• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROF. DR. HAMKA and DAKWAH MELALUI PENUL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROF. DR. HAMKA and DAKWAH MELALUI PENUL"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1

PROF. DR. HAMKA & DAKWAH MELALUI PENULISAN:

SOROTAN TERHADAP PENGALAMAN PERIBADINYA

1

Oleh:

Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi2

zahiruddinzabidi@gmail.com

ABSTRAK

Penulisan kertas kerja ini memberikan tumpuan khas kepada pengalaman peribadi Prof. Dr. HAMKA dalam memahami faktor-faktor yang mendorong perkembangan diri beliau dari semenjak lahir hingga dewasa, sehingga muncul sebagai pendakwah melalui penulisan yang prolifik dalam pelbagai genre karya sama ada kreatif atau non-kreatif. Melalui pengalaman hidup yang rencam itulah yang mendorong HAMKA mengambil keputusan menjadi seorang pendakwah yang beriktikad menyampaikan Islam demi kesedaran umatnya melalui lisan dan tulisan. Penulisan kertas kerja ini dilakukan secara naratif deskriptif dengan menjadikan Buku Pertama dalam kompilasi Kenang-Kenangan Hidup, naskhah autobiografi beliau sendiri sebagai rujukan utama.

Kata kunci: Prof. Dr. HAMKA, penulis prolifik, dakwah melalui

penulisan, Kenang-Kenangan Hidup, autobiografi

1.0 PENGENALAN

Prof. Dr. HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (1908-1981)3

adalah ulama, sasterawan, budayawan, pemikir, ahli politik, pemimpin gerakan Islam, pemimpin masyarakat dan pelbagai lagi gelar rasmi dan tidak rasmi yang diberikan kepada beliau. Meskipun gelar-gelar itu banyak, beliau sendiri mengakui bahawa lebih senang jika

dirinya dikenali sebagai seorang pengarang.4 Secara keseluruhan, setakat yang dapat dikesan

dan direkodkan sepanjang hidup HAMKA, karya karangan beliau yang diterbitkan berjumlah 103 judul. Kategori penulisan beliau boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti autobiografi, biografi, falsafah dan keilmuan Islam, adat & kemasyarakatan, kisah perjalanan

1

Kertas kerja ini dibentang dalam Seminar Pemikiran HAMKA ‘14 pada 18 Okt. 2014 di UIAM Kuantan, Pahang

2 Calon Sarjana Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam), APIUM dan Editor Kanan Buku, Karya Bestari Sdn.

Bhd.

3

Seterusnya hanya disebut HAMKA atau Buya HAMKA sahaja, lihat Drs. H.A. Hafizh Dasuki, M.A. et. al. (1993),

Ensiklopedi Islam, Jld. 2, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 75-77

4

(2)

2 (travelog), novel dan roman, sejarah/sejarah Islam, terjemahan dan karya agungnya iaitu

tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk.5

Daripada jumlah 103 buah buku yang diterbitan dalam pelbagai versi kini, dan ada juga yang tidak lagi dapat dijumpai sekalipun di Indonesia sendiri pada hari ini, diyakini masih banyak lagi tulisan-tulisan HAMKA yang tidak dapat dijejak malah tidak sempat dibukukan

sebagaimana tulisan-tulisan yang sempat diterbitkan di atas.7 Kebanyakan daripada

buku-buku yang diterbitkan adalah himpunan daripada tulisan-tulisan HAMKA dalam pelbagai majalah, kebanyakannya pula adalah majalah yang dikelola oleh beliau sendiri sebagai

pengarang sekali gus pengurus antaranya majalah Pedoman Masyarakat (1936-1942) atau

majalah-majalah yang dibantu oleh beliau seperti Seruan Islam, Nibras, Bintang Islam, Suara

Muhammadiyah, Pelita Andalas, Pembela Islam dan beberapa lagi.

Sebelum menjadi hoofdreadacteur atau kepala (ketua) pengarang majalah Pedoman

Masyarakat, terlebih dahulu HAMKA beberapa kali mencuba nasib memimpin majalahnya

sendiri namun sering gagal. Bermula dengan majalah Khatibul Ummah (1925) yang hanya

bertahan sebanyak tiga keluaran, seterusnya majalah Kemauan Zaman (1929) hanya terbit

sebanyak lima keluaran, kemudian majalah Al-Mahdi (1939) hanya bertahan sebanyak

sembilan keluaran. Punca majalah-majalah tersebut tidak bertahan lama diperakui sendiri

5

Lihat Prof. Dr. Shamsul Nizar MA (2008), Memperbincangkan Dinamika Intelektual dan Pemikiran Hamka Tentang Pendidikan Islam, Jakarta: Kencana, h. 252

6

Menurut jadual yang disusun oleh bapak H. Rusydi Hamka pula adalah 118 judul, katanya: “Sejumlah 118

(seratus lapan belas) naskhah yang telah dibukukan dan masih ada dalam majalah Panji Masyarakat,

karangan-karangan panjang yang patut dibukukan, antara lain: “Pandangan Hidup Muslim” yang pernah dimuat dalam

majalah Panji Masyarakatdan dilarang oleh Presiden Sukarno, “Dari Hati ke Hati” dan “Dakwah Islam” yang

terdapat dalam majalah Panji Masyarakat yang terbit sekarang ini.” Lihat H. Rusydi Hamka (2010), op. cit., h. 389

7

(3)

3 oleh HAMKA kerana: 1) Isu modal perniagaan, 2) Langganan majalah yang tidak dibayar

dan, 3) Pentadbiran yang tidak sempurna.8

HAMKA mula diberi kepercayaan bagi memimpin Pedoman Masyarakat ketika berumur

hanya 28 tahun bergajikan f.17.50 (rupiah) sebulan, dua tahun kemudian iaitu ketika beliau berusia 30 tahun (1938) lahirlah dua buah karya fenomenal beliau, katanya: “Mula memimpin majalah itu pada tahun 1936, usia saya baru 28 tahun. Dalam usia 30 tahun, iaitu tahun 1938, dikarangnya “Tenggelam Kapal Van Der Wijck” di segi roman dan “Tasawuf Moden” dari segi falsafah agama. Majalah terhenti penerbitannya kerana tentera Jepun telah menyerbu pada March 1942, iaitu dalam usianya 34 tahun.”9

Tidak terhenti di situ, penjajahan Jepun tidak mematahkan semangat ‘memberi’nya melalui penulisan. HAMKA cuba bangkit pada zaman penjajahan Jepun dengan menerbitkan lagi

sebuah majalah bernama Semangat Islam namun ia tidak mampu menyaingi dan mengganti

tempat Pedoman Masyarakat di hati para pembaca-pencinta semangat islah dalam beragama,

kata HAMKA: “Di zaman Jepun, diusahakan juga menerbitkan majalah “Semangat Islam” yang mesti diisi propaganda perang Asia Timur Raya. Namun ia tidak dapat mengambil tempat “Pedoman Masyarakat” dalam hati pembacanya di seluruh tanahair pada waktu itu. Saya tidak dapat melupakannya. Dengan dialah saya dapat mengembangkan peribadi dalam dunia karang mengarang.”10

