TERMA DAN SYARAT PERADUAN “MyDebit HYPERMARKET SWEEP” Penaja
1. Peraduan “MyDebit Hypermarket Sweep” ini dianjurkan bersama oleh MYDIN Mohamed Holdings Bhd [221448-A] dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd [836743-D] (Dahulunya dikenali sebagai Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd) (secara kolektif dirujuk sebagai “Penganjur”) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 2 Oktober 2017 kecuali kakitangan MYDIN dan PayNet serta syarikat bersekutu, ahli keluarga terdekat (ibu bapa, pasangan, anak-anak), agensi pengiklanan dan pembekal yang terlibat dengan peraduan ini ("Peserta"). 2. Pihak Penganjur berhak untuk mengecualikan atau membatalkan para Peserta
yang tidak tertakluk kepada kategori di atas dan kepada sesiapa yang melanggar peraturan peraduan.
Jangkamasa
1. Peraduan ini akan bermula dari 2 Oktober 2017 hingga 4 Februari 2018 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada Peserta. Semua pembelian melalui kad ATM MyDebit di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
Kriteria Kelayakan dan Penyertaan melalui Kad ATM MyDebit
1. Peserta mesti membuat pembelian sekurang-kurangnya RM60 melalui kad ATM MyDebit dalam satu resit tunggal di mana-mana outlet MYDIN seperti yang dinyatakan dalam Lampiran I dari 2 Oktober 2017 hingga 4 Februari 2018.
2. Setiap transaksi melalui kad ATM MyDebit mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di sini akan memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai Peraduan MyDebit Hypermarket Sweep secara automatik .
3. Tiada borang peraduan atau resit transaksi diperlukan. Peserta akan layak secara automatik apabila mematuhi semua peraturan yang dinyatakan di sini. 4. Peserta yang disenarai pendek ("Finalis") akan dipilih secara rawak daripada
kumpulan Peserta yang Layak melalui proses rawak berkomputer pada akhir Tempoh Peraduan. Finalis akan dihubungi oleh Penganjur atau wakil yang dilantik melalui telefon dan harus menjawab dua (2) soalan mudah dengan tepat. Penganjur berhak untuk memilih pemenang lain jika Finalis tidak dapat dihubungi melalui telefon atau yang memberikan jawapan yang tidak tepat. 5. Setiap Finalis akan dipilih berdasarkan kategori Wilayah Tengah, Selatan,
6. Setiap Finalis Peraduan MyDebit Hypermarket Sweep akan berpeluang untuk memperolehi ganjaran selama lima (5) minit membeli-belah bernilai RM1,000. Hadiah Peraduan
1. Hadiah-hadiah untuk Peraduan adalah seperti berikut:
(i) Hadiah Utama X Satu (1) Pemenang - Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000);
(ii) Hadiah Kedua X Satu (1) Pemenang - Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000);
(iii) Hadiah Ketiga X Satu (1) Pemenang - Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000);
(iv) Hadiah Pemenang Saguhati X Satu Ratus Dua Puluh (120) Pemenang - Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000).
Peraturan Hypermarket Sweep
1. Semua kos yang ditanggung oleh Finalis (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengangkutan, penginapan dan makanan) untuk menghadiri dan menyertai Peraduan MyDebit Hypermarket Sweep” adalah di bawah tanggungjawab Finalis sepenuhnya.
2. Sekiranya Finalis tidak hadir semasa hari “MyDebit Hypermarket Sweep” seperti yang ditetapkan, Finalis secara automatik akan hilang kelayakan dan tiada pampasan diberikan kepada Finalis tersebut.
3. Penganjur mempunyai hak untuk menukar dan / atau menarik balik sebarang hadiah dari mana-mana pemenang pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak pihak Penganjur. Penganjur juga berhak untuk menarik balik sebarang hadiah daripada mana-mana pemenang yang disyaki telah melanggar Terma dan Syarat Peraduan dan/atau Peraturan Hypermarket Sweep, di mana yang demikian pemenang wajib memulangkan hadiah kepada Penganjur. Pihak Penganjur juga mempunyai hak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menipu atau gagal mengisytiharkan bahawa mereka bukanlah ibu bapa, pasangan atau anak-anak kepada mana-mana kakitangan Penganjur dan yang berkaitan dengan pentadbiran peraduan ini.
