• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERINGKAT DIPLOMA (LEPASAN SPM DAN PRA DIPLOMA) IJAZAH ( LEPASAN STPMASASIMATRIKULASI) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERINGKAT DIPLOMA (LEPASAN SPM DAN PRA DIPLOMA) IJAZAH ( LEPASAN STPMASASIMATRIKULASI) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

Modul

1

PEMBANGUNAN PERSONALITI 1

PERINGKAT DIPLOMA

(LEPASAN SPM DAN PRA DIPLOMA)

IJAZAH

( LEPASAN STPM/ASASI/MATRIKULASI)

PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

KEPIMPINAN

KOMUNIKASI

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL

PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN

MASALAH

KERJA BERPASUKAN

PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN

(2)

MODUL 1 : PEMBANGUNAN PERSONALITI 1

PENGENALAN

Modul ini bertujuan memupuk dan membentuk individu agar memahami

tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa dan mengetahui peranan mereka sebagai

pewaris bangsa. Selain berilmu pengetahuan dan berusaha mencapai keputusan

akademik yang baik, modul ini turut mendedahkan betapa ketrampilan diri, budibahasa,

kebolehan berkomunikasi dengan baik, berfikiran positif dan proaktif memainkan

peranan dalam melahirkan graduan yang memiliki minda kelas pertama dan

berpersonaliti unggul. Dalam masa yang sama mahasiswa perlu bermuhasabah diri dan

bersatu dalam usaha mempertahankan masa depan agama, bangsa dan tanahair dari

dijajah kembali di samping kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi.

MATLAMAT:

 Untuk mencapai matlamat graduan yang memahami peranan dan tanggungjawab

sebagai mahasiswa bumiputera di Universiti Teknologi MARA dalam menentukan

hala tuju dan masa depan bangsa.

OBJEKTIF

 Memahami peranan dan tanggungjawab mahasiswa bumiputera di universiti.

 Memahami fungsi dan tanggungjawab UiTM dalam menentukan dan masa depan

(3)

KAEDAH PELAKSANAAN

 Ceramah

 Latihan Dalam Kumpulan

KANDUNGAN MODUL PEMBANGUNAN PERSONALITI 1

UNIT KAEDAH PELAKSANAAN

KETERANGAN BAHAN/PERALATAN TEMPOH

(4)

4 LDK 3 TAJUK :

 Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Diploma (Lepasan SPM dan Pra Diploma)

 Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Lepasan STPM,

(5)

UNIT 1 : CERAMAH

- Eksperisi Bangsa

(6)

TAJUK CERAMAH : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEWARIS

BANGSA

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF :

 Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa bumiputera di

(7)

NOTA CERAMAH UNIT 1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAHASISWA

Mahasiswa merupakan golongan penting yang akan menentukan pelapis kepimpinan

negara. Malahan mereka jugalah yang akan memimpin semua organisasi-organisasi

besar atau kecil didalam atau pun di luar Negara. Justeru itu mahasisawa mestilah

mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang insan yang berilmu

Antara beberapa pendefinisian penting mengenai mahasiswa adalah:

 Seseorang yang telah mendaftar diri, mendaftar kursus dan membayar yuran

pengajian. ( Peraturan Akademik UiTM, Pindaan 2008)

 Mahasiswa adalah pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi

(Dewan Bahasa dan Pustaka)

 Mahasiswa adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan

tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi. (wikipedia)

“Maha” bermaksud terbaik, terbesar, mengetuai sesesuatu kelompok atau kategori. Ia menunjukan perkataan mahasiswa ini merupakan satu golongan yang hebat dan

penting. Menurut beberapa pandangan peranan merupakan aspek dinamik daripada

sesuatu status atau kedudukan. Apabila seseorang melaksanakan hak-hak dan

kewajipannya sesuai dengan status yang dimiliknya, maka ia telah menjalankan

peranannya. Manakala tanggungjawab pula merujuk kepada kesanggupan menerima

dan melaksanakan sesuatu. Di antara hadis yang menyentuh mengenai tanggungjawab

adalah seperti berikut:

