• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kandungan. Lembaga Pengarang. Nota Ketua Biro. Mesej Daripada Presiden. GERAKAN Sertai Perikatan Nasional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kandungan. Lembaga Pengarang. Nota Ketua Biro. Mesej Daripada Presiden. GERAKAN Sertai Perikatan Nasional"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Ketua Biro Publisiti, Informasi & Komunikasi Koo Shiaw Lee

Editor Audrey Oh Andrew Chin

Sub-Editor Srideran

Sasha Binti Asharuddin Kwan Li Ting

Saw Pei Jun Tan Wen See Ong June Heng

Pereka Grafik Boey Tan

Muhammad Aiman Bin Zulkefli Alamat Ibu Pejabat Level 5, Tower 1, Menara PGRM,

No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

No. Telefon +603 9287 6868

Faks +603 9287 8866

GERAKAN Today ingin mengalu-alukan ahli untuk menghantar pandangan melalui

gerakan.today@gmail.com Peringatan

Penerbit ahli PGRM, serta editor-editor terlibat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan berpunca dari

penggunaan sebarang maklumat yang terkandung dalam majalah ini.

Lem

baga

P

en

ga

ra

ng

Tahun 2021 sangat bermakna kerana pada 11 Februari lalu, GERAKAN secara rasmi diterima menjadi salah satu komponen parti dalam Perikatan Nasional. Pada 13 Mac 2021, GERAKAN

Nota Ketua Biro

Sdr. Koo Shiaw Lee

telah mengadakan Persidangan Perwakilan Nasional 2020. Ini juga merupakan kali pertama GERAKAN mengadakan Persidangan Perwakilan Nasional secara maya dan fizikal. Persidangan tersebut dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Pengerusi Perikatan Nasional. GERAKAN TODAY VOL.4 ini akan membawa anda semua menyaksikan detik-detik bersejarah ini.

Kandungan

Mesej Daripada Presiden

GERAKAN Sertai Perikatan Nasional Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2021 Secara Maya Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Sambutan Hari Pengumuman Penubuhan Parti Gerakan Rakyat Malaysia Yang Ke-53 Program Pengenalan Semula Ideologi Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Pelancaran Kaunter Pendaftaran Vaksin Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Resolusi Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN Wanita

GERAKAN Pemuda

Wawancara bersama Pengarah War Room, Sdr. Lau Hoi Keong

Aktiviti-aktiviti GERAKAN

Jom Daftar Vaksin COVID-19 Dengan 4 Langkah Mudah 3 5 5 6 7 7 8 10 12 14 15 18 20

(3)

民政党全国主席 刘华才博士同志

Mesej daripada

PRESIDEN

Salam Satu Hati, Salam Perikatan dan Salam Perpaduan, Sekali lagi kita berpeluang untuk mengenali, mengetahui dan memahami Parti Gerakan Rakyat Malaysia melalui penerbitan GERAKAN TODAY edisi kedua bagi tahun ini. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada anda semua kesihatan dan kesejahteraan yang terjamin. Saudara dan saudari yang dikasihi, dalam tiga bulan yang terakhir ini pelbagai perkara yang melibatkan parti telah mengambil tempat, yang terutamanya penerimaan GERAKAN sebagai ahli komponen Perikatan Nasional pada bulan Februari 2021. Kita telah dihormati dengan pengiktirafan sebagai rakan perikatan bersama dengan gabungan yang diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita faham bahawa pengiktirafan ini datang dengan tanggungjawab yang amat berat iaitu memulihkan dan mengalihkan sokongan rakyat kepada gabungan demokrasi Perikatan Nasional. Seperti dalam ucapan saya sebelum ini di Persidangan Perwakilan Nasional ke-49 dan semasa sambutan ulang tahun Hari Pengumuman Penubuhan GERAKAN ke-53, kita sebagai rakan parti perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, setia bersama dengan prinsip parti serta membantu untuk kemenangan parti dan perikatan. Sekiranya pilihanraya umum dipanggil, kita kena turun habis-habisan dan pastikan kemenangan menjadi milik GERAKAN.

Apa gunanya kita bersama dengan sebuah gabungan besar, tetapi tidak mampu menghantar wakil parti ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri? Saya mengingatkan kepada ahli parti yang disayangi sekalian untuk tidak leka dan bekerja keras untuk membawa kemenangan kepada parti. PRU-15 yang akan datang pastikan kita bertapak semula!

