• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Media dalam pembangunan Psiko so

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan Media dalam pembangunan Psiko so"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Peranan media dalam pembangunan psiko-sosio penonton

Sebagai seorang pensyarah dalam bidang Psikologi Media, saya terpanggil untuk menulis tentang bagaimana jenis-jenis media tradisional elektronik seperti televisyen, filem dan media baru seperti Youtube dan media sosial mampu mempengaruhi attitude ataupun sikap penonton yang merangkumi pekimikiran, emosi serta kelakuan. Selain jenis medium yang digunakan, kandungan media juga mampu memberi impak dan pengaruh yang besar terhadap perspektif realiti penonton juga. Jadi, saya berasa sedikit risau apabila terdapat segelintir karyawan serta ahli politik yang berpendapat bahawa, apa-apa kandungan media tidak akan memberi kesan dalam mencorakkan sikap manusia serta mencorakkan perspektif realiti manusia. Mereka juga berasa yakin bahawa lakonan atau kandungan yang terdapat dalam drama atau filem tidak mungkin mampu mempengaruhi sikap penonton, kerana ia hanyalah lakonan semata-mata.

Bagi penonton yang media literate atau celik media, kemungkinan besar, mereka tidak akan dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang dipaparkan di media. Kerana itulah kanak-kanak kecil yang menonton rancangan kartun atau juga drama-drama cinta akan meniru lakonan watak-watak kegemaran mereka secara tidak sedar, kerana mereka adalah kanak-kanak yang belum matang pemikirannya. Tetapi bagaimana pula dengan penonton yang lebih matang dari kanak-kanak seperti remaja dan orang dewasa? Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak video youtube yang sudah pun menjadi viral yang memaparkan perilaku yang tidak bermoral seperti buli, keganasan, seks, dan sebagainya. Dari manakah mereka mempelajari perilaku serta pemikiran yang seolah-olah membenarkan mereka untuk bebas serta tidak malu untuk melakukan semua ini? Adakah media tidak berperanan langsung dalam membentuk sikap dan perspektif realiti penonton?

Mungkin, para penonton, karyawan serta ahli-ahli politik tidak pernah tahu atau tidak mempercayai teori-teori atau kajian-kajian psikologi mengenai impak media terhadap pembentukan sikap penonton. Albert Bandura telah mencipta sebuah teori yang dinamakan teori sosial kognitif. Teori ini mengesahkan bahawa manusia belajar dengan cara modeling atau meniru perilaku yang mereka saksikan. Beliau juga telah mengkaji perilaku ganas dikalangan kanak-kanak yang menonton kadungan yang ganas dalam televisyen. Hasil kajian eksperimental Albert Bandura telah mengesahkan bahawa manusia belajar dengan meniru kelakuan orang lain secara secara sedar dalam konteks sosial tertentu. Saya telah melihat sendiri kelakuan penonton dari usia 4 tahun sehingga usia 30 tahun meniru gaya percakapan dan gaya kelakuan watak-watak dalam filem-filem yang mempunyai unsur ganas dan

bertemakan kehidupan gangster. Seterusnya, teori ini juga menjelaskan bagaimana kelakuan kita terhasil daripada pemerhatian keadaan persekitaran yang terdiri daripada pemerhatian perilaku orang lain, interaksi sosial dan juga kandungan media. Dalam semua situasi ini, simbol memainkan peranan yang sangat penting, dimana media juga berperanan dalam mengajar atau mengetengahkan sesuatu simbol. Seterusnya simbol tersebut sudah terserap dalam budaya sebagai sesuatu yang popular dan akhhirnya membentuk sikap kita.

(2)

Terdapat banyak filem dan drama yang telah diadaptasi oleh novel-novel cinta antarabangsa dan tempatan yang saya rasa tidak perlulah saya sebut satu persatu tajuk-tajuknya. Pengkaji media A.L Greene dan Carolyn Adams Price telah banyak membuat kajian tentang impak media terhadap remaja.

