• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dari Penerima Kepada Pembayar Zakat Satu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dari Penerima Kepada Pembayar Zakat Satu"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0807

Dari Penerima Kepada Pembayar Zakat : Satu Tinjauan Ke Atas Gerak Asnaf Di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Zakaria Bahari1 Zahri Hamat2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

11800 Minden, Pulau Pinang Malaysia

e-mail: zahri@usm.my

This Draft March 2008

1Zakaria Bahari

ialah pensyarah kanan di Bahagian Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di universiti yang sama

2 Zahri Hamat ialah pensyarah di Bahagian Pengurusan dan Perancangan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains

Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di universiti yang sama.

I

slamic

E

conomics and

F

inance

R

esearch

G

roup,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

(2)

ABSTRAK

(3)

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan antara negera yang terkehadapan dalam pengurusan zakat. Hal ini antara lain disebabkan oleh adanya pusat-pusat pengurusan zakat di kebanyakan negeri di Malaysia. Ia dapat dipamerkan dengan peningkatan dalam jumlah pungutan zakat setiap tahun. Misalnya jumlah pungutan zakat telah meningkat dari RM373.9 juta pada tahun 2002 kepada RM408.4 juta pada tahun 2003, RM473.3 juta pada tahun 2004 dan RM573.1 juta pada tahun 2005 seterusnya kepada RM670.6 juta pada tahun 2006 (MAIWP, 2007: 72). Purata kenaikan pungutan zakat adalah sekitar 15.8 peratus setahun.

Antara negeri yang mempamerkan pungutan tertinggi pada tahun 2006 ialah Selangor sebanyak RM149.9 juta dan Wilayah Persekutuan sebanyak RM143.3 juta. Agak menariknya ialah kejayaan negeri Pulau Pinang memungut zakat sebanyak RM28.1 juta bagi tahun 2006. Jumlah itu setanding dengan pungutan zakat di negeri Perak, iaitu RM28.9 juta. Malah pungutan di negeri Pulau Pinang telah mengatasi pungutan zakat di negeri Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah dan Perlis yang masing-masing telah memungut sebanyak RM23.3 juta, 17.3 juta, RM12.1 juta dan 11.1 juta.

Bagi memenuhi bertujuan kertas ini, maka perbincangan akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama akan menghuraikan beberapa prinsip penting tentang agihan zakat. Bahagian kedua pula akan membahaskan tentang agihan zakat oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang dikenali sebagai gerak asnaf. Bahagian terakhir merupakan cadangan kaedah pengagihan melalui harta produktif.

BEBERAPA PRINSIP AGIHAN ZAKAT

Pengagihan zakat perlu mematuhi beberapa prinsip. Ini adalah bertujuan agar agihan zakat yang dibuat adalah mengikut ketetapan yang ditentukan oleh syariat Islam. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah agihan hanya untuk asnaf yang telah ditetapkan, keutamaan kepada golongan fakir dan miskin seterusnya agihan tersebut perlulah dapat memenuhi had al-kifayah. Huraian secara ringkas untuk setiap prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Hanya Untuk Asnaf Zakat

Asnaf zakat ialah golongan yang berhak menerima zakat. Ia telah disebut oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran dan Rasulullah s.a.w. melalui al-Sunnah atau al-Hadis. Daripada al-al-Quran antara lain adalah ayat al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu adalah hanya untuk orang-orang fakir dan miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang-orang-orang yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan, (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Al-Taubah, 9: 60).

(4)

Ayat itu jelas menyebut bahawa lapan golongan yang berhak menerima zakat. Menurut jumhur, susunan asnaf bermula dengan fakir, miskin, amil, mualaf, hamba, penghutang, fi sabilillah dan ibn al-sabil. Sebaliknya al-Nasafi dan Ibn al-Athir pulak bermula dengan fi sabilillah, ibn al-sabil, hamba, penghutang, fakir, miskin, amil dan mualaf. Namun keutamaan ini bukanlah satu isu. Pelaksanaannya bergantung kepada keadaan semasa dan setempat serta melihat kepada maslahat umum (Hasanah Abd Khafidz, 2006: 82 - 91).

Daripada al-Hadis pula antara lain berdasarkan sebuah Hadis yang dilaporkan oleh Ziyad al-Harth al-Sada’i dengan katanya bermaksud:

“Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu mengangkat sumpah setia. Lalu Baginda menyebut satu Hadis yang panjang (katanya): Maka tiba-tiba datang seorang lelaki sambil berkata: Berilah aku dari harta sedekah. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak rela terhadap hukum yang ditentukan oleh Nabi-Nya mahupun orang yang lain dalam hal sedekah, sehingga Dia sendiri yang menentukan hukumnya. Maka Dia membahagikan sedekah (zakat) itu kepada lapan golongan. Oleh itu jika engkau termasuk dalam salah satu dari golongan itu, maka engkau akan ku beri (zakat)” (Abu Dawud, No. Hadis: 1626).

