boleh tentukan tab mana pelawat akan mendarat apabila masuk ke page anda.

Ok sekarang kita akan pergi ke langkah ke-2 bagaimana untuk mengajak rakan-rakan ‘Like’ page anda.

Letakkan butang tweet & butang share pada bawah page anda. Anda boleh tengok pada page saya http://facebook.com/MyMarketing

(40)

Facebook Marketing v2 M/s 40

Anda boleh dapatkan aplikasi ini di

http://www.facebook.com/apps/application.php?id=4949752878

2 langkah ini mempunyai cara yang sama tetapi kaedah yang berlainan. Langkah 3 : Jika anda mempunyai blog atau web anda juga boleh meletakkan

butang find us on facebook. . Link kan

gambar tersebut ke page anda supaya bila visitor klik mereka akan terus dibawa ke page anda.

Langkah ke 4 : Gunakan events dalam page anda. Buatkan satu pertandingan contohnya. Tawarkan hadiah top 3. Berikan masa dalam sebulan. Mereka akan mempunyai lebih keinginan untuk Like page anda.

Langkah 5 : Update status dalam wall page anda. Update status pada wall juga akan terpampang pada wall mereka yang menjadi friends anda. Jika mereka lihat pasti mereka ‘Like’ jika tajuk update anda power. Content is king.

Facebook Free Gift

Facebook free gift adalah satu aplikasi yang digunakan untuk menghantar hadiah melalui facebook kepada rakan-rakan anda. Rakan anda sambut birthday

contohnya. Anda boleh gunakan kek sebagai free gift kepada rakan anda. Rakan anda merajuk anda boleh hantarkan teddy bear. Dan dengan automatiknya free gift ini akan dipaparkan di wall anda.

(41)

Facebook Marketing v2 M/s 41

Jadi bagaimana untuk kaitkan perniagaan anda dengan free gift ni? Ok selalunya apa yang digunakan dalam facebook hampir 99% adalah bersifat viral. Jadi saya selalu menggunakan facebook free gift ini untuk menyebarkan apa-apa berita tentang perniagaan saya.

Sebelum melancarkan facebook marketing v2 saya telah membuat pre lauch dengan menggunakan free gift

Gambar diatas menunjukkan free gift saya telah siap dibina dan telah ready untuk publish.

Anda boleh klik link dibawah untuk mula menggunakan facebook free gift ini.

http://www.facebook.com/gifting

Sebelum saya publish to my wall saya biasanya menggunakan step 3 terlebih dahulu. Iaitu invite friends. Tetapi invite friends terhad untuk 16 friends satu hari. Maknanya jika anda nak sambung balik nvite friends anda boleh invite pada ke esokkan harinya.

(42)

Facebook Marketing v2 M/s 42

Klik send.

(43)

Facebook Marketing v2 M/s 43

Klik publish dan terpapar kat wall

Apa yang menariknya jika rakan anda turut menggunakan free gift yang dibuat oleh anda, maka rakan-rakan mereka turut mendapat gambaran perniagaan anda seperti mana anda telah ciptakan free gift sebelum itu. Maka terjadi lah viral disitu.

(44)

Facebook Marketing v2 M/s 44

Facebook Application

Anda boleh mencipta pelbagai aplikasi untuk membangunkan empayar perniagaan anda sendiri. Kini, banyak jenis aplikasi yang diguna pakai baik berbayar mahupun percuma.

Malah jika anda tidak tahu untuk membina aplikasi anda sendiri, terdapat banyak jenis aplikasi yang akan membantu anda memasarkan perniagaan anda di facebook.

Saya syorkan beberapa aplikasi yang mungkin berguna untuk perniagaan anda.

Networked Blogs :

Aplikasi ini membenarkan anda mempromosikan blog anda di facebook dan boleh dihubungkan ke wall dan page facebook anda

Social Rss :

Membantu anda menaikkan brand perniagaan anda

Business Card :

Membenarkan anda mengepilkan kad perniagaan anda dalam mesej facebook

Phonebook

Aplikasi ini membenarkan anda menghantar pesanan suara kepada ahli facebook sambil memastikan nombor telefon anda tidak dipaparkan.

