• Tidak ada hasil yang ditemukan

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1.    Apakah itu MQA?

2.    Mengapakah MQA menggantikan LAN? 3.    Adakah fungsi MQA sama dengan LAN?

4.    Dengan adanya MQA, bagaimana status kursus pengajian yang telah diakredit oleh LAN? 5.    Apa yang dimaksudkan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)?

6.    Apakah yang dimaksudkan dengan tahap kelayakan dan laluan pendidikan di dalam MQF? 7.    Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning outcome)?

8.    Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kredit berasaskan Student Learning Time (SLT)?

9.    Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus pengajian di IPT? 10.    Apakah yang dimaksudkan dengan Kelulusan?

11.    Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Provisional? 12.    Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi?

13.    Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan? 14.    Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA?

15.    Adakah pihak MQA menjalankan penilaian Akreditasi dan memberi pengiktirafan kepada IPT di luar negara?

16.    Berapa lamakah tempoh sah laku Akreditasi MQA?

17.    Bagaimana hendak menyemak senarai kursus pengajian yang telah diakredit MQA? 18.    Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysian Qualifications Register (MQR)? 19.    Apakah kelebihan program yang diakredit dan didaftar dalam MQR?

20.    Adakah pihak IPT boleh menggunakan logo MQA untuk tujuan pengiklanan atau masih menggunakan logo LAN?

    Jawapan

1.    Apakah itu MQA?

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).

(2)

Negara (LAN) yang mengawal kualiti kursus pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.

2.    Mengapakah MQA menggantikan LAN?

Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT yang terdiri daripada IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti, dan IPT di bawah kementerian lain. Di bawah LAN dahulu, skop penilaian jaminan kualiti hanya tertumpu kepada IPTS sahaja.

Penubuhan MQA juga adalah atas rasional untuk mewujudkan dan melaksanakan perkara utama yang menjadi ciri penting menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai reputasi baik dalam pendidikan tinggi iaitu :

1.    Menubuhkan sebuah badan jaminan kualiti yang seragam, adil dan telus (MQA) 2.    Membangunkan Kerangka Kelayakan Kebangsaan sebagai rujukan semua kelayakan (MQF)

3.    Mewujudkan pusat maklumat yang sahih dan dipercayai (MQR).

3.    Adakah fungsi MQA sama dengan LAN?

Secara amnya, MQA masih menjalankan fungsi LAN sebelum ini khususnya dalam menjamin kualiti pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, MQA juga menjalankan pelbagai fungsi lain seperti berikut :

1.    Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan Kelayakan di Malaysia;

2.    Membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan;

3.    Menjamin kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program;

4.    Memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan;

5.    Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan; dan

6.    Mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR)

4.    Dengan adanya MQA, bagaimana status kursus pengajian yang telah diakredit oleh LAN? Kursus yang telah mendapat Akreditasi LAN yang masih dalam tempoh sah laku akan

didaftarkan di dalam MQR. Tetapi apabila kursus tersebut telah tamat tempoh sah laku, ia perlu melalui penilaian MQA bagi tujuan Akreditasi.

(3)

5.    Apa yang dimaksudkan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)?

MQF adalah deklarasi Malaysia tentang kelayakan-kelayakan tempatan dan kualiti yang dimiliki oleh kelayakan-kelayakan tersebut. MQF merupakan alat yang membangun dan

mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan antarabangsa yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang dicapai, hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah pemberi pendidikan tinggi yang diiktiraf. MQF menyatupadukan semua kelayakan negara.

MQF juga menyediakan laluan-laluan pendidikan yang menghubung kait kelayakan-kelayakan di dalamnya secara sistematik, yang membolehkan individu memajukan diri melalui

pemindahan kredit dan pengakreditan pengalaman-pengalaman terkumpul (accreditation of prior experiential learning) dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam konteks jaminan kualiti negara, MQF merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi yang mana prinsip-prinsip umumnya harus dipatuhi oleh setiap program dan kelayakan yang ditawar dan dianugerah oleh pemberi pendidikan tinggi. Prinsip-prinsip umum MQF meliputi definisi kelayakan, sektor penganugerahan kelayakan, tahap kelayakan, hasil pembelajaran, kredit dan beban pembelajaran, profil dan laluan pendidikan tinggi bagi kemajuan indidvidu.

6.    Apakah yang dimaksudkan dengan tahap kelayakan dan laluan pendidikan di dalam MQF? MQF menyediakan tahap kelayakan dan laluan pendidikan yang menghubungkaitkan

kelayakan-kelayakan secara sistematik. Ini membolehkan individu memajukan diri dalam pendidikan tinggi melalui pemindahan kredit dan pengiktirafan pengalaman-pembelajaran terkumpul (accreditation of prior experiental learning) yang diperoleh daripada pembelajaran formal, tidak formal dan informal tanpa mengira masa dan tempat, dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.