Daripada al-Hadis itu mempamerkan bahawa Rasulullah s.a.w. berpegang dengan arahan Allah s.w.t. tentang lapan golongan yang berhak menerima zakat. Zakat tidak boleh diagih selain dari lapan golongan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. ini. Dengan itu Rasulullah s.a.w. akan mengagihkan zakat kepada golongan-golongan yang memerlukan berdasarkan lapan golongan tersebut.

Keutamaan Golongan Fakir dan Miskin

Golongan fakir dan miskin merupakan golongan pertama yang disebut oleh Allah s.a.w. Namun ia tidak dinyatakan dengan jelas kadar agihan yang perlu dibuat kepada kedua-dua golongan itu. Rasulullah s.a.w. juga tidak menyebutkannya dengan jelas. Namun terdapat Hadis Rasulullah s.a.w. yang mempamerkan keutamaan golongan fakir dan miskin. Antara lain Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Muadh b. Jabal ketika beliau dihantar sebagai gabenor di Yaman dengan sabda-Nya bermaksud

“Ajaklah mereka bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Aku adalah utusan Allah, jika mereka mentaatinya maka hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah memfardhukan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. Maka jika mereka mentaatinya, hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah memfardhukan kepada mereka menunaikan zakat pada harta mereka. Harta itu diambil dari orang kaya dan diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka” (al-Bukhari, No. Hadis: 478).

(5)

Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan Muadh b. Jabal untuk memungut dan mengagihkan zakat di daerah yang sama zakat itu dipungut. Perintah Rasulullah s.a.w. ini telah dilaksanakan dengan patuh oleh Muadh b. Jabal. Malah terdapat kes di mana beliau menulis surat kepada amil zakat supaya agihan dibuat di kalangan kabilah yang sama walaupun mereka telah berpindah dari daerah itu. (Yusuf al-Qaradawi, 1999: 511).

Had al-Kifayah

Zakat hendaklah diberi mengikut kadar keperluan yang mencukupi kepada setiap penerimanya. Ia pastinya berbeza-beza mengikut keperluan seseorang pada ketika itu. Namun bagi golongan fakir dan miskin, jumhur fuqaha sependapat bahawa tahap kekayaan atau kadar pemilikan harta pada ketika itu merupakan satu aspek penting untuk menilai golongan fakir dan miskin untuk menentukan kelayakan untuk menerima zakat. Tahap kekayaan ini boleh berubah mengikut keperluan seseorang (Hasanah Abd Khafidz, 2006: 259 - 261). Ini dipamerkan daripada Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Daripada Qabisahb. Mukhariq al-Halili katanya: aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua qabilah yang saling bersengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah s.a.w. meminta bantuan kepada Baginda untuk membayarnya. Jawab Baginda: Tunggulah sampai orang datang menghantar zakat, nanti aku suruh supaya menyerahkannya kepadamu. Kemudian Baginda meneruskan sabdanya: Hai Qabisah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak dibolehkan kecuali untuk tiga golongan: (i) Orang yang menanggung hutang (Gharim, untuk mendamai orang yang bersengketa atau seumpamanya), maka orang itu boleh meminta-minta sehingga hutangnya selesai dilunaskan, apabila hutangnya selesai dilunaskan, maka ia tidak boleh lagi meminta-minta; (ii) Orang yang ditimpa bencana, sehingga musnah harta bendanya, orang itu boleh meminta-minta sehingga memperolehi kehidupan yang layak baginya; (iii) Orang yang ditimpa kemiskinan (disaksi atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin), orang itu boleh meminta-minta sehingga dia memperoleh sumber penghidupan yang layak. Rasulullah bersabda: Selain daripada tiga golongan ini, wahai Qabisah! Haram baginya memakan hasil daripada meminta-minta itu” (Muslim, No. Hadis:2271).

Di Malaysia misalnya, dalam menentukan golongan fakir dan miskin, ia adalah berdasarkan kepada bilangan isi rumah dan lokasi sama ada tinggal di bandar raya, bandar atau luarpun bandar. Hal ini kerana had al-kifayah di setiap kawasan adalah berbeza kerana keperluan harian di bandar tentulah lebih tinggi berbanding dengan keperluan di luar bandar (JAWHAR, 2007: 22 - 26).

