• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta

Mohd Zazali Bin Mohamad Zin @ Jin Rozelina Binti Abdul Rahman

Maisura Binti M. Yusof Asma Nabihah Binti Abd. Rahman

ABSTRAK

Penulisan ini adalah berkaitan dengan isu penubuhan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Antara aspek yang disentuh berkaitan dengan IPTS ialah berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang menjadi pemangkin kepada peningkatan penubuhan IPTS, kepentingan IPTS dalam meningkatkan aksesibiliti pendidikan tinggi, cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha meningkatkan aksesibiliti pendidikan tinggi melalui IPTS dan akhirnya strategi dan perlaksanaan yang boleh dilakukan dan telah dirancang dalam mengatasi masalah atau cabaran ini. IPTS adalah merupakan institusi yang dimiliki oleh individu atau syarikat persendirian ataupun korporat. Walau bagaimanapun segala aktiviti yang melibatkan IPTS dikawalselia oleh kerajaan melalui akta-akta tertentu. Penubuhan IPTS adalah merupakan pelengkap kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bertujuan menampung pertambahan bilangan pelajar. Ianya dapat dilihat melalui hasrat negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang serta 40% rakyat adalah berpendidikan tinggi sebelum melangkah tahun 2020. Oleh itu segala permasalahan mahupun cabaran-cabaran yang timbul hasil daripada penubuhan IPTS hendaklah ditangani bersama oleh kerajaan mahupun rakyat, demi menuju kearah matlamat dan wawasan negara

1.0 PENGENALAN

Pendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat. Dalam konteks Malaysia, pendidikan tinggi ialah pendidikan di peringkat lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau lepasan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM), (Sufean Hussin,1993). Laporan Khir Johari1967 dalam Sufean Hussin (1993), mentakrifkan pendidikan tinggi sebagai “pelajaran ikhtisas dan akademik, yang sekurang-kurangnya berkehendakkan akademik Sijil Tinggi Persekolahan atau yang setaraf dengannya untuk masuk ke yayasan di peringkat universiti dan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya di maktab”. Institusi-institusi pengajian tinggi ini boleh terdiri daripada maktab-maktab, kolej-kolej atau universiti-universiti awam mahupun swasta.

Tujuan pendidikan tinggi ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang mahir berfikir dan mengembangkan ilmu dalam berbagai-bagai displin. Selain itu aspek profesionalnya pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan golongan teknokrat bagi melaksanakan rancangan pembangunan negara dan golongan birokrat bagi mentadbir organisasi dan masyarakat (Sufean Hussin, 1993). Selain itu pendidikan di Malaysia adalah dalam proses untuk wujudkan pendidikan yang lebih liberal dan demokrasi selaras dengan seruan kerajaan yang ingin melihat penduduk Malaysia mempunyai pendidikan tinggi tahun 2020 (Massa, 28 Mac 1998).

(2)

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid Yunus, kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang serta melihat 40% rakyat adalah berpendidikan tinggi sebelum melangkah tahun 2020(Massa,28 Mac 1998). Oleh itu penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta dilihat sebagai pelengkap kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam yang sukar menampung pertambahan bilangan pelajar. Institusi pendidikan tinggi swasta ini adalah institusi yang dimiliki oleh individu atau syarikat persendirian ataupun korporat. Walau bagaimanapun segala aktiviti yang melibatkan IPTS dikawalselia oleh kerajaan melalui akta-akta tertentu. Kerajaaan juga telah membuat pelbagai dasar bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi ini

2.0 DASAR UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN TINGGI

Menurut Perancangan Strategik Pendidikan Tinggi Swasta, 2001–2010 (oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,2001), mensasarkan sebanyak 431,000 tempat pengajian dapat disediakan menjelang tahun 2005 dengan 32 peratus daripadanya untuk peringkat sijil, 45 peratus bagi peringkat diploma dan 23 peratus lagi untuk peringkat ijazah. Pada tahun 2010 pula diunjurkan sebanyak 482,250 tempat pengajian dapat disediakan dengan 29 peratus daripadanya untuk peringkat sijil, 40 peratus bagi peringkat diploma dan 31 peratus peringkat ijazah. Unjuran ini disediakan berdasarkan ketetapan dalam PP 2001-2010 KPM supaya IPTS dan IPTA menyediakan tempat belajar untuk para pelajar peringkat tertiari yang diunjurkan bertambah kepada 30 peratus pada tahun 2005 dan 40 peratus menjelang tahun 2010.

