• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata-Kata Aluan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka 2. Sekapur Sirih Tim Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka 3. Selayang Pandang 4

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kata-Kata Aluan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka 2. Sekapur Sirih Tim Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka 3. Selayang Pandang 4"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

PERKARA

MUKA SURAT

Kata-Kata Aluan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka 2 Sekapur Sirih Tim Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka 3

Selayang Pandang 4

Objektif Kolej Universiti Islam Melaka 5

Pendahuluan 6

Unit Kokurikulum Dan Aktiviti Mahasiswa 7

Pendaftaran Subjek Kokurikulum 8

Syarat Pendaftaran Subjek Kokurikulum 9

Senarai Subjek Yang Ditawarkan 9-11

Pelaksanaan Subjek Kokurikulum 12-13

Sinopsis Subjek Kokurikulum 14-20

Carta Alir Pendaftaran Subjek Kokurikulum 21

Prosedur Pendaftaran Subjek Kokurikulum 22-23

Penyelaras Subjek Kokurikulum 24-27

(2)

- 2 -

KATA-KATA ALUAN

NAIB CANSELOR, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA,

Mahasiswa yang dikasihi sekalian,

Subjek Kokurikulum berkredit merupakan satu subjek wajib bagi setiap mahasiswa. Diharap dengan wujudnya buku panduan kokurikulum ini dapat membantu mahasiswa membuat pilihan tepat subjek yang diminati untuk memudahkan pendaftaran sepanjang pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Di antara tujuan utama subjek kokurikulum ialah untuk memberi ilmu sebagai nilai tambah kepada seseorang mahasiswa, di samping membina kemahiran insaniah ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berfikitan matang.

Melalui penglibatan dalam subjek-subjek kokurikulum yang ditawarkan, diharap mahasiswa dapat meningkatkan minat dan bakat yang ada ke tahap yang lebih tinggi. Kolej Universiti Islam Melaka amat mengalakkan mahasiswa sentiasa aktif dan bersifat terbuka, bersemangat sukarelawan dan berpasukan. Pihak Kolej Universiti Islam Melaka juga mengalu-alukan cadangan-cadangan mahasiswa demi mempertingkatkan perkhidmatan dan penawaran Subjek Kokurikulum oleh Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa (HEM).

Saya juga berharap agar mahasiswa akan memanfaatkan segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Unit Kokurukulum dan Aktiviti Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan sahsiah diri masing-masing.

Sekian dan Selamat Maju Jaya,

PROF. EMERITUS DATUK WIRA DR. MOHD YUSOFF BIN HAJI HASHIM Naib Canselor, Kolej Universiti Islam Melaka.

(3)

- 3 -

SEKAPUR SIRIH

TIM. NAIB CANSELOR, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA Buku Panduan Kokurikulum ini berjaya dilaksanakan. Setinggi-tinggi syabas di atas usaha dan kegigihan warga kerja di Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) terutamanya Unit Kokurikulim dan Aktiviti Mahasiswa sehingga berjaya menerbitkan satu buku panduan yang berguna untuk rujukan mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Buku panduan ini adalah untuk memudahkan mahasiswa membuat pilihan terhadap subjek-subjek kokurikulum berkredit yang ditawarkan oleh pihak Kolej Universiti Islam Melaka. Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti terancang dan berstruktur di dalam bidang akademik yang disertai oleh mahasiswa sebagai sebahagian daripada subjek wajib kolej universiti bagi melengkapkan Program Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi memenuhi syarat bergraduat.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum merupakan agen penerapan Kemahiran Insaniah. Mahasiswa akan didedahkan dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pembentukan sahsiah diri, serta kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan. Selaras dengan matlamat Kolej Universiti Islam Melaka, kegiatan kokurikulum mampu mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan bukan akedemik.

Akhir kata, saya menyeru mahasiswa untuk merebut peluang yang disediakan di Kolej Universiti Islam Melaka ini bagi melengkapkan diri sebagai pemimpin yang bukan sahaja hebat dalam akademik malah kaya dengan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan pada masa ini.