Selepas Jepun kalah, HAMKA kembali memimpin majalah. Kali ini dengan nama Mimbar

Agama (1950-1953), pada kemuncaknya beliau memimpin majalah yang dinamakan Panji Masyarakat (1959-1981) sehingga ke akhir hayat beliau.11 Boleh dirumuskan bahawa

sepanjang tahun 1925 (Khatibul Ummah) - 1981 (Panji Masyarakat) iaitu selama 56 tahun

bergelumang dalam penulisan dan penerbitan majalah dan buku, HAMKA meninggalkan jejak-jejak sejarah diri, agama, bangsa dan negara Nusantara dalam setiap tulisannya yang jika dikaji maka ia layak diangkat sebagai satu urutan sejarah daripada perspektif beliau sendiri. Demikianlah mengapa akhbar dan majalah juga merupakan sumber rakaman sejarah yang penting malah diberikan perhatian khas sebagai satu bidang ilmu sumber

pensejarahan.12

Selain daripada tulisan-tulisan yang diterbitkan oleh majalah-majalah yang disebut di atas, HAMKA turut menyumbang tulisan beliau dalam majalah-majalah di Tanah Melayu (kini

Malaysia) seperti majalah Pengasuh dan majalah Qalam (sekadar menyebut beberapa

majalah).13 Selain daripada itu, beberapa buah buku beliau juga diterbitkan di Malaysia dan

Singapura seperti:

1. (1966), Karena Fitnah, Kuala Lumpur: Pustaka Antara

2. (1967), Pelajaran Agama Islam, Kelantan: Pustaka Aman Press

3. (1978), “Pengaruh Islam dalam Sastera Melayu”, dalam Islam dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Lihat Khoo Kay Kim (1985), Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya

13

(4)

4

4. (1981), Dari Perbendaharaan Lama, Kuala Lumpur: Pustaka Antara

5. (1982), Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara

6. (1990), Tafsir Al-Azhar, Jilid I-X, Singapura: Pustaka Nasional

Sehingga kini, semakin banyak kajian-kajian dan tulisan ilmiah sama ada di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah serta himpunan kertas-kertas kerja seminar, simposium dan mengangkat HAMKA dan karya-karyanya sebagai subjek kajian. Kajian tersebut pula meluas dalam pelbagai bidang dan disiplin keilmuan sama ada di Nusantara atau di Barat. Selain daripada itu, penerbitan bersifat umum dan separa ilmiah juga semakin banyak termasuk novel-novel yang cuba mengangkat HAMKA dan kehidupannya sebagai watak dalam novel

berdasarkan kisah benar tersebut.14

Menariknya juga, HAMKA menulis biografi ayahnya berjudul Ayahku: Riwayat Hidup Dr.

H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera15 manakala dua

anaknya menulis tentang dirinya. H. Rusydi Hamka menulis HAMKA: Pujangga Islam

Kebanggaan Rumpun Melayu Menatap Peribadi dan Martabatnya16 manakala Irfan

HAMKA menulis biografi berjudul Ayah… Kisah Masa Muda, Dewasa, Menjadi Ulama,

Sastrawan, Politisi, Kepala Rumah Tangga, Sampai Ajal Menjemputnya.17

2.0 URUTAN MASA/PERISTIWA PENTING SEPANJANG HIDUP HAMKA18

MASA UMUR PERISTIWA

1915 7 tahun Masuk sekolah desa/belajar

daripada ayahnya

1916 – 1923 8 - 15 tahun Belajar agama di Diniyyah dan

Sumatera Thawalib

1924 16 tahun Ke Jogjakarta aktif dalam

gerakan Islam. Bertemu dengan HOS Tjokrominoto, Ki Bagus Hadi Kusumo, H. Fakhruddin, RM Surjopranoto dan AR Sutan Mansur

1925 17 tahun Pulang ke Padang Panjang, mula

mengembangkan bakat sebagai pengarang melalui majalah Khatibul Ummah

14 Paling tidak ada dua buah novel cuba mengangkat kehidupan Buya HAMKA dalam bentuk penulisan

kreatif/fiksyen. Lihat Akmal Naseri Basral (2013), Tadarus Cinta Buya Pujangga, Indonesia: Salamadani dan Abdul Latip Talib (2014), HAMKA: Ulama, Pemimpin, Sasterawan, Batu Caves: PTS Litera Sdn. Bhd.

15 Lihat Prof. Dr. HAMKA (2010),

Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera, Shah Alam: Pustaka Dini

16

Lihat H. Rusydi Hamka (2010), op. cit.

17

Lihat Irfan HAMKA (2013), Ayah… Kisah Masa Muda, Dewasa, Menjadi Ulama, Sastrawan, Politisi, Kepala Rumah Tangga, Sampai Ajal Menjemputnya, Jakarta: Republika Penerbit

18

(5)

5

1927 19 tahun Mengembara ke Makkah, mula

terdedah kepada kesusasteraan Arab

1928 20 tahun Karya sulung berjudul Si

Sabariyah terbit, genre sastera

1929 21 tahun Karya-karya dalam genre agama,

sejarah, adat budaya dan falsafah

mula terbit –Agama dan

Perempuan,Ringkasan Tarikh Umat Islam,Adat Minangkabau dan Agama Islam

5 April 1929 21 tahun Bernikah dengan Siti Raham

1930 22 tahun Aktif berpesatuan dalam gerakan

dakwah, mula berkenalan dengan M. Natsir dan A. Hassan Bandung

1931/32 – 1933 23/24 - 25 tahun Ke Makkasar, naskhah Laila

Majnun diterbitkan

1935 27 tahun Kembali ke Sumatera Barat

1936 – 1942 28-34 tahun Memimpin redaksi majalah

Pedoman Masyarakat, terbit karya falsafah agama dan

tasawuf seperti Tasawuf Moden,

Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Lembaga Budi

Dalam genre sastera pula terbit Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau ke Deli dan buku-buku berkisar revolusi yang lain

1950 42 tahun Hijrah ke Jakarta, menulis dan

menerbitkan buku Ayahku,

Kenang-kenangan Hidup,

Perkembangan Tasawuf Abad ke Abad

1955 47 tahun Menjadi anggota Konstituante

1958 50 tahun Menjadi guru besar Ilmu

Tasawuf di PTAIAIN

28 Februari 1959 51 tahun Dianugerahkan Doctor

(6)

