• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBANDINGAN ZAKAT PERNIAGAAN VS CUKAI K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERBANDINGAN ZAKAT PERNIAGAAN VS CUKAI K"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1 BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Seorang peniaga yang mempunyai tanggungjawab yang istimewa terhadap orang lain

dan sebagai seorang hamba Allah yang taat akan perintahNya1, mereka ini perlulah melakukan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin kerana agama Islam

sangat memandang tinggi kemuliaan terhadap golongan peniaga bahkan mereka juga

telah Allah menjanjikan akan mendapat balasan yang baik kelak di akhirat namun

dengan sekiranya mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam

iaitu ikhlas dan jujur serta memahami konsep dalam melaksanakan perniagaan yang

ditentukan.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan hadis oleh at-Tarmizi‟,

“Seorang peniaga yang jujur dan amanah akan berada bersama-sama para nabi, para

syuhada dan para siddiqin”. Ini membawa erti, sekiranya sesuatu perniagaan yang

dilakukan beserta dengan kemuliaan akhlak dengan mengikut panduan yang

diterapkan oleh Rasulullah SAW boleh membuatkan hubungan persaudaraan antara

penjual dan pembeli menjadi rapat diantara satu sama lain.

Menjadi seorang peniaga yang berjaya seharusnya dikaitkan dengan tuntutan

dalam mengeluarkan zakat.2 Dalam menjadi seorang yang kaya dari sudut pandangan harta sehingga berjaya melayakkan dirinya untuk berzakat merupakan salah satu

usaha untuk menyempurnakan dirinya sebagai seorang yang beragama Islam, ini

kerana zakat merupakan salah satu rukun yang terdapat dalam rukun Islam yang wajib

ditunaikan oleh setiap yang bergelar muslim.

Di sesetengah Negara Islam seperti Jorda, Mesir dan Iraq dimana kerajaan

mempunyai hak dalam membuat pemungutan hasil untuk Negara melalui kaedah

kutipan zakat dan cukai. Namun tidak boleh dinafikan bahawa zakat sememangnya

1

Syed Othman Alhabshi,”Islam Menuntut Kecemerlangan Dalam Perniagaan dan Keusahawanan.IKIM”, 2009

2

Zaharah Salwati Baba, Hashim Jusoh, Habsah Muda, Syed Mohd Azmi Syed Ab Rahman, “Tangganapan

(2)

2

adalah satu kewajipan dan merupakan rukun yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan

yang berada dalam kalangan masyarakat Islam seperti di Malaysia. Ini adalah salah

satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang terdapat dalam Negara

tersebut mahupun demi tujuan mencapai matlamat perningkatan ekonomi Negara.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Kekayaan dan kemiskinan telah wujud dalam kalangan masyarakat Islam secara

beriringan dari zaman Rasulullah SAW, terutamanya di kota Madinah3. Walaubagaimanapun, kekayaan dan kemiskinan yang terdapat pada zaman Baginda

tidak pernah mencetuskan konflik di antara yang miskin dan kaya. Ini kerana

golongan miskin memiliki sifat redha terhadap kemiskinan yang mereka hadapi,

bahkan golongan ini juga tidak bergantung atau mengharapkan belas kasihan daripada

masyarakat mereka. Begitu juga dengan golongan yang kaya, mereka mempunyai

sifat pemurah yang suka membantu dan memberi.

Pada zaman Rasulullah telah wujudnya sistem percukaian dan kewangan

ekonomi Negara yang telah diamalkan. Sistem ini bermula sejak Baginda mula

berhijrah ke Madinah, dan ketika itulah zakat dan sedekah merupakan hasil utama

pendapatan Negara. Terdapat juga beberapa hasil pendapatan yang di ambil daripada

Negara lain, seperti “jizyah”4, cukai yang diwajibkan keatas semua orang yang bukan

beragama Islam tetapi menetap di Negara Islam, “kharaj”, cukai yang diwajibkan

keatas pemilik tanah pertanian yang bukan beragama Islam. “usyur”, iaitu cukai

perniagaan yang terdapat di Negara Islam, “ghanimah”, merupakan harta yang

dirampas daripada musuh disebabkan oleh peperangan dan “al-fay”, adalah harta yang dirampas daripada musuh bukan disebabkan peperangan yang berlaku.

Melalui sumber-sumber pendapatan dari zaman awal Islam inilah, zakat

merupakan antara salah satu yang penting kerana zakat juga merupakan salah satu

rukun ketiga dalam rukun Islam. Tujuan Allah menciptakan hambaNya adalah untuk

menguji diantara mereka siapakah yang paling baik dalam melakukan amalannya.

Salah satu ujian yang diberikan adalah “harta”, untuk melihat seramai mana yang berjaya dan tidak sedikit pula yang gagal apabila diuji dengan harta. Justeru itu, harta

3

Zahri Mamat, “Perakaunan Zakat Perniagaan Di Malaysia”,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014, hlm 1-2

4

(3)

3

boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dikuasai dan boleh mendatangkan

manfaat ataupun boleh mendatangkan kemudharatan.

Sejak zaman Nabi Muhammad SAW,5 harta yang telah termaktub didalam al-Quran dan hadis, adalah harta yang wajib dikeluarkan zakat terbahagi kepada 5 jenis harta

iaitu, “al-ayn”, harta emas dan perak, “al-tijarah”, harta perniagaan, “al-harth”, harta

pertanian, “al-mashiyyah”, harta ternakan dan “al-rikaz’ iaitu harta galian bumi. Maka oleh sebab itu, zakat perniagaan merupakan salah satu yang terpenting daripada

kelima-lima jenis zakat harta tersebut kerana zakat perniagaan ini telah lama

diwajibkan sejak dari zaman baginda Rasulullah s.a.w lagi tetapi mengapakah masih

ada amalan dimana syarikat-syarikat kepunyaan orang Islam masih lagi tidak

membayar zakat perniagaan?