Mereka berpendapat bahawa selain mempunyai hubungan perikatan yang rapat dengan ibu-bapa, mereka akan lebih “rapat” dan terkesan dengan pelakon atau bintang kegemaran mereka dengan mewujudkan secondary attachment. Secondary attachment atau Perikatan kedua hubungan terdiri daripada hubungan romantik dan hubungan identiti. Hubungan romantik berlaku dimana para remaja perempuan “jatuh cinta” dengan watak yang dimainkan oleh pelakon lalu mereka akan cuba mencari pasangan yang mempunyai perwatakan yang sama seperti pelakon tersebut atau lebih parah, cuba menjadi seperti watak yang diidamkan itu. Dengan menonton filem atau drama yang bertemakan cinta ini, penonton remaja ini juga secara tidak langsung membuat pemerhatian dan belajar mengenai peranan masing-masing dalam sesebuah hubungan cinta. ia juga berperanan dalam melatih hubungan cinta remaja perempuan (dan juga remaja lelaki) dimasa yang akan datang dengan pasangan pilihan mereka. Kerana itulah, ramai remaja (dan juga orang dewasa) mengalami pelbagai konflik dalam

hubungan cinta mereka kerana reality percintaan tidak seperti reality yang dipamerkan oleh drama cinta. Cinta tidak semestinya ditunjukkan dengan cara yang tidak senonoh dan juga tidak masuk akal seperti adegan bercakap dengan bantal. Saya percaya karyawan kita lebih kreatif dalam memaparkan bait-bait cinta yang lebih ikhlas, lebih halus dan lebih berjiwa dan tidak perlu menunjukkan adengan sensual yang berlebihan.

Hubungan identiti pula lebih merangkumi perwatakan pekerjaan atau kelakuan watak kegemaran mereka. Contohnya, jika mereka menggemarkan watak rempit yang dimainkan oleh hero mereka, maka para remaja akan turut memainkan peranan yang sama dari segi sikap yang dibawa oleh watak tersebut. Jika mereka menggemarkan watak seorang doctor, peguam atau bintang realiti, maka mereka juga akan mengambil peduli tentang identiti yang dibawa oleh watak-watak ini. Dalam

kebanyakan drama-drama melayu kita, terlalu banyak stereotaip negatif yang ditunjukkan. Amat jarang sekali saya menonton sesebuah drama dengan watak yang mampu memberi inspirasi positif serta membina. Tidak salah untuk berdrama swasta tetapi apakah salahnya untuk menyelitkan watak-watak wanita yang berwibawa serta watak lelaki yang mempunyai skill kepimpinan yang tidak asyik mahu mendominasi wanita sahaja. Seringkali drama kita memaparkan watak-watak lelaki yang beridentiti sebagai pengarah, boss, orang kaya dan lain-lain, tetapi apabila watak wanita tersebut merupakan big boss sebuah syarikat, wataknya seringkali kelihatan sebagai queen control atau diva yang melampau. Saya rasa ada kebenaranya disitu namun, adakah sikap diva itu sahaja yang benar? Drama yang baik haruslah seimbang dalam penyampaian nilai dan sikap yang dipamerkan di kaca televisyen. Sampai bilakah stereotaip seperti ini ditayangkan?

(3)

tema-tema yang dibawa oleh filem atau drama. Media kita lebih kearah mengikut arah aliran atau trend semata-mata, dan tidak pula berani dalam membincangkan isu-isu sosial secara kreatif dalam filem atau drama mereka.

Kerana itulah, peranan media tradisional serta media baru penting terhadap pembangunan psiko-sosio penonton. Filem, drama dan juga animasi bukanlah sebuah komoditi semata-mata untuk mengaut keuntungan wang, prestij atau propaganda politik semata-mata. Filem, drama dan animasi juga berperanan penting untuk pembangunan psiko-sosio-rohani rakyat Malaysia yang cukup ketandusan nilai-nilai pembangunan tersebut. Menurut Joan Franz Cooney pencipta rancangan pendidikan kanak-kanak yang tersohor di Amerika “Sesame Street”, “Education should be entertaining and entertainment should be educational” , terjemahannya adalah, pendidikan sepatutnnya menghiburkan dan hiburan sepatutnya berpendidikanRancangan itu masih relevan sudahpun 40 tahun lamanya sehingga kini. Saya ingin mengambil contoh animasi Upin dan Ipin kerana ia merupakan rancangan kegemaran saya dan anak saya yang kini berusia tiga tahun.