Sekian Wassalam,

PROF. MADYA DATUK DR. BAHARUDIN BIN HJ. PUTEH Timbalan Naib Canselor, Kolej Universiti Islam Melaka.

(4)

- 4 -

SELAYANG PANDANG

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA.

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Telah mula beroperasi sejak 1994 dengan nama Kolej Islam Melaka (KIM) , pada tahun 2001 Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka bil.29/2001 yang bersidang pada 3 Oktober 2001 dan di sahkan pada 10 Oktober 2001 telah bersetuju mengubah nama Kolej Islam Melaka kepada Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM). Pada tarikh 7 Oktober 2005 dengan kelulusan daripada Pendafdar Institut Pengajian Tinggi Swasta telah meluluskan pertukaran nama kepada Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka.

Pada 1 Julai 2009 Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka telah di naiktaraf menjadi sebuah Kolej Universiti dengan nama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kolej Universiti Islam Melaka mempunyai institusi Pengajian Siswazah, Akademi Pengajian Islam, dan lima buah fakulti yang mana kesemuanya ditempatkan di sebuah kampus di Kuala Sg. Baru Melaka. Kolej Universiti Islam Melaka menawarkan program pengajian diperingkat Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

VISI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Untuk menjadi sebuah Pusat Pengajian Tinggi yang unggul dan cemerlang dalam pengajian yang berteraskan Islam.

MISI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Melaksanakan usaha pendidikan dan pegembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berwadahkan Islam.

(5)

- 5 -

OBJEKTIF KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

1. Melahirkan generasi muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah

2. Melaksanakan dan mentarbiyyahkan pelbagai ilmu berteraskan Islam.

3. Melahirkan generasi yang mempunyai pengatahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, Sains Teknologi, Sains Sosial dan ilmu-ilmu terkini.

4. Membina generasi yang memeliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka terhadap realiti zaman mendatang.

5. Mewujudkan golongan ilmuan beribawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.

6. Menyokong dan membantu negara dalam melaksanakan dan merealisasikan dasar pendidikan neagara.

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Penilaian kegiatan kokurikulum mahasiswa yang dibuat oleh Kolej Universiti Islam Melaka adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjejaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pembahagian markah kepada mahasiswa. Kemungkinan ada mahasiswa yang memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaiaan dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaiaan yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang mahasiswa untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Mahasiswa mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaiaan yang dibuat adalah setara.

(6)

- 6 -

PENDAHULUAN

Kegiatan kokurikulum Kolej Universiti Islam Melaka yang merangkumi aktiviti pasukan badan beruniform, kelab, persatuan, serta sukan merupakan aktiviti luar bilik kuliah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di Kolej Universiti Islam Melaka. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik kuliah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa ini Kolej Universiti Islam Melaka menawarkan pelbagai jenis kegiatan badan beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Setiap mahasiswa diwajibkan menganggotai satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.

Berdasarkan tinjauan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta yang dilakukan oleh Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa, pihak Kolej Universiti Islam Melaka turut membuat penilaian kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh mahasiswa. Namun setiap penilaian yang di buat di beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah IPT.

(7)

- 7 -

UNIT KOKURIKULUM DAN AKTIVITI MAHASISWA

Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa berusaha mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan aktiviti bukan akademik, agar dapat melahirkan mahasiswa yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Aktiviti-aktiviti kokurikulum selain memberi pengetahuan luar bidang pengkhususan akademik, juga dapat melatih mahasiswa dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan sikap mahasiswa supaya sentiasa aktif dan inovatif terhadap kecergasan fizikal dan mental.

Pihak Kolej Universiti Islam Melaka juga menetapkan bahawa subjek kokurikulum berkredit merupakan sebahagian daripada komponen wajib bagi pengajian dan bergraduan. Beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah dipratikkan sebagai usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaannya supaya ia dapat benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertajamkan bakat mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka.

