• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Asing: Sebuah Catatan Pengalaman

Universiti Sains Malaysia

Tuan Nordin Tuan Kechik

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia

dan

Mazlina Bahruddin

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia Minden, Pulau Pinang, Malaysia

ABSTRAK

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam yang merupakan antara universiti terawal ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya. USM juga merupakan universiti pertama yang mendapat status universiti Apex di Malaysia yang merupakan satu penghargaan dan kepercayaan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terhadap USM. USM menerima pelajar dari pelbagai negara seperti pelajar dari negara China, Libya, Sudan, Mesir, Nigeria, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea dan lain-lain lagi yang kesemuanya melebihi lima belas buah negara. Majoriti pelajar antarabangsa yang mendaftar di USM merupakan pelajar pascasarjana dan sebahagian kecilnya merupakan pelajar ijazah pertama. Kertas kerja ini merupakan hasil pengalaman penulis dalam mengajar kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) sebagai kurus wajib universiti yang perlu diikuti dan wajib lulus sekurang-kurangnya mendapat gred c oleh pelajar antarabangsa yang belajar di Universiti Sains Malaysia. Dimensi utama penyelidikan ini adalah untuk melihat keberkesanan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada pelajar peringkat pascasarjana dengan model pengajaran yang menggunakan modul kursus Bahasa Malaysia I (LKM100) yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan sepenuhnya iaitu penulis akan merujuk hasil peperiksaan akhir semester pelajar yang melibatkan 100 orang pelajar pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. Keputusan peperiksan mereka diambil untuk dianalisis secara terperinci berdasarkan pecahan tajuk yang terdapat dalam peperiksaan tersebut bagi menghasilkan suatu kesimpulan terhadap kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberikan dapatan secara ilmiah terhadap keberkesanan penggunaan modul pengajaran dan pencapaian pelajar.

(2)

1. Pengenalan

Universiti Sains Malaysia mewajibkan semua pelajar antarabangsa pada peringkat pascasarjana mengambil kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) sebagai kursus wajib pengijazahan bagi semua pusat pengajian. Kursus ini merupakan kursus Bahasa Malaysia peringkat permulaan. Pelajar diajar cara menyebut perkataan mengikut Sistem Bunyi Bahasa Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan tatabahasa asas dan dilatih membina ayat yang mudah. Kosa kata yang diperkenalkan lebih kurang 500 patah perkataan meliputi kata nama, kata kerja, kata sendi nama, kata adjektif dan kata tugas. Isi kandungan modul kursus Bahasa Malaysia I terdiri daripada empat belas unit yang merangkumi sistem bunyi bahasa Malaysia, ucap selamat, nombor dan masa, wang, memperkenalkan diri, mengenal pasti objek, penjodoh bilangan, keluarga, kalendar dan aktiviti harian, kedudukan objek, pengangkutan, arah dan lokasi, makanan dan rasa serta negara dan cuaca. Kursus ini juga membolehkan pelajar menggunakan perbualan yang mudah dalam pelbagai situasi harian. Pelajar juga akan didedahkan dengan budaya masyarakat Malaysia khususnya budaya Melayu.

Struktur kursus ini dapat dibahagikan pada dua bahagian itu bahagian kerja kursus dan bahagian peperiksaan akhir yang masing-masingnya mewakili 50% markah pada setiap bahagian. Terdapat empat penilaian dalam bahagian kerja kursus iaitu peperiksaan bertulis I (10 markah) dan peperiksaan bertulis II (10 markah), pembentangan lisan di dalam kelas (10 markah), dan ujian lisan perseorangan (20 markah). Manakala peperiksaan akhir semester mewakili 50% markah lagi. Setiap pelajar dikehendaki mengambil kedua-dua bahagian peperiksaan dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C.

(3)

Jadual 1. Jumlah pelajar antarabangsa yang mengambil Kursus Bahasa Malaysia I.