Keperluan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, termasuk yang

melibatkan IPTS adalah berdasarkan kepada dasar-dasar utama negara (sumber:Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010 dan Rancangan Malaysia ke-lapan, 2001-2001 oleh Kerajaan Malaysia, 2001) iaitu:

1. Dasar Pendidikan Tinggi yang menetapkan 40 peratus penduduk kohort umur 17–23 tahun, seperti yang disasarkan dalam RRJP3, mendapat pendidikan tinggi pada tahun 2010.

2. Dasar Makro Pembangunan Negara yang menekankan keperluan mewujudkan keseimbangan pembangunan mengikut wilayah, negeri dan lokasi seperti yang dinyatakan dalam RRJP3, RM8. Dasar ini jelas menekankan bahawa pendidikan tinggi merupakan satu daripada agenda pembangunan yang diberikan keutamaan.

3. Dasar Guna Tenaga Negara seperti yang dinyatakan dalam RRJP3 yang meliputi penyediaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan nisbah 1:2 bagi program ijazah pertama berbanding program-program diploma dan sijil dalam pelbagai bidang pengajian.

(3)

4. Dasar Tenaga Manusia Negara yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing menekankan kepentingan IPT tempatan dalam melahirkan guna tenaga negara bagi mengisi keperluan bidang pekerjaan yang pelbagai, dengan memberi fokus kepada program-program pengajian berasaskan S&T dan program berbentuk hands-on.

5. Dasar Perdagangan Antarabangsa Malaysia yang bermatlamat untuk mengurangkan aliran keluar tukaran wang asing dengan mengurangkan penghantaran pelajar untuk mendapatkan pendidikan tinggi di luar negara. 6. Dasar Pembangunan seperti yang dinyatakan dalam RRJPK3 dan dasar

pendidikan untuk meningkatkan lagi bilangan enrolmen pelajar Bumiputera dalam semua bidang pengajian di peringkat tertiari terutamanya dalam bidang profesional dan bidang-bidang yang berasaskan Sains dan Teknologi.

7. Dasar Pendidikan P-12, iaitu penstrukturan semula sistem pendidikan negara yang menyediakan peluang 12 tahun persekolahan untuk penduduk Malaysia, bermula dengan kelas prasekolah. Pelaksanaan dasar ini akan meningkatkan lagi bilangan

pelajar lepasan menengah yang layak memasuki institusi pendidikan tinggi tempatan (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010 oleh KPM, 2001).

3.0 KEPENTINGAN IPTS DALAM MENINGKATKAN AKSESIBILITI PENDIDIKAN TINGGI

Dengan tempat pengajian yang terhad di IPTA, pertumbuhan pesat IPTS sesungguhnya telah dapat meningkatkan lagi tahap akses kepada pendidikan tinggi di kalangan penduduk Malaysia. Penawaran tempat pengajian yang meliputi pelbagai bidang oleh IPTS secara langsung membolehkan Malaysia merealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu bertambahnya bilangan penduduk Malaysia yang mendapat pendidikan pada peringkat tertinggi mengikut pilihan dan kebolehan masing-masing (Robiah Sidin,1994).

Pertumbuhan pesat IPTS yang menyediakan pelbagai kursus pengajian membolehkan Kerajaan Persekutuan mengalihkan peruntukan yang diperlukan untuk membina lebih banyak IPTA kepada projek-projek pembangunan yang lain. Dalam belanjawan negara 1998, kerajaan telah menghapuskan rebat cukai untuk ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke luar negara dan pelbagai bayaran untuk tujuan itu dinaikkan termasuk fiskal imigrisen dan lain-lain. Ini adalah merupakan satu kaedah bagi menggalakkan golongan ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka belajar di institusi pengajian tinggi tempatan(Massa, Disember 1997). Dalam masa yang sama, secara langsung ianya mampu menjimatkan aliran keluar pertukaran wang asing kerana lebih ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka meneruskan

pengajian tinggi di IPTS tempatan.