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Sebelum tibanya tahun 1990-an6, sistem pungutan zakat di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah. Ini adalah disebabkan oleh tiap-tiap pungutan zakat

ini hanya memberi perhatian yang lebih banyak kepada zakat padi dan zakat fitrah.

Pada ketika itu juga, zakat perniagaan dan zakat harta belum diberi perhatian yang

sepenuhnya sedangkan kedua-dua zakat ini juga merupakan zakat yang perlu

dititikberatkan. Bahkan ketika itu masih belum ada institusi khas yang perlu

ditugaskan untuk menguruskan pungutan zakat-zakat tersebut.Walaubagaimanapun,

sejak kerajaan mengetahui bahawa zakat membawa potensi yang besar kepada

ekonomi Negara dan dalam waktu yang sama boleh meningkatkan lagi pembangunan

sosial dalam kalangan umat Islam bahkan boleh membantu golongan fakir dan miskin

maka ditubuhkan pusat pungutan zakat bagi setiap negeri di Malaysia. Pada masa kini

hampir setiap negeri mempunyai pusat zakat yang dikendalikan oleh Majlis Agama

Islam Negeri namun kenapa masih timbulnya isu bahawa masih ada pihak-pihak

daripada syarikat Islam yang tidak membayar zakat perniagaan?

Penulis melihat kepada isu yang hangat diperkatakan sekarang khususnya di

Malaysia yang mana Malaysia adalah sebuah Negara yang agama rasminya adalah

agama Islam namun dari sudut ekonomi dan perundangan Negara, Malaysia masih

5

Hamizul Abdul Hamid, “Eksklusif Zakat, Kombinasi Fakta Dan Hukum Masa Kini”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, 2012,

hlm.38 6

(4)

4

lagi mengamalkan sistem dwisistem yang mana ini telah wujud ketika British

menakluki tanah Melayu. Maka secara automatiknya zakat juga tidak terlepas

daripada sistem ini. Para usahawan Islam telah berada didalam kesukaran untuk

membuat pembayaran zakat akibat daripada tekanan undang-undang dalam

pembayaran cukai. Para usahawan lebih cenderung untuk membayar cukai berbanding

zakat ini kerana disebabkan oleh akibat terasa terbeban dan mendapat tekanan

daripada undang-undang.

Para usahawan di Malaysia diwajibkan membayar cukai perniagaan yang telah

termaktub dalam perundangan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Berdasarkan kepada seksyen 4, ACP 1967, keuntungan daripada perniagaan adalah

salah satu pendapatan yang dikenakan cukai.

Di Malaysia juga terdapat kelemahan dari sudut peruntukan perudangan dan

penguatkuasaan dalam membayar zakat perniagaan. Hal ini telah disebut dalam

peruntukan perundangan terhadap kesalahan tidak membayar zakat yang termaktub

dalam seksyen 16 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)

19977 menjelaskan bahawa “Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah

itu : atau enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah

itu melalui amil yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diberikuasa, oleh

Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

Walaubagaimanapun di dalam Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah

(Wilayah-wilayah Persekutuan) tahun 19978 tidak pula membuat apa-apa bentuk

tafsiran terhadap definisi “orang” yang tertulis di dalam peruntukan seksyen 16 Akta Kesalahan Jenayah Syariah iaitu adakah ia termasuk syarikat, perkongsian atau

selainnya. Hal ini boleh menyebabkan undang-undang yang diperuntukan ini boleh

dicabar9 seandainya ada syarikat yang tidak membayar zakat dibawa untuk

menghadap ke mahkamah kerana ia mempamerkan peruntukan undang-undang

7

Akta Undang-Undang Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan, Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, International Law Book Services, 2010

8 ibid 9

Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof, Pengawai Penyelidik YAA Hakim Syarie Negeri Melaka, “Kelemahan

(5)

5

tersebut bersifat secara umum dan tidak ada pengkhususan terhadap zakat perniagaan

yang mana dilihat terdapat banyak kelemahan yang ada padanya.

Sekiranya dibuat perbandingan peruntukan perundangan berkaitan dengan zakat

perniagaan berbanding cukai perniagaan tersangat jelas ketara kelemahan yang

terdapat pada peruntukan perundangan zakat perniagaan ini adalah kerana contoh

yang diambil adalah pada seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menyatakan

dengan jelas bahawa “orang” adalah termasuk syarikat,kumpulan orang-orang dan

perbadanan perseorangan”.

Manakala di dalam seksyen 144 Akta Cukai Pendapatan 196710 juga telah menyebut bahawa “Mana-mana orang yang dengan sengaja dan dengan niat untuk

melarikan atau membantu mana-mana orang lain untuk lari cukai, adalah melakukan

suatu kesalahan dan hendaklah, di atas sabitan kesalahan, boleh dikenakan denda

tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau

kedua-duanya, dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun

cukai yang telah terkurang dikenakan akibat kesalahan itu atau yang telah terkurang

dikenakan jika kesalahan itu tidak dikesan”

Oleh sebab itu, definisi “orang” yang dinyatakan di dalam seksyen 144 Akta

Cukai Pendapatan 1967 adalah termasuk syarikat, perniagaan perkongsian dan

perbadanan yang terlibat selain daripada individu. Penafsiran yang diberikan oleh

seksyen 211 Akta Cukai Pendapatan 1967 boleh menyebabkan undang-undang mengambil sebarang tindakan ke atas syarikat yang tidak membayar cukai

perniagaan.

Dari sudut inilah penulis melihat kemungkinan yang paling besar menjadi

punca kepada kegagalan peniaga atau syarikat Islam yang mempunyai kelayakan

dalam berzakat gagal membuat pembayaran zakat perniagaan tidak dikenakan

dakwaan di mahkamah kerana terdapat kelemahan peruntukan dan penguatkuasaan

undang-undang.