Sidang akademik Semester 1 Semester 2 Bilangan pelajar

2011/2012 406 317 723

2010/2011 352 390 742

2009/2010 393 341 734

Jumlah 2199

(Sumber: Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia)

1.1 Pernyataan masalah

Di Malaysia kajian terhadap pengajaran dan pemelajaran bahasa telah banyak dilakukan oleh banyak penyelidik. Namun pernyelidikan terhadap pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing agak kurang didapati. Kebanyakan penyelidik lebih cenderung melihat kaedah pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama contohnya seperti Norizan Abdul Razak (2000), Ramli Salleh et.al (2000), Mahzan Arshad (1999), Zamri Mahamod (1999, 2000), Ab. Rahim Mahmood (1997, 1999), Nuraihan Mat Daud (2000), Marsis Mohamad Nasir (1998), Zulkifley Hamid (1999, 2000), Mohd. Tajudin Rahman (1999), Ismail Dahaman (1998) dan banyak lagi penyelidik yang memberikan fokus terhadap pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Kajian terhadap kemahirwacanaan bahasa kedua oleh Suyono (2000), dan Ambigapathy Pandian (2000).

1.2 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan akan dapat menjelaskan tujuan dan dapat memberikan sumbangan yang bermakna dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia sebagai bahasa asing. Di samping itu juga kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan asas terhadap penyelidikan lanjutan terutama dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing yang berasaskan modul. 1.3 Objektif kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan keberkesanan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing dengan mengunakan kaedah pengajaran berasaskan modul yang digunakan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pemelajaran. Penandaarasan bagi kajian ini dengan melihat hasil peperiksaan akhir semester pelajar berdasarkan markah bagi setiap topik yang diuji dan dinilai.

1.4 Batasan kajian

(4)

berdasarkan prestasi pelajar. 1.5 Definisi operasional a. Pengajaran bahasa

Pengajaran bahasa merujuk metodolgi pengajaran dan pembelajaran bahasa sesuatu bahasa agar senang difahami oleh semua pelajar dengan menggunakan modul sebagai bahan rujukan pengajaran dan pemelajaran.

b. Bahasa asing

Bahasa asing merujuk bahasa yang tidak digunakan oleh orang yang tingal di sesebuah tempat yang tertentu contohnya bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa asing di Amerika Syarikat. Bahasa asing juga merupakan bahasa yang tidak digunakan di negara asal seseorang. Sebagai contoh seorang pelajar dari Kenya datang ke Malaysia mempelajari bahasa Melayu, jadi bagi mereka bahasa tersebut merupakan bahasa asing.

2. Metodologi kajian

Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Ia melibatkan data kualitatif yang diperoleh melalui analisis kesan pada kognitif yang disokong dengan perhatian yang mendalam terhadap proses semasa pelajar menggunakan modul. Rujukan terhadap kertas peperiksaan akhir pleajar yang mengambil peperiksan Bahasa Malaysia I (LKM 100) pada semester I, sidang akademik 2011/2012. Sampel kajian terdiri daripada 100 skrip peperiksaan akhir yang telah dinilai oleh guru. Markah peperiksaan akan dinilai dan dianalisis berdasarkan bahagian yang terdapat dalam skrip jawapan berdasarkan objektif kajian. Data yang telah dikutip akan dianalisis secara kualitatif.

3. Teori pebelajaran bahasa

(5)

4. Reka bentuk modul

Modul Bahasa Malaysia I (LKM 100) terdiri daripada 14 unit yang perlu diselesaikan proses pengajaran dan pembelajaran selama 15 minggu termasuk sesi ujian dan penilaian.

Unit 1 Sistem bunyi bahasa Malaysia

Unit 1 merupakan pengenalan terhadap sistem bunyi dalam bahasa Malaysia, pengenalan terhadap skrip, sistem ejaan, bunyi, abjad, vokal lunak, diftong, konsonan, gabungan dua konsonan contohnya ng, sy, gh, dan ny juga diperkenalkan dalam unit tersebut. Dalam unit 1 juga latihan sebutan pada posisi awal, tengah dan posisi akhir bagi mewakili semua huruf yang terdapat dalam bahasa Malaysia.

