• Tidak ada hasil yang ditemukan

FLIPPED CLASSROOM KONSEP KEPENTINGAN DAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FLIPPED CLASSROOM KONSEP KEPENTINGAN DAN"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

GGGB 6012 PENULISAN AKADEMIK I

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

TAJUK TUGASAN:

KERTAS KONSEP INDIVIDU

PENSYARAH:

DR. MOHAMED YUSOFF BIN MOHD NOR

DISEDIAKAN OLEH:

(2)

FLIPPED CLASSROOM: KONSEP, KEPENTINGAN DAN CABARAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA

ABSTRAK

Marziah Bt Md Rahim

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(3)

FLIPPED CLASSROOM: KONSEP, KEPENTINGAN DAN CABARAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pada abad yang ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan negara lain. Untuk ke arah itu, pendidikan di negara kita juga harus membuat transformasi untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang. Oleh itu, pembelajaran abad ke-21 adalah lebih berfokus kepada kemahiran menggunakan ICT. Metiri Group (2003), menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri pelajar di era ekonomi digital semata-mata untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang berlaku. Ia juga menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan pelajar dan pekerja yang memenuhi kehendak industri.

Oleh yang demikian, pelbagai jenis kaedah serta teknik pembelajaran diperkenalkan bagi memenuhi keperluan generasi kini yang sememangnya dipupuk dalam era digital. Guru-guru di sekolah serta pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi disarankan untuk mengintegrasikan serta mengaplikasi ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Kaedah pembelajaran tradisional tidak lagi dilihat sebagai kaedah yang terbaik untuk merangsang pembelajaran pelajar.Menurut sumber Pembangunan Pendidikan 2001-2010, salah satu punca pencapaian rendah di kalangan pelajar ialah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik minat dan tidak mampu merangsang proses pembelajaran pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Malah, Zaidatol Akmaliah (2005) menyatakan strategi pengajaran ini juga dikenal pasti menjadi punca para pelajar lemah akademik atau berisiko menjadi kurang bermotivasi terhadap pelajaran yang dikendalikan secara tradisional.

(4)

classroom” didefinisikan sebagai menggunakan teknologi dalam memberikan kuliah atau pembelajaran di luar bilik darjah manakala tugasan dan konsep disediakan di dalam kelas melalui pembelajaran. Dalam erti kata lain “flipped classroom” ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan kuliah dalam kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan. Kaedah ini adalah satu kaedah dimana guru menghantar nota dalam bentuk video atau tutorial melalui laman sesawang atau email pelajar secara atas talian manakala pelajar hanya melakukan amali atau tugasan secara ‘hands-on’ di dalam kelas.

Telah banyak kajian berkaitan dengan keberkesanan serta kebaikan kaedah ini dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di luar negara. Namun terlalu kurang kajian berkaitan kaedah ini yang dijalankan di negara kita. Kebanyakan pengkaji-pengkaji barat menyatakan kaedah ternyata memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar. Herreid dan Schiller (2013) menegaskan bahawa “flipped classroom” menggalakkan penglibatan serta fokus pelajar dengan menggabungkan pembelajaran berpusatkan pelajar secara aktif dengan penguasaan kandungan pembelajaran yang boleh digunakan dalam dunia sebenar. Selain itu, kepelbagaian pengajaran secara berkumpulan ini memudahkan pelajar untuk belajar daripada satu sama lain, menyelesaikan masalah bersama-sama dan saling melengkapi antara satu sama lain mengikut tahap kemahiran mereka.