10

Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Cukai Pendapatan 2015, Published by Jabatan Peguam Negara, 2015 11

Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof, Pengawai Penyelidik YAA Hakim Syarie Negeri Melaka, “Kelemahan

(6)

6 1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, kajian ini dilakukan bertujuan untuk

mengkaji dan menganalisis perbezaan zakat perniagaan dan cukai korporat dari sudut

pandangan Islam dan perundangan yang diamalkan di Malaysia. Secara khususnya,

objektif kajian ini adalah seperti berikut :-

1. Mengkaji konsep zakat perniagaan dan cukai korporat menurut undang-undang Islam

dan undang-undang di Malaysia.

2. Meneliti pemakaian sistem zakat perniagaan dan percukaian Islam di Malaysia

3. Menganalisis isu-isu berkaitan zakat perniagaan dan cukai korporat di Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada huraian masalah yang disebut diatas, maka kajian ini akan

meneliti persoalan-persoalan berikut :-

1. Apakah konsep zakat perniagaan dan cukai korporat dalam Islam?

2. Apakah undang-undang yang terpakai berkaitan zakat perniagaan dan cukai korporat

di Malaysia?

3. Bagaimana pemakaian zakat perniagaan dan cukai korporat di Malaysia?

1.6 Kepentingan Kajian

1. Kajian ini mengkaji konsep zakat perniagaan dan cukai korporat menurut

undang-undang Islam dan undang-undang-undang-undang di Malaysia.

2. Kajian ini meneliti kepada pemakaian sistem zakat perniagaan dan percukaian

Islam di Malaysia.

3. Kajian ini mengkaji tentang isu-isu yang berkaitan dengan zakat perniagaan dan

(7)

7

dengan berfirman di dalam surah As-Syams 91:9 :

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu13

Ayat di atas boleh disimpulkan dalam erti kata lain iaitu “membersihkan harta

daripada bercampur dengan hak orang lain dan menyucikan diri dan jiwa seseorang

muslim itu agar jauh daripada sifat iri hati dan tamak dan bertujuan dengan

mewujudkan akhlak yang terpuji sesama muslim.

Daripada sudut syarak14 pula, pengertian zakat adalah harta yang telah dikeluarkan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara‟ terhadap golongan-golongan yang tertentu iaitu golongan asnaf. Zakat adalah amalan yang

paling utama dan penting dalam Islam, ini kerana ia adalah salah satu yang termaktub

didalam al-Quran bahkan ia merupakan salah satu rukun yang terdapat dalam rukun

Islam. Hal ini membawa erti kepada menunaikan zakat merupakan salah satu fardhu

ain, oleh sebab itu sesiapa yang bergelar muslim tetapi enngan mengeluarkan zakat

maka dia telah melakukan sesuatu dosa yang sangat besar.

2. Definisi Perniagaan

Perniagaan adalah urusan muamalat iaitu urusan jual beli yang sangat dituntut oleh

agama Islam dan merupakan fardhu kifayah yang mana umat Islam dituntut untuk

menunaikannya15. Nabi Muhammad s.a.w sendiri suatu ketika dahulu yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan bahkan baginda juga menggalakkan umat

baginda untuk agar melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan kerana baginda melihat

bahawa perniagaan boleh mendatangkan hasil pendapatan yang sangat besar dalam

peningkatan ekonomi dan kehidupan manusia sekeliling.

12

Hamizul Abdul Hamid, “Eksklusif Zakat”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, Cetakan Pertama, 2012, hlm 17 13

Tafsir Al-Quran Karim, Surah Syams 19:9 14

Hamizul Abdul Hamid, “Eksklusif Zakat”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, Cetakan Pertama, 2012, hlm 17 15

(8)

8

Zakat perniagaan merupakan zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk

mengeluarkan hasil yang dapat daripada perniagaan yang dilakukan dalam apa bentuk

perniagaan pun sama ada dalam bentuk perkhidmatan, pertanian, pembekalan,

perkapalan, perikanan, perlombongan, pembuatan, dan sebagainya yang dilakukan

dalam apa jua bentuk perniagaan samada secara perkongsian sesama Islam ataupun

bersama yang bukan Islam, perniagaan dalam bentuk persendirian sama ada secara

syarikat, perniagaan saham ataupun koperasi16.

Abu Daud RMH telah meriwayatkan di dalam Sunannya daripada Samurah

bin Jundub R.A dimana baginda Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :-

الله لوسر ناف

ملسو هيلع الله يلص

عيبلل دعن ىذلا نم ةقدصلا جزخن نأ انزمأي ناك

“ Sesungguhnya Rasulullah telah menyeru kepada kami untuk mengeluarkan zakat daripada apa yang kami lakukan dalam perniagaan.”

(Sunan Abu Daud/Kitab Al-Zakat/No.1562)

3. Definisi Cukai Pendapatan Perniagaan (Korporat)

Cukai perniagaan merupakan cukai yang dipungut daripada pihak perseorangan

mahupun syarikat yang melakukan urusan perniagaan. “Individu” yang dimaksudkan dalam urusan perniagaan iaitu seseorang yang mempunyai pendapatan hasil daripada

pekerjaan sendiri, ataupun dia seorang ahli yang berprofesional ataupun usahawan

yang mana tidak termasuk dalam kategori “makan gaji”. Badan yang bukan perseorangan pula bermaksud perniagaan yang terdiri daripada dua atau lebih dalam

melakukan urusan perniagaan secara berdaftar dalam sesebuah Negara itu.