Wira dan wirawati GERAKAN, sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina oleh parti pada tahun ini dilaksanakan secara maya dan menyaksikan kehadiran tetamu khas YAB Perdana Menteri dan isterinya. Seperti yang saya sering ungkapkan, sambutan secara dalam talian ini adalah antara aspek norma baharu yang kita perlu menyelami. Jangan hairan jika kita kena berkempen melalui aplikasi-aplikasi teknologi, mendekati pengundi dengan mengunakan Zoom atau Google

Meet. Maka, marilah kita memahami dan bersedia dengan

perubahan yang sedang berlangsung dengan pendekatan norma baharu ini.

Akhir kata, saya berdoa kepada Yang Maha Berkuasa agar diberikan kekuatan, pengetahuan dan kebolehan kepada kita semua dalam menghadapi segala percaturan politik. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankan maruah GERAKAN!

Sekian, terima kasih.

SDR. DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia

万众一心! 随着今年第二期GERAKAN TODAY的出版,我们再次有机会通过这份刊物来认识和了解民政党。我借此机会祝大家健康 平安。 亲爱的同志,在过去的三个月里,我党经历了多项重要发展,其中最主要的是在2021年2月民政党成为了国盟的一份 子。我们获得肯定和接纳,加入由丹斯里慕尤丁领导的联盟,成为盟党之一。我们明白,这项肯定意味着我们将肩负重 大的责任,那就是恢复和提升人民对国盟的支持。 就像我之前在第49届民政党全国代表大会和民政党第53周年党庆上所说的,作为盟党,我们要做好万全 准备,忠于党的原则,帮助党和联盟取得胜利。如果大选举行,我们必须全力以赴,确保民政党的胜 利。 试想想,如果我们加入了一个强大的联盟,但是却没有能力赢得国会下议院和州议会选举,这对我 们来说有什么意义?我提醒亲爱的党员们不要自满,并努力为党的胜利而奋斗。我们必须确保在第 15届大选再次占据一席之地! 各位同志,民政党今年的新春大团拜活动是以线上方式进行,并邀请到首相伉俪参与其盛。我 常说,线上活动已经成为我们必须适应的新常态之一。如果来临大选我们必须通过科技应用 程序在线上竞选,使用Zoom或Google Meet与选民联系,请不要感到惊讶。因此,让我们 多了解并为这变化中的新常态做好准备。 最后,我祝愿各位同志在面对所有的政治挑战时,拥有力量、知识和能力去应对。维护 民政党的尊严是我们共同的责任! 谢谢。

(4)

