• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENDAHULUAN. Syariat Islam itu diturunkan oleh Allah untuk kesejahteraan hidup manusia, dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENDAHULUAN. Syariat Islam itu diturunkan oleh Allah untuk kesejahteraan hidup manusia, dan"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Syariat Islam itu diturunkan oleh Allah untuk kesejahteraan hidup manusia, dan tanpa ada sedikit pun kecacatan yang boleh mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada manusia. Kenyataan ini dapat digambarkan melalui petikan kata-kata Imam Ibn al-Qayyim yang masyhur dengan mafhumnya:

“Syariat Islam dibina dan diasaskan di atas hikmah dan maslahat untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat. Syariat itu semuanya bersifat adil, memberi rahmat kepada semua (manusia), memberi kemaslahatan kepada semua (manusia) serta mempunyai hikmah yang menyeluruh….” 1

Secara umumnya, syariat Islam ini merupakan suatu yang merangkumi secara keseluruhannya segala apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Sumber hukum dalam syariat Islam adalah berasaskan kepada dua sumber utama, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.2

Sumber-sumber hukum ini mengandungi segala aspek pengajaran dan ketetapan tentang hidup manusia sama ada mengenai aqidah, akhlak, tasawuf, ‘ibadah dan segala peraturan lain sama ada yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya, dengan dirinya sendiri atau dengan masyarakat.3 Dengan ungkapan lain, ia juga menjelaskan bahawa Islam telah menggariskan kepada

1 Ibn al-Qayyim (1977), I‘lām al-Muwaqqi‘īn ‘an Rabb al-‘Ālamīn. Muḥammad Muḥy al-Dīn ‘Abd

al-Ḥāmid (ed.), j. 3. Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmīyyah, h. 14-15.

2

Selain daripada dua sumber hukum yang utama ini, terdapat sumber-sumber hukum yang lain seperti ijmā‘, qiyās, istiḥsān , maṣāliḥ al-Mursalah, istiṣḥāb, ‘uruf, shara‘ man qablanā dan ‘amal

ahl al-Madīnah yang merupakan manifestasi daripada dua sumber hukum yang utama.

3 Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid (2004), Sejarah Pembinaan Hukum Islam, c. 6. Kuala Lumpur:

(2)

2 manusia beberapa persoalan tentang keimanan dan aqidah, hubungan manusia dengan Tuhannya dan hubungan sesama manusia.4

Dari sudut disiplin pengajian,5 syariat Islam biasanya dibahagikan kepada tiga komponen.6 Pertama; hal-hal mengenai aqidah,7 kedua; hal-hal mengenai akhlak,8 dan ketiga; hal-hal mengenai tindak-tanduk amali atau lahiriah manusia.9 Komponen ketiga inilah yang diistilahkan sebagai fiqh. Pemahaman (fiqh) tentang hukum-hukum amali atau lahiriah manusia tetap berterusan dan berkembang dengan pesat kerana manusia perlu mengetahui hukum bagi perkara-perkara yang baharu timbul. Fiqh diperlukan pada setiap zaman dan tempat bagi mengatur dan menyelaraskan hubungan kemasyarakatan, menjamin hak serta menentukan kewajipan setiap orang, menyempurnakan maslahat baharu yang sentiasa lahir dan mengelakkan bahaya dan kerosakan yang sedia ada atau yang mendatang.10

Dalam hal inilah para fuqaha membahagikan hukum-hukum amali kepada dua cabang pokok. Cabang pertama ialah hukum-hukum tentang ‘ibadah iaitu hukum-hukum yang menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya; dan cabang

4 Faizah Hj. Ismail (2000), Asas-asas Muamalat dalam Islam, c. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, h. xv.

5 Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid, op. cit.; Faizah Hj. Ismail, op. cit.; dan Ādil Muḥammad ‘Abd

al-‘Azīz (2002), Mabāhith fī Tārīkh al-Tashrī‘ al-Islāmī. Kuala Lumpur: Fajar Ulung, h. 16-17.

6 Menurut Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid, pembahagian ini walau bagaimanapun hanya

merupakan pembahagian biasa yang berdasarkan kepada realiti bidang ilmu yang ada. Ia tidak menghalang kemungkinan diadakan suatu bentuk klasifikasi yang baharu sekiranya lebih sesuai (op. cit., h. 2).

7

Aqidah ialah perkara-perkara yang bersangkut paut dengan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah, seperti beriman dengan Allah dan hari kiamat. Perbincangan mengenai hal-hal ini dibahaskan dalam bidang pengajian ilmu Tauhid atau ilmu Kalam.

8 Akhlak ialah perkara-perkara yang membicarakan tentang budi pekerti manusia sebagai seorang

individu seperti bersifat jujur, amanah, menunaikan janji, sabar, dan berani. Hal-hal ini dibahaskan di bawah bidang pengajian ilmu Akhlak atau Tasawuf.

9 Ia adalah bersangkut paut dengan hubungan manusia dengan manusia; atau disebut juga sebagai

hukum-hukum amali. Hukum-hukum ini dinamakan sebagai hukum fiqh dan perbincangannya dibahaskan di bawah bidang pengajian fiqh.