Terdapat lapan tahap kelayakan di dalam MQF yang mewakili tiga sektor pendidikan tinggi negara dan disokong oleh laluan pendidikan sepanjang hayat. Sektor tersebut adalah (a) Sektor Kemahiran; (b) Sektor Vokasional dan Teknikal; dan (c) Sektor Pengajian Tinggi.

Sijil Kemahiran yang dianugerahkan dalam Sektor Kemahiran berada di Tahap 1 hingga 3. Sijil Pengajian Tinggi dan Vokasional dan Teknikal berada di Tahap 3. Manakala Diploma dan Diploma Lanjutan berada di Tahap 4 dan 5. Ijazah Sarjana Muda berada pada Tahap 6 diikuti dengan Ijazah Sarjana (Tahap 7) dan Ijazah Kedoktoran (Tahap 8).

Setiap tahap adalah dibezakan oleh hasil pembelajaran dan jam kredit berasaskan kepada beban belajar pelajar.

7.    Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning outcome)?

Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program

(4)

pengajian. Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain hasil pembelajaran iaitu; 1.    Pengetahuan ilmu bidang;

2.    Kemahiran praktikal;

3.    Kemahiran dan tanggungjawab sosial; 4.    Nilai, sikap dan profesionalisme;

5.    Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan; 6.    Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;

7.    Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan 8.    Kemahiran mengurus dan keusahawanan.

Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar (student learning time) dan tidak lagi berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar.

8.    Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kredit berasaskan Student Learning Time (SLT)?

Student Learning Time (SLT) bermaksud beban sebenar jam pembelajaran pelajar yang

mengambil kira semua aktiviti pembelajaran termasuk persediaan material di perpustakaan dan pencarian sumber maklumat di internet. SLT diambil kira bukannya berasaskan kepada jam kontak antara pensyarah dan pelajar semata-mata.

9.    Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus pengajian di IPT?

Selain berpandukan kepada MQF, MQA juga telah membangunkan Kod Amalan Program Akreditasi dan Kod Amalan Audit Institusi. Kod-kod amalan ini menetapkan sembilan aspek utama yang dijamin oleh MQA iaitu :

1.    Visi, misi dan hasil pembelajaran

2.    Rekabentuk program dan penyampaian 3.    Kepilihan dan sistem sokongan pelajar 4.    Penilaian pelajar

5.    Staf akademik

6.    Sumber pendidikan/kemudahan pengajaran dan pembelajaran 7.    Penilaian program

8.    Kepimpinan, governan dan pentadbiran 9.    Penambahbaikan kualiti berterusan

10.    Apakah yang dimaksudkan dengan Kelulusan?

Kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bagi membolehkan IPT mengendalikan sesuatu kursus pengajian. Kelulusan wajib diperoleh sebelum IPT dibenarkan

(5)

mengendalikan kursus pengajian. Walau bagaimanapun, kelulusan ini tidak bermaksud satu-satu program itu telah diakredit oleh MQA atau telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

11.    Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Provisional?

Akreditasi Provisional bermaksud fasa awal penilaian sesuatu program yang menuju kepada Akreditasi (Penuh). Ia bertujuan untuk membantu dan mempermudahkan IPT mendapat Akreditasi bagi program yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang dinyatakan.

12.    Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi?

Akreditasi merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

13.    Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan?

Akreditasi merupakan pengesahan pencapaian kualiti dalam penilaian jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan jaminan MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuan-tujuan yang berlainan.

Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat untuk

dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam. Sebagai makluman, JPA hanya akan mengiktiraf program pengajian yang telah mendapat akreditasi MQA bagi maksud berkhidmat dengan kerajaan.

14.    Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA?

Program pengajian IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti turut diakredit oleh MQA. Walau bagaimanapun, semua program berkenaan yang telah mendapat pengiktirafan JPA sebelum MQA ditubuhkan akan didaftarkan terus ke dalam MQR. (Pengemaskinian maklumat kursus IPTA sentiasa dibuat dari semasa ke semasa). Manakala bagi program baru yang hendak dikendalikan, ia akan tertakluk kepada proses jaminan kualiti yang ditetapkan oleh MQA.

(6)

15.    Adakah pihak MQA menjalankan penilaian Akreditasi dan memberi pengiktirafan kepada IPT di luar negara?

Tidak. Pengiktirafan kerajaan Malaysia ke atas IPT luar negara adalah di bawah bidang kuasa JPA.

