• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkara Yang Merosakkan Aqidah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perkara Yang Merosakkan Aqidah"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan kepada Aqidah

Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.

Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...." (Surah Yusuf : 40)

Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-163) Peranan Aqidah

Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh

(2)

diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah al-An-Am:102) Kepentingan Memelihara Aqidah

Aqidah seseorang perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis Rasulullah menyebut yang bermaksud : Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap

akan masuk syurga.” (Ali-Imran, 102)

Antara Perkara – Perkara Yang Merosakkan Aqidah

1. Menyekutukan Allah (Syirik)

2. Menenung nasib dan bermain sihir (Amalan – amalan khurafat) 3. Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib pada makhluk)

4. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.

5. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam.

6. Mencaci Nabi dan Sunnahnya.

7. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan. 8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam

9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa

(3)

Bagaimana Amalan khurafat boleh merosakkan Aqidah?

Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.

(Al-Baqarah ayat 268) Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.

(4)

Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit, perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh umat Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari

dari singa. (Riwayat Bukhari)

Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu, ada di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa, menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan, kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa, adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala. Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan.

Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan kepercayaan turun menurun.

Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas

(5)

berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Faktor-Faktor yang mempengaruhi Amalan Khurafat

Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima turun-menurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.

Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar.

Cara-cara Mengatasi kerosakan Aqidah

Bagi memastikan agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang muslim, maka mestilah seseorang itu mengambil tindakan-tindakan seperti

berikut:-• Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa bantuan dari luar.

• Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.

(6)

• Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.

• Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir. • Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak

mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.

• Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

• Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada terhingga.

• Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang lampau.

Hubungan Antara Kalimah Syahadah dengan Aqidah

Kalimah syahadah mempunyai perngertian yang luas dan mendalam dan sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar. Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan persaksian insaniah cuma bererti sekiranya ianya dilafazkan dengan kegahaman dan pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)

(7)

Rujukan: 1) http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgam a.htm 2) http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis6.html 3) http://mommyotai.blogspot.com/2008/10/perkara-yang-merosakkan-akidah.html 4) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf 5) http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=29101&forum=3& 6) http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgama.htm

Referensi

Dokumen terkait

• Bahwa Pasal 125 HIR yang berlaku pada Pengadilan Agama adalah produk belanda, sedangkan Pengadilan Agama adalah Pengadilan untuk menyelesaikan perkara antara umat Islam. Untuk

Sedangkan menurut masyarakat lainnya berpendapat tentang peran Aqidah dalam konflik tersebut, yaitu bertanggung jawab sebagai umat islam untuk membela agama islam

Tujuan tasawuf tersebut tidak dapat dilepaskan dari tujuan hidup manusia sebagaimana dejelaskan dalam ajaran islam.alquran dan hadis menghendaki umat islam dapat

bulan tersebut, dianggap oleh umat Islam saat ini sebagai bulan paling suci. Dengan kata lain, kesucian bulan-bulan tertentu dalam arti

Berkaitan dengan beberapa pertanyaan sebelumnya, ajaran agama yang diyakini oleh penduduk dunia, khususnya Indonesia adalah agama Islam, dan tokoh paling ideal sebagai simbol umat

Hal ini disebabkan karena umat Islam dunia disatu pihak memerlukan hukum Islam sebagai hukum agama yang dapat mengayomi kehidupan dunia dan akhirat, tetapi di sisi lain

Islam sebagai agama kesalamatan dan kebahagiaan bagi umat manusia, telah telah mengajarkan kepada umatnya, bagaimana mendidik anak yang baik sehingga menjadi kelak menjadikan

Hadis 5739 Hadis ini memberi tunjuk ajar kepada umat Islam, bahawa Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada umatnya supaya tidak memasuki daerah atau kawasan yang sedang dilanda