தலைவரின் அறிகலகை சைாம் சத்து ஹத்தி, சைாம் பெரிககைாத்தான் மற்றும் சைாம் பெரொடுவான் இவவாண்டுககைான பகைராககைான் இன்று இரண்்ாம் ெதிப்பு வழி மீண்டும் பகைராககைான் ராக்ாட் மலைசி் கைட்சில் அறிந்து, பதரிந்து மற்றும் புரிந்து பகைாளவதற்கு நமககு வாய்ப்பு கில்த்துள்ளது. இந்த சந்தரப்ெத்தில் நீஙகைள அலனவரும் நைமும் வ்ளமும் பெற வாழ்த்துகிலறன். அன்பிற்குரி் சலகைாதர, சலகைாதரிகைல்ள, கை்ந்த மூன்று மாத கைாை கைட்்த்தில் கைட்சில் உட்ெடுத்தி் ெல்லவறு நிகைழ்ச்சிகைள, முககி்மாகை கை்ந்த பிப்ரவரி 21ஆம் லததி்ன்று பெரிககைாத்தான் லநஷனல் அதன் உறுப்பு கைட்சி்ாகை பகைராககைான் கைட்சில் ஏற்றுக பகைாண்்து. மாண்புமிகு ்ான் ஸ்ரீ முலகைதீன் ்ாசின் தலைலமயிைான லதசி் கூட்்ணி நம்லம ஒரு ெஙகைாளி கைட்சி்ாகை அஙகீகைரித்துள்ளது. இந்த அஙகீகைாரமானது ஜனநா்கை லதசி் கூட்்ணிககு மககைளின் ஆதரலவ திருப்புகின்ற மற்றும் சீரலமககின்ற பெரும் பொறுப்லொடு வழஙகைப்ெட்டுள்ளது என்ெலத நாம் அறிலவாம். அண்லமயில் நல்பெற்ற கைட்சியின் 49ஆவது லதசி் லெரா்ளரகைள மாநாடு மற்றும் பகைராககைான் லதாற்றுவிககைப்ெட்டு 53ஆவது ஆண்டு நிலறவு விழாவில் நான் உலர்ாற்றி்தற்கு ஏற்ெ ஒரு ெஙகைாளி கைட்சி்ாகை எந்த ஒரு லநரத்திலும் நிகைழக கூடி் எதலனயும் சந்திககை த்ார நிலையில் நாம் இருககை லவண்டும். அலத லவல்ளயில், கைட்சியின் பகைாளலகைககு விசுவாசமாகை இருப்ெலதாடு அதன் பவற்றிககும் கூட்்ணியின் பவற்றிககும் உதவி் லவண்டும். பொதுத் லதரதல் நல்பெறுலம்ானால் நாம் கைடுலம்ாகைப் ொடுெடுவலதாடு பகைராககைான் பவற்றி பெறுவலதயும் உறுதிப்ெடுத்த லவண்டும். கைட்சியின் பிரதிநிதிகைல்ள நா்ாளுமன்றம் மற்றும் சட்்மன்றத்திற்கு அனுப்ெ முடி்ாமல் பெரி் கூட்்ணியில் இ்ம் பெற்று என்ன ெ்ன்? நாம் பமத்தனமாகை இருககைக கூ்ாது, கைட்சி உறுப்பினரகைள அலனவரும் பமத்தனமாகை இருககைக கூ்ாது என்று நிலனவுறுத்துவலதாடு கைட்சிககு பவற்றி மாலை சூட்் கைடுலம்ாகை உலழககை லவண்டும் என்றும் லகைட்டுக பகைாளகிலறன். 15 ஆவது பொதுத் லதரதலில் நாம் மீண்டும் பவற்றில் அறுவல் பசய்வலத உறுதி பசய்லவாம். பகைராககைான் வீரர, வீராஙகைலனகைல்ள, இவவாண்டு சீனப் புத்தாண்டு திறந்த இல்ை பகைாண்்ாட்்ம் பமய்நிகைர வாயிைாகை நல்பெற்றலதயும் அதில் மாண்புமிகு பிரதமரும் அவரது துலைவி்ாரும் கைைந்து பகைாண்்லதயும் ொரத்திருப்பீரகைள. நான் அடிககைடி கூறுவது லொல், இலை்ம் வழி பகைாண்்ாட்்ம் என்ெது புதி் வழககைத்தின் ஓர அம்சமாகும் என்ெலத நாம் புரிந்து பகைாள்ள லவண்டும். நாம் லதரதல் பிரச்சாரஙகைல்ள பச்லி பதாழில்நுட்ெம், ஜும் அல்ைது கூகுள மீட் வாயிைாகை வாககைா்ளரகைல்ள அணுகை லநரிட்்ால் ஆச்சரி்ப்ெ்ாதீரகைள. எனலவ, கைாை மாற்றத்திற்கு ஏற்ெ புதி் வழககைத்திற்கு மாறுவதற்குத் த்ாராவீர. இறுதி்ாகை, அலனத்து அரசி்ல் சதுரஙகை ஆட்் சவால்கைல்ள எதிரபகைாள்ள எல்ைாம் வல்ை இலறவன் நமககு ெைம், அறிவாற்றல் மற்றும் ஆற்றலை வழஙகை லவண்டும் என நான் பிராரத்தலன பசய்கிலறன். பகைராககைானின் தன்மானத்லத தற்கைாப்ெது நம் அலனவரின் கை்லம்ாகும். நன்றி, வைககைம்.

தலைவரின் செய்தி

சக�ோதரர் டதகதோ டோகடர் கடோமினிக லோவ் க�ோ சோய் லதசி் தலைவர, பகைராககைான் ராக்ாட் மலைசி் கைட்சி. Salam Satu Hati, Salam Perikatan dan Salam Perpaduan,

Once again, we have the opportunity to get to know and understand Parti Gerakan Rakyat Malaysia through the publication of the second edition of GERAKAN Today this year. I take this opportunity to wish all of you in good health and well-being.

Dear saudara and saudari, in the last three months various matters involving the party have taken place, most notably the acceptance of GERAKAN as a component member of the Perikatan Nasional in February 2021. We have been honored with recognition as an alliance partner along with the coalition led by YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. We understand that this recognition comes with the very great responsibility of restoring and diverting the support of the people to the democratic coalition of the Perikatan Nasional.

As in my previous speech at the 49th National Delegates Conference and during the celebration of the 53rd Party Anniversary of GERAKAN, we as part of the coalition needs to be prepared for any eventuality, always be aware of party principles and prepare for party and alliance victory. If a general election is called, we have to go all out and make sure the victory belongs to GERAKAN.

What good is it for us to be with a large coalition, but not be able to send party representatives to the House of Representatives and the state legislative assembly? I remind my dear party members to not to be complacent and work hard to bring victory to the party. The upcoming GE15 will make sure we get back on track!