Sememangnya kaedah ini kedengaran dapat memberi impak yang positif, namun sama ada pelaksanaannya sesuai dan relevan dengan prasarana fasiliti untuk dijalankan di negara kita perlu kepada banyak kajian. Terdapat sebahagian guru merasakan kaedah ini agak sukar untuk dijalankan di sekolah di Malaysia. Ternyata banyak juga persepsi negatif terhadap kaedah ini kerana kebolehan pelajar meneroka ilmu tanpa bersemuka dengan guru selalunya dipersoalkan. Tiene (1997) dan Hartz (1998) dalam Siti Hajar et al (20110 berpendapat bahawa penggunaan sidang video tidak dapat menyediakan suasana pembelajaran yang baik. Kenyataan ini disokong oleh Brown (1998) yang menyatakan bahawa sekiranya semakin lama pelajar melihat monitor televisyen, proses pembelajaran merupakan satu kaedah pembelajaran yang pasif di mana penglibatan mereka akan menjadi semakin berkurangan.

(5)

penggunaan ICT di sekolah-sekolah adalah terhad dimana 80% daripada guru hanya menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu (PPPM 2013-2025). Ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan ICT kurang mendapat sokongan guru-guru di sekolah. Walau pun sebenarnya kebanyakan guru telah pun mahir menggunakan ICT, namun penggunaannya di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah masih lagi di tahap rendah. Ini adalah kerana guru dikatakan tidak mempunyai cukup masa untuk mengajar dalam masa yang sama terlalu banyak tugas pengkeranian yang harus dilaksanakan di sekolah.

Selain itu, isu jurang digital turut menjadi kekangan untuk perlaksaan kaedah ini di sekolah-sekolah di negara kita. Masih terdapat ketidaksamaan peluang mengakses ICT di antara kawasan luar bandar dan bandar walaupun Malaysia semakin bertambah baik dalam usaha merapatkan jurang digital. Mungkin kaedah ini sesuai dijalankan di universiti-universiti yang mempunyai akses internet yang baik. Namun begitu, sebaiknya kaedah ini dapat diperluaskan penggunaannya di peringkat sekolah menengah dan juga sekolah rendah kerana ia dapat memberikan banyak faedah dalam pembelajaran pelajar. Oleh itu, banyak usaha dan kajian perlu dijalankan di peringkat kerajaan khususnya KPM untuk membolehkan kaedah ini dijalankan di semua lapisan peringkat di sekolah-sekolah di Malaysia. Oleh yang demikian, tujuan kertas konsep ini adalah untuk meneroka kelebihan atau kebaikan kaedah ini serta limitasi dalam pelaksanaannya di Malaysia.

2.0 KONSEP FLIPPED CLASSROOM

(6)

Kaedah ini adalah satu kaedah yang berlawanan dengan kaedah pengajaran tradisional yang selalu digunakan dalam sesi pengajaran. Dalam kaedah tradisional, biasanya guru mengajar atau menyampaikan isi kandungan pengajaran di dalam kelas manakala pelajar menyalin nota dan membuat latihan. Pelajar hanya membuat aktiviti penyelesaian masalah di rumah. Selalunya pengajaran menggunakan kaedah ini ada bersifat satu hala dan tidak banyak melibatkan pelajar. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar dan kadang kala pengajaran menjadikan pelajar bosan kerana tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar. Guru lebih tertumpu kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah atau latihan secara individu. Adakalanya pengajaran guru lebih banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik.

Bertentangan dengan kaedah itu, di dalam flipped classroom pelajar belajar dahulu topik tersebut melalui video pengajaran yang disediakan oleh guru atau bahan-bahan lain secara atas talian. Pelajar hanya akan membuat latihan amali, perbincangan serta latihan berbentuk penyelesaian masalah di dalam kelas. Guru hanya berfungsi sebagai pemudah cara atau tutor yang membantu pelajar ketika mereka buntu atau tersekat dan tidak hanya ‘spoon feeding’ mereka setiap masa. Malah dengan menggunakan flipped classroom, guru dapat menggunakan dan menguruskan masa dengan lebih baik. Menurut Lafee (2013) melalui Mayuret (2014) menyatakan bahawa guru dapat menukar cara pengajaran yang mana pelajar menonton video yang diberikan oleh guru dirumah guru dapat membantu pelajar yang lemah serta menggalakan pembelajaran yang lebih mendalam.