10

(3)

3 kedua pula ialah hukum-hukum mengenai muamalah yang menyusun hubungan sesama manusia.11

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk memfokuskan kajiannya kepada pemikiran Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Faṭani dalam bidang fiqh ‘ibadah melalui sebuah daripada hasil karyanya iaitu kitab Furū‘ al-Masā’il wa Uṣūl al-Wasā’il. Selepas ini beliau akan disebut sebagai Syeikh Daud sahaja dan kitabnya akan disebut sebagai kitab Furū‘ al-Masā’il sahaja. Pemikiran dan personaliti Syeikh Daud amat perlu dikaji, ditonjol, dan dipersembahkan kepada umum kerana lima sebab utama.

Pertama, Syeikh Daud telah menghasilkan tidak kurang 66 buah karya dalam pelbagai disiplin ilmu dalam pengajian Islam. Tambahan pula, beliau merupakan ulama Melayu Nusantara yang paling banyak menghasilkan karya fiqh dalam mazhab Syafii.12

Kedua, Syeikh Daud merupakan ulama Melayu yang pertama menulis dalam fiqh mazhab Syafii yang lengkap dengan judul kitāb, rubu‘, bāb dan faṣal dengan kitabnya yang berjudul Hidāyah al-Muta‘allim wa ‘Umdah al-Mu‘allim yang ditulis pada tahun 1244H/1828M.13 Selain itu, beliau juga merupakan ulama Melayu pertama menulis dalam bentuk komentar dalam bidang fiqh melalui kitab yang berjudul Sullam al-Mubtadī fī Ma‘rifah Ṭarīqah al-Muhtadī yang ditulis pada tahun 1252H/1836M.14

11 Ibid. 12

Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2001a), “Tokoh dan Karya Ulama-Ulama Pattani Sebagai Rujukan Nusantara” (Kertas Kerja Seminar Bahan Rujukan Islam Nusantara di Brunei Darussalam, 20-23 Ogos 2001).

13 Ibid. 14

(4)

4 Ketiga, Syeikh Daud termasuk dalam tiga orang ulama Nusantara yang paling dikenali bersama Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Syeikh ‘Abdul Samad al-Falimbani. Ketiga-tiga ulama ini telah membentuk satu jaringan ‘segi tiga emas’ antara Palembang di Sumatera, Patani di Semenanjung Tanah Melayu dan Banjarmasin di Borneo. Dalam lingkungan ‘segi tiga emas’ dan sekitarnya ini telah melahirkan ratusan atau ribuan ulama Nusantara yang menjadi pendinding dan pemuka kepada Islam dan umatnya di rantau ini.15

Keempat, Syeikh Daud mendalami pengajian Islam selama 30 tahun di Mekah dan lima tahun di Madinah melalui ulama-ulama yang terkenal di kota berkenaan. Oleh itu, beliau telah berjaya menguasai pelbagai disiplin ilmu dalam pengajian Islam sehingga melayakkan beliau dianugerahi gelaran “‘Ālim al-‘Allāmah al-‘Ārif al-Rabbānī”. Selepas lebih 30 tahun menuntut ilmu di Mekah dan Madinah, beliau dipercayai telah pulang ke Patani untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan dakwah Islamiah di tanahair sendiri.16

Kelima, Syeikh Daud menurut beberapa pengkaji Barat merupakan pelopor dalam menghasilkan dan menggunakan kitab Jawi sebagai buku teks terutama dalam pengajian Islam tradisional di pondok dan madrasah.17

Untuk tujuan penyelidikan mengenai pemikiran Syeikh Daud dalam fiqh ’ibadah ini, pengkaji telah memilih sebuah karyanya yang dikenali sebagai Furū‘ al-Masā’il wa Uṣūl al-Wasā’il. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi. Pengkaji memilih untuk mengkaji pemikiran Syeikh Daud berdasarkan kitab ini kerana empat sebab.

15 Ibid.

16 Hawash Abdullah (1980), Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-tokohnya di Nusantara.

Surabaya: Penerbit al-Ikhlas, h. 25.

17 Fatimah Ali (1992), “Syeikh Daud al-Fataniy Sebagai Pendidik dan Pendakwah”, Dunia Islam,

(5)

5 Pertama, kitab Furū‘ al-Masā’il ini telah dikategorikan sebagai kitab perundangan Islam (fiqh) yang terbesar dan terlengkap karya Syeikh Daud.18

Kedua, kitab Furū‘ al-Masā’il ini menjadi rujukan yang sangat berpengaruh dalam kalangan kadi dan mufti bukan sahaja di Tanah Melayu malah di seluruh Asia Tenggara.19

Ketiga, kitab Furū‘ al-Masā’il merupakan antara kitab pilihan untuk dipelajari dalam pengajian pondok dan pengajian di masjid-masjid di rantau Nusantara terutamanya di Malaysia dan Selatan Thailand. Malah, kitab ini masih lagi diulang cetak hingga kini.20

Keempat, memandangkan kitab Furū‘ al-Masā’il merupakan sebuah kitab yang berbentuk soal-jawab dalam perkara-perkara cabang fiqh, maka aliran pemikiran penulis kitab ini iaitu Syeikh Daud akan dapat dikaji dengan lebih tepat dan mendalam.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat pelbagai skop dan disiplin ilmu yang dibahaskan berkaitan dengan Syeikh Daud dan karya-karyanya, namun ia belum cukup untuk mewakili keseluruhan ketokohan dan kewibawaan beliau. Masih ada lagi sudut-sudut ilmiah lain yang belum diterokai. Sebagai contohnya, belum ada lagi tulisan atau kajian yang secara terus dan komprehensif mengaitkan pemikiran hukum beliau dalam aspek fiqh ‘ibadah.