The heroes and heroines of GERAKAN, the Chinese New Year open house celebration by the party this year was implemented virtually and witnessed the presence of special guests of the YAB Prime Minister and his wife. As I have often expressed, this online response is among the aspects of the new norm that we need to dive into. Don’t be surprised if we have to campaign through technology applications, reach out to voters using Zoom or Google Meet. So, let us understand and be prepared for the changes that are taking place with this new normative approach.

Finally, I pray to the Almighty to give strength, knowledge and ability to all of us in the face of all political turmoil. It is our shared responsibility to uphold the dignity of GERAKAN! Thank you.

SDR. DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

National President of Parti Gerakan Rakyat Malaysia

(5)

GERAKAN Sertai

Perikatan Nasional

Pada tanggal 11 Februari 2021, GERAKAN telah menerima surat pengesahan daripada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

GERAKAN yakin bahawa gabungan Perikatan Nasional akan mengutamakan rakyat, dan memacu politik yang matang dan berguna kepada rakyat. Fokus GERAKAN adalah untuk menawan semula Pulau Pinang, dan memberikan sebuah kerajaan negeri yang berpaksikan kesejahteraan rakyat. GERAKAN komited dengan sasarannya!

Pada 12 Februari 2021, GERAKAN telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina secara maya buat pertama kali dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya. Turut hadir juga adalah pemimpin-pemimpin dari parti komponen Perikatan Nasional yang terdiri daripada BERSATU, SAPP, STAR dan PAS. Walaupun majlis tidak dilakukan secara bersemuka, namun ia tetap meriah dengan penggaulan Yee Sang disertai dengan menyebut ‘Ong Perikatan Nasional (PN)’, ‘PN Berjaya’, ‘Menang PN’, dan ‘prosperity dan makmur’.

Sambutan Tahun Baharu Cina Secara Maya

(6)

Pahang

Johor

Perak

Negeri Sembilan

Ibu Pejabat Menara PGRM

Terrengganu

Melaka

Pulau Pinang

Sambutan Hari

Pengumuman

Penubuhan

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Yang Ke-53

GERAKAN telah mengadakan Sambutan Hari Pengumuman Penubuhan Yang Ke-53 pada 24 Mac 2021 yang bertemakan

“Satu Hati, Gerak Bersama” di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. Walaupun Sambutan Hari Pengumuman Penubuhan Parti GERAKAN Yang Ke-53 ini disambut secara sederhana, namun ia amat bermakna dan dilaksanakan selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu parti ‘Satu Hati’ dan menaikkan bendera Malaysia, GERAKAN serta Perikatan Nasional. Kemudian, majlis diikuti dengan ucapan Presiden Nasional, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai sebelum meneruskan dengan program pengenalan semula ideologi GERAKAN. Majlis diakhiri dengan pelancaran kaunter bantuan pendaftaran vaksin COVID-19.

(7)

Program Pengenalan

Semula Ideologi

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Pelancaran Kaunter Pendaftaran Vaksin di

(8)

Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengambil bacaan suhu sebelum masuk ke dalam dewan.

Ahli-ahli Parti GERAKAN menyanyikan lagu ‘Satu Hati’ dengan semangat sambil mengibarkan bendera GERAKAN. Para hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Pada 13 Mac 2021, Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah mengadakan Persidangan Perwakilan Nasional yang ke-49 yang bertemakan ‘Satu Hati, Gerak Bersama’. Persidangan telah ditangguhkan dari tahun lepas akibat penularan wabak COVID-19. Walaupun persidangan dilakukan secara fizikal, ia mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dan bagi yang tidak dapat mengadiri secara bersemuka, mereka menggunakan aplikasi Zoom.

Walaupun persidangan ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, namun ia tetap meriah dan ahli-ahli parti kelihatan bersemangat mendengar amanat daripada Presiden Nasional, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai. Upacara ini lebih bermakna dengan ucapan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama setelah GERAKAN menyertai gabungan Perikatan Nasional. Dalam ucapan beliau, penyertaan GERAKAN memperkukuhkan lagi PN sebagai sebuah gabungan parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum, agama dan wilayah di negara ini.

(9)

Pelancaran pasukan GERAKAN Satu Hati yang diketuai oleh Sdr. Lim Si Ching, Setiausaha Agung Pemuda Nasional. Ucapan perasmian daripada Perdana Menteri, YAB

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ahli-ahli parti kelihatan bersemangat mendengar amanat yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri. Presiden Nasional GERAKAN,

Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai memberi ucapan.

(10)

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

DIUTAMAKAN SEBAGAI ASAS

PERPADUAN NEGARA.