Lebih dari itu, Abu ‘Ubaid melaporkan Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata yang bermaksud:

“Jika kamu memberi, berilah sehingga mereka kaya”. Malah beliau memerintahkan kepada amil zakat supaya memberi zakat secara berterusan yang bermaksud: “Ulangilah pemberian sedekah

(zakat) kepada mereka (asnaf zakat) meskipun seratus ekor unta telah habis daripada seseorang (Abu Ubaid, 1991: 560).3

Bagi memenuhi semangat dan matlamat agihan zakat, iaitu untuk memenuhi keperluan penerimanya, maka pihak pengurusan zakat dari semasa ke semasa perlulah sentiasa mengkaji bagi

3

(6)

mengenalpasti cara terbaik untuk mecapai matlamat tersebut. Setiap asnaf mempunyai masalah tersendiri yang perlu ditangani melalui agihan zakat (Hasanah Abd Khafidz, 2006: 101 - 102). BENTUK SKIM ASNAF MISKIN

Berbagai bentuk skim untuk asnaf miskin dilaksanakan untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. Antaranya dengan menyediakan modal pusingan untuk perniagaan. Di negara Aceh Darussalam misalnya, kaedah pengagihan ini dikenali sebagai pengagihan zakat produktif (Baitul Mal Aceh, 2007: 2 - 4). Bantuan modal pusingan membabitkan tiga sektor. Pertama ialah sektor penternakan. Antara yang menonjol ialah bantuan untuk penggemukan lembu dan pembiakan kambing. Kedua ialah sektor pertanian. Antara pertanian yang terlibat ialah tanaman sayur-sayuran. Ketiga sektor perdagangan. Sektor ini antara lain meliputi peniaga-peniaga sayur-sayuran, pembuat kueh-mueh, pengendali kedai makanan dan pengusaha bengkel. Pembahagian keuntungan adalah mengikut sistem mudharabah bagi sektor peternakan, manakala sektor perdagangan dibuat secara al-Qardhul Hasan (Baitul Mal Aceh, 2007: 5).

Di Malaysia pula sebuah manual pengurusan agihan zakat telah diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada tahun 2007. Daripada manual tersebut, terdapat dua bentuk skim asnaf miskin telah dan sedang dilaksanakan. Adalah diharap, kedua-dua bentuk skim asnaf itu akan dapat mengubah penerima zakat kepada pembayar zakat (JAWHAR, 2007: 28 - 29). Skim pertama ialah penyediaan modal insan. Skim kedua ialah penyediaan modal perniagaan. Untuk penyediaan modal insan antara lain ialah bantuan yang diberikan meliputi bantuan biasiswa pelajaran, kursus dan latihan. Matlamat bantuan untuk modal insan ialah memberi bantuan pelajaran kepada anak-anak golongan fakir dan miskin di sekolah rendah dan menengah. Permohonan bagi pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) juga dipertimbangkan bagi kes-kes khas (JAWHAR, 2007: 42).

Sementara itu, untuk penyediaan modal kerja antara lain ialah bantuan modal perniagaan, modal perikanan, modal penternakan dan modal pertanian. Matlamat bantuan modal perniagaan ialah untuk membolehkan asnaf miskin dapat berdikari dengan menjalankan perniagaan, penternakan dan pertanian bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka. Hal ini seterusnya dapat membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan dan dengan itu mereka akan menjadi pembayar zakat (JAWHAR, 2007: 34).

Antara negeri yang menyediakan modal pusingan untuk kemudahan kepada asnaf memulakan perniagaan ialah negeri Selangor. Melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS), ia telah dilaksanakan melalui satu jabatan khusus, iaitu Jabatan Pembangunan Asnaf (JPA). Setiap tahun LZS menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menjayakan program tersebut. Modal pusingan sekitar antara RM20,000 sehingga RM50,000 disediakan. Namun modal pusingan itu adalah merupakan modal hangus yang tidak perlu dibayar balik kepada LZS. Bagi menentukan kejayaannya, ia dipantau secara dekat oleh konsultan yang dilantik oleh LZS (LZS, 2007: 6 - 7). GERAK ASNAF PUSAT URUS ZAKAT PULAU PINANG

(7)

gerak asnaf tani pada tahun 2006. Jumlah peserta yang telah dan sedang mengikuti program adalah seperti dalam Jadual berikut.

JADUAL 1 : JENIS PROGRAM GERAK ASNAF YANG DILAKSANAKAN (2008)

Bil. Program Gerak Asnaf Bilangan Peserta Pusat Bengkel Tahun Mulai

1. Gerak Asnaf Skor A 1775 53 2002

2. Gerak Asnaf Jahitan 28 4 2002

3. Gerak Asnaf Niaga 38 6 2004

4. Gerak Asnaf Catering 47 5 2005

5. Gerak Asnaf Kraf 23 2 2005

6. Gerak Asnaf Tani 8 1 2006

JUMLAH 1919 107

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang Gerak Asnaf Skor A

Gerak asnaf ini dilancarkan semata-mata untuk meningkatkan kemahiran belajar dan memupuk yakin diri bagi pelajar UPSR, PMR dan SPM agar cemerlang serta terdedah dengan sistem pembelajaran yang bersistematik. Antara program yang utama ialah Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) yang dimulai pada 2006 dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan PERDA. Program ini ditawarkan kepada pelajar calon UPSR yang beragama Islam di Pulau Pinang dengan memberi tuisyen percuma menggunakan 25 modul khas. Kejayaan program ini dapat ditunjukan dalam Jadual 2 berikut.