(8)

- 8 -

PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM

1. Subjek kokurikulum berkredit adalah merupakan satu subjek wajib Kolej Universiti Islam Melaka.

2. Mahasiswa wajib mendaftar subjek kokurikulum berkredit untuk memenuhi struktur pengajian mengikut syarat-syarat pengajian.

3. Struktur subjek kokurikulum berkredit Kolej Universiti Islam Melaka adalah seperti berikut.

• PERINGKAT DIPLOMA

NAMA SUBJEK JUMLAH JAM KREDIT

Badan Beruniform 1

Badan Tidak Beruniform 1

Sukan dan Permainan 1

Persatuan dan Kelab 1

• PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA SUBJEK JUMLAH JAM KREDIT

Badan Beruniform 2

Badan Tidak Beruniform 2

Sukan dan Permainan 2

(9)

- 9 -

SYARAT PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM

1. Kokurikulum adalah kegiatan wajib dalam setiap pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka sebagai mahasiswa yang berdaftar kecuali mahasiswa Institut Pengajian Siswazah.

2. Untuk mendaftar sesuatu subjek kokurikulum mahasiswa hendaklah memenuhi semua keperluan atau syarat-syarat kelayakan pendaftaran.

3. Mahasiswa tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada 1 unit subjek kokurikulum (mengikut syarat-syarat setiap subjek).

4. Sekiranya mahasiswa ingin mengikuti lebih dari satu unit subjek kokurikulum, Unit Kokurikulum tiada halangan tetapi hanya subjek kokurikulum yang didaftarkan oleh mahasiswa di Unit Kokurikulum sahaja yang akan diambil kira pendaftarannya pada daftar subjek Semester 3.

5. Mahasiswa yang ingin menyertai subjek kokurikulum mesti mendaftar kegiatan tersebut mengikut syarat-syarat pendaftaran.

6. Bagi subjek kokurikulum yang dijalankan sepanjang Dua Semester, mahasiswa tidak dibenarkan mengugur subjek yang didaftar pada semester kedua. Pengguguran dibenarkan dengan mendapat kelulusan Unit Kokurikulum Hal Ehwal Mahasiswa

(HEM).

SENARAI SUBJEK YANG DITAWARKAN

Sehingga kini, Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa telah menawarkan subjek Kokurikulum Berkredit kepada mahasiswa yang meliputi badan beruniform, badan tidak beruniform, sukan, permainan, kelab dan persatuan yang ditempatkan di bawah Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa di bawah pemantauan Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa sepeti berikut.

(10)

- 10 -

• PERINGKAT DIPLOMA

SUBJEK KOKURIKULUM KOD SUBJEK KOKURIKULUM

Pasukan Simpanan Tentera Darat KUR 1011

Pasukan Bulan Sabit Merah KUR 1021

Pergerakan Puteri Islam Malaysia KUR 1031

Persatuan Taekwondo KUR 1041

Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia KUR 1051

Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia KUR 1061

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia KUR 1071

Kelab Kaunselor Rakan Sebaya KUR 1081

Kelab Keusahawanan KUR 1091

Kelab Kebudayaan KUR 1101

Kelab Bola Sepak KUR 1111

Kelab Bola Jaring KUR 1121

Persatuan Pengakap Kelana Siswa KUR 1131

Kelab Sepak Takraw KUR 1141

Kelab Petanque KUR 1151

Kelab Bola Tampar KUR 1161

Kelab Futsal KUR 1171

Kelab Olahraga KUR 1181

(11)