Unit 2 Ucap selamat

Pelajar didedahkan dengan perbualan untuk dihafal dengan menggunakan semua bentuk ucap selamat seperti selamat pagi, selamat tengah hari, selamat petang, selamat malam, selamat datang, selamat tinggal, selamat jalan, terima kasih, sama-sama dan pelbagai ucapan selamat yang lain. Pelajar disediakan latihan untuk dilatih tubi di ruangan tetap. Dalam unit 2 ditambah kosakata baharu contohnya sila masuk, sila duduk, sila makan, sila minum, sila baca dan sebagainya. Di samping itu dimasukkan juga latih tubi bersambut dalam bentuk soalan dan jawapan contohnya,

Apa khabar? Khabar baik, Kamu apa khabar? Saya kurang baik. Dalam unit 2 diperkenalkan juga ucapan selamat bagi perayaan di Malaysia contohnya Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru Cina, Selamat Hari Deepavali, dan Selamat Hari Krismas. Unit 2 juga memasukkan latihan ucap selamat secara bergambar dan kosa kata baru dan terjemahannya diperkenalkan.

Unit 3 Nombor dan masa

Pelajar diperkenalkan dengan nombor dan masa untuk dibaca dan dihafal seperti nombor kardinal (1 - 100), nombor ordinal seperti pertama, kedua, ketiga, keempat, kesepuluh dan seterusnya. Di samping itu juga dimasukkan juga sub-topik seperti pecahan, contohnya ½, ¾, perpuluhan contohnya 0.5, 1.5, 40.11, peratus contohnya 3%, 52%, 65%, dan simbol matematik seperti + (campur/tambah), - (tolak), X (kali/darab), = (sama dengan). Dalam unit 2 juga dimasukkan sub-topik belajar tentang masa contohnya pukul 6.15, divariasikan menjadi pukul enam lima belas minit, pukul enam suku, lima belas minit selepas pukul enam. Pelajar juga diperkenalkan dengan kosa kata yang berkaitan dengan masa seperti saat, minit, jam, pukul, suku, setengah, tengah malam, tengah hari dan lain-lain lagi. Unit ini juga disusuli dengan latih tubi berkaitan masa. Unit 4 Wang

(6)

Unit 5 Memperkenalkan diri

Pelajar didedahkan dengan topik memperkenalkan diri. Dimulai dengan perbualan memperkenalkan diri seperti, Siapa nama encik, Berapa umur encik, Berapa nombor telefon encik, Apa alamat encik

dan sebagainya. Unit 5 dimasukkan banyak latihan tentang memperkenalkan diri dan latihan menyusun ayat. Dalam unit ini juga dimasukkan topik tentang binaan ayat mudah contohnya ayat NP + NP, contohnya Ali guru, Aishah pelajar, NP + VP contohnya Saya belum makan, Ali sudah pulang ke Kuala Lumpur kelmarin, NP + PP, contohnya Buku itu di atas meja, Dia ke Kuala Lumpur, dan NP + AP, contohnya Ahmad amat kacak, Buku itu sungguh tebal. Akhir unit dimasukkan penggunan kata tidak dan bukan serta latihan berkaitan. Tambahan kosa kata berkaitan pekerjaan, negara dan bangsa serta kata adjektif dimasukkan juga

Unit 6 Mengenal pasti objek

Dalam unit ini pelajar didedahkan dengan kaedah mengenal pasti objek dalam bentuk perbualan seperti Itu apa?, dan Ini apa?. Pelajar juga diperkenalkan dengan kosa kata baharu terdiri daripada kata nama seperti bendera, burung, bunga, rumput, pokok dan sebagainya. Banyak gambar berwarna dimasukkan dalam unit ini. Unit ini juga memperkenalkan pelajar dengan semua jenis warna dan pengenalan terhadap bendera negara dan warna, anggota badan seperti telinga, pipi, hidung, mata, rambut dan sebagainya. Unit 6 juga memasukkan topik tentang pakaian dalam pelbagai budaya di Malaysia seperti baju kurung, baju Melayu, cheongsam, samfoo dan sebagainya. Sub-topik yang terakhir iaitu pelajar diajar tentang nama buah-buahan tempatan seperti pisang, durian, mangga dan sebagainya.

Unit 7 Penjodoh bilangan

Unit ini merupakan unit pengenalan terhadap penjodoh bilangan. Antara fungsi penjodoh bilangan yang diajarkan melalui unit ini ialah pengguaan penjodoh bilangan seperti kuntum, orang, ekor, buah, biji, keping, helai, batang, bilah, pasang, buku dan bentuk. Kesemua penjodoh bilangan tersebut disampaikan dalam bentuk gambar bagi mewakili setiap penjodoh bilangan tersebut. Unit ini juga disusuli dengan latihan yang berkaitan dengan penjodoh bilangan dalam bentuk bergambar dan berbentuk esei.