SOKONGAN KEPADA YAB

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

SEBAGAI PEMIMPIN UTAMA

UNTUK MEMBIMBING

NEGARA MEMERANGI

PANDEMIK COVID-19.

Presiden GERAKAN bersama Sdr. Albert Teo selaku Timbalan Bendahari Nasional serta sebagai Pengerusi Penganjur Pertandingan Reka Bentuk Anime Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sdr. Dr. Asharuddin Ahmad, selaku Speaker bagi Parti GERAKAN membentangkan usul khas pindaan perlembagaan GERAKAN pada pengakhiran majlis.

Cadangan pindaan Perlembagaan GERAKAN diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan

Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Sdr. Mak Kah Keong membentangkan minit Persidangan Perwakilan Nasional yang ke-48.

RESOLUSI PERSIDANGAN PERWAKILAN NASIONAL KE-49 TAHUN 2020

PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

(11)

RAKYAT DAN KEBAJIKANNYA

PERLU DIUTAMAKAN SERTA

PENELITIAN BERTERUSAN

PERLU DILAKUKAN OLEH

AGENSI BERKAITAN DALAM

USAHA MEMBEKALKAN

KEBAJIKAN YANG MANTAP.

REVOLUSI PENDIDIKAN DAN

KESAKSAMAAN SEBAGAI ASET

NEGARA .

PERPADUAN DAN

KEHARMONIAN NASIONAL

PERLU DIANGKAT UNTUK

MALAYSIA YANG GEMILANG.

BANTUAN BERBENTUK

SOKONGAN DAN KEWANGAN

KEPADA KOMUNITI

USAHAWAN KECIL DAN

SEDERHANA DALAM

MENGHARUNGI KESAN

KETIDAK-TENTUAN PANDEMIK

COVID-19.

UTAMAKAN KAUM WANITA

DAN MEMPERKASAKAN

PENGLIBATAN WANITA DALAM

URUSAN EKSEKUTIF NEGARA.

TIADA YANG TERCICIR, IMPAK

POSITIF KEPADA SEMUA

MELALUI PEMANTAPAN

PENDEKATAN DIGITAL

NEGARA

KESTABILAN EKONOMI

AGENDA UTAMA NEGARA.

MAKA KAMI, RAKYAT

MALAYSIA BERSATU UNTUK

NEGARA YANG TERCINTA INI,

SATU HATI!

(12)

GERAKAN WANITA

Mesyuarat Wanita PN Negeri Perak

Majlis Makan Malam PN Parlimen

Hari Wanita Negeri Perak

Wawancara”INTEGRASI KAUM DAN

PERANAN WANITA”

S

etelah GERAKAN menyertai gabungan Perikatan Nasional, pada mulanya terdapat sedikit

perbezaan dalam pandangan daripada ahli-ahli sayap Wanita. Namun, dengan perjumpaan

berterusan dan penglibatan bersama ahli-ahli sayap Wanita dari parti komponen, kita dapat

mempertingkatkan persepsi dan pendekatan kita. Perbezaan pendapat tidak menghalang Wanita

untuk terus menyumbang dalam hubungan politik dan masyarakat. Kita akan terus mengukuhkan

kerjasama dengan Wanita di semua peringkat, termasuk dalam parti komponen dan membolehkan

Wanita berdiri teguh bersama yang lain dalam Perikatan Nasional.

Penyampaian anak pokok kacang

bendi dan anak pokok serai

Travelog “Wanita Meransang Sektor

(13)

Meskipun tempoh perkenalan antara sayap Wanita singkat, namun kita telah menjalin silaturahim

yang baik. Kita mendukung matlamat yang sama iaitu mengutamakan kepentingan dan kebajikan

rakyat. Kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Demi Rakyat, kami, GERAKAN Wanita Pulau Pinang dan Perikatan Nasional Wanita Pulau Pinang

Bersatu Hati, Gerak Bersama.

Selamat bekerjasama untuk masa depan rakyat dan negara yang lebih baik.

Figure 1:

Ketua Wanita Perikatan Nasional Negeri Pulau Pinang, Pn Yuyunhani bt Mohd Yusof dan Ketua Wanita Negeri Pulau Pinang Sdri. Peilin Ooi Pei Nar mengedarkan bakul makanan kepada keluarga miskin.

Figure 3:

Demi menyahut tema Hari Wanita Antarabangsa tahun 2021- Choose to

Challenge, peserta

mengangkat sumpah, mereka pilih untuk berani mendepani cabaran demi pembangunan kendiri.