- 11 -

• PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

SUBJEK KOKURIKULUM KOD SUBJEK KOKURIKULUM

Pasukan Simpanan Tentera Darat KUR 2012

Pasukan Bulan Sabit Merah KUR 2022

Pergerakan Puteri Islam Malaysia KUR 2032

Persatuan Taekwondo KUR 2042

Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia KUR 2052

Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia KUR 2062

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia KUR 2072

Kelab Kaunselor Rakan Sebaya KUR 2082

Kelab Keusahawanan KUR 2092

Kelab Kebudayaan KUR 2102

Kelab Bola Sepak KUR 2112

Kelab Bola Jaring KUR 2122

Persatuan Pengakap Kelana Siswa KUR 2132

Kelab Sepak Takraw KUR 2142

Kelab Petanque KUR 2152

Kelab Bola Tampar KUR 2162

Kelab Futsal KUR 2172

Kelab Olahraga KUR 2182

(12)

- 12 -

PELAKSANAAN SUBJEK KOKURIKULUM

1. Mahasiswa yang menyertai subjek kokurikulum berkredit mestilah mendaftar subjek tersebut melalui sistem mengikut syarat pendaftaran subjek pendaftaran subjek Kolej Universiti Islam Melaka.

2. Pendaftaran di Unit Kokurikulum pada SEMESTER 1 dan pendaftaran di dalam borang daftar subjek pada SEMESTER 3.

3. Mahasiswa yang ingin menggugurkan subjek kokurikulum berkredit yang telah didaftarkan adalah mengikut kepada prosedur menggugurkan subjek sama seperti yang lain di Hal Ehwal Akademik (HEA), mahasiswa perlu mendapat pengesahan dari penyelaras subjek kokurikulum untuk tujuan tersebut.

4. Mahasiswa WAJIB menghadiri kelas subjek kokurikulum, mahasiswa yang tidak hadir sebanyak 3 KALI tanpa sebab munasabah akan diberikan gred GAGAL.

5. Subjek kokurikulum berkredit dijalankan selama 4 jam pada setiap hari SABTU

MINGGU PERTAMA dan KETIGA pada jam 8.00 PAGI sehingga 12.00 TENGAHARI

serta dijalankan di Kolej Universiti Islam Melaka yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa.(Tertakluk pada perubahan)

(13)

- 13 -

SKEMA PERMARKAHAN

MARKAH GRED NILAI TARAF

PENILAIAAN KOKURIKULUM

Penilaiaan markah kokurikulum mahasiswa dalam setiap jenis aktiviti yang sertai adalah berdasarkan kepada aspek berikut:-

ASPEK PENILAIAN % MARKAH

Kehadiran 10%

Program/aktiviti 40 %

Kerja kursus/kuiz/latihan 20 %

Peperiksaan akhir semester 30 %

JUMLAH 100 % 0 29 F 0.00 GAGAL 30 39 E 0.67 GAGAL 40 43 D 1.00 LULUS(bersyarat) 44 46 D+ 1.33 LULUS(bersyarat) 47 49 C- 1.67 LULUS(bersyarat) 50 54 C 2.00 LULUS 55 59 C+ 2.33 LULUS 60 64 B- 2.67 KEPUJIAN 65 69 B 3.00 KEPUJIAN 70 74 B+ 3.33 KEPUJIAN 75 79 A- 3.67 CEMERLANG 80 89 A 4.00 CEMERLANG 90 100 A+ 4.00 CEMERLANG

(14)

- 14 -

SINOPSIS SUBJEK KOKURIKULUM

Subjek ini adalah wajib untuk mahasiswa secara teori dan amali dalam pengurusan kokurikulum di peringkat Kolej Universiti Islam Melaka mahupun di peringkat IPT lain. Mahasiswa akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengelola dan mengurus kokurikulum di Kolej Universiti Islam Melaka.

PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT

KUR 1011 / KUR 2012

Subjek ini adalah merupakan subjek awalan / asas tentera darat. Melalui subjek ini, mahasiswa akan diperkenalkan kepada organisasi simpanan tentera darat, sejarah serta kepentingannya dalam pembangunan negara. Di peringkat awalnya, mahasiswa akan dilatih asas berkawat sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin.