JADUAL 2 : PENCAPAIAN KELASTUSYEN “PREP CLASS”

Bil. Daerah Pusat ‘Prep Class’ Bil. Peserta 1. Seberang Perai Utara (Butterworth) 5 190

2. Seberang Perai Utara (Kepala Batas)

11 370

3. Seberang Perai Tengah 15 550

4. Seberang Perai Selatan 6 180

5. Barat Daya 8 245

6. Timur Laut 8 240

Jumlah Keseluruhan 53 1,775

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (setakat April 2008)

Kebanyakan pusat “Prep Class”4sebanyak 37 buah dengan 1290 pelajar adalah terdapat di Sebarang Jaya dan hanya 16 buah dengan 485 pelajar terletak di bahagian Pulau. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan penduduk beragama Islam dan Bumiputera tinggal di Seberang Jaya. Berdasarkan pada pada Jadual 3 di sebelah, jumlah pelajar yang mengikuti program PDCA yang telah berjaya mendapat keputusan UPSR 5A ke atas telah meningkat dengan baik (sebanyak 15.8%) secara keseluruhan berbanding tahun 2006 dengan 2007. Sekiranya dilihat pelajar Islam dan Bumiputera dari Sekolah Kebangsaan pencapaian keputusan 5A ke atas telah meningkat dengan cekap, iaitu

(8)

daripada 11.7% kepada 21.7%. Peningkatan ini telah memberi peluang kepada pelajar yang miskin ini mendapatkan tempat yang baik di sekolah-sekolah berasrama penuh dan juga program-program kelas khas yang ada di sekolah-sekolah kebangsaan yang lain. Diharapkan dengan peluang dan bantuan diberikan akan mendidik pelajar tersebut menjadi insan yang kamil, berketrampilan dan profesional di masa akan datang.

JADUAL 3: KESAN (PDCA) KEPADA KEPUTUSAN UPSR 2007

2006

%

2007

%

SEKOLAH LULUS

SAHAJA

LULUS 5A/7A

LULUS SAHAJA

LULUS 5A/7A Sekolah

Kebangsaan

10156 1192 11.7 10692 2323 21.7

SJK (Cina) 6227 1434 23.0 6117 1189 19.4

SJK (Tamil) 387 29 7.5 427 44 10.3

JUMLAH 16770 2655 15.8 17236 3556 20.6

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Selain daripada program PDCA yang dilaksanakan, terdapat program lain dalam asnaf Skor A ini, misalnya pemberian biasiswa pelajar Sekolah Menengah Agama Islam, pelajar Pengajian Tinggi yang mencecah kepada RM1,526,280.00 perbelanjaan pengagihan pada tahun 2007. Program bantuan sekolah yang lain seperti pakaian seragam sekolah, pemberian basikal serta program kursus motivasi, bengkel peperiksaan, peralatan & buku telah menelan belanja kepada pelajar miskin, kesemuanya telah menelan belanja sebanyak RM5,574,697.70. semua program ini ialah semata-mata untuk meningkatkan motivasi dan kelengkapan bagi golongan miskin berjaya dalam modal insan (PUZ; 2008)

Gerak Asnaf Jahitan

Program asnaf jahitan ini bermula pada tahun 2002 dan difokuskan untuk membantu golongan ibu tunggal dan ibu tinggal5 supaya berkemahiran dalam bidang jahitan. Setakat ini sudah terdapat empat pusat bengkel jahitan yang dibina untuk menampung keperluan latihan kepada para ibu tunggal/tinggal seramai 28 orang mengikuti kursus tersebut (Jadual 4). Biasanya peserta tersebut diberi latihan selama 6 bulan. Sekiranya mereka telah tamat kursus dan bersedia untuk membuka perniagaan sendiri seperti membuka kedai jahitan sendiri amatlah digalakan oleh Pusat Urus Zakat, malah akan diberikan bantuan modal dan sebagainya.