6

Jan 1964 – Jun 1966 56 - 58 tahun Dipenjarakan oleh rejim ORLA

(Orde Lama), Tafsir Al-Azhar disiapkan

1972 64 tahun Isterinya, Siti Raham meninggal

dunia

Ogos 1973 65 tahun Bernikah dengan Siti Khadijah

dari Cirebon

8 Jun 1974 66 tahun Dianugerahkan Ijazah Doktor

Persuratan daripada UKM

Jun 1975 67 tahun Majlis Ulama Indonesia (MUI)

dibentuk dan HAMKA menjadi ketua umum yang pertama

Mei 1980 72 tahun Dipilih menjadi ketua umum

MUI kali ke-2

19 Mei 1981 73 tahun Meletak jawatan sebagai ketua

umum MUI 22/24 Julai 1981/

Ramadan 1401H

73.5 tahun HAMKA meninggal dunia di

Jakarta, jam 10:41.08

3.0 DUA TOKOH PALING BERPENGARUH DALAM HIDUP HAMKA

Pada tahun 1925 iaitu ketika HAMKA berusia 17 tahun, beliau telah berpindah pulang semula ke Padang Panjang, Maninjau dari Jogjakarta setelah aktif berpesatuan di sana. Ketika itu HAMKA sudah berkenalan dengan nama-nama besar dalam gerakan Muhammadiyah seperti Tjokrominoto, Haji Agus Salim, Kiyahi Haji Mas Mansur, Haji Fakhruddin dan ramai lagi malah begitu bersemangat dan terpengaruh dengan pidato-pidato para pimpinan Muhammadiyah itu khususnya ayah dan abang iparnya sendiri, Dr Syeikh Abdul Karim Amrullah @ Haji Rasul dan Ahmad Rasyid Sutan Mansur @ AR Sutan Mansur.

Puji HAMKA terhadap ayahnya: “... tidaklah hairan, jika orang pertama yang menjadi

lambang citanya adalah ayahnya sendiri. Dan kekaguman ini tidak bertambah kendur setelah dia bertambah dewasa, bahkan bertambah mendalam. Bertambah dia tua, tiap hari cerita

tentang kebesaran ayahnyalah yang menjadi buah mulutnya.”19

HAMKA mengisytiharkan AR Sutan Mansur sebagai tokoh kedua yang mempesonakan dirinya, AR Sutan Mansur asalnya adalah antara anak murid kanan kesayangan ayah HAMKA sendiri sehingga ayahnya menikahkan AR Sutan Mansur dengan anaknya iaitu

kakak HAMKA yang bernama Fatimah. Puji HAMKA terhadap AR Sutan Mansur: “Jika dari

ayahnya yang sangat alim, Haji Abdul Malik mendapat ilmu agama, laksana lautan yang tidak pernah kering airnya, maka dari iparnya ini dia banyak mendapat intisari perjuangan Islam. Beliau suka membuka sejarah Nabi (s.a.w.). Beliau suka memberikan pidato agama yang berisi. Beliau suka menghuraikan kebangkitan Islam dan gerakan baru.”20

(7)

7

4.0 MULA MENJADI PEMIDATO & PENULIS

Pada bulan tahun 1925, perkumpulan tabligh Muhammadiyah dibina di Padang Panjang yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Thawalib Muhammadiyah yang berasal dari Sungai Batang Tanjungsani, Maninjau selepas cabang Muhammadiyah dibina di sana pada bulan Jun tahun yang sama. Antara aktivitinya adalah mengadakan latihan pidato di tingkat bawah gedung ayah HAMKA di Gatangan Padang Panjang. Ramai daripada anak-anak muda Muhammadiyah mula berpidato di depan khalayak termasuk HAMKA sendiri. Pidato umum itu dilangsungkan sebelum ayah HAMKA memulakan sesi pengajiannya.

Kemudian timbul idea bagi menerbitkan semula pidato-pidato yang terpilih sebagai majalah dengan sirkulasi sekali sebulan. HAMKA kemudian dilantik bagi menjadi orang yang

bertanggungjawab terhadap penerbitan majalah tersebut yang diberi nama Khatibul Ummah

yang bermaksud “tukang pidato umat” oleh ayahnya sendiri. Ironinya pelantikan beliau

bukanlah kerana bakat dan kebolehan yang dibuktikan sebelumnya namun kerana ‘benci’. Menurut HAMKA: “Kawan kita (merujuk kepada HAMKA – penulis) diangkat menjadi “Hoofdredacteur”, atau kepala pengarang!” Katanya lagi: “Setelah kawannya mengusulkan nama bukan kerana senang, melainkan kerana benci! Keahliannya berpidato sudah mulai menarik hati pendengar itu, dalam usia belasan tahun, bagi setengahnya menimbulkan dengki

dan cemuh. Sebab itu dia diusulkan jadi “Hoofdredacteur” itupun dalam rangka cemuh itu

juga. Angkatan itu diterimanya. Majalah itu diberi nama oleh ayahnya sendiri “Khatibul Ummah” (Tukang Pidato umat).”22

HAMKA ditugaskan mencatat pidato-pidato para pemidato dengan cermat manakala mana-mana pemidato yang tidak pandai mengarang, beliau akan menuliskan pidato untuk mereka dengan meletakkan nama pemidato itu sebagai penulis teks pidato itu, dalam masa yang sama

mana-mana pembenci dan pencemuhnya tidak beliau pedulikan. Khatibul Ummah tidak dapat

bertahan lama melainkan hanya sempat diterbitkan dalam tiga keluaran sahaja. Menurut HAMKA: ““Khatibul Ummah” hanya menghasilkan tiga keluaran. Majalah ini, yang dicetak hanya 500 sekali terbit tidak diteruskan. Kerana perbelanjaan tidak sepadan dengan perhatian; penyakit majalah di zaman itu. Banyak yang suka membaca, tetapi tidak banyak yang suka membayar, namun baginya ini kali pertama dan permulaan pengalaman di dalam penerbitan majalah.”23

Pada tahun 1927 juga ketika umur HAMKA 19 tahun, beliau mengambil keputusan yang besar dalam hidupnya iaitu berpergian ke Makkah. Pulang dari sana pada tahun 1928, HAMKA tidak lagi berpaling daripada jalan yang diambilnya melainkan terus memimpin

pertubuhan dakwah, berpidato, bertabligh, berdakwah melalui lisan dan penulisan.24

Pengalaman sehingga tahun 1925-1931 sebagai “Hoofdredacteur” beberapa majalah,

pengarang beberapa buah buku roman dan falsafah agama serta diangkat menjadi Mubaligh Pengurus Besar Muhammadiyah di Makasar dengan sebelumnya menjadi ketua cabang sekali gus pemimpin “Tabligh School” di Padang Panjang menyedarkan dirinya serta menancapkan keyakinan bahawa dirinya memang sesuai dan mencintai apa yang dilakukanya itu.