(7)

3.0 KEPENTINGAN FLIPPED CLASSROOM

Pierce dan Fox (2012) menyatakan bahawa kaedah flipped classroom telah dikenalpasti dapat menggalakkan pembelajaran secara aktif di kalangan pelajar. Kebanyakan strategi pembelajaran secara aktif dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas. Penglibatan bermaksud kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti akademik, mengaplikasi strategi kognitif yang berjaya dan ketekunan dalam melakukan tugas-tugas yang mencabar (Chapman 2003).

Di antara aktiviti-aktiviti dalam strategi pembelajaran secara aktif adalah seperti kerja berkumpulan, aktiviti hands-on, pembelajaran penemuan (discovery learning), pembelajaran kooperatif, pembelajaran berasaskan masalah dan lain-lain lagi. Persoalannya, adakah guru dapat mengaplikasikan kesemua strategi ini di dalam kelas dengan masa pembelajaran dan pengajaran yang sedia ada. Dengan menggunakan flipped classroom, guru dapat memanfaatkan masa di dalam kelas untuk menggunakan kesemua strategi pembelajaran secara aktif dan menyeluruh. Sebagai contoh, masa untuk sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi mata pelajaran Sains Sekolah Rendah KSSR ialah hanya 60 minit seminggu. Jadi, flipped classroom adalah kaedah sangat sesuai untuk dijalankan kerana masa yang ada dapat digunakan sepenuh untuk pembelajaran secara aktif.

Selain itu, hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Bethany (2012) di Colombia ke atas 400 pelajar mendapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap proses pembelajaran yang menggunakan kaedah flipped classroom. Beliau mendapati majoriti pelajar dapat melaksanakan 10% lebih baik semua tugasan dan juga ujian yang berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi. Majoriti pelajar juga bersetuju bahawa flipped classroom memberi impak yang positif terhadap prestasi pembelajaran mereka. Begitu juga dengan hasil dapatan yang dijalankan oleh Siti Zuraidah (2014) mendapati majoriti responden mempunyai sikap yang positif terhadap kaedah ini.

Banyak lagi kajian lain yang telah dijalankan di seluruh dunia mendapati kaedah pembelajaran ini mempunyai banyak faedah dan kebaikan kepada pelajar serta guru yang terlibat dalam proses PdP. Antara tiga kebaikan yang telah disenaraikan oleh Bergmann, Overmeyer and Willie (2011) ialah seperti berikut:

(8)

Memperoleh pengetahuan melalui penggunaan komputer adalah satu kemahiran belajar sepanjang hayat di dalam masyarakat yang berasaskan komputer seperti kita. Kemahiran menggunakan teknologi adalah kemahiran yang perlu dibentuk kerana ia tidak diperolehi sejak lahir. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah flipped classroom, pelajar dapat membentuk kemahiran ini.

2. Peningkatan penglibatan dalam bahan pembelajaran: Dalam kelas, pelajar melengkapkan atau melakukan latihan pembelajaran secara aktif yang melibatkan aplikasi, implikasi dan/atau kontroversi yang berkaitan dengan bahan pembelajaran. Ini menggambarkan kepentingan bahan pembelajaran ke dalam kehidupan seharian mereka dan membantu pelajar-pelajar yang berkaitan dengan topik.

3. Peningkatan interaksi antara pelajar dan fakulti/kelas: Masa keseluruhan kelas khusus untuk perbincangan antara pelajar-pelajar kerana mereka melengkapkan aktiviti dalam kelas.Ini dapat mengalihkan fokus pelajara dari hanya tertumpu di bahagian hadapan kelas. Kini pelajar dapat bergerak dan membuat perbincangan dengan rakan dan guru secara bersemuka.