(9)

JADUAL 4 : PENCAPAIAN GERAK ASNAF JAHITAN (2207) 1. Balik Pulau (BD) 8 Pakaian sekolah

lengkap 3. Tasek Gelugor (SPU) 7 Seluar sekolah

(lelaki)

Setiap bengkel bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan menjahit dan juga bekalan pakaian seragam sekolah yang dipesan untuk program bantuan pakain seragam sekolah6. Bengkel juga sedia menerima tempahan baju daripada pihak luar seperti tempahan baju melayu, kurung kebaya dan sebagainya. Dalam Jadual 4 kita dapat lihat setiap pusat bengkel pada umumnya mempunyai tempahan khusus, misalnya Pusat Bengkel Balik Pulau menerima tempahan bagi pakaian seragam sekolah perempuan, Pusat Bengkel Teluk Air Tawar menerima tempahan baju sekolah lelaki dan Pusat Bengkel Tasek Gelugur membuat jahitan seluar sekolah lelaki. Dijangkakan setiap bengkel menerima purata agihan tempahan di antara RM 5,000.00 hingga RM 20,000.00 setiap tahun. Keterlibatan ibu tunggal/tinggal telah dapat memperolehi kemahiran, pendapatan dan juga keyakinan diri untuk menambah pendapatan yang diharapkan mereka akan terkeluar daripada kelompok tersebut.

Gerak Asnaf Niaga

Program asnaf niaga ialah bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada peserta dalam bidang perniagaan peruncitan agar apabila mereka telah selesai mengikuti latihan dan bersedia untuk membangunkan perniagaan sendiri, maka PUZ akan memberi bantuan dalam bentuk modal dan sebagainya. Di samping itu juga ia merupakan peluang pekerjaan kepada anak-anak asnaf. Kedai PUZ-Mart juga dalam masa yang sama merupakan pusat pengedar produk-produk yang dihasilkan oleh asnaf. Dalam melaksanakan program ini, PUZ telah membuka 6 kedai PUZ-Mart setakat ini dan melatih serta mengaji anak-anak asnaf fakir dan miskin seramai 38 orang. Penjelasan terperinci mengenai pusat bengkel dan jumlah peserta adlah seperti dalam Jadual 5. Kedai PUZ-Mart ini dibuka dalam 24 jam sehari.

(10)

JADUAL 5 : PENCAPAIAN GERAK ASNAF NIAGA PUA-MART (2007)

Bil Kedai PUZ-Mart Jumlah Peserta Mulai Operasi

1. Bukit Mertajam (SPT) 7 Mei 2004

2. Balik Pulau (BD) 6 Jun 2004

3. Tanjung Bungah (TL) 6 Julai 2004

4. Teluk Bahang (BD) 6 Disember 2005

5. Tasek Gelugor (SPU) 7 Februari 2006

6. Jalan Air Itam (TL) 6 April 2006

JUMLAH 38

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Buat masa ini hanya terdapat 2 kedai PUZ-Mart di Seberang Perai, sedangkan 4 kedai lagi terletak di Bahagian Pulau dengan 24 peserta. Sedangkan 2 kedai lagi di Seberang Perai hanya melatih 14 orang peserta anak asnaf. Pada keseluruhannya perjalan pengurusan dan penyelanggaraan PUZ-Mart masih berjalan dengan baik kerana masih memperolehi keuntungan sedikit serta dapat terus beroperasi.

Gerak Asnaf Kraf

Program asnaf kraf dilancarkan bertujuan untuk memberi peluang dan membantu para ibu asnaf meningkatkan pendapatan mereka dengan dilengkapi dengan kegiatan pemasaran hasil kraf tangan tersebut oleh PUZ. Setakat ini, terdapat 2 pusat bengkel yang ada. Pertama di Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor yang mengusahakan hasil kraf tangan daripada surat khabar lama. Antara hasil krafnya ialah bekas telur, pelbagai bentuk baku, pasu, bingkai cermin dan sebagainya serta dikendalikan secara sambilan. Pusat ini mempunyai 10 orang peserta dan mampu menghasilkan pendapatan diantara RM300.00 hingga RM500 sebulan.

Pusat bengkel kedua terletak di Mengkuang Mak Sulung, Bukit Mertajam. Kegiatan kraf tangan utama di sini ialah projek bunga telur, kotak hadiah, bunga sabun, potpouri dan sebagainya untuk tempahan majlis-majlis keraian dan kenduri perkahwinan. Semua pemasaran dikendalikan oleh PUZ. Seramai 13 orang peserta telah mengikuti program ini dan setakat ini nilai agihan diantara RM 5,000.00 hingga RM 10,000.00.

Gerak Asnaf Catering

(11)

JADUAL 4.6: PENCAPAI GERAK ASNAF CATERING (2007)

1. Bengkel Teluk Bahang (BD) 11 Kek, Pastri, Bauhulu, Biskut

Mei 2005 2. Bakar Kapur, Penaga (SPU) 10 Kuih Siput, Simpul

Kasih, Mini karipap, mimi popia

Ogos 2006

3. Teluk Air Tawar, Butterworth 12 Kek, Pastri, Pizza, aneka lauk dan nasi

5. Sungai Setar Besar (SPS) 14 Kuih Karas, Tempeyek, Kuih

Segala bentuk pesanan daripada pelanggan hendaklah berurusan dengan PUZ. PUZ bertindak sebagai pengendali pemasaran. Sebahagian daripada produk catering ini diedarkan dan dijual di Kedai PUZ-Mart dan juga di autrium Produk Hasil Usahawan Zakat (PUAZ)7. Di PUAZ ini sahaja, PUZ telah dapat mengumpul hasil dan produk asnaf zakat dalam anggaran di antara RM20,000.0 hingga RM60,000.00 setiap bulan.