Menurut HAMKA: “Dengan berhasilnya dia memimpin “Khatibul Ummah” tahun 1925, dengan terbitnya “Kemauan Zaman” beberapa keluaran, dengan membantu harian “Pelita Andalas” di Medan. Ketika ke Mekah, apatah lagi dengan laris lakunya buku “Si Sabariyah”

teman kita telah tahu apa kewajipannya dalam hidup. Kewajipan hidup atau mission ialah

(8)

8

menjadi penyebar Islam, menjadi mubaligh Islam menyedarkan kaum Muslimin Indonesia terhadap Islam. Untuk melaksanakan kewajipan itu dia merasa bahawa dia mempunyai dua kesanggupan. Kesanggupan lisan dan kesanggupan tulisan! Dengan

lisan dia akan berpidato, bertabligh, mengajar dan mengaji.”25 Kemudian katanya: “Di

samping itu mengarang. Dia mulai “ternama”.”26

Kemuncaknya, HAMKA dalam menterjemahkan apa yang pernah dilaluinya itu berkata: “Kalau ramai kawannya terhenti kegiatan kerana berkahwin, sehingga ada pepatah pelajar di

surau-surau; “al-’ilmun marbuthun baina fakhidzaiha” (Ilmu bergantung di antara

kedua-dua belah paha perempuan), maka bagi teman kita ini dia, telah memulai kegiatan hidup sesudah dia berkahwin. Dia mulai melangkah, menurut pantun Minangkabau;

“Putus tali layang-layang;

Pengalaman peribadi HAMKA dari kecil melibatkan proses pendidikan di sekolah-sekolah yang pernah dimasukinya dan juga kehidupan seharian serta didikan langsung daripada ayahnya adalah antara faktor yang penting bagaimana HAMKA kemudian tumbuh menjadi seorang ulama sekali gus pujangga yang luar biasa pencapaiannya jika diukur pada jumlah dan isi penulisan-penulisan beliau sama ada di majalah-majalah dan buku-buku. Sebagaimana jadual di atas, secara umum HAMKA berjaya menghasilkan 4 buah autobiografi, sebuah biografi, 59 buah buku ilmu agama dan falsafah, 2 buah buku adat dan kemasyarakatan, 5 buah kisah perjalanan (travelog), 14 buah novel dan roman, 6 buah buku sejarah dan sejarah Islam, 2 buah karya terjemahan dan set lengkap 30 juzuk tafsir al-Quran. Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan jumlah yang sebenar naskhah karya beliau termasuk yang tidak sempat diterbitkan dan kekal sebagai manuskrip atau tulisan dalam majalah-majalah yang tidak sempat dihimpunkan.

Pastinya pencapaian hidup yang luar biasa ini melalui satu proses yang berkait rapat dengan proses berkaitan dengan ilmu dan ilmu pula berkait rapat dengan proses pembelajaran, membaca, buku dan perpustakaan. Bagi memahamai isu ini, membaca dan menghadam dua

naskhah terawal iaitu Buku Satu dan Buku Dua daripada autobiografi Kenang-Kenangan

Hidup adalah sangat penting. Di sini dipanjangkan tajuk-tajuk bab dalam dua naskah tersebut:

1) Buku Pertama Kenang-Kenangan Hidup:28

(9)

9

2) Buku Kedua Kenang-Kenangan Hidup:29

 Hendak ke Mana?

 Tujuan Hidup dan Masa Hadapan

 Langkah Hijau

 Mengapa Dia Tinggalkan Tugas Itu?

 Mencapai Apa yang Dicita

 Bahan

 Pantun-pantun

 Pidato Adat

 Bakaba

 Bahan II (Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia)

 Perpustakaan Arab

 Pengembaraan

 Pergaulan

 Penonton Filem

 Beberapa Catatan Bagaimana Menjadi Pengarang?

 Seni dan Keindahan

 Siapakah yang Dikatakan Seniman?

 Seni dan Cinta

 Seni dan Cinta akan Tanahair

 Seni dan Kejujuran

 Ilham

 Seni Mencapai Puncak Keindahan

 Dua Bersaudara

 Bahasa Indonesia

 Mengabdikan Bahasa, Bahasa dan Dunia

 Pujangga dan Umur

 Memimpin Majalah “Pedoman Masyarakat” (1936-1942)

5.1 Sorotan Buku Pertama Kenang-Kenangan Hidup

HAMKA memperincikan perihal suasana dan latar kampungnya di Sungai Batang, Danau Maninjau yang indah itu dengan begitu rinci sekali, salasilah keluarga belah ibunya yang merupakan orang Minang, datuk dan nenek serta pakcik-makciknya. Kemudian diriwayatkan pula bagaimana peribadi beliau dari semenjak kecil dan watak-watak penting dalam hidup beliau seperti ayahnya yang tegas dan garang malah selalu sahaja memukulnya akibat kenakalan dirinya sendiri (seperti pernah ponteng Sekolah Diniyah selama 15 hari berturut-turut), ibunya yang juga sering memukulnya kerana tidak tahan dengan kenakalannya, datuknya yang suka bakaba (bercerita) kepadanya dan memanjakan dirinya dan aktiviti

29

(10)

10 mereka bersama, kakaknya Fatimah (kemudian berkahwin dengan AR Sutan Mansur) yang

garang dalam menyuruh mengaji dan lain-lain aktiviti dan kenakalan dirinya.30

Diriwayatkan juga bagaimana pengalaman dirinya dalam bersekolah sama ada di Sekolah Desa (hanya tiga tahun sahaja kemudian tidak dibenarkan lagi oleh ayahnya) mahupun Sekolah Diniyah dan madrasah Sumatera Tawalib. Selepas diberhentikan dari Sekolah Desa, ayah HAMKA dalam rangka menunaikan cita-cita agar dirinya menjadi seorang ulama seperti dirinya telah memasukkan HAMKA bersekolah di Sekolah Diniyah (semacam sekolah rendah agama) pada sebelah pagi dan madrasah Sumatera Thawalib iaitu pondok ayahnya sendiri yang mengajar kitab-kitab besar dalam keilmuan Islam dengan pelajar pelbagai peringkat pada sebelah petang. Dalam usia yang masih muda itu, HAMKA agak

memberontak apabila terpaksa belajar dengan sistem lama seperti pengajian bertalaqqi di

surau, malah kitab-kitab yang digunakan dalam pengajian juga adalah kitab-kitab lama yang tidak menarik bagi dirinya selain daripada payah dipelajari kerana perlu dihafal dan

memperdengarkan hafalan (tasmi‘) kepada guru apa yang dihafal malah perlu dihuraikan

beserta kefahaman.31

Dalam memenuhi keterpaksaan itu HAMKA terus memberontak terhadap ayahnya, keluhnya: “Anak sekolah rendah disuruh duduk di universiti. Sebab ayahnya ingin dia alim. Alim waktu

itu juga.” Meskipun kebanyakan pengajian kitab-kitab dianggap membebankan dan beliau sendiri tidak menunjukkan prestasi dan minat yang baik, namun HAMKA memperakui

bahawa satu-satunya pengajian yang menarik hatinya adalah mata pelajaran arudh iaitu

timbangan syair Arab. Baginya syair amat menarik dan mudah dihafalnya berbanding dengan

subjek-subjek lain.32

Kemudian HAMKA dimasukkan pula oleh ayahnya bagi mempelajari bahasa Inggeris pada sebelah malam dan beliau mengakui cara pembelajaran oleh guru bahasa Inggeris, Sutan Manjo sangat bagus berbanding cara pembelajaran di Sekolah Diniyah apatah lagi madrasah Sumatera Thawalib menyebabkan fikirannya menjadi lebih terbuka terhadap pelajaran. Namun pelajaran tersebut hanya bertahan beberapa bulan kerana guru bahasa Inggeris itu