PASUKAN BULAN SABIT MERAH

KUR 1021 / KUR 2022

Subjek ini akan mendedahkan kepada mahasiswa berkaitan sejarah penubuhan Palang Merah Antarabangsa dan sejarah penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia serta undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Disamping itu, pengenalan Pertolongan Cemas Asas diberikan sebagai pengenalan memberi rawatan bagi situasi kecemasan yang ringan.

(15)

- 15 -

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

KUR 1031 / KUR 2032

Subjek ini bertujuan untuk mendidik dan membimbing puteri-puteri kearah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Allah S.W.T. Subjek yang ditawarkan ini diharap dapat melahirkan puteri-puteri sebagai barisan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara, menguasai pelbagai bidang ilmu, dan berakhlak mulia serta mampu berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan.

PERSATUAN TAEKWONDO

KUR 1041 / KUR 2042

Subjek ini melibatkan aspek fizikal (cara membuat tumbukan, tendangan dan sebagainya) dan juga aspek mental (moral, disiplin dan sebagainya). Pertandingan pada pelbagai peringkat diadakan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pertubuhan Taekwando Antarabangsa Malaysia (ITFM) dan ujian diadakan untuk menentukan tahap perkembangan mahasiswa.

PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG MALAYSIA

KUR 1051 / KUR 2052

Pengenalan tentang Penubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM), sistem Pentadbiran PSSGM, cara dan adab membuka / menutup gelanggang serta adat istiadat dalam PSSGM, cara-cara memanaskan badan dan asas silat, sistem pelajaran senjata (seperti pisau, keris, lembing, parang, dan lain-lain). Selain dari itu pengisian kebatinan termasuklah mandi minyak dan mandi seni juga diperkenalkan. Mahasiswa

(16)

- 16 -

akan dilatih dari aspek kesopanan, keselamatan, keyakinan, kepimpinan serta larangan-larangan dalam mempelajari disiplin bela diri ini.

PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG FATANI MALAYSIA

KUR 1061 / KUR 2062

PSSGFM di rancang berdasarkan falsafah untuk memperluaskan dan mendalami skop pengalaman dalam bidang seni bela diri sebagai salah satu cabang budaya. Pendedahan yang akan diterima kelak akan memperingatkan kesedaran terhadap nilai-nilai agama, moral dan disiplin yang disokong oleh seni silat gayung fatani iaitu dengan menggabungkan keunggulan jasmani yang sihat, terlatih, fikiran yang waras serta jiwa yang tenang untuk mempertahankan diri.

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

KUR 1071 / KUR 2072

Subjek ini adalah merupakan subjek awalan /asas Pertahanan Awam. Melalui subjek ini, mahasiswa akan diperkenalkan kepada organisasi Pertahanan Awam, sejarah serta kepentingannya dalam pembangunan negara. Di peringkat awalnya, mahasiswa akan dilatih asas berkawat sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin. Kursus ini juga akan melatih dan membekalkan mahasiswa dengan Asas Pertolongan Cemas, Asas Menyelamat dan Kimia Kebakaran sebagai pengetahuan dan pengalaman yang membolehkan mereka menguasai asas ilmu Pertahanan Awam.

(17)

- 17 -

KELAB KAUNSELOR RAKAN SEBAYA

KUR 1081 / KUR 2082

Subjek ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan menolong diri dan individu lain menggunakan kaedah menolong yang formal. Subjek ini akan memberikan penekanan kepada teori dan kemahiran asas kaunseling dan komunikasi perorangan dalam usaha memberi bantuan. Aspek asas kaunseling, mengenali diri dan persekitaran, pasukan menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan ciri-ciri penolong yang baik akan diterapkan dalam diri mahasiswa.

KELAB KEUSAHAWANAN

KUR 1091 / KUR 2092

Subjek ini akan menekankan kefahaman mahasiswa tentang aspek-aspek penting dunia perniagaan dari segi pentadbiran dan pengurusan. Pada peringkat awal mahasiswa akan didedahkan dengan sejarah dan prinsip-prinsip keusahawanan. Kemudian, mahasiswa di latih pelbagai kemahiran pentadbiran dan pengurusan usahawan dari aspek urus hingga kepada aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.