Upin dan ipin, walaupun ianya sebuah animasi dan bukanlah drama, ia tetap menjadi tontonan umum lebih-lebih lagi oleh kanak-kanak (dan juga ibu bapa mereka). Ada sebuah episode yang amat menarik minat saya sebagai ibu dan juga ahli akademik. Episod tersebut bertajuk “Cari dan Simpan”. Ia berkisarkan tentang isu menabung dikalangan kanak-kanak dan juga isu meminta-minta wang. Apa yang menarik adalah watak Mail dan Kak Ros yang mencadangkan agar upin dan ipin menyimpan wang dan berniaga untuk mencari dan menabung hasil dapatan mereka. Animasi tersebut adalah contoh yang baik untuk menghiburkan penonton dan sekaligus mencadangkan kepada penonton tentang cara-cara menabung dan juga mendidik kita tentang nilai dan sikap kita terhadap wang. Saya yang sudah berumur ini, turut mempelajari sesuatu dengan melihat perilaku watak-watak animasi tersebut dan juga attitude atau sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Anak saya yang berusia tiga tahun kini sudah faham sedikit mengenai konsep tabung, dan juga suka simpan wang dalam poket yang disimbolkan olehnya sebagai “bank”. Jika sebuah animasi kanak-kanak mampu memberi inspirasi dan kesan terhadap penonton, bagaimanapula peranan filem dan drama kita yang ditonton oleh umum?

Akhir kata, alam sastera dan seni kita yang ditayangkan di media adalah sebahagian daripada khazanah kebudayaan dan kecendiakawan yang telah dan akan mencorakkan identiti kita sebagai satu kelompok bangsa dan Negara. Menurut W.S. Rendra penyair Indonesia yang tersohor, fungsi kritik sosial-politik di dalam seni urusannya dengan kesadaran manusia, yang prosesnya lebih rumit. Pada dasarnya, fungsi kritik sosial-politik di dalam seni adalah untuk menjaga standar akal sehat kolektif suatu bangsa. Ini merupakan imbangan penting disaat bangsa di bawah tindasan tirani, mengalami disintegrasi mental, disintegrasi moral, disintegrasi sosial dan disintegrasi budaya. Media kreatif kita seharusnya mencetuskan minda penonton yang terdiri daripada anak-anak kecil, remaja, orang dewasa, ahli politik, ahli akademik dan seluruh masyarakat, lalu membentuk sikap masyarakat yang lebih bertamadun serta celik media.

(4)

Azhar Ibrahim (2014). Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi . Petaling Jaya: Strategic

Information Research Development

Giles, D. (2003). Media Psychology. NewJersey: Lawrence Erlbaum Associates

Gikow, L. (2009). Sesame Street: A Celebration of 40 Years of Life on the Street. USA:

Black

Dog & Leventhal

Rendra (2001). Megatruh Yogyakarta :KEPEL Press

Referensi

Dokumen terkait

KATA PENGANTAR Puji dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan rahmat-Nya sehingga peneliti dapat menyelesaikan skripsi dengan baik dan membuat laporan skripsi yang

Letak incisif foramina dan post palatal Seperti umumnya rodensia, tikus memiliki celah antara gigi seri dan geraham (diastema) dengan susunan gigi sebagai berikut, pada

Pada Tugas Akhir ini dikembangkan antena jenis mikrostrip dengan patch berbentuk persegi yang bentuk patchnya dimodifikasi menjadi bentuk Double Inverted -FL untuk

Dalam perencanaan struktur dengan metode Sistem Rangka Pemikul Momen dan Dinding struktural yang terletak pada daerah yang memiliki intensitas gempa sedang perlu

Penetapan harga dalam praktek jual beli bahan bangunan ini tergantung pada kesepakatan kedua belah pihak, biasanya tukang bangunan akan meminta bonus dari pembelian yang

Kalau kita bicara grand design, karena sesuatu yang sangat-sangat fundamental, menyangkut kehidupan kita sekarang dan ke depan, maka pada kesempatan yang baik ini, sebagai

Penelitian ini bertujuan untuk menguji dan menganalisis pengaruh perceived ease to use dan subjective norm terhadap intention to use dengan perceived usefulness

1. Bahasa adalah alat berpikir dan sarana utama seseorang untuk berkomunikasi, saling menyampaikan ide atau gagasan, menyampaikan konsep dan perasaan,.. termasuk didalamnya