Gerak Asnaf Tani

Program gerak asnaf terakhir ialah gerak asnaf pertanian. Program ini baru dilancarkan pada tahun 2006 dan setakat ini projek pertama diusahakan di Tapak Pertanian Ara Kuda di Seberang Perai Tengah dengan keluasan tanah tiga ekar. Tamanan sampingan yang diusahakan ialah limau kasturi, serai, ubi keledek, jagung, ubi kayu, cili, betik, pisang dan nenas. Di samping itu juga terdapat usaha sampingan lain, iaitu ternakan diusahakan juga, misalnya ternakan ayam kampung, itik, kambing, dan ayam belanda. Setakat ini hanya 8 orang peserta telah diambil untuk mengikuti program ini. Pihak PUZ akan menyediakan benih dan modal untuk menjayakan program asnaf ini.

Program gerak asnaf ini menampakkan usaha PUZ untuk mengeluarkan asnaf fakir dan miskin terkeluar daripada golongannya dengan memberi peluang dan meningkatkan produktivitif mereka. Misalnya dalam asnaf Skor A meningkatkan pengetahuan anak asnaf supaya lebih berminat untuk terus meningkatkan keupayaan diri dan ilmu pengetahuan. Sedangkan asnaf gerak jahitan, catering, dan kraf memberi latihan dan pengalaman kepada peserta terutamanya golongan ibu tunggal/tinggal untuk mendapatkan kemahiran dan pekerjaan yang akhirnya akan meningkatkan pendapatan mereka.

7

(12)

Asnaf yang berfungsi sebagai agen pengeluaran produk dan PUZ menguruskan pasaran. Begitu juga dengan program asnaf niaga yang mengambil dan melatih anak-anak asnaf agar dapat pekerjaan serta boleh menjadi peniaga yang berkebolehan. Dalam usaha menambahkan pendapatan golongan lelaki miskin, gerak asnaf tani dapat berfungsi membantu mereka. PUZ menyediakan benih-benih dan baka serta anak-anak hewan ternakan tersebut kepada peserta. Diharapkan kegiatan seumpama ini akan dapat menambah pendapatan peserta.

Peningkatan modal insan dengan program-program gerak asnaf di atas, PUZ juga memberi bantuan modal perniagaan dalam bentuk modal barang seperti peralatan dan juga modal tunai yang bernilai diantara RM1,000.00 hingga RM5,000.00. Pengagihan modal bantuan perniagaan adalah seperti yang dijelaskan dalam Jadual 7. Bantuan modal perniagaan ini merupakan pelengkap kepada pengagihan zakat yang produktif melalui program-program gerak asnaf yang asnaf lain.

JADUAL 7 : BILANGAN DAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN SUMBANGAN PUZ

Bil. Perkara Catatan

1. Jumlah Permohonan (hinga November 2007) 497 orang

2. Permohonan Yang Layak 192 orang

3. Bantuan Tunai RM182,065.00

4. Bantuan Peralatan RM206,526.00

Jumlah Keseluruhan RM388,591.00

Masalah dan Cabaran

Pada keseluruhanya pengendalian program gerak asnaf ini masih mampu diteruskan lagi kerana masalah perbelanjaan pembiayaan masih dapat ditanggung dengan kutipan wang zakat yang semakin meningkat tahun demi tahun dan juga atas kesedaran golongan yang wajib bayar zakat di Pulau Pinang menunaikan ibadah zakat. Di samping ada bilangan asnaf lain seperti asnaf hamba yang hendak dimerdekakan tidak ada, maka bahagian ini boleh diperuntukan kepada program gerak asnaf tersebut. Namum masih lagi terdapat masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak PUZ dalam menjalankan program gerak asnaf tersebut.8 Antara masalah yang terpaksa dihadapi ialah mentaliti atau sikap para asnaf pada umumnya dan peserta khususnya kecuali mereka yang tergolong dalam orang kurang upaya. Mereka lebih suka disediakan bantuan dan program mereka dan menganggap bahawa segala bantuan program tersebut yang diberikan kepada mereka dapat diteruskan dan kurang berminat untuk berusaha untuk keluar daripada golongan asnaf tersebut. Tanpa melakukan usaha yang gigih mereka tetap mendapat bantuan paling tindak keperluan asas. Antara mentaliti mereka yang sukar diatasi ialah sikap malas mereka. Misalnya peserta kedai PUZ-Mart dikatakan bertugas tidak mengikut waktu yang ditetapkan, kurang berusaha untuk mencari dan berinovatif dalam menghasilkan produk baru terutamanya dalam gerak asnaf kraf dan catering. Mereka hanya semata-mata mengharapkan produk yang telah diberi kursus. Apatah lagi untuk mencari pasaran bagi produk mereka. Mereka sememangnya bergantungkan seratus peratus pasaran yang dikendalikan PUZ.