Figure 2:

Ketua Wanita Perikatan Nasional Negeri Pulau Pinang, Pn Yuyunhani bt Mohd Yusof dan Setiausahanya Pn. Jusnidar Fauzaman bersama dengan GERAKAN Wanita Pulau Pinang menyambut Hari Wanita.

(14)

GerakaN PEMUDA

P

emuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyokong pengumuman Program Strategik

Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bernilai RM20 bilion dan ini

menunjukkan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan tepat buat rakyat.

Bendahari Nasional Pemuda GERAKAN Andy Tan Hum Wei berkata, dalam setahun pentadbiran PN,

kerajaan telah menyediakan 6 pakej bantuan kewangan untuk membantu rakyat dan memulihkan

ekonomi negara.

“Setakat ini, tidak ada negara lain yang dapat melancarkan begitu banyak pakej bantuan dan ini jelas

membuktikan bahawa kerajaan PN prihatin terhadap rakyat.

“Dalam PEMERKASA tersebut ia menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan

ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat serta sektor

yang masih terkesan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan

untuk menyediakan dana pembiayaan

tambahan sebanyak 500 juta ringgit

bagi kemudahan pembiayaan mikro

kredit melalui program-program di

bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME

Corp adalah wajar.

“Kemudahan pembiayaan mikro

kredit sangat penting untuk PKS demi

meneruskan kelangsungan perniagaan

agar dapat mengelakkan daripada

pengusaha-pengusaha di Malaysia

daripada gulung tikar.”

Di samping itu, kerajaan juga

menyediakan 700 juta ringgit untuk

teruskan Program Subsidi Upah

(PSU) 3.0 selama tiga bulan dan

langkah ini akan mengurangkan kadar

pengangguran dan memastikan lebih

ramai orang mengekalkan pekerjaan

dan pendapatan mereka.

(15)

Sila terangkan secara ringkas apakah persiapan War Room untuk

menghadapi PRU-15?

Sebelum kita sertai Perikatan Nasional (PN), kita sudah buat persiapan dan penelitian kerusi dengan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kita telah mendapatkan data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan membuat analisis untuk mengetahui jenis pengundi (MCIO) dan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. Dengan mengetahui keputusan PRU yang lepas, kita dapat melihat corak pengundi dan cara mereka membuat pemilihan.

Sebelum menyertai PN, kita adalah parti bebas. Setelah kita bergabung dengan Perikatan Nasional pada 11 Februari, ini telah mencerminkan satu lagi wajah yang baru, di mana kini kita mempunyai kawan baru iaitu BERSATU dan PAS di Semenanjung Malaysia, SAPP dan STAR di Sabah. Oleh itu, PN kini mempunyai 5 parti keseluruhan.

Dalam PN juga, saya telah menghadiri satu mesyuarat yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parti Perikatan Nasional pada bulan Februari lepas. Perbincangan tentang strategi, objektif, dan keseluruhan persiapan bagi PRU yang akan datang telah dibuat dan akan dilaksanakan.

1.

Wawancara bersama Pengarah

War Room

oleh Sasha Asharuddin

Pengarah War Room, Sdr. Lau Hoi Keong bersama penemuduga, Sasha Asharuddin

Peranan War Room Dalam Persediaan

Untuk Pilihan Raya Yang Akan Datang

(16)

Kini sebagai anggota PN, bagaimanakah

pengurusan War Room akan mendekati

rakan-rakan PN dalam menggembleng

perkara-perkara yang berkaitan dengan

strategi Perikatan ke arah kemenangan?

Saya melihat perkara ini sebagai cabaran dan peluang bagi GERAKAN kerana pertama, kita ada kawan yang berpengalaman. Sebagai contoh, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya diketuai oleh YB Dato’ Seri Azmin Ali, dan beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman.

Dengan adanya matlamat, objektif, pengalaman, dan strategi yang ditetapkan oleh 3 komponen parti di Semenanjung akan memudahkan kita melangkah ke hadapan. Selain itu, bersama-sama dengan kekuatan organisasi dan pengalaman yang mencukupi, ia juga akan memudahkan GERAKAN untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga bersama parti-parti komponen tersebut.

Kita juga harus memahami bahawa BERSATU dan PAS ada kekuatan di Parlimen dan DUN. Kedua, strategi seterusnya adalah di mana kita mendapat nasihat dan bimbingan daripada Dato’ Seri Azmin Ali.

Selain itu, kerjasama pemahaman antara 3 parti telah berjalan lancar. Di setiap negeri, sudah banyak aktiviti sedang berlangsung termasuk mesyuarat-mesyuarat tentang bagaimana untuk mendekati pengundi.