berpindah selepas mendapat tawaran yang lebih baik di Padang.33

Kerana rasa tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kitab-kitab pengajian ilmu-ilmu Islam di kedua-dua sekolah itu, kencenderungan dalam membaca buku-buku umum bukan kitab-kitab ilmu Islam seperti buku sejarah dan buku cerita dizahirkan apabila sebuah kutub khanah dibuka di kampungnya oleh Engku Zainuddin Labai, malah kedai

tersebut menyediakan khidmat sewa menyewa buku-buku yang pelbagai. Kata HAMKA: “Ke

mana dia hendak pergi? Apakah yang menarik hatinya? Usia telah dua belas tahun. Kepada ayahnya takut. Mengaji tidak menarik hati. Kursus bahasa Inggeris tidak terus. Masa itu Engku Zainuddin Labai membuka sebuah kutub khanah, menyewakan buku. Buku-buku Volslectuur (bacaan rakyat, terbitan Pejabat Voor Volkslectuur, didirikan 22-9-1917, di

(11)

11

Batavia kemudian dinamakan Balai Pustaka) buku-buku salinan Tioghoa Melayu; Tiga

Panglima Perang, Graaf De Monte Cristo, dan banyak lagi buku yang lain. Di antaranya

ialah Asia Timur, Kisah Perjuangan RusJapan. Ada juga suratkhabar Bintang Hindu

memuatkan karangan Dr. A. Rivai di Eropah.”34

Tambah HAMKA lagi: “Entah bagaimana asal mulanya, kawan kita tidak ingat lagi. Setiap petang dia akan datang ke perpustakaan itu meminjam buku, setiap hari. Sewa buku mahal. Umumnya dua hari lima sen setiap buku. Belanjanya dari rumah satu bengol satu hari. Sekarang kawan kita sudah pandai berjimat. Belanja dua hari dikumpulkan untuk menyewa buku. Tetapi banyak di antara buku, sehari sudah tamat. Bagaimana akal?” HAMKA juga menceritakan bagaimana dirinya sering bermain di hadapan sebuah kilang cetak bernama Badezst di Padang Panjang milik Engku Bagindo Sinaro yang juga merupakan rakan kongsi kepada Engku Zainuddin Labai dalam membuka kutub khanah menyewa buku itu, sebab itu

namanya Zainoro iaitu gabungan Zainuddin dan Sinoro. Setiap hari HAMKA akan

berkunjung ke sana dan beliau ringankan tulang melipat kertas, membelikan kopi lalu sebagai

imbalan beliau meminta keizinan bagi membaca buku-buku baru setiap hari.35

Hal ini telah memberikan satu kesan yang mendalam dalam hidup HAMKA hasil daripada

bacaan-bacaannya itu. Kata HAMKA: “Lantaran membaca buku-buku itu, terbukalah dalam

khayalannya beberapa dunia yang belum dikenalnya, buruk atau baiknya, pahit atau

manisnya.” Lebih menarik adalah respon daripada ayahnya sendiri apabila mendapati

HAMKA sangat tekun dan berminat membaca buku-buku begitu: “Pernah juga dia didapati

membaca buku-buku itu oleh ayahnya. Setengah marah tapi tidak marah betul, ayahnya

berkata, “Apakah engkau akan menjadi orang alim nanti atau akan jadi tukang cerita?”

Diletakkan buku itu sebentar, tetapi bila ayahnya pergi, dibacanya kembali.”36

Hasil daripada keasyikan membaca buku-buku cerita dan roman serta akhbar harian Cahaya

Sumatera, Sinar Sumatera dan Hindia Timur itu jugalah yang menimbulkan dorongan bagi dirinya merantau keluar dari kampungnya itu selain daripada berasa tertekan dengan keterpaksaan belajar kitab-kitab tua yang tidak dapat menarik minatnya itu, HAMKA bertekad mahu ke Jawa walaupun mengetahui ayahnya pasti menghalang maka dia pergi sahaja sendiri, namun malang tidak berbau apabila cubaan pergi tanpa kebenaran ayahnya buat kali pertama gagal apabila beliau dijangkiti penyakit cacar di pertengahan jalan. Tidak habis cacar beliau diuji pula dengan penyakit Valoria dan Malaria. Akhirnya beliau dibawa

orang balik semula dan selepas dua bulan baru sakitnya benar-benar sembuh.37

Namun peristiwa itu tidak melemahkan semangat darah mudanya itu malah ia lebih membakarnya malah hasrat mengembara keluar ke tempat orang semakin membara, sesuai dengan umurnya yang sudah mencecah 15 tahun pada ketika itu. Kata HAMKA: “Tetapi rupanya dalam jiwa anak ini tersimpan sesuatu yang tidak pernah mati, yang tidak pernah padam. Di dalam seluruh hidup yang telah dilaluinya, sentiasa mendorongnya untuk maju.

(12)

12

Iaitu tampang atau bakat percaya kepada diri sendiri. Tumbuh capuk di mukanya dan

kebencian orang kiri kanan menyebabkan tumbuh suatu yang lain, iaitu menimbulkan, membangkitkan diri dari segi yang lain. Membaca, belajar, mencatat apa-apa yang dirasakan

penting. Kadang-kadang ayat-ayat Quran pun disalinnya ke dalam notnya.”38

Kata HAMKA lagi, “Cita-citanya hendak mengembara tidaklah pernah kendur. Jika dahulu

hanya sehingga Bengkulen, dia ingin meneruskannya ke tanah Jawa.” Malah sikap ayahnya

juga sudah mulai lunak terhadapnya sesuai dengan umurnya yang sudah mengjangkau 15 tahun, tahun akil baligh. Katanya lagi: “Bagi ayahnya sendiri tidak ada keluar lagi perkataan

memaksa. Pernah ayahnya mengatakan kepadanya, “Umurmu sekarang telah lebih 15 tahun!