Buat masa ini MQA hanya melaksanakan jaminan kualiti ke atas program dari institusi tempatan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat permohonan dari institusi luar negara untuk mendapatkan akreditasi MQA, ia akan dipertimbangkan.

Namun dalam soal bidang kuasa JPA.

16.    Berapa lamakah tempoh sah laku Akreditasi MQA?

Akreditasi program di bawah MQA tiada tempoh sah laku tetapi pihak MQA akan menjalankan proses pemantauan di institusi berkenaan untuk memastikan kualiti kursus-kursus tersebut terus dipertingkat.

17.    Bagaimana hendak menyemak senarai kursus pengajian yang telah diakredit MQA? Semakan senarai kursus yang telah diakredit MQA boleh dibuat dengan melayari portal MQR. Terdapat pelbagai cara untuk mencari maklumat yang dikehendaki seperti panduan berikut: 1.    Layari Laman Web MQA di alamat http://www.mqa.gov.my --> klik pada butang MQR di bahagian Sistem On-line.

2.    Layari http://www.mqa.gov.my/mqr/index.htm. Kemudian rujuk kepada tajuk Panduan dalam portal MQR.

Semakan boleh dibuat melalui pelbagai kata kunci (keyword) contohnya nama kelayakan, nama IPT, bidang pengajian dan sebagainya.

18.    Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysian Qualifications Register (MQR)?

Malaysian Qualifications Register (MQR) merupakan sumber rujukan dan panduan berkaitan program pendidikan tinggi yang menyenaraikan semua kelayakan yang telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi sama ada dari dalam dalam dan luar negara. Program atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

(7)

MQR diwujudkan bertujuan :

1.    Menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan program yang telah diakredit;

2.    Membolehkan semua pihak berkepentingan mengetahui, memahami serta membuat perbandingan mengenai ciri-ciri sesuatu kelayakan dan hubungkaitnya dengan kelayakan yang lain; dan

3.    Memudahkan proses pemindahan kredit.

4.    Maklumat yang terkandung dalam MQR adalah seperti berikut: 5.    Nama dan alamat IPT;

6.    Nombor rujukan kelayakan; 7.    Nama kelayakan;

8.    Bidang kelayakan; 9.    Tempoh sahlaku; 10.    Tahap kelayakan; 11.    Tempoh pengajian; dan 12.    Jam kredit bergraduat.

Maklumat tambahan seperti penyataan hasil pembelajaran program, syarat kelayakan masuk dan sebagainya akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Maklumat dalam MQR juga boleh digunakan untuk mengeluarkan perakuan atau pernyataan yang jelas tentang sesuatu kelayakan yang telah didaftarkan. Pihak yang berkepentingan termasuk masyarakat umum boleh merujuk kepada MQR untuk mendapatkan pengesahan mengenai status sesuatu kelayakan. Cabutan daripada Daftar Kelayakan ini boleh dikeluarkan tertakluk kepada permintaan pihak berkenaan.

19.    Apakah kelebihan program yang diakredit dan didaftar dalam MQR?

Antara kelebihan program atau kursus yang didaftar dalam MQR adalah seperti berikut: 1.    Program telah melalui proses jaminan kualiti iaitu ia selaras dengan standard dan kriteria yang ditetapkan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications

Framework, MQF). Sila rujuk kepada maklumat mengenai Sistem Jaminan Kualiti di laman web

MQA http://www.mqa.gov.my/sjk.cfm

2.    Memudahkan pemindahan kredit

3.    Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau luar negara 4.    Membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk pelantikan ke perkhidmatan awam 5.    Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan

(8)

menggunakan logo LAN?

Pihak IPT boleh menggunakan logo MQA bagi kursus pengajian yang telah mendapat akreditasi dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Referensi

Dokumen terkait

Dari pengamatan morfologi permukaan serat sisal melalui foto SEM tanpa perlakuan NaOH menggunakan perbesaran 1000 kali dengan skala 100 μm, serat sisal tanpa perlakuan (Gambar 4 (a))

Smith (Wijono 2010) mengatakan bahwa stres kerja dapat ditinjau dari beberapa sudut yaitu stres kerja merupakan hasil dari keadaan tempat kerja, faktor organisasi berupa

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id.. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

Dari hasil analisis data, maka didapatkan bahwa karyawan yang kinerjanya diukur dengan menggunakan ukuran nonkeuangan memiliki kepuasan kerja yang lebih tinggi ketika

Namun di samping berbagai keuntungan tersebut, sistem administrasi pendaftaran jaminan fidusia secara elektronik juga masih memiliki kekurangan karena tidak

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2014/2015 di

Permohonan dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2009/2010