Setiap hasil pendapatan yang dapat daripada perniagaan itu maka mereka akan

dikenakan cukai setelah pendapatan secara kasar ditolak dari segala modal yang

dikeluarkan untuk mendapatka keuntungan daripada perniagaan itu dan ini lah yang

disebut sebagai pendapatan bersih ataupun pendapatan yang dikenakan bayaran cukai.

Kebiasaannya kadar bayaran cukai dikenakan adalah melihat kepada kadar yang

malar di setiap peringkat pendapatan di Malaysia. contoh yang boleh dilihat adalah

kadar yang dikenakan adalah 40% keatas setiap pendapatan hasil yang dikenakan

cukai.

16

(9)

9 4. Definisi Islam

Islam adalah agama Ad-Din yang merangkumi segala aspek dalam kehidupan

manusia yang mengandungi aspek akidah, segala amalan dan hukum yang melibatkan

dengan perkara rohani dan jasmani, fardiyah dan jam‟iyyah, politik dan agama dan segala hal yang berkait rapat dengan urusan dunia dan akhirat17.Para ulama‟ telah memberi pengertian secara khusus terhadap Islam dengan bersandarkan kepada

al-Quran dan as-Sunnah adalah :

“ Bermaksud menyerah diri dan tunduk sepenuhnya kepada Allah s.w.t serta

mentaati akan perintahNya yang timbul dari kesedaran yang tidak dipaksa kerana

ketaatan seperti itu tanpa dihitung pahala dan dosa”

Allah s.a.w telah berfirman :-

kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.”

5. Definisi Undang-undang

Definisi undang-undang yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah seperti “Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis telah mendefinisikan bahawa undang-undang adalah sesuatu

peraturan yang membolehkan dan menghalang sesuatu tindakan .19

Undang-undang tidak mempunyai definisi yang khusus yang boleh diterima

secara umum berkaitan dengan undang-undang. Walaubagaimanapun, terdapat

pelbagai definisi daripada ahli falsafah yang terkenal.

Austin telah mendefinisikan undang-undang sebagai :-

 “satu perintah yang dikeluarkan oleh sesuatu badan organisasi yang berkuasa untuk orang-orang awam dan dikuatkuasakan dibawah hukuman sahaja”.

17

Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan Pertama 1970 18

Tafsir Al-Quran Karim, Surah Ali Imran, 83 19

(10)

10

Salmond pula menyatakan bahawa undang-undang didefinisikan sebagai :-

 “Sesuatu badan yang mempunyai prinsip-prinsip yang digunakan dan diakui oleh sesebuah Negara untuk pentadbiran Negara tersebut atau dengan maksud

lain undang-undang adalah sebuah peraturan yang diakui sah oleh Mahkamah”

Manakala Hobbes pula berpendapat bahawa undang-undang ialah,

 “Undang-undang adalah cara perlakuan yang perlu dipatuhi dengan

(11)

11 BAB 2

SOROTAN KARYA

2.1 Ulasan Kajian Lepas

Dalam menghasilkan penulisan yang baik, penulis telah membuat kenalpasti sorotan

beberapa kajian yang lepas untuk dijadikan rujukan dalam membuat kajian ini. Ini

adalah untuk melihat dan memastikan bahawa kajian yang telah dibuat oleh penulis

berbeza dalam sudut perbincangan penulis dengan kajian-kajian yang lepas. Oleh

sebab itu, penulis telah menyenaraikan beberapa sorotan kajian terdahulu yang

mempunyai hubungkait dengan kajian ini.

2.1.1 Konsep Mengenai Zakat Peniagaan Dalam Islam

Beberapa sorotan karya terdahulu yang telah membicarakan tentang hukum-hukum

dan persoalan secara lebih terperinci tentang hukum ibadat zakat perniagaan

antaranya adalah Wahbah al-Zuhayli20, Yusuf al-Qardawi21, Abd Rahman al-Jaziri22, Mahmood Zuhdi Abd Majid23 dan Mujaini Tarimin24, telah membahaskan mengenai hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengan permasalahan ibadat yang ada di

dalam agama Islam dan permasalahan yang sering terjadi oleh umat Islam sekarang.

Di antaranya adalah membahaskan tentang menunaikan ibadat dalam mengeluarkan

zakat perniagaan yang bersandarkan kepada dalil-dalil hukum syara‟ dan melihat kepada pendapat-pendapat yang pernah dibahaskan kepada ulama‟ empat mazhab. Di dalam penulisan mereka juga turut menyentuh kepada konsep, syarat-syarat dan

hukum hakam yang perlu dipatuhi oleh setiap peniaga Islam sebelum melakukan

pengeluaran zakat perniagaan dengan mengikut pendapat-pendapat daripada para

fuqaha empat mazhab tersebut, namun begitu turut menyatakan tentang perselisihan

pendapat yang berlaku di antara para fuqaha di dalam isu yang berkaitan dengan

hukum zakat. Mereka juga membahaskan mengenai fungsi dan peranan zakat yang

mana merupakan sesuatu sistem perbelanjaan dalam perlaksanaanya yang

berlandaskan kepada syariat Islam.