18 Abdul Kadir bin Haji Muhammad (1996), Sejarah Penulisan Hukum Islam di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 44.

19 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1991b) “Sumbangan Syeikh Daud al-Fatani kepada Pengajian

Fiqhi Syafi‘i di Asia Tenggara” (Kertas Kerja Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, 17-19 Disember 1991).

20 Mohamad @ Md. Som Sujimon dan Wan Sabri b. Wan Yusoff (2003), “Sheikh Da’ud al-Fatani’s

Contribution to Muslim Scholarship in Malaysia”, Monograph on Selected Malay Intellectuals. Kuala Lumpur: Research Centre International Islamic University Malaysia, h. 33.

(6)

6 Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, ciri utama pemikiran hukum para ulama klasik Nusantara seperti Syeikh Daud ialah bertaklid kepada mazhab Syafii. Sumber pemikiran hukum mereka pula terhad kepada kitab-kitab ulama mazhab Syafii seperti Minhāj al-Ṭālibīn oleh al-Nawawī, al-Muhadhdhab oleh al-Shīrāzī, Faṭh Wahhāb oleh Zakarīyyā Anṣārī, Tuḥfah Muḥtāj oleh Ibn Ḥajar al-Haytamī, Nihāyah al-Muḥtāj oleh Shams al-Dīn al-Ramlī, Mughnī al-Muḥtāj oleh Ibn Khaṭīb Sharbīnī, Faṭh Mu‘īn oleh Zayn Dīn bin ᶜAbd ‘Azīz al-Malibārī, al-Ghāyah wa al-Taqrīb oleh al-Asfahanī dan sebagainya. Akibatnya, pemikiran hukum yang berkembang itu ada yang tidak lagi dalam bentuknya yang asli seperti yang diasaskan oleh Imam Syafii sendiri.21 Justeru timbul persoalan di sini: adakah kenyataan mengenai pemikiran hukum ulama klasik Nusantara seperti Syeikh Daud ini benar dan tepat, dan sejauh manakah kebenaran dan ketepatannya. Oleh itu, pengkaji telah meneroka pemikiran fiqh ‘ibadah Syeikh Daud dalam kitab Furū‘ al-Masā’il secara sistematik dan komprehensif. Kitab Furū‘ al-Masā’il telah dipilih dan dijadikan fokus penelitian kerana ia merupakan sebuah karya agung Syeikh Daud dalam fiqh mazhab Syafii.

Memandangkan kitab Furū‘ al-Masā’il merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafii yang ditulis dalam tulisan jawi, maka perincian terhadap kandungannya perlulah dilakukan terlebih dahulu. Selain itu, data-data luaran seperti lokasi manuskrip, edisi-edisi cetakan, pentashihan, kaedah penulisan atau metodologi yang digunakan, sumber-sumber rujukan, pengaruh bahasa Arab dan perbincangan mengenai istilah-istilah khusus yang digunakan oleh Syeikh Daud juga wajar diberi perhatian.

21 Abdul Rahman Haji Abdullah (1998), Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala

(7)

7 Sebagai rumusannya, diharapkan keseluruhan penyelidikan ini dapat mengangkat khazanah keilmuan Islam klasik ke gelanggang keilmuan Islam masa kini. Malah, berupaya menonjolkan ketokohan seorang ulama besar Melayu Islam Nusantara dalam bidang fiqh ‘ibadah melalui pengkajian kitab Furū‘ al-Masā’il. Selain itu, penyelidikan ini juga diharap dapat memantapkan lagi sumber rujukan ilmiah yang praktikal dan mampu menyokong serta membantu perkembangan pesat dalam pengajian fiqh ‘ibadah di Malaysia khasnya.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini menyasarkan empat objektif berikut:

1. Mengenal pasti metodologi penulisan Syeikh Daud dalam fiqh ‘ibadah berdasarkan kitab Furū‘ al-Masā’il.

2. Menganalisis kandungan fiqh ‘ibadah dalam kitab Furū‘ al-Masā’il.

3. Mengkaji kaedah penyelesaian masalah fiqh ‘ibadah yang diaplikasi oleh Syeikh Daud dalam kitab Furū‘ al-Masā’il.

4. Menganalisis aliran pemikiran hukum Syeikh Daud dalam fiqh ‘ibadah melalui kitab Furū‘ al-Masā’il.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian ini ialah:

1. Menonjolkan pemikiran hukum salah seorang tokoh ulama Melayu Islam klasik Nusantara yang perlu dijadikan rujukan wajib para penyelidik hukum di Malaysia.

(8)

8 2. Mengetengahkan pemikiran hukum salah seorang ulama besar Melayu Islam klasik Nusantara yang sudah pasti memahami budaya dan realiti bangsa Melayu untuk dijadikan panduan ke arah pembinaan Fiqh Malaysia.

3. Menampilkan penulisan yang digarap daripada karya klasik ulama besar Melayu Nusantara dalam bentuk yang ‘mesra pembaca’ supaya ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi masakini dan akan datang.