Ini ditambah dengan faktor keghairahan syarikat-syarikat gergasi swasta mahupun awam menubuhkan kolej-kolej pendidikan swasta dan mengadakan program berkembar denngan universiti luar negara (Massa, 21 Mac 1998). Disamping itu terdapat banyak bidang-bidang pengajian tinggi swasta yang popular terdapat di

(4)

kolej-kolej swasta yang berteraskan kemahiran telah memberikan harapan yang cerah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik disamping berpuluh-puluh lagi kursus yang ditawarkan telah menarik minat pelajar untuk memasuki kolej-kolej swasta kerana syarat kemasukan adalah mudah (Massa, 6 Disember 1997). Perkembangan ini wujud apabila permintaan terhadap institusi pendidikan semakin bertambah berikutan kualiti pembelajaran anak-anak telah meningkat daripada semasa ke semasa ekoran tindakan KPM memperkemaskan kurikulum di sekolah rendah, menengah dan tinggi (Massa, 16 Julai 1997).

4.0 CABARAN

Umum mengetahui bahawa wujud pelbagai cabaran kepada usaha untuk meningkatkan tahap aksesibiliti kepada pendidikan tinggi di negara ini. Berdasarkan sumber Pembangunan Pendidikan, 2001-2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001), walaupun wujud pertambahan permintaan ke atas pendidikan tinggi, peluang-peluang pendidikan tinggi yang disediakan oleh IPTA dan IPTS masih tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Buktinya pada tahun 1996, hanya 11 peratus penduduk bagi kohort umur 18-21 tahun diterima masuk ke program pengajian bukan ijazah dan hanya 5 peratus bagi pengajian peringkat ijazah. Sasaran ini masih jauh berbanding matlamat negara untuk membolehkan 40 peratus penduduk pada kohort umur 17-23 tahun diterima masuk untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tertiari menjelang tahun 2010.

Sebilangan besar daripada 536 buah IPTS yang ada kini kebanyakannya beroperasi di Lembah Kelang dan bandar-bandar besar yang lain sahaja. Konsentrasinya adalah sangat kecil di kawasan luar bandar dan negeri-negeri tertentu. Kewujudan fenomena ini bermakna peluang pelajar di luar bandar, terutamanya bagi kaum Bumiputra adalah lebih rendah berbanding pelajar di bandar yang majoritinya pelajar bukan Bumiputera.

Berdasarkan sumber Perancangan Strategik Pendidikan Tinggi Swasta 2001-2010 (KPM, 2001) walaupun terdapat lebih daripada 500 buah pusat bertauliah bagi program di bawah majlis latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), latihan vokasional dan kemahiran untuk pelajar lepasan SPM itu dikenal pasti sebagai sangat terhad telah menyebabkan sebahagian besar daripada mereka memasuki pasaran guna tenaga tanpa sebarang kemahiran. Begitu juga peluang yang disediakan oleh IPTA dan IPTS untuk para pekerja, khususnya kumpulan bukan academically-inclined untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan lanjutan dan latihan semula di peringkat lebih tinggi sangat terbatas. Keterbatasan ini sesungguhnya menghalang usaha merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut sumber Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001), kos pengajian tinggi di IPTS adalah dikategorikan sebagai sangat tinggi dan kadarnya semakin meningkat dari masa ke semasa. Misalnya, bagi pengajian Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT), yuran pengajiannya ialah RM34,000 bagi program 3+0, RM58,000 di kampus cawangan universiti luar negara, RM35,000 di universiti swasta, dan RM60,000 bagi split program 2+1. Kadar yang dinyatakan ini, tidak termasuk yuran-yuran lain, adalah jauh lebih tinggi berbanding yuran di IPTA yang

(5)

sebahagiannya melibatkan pembiayaan kerajaan. Keadaan ini ,menghalang para pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana melanjutkan pelajaran ke IPTS terutamanya bagi kursus-kursus pengajian berasaskan Sains danTeknologi dan profesional.