Abd al-Rahman al-Jaziri, Kitab al-fiqh `ala al-madhahib al-Arba`ah, Bayrut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, 1986 23

Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengurusan Zakat (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003) 24

(12)

12

2.1.2 Konsep Harta Yang Wajib Dikeluarkan Zakat

Wahbah Zuhaili25, Yusuf al-Qardawi, Abdul Razak Abdul Talib26, Mohamad Noor Sahidi Johari27, Hailani Muji Tahir28, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid29, Muhammad Abdul Mannan30, Mohamad Uda Kasim31, telah membahaskan beberapa rumusan mengenai harta yang wajib dikeluarkan zakat. Di dalam karya mereka telah

merumuskan bahawa harta yang wajib dikenakan zakat boleh di kategorikan kepada

lima bahagian juga dengan melihat kepada harta-harta yang terdapat di Malaysia pada

masa kini iaitu emas dan perak, barang yang diperniagakan, hasil daripada pertanian,

hasil ternakan, hasil daripada galian bumi. Namun begitu, di antara mereka juga

berpendapat bahawa harta yang dikenakan zakat masih boleh diperluaskan lagi dan

perlulah bersesuaian dengan pelbagai jenis harta yang ada pada masa kini dengan

syarat melalui penggunaan kaedah qiyas iaitu penggunaan ini boleh dilakukan melalui

empat cara. Pertama : Qiyas kepada Illah yang telah ada. Kedua : Perkembangan

kepada Illah yang telah sedia ada. Ketiga : Pengeluaran Illah yang baru. Keempat :

Qiyas kepada ciri-ciri kepada Maqasid dan Maslahah.

2.1.3 Kaedah Pentaksiran Zakat Perniagaan

Wahbah al-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam Jilid III, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka 1994, hlm 876

26

Abdul Razak Abdul Talib, Mohamad Noor Sahidi Johari, Zakat : Konsep, Praktikal & Kaedah Pengiraan, ( Cetakan Pertama ,Must Read Sdn Bhd, 2015), hlm 5-7

27

Ibid, hlm.5-7

28 Hailani Muji Tahir, “Kedudukan Illah, Nisab, Kadar dan Haul dalam Menjana Sumber Zakat Korporat”, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 4.

29 Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, “Persepsi dan Kesedaran terhadap Perluasan Sumber Zakat Harta yang diikhtilaf”, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 59.

30

32 Mat Sa‟ad Bin Hassan, “Pengiraan Zakat Harta Perniagaan Atau Perusahaan”, dalam Zakat Ditinjau Dari Perspektif Sosial, Undang-Undang Dan Taksiran, ed. Mohd Ali Baharum (Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam Malaysia, 1989).

33 Nor Aini Ali, “Analisis Perakaunan Zakat Di Malaysia”, Jurnal Syariah 14, no.2 (Julai 2006), hlm. 35-47 34

Zahri Hamat, “Perakaunan Zakat Perniagaan Di Malaysia. Satu Kajian Rintis Pendapat Cendiakawan Zakat” (Disertasi Kedoktoran, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2007)

(13)

13

Wafa Bin Syed Adwam Wafa38, 39 telah menjelaskan mengenai kaedah serta syarat pengiraan yang perlu diikuti oleh setiap peniaga Islam sebelum mereka mengeluarkan

zakat ke atas perniagaanya. Sebahagian daripada penulisan para karya di atas, mereka

lebih menumpukan kepada asas penaksiran ke atas zakat perniagaan yang melibatkan

kepada modal dan keuntungan dan dua jenis perniagaan yang dilakukan sahaja iaitu

mudharabah dan peniagaan secara perkongsian sesama Islam. Mereka juga turut

mengkaji mengenai kaedah-kaedah pengiraan yang di jalankan oleh tiap-tiap Pusat

Pungutan Zakat dalam mentaksir zakat perniagaan dengan menggunakan dua kaedah

pengiraan dalam zakat perniagaan iaitu menggunakan kaedah kerja dan kaedah

perkembangan modal. Bahkan mereka juga mengkaji berkaitan dengan kaedah

pengiraan zakat yang digunakan oleh pusat zakat yang terdapat di Malaysia ini kerana

melihat kepada kajian-kajian mereka terdapat beberapa perbezaan yang dilakukan

oleh pusat zakat di setiap negeri dari sudut amalan-amalan dan prinsip-prinsip

pengiraan zakat perniagaan.

Di dalam penulisan tersebut juga terdapat penerangan mengenai aplikasi yang

digunakan ke atas zakat perniagaan yang telah menjadi amalan di negara Malaysia

iaitu penggunaan kaedah modal kerja dan kaedah perkembangan modal. menerangkan

tentang perbezaan yang ada diantara kaedah-kaedah perakaunan zakat perniagaan

yang terdapat di negeri-negeri semenanjung Malaysia dan mendapati bahawa terdapat

tiga kaedah yang digunakan diamalkan di dalam Malaysia iaitu kaedah aset semasa,

kaedah modal kerja, kaedah modal kerja yang diselaraskan. Di dalam penulisan ini,

telah mendapati bahawa majoriti negeri yang terdapat di Malaysia telah mengamalkan

kaedah modal kerja yang diselaraskan.

Bahkan berpandangan bahawa para cendiakawan bahagian zakat telah

berpandangan bahawa ketidakseragaman ini berlaku adalah disebabkan oleh asas

36

Sanep Ahmad, Ahmad Othman, “Penilaian semula taksiran zakat perniagaan korporat bagi menghasilkan satu nilai taksiran zakat yang seragam di Malaysia, Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 3 (2010)

37

Muhammad Kamal `Atiyah, Perakaunan zakat : teori dan praktis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995

38 Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa, “Kajian Perbandingan Syarat-Syarat Penaksiran Zakat Perniagaan Malaysia Dengan Fas 9 Aaoifi”, (Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0202), FACULTY OF ECONOMICS AND BUSINESS, Universiti Kebangsaan Malaysia,2002

39

(14)

14

yang digunakan dalam membentuk kaedah pentaksiran zakat perniagaan adalah

terlalu dalam keadaan berbentuk umum.