1.6 KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap Syeikh Daud. Kajian-kajian ini boleh diperolehi melalui sejumlah tulisan yang membincangkan tentang latar belakang, sifat peribadi, pendidikan, sumbangan, peranan, pemikiran dan juga analisis terhadap kandungan teks hasil karya Syeikh Daud. Kajian lepas ini amat penting dan berperanan sebagai kepingan-kepingan “jig-saw” yang menyumbang ke arah pembinaan gambaran yang besar dan jelas tentang ketokohan dan kesarjanaan Syeikh Daud. Ia saling lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain dan mempunyai kelebihan yang tertentu berdasarkan objektif kajian masing-masing.

Perakuan tentang ketokohan dan kesarjanaan Syeikh Daud dapat dibuktikan melalui tulisan beberapa orang sarjana dari dalam dan luar negara. Antara penulis berkenaan ialah Hj. Wan Mohd. Shaghir. Melalui kertas kerjanya dalam Nadwah Nusantara 1: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani, beliau telah menamakan Syeikh Daud sebagai ulama yang paling terkenal daripada 35 orang ulama yang berasal dari Patani. 22 Selain itu, Ahmad Fathy al-Fatani dalam bukunya Ulama Besar

22 Wan Mohd Shaghir Abdullah (2001b), “Ulama-ulama Patani: Satu Paparan Ketokohan dan Karya

Mereka” (Kertas Kerja Nadwah Ulama Nusantara 1: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani di Patani, Thailand, 19-20 Mei 2001).

(9)

9 dari Patani23 telah menyenaraikan sebanyak 40 ulama besar negeri Patani antara penghujung abad ke-18 hingga penghujung abad ke-20. Dalam buku ini, Ahmad Fathy al-Fatani telah meletakkan Syeikh Daud pada kedudukan yang pertama dalam senarai ulama besar Patani.24 Begitu juga dengan Ismail Che Daud, dengan bukunya Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1).25 Ismail Che Daud telah meletakkan Syeikh Daud di tempat yang pertama dalam senarai tokoh-tokoh ulama Semenanjung Melayu. Manakala, Azyumardi Azra dalam bukunya Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII telah mengangkat Syeikh Daud sebagai salah seorang ulama utama Melayu-Indonesia dalam masa transisi antara abad ke-18 dan ke-19.26 Mohamad @ Md. Som Sujimon dan beberapa penulis bersama dalam buku Monograph on Selected Malay Intellectuals telah sepakat untuk memilih Syeikh Daud sebagai salah seorang daripada 10 orang Melayu Muslim yang telah memberi sumbangan yang besar dan penting dalam perkembangan pemikiran Islam di Malaysia.27 Namun yang paling membanggakan ialah biografi Syeikh Daud telah turut dicatatkan oleh P. Voorhoeve dalam artikel “Dāwūd b. ‘Abd Allāh b. Idrīs al-Faṭānī or Faṭṭanī” dalam The Encyclopaedia of Islam.28 Perkara ini secara jelas dapat difahami bahawa ketokohan Syeikh Daud sebagai seorang ulama yang terbilang telah diiktiraf oleh sarjana dari dalam dan luar negara sehingga melayakkan biografi Syeikh Daud dimuatkan dalam sebuah ensiklopedia bertaraf dunia seperti The Encyclopaedia of Islam yang menjadi rujukan sampai bila-bila sahaja.

23 Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar dari Patani, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia, h. 25-42.

24 Ibid.

25 Ismail Che Daud (1992), Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Majlis

Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, h. 1-39.

26 Azyumardi Azra (1995), Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Bandung: Penerbit Mizan, h. 266.

27 Mohamad @ Md. Som Sujimon (2003), “Preface”, Mohamad @ Md. Som Sujimon dan Wan Sabri

b. Wan Yusoff (2003), loc. cit., h.vii

28 P. Voorhoeve et.al.(1983), “Dāwūd b. ‘Abd Allāh b. Idrīs al-Faṭānī or Faṭṭanī”, The Encyclopaedia of Islam (New Edition), vol. II (C-G) (2nd reprint). Leiden: E.J. Brill, h. 183.

(10)

10 Penulisan yang berbentuk ulasan terhadap kandungan teks karya Syeikh Daud juga banyak dilakukan. Antaranya ialah beberapa artikel karya Hj. Wan Mohd. Shaghir yang dimuatkan dalam Jurnal Dewan Bahasa. Tajuk artikel-artikel berkenaan ialah “Pendokumentasian Karya-karya Syeikh Daud bin Abdullah Al Fatani yang belum pernah dicetak” yang diterbitkan dalam dua siri dan “Mengkaji Kandungan Kitab Hidayah al Muta‘allim Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani.”29 Dalam siri pertama artikel yang bertajuk “Pendokumentasian Karya-karya Syeikh Daud bin Abdullah Al Fatani yang belum pernah dicetak”,30