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”. ( Hadis Sahih Bukhari-Muslim)

(8)

Oleh yang demikian mahasiswa yang hebat mestilah mengimbangi di antara peranan

dan tangungjawab yang akan mereka mainkan. Pada umumnya ada beberapa peranan

dan tanggungjawab penting yang perlu dimainkan oleh mahasiswa antaranya adalah:

a. Diri sendiri

b. Ibu bapa dan keluarga c. Masyarakat

d. Institusi: Universiti Teknologi MARA e. Agama, bangsa dan negara

Peranan merupakan sesuatu yang perlu kita mainkan atau lakukan sebagai seorang

mahasiswa. Ia merupakan sumbangan dan pengalaman yang berikan kepada sesebuah

komuniti dalam sebuah masyarakat. Tanggungjawab pula merupakan sesuatu yang

mesti dilakukan oleh seseorang insan, seperti membantu orang yang dalam kesusahan

dan kejahilan.

PERANAN KEPADA DIRI SENDIRI

Mahasiswa yang berjaya sentiasa memastikan diri sendiri dibangunkan dengan

sistematik. Mereka menyedari untuk menjadi mahasiswa yang hebat mereka perlu

meningkatkan kualiti diri sambil menyumbang kepada masyarakat. Di antara aspek

penting yang perlu ditekankan oleh mahasiwa dalam usaha meningkatkan kualiti diri

adalah aspek:

MINDA

Mahasiswa mesti memastikan keputusan akademik yang cemerlang. Mahasiswa perlu

belajar secara konsisten untuk memastikan kecemerlangan akademik. Mahasiswa perlu

banyak membaca untuk meningkatkan pemahaman dan kematangan (terutama tentang

(9)

JASMANI

Mahasiswa perlu bersenam secara konsisten (sekurang-kurangnya 3 jam

seminggu).Menjaga pengambilan makanan dan diet mengurangkan pengambilan makan

di waktu malam dan elakkan makanan tidak berkhasiat. Mahasiswa perlu mengawal

berat badan mengikut berat yang sewajarnya agar dapat mengekalkan personaliti dan

imej yang menarik

ROHANI

Sentiasa melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Sentiasa

meningkatkan ilmu agama dengan sentiasa mengikuti program agama, ceramah,

menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Seterusnya sentiasa memahami bahawa

setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah satu tanggungjawab dan ibadah

EMOSI

Mahasiswa harus mampu memahami dan mengurus emosi dengan berkesan. Contoh:

Marah, sedih, suka, gembira, kecewa, geram, risau, benci, dengki, iri hati, kecewa.

Mahasiswa perlu mendidik emosi yang sentiasa tenang dan waras. Mampu

menguruskan sebarang keadaan dengan mengawal emosi dengan berkesan. Mahasiswa

perlu sentiasa jujur dan mengamalkan nilai-nilai diri terpuji. Mahasiswa perlu sentiasa

ikhlas dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.

SOSIAL

Kemahiran bersosial amat penting kepada mahasiswa. Kenali sebanyak mungkin

pensyarah dan staf (akademik dan sokongan) di UiTM. Mahasiswa perlu membina

jaringan masa hadapan dengan mencari kawan yang dating dari program dan fakulti

(10)

menerima). Mahasiswa perlu memahami budaya membina jaringan (networking)

merupakan budaya yang baik dan dituntut dalam Islam. Dalam amalan harian

mahasiswa digalakan sentiasa merendah diri seperti kata pepatah “Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya”

KELUARGA

Keluarga merupakan ibu, bapa, abang, kakak, adik serta saudara mara. Mereka

merupakan orang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Ibu dan bapa banyak

berjasa kepada kita sehingga kita berjaya berada di menara gading. Oleh yang demikian

kita mestilah membalas jasa mereka dengan beberapa kaedah:

Menjaga nama baik keluarga. Mahasiswa perlu menjaga nama baik sendiri dan juga

keluarga dengan menjaga akhlak dan tingkahlaku. Cara berpakaian yang bersesuai

dengan dengan peraturan universiti, budaya masyarakat perlulah dihormati selagi tidak

bertentangan dengan ajaran agama. Menjaga batas pergaulan merupakan aspek penting

dalam menjaga nama baik dan maruah diri. Percintaan mahasiswa mestilah berteraskan

kepada kehendak agama.