Menurut agama, lepaslah kewajipan ayah! Tetapi kalau engkau hendak keluar belajar agama, belajarlah di sini, di Padang Panjang, supaya turun segenap ilmuku kepadamu. Kitab-kitab yang banyak ini, siapa yang akan menyambutnya dan membacanya, kalau bukan

engkau?” Pernah ayahnya berkata, “Nanti akan engkau ketahui juga, sampai ke Mesir pun

engkau cari, jaranglah bertemu orang seperti ayahmu.””39

Pada suatu hari dalam tahun 1924 ketika HAMKA sudah berusia 16 tahun, beliau memberanikan diri sambil berlinangan air mata meminta kebenaran daripada ayahnya bagi berkelana ke Jawa. Apabila ditanya oleh ayahnya mengapa beliau ingin ke Jawa, HAMKA menjawab kerana ingin belajar ilmu agama. Ayahnya sebagai orang alim dan banyak pengalaman mengetahui dan mengatakan bahawa jika mahu belajar ilmu agama bukan di Jawa namun di Minangkabau kemudian ayahnya mengagak bahawa beliau ingin ke Jawa kerana ingin bersama dengan iparnya, AR Sutan Mansur. HAMKA mengiakan dan tanpa

diduga ayahnya membenarkan setelah menitipkan beberapa pesanan dengan lunak.40

Dalam bab kedua Buku Satu, Kenang-Kenangan Hidup yang bertajuk “Zaman Pancaroba”

ini, HAMKA memulakan catatan mengenai jangka masa setahun berada di ranah Jawa membawa erti baru kepada HAMKA apabila beliau mengalami pengalaman-pengalaman dalam budaya keilmuan, pemikiran dan gerakan dakwah berkaitan dengan Islam yang lebih rencam berbanding di ranah Minang. Ini adalah kerana lewat tahun-tahun itu ideologi Komunisme begitu sekali menjadi tantangan kepada para Islamis sehinggakan Serikat Islam juga terpecah kepada dua golongan, SI Merah dan SI Putih. Suasana masyarakat di ranah Jawa yang begitu menghimpit dan miskin membawa wacana Islam ke tahap yang lebih mencabar apabila datangnya Komunisme membawa idea agama adalah candu masyarakat,

sedangkan di ranah Minang para agamawan masih sedang berbalah isu-isu furu` aqidah dan

fiqh kerana dalam masa yang sama mereka masih cukup makan dan selesai mempunyai tanah

cucuk tanam sendiri.41

Apa yang lebih mengejutkannya adalah apabila pengajian-pengajian ilmu agama Islam dan wacananya berbeza sama sekali dengan apa yang pernah dilaluinya di kampung halamannya sebelum ini. Ketika sampai, berbekalkan pengajian kelas VII di madrasah Sumatera Thawalib

(13)

13 yang setaraf dengan diploma di universiti beliau berasa pelik malah memandang rendah apabila adik kepada ayahnya, Ja‘far Amrullah yang tekun pagi, siang dan malam mengambil kursus selama dua bulan bagi mempelajari beberapa ilmu pengetahuan Islam. Timbul persoalan bagaimana boleh mengaji ilmu agama dalam masa sesingkat itu? Namun apabila beliau sendiri bersama dengan pakciknya itu masuk dalam kelas pengajian, beliau mengakui: “Setelah sebulan si pemuda turut belajar, barulah dia tahu bahawa selama ini dia belum belajar agama. Dia baru belajar nahu dengan memakai kitab Qatar yang dia tidak mengerti. Belajar fikag daripada kita Fathul Muin. Yang tinggal dalam fikirannya waktu mempelajari kita itu ialah bagaimana hukumnya, adakala seorang berjanggut tebal; wajibkah mengalirkan

air kepada seluruh anggota wuduknya.”42

Jelas HAMKA lagi: “ Yang agama pada hematnya yang sudah-sudah ialah belajar mendebat

dan mengalahkan Kaum Tua dalam perkara usalli; atau talkin. Ini lain sama sekali.

Pagi-paginya telah dibawa Bapa kecilnya itu belajar tafsir ke rumah Kiai Haji Hadikasumo (Ki Bagus Hadikasumo). Mula belajar, dia enggan. Sebab di Padang dia sudah mulai belajar Tafsir Muhammad Abduh, padahal Ki Bagus hanya mengajar dengan memakai Tafsir Baidhawi, Bahasa Melayu (Jawi); tetapi lama-lama dia merasa bahawa di Padang Panjang dia belum belajar tafsir, baru belajar membaca matan tafsir itu, dengan tidak boleh salah nahunya. Kalau guru menyuruhnya membaca, mujurlah dia kalau betul baris dari antara 10 baris. Tetapi dengan Ki Bagus, maksud satu-satunya ayat itu yang dikupas. Ketika itu, kerjasama pemimpin Muhammadiyah dengan Syarikat Islam amat rapat. Dua hal menekan badan itu untuk memperteguhkan dirinya. Syarikat Islam mempersiapkan diri kerana pukulan Komunis yang tidak mengenal ampun. Muhammadiyah bersemangat hendak membela Islam

kerana Zending Kristen yang amat keras. Di mana-mana bertemu HIS met de Bijbek.

Kedua-dua hal ini mendorong keKedua-dua-Kedua-dua badan itu memperbaharui pengertian Islam. Di Sumatera Barat, ulama-ulamanya masih merasa kekuatan Islam. Mereka masih mempertengkarkan

perkara-perkara yang kecil.”43

Kemudian beliau dan pakciknya itu masuk menjadi anggota Syarikat Islam bagi memenuhi syarat untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Syarikat Islam. Antara tenaga

pengajarnya adalah H. O. S. Tjokrominoto yang mengajar Islam dan Sosialisme (yang bahan

pengajaran itu kemudian dibukukan oleh beliau), R. M. Suryapranoto yang terkenal dengan

gelaran Raja Mogok mengajar Sosiologi.44 H. Fakhruddin yang merupakan pimpinan besar

Muhammadiyah mengajar Agama Islam. Kata HAMKA: “Dalam pergaulan dengan

(14)

14 Selepas setahun, pada Jun 1925 ketika HAMKA berusia 17 tahun dia diminta pulang ke Padang Panjang. Kepulangannya membawa segala isi pengalaman dan pergaulan dalam setiap daripada pidato-pidato dan tablighnya malah dirinya tidak gentar bagi menyampaikan isi fikiran dan rasanya di hadapan khalayak ramai apatah lagi setiap daripada

penyampaiannya penuh dengan nalar rasa yang baharu. Katanya: “Pidato-pidato berisi politik

tetapi bukan komunis. Gabungan perasaan yang dipompakan Cokrominoto dan Islam dan

Materialisme yang disalin dengan merdeka oleh A. D. Hani, karangan Said Jamaluddin Afghani, ada dalam tangannya. Dia pulang membawa semangat baru. Boleh dikatakan

komunis Dt. Batuah telah menjalar di kalangan penuntut-penuntut agama, bukan sahaja di

Padang Panjang tetapi telah merata ke Parabek, Padang Japang, dan lain-lainnya. Ayahnya pulang lebih dahulu dari Jawa, telah mendirikan Muhammadiyah di Maninjau. Di Padang Panjang beliau dirikan pula Tabligh Muhammadiyah dalam kalangan murid-murid. Rasa benci kepada beliau telah ditanamkan oleh propaganda komunis sebagai kebencian kepada

Cokrominoto juga. Di saat begitulah pemuda itu pulang.”45 HAMKA menegaskan lagi: “Dia

masukkan perasaan yang dibawanya dari Jawa, iaitu gabungan didikan Cokrominoto, Suryopranoto dan Fakhruddin, Hadikusumo, Sutan Mansur, kalangan Muhammadiyah.”46