Hj. Wan Mohd. Shaghir mengulas tujuh karya Syeikh Daud yang belum dicetak iaitu Tarikh Petani, Faraid Fawaid al-Fikr fil Imam al-Mahdi, Masauwaddah, Bisyarah al-Ikhwan, Risalah Tariqat Samaniyah Khalwatiyah wa Tariqat Hamaliyah wa Tariqat Syatariyah, Jawab Bagi Soalan Yang Datang Dari Fatani Darussalam dan Iqdatul Jawahir. Dalam siri kedua31 pula, beliau mengulas dua karya Syeikh Daud yang lain iaitu Ilmu Tasawuf dan Tuhfatur Raghibin.32 Selain itu, Hj. Wan Mohd. Shaghir juga ada menulis lima buah rencana dalam Berita Harian yang membincangkan secara ringkas kandungan kitab-kitab Syeikh Daud iaitu “Bughyah at-Tullab Kitab Fiqh Bahagian Ibadah”,33

“Jam‘u al-Fawa’id Sarana Pencapaian Kebahagiaan”,34

29

Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1991c), “Mengkaji Kandungan Kitab Hidayah Al Muta‘allim Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani”, Jurnal Dewan Bahasa, j. 35, bil. 4, April 1991, h. 339-349.

30 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1990a), “Pendokumentasian Karya-karya Syeikh Daud bin

Abdullah al Fatani yang belum pernah dicetak”, (Siri 1), Jurnal Dewan Bahasa, j. 34, bil. 11, November 1990, h. 857-864.

31 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1990b), “Pendokumentasian Karya-karya Syeikh Daud bin

Abdullah al Fatani yang belum pernah dicetak”, (Siri 2), Jurnal Dewan Bahasa, j. 34, bil. 12, Disember 1990, h. 966-974.

32

Ejaan ini tidak ditransliterasi dan dikekalkan seperti dalam rujukan asal.

33 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2005a) “Bughyah ath-Tullab Kitab Fiqh Bahagian Ibadah”. Berita Harian, 23 Ogos, h. 15.

34 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2005b) “Jam‘u al-Fawa’id Sarana Pencapaian Kebahagiaan”. Berita Harian, 30 Ogos, h.19.

(11)

11 “Manhal ash-Shafi Rumuz dan Istilah Shufi”,35

“Fath Mannan Syarah Matn Zubab Melayu”,36

dan “Hidayah al-Muta‘allim: Fiqh Lengkap yang Pertama.37

Selain itu, terdapat juga penulisan yang menganalisis kandungan kitab karya Syeikh Daud untuk mendapatkan pelbagai maklumat dalam pelbagai disiplin ilmu. Antaranya, Mohammad Zaini Yahya et al., Penulisan Fiqh Syeikh Daud al-Fatani, 38 Joni Tamkin Borhan, Sumbangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam Fiqh Mu‘amalah: Tumpuan kepada Furu‘ al-Masa’il,39

Abd. Aziz Haji Ismail, Sumbangan Syeikh Daud al-Fatani dalam Aqidah di Nusantara,40 Abdull Rahman Mahmood, Pengkaedahan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam Penulisan Akidah,41 Uthman al-Muhammadi, Sejarah Pemikiran Syeikh Daud al-Fatani dalam Ilmu Tasawwuf,42 Wan Kamaruzaman Wan Drahman, Sumbangan Syeikh Daud al-Faṭaniyy dalam Taṣawwuf: Satu Kajian Khusus terhadap Kitab al-Manhal al-Ṣofiyy fī Bayān Ramz Ahl al-Ṣuffiyy,43 Sharifah Radziah bte Wan Mohamad Affandi, Tafsir al-Quran di Alam Melayu: Kajian Terhadap Tafsir Surah Maryam Karangan Syeikh

35 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2005c) “Manhal ash-Shafi Rumuz dan Istilah Shufi”. Berita Harian, 20 September, h. 17.

36 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2006a) “Fath Mannan Syarah Matn Zubab Melayu”. Berita Harian, 3 Mac, h. 21.

37 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2006b) “Hidayah al-Muta‘allim: Fiqh lengkap yang pertama”. Berita Harian, 12 September, h. 23.

38 Mohammad Zaini Yahya et al. (2001), “Penulisan Fiqh Syeikh Daud al-Fatani” (Kertas Kerja

Nadwah Ulama Nusantara 1: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani di Patani, Thailand, 19-20 Mei 2001).

39 Joni Tamkin Borhan (2001), “Sumbangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam Fiqh Mu‘amalah: Tumpuan kepada Furu‘ al-Masa’il (Kertas Kerja Nadwah Ulama Nusantara 1:

Peranan dan Sumbangan Ulama Patani di Patani, Thailand, 19-20 Mei 2001).

40 Abd. Aziz Haji Ismail (1991), “Sumbangan Syeikh Daud al-Fatani dalam Aqidah di Nusantara”

(Kertas Kerja Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 (Syeikh Daud Abdullah al-Fatani) di Pusat Islam, Kuala Lumpur, 17-19 Disember 1991).

41 Abdull Rahman Mahmood (2001), “Pengkaedahan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam

Penulisan Akidah”(Kertas Kerja Nadwah Ulama Nusantara 1: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani di Patani, Thailand, 19-20 Mei 2001).

42 Uthman al-Muhammadi (1991), “Sejarah Pemikiran Syeikh Daud al-Fatani dalam Ilmu

Tasawwuf”(Kertas Kerja Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4, di Pusat Islam, Kuala Lumpur, 17-19 Disember 1991).