4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah yang diiklankan dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu atas budi bicara tunggal dan mutlaknya. Pihak Penganjur, agensi, afiliasi, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.
5. Hadiah mesti dituntut pada Hari “MyDebit Hypermarket Sweep” (kos di tanggung oleh pemenang sepenuhnya). Apa-apa hadiah yang tidak dituntut untuk apa-apa alasan akan dilucut hakkan.
6. Segala persoalan dan pertikaian mengenai Peraduan dan hadiah akan ditentukan berdasarkan budi bicara mutlak pihak Penganjur. Keputusan Penganjur berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad dan mengikat semua Peserta, Peserta Terpilih, Finalis mengikut mana-mana yang berkaitan. Segala surat-menyurat, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.
7. Pemilihan Finalis akan dibuat dan diumumkan pada akhir Peraduan MyDebit Hypermarket Sweep, berdasarkan kriteria Peserta Terpilih seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat Peraduan Hypermarket Sweep. Segala keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.
8. Setiap Peserta Terpilih layak memenangi hanya satu (1) hadiah bagi sepanjang Tempoh Peraduan.
9. Nama semua pemenang akan dipaparkan pada platform pengiklanan serta di media sosial pihak Penganjur.
10. Lima (5) minit akan diberikan kepada Finalis untuk memilih seberapa banyak item dalam kawasan yang ditetapkan. Amaun yang ditetapkan adalah di dalam atau di bawah RM1,000. Sekiranya jumlah kos item terpilih melebihi jumlah hadiah yang ditetapkan, pemenang mempunyai pilihan sama ada membayar perbezaan antara jumlah yang terlebih dengan jumlah hadiah yang ditetapkan atau mengeluarkanitem yang melebihi jumlah yang ditetapkan dari troli membeli-belah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa perbezaan antara jumlah yang terlebih dengan jumlah hadiah yang ditetapkan.
11. Semua Finalis harus bertanggungjawab dan menangung sebarang kerugian yang di alami oleh Pihak Penganjur semasa Peraduan MyDebit Sweep Hypermarket. Semua item yang rosak akan dimasukkan dan ditolak dari jumlah hadiah yang ditetapkan.
12. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap apa-apa kerugian, kerosakan atau kecederaan dalam apa jua cara yang dialami oleh pemenang disebabkan penyertaan mereka dalam Peraduan MyDebit Sweep Hypermarket.
13. Para Finalis akan diberi senarai enam puluh [60] item. Finalis yang paling banyak mengumpulkan item dengan tepat mengikut senarai item yang diberikan membolehkan mereka layak untuk memenangi hadiah utama. Para Finalis (terdiri daripada 120 Finalis) akan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000. Pemenang hadiah pertama berpeluang menerima RM5,000, pemenang hadiah ke-2 berpeluang menerima RM3,000 manakala pemenang hadiah ke-3 berpeluang menerima RM2,000. Finalis dengan item yang paling banyak dikumpulkan mengikut senarai yang diberikan akan diumumkan sebagai pemenang hadiah pertama. Jika beberapa Finalis berjaya mendapatkan jumlah yang sama, cabutan akan dibuat untuk menentukan pemenang bertuah mengikut budi bicara mutlak pihak Penganjur.
14. Segala keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur adalah muktamad. Perlindungan Data & Notis Privasi
1. Maklumat peribadi termasuk nama, nombor Kad Pengenalan dan/atau maklumat perhubungan yang berkaitan dan diberikan oleh Peserta untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, termasuk apa-apa maklumat umum yang boleh didapati dilaman sesawang rangkaian media sosial akan direkodkan, disimpan atau diproses oleh Penganjur atau pihak/entitti yang berkaitan untuk tujuan yang berkaitan dengan pengurusan Pertandingan dan untuk pengiklanan, publisiti, pemasaran dan komunikasi yang berkaitan dengan Pertandingan (“Tujuan”).
2. Adalah dimaklumkan bahawa data peribadi Peserta mungkin akan didedahkan kepada mana-mana syarikat bersekutu Penganjur, pembekal perkhidmatan dan rakan perniagaan yang berkenaan (jika ada), untuk Tujuan tersebut dan sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Perserta boleh meminta akses untuk membuat pembetulan terhadap data peribadi, mengemukakan pertanyaan atau aduan, atau menghadkan pemprosesan data peribadi pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permohonan tersebut kepada MYDIN atau PayNet melalui e-mel ke [email protected] atau PayNet at [email protected]. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur perlu memproses data peribadi Peserta untuk Tujuan tersebut, jika tidak Peserta tidak akan dapapt menyertai Pertandingan ini. Dengan memberikan data peribadi termasuk dan tidak terhad kepada tandatangan Peserta, Peserta memberi kebenaran secara nyata dan bersetuju dengan syarat-syarat di atas yang berkenaan dengan pemprosesan data peribadi Peserta oleh Penganjur.