Umumnya, cabaran KPM untuk melonjakkan tahap akses kepada pendidikan tinggi menerusi pendidikan tinggi swasta adalah dengan menambahkan bilangan tempat belajar di IPTS. Ini termasuklah mewujudkan peluang mendapatkan pendidikian tinggi yang lebih seimbang mengikut kaum dan lokasi, memperluaskan lagi pinjaman pendidikan tinggi kepada pelajar yang berkelayakan di IPTS, dan menggalakkan IPTS menyediakan peluang pendidikan berbentuk hands-on pada peringkat tertiari bagi kumpulan pekerja dalam perkhidmatan dan pelajar-pelajar yang bukan academically-inclined (Massa, 31 Januari 1998).

Cabaran KPM seterusnya ialah menentukan hanya IPTS berkredibiliti dengan kemampuan pelaburan yang tinggi sahaja diluluskan untuk beroperasi. Namun demikian ada individu dan organisasi yang mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan di dalam penubuhan IPTS. Beberapa IPTS yang ditubuhkan oleh badan-badan korporat dan individu yang mempunyai kewangan yang kukuh menganggap bahawa penubuhan IPTS yang mereka taja adalah semata-mata untuk mempelbagaikan kegiatan perdagangan mereka iaitu mereka akan dapat mengaut keuntungan yang besar hasil daripada yuran yang tinggi yang dikenakan terhadap pelajar. Hal ini jauh daripada landasan sebenar iaitu sebagai memenuhi tanggungjawab mereka terhadap memartabatkan mutu pendidikan negara di mata dunia. Kesannya, kewujudan semakin banyak kolej swasta di negara ini akhirnya akan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap sektor itu sendiri ( Massa, 6 Disember 1997).

5.0 STRATEGI DAN PELAKSANAAN

Berdasarkan pelbagai cabaran yang dinyatakan di atas, antara strategi yang boleh dan telah dirancang oleh pihak kerajaan untuk mengatasi permasalahan yang timbul ialah dengan menggalakkan pihak-pihak yang berkenaan menubuhkan lebih banyak IPTS di luar bandar, negeri dan wilayah yang kurang maju, meningkatkan bilangan pelajar tempatan di IPTS serta mewujudkan keseimbangan pelajar di IPTS berdasarkan kaum dan tahap sosio-ekonomi. Selain itu, IPTS juga perlu digalakkan untuk melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat dan mewujudkan kursus yang pelbagai berasaskan sains dan teknologi dan hands-on.

Penubuhan IPTS di kawasan luar bandar dan juga wilayah yang kurang maju dapat membantu kerajaan membangunkan wilayah-wilayah tersebut. Hal ini adalah disebabkan penubuhan IPTS di kawasan tersebut akan mendorong pihak-pihak tertentu yang berminat melaksanakan projek-projek pembangunan setempat, membina penempatan-penempatan baru dan juga pelbagai kemudahan baru. Kesannya, secara tidak langsung, akan berlaku proses pembangunan di kawasan-kawasan tersebut.

Mengikut keluaran majalah Massa keluaran 21 Mac 1998, adalah difahamkan bahawa hampir 3000 pelajar Malaysia di luar negara telah menyatakan minat mereka untuk menyambung pengajian mereka di IPTS tempatan. Pelajar-pelajar tersebut menjadikan IPTS sebagai altenatif mereka yang utama untuk menyambung pengajian

(6)

mereka. Keadaan ini akan menggalakkan perkembangan pendidikan swasta dari segi jumah, saiz dan skop pengajiannya. Selain itu, keadaan ini dilihat oleh pihak kerajaan sebagai salah satu langkah bijak untuk mengurangkan pergantungan kita agar tidak mengahantar pelajar ke luar negara.

Di samping itu, pihak kerajaan juga telah melonggarkan sistem pendidikan negara sebagai salah satu strategi untuk membolehkan lebih banyak peluang diberikan kepada rakyat bagi meneruskan pengajian di peringkat tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu (Massa, 28 Mac 1998). Selain itu, bagi mengawalselia aktiviti IPTS, kerajaan telah menyediakan 5 akta utama iaitu:

1. Akta Pendidikan 1995

2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta IPTS) 3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Nasional 1996 (Akta MPTN) 4. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