Sekali lagi jiwa muda HAMKA dilanda ribut, pada tahun 1927 ketika umurnya hanya 19 tahun dalam suasana beliau semakin mekar sebagai pemidato dan pengarang timbul rasa tertekan akibat kebencian orang sekeliling sama ada kerana kelebihan atau kekurangan dirinya. Selain daripada itu faktor gadis tunangannya dari sejak kecil sudah berkahwin dengan orang lain yang lebih kaya juga member tamparan hebat buat jiwa muda HAMKA. Kemudian keputusan besar sekali lagi diambil dan kali ini beliau mengembara sendirian ke Makkah tanpa memaklumkan kepada ayahnya sekalipun. Dalam keadaan kewangan yang meruncing dan perjalanan yang jauh lagi payah, pelbagai onak duri pengalaman dilalui sekali lagi mematangkan peribadinya. Perjalanan ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan menuntut ilmu itu kemudian merezekikan beliau dengan sesuatu yang sudah ditakdirkan kepadanya. Apabila berada di Makkah, beliau telah bekerja sambilan di sebuah perusahaan penerbitan buku-buku bahasa Melayu bertulisan Jawi dan buku bahasa Arab milik Tuan

Hamid Kurdi, mertua kepada Shaykh Ahmad Khatib al-Minangkabaui.47

Kata HAMKA: “Terbuka baginya akal baru. Di kampung Qurfal atau Garafah ada satu percetakan kepunyaan Tuan Hamid Kurdi yang mendirikan perusahaan itu. Tuan Majid adalah mertua kepada Syeikh Ahmad Khatib, orang Minangkabau yang terkenal itu. Dia datang ke sana meminta kerja. Dia diterima dengan baik, sebab percetakan kekurangan orang yang pandai menyusun huruf dalam bahasa Melayu. Walaupun pekerjaan itu belum

dialaminya, namun disanggupi juga. Bagaimana tidak akan disanggupi: perut!”48 Selain

daripada dapat belajar adat istiadat orang Arab yang paling penting adalah HAMKA beroleh peluang menelaah mana-mana kitab yang ada dalam gudang itu secara percuma sehingga pemilik gedung itu mengesani minat HAMKA terhadap buku-buku itu apabila terserempak

(15)

15

beliau sedang membaca sebuah buku yang agak tinggi nilai perbahasannya berjudul

al-Siyasah al-Usbu‘iyyah. Kemudian pemilik gedung percetakan itu mengetahui bahawa HAMKA adalah anak kepada Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah yang juga merupakan anak murid kepada Shaykh Ahmad Khatib al-Minangkabaui lantas memberikan jaminan jika

beliau ingin terus berada di sana bagi bekerja dan belajar.49

Pulang dari Makkah selepas lebih setahun di sana, HAMKA kemudian bertemu semula dengan ayahnya dan hubungan mereka mulai bertambah baik, tidak berapa lama kemudian lahirlah karya beliau yang pertama dalam bentuk buku iaitu sebuah penulisan fiksyen

berbentuk kaba (cerita) adaptasi daripada kisah benar yang berlaku dalam masyarakat

Minang.50 Kemudian lahirlah karya-karya keagamaan dan falsafah beliau seperti Agama dan

Perempuan, Ringkasan Tarikh Umat Islam dan Adat Minangkabau dan Agama Islam. Pada tahun yang sama, tanggal 5 April 1929 ketika berusia 21 tahun beliau telah dinikahkan atas

aturan ayahnya dengan Siti Raham yang ketika itu berusia 15 tahun.51

5.2 Sorotan Buku Kedua Kenang-Kenangan Hidup

Dalam buku kedua ini HAMKA lebih memperincikan faktor perkembangan dirinya dari dalam dan luar sehingga menumbuhkan dirinya menjadi seorang pendakwah melalui lisan

dan penulisan. Menghadam keseluruhan Buku Kedua Kenang-Kenangan Hidup ini

memahamkan kita bagaimanan HAMKA dan jiwa raganya bekerja dan berusaha bagi mencapai maksud menyampaikan Islam dan lisan dan penulisan melalui pelbagai genre penulisan sama ada kreatif atau non-kreatif. Lebih dalam lagi, beliau bukan hanya sekadar seorang ulama atau pengarang, namun beliau adalah seorang pujangga Islam bagi umatnya di Nusantara.

Melalui tajuk-tajuk bab yang dikemukakan oleh HAMKA dalam Buku Kedua ini dapat kita fahami bahawa ia seakan satu penjelasan kepada siapakah dan mengapakah dirinya memilih jalan yang dipilihnya sampai ke akhir hayat. Meskipun HAMKA berputus arang dengan gerakan Muhammadiyah atas kesilapan beliau sendiri malah berputus arang dalam politik peringkat nasional malah meletakkan jawatan sebagai Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia namun satu-satunya pekerjaan yang beliau tidak pernah tinggalkan hingga ke akhir hayat adalah menyampaikan Islam dan kebenaran melalui lisan dan tulisan. Malah sehingga saat akhir hayatnya beliau masih merupakan pimpinan majalah Panji Masyarakat bersama anaknya, H. Rusydi HAMKA.

Buku Kedua boleh dianggap sebagai syarah kepada idealisme dan perjalanan hidup HAMKA

sepanjang catatannya dalam Buku Pertama. Dari Bab 1 – Bab 5; Hendak ke Mana?, Tujuan

Hidup dan Masa Hadapan, Langkah Hijau, Mengapa Dia Tinggalkan Tugas Itu? dan Mencapai Apa yang Dicita dapat dilihat HAMKA cuba menerangkan maksud di sebalik tindakan-tindakan serta keputusan-keputusan yang diambil oleh beliau dalam Buku Satu.

Kemudian dari Bab 6 – Bab 27 lebih kepada menghuraikan secara spesifik tentang

49

Ibid., h. 93-94

50

Ibid., h. 156-171

51

(16)

16 perkembangan beliau dalam dunia dakwah melalui lisan dan tulisan. Bagi memahami kefahaman HAMKA terhadap dunia dakwah melalui karang-mengarang dan cabang-cabangnya sehingga membawa beliau bergelumang selama 56 tahun dalam lapangan tersebut,

Buku Kedua daripada empat buku dalam Kenang-Kenangan Hidup ini mesti dihadami.52

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Boleh dirumuskan penglibatan hakiki HAMKA sepanjang umurnya dalam dakwah melalui penulisan atau kesanggupan menyampaikan Islam melalui lisan dan tulisan adalah disebabkan beberapa faktor awal iaitu:

1. Pemaksaan dan kekerasan ayah beliau yang mahukannya menjadi alim besar sehingga

memasukkan beliau ke dua sekolah pengajian ilmu Islam serentak iaitu Sekolah Diniyah dan madrasah Sumatera Thawalib yang merupakan peringkat asas pendedahan kepada diri beliau dalam proses penguasaan ilmu-ilmu Islam selain cubaan menghantar beliau belajar bahasa Inggeris pada sebelah malam bagi memastikan HAMKA belajar pelbagai jenis bahasa.