Terdapat banyak lagi kelebihan menggunakan flipped classroom seperti pelajar boleh melihat atau mengulangkaji pelajaran sebanyak mana dan mengikut masa mereka kerana video pengajaran dihantar melalui atas talian. Pelajar boleh melihat video tersebut berulangkali dan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka. Tidak seperti kelas tradisional pelajar hanya boleh mengikuti pembelajaran pada masa itu sahaja.Menurut sebuah artikel dari Educause (2012) dalam kuliah/kelas tradisional, pelajar sering cuba untuk menangkap apa yang diperkatakan oleh pensyarah/guru pada ketika itu. Mereka tidak boleh berhenti untuk mendengar apa yang diperkatakan, dan mereka tidak boleh terlepas pandang perkara penting kerana mereka cuba untuk memahami setiap butir perkataan daripada pengajar.Sebaliknya, penggunaan video dan lain-lain media yang sudah dirakam lebih dahulu meletakkan kuliah/kelas tersebut di bawah kawalan pelajar: mereka boleh menonton, mengulang, dan mempercepatkan video tersebut mengikut keperluan mereka.

(9)

kalangan pelajar.Berbeza dengan kelas tradional, guru hanya dapat mengenal pasti kelemahan dan kesilapan konsep dikalangan pelajar selepas melakukan ujian atau peperiksaan. Tambahan lagi, dengan penggunaan flipped classroom dapat membantu pelajar dan juga guru sekira mempunyai masalah tidak dapat hadir ke kelas disebabkan jatuh sakit, mewakili sukan atau perlu menghadiri mesyuarat dan sebagainya kerana pembelajaran tetap boleh berlaku di luar kelas. Guru juga boleh meninggalkan pelajar bersama bahan pembelajaran sekira terpaksa meninggalkan kelas. Ini membolehkan kursus atau kelas berjalan lancar tanpa tertangguh.

4.0 ISU DAN LIMITASI PENGGUNAAN FLIPPED CLASSROOM

Seperti yang diperkatakan, sememangnya penggunaan flipped classroom mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada pelajar dan juga guru. Namun, terdapat juga isu dan juga kekangan dalam mengaplikasikan kaedah ini di negara kita. Antara isu yang timbul semasa menggunakan kaedah ini

ialah:-4.1 Bebanan Kerja Guru

Kebanyakan guru dan pensyarah di Malaysia masih lagi menggunakan kaedah tradisioanal dalam menyampaikan pembelajaran dan pengajaran mereka. Guru-guru masih cenderung untuk menggunakan pengajaran berbentuk tradisi kerana mereka hanya mahu memfokuskan tahap pencapaian pelajar lantas memberi satu bebanan terhadap pelajar untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan (Mohd Najib dan Mohd Yusuf, 1995) dalam Hazrulrizawati Abd Hamid (2007). Terdapat juga guru yang kurang percaya kepada kebolehan pelajar untuk meneroka pembelajaran tanpa kehadiran guru. Ini adalah kerana dari dulu lagi pelajar-pelajar di Malaysia telah dididik dari kecil pembelajaran hanya tertumpu di dalam kelas.

(10)

Namun begitu, penggunaan teknologi ICT bukan lah suatu perkara yang membebankan guru malah ianya sebenarnya dapat membantu guru dalam mengurus masa serta menjimatkan tenaga. Dengan menggunakan capaian internet, guru boleh menggunakan video yang dihasilkan oleh guru lain di serata dunia dan menjadikannya sebagai alat bantu mengajar pelajar. Sebagai contoh, guru boleh memuat turun video pembelajaran daripada YouTube dan menghantarkannya kepada pelajar supaya dapat difikirkan dirumah masing-masing dan dibincangkan di dalam kelas pada keesokkan harinya. Guru juga tidak perlu lagi merugikan masa dengan menyalin nota dan gambarajah di atas papan putih sedangkan masa tersebut boleh digunakan untuk perbincangan dan penyelesaian masalah bersama pelajar.