GERAKAN telah menyertai struktur organisasi PN di setiap negeri dan telah diserap masuk dalam organisasi tersebut. Maksudnya segala perjalanan dan perancangan yang dilakukan bukan sahaja menggambarkan GERAKAN, tetapi juga Perikatan Nasional.

Apakah perbezaan atau

cabaran yang sedang kita

hadapi dalam menyediakan

sebuah War Room yang

berkesan?

Memang banyak cabaran dalam perancangan untuk menyediakan sebuah War Room yang berkesan. Yang pertama adalah data, yang kedua pula adalah mempunyai orang yang sesuai untuk mengetuai War Room. War Room yang saya maksudkan bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di peringkat negeri juga untuk melancarkan segala keputusan atau polisi yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk disampaikan kepada pemimpin di peringkat negeri.

War Room di peringkat pusat hanya

memberikan sokongan dan dalam bentuk latihan, maklumat (data), dan report (analisis) serta isu-isu nasional/ tempatan untuk setiap calon. Manakala perlaksanaan atau implementation, ia bergantung kepada War Room di peringkat negeri. Walaupun War Room di peringkat pusat sudah mempunyai persiapan, namun pelancaran misi tersebut akan sia-sia sekiranya tidak mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada War Room di peringkat negeri. Apa-apa kegiatan Parlimen dan DUN perlu mendapat pengawasan daripada

War Room peringkat negeri.

Contohnya di selatan Malaysia, kami telah melancarkan War Room di negeri Johor. Manakala di bahagian utara,

War Room akan dilancarkan pada 2

April. War Room yang dalam persiapan sekarang adalah bahagian pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Di samping itu, cabaran seterusnya adalah selama ini GERAKAN berada di bawah pemerintahan kerajaan BN dari

2.

3.

Sdr. Lau Hoi Keong menjelaskan tentang cabaran yang dihadapi oleh War Room

(17)

Apakah pendekatan yang diambil oleh War Room dalam mengenal-pasti dan

memenangi pengundi kelabu?

Berdasarkan pengalaman di dalam penglibatan politik sejak tahun 1999, sekiranya kita mempunyai akar umbi yang memegang sesebuah Parlimen atau DUN, kita akan sentiasa dipengaruhi atau dikepong oleh penyokong kita sahaja. Kemungkinan 10%, 15% ataupun 30%. Pengaruh kita akan sentiasa sama dan tidak akan berubah. Bagi sesiapa yang dikategorikan sebagai pengundi kelabu, kebanyakan duduk di rumah kondominium atau dalam konteks perumahan terkawal (gated and guarded). Memang sukar untuk masuk ke kawasan tersebut, jadi bagaimana GERAKAN boleh sampaikan matlamat, visi dan misi?

Bagi menyelesaikan perkara ini, kita menggunakan kaedah “cyber trooper” dengan platform media sosial. Tambahan pula sekarang ini kita dalam norma baharu dan penjarakan sosial harus diamalkan. Sebagai contoh di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, SPR sudah menggariskan SOP iaitu kempen yang dilakukan selama 14 hari, calon tidak dibenarkan bersalaman, berjumpa di tempat awam, dan tidak boleh ada perhimpunan besar-besaran. Oleh itu, penggunaan media sosial harus dipergiatkan demi menyampaikan matlamat dan mendengar suara rakyat bagi membantu mereka. Penggunaan telefon pintar tidak dinafikan amat penting pada masa sekarang ini, dan kamu juga dapat lihat sekeliling kita terutama orang muda, mereka sangat pakar dalam penggunaan telefon pintar dan media sosial.

tahun 1973 sehinggalah 2018. Kebanyakan pemimpin parti juga tersekat dengan mentaliti di mana mereka masih di bawah kongkongan BN. Maka, cabarannya adalah bagaimana kita boleh melangkah daripada jendela yang lama (BN) ke gabungan yang baru (PN). Untuk memenangi pilihan raya, sesebuah parti harus bergabung dengan parti yang lain dan membentuk sebuah gabungan, amat sukar sekiranya memerintah secara bebas atau sendiri.

Bagi pihak GERAKAN, perkara ini saya melihat sebagai peluang bagaimana kita boleh menembusi dan mencapai ke tahap kemenangan dan membolehkan rakyat atau pengundi mempunyai pilihan baru iaitu Perikatan Nasional.

4.

5.

Apakah kaedah yang digunakan oleh pasukan War Room dalam menentukan

kerusi putih, kelabu dan hitam?