Bertanggungjawab terhadap adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Apabila bergelar

mahasiswa anda telah meletakkan diri anda di satu tahap yang lebih dewasa dan

matang. Mahasiswa perlu menjadi penyelesai kepada masalah keluarga bukannya

menjadi masalah kepada keluarga. Mahasiswa seharusnya memastikan adik-beradik

yang lain juga menjejakkan kaki ke universiti untuk mewarisi keupayaan abang atau

kakaknya. Usaha ini perlulah dilaksanakan dengan bijaksana walaupun terpaksa

menghadapi pelbagai masalah keluarga, kemiskinan atau perbezaan pemikiran. Ini

(11)

MASYARAKAT

Masyarakat merupakan elemen penting dalam sesebuah tamadun. Masyarakat

memberikan implikasi kepada mahasiswa dan mahasiswa juga mampu mencorakkan

sesebuah masyarakat. Kerana kehidupan merupakan satu kitaran roda yang tidak

pernah berhenti. Oleh yang demikian mahasiswa yang berilmu dan berkualiti mestilah

memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran dan halatuju masyarakat.

Mahasiswa mampu menyumbang kepada masyarakat dengan pelbagai kaedah

diantaranya seperti Operasi Khidmat Masyarakat(OPKIM), Kursus untuk masyarakat

luarbandar, membersihkan kampung, mengajar bahasa Inggeris dan Matematik, dan

program derma darah. Penglibatan mahasiswa bersama masyarakat bukan sahaja akan

meningkatkan kualiti masyarakat malahan meningkatkan kuliti mahasiswa itu sendiri.

Ini kerana berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan mendapati pelajar-pelajar

yang sentiasa bersama masyarakat adalah lebih matang, berkeyakinan diri, mempunyai

tahap komunikasi yang baik dan mempunyai daya kepimpinan yang hebat.

INSTITUSI

Menghormati dan menyayangi institusi ilmu merupakan satu tuntutan selagi ianya tidak

bertentangan dengan kehendak Allah. Konsep menyintai universiti ini mestilah

berteraskan kepada ilmu. Memahami dan menghayati dengan jelas sejarah penubuhan

UiTM, Visi, Misi dan peranannya merupakan satu aspek penting selaku pekerja atau

penuntut di mana-mana organisasi atau universiti. Oleh kerana UiTM ditubuhkan di

bawah salah satu keistemewaan kepada orang Melayu/ Bumiputera di bawah

perlembagaan Negara maka memahami dan menghayati Artikel 153 Perlembagaan

Malaysia ( Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera) merupakan satu keperluan.

Mahasiswa perlu menjaga imej universiti kerana apabila kita bergelar mahasiswa atau

(12)

perlu ditonjolkan dengan perbuatan, tingkahlaku, simbol dan penghayatan yang terbaik

mampu mempertahankan nama baik universiti apabila dipertikai atau

dipermainkan.Oleh yang demikian mahasiswa adalah diseru agar belajar

bersungguh-sungguh dan meningkatkan potensi dan keterampilan diri dengan menyertai pelbagai

program yang dianjurkan di peringkat universiti agar dapat meningkatkan imej

universiti.

BANGSA DAN NEGARA

Mengenali dan menghormati bangsa sendiri merupakan perkara penting kepada

seseorang insan supaya mereka mengenali asal usul, darah daging sendiri. Dalam kontek

bangsa di Malaysia, ia merujuk kepada pemahaman terhadap sosio budaya semua

bangsa di Malaysia supaya dapat hidup dengan penuh harmoni di bawah satu bumbung.