Twitter application :

Membenarkan anda untuk melihat siapa rakan facebook anda yang mengupdate status di twitter, menggalakan rakan facebook anda follow anda di twitter.

(45)

Facebook Marketing v2 M/s 45

Facebook Video :

Sekarang facebook video menyokong HD kualiti video yang tinggi. Anda boleh share, boleh setup siapa yang tonton video anda dan amat sesuai digunakan dalam perniagaan anda. Video memberikan lebih impression kepada prospek.

Ecwid/vendor

Siapa kata anda tidak boleh buat kedai online secara percuma? Dengan adanya application terbaru ini anda dapat bina kedai online berkonsepkan shopping cart Maklumat lanjut= http://bit.ly/fhz8g8

Facebook Voicemail

Aplikasi ini membolehkan anda menghantar pesanan suara kepada rakan di facebook.

Static Fbml

Static fbml adalah aplikasi yang berfungsi seperti html. Dengan adanya aplikasi ini di page anda ia dapat menyokong kemasukan widget, gambar dan sebagainya

Rss Graffiti :

Membantu anda untuk menyebarkan kandungan sama ada dari web, blog anda ke facebook profile anda.

Untuk belajar bagaimana mencipta aplikasi sendiri anda boleh dapatkan percuma di sini http://duitfesbuk.com

(46)

Facebook Marketing v2 M/s 46

Facebook Comment

Facebook comment adalah salah satu tool yang membantu promosi anda bergerak secara viral. Facebook comment ini juga amat sesuai bagi pemilik-pemilik web yang mengupah ejen affiliate mereka.

Dengan adanya facebook comment ejen affiliate tidak akan bersusah payah menyebarkan link affiliate mereka banyak kali. Sekali mereka post di facebook comment post mereka akan turut kelihatan pada profile mereka.

Apa yang menariknya jika rakan-rakan klik pada link yang disebarkan dari post tadi, maka rakan-rakan anda akan dibawa ke web affiliate anda dengan kod affiliate.

Hmmmm.. Macam mana nak pasang facebook comment ini? Sebenarnya untuk memasang kod ini terdapat banyak cara. Saya akan tunjukkan salah satu darinya. Klik link ni http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments

(47)

Facebook Marketing v2 M/s 47

Masukkan nama pilihan untuk diletakkan pada Unique ID. Contoh

FbMarketingv2. Jangan klik get code lagi. Klik yang ada highlight biru kat bawah ni.

(48)

Facebook Marketing v2 M/s 48

Jika anda lihat terdapat 2 kod di browser anda. Copy yang pertama dan buka html editor anda.

Saya andaikan anda sudahpun mempunyai html editor. Klik insert pada bahagian menu

(49)

Facebook Marketing v2 M/s 49

Kemudian klik html.

Satu popup akan muncul dan masukkan kod yang telah anda copy sebentar tadi. Hasilnya akan kelihatan seperti ini.

(50)

Facebook Marketing v2 M/s 50

Jangan klik insert dahulu kerana kita akan memasukkan satu lagi kod pada bahagian root”>kod disini</div>

Pergi semula ke browser anda dan klik back supaya browser anda akan dibawa ke Get Code semula.

(51)

Facebook Marketing v2 M/s 51

Sesudah anda copy kod tersebut, pergi semula ke kompozer anda dan paste kod tadi ke dalam kod yang pertama tadi. Lihat gambar di bawah.

Ok settle.. Lepas tu barulah klik insert. Ok sekarang save balik file ni. Sekarang cuba anda upload ke hosting anda. Ok tak? 

(52)

Facebook Marketing v2 M/s 52

Note : Jika anda pengguna facebook comment pertama kali dan hasilnya tidak menjadi anda klik link ini dahulu dan dapatkan apps id anda.

http://www.facebook.com/developers/apps.php

Sesudah mendapatkan apps id anda cuba ulangi langkah diatas. Jika tak menjadi juga cuba check balik sama ada kod yang anda paste tadi di tempat yang betul atau pun tidak.