8

(13)

Walaupun banyak program motivasi dan peningkatan modal insan golongan asnaf dilancarkan, tetapi terdapat juga mereka yang tidak memberi kerjasama. Hal ini mungkin disebabkan tahap pendidikan mereka masih rendah dan ditambah dengan pemilikan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki, sehinggakan mereka tidak dapat melihat keupayaan program yang diberikan kepada mereka sebenarnya memberi manfaat kepada mereka dan keluarga mereka. Mereka lebih utamakan keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, semantara pendidikan merupakan perkara sekunder bagi mereka. Lingkaran keganasan kemiskinan ini tidak dapat dilepaskan daripada suasana penghidupan mereka. Mereka lebih nampak pemberian bantuan itu lebih dalam bentuk material bukannya spiritual dan modal insan. Malah ada diantara mereka terus ingin dengan program-program asnaf ini kerana tidak menyusahkan mereka berusaha sendiri untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan mereka telah disediakan pekerjaaan. Sedangkan program asnaf ini merupakan program jangka pendek yang memberi latihan, pratikal dan pengalaman dalam meningkatkan kemahiran dan mutu modal insan mereka. Ini merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh pihak PUZ sekiranya ingin menjayakan program ini ke depan lagi.

Di samping berada dalam keadaan serba kekurangan mereka juga dikatakan mempunyai sikap hasad dengki dalam kalangan mereka. Masih adalah sifat yang tidak boleh melihat mereka dalam golongan mereka yang berjaya dan maju. Walaupun perkara ini tidak begitu serius, tetapi masih tetap berlaku dalam kalangan mereka. Perkara ini juga menyebabkan mereka tidak memberi kerjasama yang padu dalam menghasilkan pesanan baik daripada tempahan pakaian dan juga produk hasil kraf tangan.

Kaitan dengan sikap malas mereka, setengah daripada mereka dikatakan tidak bekerja mengikut waktu yang ditetapkan. Mereka dikatakan suka curi tulang, masuk lambat tidak ikut peraturan yang telah disediakan, misalnya anak asnaf yang bertugas di PUZ-Mart dan tidak menepati masa dalam sesuatu pekerjaan. Terdapat juga sikap yang tidak amanah di antara mereka, terdapat sesetengah barang dan produk yang hilang dalam kedai PUZ-Mart. Namun demikian ia tidak menjejaskan keuntungan dan perjalan program tersebut.

Cabaran terhadap mentaliti asnaf dan peserta program sekiranya tidak dapat diatasi akan menjadi masalah yang berpanjangan. Keadaaan mentaliti ditambah dengan pendidikan yang rendah serta pemilikan faktor-faktor pengeluaran yang amat terbatas menyebabkan mereka amat sukar untuk mengubah nasib mereka sekiranya dibiarkan mereka sendiri yang melakukannya. Keadaan ini akan meyebabkan mereka terus menjadi sebagai penerima zakat sehingga hayat akhir mereka.

RUMUSAN DAN CADANGAN

(14)

Apa yang perlu dilakukan oleh PUZ ialah dengan memberikan kursus dan latihan yang lebih serta meningkatkan kefahaman daya usaha yang lebih dengan nilai-nilai mahmudah ke dalam diri peserta. Agar mereka mengetahui hidup sebagai seorang muslim yang sebenar dan dapat kerjasama yang baik dalam mengikuti program. Perkara ini bukanlah perkara yang mudah ia memerlukan waktu yang lama terutamanya ingin mengubah mindset golongan ini.

Perlu ada kajian untuk mengenalpasti tentang gelagat mereka. Kajian ini hendaklah dilakukan oleh para motivasi dengan menggunakan kaedah yang bersesuai. Apakah kelemahan-lemahan mereka yang patut dikenalpasti dan mencari kekuatan diri mereka agar dapat disesuaikan dengan program yang hendak dilakukan. Mungkin penyelidikan ini boleh dilakukan dengan kerjasama Universiti-universiti tempatan yang mempunyai pakar dalam bidang tersebut.