2.1.4 Perbandingan Konsep Zakat Dan Cukai

Agnides (1969)40, Zulkornanin Bin Yusof (1994)41, Baseri bin Ishak (1995)42, Samsuri bin Jelani (1999)43, Di dalam penulisan karya-karya yang lepas menjelaskan kepada sumber kewangan yang terdapat di negara Islam boleh dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu zakat yang diambil daripada orang Islam dan “jizyah,kharaj serta

ghanimah diambil daripada orang bukan Islam dan mengkaji mengenai beberapa

perbincangan asas yang berkaitan dengan aspek percukaian pada zaman moden dan

zaman kegemilangan Islam. Dalam penulisan ini, mereka cuba menunjukkan

kepentingan pada sistem zakat yang telah di intergrasikan berbanding dengan sistem

percukaian yang diamalkan di negara Malaysia sekarang ini bahkan membahaskan

tentang sistem kewangan yang sebenar yang merangkumi kepada aspek yang lebih

luas.

Sebahagian daripada mereka yang diatas juga yang membahaskan tentang

sistem percukaian dan konvensional dari zaman munculnya sistem ini sehinggalah

kepada perkembangan dan perlaksanaanya. Di dalam penulisan ini lebih banyak

menumpukan kepada aspek-aspek persejarahan, konsep pembentukan sistem

percukaian serta masalah-masalah yang terdapat dalam sistem percukaian ini dan

menghuraikan tentang perbezaan – perbezaan yang terdapat di antara zakat dan cukai pendapatan menurut perspektif Islam dan menjelaskan bahawa mengeluarkan zakat

adalah salah satu kewajipan yang perlu di laksanakan namun cukai pendapatan juga

merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh warganegara yang

menduduki negara tersebut juga berpandangan bahawa membuat pembayaran zakat

40

Agnides, Nicolas 1969. Mohammedan Theories Of Finance With an Introduction to Mohammedan Law a

Bibliography, New York : AMS Press 41

Zulkornain Bin Yusof, Percukaian Negara Islam, Perbandingan Percukaian Moden dengan Islam,Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994. 42

Baseri Ishak, “Sistem Percukaian Islam Dan Konvensional : Satu Perbandingan”, Disertasi Syariah, Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,Kuala Lumpur, 1995.

43

(15)

15

dan dalam waktu yang sama harus membuat pembayaran ke atas cukai merupakan

sesuatu yang sangat membebankan kepada masyarakat Islam sekarang bahkan kajian

ini juga turut melihat kepada unsur keadilan yang dikenakan ke atas cukai pendapatan

itu.

Oleh itu, penulis telah terpanggil untuk melakukan kajian ini bagi

membahaskan serta menjelaskan pembayaran zakat perniagaan vs cukai korporat di

Malaysia sebagai satu analisis perbandingan supaya suatu hari nanti hasil kajian

(16)

16 BAB 3 :

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini memperincikan bagaimana kajian ini dijalankan. Bab ini membincangkan

rekabentuk kajian, pemilihan peserta kajian dan tempat kajian, tatacara pemerolehan

data, prosedur kajian, teknik pengumpulan data, kesahan dan kebolehpercayaan

maklumat dan kaedah menganalisa data. Kajian dijalankan untuk menjawab persoalan

kajian. Untuk memperolehi hasil kajian yang baik dan mempunyai kebolehpercayaan

yang tinggi, metodologi yang tepat dirangka bagi memudahkan menjawab persoalan

kajian seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bab ini menjelaskan

tentang metodologi yang digunakan bagi mendapatkan data yang tepat dan mampu

menjawab persoalan kajian. Aspek yang diberikan penekanan adalah reka bentuk

kajian, alat kajian, prosedur kajian, kaedah merekodkan maklumat dan kaedah analisis

data.

Metodologi merupakan satu perkara yang penting di dalam menjalankan

sesuatu penyelidikan. Ia menggambarkan aliran kerja bagaimana sesuatu kajian itu

dijalankan agar persoalan kajian dapat dijawab dan data yang diperolehi boleh

dipercayai serta mempunyai tahap kesahan yang tinggi. Kejayaan sesuatu kajian

bergantung kepada pemilihan metodologi kajian yang sesuai dan tepat yang mana

akhirnya kajian itu dapat menyumbangkan kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan

maklumat jelas dan terperinci terhadap proses pelaksanaan kajian amat penting bagi

meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian yang dilaksanakan

melalui kaedah kualitatif.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian ke menggunakan kaedah kualitatif. Menurut

Cresweell (2012) kajian kes memberikan peluang untuk menilai semula amalan dan

menjawab persoalan kajian. Ini disokong dengan definisi teknikal yang diberikan oleh

Yin (1984) menyatakan bahawa kajian kes adalah persoalan yang berdasarkan

pengalaman dan penelitian (kajian emprikal), kajian yang dijalankan dalam konteks

(17)

17 3.3 Kaedah Pengumpulan Data

1. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan (Library Research)

Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang

pengkaji bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan

rekod44. Ia hampir sama dengan metod dokumentasi. Ia merujuk kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap

dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti45.

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada

dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya

dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan

masalah yang dikaji. Metod dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama,

bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metod ini memberi fungsi yang

penting bagi menyiapkan kajian ini.

Pengkaji juga akan pergi ke beberapa buah perpustakaan termasuklah

perpustakaan Universiti Malaya untuk mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan

dengan tajuk kajian ini Bahan-bahan yang diperolehi pengkaji adalah seperti

buku-buku ilmiah,jurnal,disertasi dan lain-lain.

2. Kajian Penyelidikan Lapangan (Field Research)

Selain daripada kajian perpustakaan, kajian ini juga mengumplkan maklumat di

lapangan dalam mendapatkan data primer. Data ini menggunakan soal selidik,

data-data di lapangan yang diperoleh oleh pengkaji daripada sesi temubual.

Ia bertujuan untuk membuat penyelidikan secara langsung dengan mendatangi

responden atau objek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta dibuat perumusan dan

kesimpulan yang diperlukan. Pengkaji akan mengedarkan boring soal selidik kepada

sampel serta memberi penerangan ringkass mengenai tujuan soal selidik dijalankan.