Unit 8 Keluarga

Terdapat esei tentang keluarga untuk dibaca dan difahami. Kosa kata berkaitan hubungan kekeluargaan diperkenalkan seperti abang, adik, adik-beradik, anak, bapa saudara, bapa, ayah, ibu, emak, cucu, datuk, nenek, ibu saudara, kakak, sepupu, suami, isteri dan sebagainya diperkenalkan dalam unit ini. Carta keluarga diperkenalkan dalam unit ini. Disusuli banyak latihan berkaiatan diadakan.

Unit 9 Kalendar dan aktiviti harian

(7)

memasukkan sub-unit iaitu berkaitan aktiviti harian dengan memperkenalkan kosa kata baru seperti

bangun, setiap, hari, selalu, buat, mandi, bersarapan, kemudian, tempat kerja dan sebagainya. Banyak latihan berkaitan diadakan dalam unit ini.

Unit 10 Objek

Pelajar diperkenalkan dengan kata sendi nama seperti di, ke, dari, di hadapan, ke hadapan, dari hadapan, di antara, di belakang, di dalam, di luar, di sebelah, di tepi, di atas, di bawah, kiri, kanan, seberang, sudut dan sebagainya. Banyak latihan diwujudkan seperti latih tubi gantian mudah di ruangan tetap, soalan berdasarkan gambar, isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai dan bina ayat dengan menggunakan kata arah.

Unit 11 Pengangkutan

Pelajar didedahkan dengan jenis-jenis pengangkutan dan cara menggunakan pengangukutan. Kosa kata baru diperkenalkan seperti pengenalan terhadap pengangkutan darat seperti bas, basikal, teksi, beca, kereta api, dan motosikal. Kenderaan udara seperti helikopter dan kapal terbang serta kenderaan laut seperti feri, kapal dan sampan. Pengenalan terhadap struktur ayat berkaitan pengangkutan turut dimasukkan. Kosa kata baru seperti menaiki, memandu, menunggang, membonceng, stesen bas, lapangan terbang, pelabuhan, stesen kereta api, pemandu bas, juruterbang, bertolak, tiba, berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan pengangkutan diperkenalkan. Banyak latihan dimasukkan dalam unit ini seperti latihan membina ayat dan latihan menyusun ayat.

Unit 12 Arah dan lokasi

Pelajar didedahkan dengan cara untuk bertanyakan arah dan lokasi. Pengenalan terhadap kosa kata baharu bersama-sama simbol yang sepadan seperti belok kiri, belok kanan, jalan terus, naik, turun, lampu isyarat, berhenti, simpang empat, simpang tiga, bulatan, awas, beri laluan, perlahan, ikut kiri dan sebagainya. Dalam unit ini terdapat juga perbualan yang merujuk pertayaan arah dan disertai latih tubi gantian mudah di ruangan tetap. Contohnya, Di mana balai polis?, Di mana pejabat pos? dan seterusnya. Akhir sekali dalam unit ini terdapat banyak latihan dan kosa kata yang berkaitan dengan nama tempat.

Unit 13 Makanan dan rasa

Dalam unit 13 pelajar diajar cara-cara memesan makanan dan minuman dalam bentuk perbualan. Pelajar diperkenalkan dengan kosa kata baharu yang berkaitan dengan makanan dan rasa contohnya

pesanan, bayar, bil, dahaga, lapar, ambil, tambah, hantar, makanan, minuman, sepinggan, seketul, sebungkus, dan juga kosa kata nama menu bagi sarapan,minum petang, makan tengah hari dan makan malam seperti roti bakar, telur setengah masak, roti canai, nasi lemak, mi kari, laksa, kuih, nasi goreng, nasi campur, nasi ayam dan minuman seperti segelas susu, secawan kopi, segelas jus belimbing dan sebagainya. Pelajar juga diminta untuk melakukan latih tubi gantian mudah di ruangan tetap sebagai contoh, Di sini ada jual makanan?, Di sini ada jual minuman? dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan kosa kata baharu yang berkaitan dengan rasa seperti