Lepas tu barulah klik insert. Ok sekarang save balik file ni. Sekarang cuba anda upload ke hosting anda. Ok tak? 

Pay With a Tweet

Paywithatweet juga berguna untuk perniagaan anda. Dengan menggunakan paywithatweet perniagaan anda menjadi lebih viral lagi. Bagaimana nak mengintegrasikan paywithatweet dengan perniagaan anda?

Ok, selalunya para usahawan internet menggunakan paywithatweet untuk mengumpul mailing list.

Ikut langkah-langkah dibawah bagaimana nak integrasikan perniagaan anda dengan paywithatweet.

Klik link ni. http://paywithatweet.com/

(53)

Facebook Marketing v2 M/s 53

Url ke page anda. Sebelum tu cloakkan dulu link url anda. Klik go to bit.ly. Kemudian paste ke dalan url ke page anda.

Setelah selesai klik create my button. Paparan ini akan terhasil

(54)

Facebook Marketing v2 M/s 54

Copy kod dalam bulatan merah diatas untuk diletakkan dalam email follow up anda yang pertama.

Apabila mereka yang mendownload ebook percuma anda link ke squeeze page anda akan terpapar di profile mereka. Maka terjadi lah viral.

(55)

Facebook Marketing v2 M/s 55

Facebook Ads

Apa itu facebook advertising?

(56)

Facebook Marketing v2 M/s 56

Sudah tentu anda pernah tengok iklan-iklan sedemikian bukan? Dan untuk beriklan di facebook ads tidak memerlukan anda membelanjakan sejumlah wang yang besar.

Kenapa?

Kerana facebook ads mengikut selera anda a.k.a mengikut budget anda. Ok. Untuk pengetahuan anda apabila anda menggunakan facebook ads perlu anda tahu bahawa facebook ads memiliki 2 ciri iaitu ads berdasarkan klik (CPC) dan juga ads berdasarkan impression (CPM).

Saya nasihatkan anda gunakan iklan berdasarkan klik. Ini kerana kita bukan sahaja dapat melabur untuk prospek yang benar-benar berminat tetapi kita juga dapat mengurangkan kos pengiklanan.

Bagaimana ads berdasarkan klik dikira? Ok jom kita buat sedikit ilmu kira-kira jap

Anda perlu setkan berapa cpc bid yang anda mahukan. Minima $0.01 ( Suggest minima bid $0.41 ) Ok saya andaikan anda telah set kan minima bid untuk cpc anda $0.50. Jadi untuk mendapatkan sejumlah 100 klik anda perlu beli $50 kredit untuk pengiklanan.

(57)

Facebook Marketing v2 M/s 57

- Iklan anda dicapai oleh 500 million user seluruh dunia - Anda boleh set kan siapa target iklan anda

- Iklan lebih tepat disasar kepada user

Apa yang tidak harus anda lakukan untuk mengelakkan facebook ads anda diluluskan?

Elakkan mengguna perkataan, duit, cepat kaya atau bersangkut paut dengan duit.

Iklan anda diluluskan oleh pekerja facebook iaitu secara manual. Jadi jika anda menggunakan perkataan sedemikian harapan iklan anda untuk diluluskan amat tipis. 

(58)

Facebook Marketing v2 M/s 58

Mungkin anda pernah bertanya jika anda tiada apa-apa perniagaan tapi saya nak mencuba untuk mengiklan bersama facebook ads.

- Anda boleh menyertai mana-mana program affiliate dalam ataupun luar negara

- Tidak kira fizikal atau digital. Semuanya boleh diiklankan dengan facebook ads jika iklan anda tidak melanggar TOS facebook

Bagaimana untuk mengiklan?

Klik link ini http://www.facebook.com/ads/create/ Paparan dibawah akan terhasil.