5. Akta Lembaga Akreditasi Nasional 1996 (AKTA LAN)

Adalah diharapkan melalui akta-akta yang digubal ini kerajaan dapat membendung segala masalah yang berlaku di dalam mengawal perkembangan IPTS yang semakin pesat. Kerajaan juga telah menetapkan bahawa setiap pensyarah di IPTS mesti mempunyai kelayakan yang lebih daripada pelajar mereka seperti mempunyai sarjana untuk mengajar sarjana muda dan Ijazah Kedoktoran bagi mengajar sarjana (Abdullah, 1998). Ketetapan ini adalah untuk menjamin mutu pelajaran yang diterima oleh para pelajar di IPTS dan juga bagi memastikan kredibiliti IPTS tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu di kemudian hari.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penubuhan IPTS mempunyai implikasi kepada sistem pendidikan mahupun kepada masyarakat umum. Walaupun begitu kita seharusnya melihat penubuhan IPTS ini dari sudut yang positif. Kewujudan IPTS adalah merupakan satu langkah bijak kerajaan untuk mencapai matlamat negara menjadi pusat pendidikan yang cemerlang selain daripada memainkan peranan sebagai pelengkap kepada IPTA dalam meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi. Melalui akta-akta untuk mengawalselia IPTS yang telah digubal, pihak kerajaan diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih telus dan tegas dalam mengawalselia IPTS. Walau bagaimanapun, pemilihan IPTS sebagai alternatif untuk melanjutkan pelajaran terletak kepada kebijaksanaan ibu bapa dan pelajar mengkaji dan membuat pertimbangan terlebih dahulu dengan sewajarnya sebelum membuat keputusan disebabkan keputusan yang akan dibuat melibatkan masa depan anak-anak mereka. Sebagai penutup, setiap permasalahan yang timbul hasil penubuhan IPTS, haruslah ditangani secara bersama oleh pihak IPTS yang bertanggungjawab, kerajaan dan juga rakyat untuk memastikan kesejahteraan bersama dalam menuju Wawasan 2020.

(7)

Abdullah bin Othman (1998) Penubuhan Sekolah-sekolah dan Institusi-institusi Pendidikan Swasta Masa Kini : Jenis, Perundangan dan Dasar, Kertas Kerja yang

dikemukakan pada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri di IAB.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001–2010: Perancangan bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Perancangan Strategik Pendidikan Tinggi Swasta, 2001–2010. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kerajaan Malaysia (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001–2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Kerajaan Malaysia (2001). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001 – 2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Robiah Sidin (1994). Pendidikan di Malaysia, Cabaran Untuk Masa Depan. K.l. Fajar Bakti.

Sufean Hussin (1993). Pendidikan Di Malaysia, Sejarah, Sistem, dan Falsafah. K.l. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majalah Massa 21 mac 1998 Majalah Massa 28 Mac 1998 Majalah Massa, 16 Julai 1997 Majalah Massa, 31 Januari 1998 Majalah Massa, 6 Disember 1997

Referensi

Dokumen terkait

mengandalkan uang dari sewa laha.n. Selain itu, terdapat sebagian responden yang memili.ki pendapatan dari sektor lain tennasuk dalam kategori sedang dan tinggi

Masyarakat merupakan suatu kesatuan yang di dasarkan ikatan-ikatan yang sudah teratur dan boleh di katakana stabil.sehubungan dengan ini,maka dengan sendirinya masyarakat merupakan

Berdasarkan uraian penjelasan tersebut di atas maka dapat dijelaskan bahwa pada dasarnya mayoritas responden telah dinilai memiliki tingkat kematangan emosi

Dengan demikian F-statistic (4.094468) > F Tabel (2.45) dan nilai Prob(Fstatistic) 0.004392 < 0,05 maka dapat disimpulkan bahwa Ha diterima, maka dengan

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengidentifikasi struktur kognitif siswa meliputi aspek isi, apa yang telah diketahui siswa, apa yang belum diketahui siswa, dan

Sementara itu, dilihat dari nilai nominal PDRB berdasarkan pengeluaran atau penggunaan yang menjelaskan bagaimana PDRB suatu wilayah (region) digunakan atau

Oleh karena itu, perencanaan dan pelaksanaan pembelajaran Kurikulum 2013 yang disusun dan dilakukan oleh guru di SD laboratorium Undiksha layak diteruskan dengan

Dan hasil perbandingan membuktikan bahwa algoritma genetika dapat menemukan solusi yang lebih baik yaitu tidak lebih dari 25 langkah dibandingkan dengan algoritma