(8)

Unit 14 Negara dan cuaca

Dalam unit ini terdapat satu esei tentang negara dan cuaca yang memperkenalkan negara Malaysia yang terdiri daripada 13 buah negeri dengan jumlah penduduk seramai 29 juta orang. Dalam unit ini pelajar diperkenalkan dengan kosa kata baharu seperti, bangga, aman, terletak, terbahagi, ibu negara, penduduk, semenanjung, aman, benua, persekutuan, wilayah, agama, bangsa,dan kosa kata berkaitan cuaca seperti hujan, panas, sejuk, cerah, mendung, berawan, bersalji, ribut, petir, kabus, kilat dan sebagainya. Terdapat juga latih tubi gantian mudah di rungan tetap contohnya, Cuaca hari ini baik, Cuaca hari ini panas, Cuaca hari ini sejuk dan sebagainya.

5. Model peperiksaan akhir semester

Peperiksaan akhir semester diadakan apabila pelajar mengikuti kelas empat jam seminggu dalam dua kali pertemuan selama 15 minggu. Peperiksaan akhir tersebut mengambil masa selama dua jam dan komposisi soalan dan pembahagian markah adalah seperti yang terdapat pada jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Komposisi soalan dan pembahagian markah Bahasa Malaysia I

SOALAN MARKAH PENUH

HURAIAN MAKLUMAT BERKAITAN

1 20 Bahagian A Pembahagian:

Pemahaman Jawab 5 soalan 1 soalan 2 markah

Bahagian B Bina 10 ayat 1 ayat 1 markah

2 20 Bahagian A Susun semula perkataan supaya menjadi ayat

yang lengkap. 10 soalan. 1 ayat 1 markah.

Bahagian B Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan

yang sesuai. 10 soalan

1 jawapan 1 markah

3 20 Bahagian A Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang

(9)

1 jawapan 1 markah

Bahagian B Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang

sesuai. 10 soalan.

1 jawapan 1 markah.

4 20 Bahagian A Isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai

berpandukan gambar. 10 soalan.

1 jawapan 1 markah

Bahagian B Jawab soalan berpandukan peta yang diberikan. 4 soalan.

2 jawapan 2 markah. 2 jawapan 3 markah

5 20 Bahagian A Bina soalan menggunakan kata tanya yang

sesuai.

10 soalan.

1 jawapan 1 markah

Bahagian B Tulis karangan berpandukan gambar yang

diberikan.

(50-60 patah perkataan) 10 markah

Isi-5 Bahasa-3 Kesan-2

Jadual 3: Jadual spesifikasi ujian Bahasa Malaysia I

No Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bilangan

Soalan

MARKAH

1 Petikan

kefahaman

(10)
(11)

menggunakan

kata tanya

yang sesuai Tulis

karangan

berpandukan

gambar yang

diberikan.

√ √ √ √ √ √ 1 10

JUMLAH 80 100

5. Keputusan kajian dan analisis data

Sebanyak 100 skrip jawapan peperiksaan akhir Bahasa Malaysia I (LKM 100) Semester I, Sidang Akademik 2011/2012 dikumpul bagi tujuan pengumpulan dan penganalisisan data. Kesemua skrip peperiksaan merupakan skrip jawapan pelajar pada peringkat pascasarjana dari luar negara. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat purata dan peratusan variabel berkaitan data bagi menjelaskan prestasi pelajar dalam peperiksaan akhir tersebut.

5.1 Petikan kefahaman (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian petikan kefahaman iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 26 orang pelajar (26%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 4 markah (1%). Purata markah bahagian petikan kefahaman ialah 8.96 (89.6%).

5.2 Bina ayat (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian bina ayat iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 15 orang pelajar (15%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 1 markah (1%). Purata markah bahagian bina ayat ialah 7.47 (74.7%).

5.3 Susun semula perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian susun semula perkataan supaya menjadi ayatyang lengkap iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 15 orang pelajar (15%). Dua orang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 0 markah (2%). Purata markah bahagian susunan semula perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap ialah 6.91 (69.1%).