Paparan diatas merupakan 1/3 dari maklumat anda kena isikan. Isi jangan tak isi 

(59)

Facebook Marketing v2 M/s 59

1-Masukkan link web/affiliate yang anda sertai. Apabila prospek klik iklan mereka akan dibawakan ke sana

2-Masukkan title produk anda

3-Masukkan isi kandungan iklan anda berdasarkan produk anda. 4-Pilih gambar yang bersesuaian dengan produk anda.

Sesudah anda mengisi maklumat berkaitan kita akan pergi ke bahagian 2/3 iaitu targeting

Apa yang ada pada bahagian targeting nie? Jom check it out

1- Tetapkan Negara pilihan anda. Jika anda ingin komersialkan product anda dalam Malaysia maka Negara kita adalah yang paling tepat untuk

dimasukkan dalam kolum country

2- Produk anda target umur berapa? Jika anda nak jual produk untuk kuatkan batin disarankan anda pilih umur 21 tahun keatas.

(60)

Facebook Marketing v2 M/s 60

3- Like & Interest. Yang ni paling penting untuk memastikan kos pelaburan kita untuk iklan adalah berbaloi. Contohnya anda target produk anda untuk siapa? Jika anda target untuk niche kesihatan maka pilih la like & Interest mereka mempunyai minat yang sama dengan niche anda. 4- Yang ni biasanya saya tinggalkan kerana kalau anda set kan yang ni,

promosi anda tidak akan berkembang jauh.

5- Angka 2,200 berubah-ubah mengikut target yang anda pilih. Tetapi ia akan lebih dikecilkan pada no 3 kerana Like & Interest lebih spesifik

Ini adalah sambungan 2/3 iaitu masih dalam bahagian targeting. Pastikan 1 dan 2 anda set kan ALL

Ok sekarang sekarang kita akan ke last step iaitu campaigns, pricing,

(61)

Facebook Marketing v2 M/s 61

Cuba anda lihat pada Budet ( USD ) : Anda ada 2 pilihan sama ada nak pilih per day atau LIFE TIME BUDGET

Saya akan pilih yang huruf yang bertanda gelap kat atas kerana langkah ini lebih cermat sebenarnya.

(62)

Facebook Marketing v2 M/s 62

Orait, sekarang kita akan review ads yang telah dibuat.

Itu hasilnya. Sekiranya anda dah berpuas hati dengan iklan anda boleh klik place order atau edit ad sekiranya masih tak puas hati dengan ad anda.

Saya andaikan anda telah pun klik place order 

Ini dia hasilnya. Paparan diatas akan dipaparkan setelah anda klik place order

(63)

Facebook Marketing v2 M/s 63

Note : Jika anda adalah pengguna baru dalam facebook ads anda digalakkan apabila sampai maklumat billing sila masukkan alamat yang betul. Semuanya hendaklan dimasukkan dengan tepat. Jika tersilap tak pasal-pasal akaun facebook anda turut di ‘ban’

Sebenarnya untuk mengiklan di facebook ads terdapat kupon2 untuk anda mengiklan percuma. Tetapi kupon itu hanya dikeluarkan mengikut musim. Saya rasa untuk menunggu kupon tersebut hanya membuatkan niat anda untuk mengiklan terbantut 

Tetapi jika anda nak juga tahu anda boleh dapat lapoan percuma di sini

http://www.panduaniklanfacebook.com/ oleh saudara Ramli Rahman

Facebook Connect

Apakah facebook connect? Anda tentu pernah memasuki forum-forum kan?

http://wangcyber.com/forum contohnya. Anda pernah nampak butang ni?

(64)

Facebook Marketing v2 M/s 64

Butang tu adalah untuk menghubungkan forum tersebut terus kepada facebook anda.

Jika anda ingin mendaftar di sesuatu forum atau web dan sebagainya.

Jika ada butang tersebut anda akan diberi peluang sama ada untuk sign up atau terus berhubung dengan facebook anda melalui butang tersebut.