4.2 Guru Kurang Mahir dalam Pengendalian Komputer dan ICT

Pelajar-pelajar pada masa kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar (Tappscott, 2003).Kemahiran ICT yang didedahkan kepada pelajar sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan datang (Norizan et al, 2004; Pachler, 2001). Dalam kajian Johari Hassan dan Siti Norazlina Kamisan (2010), ramai guru masih tidak mahir penggunaan komputer dan ICT lantas jarang mengintegrasikannya dalam PdP. Begitu juga kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah (sebagai contoh Nor Azilah & Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd.Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002; Abd. Rahman, 2000).

Oleh kerana guru sendiri tidak mahir dalam penggunaan ICT, pelaksaan kaedah ini sememangnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan berkemungkinan tidak mencapai objektif yang sepatutnya. M Nur Mustafa dan Norasmah Othman (2011) mengatakan guru yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup akan menyebabkan kegagalan dalam menyampaikan bahan pelajaran dan juga boleh menyebabkan kekeliruan kepada pelajar serta mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Akan tetapi, perkara ini dapat diselesaikan sekiranya guru sendiri berminat untuk belajar menggunakan ICT dalam sesi PdP mereka. Penggunaan flipped classroom adalah sangat berkesan untuk guru meningkatkan kemahiran ICT kerana dengan penggunaannya sebagai alat menyampaikan pengajaran guru juga secara tidak langsung belajar bersama dengan pelajar

.

4.3 Limitasi Fasiliti dan Jurang Digital

(11)

kebolehcapaian internet dan model-model yang berkesan. Disebabkan adanya jurang digital diantara kawasan bandar dan luar bandar, kaedah ini hanya sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai capaian internet yang stabil. Namun begitu, guru telah mahir dalam mengendalikan perisian yang berasaskan ICT, tetapi ada sebahagian pelajar kurang mahir menggunakan komputer, tidak mempunyai komputer dan tidak mempunyai capaian internet di rumah juga boleh menjadi punca guru tidak boleh menggunakan kaedah ini di sekolah. Hal ini dibuktikan dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor dan Zawiyah M. Yusof (2012) ke atas 600 orang pelajar di sekolah luar bandar mendapati peratusan pemilikan komputer dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah rendah sementara kemahiran asas TMK pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan isu yang berterusan di kawasan luar bandar.

5.0 IMPLIKASI FLIPPED CLASSROOM DALAM PENDIDIKAN

Flipped Classroom memberi perubahan peranan bagi tenaga pengajar daripada seorang yang sentiasa berada hanya di hadapan kelas kepada sesorang yang memberi lebih sumbangan kepada pembelajaran kolaboratif dan koperatif dalam proses sesi pengajaran. Guru menjadi pemudah cara atau tutor kepada pelajar dan sekali gus menjadikan pelajar lebih matang dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar hanya bergantung kepada guru semata-mata dalam proses pembelajaran. Kaedah ini juga meletakkan lebih tanggungjawab pembelajaran di atas bahu para pelajar sambil memberi mereka dorongan yang lebih besar untuk meneroka konsep atau topik yang dipelajari. Selain itu, kaedah flipped classroom dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana kaedah pembelajaran kooperatif dan latihan berkumpulan selalunya digunakan dalam proses pembelajaran meraka. Dengan penggunaan kaedah ini, Malaysia akan dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, inovatif dan kreatif. Selain itu, dalam melaksanakan kaedah ini, kemahiran ICT guru juga turut meningkat dan guru juga akan menjadi guru yang lebih produktif, keratif dan inovatif dalam pengajaran mereka.

6.0 CADANGAN

(12)

audio, teks dan animasi yang memberi lebih keseronokan belajar kepada pelajar.Seperti yang telah dibincangkan, flipped classroom adalah satu kaedah pembelajaran yang menarik serta mempunyai banyak kebaikan kepada pelajar dan guru. Adalah sangat baik sekiranya kaedah ini dapat dilaksanakan bukan hanya di Institusi Pengajian Tinggi tetapi juga di sekolah-sekolah menengah dan rendah di negara kita. Namun, banyak kajian perlu dijalankan bagi melihat kesesuaian kaedah ini untuk dilaksanakan di negara kita. Kajian terhadap persepsi guru dan juga persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran ini adalah sangat penting sebelum kaedah ini dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan guru dan pelajar mendapat impak yang positif. Selain itu, kajian tentang kebolehan pelajar mendapat capaian internet di rumah juga adalah sangat diperlukan sebelum perlaksanaan kaedah ini.