5.4 Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 20 orang pelajar (20%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 2.5 markah (1%). Purata markah bahagian Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai ialah 7.93 (79.3%).

5.5 Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai (10 markah)

(12)

yang sesuai iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 27 orang pelajar (27%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 1 markah (1%). Purata markah bahagian Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai ialah 7.56 (75.6%).

5.6 Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 15 orang pelajar (15%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 1 markah (1%). Purata markah bahagian Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai ialah 7.41 (74.1%).

5.7 Isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai berpandukan gambar (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian Isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai berpandukan gambar iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 29 orang pelajar (29%). Tiga orang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 0 markah (3%). Purata markah bahagian Isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai berpandukan gambar ialah 7.63 (76.3%).

5.8 Jawab soalan berpandukan peta yang diberikan (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian jawab soalan berpandukan peta yang diberikan iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 24 orang pelajar (24%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 1.5 markah (1%). Purata markah bahagian jawab soalan berpandukan peta yang diberikan ialah 8.08 (80.8%).

5.9 Bina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai (10)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian bina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai iaitu markah (9.5 markah) iaitu seramai 1 orang pelajar (1%). Dua orang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 0 markah (2%). Purata markah bahagian bina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai ialah 6.49 (64.9%).

5.10 Tulis karangan berpandukan gambar yang diberikan (10 markah)

Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian tulis karangan berpandukan gambar yang diberikan iaitu markah (9.5 markah) iaitu seramai 2 orang pelajar (2%). Empat orang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 0 markah (4%). Purata markah bahagian tulis karangan berpandukan gambar yang diberikan ialah 5.9 (59.%).

6. Perbincangan

(13)

cemerlang iaitu purata markah 8.96 (89%). Manakala bahagian soalan jawab soalan berpandukan peta yang diberikn dapat memberikan sumbangan markah yang besar kepada pelajar iaitu purata markah sebanyak 8.08 (80%). Bahagian isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai, purata markah pelajar ialah 7.92 (79%), manakala bahagian isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai berpandukan gambar, purata markah pelajar ialah 7.63 (76.3%) berada pada tempat keempat dalam kemampuan pelajar menperoleh markah. Tempat kelima iaitu bahagian isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai purata markah pelajar ialah 7.55 (75.5%). Bahagian

bina ayat purata markah pelajar ialah 7.49 (74.9%), manakala bahagian isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai, purata markah pelajar ialah 7.41 (74.1%). Bahagian susun semula perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap, purata markah pelajar ialah 6.91 (69.1%), manakala bahagian bina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai, purata markah pelajar ialah 6.49 (64.9%). Bahagian tulis karangan berpandukan gambar yang diberikan, merupakan bahagian yang memberikan sumbangan markah yang paling rendah jika dibandingkan dengan purata markah pada bahagian yang lain iaitu purata markah pelajar pada bahagian tersebut ialah 5.9 (59%).

Nilai markah pada bahagian-bahagian yang diuji dalam peperiksaan akhir bagi kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung mendapat markah yang tinggi pada bahagian petikan kefahaman dan bahagian isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai dapat memberikan sumbangan markah yang bermakna kepada pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar sudah disediakan jawapan yang perlu dipilih berdasarkan kesesuaian soalan. Keadaan yang berbeza pada pilihan soalan yang terakhir iaitu pelajar dikehendaki membuat karangan yang panjangnya antara 50 hingga 60 patah perkataan. Pada bahagian ini pelajar dikehendaki membina ayat dengan kemahiran dan kemampuan bahasa tersendiri. Pada bahagian ini juga merupakan bahagian menguji kebolehan membuat tafsiran terhadap gambar yang diberikan dan seterusnya mengolah idea ke dalam bentuk ayat yang lengkap sehingga terhasil sebuah karangan yang baik dan betul dari segi tatabahasa bahasa Malaysia.

Purata keputusan peperiksan akhir semester ialah 74. 34 %. Keputusan keseluruhan ialah seramai 45 orang pelajar mendapat gred A, 23 orang pelajar mendapat gred A-, enam orang pelajar mendapat gred B+, lima orang pelajar mendapat gred B, manakala sembilan orang pelajar mendapat gred B-. Tujuh orang pelajar mendapat gred C+ dan lima orang pelajar mendapat gred C.