KELAB KEBUDAYAAN

KUR 1101 / KUR 2102

Mahasiswa akan didedahkan seni kebudayaan Islam seperti seni rupa dan taranum serta lain-lain. Mahasiswa akan didedahkan dengan cara bacaan dan dilatih untuk membentuk kepelbagaian bunyi dari segi nada, rentak dan irama yang tertentu. Ini kerana sesuatu bunyi (bacaan) tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut, maka ianya tidak dinamakan taranum.

(18)

- 18 -

KELAB BOLA SEPAK

KUR 1111 / KUR 2112

Melalui subjek ini mahasiswa akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola sepak secara teori dan praktikal. Memahami dan mengikuti undang-undang permainan, pertandingan serta dapat melaksanakan sesuatu kejohanan bola sepak dan menyertai kejurulatihan dan kepengadilan.

KELAB BOLA JARING

KUR 1121 / KUR 2122

Melalui subjek ini mahasiswa akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam sukan bola jaring secara teori dan praktikal bagi menimbulkan minat, memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan, mengaplikasikan dan pengurusan serta dapat melaksanakan sesuatu kejohanan dengan jayanya.

PERSATUAN PENGAKAP KELANA SISWA

KUR 1131 / KUR 2132

Sebagai mahasiswa yang akan berinteraksi dalam masyarakat. Justeru mereka memerlukan kemahiran bersosial untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Pengakap merupakan suatu gerakan yang mendedahkan mahasiswa kepada ciri-cri kepimpinan dalam organisasi sukarela. Subjek akan memberi latihan kepada mahasiswa mengenai kemahiran-kemahiran ilmu berpengakap. Pelbagai aspek latihan diberikan yang merangkumi kepimpinan dan kemahiran seperti pengurusan organisasi, ikatan, kawad, ikhtiar hidup, perkhemahan dan sebagianya.

(19)

- 19 -

KELAB SEPAK TAKRAW

KUR 1141 / KUR 2142

Memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai undang-undang dan peraturan permainan untuk sesuatu pertandingan dan kejohanan serta langkah-langkah dan pembentukan sesuatu pasukan. Penekanan kepada aspek teori mengenai falsafah, motivasi, dan pengurusan sesuatu pasukan serta kaedah-kaedah pengendalian latihan yang sistematik.

KELAB PETANQUE

KUR 1151 / KUR 2152

Mendedahkan kepada mahasiswa mengenai undang-undang dan peraturan permainan. Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.

KELAB BOLA TAMPAR

KUR 1161 / KUR 2162

Subjek ini memfokuskan pada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola tampar. Subjek ini memerlukan mahasiswa mengaplikasi teori, prinsip, dan undang-undang permainan serta strategi dalam permainan bola tampar.

(20)

- 20 -

KELAB FUTSAL

KUR 1171 / KUR 2172

Subjek ini akan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk menguasai kemahiran permainan futsal. Ia juga melibatkan teknik serta taktik dalam permainan. Mahasiswa juga akan didedahkan dengan undang-undang permainan yang digunakan di peringkat antarabangsa. Subjek ini juga akan mendedahkan kepada mahasiswa pengurusan pasukan dan bagaimana untuk mengendalikan sesuatu kejohanan.

KELAB OLAHRAGA

KUR 1181 / KUR 2182

Melalui subjek ini mahasiswa akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam acara olahraga secara teori dan pratikal bagi menimbulkan minat, memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan, mengaplikasikan kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan sesuatu kejohanan olahraga dengan jayanya.