7.0 KESIMPULAN

Dalam memperkenalkan mana-mana strategi atau kaedah yang baru memerlukan anjakan minda pendidik dan pelajar.Guru hendaklah berani mencuba pelbagai jenis kaedah dalm menyampaikan pembelajaran. Oleh yang demikian, golongan pendidik perlu mempertingkatkan kemahiran dengan mengasah bakat bagi merealisasikan penggunaan E-pembelajaran secara ‘streaming video’ dalam proses pengajaran dan E-pembelajaran di dalam bilik darjah seiring dengan zaman digital. Flipped Classroom menjanjikan pembelajaran secara aktif dikalangan pelajar. Melalui pembelajaran secara aktif dan teknologi membolehkan stategi ini dijalankan sekali gus dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi serta inovatif. Dengan penggunaan kaedah ini, Malaysia akan dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, inovatif dan kreatif. Selain itu, dalam melaksanakan kaedah ini, kemahiran ICT guru juga turut meningkat dan guru juga akan menjadi guru yang lebih produktif, keratif dan inovatif dalam pengajaran mereka. Ini memberi kelebihan kepada negara kerana kaedah ini dapat melahirkan generasi yang lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.

RUJUKAN

(13)

Acton, D., & Knorr, E. M. 2013. Different Audiences but Similar Engagement Goals: In Progress Work on Two Course Transformations. Paper presented at WCPCCE 2013, North Vancouver, Canada.

Amy R., Sheweta.L.R., and Gayla J.S. 2013. The Flipped Classroom:An Opportunity To Engage Millennial Students Through Active Learning Strategies. Journal of Family & Consumer Sciences. 105(2): 44-49

Bergmann, J., Overmyer, J., and Willie, B. (2011). The flipped class: What it is and What it is not. The Daily Riff. Dicapai daripada

http://www.thedailyriff.com/articles/the-flipped-class-conversation-689.php pada 12 Disember 2014

Brown, C.E. 1998. The live video teleconference indistance learning. Lifelong Learning: An Omnibus of Practice and Research 11(5): 8-10.

Chapman, E. 2003. Alternative approaches to assessing student engagement rates. Practical Assessment, Research & Evaluation, 8(13). Dimuat turun daripada http://PAREonline.net/getvn.asp? v=8&n=13 . pada 11 Disember 2014

Davies, R. S., Dean, D. L., & Ball, N. (2013). Flipping the classroom and instructional technology integration in a college-level information systems spreadsheet course. Education Technology Research Development, 61, 563–580. doi: 10.1007/s11423-013-9305-6

Educause. 2012. Things you should know about flipped classroom. Dicapai daripada www.educause.edu/eli pada 11 Disember 2014

Fazura Mohd Noor. 2011. Faktor-Faktor Penentu Stress Dalam Kalangan Guru-Guru:Kajian di Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur.Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Terbuka Malaysia. Dicapai daripada http://eprints.oum.edu.my/677/1/faktor_stres_fazura.pdf pada 11 Disember 2014

Hamdan, N., McKnight, P., McKnight, K., & Arfstorm, K. M. (2013). A review of flipped learning. Flipped Learning Network. Dicapai pada 9

Disember 2014 daripada

http://researchnetwork.pearson.com/wpcontent/uploads/ExecSummar yFlippedLearnig.pdf

Hazrulrizawati Abd Hamid. 2007. Perbandingan tahap penguasaan kemahiran proses sains dan cara penglibatan pelajar dalam kaedah amali tradisional dengan kaedah makmal mikro komputer. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education. Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/6471/

(14)

Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. 2010. Halangan terhadap penggunaan komputer dan ict di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor. Journal of Technical & Engineering Education. 4. ISSN: 2231-7376. 22-37.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. 1999. Strategi-Strategi Meningkatkan Kecekapan Mengajar. Johor: Fakulti Pendidikan UKM.