43 Wan Kamaruzaman Wan Drahman (1995), “Sumbangan Syeikh Daud al-Faṭāniyy dalam

Taṣawwuf: Satu Kajian Khusus Terhadap Kitab Manhal Ṣūfiyy fī Bayān Ramz Ahl al-Ṣūffiyy” (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

(12)

12 Daud bin Abdullah al-Faṭanī dalam Ward al-Zawāhir,44 Fauzi Deraman, Kedudukan Hadith dalam Kitab Jawi: Satu Kajian Terhadap Karya-karya Syeikh Dāwūd bin Abdallah al-Faṭānīy,45 Asidawati binti Che Hamad, Hadith-hadith dalam Kitab Nahj al-Raghibin wa Sabil al-Muttaqin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Takhrij dan Ulasan46 dan Abu Hasan Sham, Pengaruh Karya Syeikh Daud Fatani dalam Sastera Melayu.47

Hasil daripada penelitian terhadap sejumlah penulisan di atas, dapat difahami dengan jelas bahawa Syeikh Daud merupakan seorang tokoh ulama Melayu Nusantara yang terbilang dan penulis prolifik yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang atau disiplin dalam pengajian Islam, seperti fiqh, aqidah, tasawuf, tafsir dan hadis. Malah beliau turut menghasilkan pelbagai genre karya sastera seperti puisi, nazam dan hikayat.48

Kitab Furu’ al-Masa’il yang menjadi rujukan pengkaji dalam penyelidikan ini telah ditampilkan oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah dalam artikel bertajuk “Mengkaji Gaya Bahasa dalam Kitab Furu‘ Masa’il Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani”49 dalam Jurnal Dewan Bahasa sebagai sebuah kitab jawi yang lengkap membicarakan cabang-cabang permasalahan yang nadir dan halus-halus dalam fiqh

44 Sharifah Radziah bte Wan Mohamad Affandi (2005), “Tafsir al-Quran di Alam Melayu: Kajian

Terhadap Tafsir Surah Maryam Karangan Syeikh Daud bin Abdullah Fatani dalam Ward al-Zawāhir” (Disertasi Sarjana, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

45 Fauzi Deraman (1997), “Kedudukan Hadith dalam Kitab Jawi: Satu Kajian Terhadap Karya-karya

Syeikh Dāwūd bin ʻAbdallah al-Faṭānīy” (Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya). Tesis ini telah diterbitkan dalam bentuk buku seperti butiran berikut: Fauzi Deraman (2010), Hadith dalam Karya Syeikh Daud al-Fatani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

46 Asidawati binti Che Hamad (2000), “Hadith-hadith dalam Kitab Nahj Raghibin wa Sabil

al-Muttaqin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Takhrij dan Ulasan” (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

47 Abu Hasan Sham (1991), “Pengaruh Karya Syeikh Daud Fatani dalam Sastera Melayu” (Kertas

Kerja Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4, di Pusat Islam, Kuala Lumpur, 17-19 Disember).

48

Wan Mohd Shaghir Abdullah (1998) “Peranan dan Sumbangan Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fatani dalam Kesusasteraan Klasik” (Kertas Kerja Seminar Kesusasteraan Melayu Tradisional di Kuala Lumpur, 2-3 September 1998).

49 Ibid. (1991d), “Mengkaji Gaya Bahasa dalam kitab Furu‘ Al-Masa’il Syeikh Daud bin Abdullah

(13)

13 mazhab Syafii. Beliau menjelaskan istilah ‘terjemah’ dalam kalimat pada permulaan karangan bukanlah bererti terjemahan secara langsung daripada sesebuah kitab bahasa Arab ke bahasa Melayu, melainkan ia membawa maksud ‘menyusun karangan’. Beliau menyimpulkan bahawa kitab ini adalah suatu karya yang mempunyai sumber keaslian daripada kitab bahasa Arab yang dipetik oleh Syeikh Daud. Selain itu, yang lebih istimewa ialah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah turut menamakan kitab Furū‘ al-Masā’il ini sebagai sebuah karya agung yang mewakili disiplin ilmu fiqh dalam salah sebuah kertas kerjanya.50 Kenyataan ini turut disokong oleh Fauzi Deraman51 dan Abdul Rahman Haji Abdullah.52 Dalam tesisnya, Fauzi Deraman menyatakan bahawa Furū‘ al-Masā’il merupakan karya Syeikh Daud yang besar pernah ditulis sejak 1254H/1838M dan disiapkan pada 1257H/1841M dan dalam bukunya, Abdul Rahman Haji Abdullah mengangkat kitab Furū‘ al-Masā’il sebagai karya puncak dalam bidang fiqh di Nusantara.

Terdapat juga sejumlah penulisan yang menulis tentang Syeikh Daud dari aspek sumbangan dan peranannya dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah tulisan Fatimah Ali, “Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani sebagai tokoh pendidik dan pendakwah”53

dalam Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4. Begitu juga dengan penglibatannya dalam isu-isu semasa yang ditulis oleh Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti, “As-Syeikh Daud al-Fathani (w.1265/1847) dan Isu-Isu Semasa”54 dalam Nadwah yang sama. Selain itu, Badlihisham Mohd. Nasir et al. membincangkan tentang peranan Syeikh Daud dalam dakwah melalui tulisannya dalam Nadwah Ulama Nusantara 1: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani yang

50 op. cit..