Menyedari dan memahami bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat

majmuk. Setiap bangsa yang ada di negara ini membentuk sebuah negara yang bernama

Malaysia. Dari segi politik, semua penduduk Malaysia harus memahami Perlembagaan

Negara. kerana ianya penting kepada semua bangsa yang ingin hidup bahagia, aman dan

damai di negara bertuah ini. Untuk menjadi mahasiswa yang berketerampilan

mahasiswa perlu menghayati dan memahami perkara-perkara dibawah:

• Mengamalkan dan menghayati Rukunegara

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Kedaulatan Undang-Undang

Keluhuran Perlembagaan’

Kesopanan Dan Kesusilaan

(13)

KESIMPULAN

Mahasiswa mempunyai peranan yang cukup besar kepada diri sendiri, keluarga,

masyarakat, institusi, bangsa, agama dan Negara. Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan

negara. Jika mahasiswa yang dilahirkan oleh UiTM adalah mahasiswa yang berkualiti

maka akan terjaminlah masa depan bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini. Ini

kerana UiTM adalah “ benteng terakhir pendidikan orang Melayu dan bumiputera”.

Institusi ini perlu terus wujud dan didokongi oleh mahasiswa yang berkualiti dan

(14)

RUJUKAN

Peraturan Akademik Program Diploma dan Ijazah: Pindaan 2009.(2009). Shah Alam:

Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Azlena Zainal & Munir Shuib (2004). Meningkat Potensi Minda. Selangor: PTS

Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Model Graduan : Universiti Teknologi MARA. Pusat Pembangunan dan Kepimpinan

Pelajar : Universiti Teknologi MARA.

Covey, Stephan. R.(1996). 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan: Pelajaran Hebat dalam

Perubahan Peribadi (Leo Ann Mean,trans.). Selangor: Prentice Hall Malaysia.

Mohd Fadzilah Hj Kamsah. (2004) 55 Petua Orang Berjaya. (Siri Pembangunan Diri).

Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

(15)

UNIT 2 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1)

NAMA LDK : PEWARIS BANGSA CEMERLANG

BILANGAN AKTIVITI : 04

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

(16)

LDK 1

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : KENALI DIRI (ICE BREAKING)

EDARAN/PERALATAN : TIADA

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN

Berkenalan antara peserta.

ARAHAN:

1. Peserta diarahkan duduk dalam bulatan.

2. Peserta pertama akan menyebut nama sebenar dan nama panggilan sendiri.

3. Peserta kedua akan memperkenalkan peserta pertama dan menyebut nama

sendiri.

4. Peserta ketiga akan menyebut nama peserta pertama, kedua dan nama sendiri.

5. Aktiviti diulang sehingga semua peserta telah menyebut nama semua ahli

(17)

6. Kemudian peserta diminta menceritakan kisah hidupnya suka dan duka.

(Fasilitator akan meminta 2 atau 3 orang peserta yang bersetuju untuk

menceritakan kisah hidupnya).

7. Fasilitator akan melihat dan memastikan sama ada peserta bangga atau malu

dengan kehidupannnya.

8. Setelah selesai, fasilitator akan memberikan kata-kata yang lebih

menggalakkan peserta berfikir tentang persepsinya terhadap kehidupannya.

9. Fasilitator membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

RUMUSAN

Penting untuk mengenali antara satu sama lain di dalam sesebuah komuniti

(18)

LDK 1

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : PERANAN DIRI

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Mengetahui perbezaan antara sekolah dan universiti

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan diberi kertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.

3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki berbincang dan menulis perbezaan sistem

pembelajaran dan pengajaran antara sekolah dan universiti.

4. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.

(19)

RUMUSAN:

Mahasiswa harus mengetahui perbezaan sistem pembelajaran dan

(20)

LDK 1

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : SIKAP DIRI

EDARAN/PERALATAN : MANIK@GULI, SURATKHABAR@KERTAS

MAHJONG DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Membentuk sikap positif.

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan diberikan manik @ guli, suratkhabar @ kertas mahjong dan

pita pelekat.

3. Setiap kumpulan dikehendaki membina terowong yang paling panjang dan

membolehkan manik @ guli melalui terowong tersebut.

4. Kumpulan pemenang dinilai berdasarkan ketahanan terowong dan

(21)

RUMUSAN

Sikap daya tahan mahasiswa sangat penting dalam perjuangan di universiti

(22)

LDK 1

Membentuk kerjasama kumpulan

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ’kerusi manusia’.