Lafee,S. 2013. Flipped Leraning. The Educational Digest. 79(3), 13-18

Metiri Group.2003. EnGauge 21st Century Skilss:Literacy in Digital

Age.Carlifornia. Dimuat turun daripada

http://pict.sdsu.edu/engauge21st.pdf pada 14 Disember 2014

Michelich, V. (2002). Streaming media to Enhance Teaching and Improve Learning. The Technology Source Archive. Dicapai daripada http://technologysource.org/article/streaming_media_to_enhance_tea ching_and_improve_learning/ pada 13 Disember 2014

Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Ismail & Norsiati Razali. (2003). Tahap kesediaan penggunaan perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 16, 372-380

M Nur Mustafa & Norasmah Othman. 2011. Latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru di Pekan baru Riau, Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia 36: 19-24.

Nor Azilah Ngah & Mona Masood. (2004). Penilaian berterusan mengenai kedudukan pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan

(15)

dalam arus globalisasi. Laporan Akhir Penyelidikan Arus Perdana II. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sams,A. & Bergmann,J. 2013. Flip Your Students’ Learning. Educational

Leadership. 70(6), 16-20

Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari@ Ashaari & Hazura Mohamed. 2002. Kajian perbandingan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru sekolah bandar dan luar bandar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 1,150-158

Siti Faizzatul Aqmal. 2011. Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional. Dicapai di

http://eprints.uthm.edu.my/2572/1/Pengajaran_dan_Pembelajaran_be rasaskan_streaming_video.pdf pada 15 Disember 2014

Siti Hajar Halili et al .2011. Keberkesanan Proses Pembelajaran Menggunakan Teknologi

Sidang Video. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 55-65

Tapscott, D. (2003). Educating the net generation. Dlm. Ornstein, A. C., Behar-Horenstein, L.& Pajak, E. F. (pnyt.). Contemporary issues in curriculum. Edisi ke-3, 268-272. Boston: Pearson Education

Referensi

Dokumen terkait

Realisasi penggunaan dana bantuan pemerintah untuk masyarakat desa Tambakrejo sejalan dengan visi dan misi pemerintah desa Tambakrejo dalam mewujudkan prasarana

Pada kesempatan ini akan dilakukan suatu usaha untuk menghasilkan paving block dengan kuat tekan yang tinggi, penelitian ini mencoba mengaplikasikan penggunaan serat

Penelitian ini mengacu pada penelitian yang pernah dilakukan oleh beberapa peneliti yang selanjtunya dijadikan sebagai referensi, Devianto dkk (2015) mengaplikasikan

Dukungan psikologis yang diperlukan oleh ibu hamil selain dari diri sendiri, pasangan dan lingkungan keluarganya, adalah dari bidan yang diberikan pada saat kunjungan ANC dengan

Hasil penelitian menunjukan kepemimpinan transformasional memiliki tingkat signifikan sebesar 0,143 yang artinya kepemimpinan transformasional tidak mempunyai pengaruh

komunikasidata antara mikrokontroller Atmega328 dengan mikrokontroller Atmega328 untuk kemudian menampilkan data pada output (laptop) melalui aplikasi serial monitor

Sistem indoor localization ini dibangun dalam media perangkat bergerak menggunakan kekuatan sinyal Bluetooth untuk memprediksi posisi pengguna dan smartphone yang

soal keterangan 1 Kebutuhan fisiologis 1.1 Keinginan untuk mendapat pekerjaan Saya berkeinginan untuk mendapatkan pekerjaan sebagai guru biologi 1 Tidak dipakai