KELAB PING PONG

KUR 1191 / KUR 2192

Subjek ini menekankan kemahiran asas berkaitan permainan Ping Pong. Penguasaan tentang peraturan-peraturan dalam pertandingan seperti yang ditetapkan oleh International Tennis Federation (ITTF) adalah dititikberatkan. Pengetahuan tentang cara-cara mengendalikan sesuatu pertandingan juga akan didedahkan. Mahasiswa juga akan didedahkan dengan teknik memanaskan badan sebelum sesuatu perlawanan bermula.

(21)

- 21 -

CARTA ALIR PENDAFTARAN

SUBJEK KOKURIKULUM

TANGGUNGJAWAB PROSES REKOD

Mahasiswa HEM Mahasiswa Mahasiswa HEM Mahasiswa KOKURIKULUM HEA Mahasiswa HEA HEA Mahasiswa KOKURIKULUM HEA -Borang BL01-1 -Rekod pendaftaran -Rekod kehadiran (BL01-01) -Borang Pendaftaran kursus di AKADEMIK - Borang BL01-02 -Borang pendaftaran kursus

-senarai nama calon

-Keputusan peperiksaan -LULUS

-masuk dalam slip peperiksaan sem 3 -GAGAL-ulang semula langkah(3) IKUTI KOKURIKULUM (Semester 2 WAJIB) MULA TAMAT DAFTAR KOKURIKULUM (Semester 3)

PENILAIAN PRESTASI PELAJAR (Semester 3)

PEPERIKSAAN KOKURIKULUM (Semester 3)

KEPUTUSAN

GAGAL LULUS

MOHON IKUTI KOKURIKULUM (Semester 1)

(22)

- 22 -

PROSEDUR PENDAFTARAN

SUBJEK KOKURIKULUM

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

1

2

3

4

Mahasiswa perlu memohon untuk mengikuti Kokurikulum pada semester satu (1) pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Melaka. Permohonan dibuat dengan mengisi borang

BL01-1 yang akan dikeluarkan oleh Unit Koku.

Mahasiswa akan mula mengikuti latihan/aktiviti kokurikulum bermula pada semester dua (2) pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Melaka. Ini penting bagi memastikan mahasiswa memperolehi 64 jam kontak untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan akhir kokurikulum.

Mahasiswa perlu mendaftar kokurikulum semasa pendaftaran kursus di semester 3.

Mahasiswa akan mengisi borang BL01-02 iaitu Borang Penilaian Prestasi Pelajar. Borang yang telah lengkap diisi perlu di serahkan kepada

penyelaras persatuan/kelab untuk disahkan

sebelum dihantar kepada Unit Kokurikulum untuk tindakan lanjut. Mahasiswa HEM Mahasiswa Mahasiswa HEA Mahasiswa HEM

(23)

- 23 - 5

6

7

Mahasiswa yang telah berdaftar dan cukup 80 peratus kehadiran layak untuk menduduki peperiksaan dan perlu menduduki peperiksaan pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.

Keputusan akan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik pada keputusan peperiksaan

semester 3.

Mahasiswa yang GAGAL akan mengulang semula mengikut dalam prosedur.

Mahasiswa HEA HEA Mahasiswa HEA HEM

(24)

- 24 -

PENYELARAS SUBJEK KOKURIKULUM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

JAWATAN PENYELARAS KOKURIKULUM NAMA NOMBOR TELEFON UNIT Penyelaras Subjek Kokurikulum KUIM

En Mohd Hady Bin Mazalan 012-2149976 KOKURIKULUM BIL SUBJEK KOKURIKULUM PENYELARAS KOKURIKULUM NAMA NOMBOR TELEFON UNIT 1 Pasukan Simpanan Tentera Darat (KUR 1011 / KUR 2012)

Cil Nurul Huda Binti Adanan 012-9758960 BAHASA 2 Pasukan Bulan Sabit Merah (KUR 1021 / KUR 2022) Tn Hj (M) Mohd Yunus Bin Mohd

Law

012-3633877 KLINIK

3 Pergerakan Puteri

Islam Malaysia

(KUR 1031 / KUR 2032)