Dengan cara sedemikian juga memberi peluang kepada mereka supaya

bersedia memberi maklumat yang tepat dalam soalan yang dikemukakan. Selepas itu

44

Charles Issawi (1962), Filsafat Islam Tentang Sejarah, (terj.) Ali Mukti, Jakarta : Tinta Mas, h. 36.

45

(18)

18

responden diminta mengembalikan soal selidik kepada pengkaji dan diserahkan untuk

proses analisis.

Justeru metod-metod yang digunakan dalam kajian lapangan ini adalah seperti berikut

:-

i. Metod Tembual (Interview)

Metod tembual atau wawancara ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan

keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden yang

bercakap-cakap berhadapan muka (face to face) dengan orang itu46. Kaedah tembual ini

juga merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan

interaksi sosial antara individu dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk

mengetahui bagaimana sesuatu institusi dilihat dari perspektif orang lain.47

ii. Metod Soal Selidik (Questionaire)

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi

menerusi kajian lapangan.48 Soal selidik akan diedarkan oleh pengkaji kepada responden kajian pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Borang

soal selidik ini akan diedarkan dan penerangan ringkas akan diberikan kepada

responden bagi memberi keyakinan kepada responden bahawa hasil dapatan

hanyalah bagi tujuan penyelidikan semata-mata dan semua makluman peribadi

responden adalah dirahsiakan49. Borang soal selidik ini akan dikumpulkan kembali dan direkodkan mengikut nombor kod dan diasingkan bagi

memudahkan pemprosesan data.

Menurut Mohd Majid Konting50, soal selidik merupakan satu alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan. Ia bertujuan untuk mendapatkan

maklumat berkenaan fakta-fakta kepercayaan,perasaan,kehendak dan

sebagainya.

46

Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Manual Kursus Kajian Tindakan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 29.

47

Ibid.

48

Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), op.cit., h. 29.

49

Selo Soemardjan (1985), “Penyusunan dan Penggunaan Kuessioner”, dalam Koentjaraningrat (ed.), Metod-metod Penelitian Masyarakat, cetakan ketujuh, Jakarta : PT Gramedia, h. 173

50

(19)

19 3.3 Kaedah Menganalisis Data Kajian

Data yang diperoleh daripada soal selidik yang telah dijalankan turut dianalisis

dengan menggunakan kemudahan pakej program Statistical Package For The

Social Sciences (SPSS) untuk menghitung dan mengemas kini dapatan data

kajian. Analisa ini bagi mendapatkan nilai peratusan, min, mod,median dan

sisihan piawai bagi setiap item soal selidik berdasarkan kepada objektif kajian.

3.4 Rumusan

Kajian tinjauan ini berbentuk kuantitatif deskriptif yang bukan merupakan

kajian eksprimental. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisis data yang

diperolehi daripada kajian. Pengkaji juga telah menyatakan kaedah kajian,

intrumen kajian, populasi dan subjek kajian, prosedur kajian yang

merangkumi cara merekod data dan statistic yang digunakan menganalisis

(20)

20

PECAHAN BAB

Susunan penulisan dibahagikan kepada enam bab.

Bab 1 – Pendahuluan

Mengutarakan pendahuluan kajian secara keseluruhannya. Bab ini menerangkan

persoalan dan permasalahan kajian yang menjadi pendorong kepada perlaksanaan

kajian. Bab ini mengemukakan hipotesis awalan sebagai satu landasan untuk

membuktikan bahawa terdapatnya keselarasan di antara teori dan fakta.

Bab 2 – Konsep Zakat Perniagaan Menurut Persepektif Islam

Bab dua menerangkan secara teori mengenai definisi zakat, pensyariatan zakat dan

cukai, jenis-jenis zakat, hukum kewajipan zakat, syarat berzakat, cara mengeluarkan

zakat, dan golongan penerima zakat.

Bab 3 –Konsep Percukaian Pendapatan Perniagaan (Korporat)

Bab tiga ini menerangkan tentang perbelanjaan negara untuk mendapatkan segala

hasil pendapatan negara untuk mengimbangi ekonomi negara. Bab ini juga akan

membahaskan tentang punca pendapatan negara iaitu sistem percukaian yang mana

akan menerangkan dari sudut aspek persejarahan, kepentingan, pentadbiran dan

lain-lain yang berkaitan dengan cukai. Perbincangan ini juga menyentuh rasionaliti

pemerintahan Islam zaman silam dalam menetapkan kadar cukai serta etika pemungut

cukai.

Bab 4 – Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Pembayaran Zakat Perniagaan Dan Cukai Pendapatan Perniagaan.

Bab Empat pula akan memaparkan latarbelakang dan peruntukan undang-undang

zakat dan perlaksanaan cukai perniagaan yang terdapat di Malaysia. Bab ini akan

memperlihatkan konsep cukai dan zakat menurut perundangan di Malaysia mengenai

takrif zakat dan cukai, bidangkuasa undang-undang dan tindakan susulan kepada

pihak yang enggan membayar zakat dan cukai serta melihat kepada kelemahan yang

(21)

21

Bab 5 – Analisis Pembayaran zakat perniagaan dan cukai pendapatan perniagaan di kalangan peniaga Islam di Malaysia

Bab lima pula akan mengemukakan analisa kajian perbandingan dengan membuat

analisa pembayaran zakat perniagaan dan cukai pendapatan perniagaan di kalangan

peniaga Islam di Malaysia berlandaskan kepada objektif kajian. Bab ini untuk melihat

samada terjawab ataupun tidak hipotesis yang dibuat pada awalnya. Bab ini akan

memperlihatkan hasil kajian dan akhirnya akan membuat kesimpulan pada bab yang

ke enam.