Ketika PRU ke-12, PRU ke-13 dan PRU ke-14, strategi yang digunakan oleh pihak pembangkang adalah dengan menabur propaganda jahat dan fitnah terhadap kita. Tetapi, pilihan raya yang akan datang ini kita tidak dapat menilai dengan melihat corak PRU yang lepas. Oleh itu, bagi menentukan kerusi putih, kelabu dan hitam, kita harus menggunakan formula dan cara pendekatan yang berlainan.

Yang pertama, harus ada calon yang boleh diterima di kawasan tersebut. Ini adalah kerana semua parti politik di negara ini pernah menjadi kerajaan. Sekarang, kemenangan terletak di tangan pengundi untuk menilai bukan sahaja dalam memilih logo, tetapi juga memilih calon yang dapat meningkatkan segala keperluan dan menyampaikan misi serta visi pembangunan keseluruhan di kawasan tersebut. Ini kerana landskap politik sudah berlainan. Contohnya di Simpang Renggam, GERAKAN tidak pernah kalah tetapi ketika PRU ke-14, kita telah kalah. Pengundi Melayu ada 65-66 peratus dan kawasan itu dikatakan sebagai kawasan putih, tetapi kita tetap kalah.

(18)

Aktiviti-aktiviti

GERAKAN

Pemimpin Parti GERAKAN yang diketuai oleh Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti GERAKAN mengadakan kunjungan rasmi dengan YB Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti GERAKAN bersama beberapa pemimpin-pemimpin parti mengadakan kunjungan rasmi ke Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Sabah untuk berjumpa dengan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti GERAKAN menghadiri Majlis Makan Malam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebagai tanda perjumpaan dan simbolik Perikatan, Pemangku Ketua Pemuda Nasional PGRM Sdr. Wong Chia Zhen mewakili Pemuda GERAKAN menyerahkan tanda penghargaan kepada YB Ir. Ts Haji Khairil dan disaksikan oleh President Parti Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Sdr. Koo Shiaw Lee, Ketua Biro Publisiti dan Media Baru dan Sdri. Wendy Subramaniam, Timbalan Ketua Biro Publisiti dan Media Baru menghadiri sesi dialog antara Ketua Penerangan parti-parti komponen Perikatan Nasional dengan YB Dato Saifuddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Pemimpin Parti GERAKAN yang diketuai oleh Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti GERAKAN mengadakan kunjungan rasmi dengan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan.

(19)

Pemimpin GERAKAN Melaka menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya di MITC Melaka.

Mesyuarat rasmi Pemuda Perikatan Nasional Negeri Sembilan dan Badan Perhubungan Negeri Pemuda PN telah dibentuk secara rasmi.

Mesyuarat rasmi Pemuda Perikatan Nasional Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat Rasmi Pemuda Perikatan Nasional Negeri Johor.

Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti GERAKAN bersama beberapa pemimpin-pemimpin parti mengadakan kunjungan rasmi ke ibu pejabat Sabah Progressive Party (SAPP).

Sesi Hi-Tea Pemuda Perikatan Nasional Perak bersama naib ketua Pemuda Perikatan Nasional 1, YB Wan Ahmad Fayhsal.

Perjumpaan bersama komponen parti Perikatan Nasional - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Sabah Progressive Party (SAPP) untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komponen parti dalam PN.

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan pada 24 pasien karsinoma mammae duktal infiltratif disimpulkan bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara kadar glukosa darah

IKPP Mills Tangerang untuk menerima umpan-balik atau tanggapan dari masyarakat sekitar terhadap upaya-upaya yang dilakukan perusahaan dalam membina hubungan baik

Penelitian ini dilakukan untuk memodifikasi tahapan pembuatan bumbu pecel dengan proses fermentasi biji kacang tanah menggunakan Rhizopus oligosporus MK-1 guna menurunkan cemaran

2 Perawat harus mampu membina hubungan yang baik dengan pasien, dengan cara mendengarkan keluhan pasien, bertanya terbuka, menggulang kembali kata-kata yang diucapkan pasien. 3

bangunan dalam langit buatan, maupun pada rumah sederhana, faktor penerangan siang hari rata-rata 20% dapat diperoleh dengan lubang cahaya 15% dari luas lantai, dengan

(2) Pendidikan profesi Guru sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dibiayai oleh Pemerintah Pusat, Pemerintah Daerah,. dan/atau satuan pendidikan

Panitia tugas akhir adalah staf pengajar Jurusan Teknik Elektro Politeknik Negeri Jakarta yang ditugaskan oleh Ketua Jurusan.. Panitia tugas akhir mempunyai tugas yaitu

Agar program penyuluhan kesehatan yang dilaksanakan ini berhasil baik sesuai yang diharapkan, maka diperlukan suatu perencanaan yang terarah sesuai dengan tujuan dari