3. Kumpulan yang berjaya diminta berkongsi pengalaman akan kejayaan mereka

dalam melaksanakan tugas tersebut.

4. Kumpulan yang tidak berjaya juga diminta berkongsi punca kegagalan mereka

dalam melaksanakan tugas tersebut.

RUMUSAN:

(23)

LDK 1

Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui

dalam LDK 1.

RUMUSAN

Mahasiswa yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

o Mempunyai jaringan sosial yang baik di universiti.

o Mengetahui sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti. o Mempunyai sikap positif dan daya tahan.

(24)

UNIT 3 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2)

NAMA LDK : HAK PEWARIS BANGSA

BILANGAN AKTIVITI : 04

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

(25)

LDK 2

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : HAK KAMI

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Memahami hak-hak bumiputera

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan diberi kertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.

3. Setiap ahli kumpulan dibahagikan topik yang berbeza untuk dibincangkan.

4. Topik:

i. Agama Islam,

ii. Bahasa Melayu,

iii. Kedaulatan Raja-Raja dan

(26)

5. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.

6. Fasilitator membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

RUMUSAN:

Mahasiswa UiTM harus memahami dan mempertahankan hak-hak yang

(27)

LDK 2

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : BINA BANGSA

EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN

PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Membentuk semangat berkerjasama dalam membina matlamat

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan (1 & 2).

2. Salah satu kumpulan (1) diminta membina hamparan menggunakan

suratkhabar @ kertas mahjong di lantai.

3. Kumpulan (1) yang sama juga harus mengenal pasti ’barang bernilai’

kepunyaan kumpulan mereka untuk diletakkan di tengah-tengah hamparan.

4. Kumpulan (1) tersebut mesti menjaga dan mempertahankan ’barang bernilai’

(28)

5. Kumpulan (2) dikehendaki untuk cuba mencuri/merampas ’barang bernilai’

kumpulan (1).

RUMUSAN

Penting untuk mahasiswa menjaga dan memelihara nama baik universiti

(29)

LDK 2

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : PERTAHAN BANGSA

EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN

PITA PELEKAT

1. Semua peserta dikehendaki membina hamparan (Fasilitator boleh

menggunakan hamparan yang telah dibina dalam Aktiviti 2 sebelum ini)

2. Semua peserta dikehendaki memusnahkan (koyak) hamparan yang telah

dibina.

3. Peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah dilalui (aktiviti

memusnahkan hamparan).

4. Semua peserta kemudiannya membina kembali hamparan dengan

(30)

5. Sekali lagi peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah

dilalui (aktiviti membina kembali hamparan yang musnah).

RUMUSAN

Pencapaian UiTM hari ini dapat dinikmati melalui tempoh masa yang

panjang (56 tahun) namun tidak mustahil UiTM akan lenyap dalam masa

(31)

LDK 2

AKTIVITI : 04

NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 2

EDARAN/PERALATAN : TIADA

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 10 MINIT

TUJUAN:

Refleksi kumpulan

ARAHAN:

Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui

dalam LDK 2.

RUMUSAN

Mahasiswa UiTM harus memahami, mempertahankan dan meneruskan

(32)

UNIT 4 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 3 (LDK 3)

NAMA LDK : SURVIVAL PEWARIS BANGSA

BILANGAN AKTIVITI : 04

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

(33)

LDK 3

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : MAJU KE HADAPAN

EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR @ KERTAS MAHJONG DAN

PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 20 MINIT

TUJUAN:

Strategi amat penting jika mahu berjaya.

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil (setiap kumpulan mestilah

genap bilangannya).

2. Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan cabaran ’lintasan manusia’.

3. Setiap kumpulan diberikan syarat-syarat cabaran iaitu:

o Setiap kumpulan kecil akan dibahagikan kepada dua bahagian kumpulan

kiri dan kanan.

o Setiap kumpulan kiri dan kanan harus dibezakan identiti (Fasilitator

boleh menggunakan kertas suratkhabar@kertas mahjong

(34)

o Pertukaran tempat hanya boleh dilakukan dengan syarat mengikut

turutan yang berbeza.