Bab 6 – Saranan dan penutup

Bab ini akan dibuat berdasarkan latarbelakang, permasalahan, objektif, kepentingan

kajian, metodologi kajian yang digunakan, serta berdasarkan kepada bab-bab

seterusnya dalam membuat kesimpulan terhadap kajian ini dengan tujuan boleh

memperbanyakkan khazanah keilmuan dan mengelakkan kefahaman dalam bidang

(22)

22 BIBLIOGRAFI

1. Al – Quran Karim

2. Yusuf Al-Qardawi, 1999. Hukum Zakat – Studi Komparatif Mengenai Status Dan Filsafat Zakat Berdasarkan Qur’an Dan Hadis. Diterjemah oleh Salman Harun et al.Bandung : Penerbit Litera AntarNusa Dan Penerbit Mizan.

3. Al-Zuhayli‟, 1994, al-Fiqh al-Islami’ wa Adillatuh

4. Wahbah al-Zuhaili, 1994, Fiqh dan Perundangan Islam Jilid III, Kuala Lumpur

Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Syed Othman Alhabshi,2009, ”Islam Menuntut Kecemerlangan Dalam Perniagaan dan Keusahawanan”.IKIM.

6. Zaharah Salwati Baba, Hashim Jusoh, Habsah Muda, Syed Mohd Azmi Syed Ab

Rahman, 2010 ,“Tangganapan Usahawan Terhadap Zakat Perniagaan

Berbanding Cukai Pendapatan Perniagaan Di Terengganu”.

7. Zahri Mamat, 2014, “Perakaunan Zakat Perniagaan Di Malaysia”,Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

8. Hamizul Abdul Hamid, 2012, “Eksklusif Zakat, Kombinasi Fakta Dan Hukum Masa Kini”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd,Kuala Lumpur

9. Nur Azura Sanusi, 2015, “Aplikasi Zakat Dalam Ekonomi Gunaan”, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

10.Mahmood Zuhdi Abd. Majid, 2003, “Pengurusan Zakat” (Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, )

11.Mohd Ridzuan Awang,1991, Konsep Pemilikan Harta Dalam Islam : Satu

Penilaian, Kuala Lumpur Dewan Pustaka dan Bahasa.

12.Abdul Karim Zaidan, 1999, Ensiklopedia Fiqh Wanitia Jilid 11, Terjemahan oleh

Bahruddin Fannani, Bangi : Syabab Publishing House. 1999.

13.Hailani Muji Tahir, “Kedudukan Illah, Nisab, Kadar dan Haul dalam Menjana Sumber Zakat Korporat”, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

14.Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, “Persepsi dan Kesedaran terhadap

Perluasan Sumber Zakat Harta yang diikhtilaf”, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

15.Mat Sa‟ad Bin Hassan, 1989, “Pengiraan Zakat Harta Perniagaan Atau

(23)

23

Taksiran, ed. Mohd Ali Baharum (Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam

Malaysia,).

16.Nor Aini Ali, (Julai 2006) “Analisis Perakaunan Zakat Di Malaysia”, Jurnal Syariah 14, no.2

17.Agnides, Nicolas 1969. Mohammedan Theories Of Finance With an Introduction

to Mohammedan Law a Bibliography, New York : AMS Press

18.Zulkornain Bin Yusof, 1994, Percukaian Negara Islam, Perbandingan Percukaian

Moden dengan Islam,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Kuala Lumpur.

DISERTASI

1. Mamat bin Said, 2001, “Zakat Perniagaan : Satu Kajian di LUTH”, Disertasi

Sarjana Syariah, Universiti Malaya”.

2. Mazlia Aini binti Mat Taib,2008, “Keberkesanan Pelaksanaa Kutipan Zakat Korporat Perniagaan Di Selangor”, Disertasi Syariah dan Undang-undang, Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

3. Norazah Kosim, 2004, “Zakat Petroleum di Malaysia : Kajian Kes di Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)”, Disertasi Syariah, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya.

4. Nurul Hisyam Nor Muhammad, 2004, “Pengaruh Pemikiran Yusuf Al-Qardawi

Dalam Pentadbiran Zakat di Negeri Selangor”, Disertasi Syariah dan Undang -undang, Jabatan Pengajian Islan, Universiti Malaya.

5. Nik Norazmalinda Binti Abd Aziz, 2011, „Pembayaran Zakat Dalam kalangan Pengusaha-Pengusaha Batik Di Kota Bharu,Kelantan”, Disertasi Syariah, Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

6. Rosleem Bin Nordin, 2007, “Pungutan Zakat Perniagaan Di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur”, Disertasi Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi Dan Pentadbiran,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

(24)

24

8. Samsuri Bin Jelani, 1999 “Masalah Duplikasi Antara Zakat Dan Cukai

Pendapatan Di Malaysia”, Disertasi Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Fakulti

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan Surat Edaran Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Republik Indonesia No.03 Tahun 2012 tentang Data Tenaga Honorer Kategori I dan Daftar Nama

Metode yang sesuai digunakan untuk mengajarkan faidah-faidah fi‟il tsulatsi mazid adalah metode mu‟adalah karena metode ini sesuai dengan perkembangan kaidah bahasa arab yang

Penggunaan brand tersebut menjadikan persepsi bahwa strata sosial dapat diperlihatkan dari brand tertentu yang digunakan seseorang dikarenakan tidak sembarangan orang

Untuk mengetahui pengaruh interaksi antar konsumen, interaksi penyedia jasa dengan konsumen dan kualitas pelayanan terhadap kepuasan konsumen. 1.4

Merupakan pihak keempat yang biasanya ada pada posisi kalangan pers atau bisa juga masyarakat setempat. Karena tanpa disadari pihak keempat ini bisa menjadi humas atau

TOMIE

Pelabuhan ini sebagai salah satu pintu gerbang pembangunan kota Makassar yang melayani tidak hanya pelayaran nasional tetapi juga internasional akan tetapi