7. Kesimpulan

(14)

dipelajari oleh pelajar, mereka mempunyai asas yang kukuh dalam mengaplikasikan bahasa Melayu dalam pelbagai situasi komunikasi seperti berkomunikasi sesama rakan, dalam urusan jual-beli, bertanyakan sesuatu tempat, berkomunikasi dengan masyarakat kampus dan di luar kampus dan sebagainya. Kajian ini merupakan satu kajian yang terhad pada keputusan peperiksaan akhir, maka dicadangkan kajian seterusnya dapat dilakukan terutama kajian terhadap kemampuan lisan pelajar antarabangsa di Universiti Sains Malaysia.

Bibliografi

Ab. Rahim Mahmood. (1997). Mastery learning: Aplikasi pendekatan pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 822 – 830.

Ab. Rahim Mahmood. (1999). Falsafah pendidikan dan hubungan teori-teori pendekatan kurikulum dalam mempengaruhi pengajaran bahasa. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan

Pengembangan Bahasa. 61 – 71.

Ambigapathy Pandian. (2000). Pembacaan dalam bahasa pertama dan bahasa kedua: Kajian terhadap pelajar Melayu Sekolah Menengah. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 219 – 227.

Ismail Dahaman. (1998). Bahasa Melayu dan pemerkasaannya. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 616 – 627.

Mahzan Arshad. (1999). Memahami pengajaran dan pemelajaran literasi bahasa Melayu. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 580 – 587.

Marsis Muhamad Nasir. (1998). Permasalahan pemelajaran bahasa Melayu di intitusi pendidikan. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 223 – 232.

Norizan Razak. (2000). Komunikasi di alam siber: Paradigma baru pengajaran bahasa Melayu. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1055 – 1062.

Nuraihan Mat Daud. (2000). Kesalahan bahasa dalam soalan peperiksaan. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 484 – 492.

Ramli Salleh. et.al. (2000). Prestasi pelajar dalam Peperiksaan Penilaian Menegah Rendah: Analisis berdasarkan format soalan bahasa Melayu I. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan

Pengembangan Bahasa. 1063 – 1076.

R. Soewondo Atmodarsono. (1989). Beberapa Metode Belajar-Mengajar Bahasa Asing: Community Language Learning dan Suggestopedia. Ujung Pandang: Universitas Hasanuddin.

Suyono. (2000). Kemahiran dan pemerolehan bahasa kedua. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 989 – 997.

(15)

Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 602 – 615.

Zulkifley Hamid. (1999). Teori, kaedah dan objektif dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa.

Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 489 – 494.

Gambar

gambar  yangdiberikan.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan latar belakang masalah tersebut, maka penulis tertarik untuk melakukan penelitian yang penulis tuangkan dalam bentuk skripsi dengan judul “Nilai-Nilai

Pngelolaan Sumber Daya Air Daerah Aliran Sungai Dolok Penggaron Wilayah Sungai Jratunseluna Di Semarang Timur Simulasi model dengan menggunakan data debit banjir Q 25 tahun

Pengelompokkan tersebut terdiri dari domba jantan bertanduk dan domba jantan tidak bertanduk, perbedaan tersebut mempengaruhi besar pendapatan karena harga jual

Bidang Kapasitas dan Penaatan Hukum Lingkungan dipimpin oleh Kepala Bidang yang berada dibawah dan bertanggungjawab langsung kepada kepala Badan melalui

Bahwa apabila penjelasan Pasal 142 ayat (2) Undang-Undang Nomor 8 Tahun 2012 tentang Pemilihan Umum secara konkret dijelaskan alat bantu tuna netra adalah template

a) Perusahaan harus menyediakan dan mengungkapkan informasi secara tepat waktu, memadai, jelas, akurat dan dapat diperbandingkan serta mudah diakses oleh

Istiar and Kartika A.A.G., The Determination of Weighing factor and Deterioration index for rigid pavement by using AHP (Case study: Jl Mayjend Sungkono Surabaya), The 5 th

Berdasarkan rumusan masalah tersebut maka tujuan penelitian ini adalah untuk meningkatkan hasil belajar IPS siswa kelas V SD Negeri Kutowinangun 4, tahun pelajaran