51 Fauzi Deraman (1997), loc. cit., h. 367-368.

52 Abdul Rahman Haji Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam di Nusantara: Sejarah dan Perkembangannya hingga Abad Ke-19., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 138. 53 Fatimah Ali (1991), loc. cit.

54 Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti (1991), “As-Syeikh Daud al-Fathani (w.1265-1847) dan Isu-isu

Semasa” (Kertas Kerja Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4, di Pusat Islam, Kuala Lumpur, 17-19 Disember 1991).

(14)

14 bertajuk “Gerakan Dakwah di Patani”55 dan dalam Nadwah yang sama juga, Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah menyatakan tentang sumbangan Syeikh Daud dalam pengajian fiqh di Asia Tenggara dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Sumbangan Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani kepada Pengajian Fiqhi Syafi‘i di Asia Tenggara”.56

Terdapat juga beberapa hasil penulisan yang mengkaji tentang pemikiran Syeikh Daud. Antaranya ialah tesis yang bertajuk Pemikiran Akidah Syeikh Daud al-Fatani oleh Abdull Rahman Mahmood,57 disertasi bertajuk Syeikh Daud al-Fatani (1769-1847M): Pengaruh Pemikirannya di Kelantan oleh Ab. Aziz Bin Haji Ismail,58 dan latihan ilmiah yang bertajuk Pemikiran Syeikh Daud dalam Aqidah: Tumpuan Kepada Kitab al-Durr al-Thamin oleh Nik Padzil Nik Abd. Samad,59 dan artikel Joni Tamkin Borhan yang bertajuk Beberapa Aspek Pemikiran Syeikh Daud Bin ‘Abdullah al-Faṭānī dalam Perbankan Islam: Tumpuan kepada Furū‘ al-Masā’il dalam jurnal AFKAR60. Kesemua karya yang telah dinyatakan, mengkaji tentang pemikiran Syeikh Daud kecuali Joni Tamkin yang memfokuskan kajian terhadap kitab Furū‘ al-Masā’il sama seperti tajuk kajian pengkaji ini. Walau bagaimanapun penulisan Joni Tamkin tentang pemikiran Syeikh Daud adalah dalam bidang perbankan Islam yang termasuk dalam fiqh muamalah manakala pengkaji menyelidik tentang pemikiran Syeikh Daud dalam bidang fiqh ‘ibadah. Justeru, dapatan kajian

55 Badlisham Mohd. Nasir et al. (2001), “Gerakan Dakwah di Patani” (Kertas Kerja Nadwah Ulama

Nusantara 1: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani di Patani, Thailand, 19-20 Mei 2001).

56 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1991e),“Sumbangan Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani kepada

Pengajian Fiqhi Syafi‘i di Asia Tenggara” (Kertas Kerja Nadwah Ulama Nusantara 1: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani di Patani, Thailand, 19-20 Mei 2001).

57 Abdull Rahman Mahmood (2006), “Pemikiran Akidah Syeikh Daud Al-Fatani” (Tesis Doktor

Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia).

58 Ab. Aziz Bin Haji Ismail (1994), “Syeikh Daud al-Fatani (1769-1847M): Pengaruh Pemikirannya

di Kelantan” (Disertasi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia).

59

Nik Padzil Nik Abd. Samad (1998), “Pemikiran Syeikh Daud dalam Aqidah: Tumpuan Kepada Kitab Al-Durr Al-Thamin” (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

60 Joni Tamkin Borhan (2002), “Beberapa Aspek Pemikiran Syeikh Daud Bin ‘Abdullah Al-Faṭānī

(15)

15 tentulah berlainan sama sekali walaupun menumpukan kajian pemikiran terhadap tokoh yang sama iaitu Syeikh Daud dan terhadap kitab yang sama iaitu Furū‘ al-Masā’il.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian lepas yang telah ditampilkan di atas, ternyata Syeikh Daud merupakan seorang ulama terbilang yang serba boleh dan berautoriti, mempunyai keilmuan yang cukup luas dan menghasilkan karya yang cukup banyak dalam pelbagai disiplin pengajian Islam. Tidak hairanlah karya-karya beliau masih lagi dikaji dan dirujuk sehingga sekarang ini dan sebahagiannya menjadi silibus pengajaran di pusat pengajian tradisional pondok di Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand.

1.7 METODOLOGI KAJIAN

Memandangkan kajian ilmiah ini merupakan penyelidikan kualitatif, maka metodologi yang digunakan dalam seluruh kajian ini adalah berasaskan kepada metodologi yang sesuai dengan jenis penyelidikan ini. Metodologi yang digunakan ialah Metode Dokumentasi dan Metode Analisis Kandungan (Content Analysis).