Pn Siti Saedah Binti Dolah

(25)

- 25 -

4 Persatuan

Taekwando

(KUR 1041 / KUR 2042)

Cik Siti Noraini Binti Latif

016-6905052 HEM

5 Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia

(KUR 1051 / KUR 2052)

Cik Zuraida Hanim Binti Zaini

012-5358324 FST

6 Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia (KUR 1061 / KUR 2062) En Mohd Amizan Bin Md Yusof 012-9707071 FSSS 7 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (KUR 1071 / KUR 2072) Kapt (Bersekutu)Tn Hj Jamil Bin Muhamad 012-3872979 KESELAMATAN 8 Kelab Kaunselor Rakan Sebaya (KUR 1081 / KUR 2082) Cik Sharifah Naqjihaa Binti Syed

Othman 016-6912445 FSSS 9 Kelab Keusahawanan (KUR 1091 / KUR 2092) Tn Hj Zamry Bin Gafar 013-6207313 FIPP

(26)

- 26 -

10 Kelab Kebudayaan

( KUR 1101 / KUR 2102)

En Ahmad Sabri Bin Ahmad Harnaini @

Abdullah

012-2701959 BAHASA

11 Kelab Bola Sepak

(KUR 1111 / KUR 2112)

En Muhammad Dzarif Bin Ahmad

Zahidi

019-6964123 FSSS

12 Kelab Bola Jaring

(KUR 1121 / KUR 2122)

En Azman Bin Ripin 017-6752980 FPH

13 Persatuan Pengakap (KUR 1131 / KUR 2132) En Muhammad Syahmi Bin Md Nasir 013-3689114 HEM

14 Kelab Sepak Takraw

(KUR 1141 / KUR 2142) En Mohd Sufiean Bin Hassan 013-2269223 PRO 15 Kelab Pentanque (KUR 1151 / 2152)

(27)

- 27 -

16 Kelab Bola Tampar

(KUR 1161 / KUR 2162)

En Hazril Bin Yunus 012-9255280 PEMBANGUNAN

17 Kelab Futsal

(KUR 1171 / KUR 2172)

En Yuseni Bin Abdul Wahab 017-6087941 FIPP 18 Kelab Olahraga (KUR 1181 / KUR 2182) En Norsalman Bin Mohd Nor 012-6664240 AKA

19 Kelab Ping Pong

(KUR 1191 / KUR 2192)

En Mohd Yazit Bin Mohd

Referensi

Dokumen terkait

Dengan ini diberitahukan bahwa Direktorat Jenderal Perhubungan Udara memberi kesempatan bagi Warga Negara Indonesia yang berijazah Diploma III (Terakreditasi oleh Ditjen

Puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas rahmat dan karunia-Nya sehingga saya dapat menyelesaikan penelitian Skripsi ini yang berjudul “Evaluasi Atas Reformasi Sistem

Berkaitan dengan urgensi keterampilan abad 21 yakni kemampuan berpikir kritis dan minimnya data otentik yang menunjukkan tingkat keterampilan berpikir kritis

Informasi keuangan di atas disusun untuk memenuhi Peraturan OJK No.48/POJK.03/2017 tanggal 12 Juli 2017 tentang Transparansi Kondisi Keuangan BPR, Surat Edaran OJK No.39

Peserta dalam kegiatan pengabdian ini adalah pedagang rotan dan pengrajin dendeng Aceh di Desa Kueh Keude Bieng Kecamatan Lhoknga Kabupaten Aceh Besar yang dianggap rentan

[r]

YK adalah salah satu perusahaan yang tergabung dalam asosiasi yang bertujuan memajukan produk lokal agar mampu bersaing dan menembus pasar dunia yaitu AMIN

Apabila ada anggota jemaat yang berkeberatan terhadap nama-nama calon baptis anak yang diwartakan oleh karena tidak terpenuhi syarat- syarat Baptis Kudus Anak,