4. Setiap kumpulan diminta berkongsi pengalaman yang berkaitan aktiviti ini.

RUMUSAN

(35)

LDK 3

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : STRATEGI KE PUNCAK

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Perlu bersaing untuk berjaya

ARAHAN:

1. Fasilitator menampal kertas mahjong ‘Strategi Ke Puncak’.

2. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil dan setiap kumpulan

diberikan satu simbol yang berbeza.

3. Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan RM24 kepada fasilitator sebagai

yuran penyertaan.

4. Setiap kumpulan mesti melantik seorang ketua, seorang pencatat dan seorang

bendahari.

(36)

6. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah wang yang dimiliki di akhir

permainan ini.

RUMUSAN

(37)

LDK 3

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : ARCA 3M

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN, PITA

PELEKAT DAN BAHAN YANG SESUAI

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Menghargai hubungan antara ilmu, alam dan sesama manusia.

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan hanya dibekalkan Marker Pen, Kertas Mahjung dan pita

pelekat.

3. Setiap kumpulan dikehendaki membina arca dengan menggunakan

bahan-bahan yang sesuai dan berkonsepkan Mesra Ilmu, Mesra Alam dan Mesra

Insan.

4. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil projek kumpulan dan

(38)

5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan untuk bertanyakan soalan atau memberi

pandangan terhadap arca yang dibentangkan.

RUMUSAN

Perlu menghargai dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan

(39)

LDK 3

AKTIVITI : 04

NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 3

EDARAN/PERALATAN : TIADA

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 10 MINIT

TUJUAN:

Refleksi kumpulan

ARAHAN:

Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui

dalam LDK 3.

RUMUSAN

Survival bumiputera terletak kepada generasi muda untuk meneruskan

(40)

LDK 3

AKTIVITI : 05

NAMA AKTIVITI : EKSPRESI BANGSA (RUMUSAN MODUL 1)

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

2. Setiap peserta dibekalkan marker pen.

3. Setiap peserta diminta meluahkan pendapat mereka tentang pengisian

program keseluruhan dalam bentuk visual (lukisan).

4. Fasilitator memilih visual (lukisan) yang terpilih dan meminta pelajar yang

terpilih berkongsi tentang mesej yang ingin disampaikan melalui visual

(41)

RUMUSAN

Mahasiswa UiTM merupakan aset negara dan berperanan memelihara,

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan di Badan Penanaman Modal dan Pelayanan Perizinan Terpadu Kabupaten Jepara, diketahui bahwa rata- rata kinerja

Secara spesifik tujuan dari penelitian ini antara lain: melakukan pembuktian ilmiah non- eksperimental dengan melakukan analisis kualitatif berdasarkan

Besarnya radio interference (RI) seperti halnya audible noise (AN) yaitu yang dipengaruhi oleh gradient tegangan permukaan konduktor, jumlah berkas, diameter

امويدننيم يداننجنم غنني وننيلم ساننهب .هننبورب توروننت انناضوج ني ساهب حلطصا نغد نكاياكد املسإ امااضا نرجاغف ناد نيافمثف نغد .ثيااضابس ناد ،لوسر ،باتك ،ةكائلم

Dari hasil Methylene Blue Test dapat diketahui jenis mineral yang berada pada Formasi Gumai Shale adalah mineral clay illite, yaitu salah satu mineral yang reaktif terhadap air,

Hasil penelitian ini menunjukan bahwa penanaman nilai karakter disiplin dan tanggung jawab melalui kegiatan ekstrakurikuler teater di SMA Negeri 1 Andong adalah

Dari hasil uji reliabilitas, variabel gaya kepemimpinan, motivasi kerja dan kinerja karyawan memiliki nilai Cronbach Alpha > 0.6, sehingga dapat disimpulkan

Para santriwati memang sadar handphone dilarang dibawa masuk ke pondok, karena di pondok juga disediakan alat komunikasi berupa telepon untuk para santriwati