1.7.1 Metode Dokumentasi

Dalam proses pengumpulan data, pengkaji bergantung hampir sepenuhnya kepada metode dokumentasi. Melalui metode dokumentasi ini data primer iaitu kitab Furū‘ al-Masā’il dan data sekunder iaitu dokumen seperti buku, kamus, ensiklopedia, jurnal, disertasi ilmiah dan kertas kerja persidangan telah dirujuk bagi mendapatkan fakta-fakta tepat tentang hal-hal yang berkaitan dengan biografi Syeikh Daud, metodologi penulisan kitab Furū‘al-Masā’il, aliran dan pemikiran hukum Syeikh Daud dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

(16)

16

1.7.2 Metode Analisis Kandungan

Metode ini diaplikasikan sepenuhnya terhadap data primer dalam kajian ini iaitu kitab Furū‘ al-Masā’il. Metode ini digunakan untuk mendapatkan analisis data yang tepat terhadap aliran pemikiran hukum dan pemikiran hukum Syeikh Daud berdasarkan kitab Furū‘ al-Masā’il.

Memandangkan usaha penganalisisan melibatkan proses pemecahan masalah besar kepada bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya masalah tersebut senang ditangani, atau dalam erti kata yang lain, usaha memahami situasi yang kompleks dengan cuba melihat situasi tersebut melalui unsur-unsurnya.61 Bagi mencapai maksud ini, pengkaji telah menggunakan tiga metode untuk analisis data iaitu:

a. Metode Induktif

Metode induktif ialah metode yang digunakan bagi mengeluarkan kesimpulan umum atau mengeneralisasikan hukum berdasarkan pengamatan atau penelitian terhadap contoh-contoh juz’ī. Dalam pengajian hukum Islam kaedah induktif dikenali dengan istiqrā’.62

Metode ini digunakan sepenuhnya dalam Bab 4 untuk mendapatkan kesimpulan umum terhadap aliran pemikiran hukum Syeikh Daud dalam fiqh ‘ibadah. Selain itu, metode ini juga digunakan secara gabung jalin dalam Bab 2 dan Bab 3.

61 Ainon Mohd. & Abdullah Hassan (1996), Teknik Berfikir: Konsep dan Proses, Utusan

Publications & Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, h. 25.

62 Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah: Amalan dalam Pengajian Islam, Subang: Kamil

(17)

17

b. Metode Deduktif

Metode Deduktif ialah metode penetapan hukum ke atas contoh-contoh juz’ī berdasarkan kesimpulan yang umum yang biasanya dicapai menerusi kaedah atau metode aruhan. Dalam pengajian hukum Islam kaedah deduktif dikenali sebagai istinbāṭ.63

Metode ini digunakan dalam Bab 2 dan 3 bergabung jalin dengan metode induktif. Dalam Bab 2, metode ini digunakan untuk mendapatkan biografi Syeikh Daud dan metodologi penulisan kitab Furū‘ al-Masā’il dan dalam Bab 3 pula, metode ini digunakan untuk merumuskan isi kandungan dalam kitab Furū‘ al-Masā’il dan kaedah penyelesaian masalah dalam fiqh ‘ibadah yang diaplikasikan oleh Syeikh Daud. Metode ini digunakan sepenuhnya dalam Bab 5 untuk membuat kesimpulan terhadap Bab 1 hingga Bab 4.

c. Metode Komparatif

Metode komparatif ialah satu cara membuat kesimpulan melalui perbandingan terhadap data, fakta dan pendapat yang diperolehi semasa melakukan kajian dan penelitian.64 Metode ini digunakan secara dalam semua Bab untuk membuat perbandingan antara data yang dikumpulkan. Hal ini untuk memastikan data yang tepat dan diperlukan sahaja yang diguna pakai.

Kaedah analisis data sebagaimana yang dinyatakan di atas, telah digunakan dan digabungkan dengan sewajarnya selaras dengan objektif kajian. Dapatan telah disusun dan diolah semula mengikut tajuk dan sub tajuk yang telah ditetapkan.

63 Ibid..

64 Gerald S. Ferman & Jack Levin (1975), Social Sciences Research. United States of America: John

Referensi

Dokumen terkait

Pembesaran kelenjar tiroid dapat terjadi secara menyeluruh dan halus yang disebut struma difusa atau ia dapat menjadi besar oleh karena pertumbuhan satu atau lebih benjolan

Salah satunya adalah pengembangan usahatani pada lahan sub optimal dengan menggunakan Varietas Unggul Baru (VUB) padi gogo. Padi gogo merupakan komoditas tanaman pangan

Perlakuan konsentrasi penambahan gula merah berpengaruh secara nyata terhadap parameter sifat kimia yaitu kadar air, kadar abu, kadar gula reduksi dan

Proyeksi PUS dimaksudkan untuk mengetahui jumlah penduduk usia sekolah dalam suatu kawasan, yang digunakan sebagai data dasar dalam menghitung kebutuhan ruang belajar atau

Tes pertama (pretest) dilakukan untuk mengetahui pengetahuan awal siswa mengenai konsep sistem pertahanan tubuh manusia, sedangkan tes kedua (posttest) dilakukan

Melumasi dengan gemuk lebih dari yang ditentukan (kira- kira 60 g; 2 ons) bisa menyebabkan mesin bobok tidak bekerja dengan baik atau rusak. Lumasi sesuai dengan yang

Wawancara digunakan sebagai teknik pengumpulan data apabila peneliti ingin melakukan studi pendahuluan untuk menemukan permasalahan yang harus diteliti, dan juga

Proses koreksi radiometric mencakup koreksi efek-efek yang berhubungan dengan sensor untuk meningkatkan kontras (enhancement) setiap pixel (picture element) dari suatu citra,