Pemilihan peserta untuk mengikuti program juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Pemilihan ini hendaklah mengambilkira sikap dan latarbelakang peserta tersebut. Perlukan masa yang agak lama bagi tujuan mengenalpasti kecenderungan, minat, kesediaan dan penyertaan peserta dalam program asnaf tersebut. Pemilihan yang berdasarkan pilih kasih mengikut kronimse, dan nepotisme hendaklah ditolak sama sekali. Bantuan hendaklah diberi kepada mereka yang sememangnya layak menerima.

Pihak pengurusan juga harus fikirkan bantuan modal kerja yang diberikan hendaklah dapat menambahkan produktiviti keluaran dan seterusnya bersaiz ekonomi, iaitu yang dapat mengeluarkan produknya mengikut skala ekonomi agar ia dapat meningkatkan pendapatan dan seterusnya keluar daripada golongan kemiskinan. Pemantauan berterusan hendaklah dilakukan tanpa belas kasihan, kerana tempat yang ada dapat diberikan kepada peserta-peserta yang laayak dan berminat untuk maju diri.

Ataupun ada kaedah lain yang lebih mudah diuruskan oleh pihak PUZ dalam meningkatkan pendapatan golongan ini dalam bentuk ekuiti. Misalnya pemilikan saham daripada syarikat-syarikat koporat yang dapat menjana keuntungan yang kemudian disalurkan kepada gerak asnaf. Keadaan ini sudah tentu tidak perlu mendapat ikut serta golongan asnaf. PUZ yang membeli saham tersebut atas nama asnaf dan kemudiannya diagihkan kepada asnaf apabila mendapat dividen, baik dalam sektor pertanian, perindustrian dan perindustrian. Persoalannya adakah kaedah ini dapat diterima oleh syarak dan kalau ia bagaimana mekansime pengoperasiannya? Mungkinkan lebihan agihan yang terdapat di PUZ yang tidak diagihkan kepada asnaf-asnaf boleh dilaburkan dalam pelbagai sektor seperti di atas? Hal ini perlukan perbincangan yang lebih mendalam dan bersungguh-sungguh agar tidak menyimpang daripada syariah.

RUJUKAN

Abu Dawud Sulaiman Ibn al-Aash'ath al-Azdi, 1984. Terj. Ahmad Hasan, Sunan Abu Dawud, Vol. II, Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.

Abu Ubaid al-Qasim b. Salam, 1991. Terj. Noor Mohammad Ghiffari, Kitab al-Amwal, Islamabad: Pakistan Hijra Council.

Hasanah Abd Khafidz, 2006. “Asnaf Lapan: Kesan Nilai Semasa dan Setempat Dalam menetukan Pentafsirannya di Malaysia”, Tesis Ph.D, Universiti Malaya.

(15)

Infrastructure of society", dlm. Seminar on Management of Zakat in Modern Muslim society,sunt., Imtiazi, I.A. et al., Karachi: Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2007. Manual Pengurusan Agihan Zakat, Kuala Putrajaya: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Lembaga Zakat Selangor (LZS), 2007. Asnaf, Bil. 1/2007, Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), 2007. Laporan Zakat 2006, Kuala Lumpur:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Yusuf al-Qaradawi, 1999. Terj. Monzer Kahf, Fiqh az-Zakat - A Comparative Study The Rules, Regulations and Philosophy of Zakat in The Light of the al-Qur'an and Sunna, London: Dar Al Taqwa Ltd.

Referensi

Dokumen terkait

Loss-framed messages yang tertera di bungkus rokok yang lebih menonjolkan kerugian dari perilaku merokok, misalnya “Merokok dapat meningkatkan risiko terkena

Berbeda dengan ulama klasik yang memahami bahwa selain ber- fungsi sebagai penjelas, sunnah juga berfungsi sebagai penetapan hukum yang tidak terdapat dalam al-Qur’ân, karena

Adalah program asuransi yang secara khusus dirancang bagi nasabah bank yang memiliki dana di rekening tabungannya dengan manfaat asuransi berupa santunan kepada ahli waris

Segala puji dan syukur penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, atas rahmat dan karuniaNya yang telah dianugerahkan kepada penulis, sehingga mampu menyelesaikan skripsi

Crash Duration adalah waktu yang dibutuhkan suatu proyek dalam usahanya untuk mempersingkat waktu yang durasinya lebih pendek dari Normal Duration, yang

Obyek Retribusi adalah pemberian izin tempat usaha/kegiatan kepada orang pribadi atau badan di lokasi tertentu yang dapat menimbulkan bahaya, kerugian dan gangguan tidak

Berdasarkan penjelasan di atas dapat dikatakan bahwa menggunakan komik yang tepat dan sesuai dengan usia siswa SMP dalam pengajaran membaca sangat tepat digunakan

Pada Gambar 2, terlihat bahwa baja tersebut mengalami korosi uniform yang tersebar merata di sekeliling material bagian dalam pipa, ini disebabkan adanya reaksi