Lampiran I
Senarai cawangan MYDIN yang mengambil bahagian
Wilayah Tengah
Hypermarket:
1. MYDIN Wholesale Hypermarket USJ 1 Subang Jaya (SJH) 2. MYDIN Wholesale Hypermarket Semenyih (SMH)
3. MYDIN Wholesale Hypermarket Seremban Terminal (STH) 4. MYDIN Wholesale Hypermarket Seremban 2 (SBH)
5. MYDIN Wholesale Hypermarket Senawang, Negeri Sembilan (SWH) Emporium:
1. Emporium MYDIN Selayang (SLE)
2. Emporium MYDIN, Jalan Tengku Kelana Klang (KGF) 3. Emporium MYDIN, Kajang (KJE)
4. Emporium MYDIN, Rawang (MRW) 5. MYDIN Bangi (MY07)
6. MYDIN Puncak Jalil (MY17) 7. MYDIN Danau Saujana (MY48) 8. MYDIN Lagenda Suria (MY56)
9. Emporium MYDIN Masjid India (MIE) 10. Emporium MYDIN Sinar Kota (SKE) 11. Emporium MYDIN Chow Kit (CKE) Mydin Mart:
1. Mydin Mart, Nilai (MNL) 2. Mydin Mart Seri Muda (MSM) 3. Mydin Mart Shah Alam (MSA) 4. Mydin Mart Padang jawa (MPJ) Wilayah Selatan
Hypermarket:
1. MYDIN Wholesale Hypermarket MITC Ayer Keroh, Melaka (MLH) 2. MYDIN Wholesale Hypermarket Jasin, Melaka (JSH)
3. MYDIN Wholesale Hypermarket Kulai Utama, Johor (KUH) 4. MYDIN Wholesale Hypermarket Pelangi Indah, Johor (PIH) 5. MYDIN Wholesale Hypermarket Pulau Sebang, (PSH)
6. MYDIN Wholesale Hypermarket Taman Rinting, Masai Johor (TRH) Emporium:
1. Emporium MYDIN, Melaka (MMM) Bazar:
1. MYDIN Melaka Bazar (MMB) 2. MYDIN Bazar Anjung (MAB) Mydin Mart:
1. Mydin Mart, Johor Bahru (MJB) Wilayah Pantai Timur
Hypermarket:
1. MYDIN Wholesale Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan (KKH) 2. MYDIN Wholesale Hypermarket Kuala Terengganu (KTH)
3. MYDIN Wholesale Hypermarket Gong Badak (GBH) Emporium:
1. Emporium MYDIN, Kota Bharu (KBE) 2. Emporium MYDIN, Rantau Panjang (RPE) 3. Emporium MYDIN, Kuala Ibai (KIE)
4. Emporium MYDIN, Kuala Terengganu (KTE) 5. Emporium MYDIN, Kuantan (KTN)
6. Emporium MYDIN, Pekan (PKE) Wilayah Utara
Hypermarket:
1. MYDIN Wholesale Hypermarket Bukit Jambul (BJH)
2. MYDIN Hypermarket Taman Saga,Alor Setar,Kedah (TSB) 3. MYDIN Wholesale Hypermarket Parit Buntar, Perak (PBH) 4. MYDIN Wholesale Hypermarket Bertam, Pulau Pinang (BRH) 5. MYDIN Wholesale Hypermarket Taman Batik (TBH)
6. MYDIN Wholesale Bukit Mertajam (BMH) 7. MYDIN Wholesale Teman Gopeng (WTG) 8. MYDIN Manjoi (MJH)
9. MYDIN Wholesale Meru Raya (MRH) Emporium:
1. Emporium MYDIN, Pulau Pinang (PNE)
Malaysia Timur
Hypermarket:
1. MYDIN Wholesale Hypermarket Samariang, Sarawak (SRH) 2. MYDIN Wholesale Hypermarket CityONE (COH)