Dan jika anda pilih untuk sign up melalui butang tersebut secara automatic maklumat anda akan terus dihubungkan ke forum berkenaan. Canggih kan?  Dan segala maklumat, post anda akan terpapar di profile anda..

Jadi bagaimana ia boleh dikaitkan dengan perniagaan anda? Saranan saya letakkan facebook connect ke blog, web anda.

Untuk apa?

Seperti yang saya katakan diatas segala post, komen, update terbaru dari blog anda akan terpapar di profile facebook anda. Ini menggalakkan viral promotion berlaku jika rakan anda komen, balas komen.

Bukan ke anda dah melakukan 2 kerja dalam satu masa dengan facebook connect? :D

(65)

Facebook Marketing v2 M/s 65

Bab 7

Bahagian 2.2

Bagaimana Hendak

Menjana Wang Di

Facebook?

(66)

Facebook Marketing v2 M/s 66

Untuk mula menjana wang difacebook anda seharusnya set kan dahulu mind set anda bahawa facebook bukanlah tempat untuk menjana wang yang mudah. Sebaliknya kita seharusnya lebih menumpukan kepada sosialisme antara kita dan rakan-rakan.

Cuba anda tengok pakar-pakar pemasaran di facebook. Mereka semuanya bermula dari bawah.

Mereka memerlukan suatu pengorbanan untuk membolehkan diri mereka mencapai tahap yang ‘top’

Seeloknya anda gunakan medium facebook sebagai pemangkin untuk anda bina networking. Terapkan segala teknik pemasaran diatas + Networking anda akan mendapat result yang boom seiring dengan pemikiran yang positif

(67)

Facebook Marketing v2 M/s 67

Bab 8

Penutup

(68)

Facebook Marketing v2 M/s 68

Sekarang kita dah sampai di bab yang last sekali iaitu penutup. Akhir kata dari saya. Sahut lah cabaran dengan menggunakan semua teknik dalam ebook ini. Jangan buat perkasam plak 

Saya harap ilmu yang telah saya dedahkan dalam Facebook Marketing v2 dapat memberikan manfaat untuk anda dan menyedarkan anda akan potensi

menggunakan facebook sebagai medium pemasaran. Akhir kata dari saya,

Fendy Aziz

Selamat Maju Jaya..

Gambar

Gambar diatas menunjukkan free gift saya telah siap dibina dan telah ready  untuk publish

Referensi

Dokumen terkait

EDUKASI SECARA DARING TENTANG PEMANFAATAN MOODLE UNTUK GURU DAN DOSEN SELAMA PANDEMI COVID-19 Khoirul Rista Abidin 1 , Puji Astuti 1 ,Zahro Mufidah 1 ,Fadli Sukandiarsyah 1 ,

pengembangannya, sementara untuk menguasai teknologi sangat dibutuhkan kemampuan matematika. Kelemahan penguasaan matematika terjadi di SD Negeri 1 Bireuen, hasil

Pertahanan dan keamanan merupakan hal yang tidak dapat diabaikan oleh suatu negara, dengan dinamisasi yang terus terjadi di dunia, pertahanan dan keamanan harus

Model numeris yang dikembangkan dengan persamaan momentum tersebut dapat mensimulasikan wave set down pada perairan dalam, wave setup pada perairan dangkal, dispersi dan

Selain itu, penelitian dari Padmawati hanya menjelaskan perbedaan penggunaan dari dua setsuzokushi yang menyatakan hal berlawanan yaitu setsuzokushi shikashi dan demo,

Dalam penelitian ini, komposisi dewan komisaris berpengaruh negatif secara tidak signifikan terhadap hubungan antara kecakapan manajerial dengan manajemen laba dengan

1) Ketegangan (tension), rasa putus asa dan murung, gelisah, cemas, perbuatan-perbuatan yang terpaksa (convulsive), hysteria, rasa lemah, tidak mampu mencapai

Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan pembelajaran musik menggunakan gelas berbahan kaca pada mahasiswa jurusan PAUD FIP UNY tahun angkatan 2016/2017. Metode penelitian