2. Kecenderungan semula jadi HAMKA kepada buku-buku dan cinta akan membacanya

selain daripada kitab-kitab pengajian di kedua-dua sekolah dengan begitu ‘lahap’.

Buku-buku umum, sejarah dan roman menjadi santapan beliau saban hari selain daripada akhbar-akhbar harian daripada pelbagai penerbitan. Ini menyebabkan beliau menjadi mudah faham wacana-wacana berat dan tinggi daripada dua kutub tradisi dan pemikiran serta sumber yang berbeza apabila belajar mengenai komunisme, sosialisme, sekularisme dan lain-lain isme Barat ketika di Jogjakarta.

3. Kewujudan kutub khanah yang menampung selera membacanya yang tinggi selain

sikap cerdik dan usaha bagi memastikan dirinya dapat membaca dengan percuma sedari kecil lagi. Hal yang sama berlaku ketika beliau di Makkah apabila kesempitan wang, beliau telah bekerja di sebuah percetakan bagi mendapat sedikit upah namun yang lebih utama beliau dapat membaca banyak buku dalam pelbagai genre seperti ilmu-ilmu Islam, sastera, pemikiran, sejarah dan falsafah dalam bahasa Arab di percetakan tersebut.

4. Pengembaraan hidup peribadinya sehingga membawa kepada pengembaraan ke tanah

Jawa pada usia hanya 16 tahun seterus ke Makkah pada usia 19 tahun secara sendirian tanpa bekalan yang mengcukupi benar-benar mengkayakan khazanah peribadi, pengalaman, akal dan budi beliau sendiri.

5. Pergaulan sedari dari awal usia belasan tahun dengan tokoh-tokoh besar dalam

ilmu-ilmu Islam dan perjuangan gerakan Islam pada zaman rencam pergulatan idealisme-idealisme Islam dan Barat benar-benar memberi kesan kepada jiwa dan akal beliau sehingga menjadi berisi dan menguasai disiplin muamalat, retorik pidato dan menjadi punca rodokan semangat yang kemudian ditumpahkan dalam penulisan-penulisan

agung beliau melalui majalah dan buku sepanjang hidup beliau dari umur 17 tahun –

73 tahun iaitu selama 56 tahun.

52

(17)

17 Saranan:

1. Amat penting bagi anak muda membaca biografi atau autobiografi tokoh-tokoh hebat

sumbangan mereka kepada manusia sepanjang zaman khususnya dalam bidang keilmuan sama ada yang Muslim atau bukan Muslim. Malah ilmu biografi menjadi sangat penting dalam perbincangan sains hadith dalam mengenal pasti kedudukan hadith berdasarkan penilaian terhadap perawinya, ilmu tersebut dibincangkan dalam bab rijal al-hadith dan al-jarh wa al-ta‘dil. Antara kitab penting dalam bidang ini

adalah Tazkirah al-Huffaz dan Tahzib al-Tahzib oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti r.h.

dan Siyar A‘lam al-Nubala’ oleh Imam al-Zahabi r.h.

2. Memberi fokus dan perhatian kepada pemikiran dan sumbangan-sumbangan

intelektual tokoh pejuang Islam di Nusantara, ideolog gerakan Islam dan intelektual awam umat Islam Nusantara awal abad 20 seperti Prof. Dr. HAMKA, ayahnya Dr. Shaykh H. A. Karim Amrullah, HOS Tjokrominoto, Haji Agus Salim, Bung Hatta, Muhammad Natsir, A. Hassan Bandung dan ramai lagi. Selain daripada itu tokoh-tokoh seumpama dari Tanah Melayu/Malaysia seperti Shaykh Tahir Jalaluddin, Syed

Shaykh al-Hadi, Pendeta Za‘ba, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Prof. Dr. Zulkifli

Muhammad, Tok Kenali, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan ramai lagi perlu diberikan perhatian.

3. Kesemua tokoh di atas dan tokoh-tokoh dunia seumpama mereka sepanjang zaman

yakni yang menyumbang dan meninggalkan legasi khazanah keilmuan yang mempengaruhi perubahan dunia kemudiannya dibina bermula dengan kecintaan mereka terhadap membaca buku-buku besar dan hebat dalam pelbagai cabang ilmu atau lebih tepat mereka adalah pencinta ilmu sedari dari awal kehidupan mereka sama ada atas kesedaran sendiri atau kerana keterpaksaan pada awalnya seperti Buya HAMKA sendiri.

___________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Abdul Rauf (2013), Tafsir Al-Azhar: Dimensi Tasawuf HAMKA, Kuala Selangor: Piagam

Intan Sdn. Bhd.

Drs. H.A. Hafizh Dasuki, M.A. et. al. (1993), Ensiklopedi Islam, Jld. 2, Jakarta: PT Ichtiar

Baru Van Hoeve

H. Rusydi HAMKA (2010), HAMKA Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu:

Menatap Peribadi dan Martabatnya, Shah Alam: Pustaka Dini

Hamedi Mohd Adnan (2003), Penerbitan Majalah di Malaysia: Isu-Isu dan Cabaran, Shah

Alam: Penerbitan Kharisma

HAMKA (2009), Kenang-Kenangan Hidup (Buku Satu – Buku Empat), Shah Alam: Pustaka

(18)

18

_______ (2010), Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan

Kaum Agama di Sumatera, Shah Alam: Pustaka Dini

Irfan HAMKA (2013), Ayah… Kisah Masa Muda, Dewasa, Menjadi Ulama, Sastrawan,

Politisi, Kepala Rumah Tangga, Sampai Ajal Menjemputnya, Jakarta: Republika Penerbit

Khoo Kay Kim (1985), Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala

Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya

Shamsul Nizar MA (2008), Memperbincangkan Dinamika Intelektual dan Pemikiran Hamka

Referensi

Dokumen terkait

Pokja Pengadaan Barang I Bagian Pengadaan Barang dan Jasa Setda Kota Denpasar akan melaksanakan Pelelangan Sederhana dengan Pascakualifikasi untuk paket pekerjaan barang

Social control over the market market and market-area housing market Liberal Approaches Supervision rent etc. Changes in land use Ow ne rs h ip o f

Panitia Pengadaan Dinas Bina Marga Dan Sumber Daya Air Kota Depok. No Nama Jabatan

Terdapat beberapa faktor terjadinya proses angiogenesis, salah satunya ditandai dengan peningkatan jumlah pembuluh darah paska terjadinya luka, sehingga peneliti menggunakan

komfirmasi email yang kami kirim ke inbox / spam email. Setelah melakukan komfirmasi email kemudian masuk kembali englishforall.id dan lakukan “Log In”/ Masuk.. Bagi pendaftar

Selain keempat hal tersebut di atas, pengajar/fasilitator perlu mengembangkan suasana yang mendukung pemecahan masalah tersebut yang memungkinkan mereka merasa lebih

Medco E&P Indonesia (S&C Sumatera Field SOKA) Termasuk hal yang mempengaruhi pemilihan alat serta masalah-masalah yang sering dihadapi dalam memproduksi minyak dan