• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ancaman dalaman dan ancaman luaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ancaman dalaman dan ancaman luaran"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Ancaman dalaman dan ancaman luaran

Keselamatan negara boleh tergugat melalui berbagai ancaman, baik yang berbentuk dalaman mahupun yang berbentuk luaran.

Ancaman dalaman

Ancaman dalam negara, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.

Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar juga pasti mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi perkembangan pembangunan ekonomi dan sosio politik Malaysia melalui badan-badan bukan kerajaan mereka yang aktif. Ancaman ekonomi juga perlu diberi perhatian contohnya serangan terhadap ringgit, beberapa tahun yang lalu. Selain daripada itu isu sempadan juga boleh menjadi ancaman besar kepada negara.

Konsep baru dunia tanpa sempadan dan fenomena kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan ancaman di alaf baru. Contohnya, internet yang disalahguna untuk mengedarkan pelbagai bahan anti kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan promosi aktiviti yang boleh menggoyahkan kestabilan keselamatan negara. Di pentas antarabangsa, sistem dagangan bebas dan kapitalis global jika tidak dikendalikan dengan baik boleh mengganggu ekonomi dan mencabar kedaulatan negara-negara kecil seperti Malaysia.

Begitu juga dengan ancaman oleh golongan pelampau seperti Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) di negara ini pada tahap serius kerana kumpulan itu bukan berjuang untuk menegakkan Islam, sebaliknya berusaha meruntuhkan negara Islam. Kegiatan kumpulan itu tidak boleh dibiarkan dan kerajaan perlu membendungnya sebelum mereka berjaya menarik sokongan dan mempengaruhi orang lain kerana di negara ini kalau disebut berjuang untuk Islam, ramai tidak mempersoalkannya. Sekiranya ada kerajaan negara Islam yang cuba membangunkan negara Islam, mereka akan menuduh negara itu sekular kerana bagi mereka, negara Islam adalah seperti di Afghanistan dan cara Taliban yang suka berperang, membunuh dan menganiayai wanita.

(2)

Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam khususnya yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Hal ini merupakan ancaman dalaman yang harus ditangani bagi menempuh cabaran generasi akan datang. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral yang lebih besar.

Selain itu, ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi “Musuh Negara Nombor Satu” dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat. Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti.

Ancaman luaran

Ancaman luaran menjelang abad ke-21, apabila negara Malaysia dan umat Islam khususnya berhadapan dengan tiga gelombang besar iaitu globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baharu (“New World Order”) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia.

Selain itu, banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan negara kita. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive(serbaboleh). Pada waktu itu juga identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi.

(3)

generasi baru, atau 'Generasi X' sudah mula mengadaptasi nilai-nilai barat sebagai role modeldan menjadikan kebebasan hak kemanusiaan sebagai keutamaan tanpa mengambil kira budaya sesebuah negara. Sehingga sekarang, sebahagian daripada gaya kehidupan barat sudah menyerap masuk ke dalam masyarakat Malaysia.

Dalam kes terbaharu, reaksi oleh puak pelampau Indonesia yang gegak-gempita mahu 'menghidupkan' semula Ganyang Malaysia yang telah lama ditinggalkan semasa pemerintahan Sukarno dahulu. Dengan memanggil Malaysia pencuri atau "maling" maka puak pelampau di sana telah memanggil tanah air berdaulat kita sebagai "Malingsia". Entah di mana silapnya hubungan sejarah dan kebudayaan Malaysia dan Indonesia tidak mampu meredakan amarah mereka. Walaupun banyak persamaan ciri budaya tetapi masih tidak atau enggan difahami oleh 240 juta rakyat Indonesia. Mereka sewenang-wenangnya melabel kemerdekaan kita tiada harga lantaran tidak dicapai secara kekerasan menggunakan buluh runcing seperti mereka. Reaksi melampau mereka jelas sengaja menutup isu korupsi dalam kalangan pemerintah mereka sehingga memaksa jutaan rakyat republik itu mencari rezeki secara halal mahupun tidak serta menuntut ilmu di sini.

Dalam kes ancaman luaran yang lain, datangnya pengaruh budaya “gay” yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan.

Referensi

Dokumen terkait

AKHIR KATA SAYA MENGHARAPKAN AGAR PROGRAM YANG KITA ANJURKAN INI WALAUPUN SEDIKIT TETAPI MEMBERI ISYARAT JELAS KEPADA DUNIA BAHAWA APA SAHAJA TINDAKAN PERLU

Jelas di sini bahwa sumber pokok kekeliruan adalah pertama, pada tidak diakuinya sifat ekonomi kita yang masih dualistik yang menolak adanya (sektor) ekonomi rakyat yang

Pertamanya, kajian ini diharapkan akan dapat memberikan sumbangan secara teori dengan pengujian model SCP, RE, dan ancaman moral sebagai proksi daripada keadaan asas yang

Ketiga, kewajiban membayar zakat ini semakin jelas ketika Islam memberikan peringatan dan ancaman yang keras kepada orang yang tidak mau membayarnya, bahwa mereka akan diazab

Terdapat tiga struktur-struktur utama yang tersemat di dalam perlembagaan kita iaitu; kedaulatan undang-undang yang menegaskan bahawa hak-hak asasi rakyat tidak boleh

Perencanaan bisnis merupakan langkah awal dalam menjalankan bisnis, biasanya terdiri dari apa yang kita lakukan, kapan, dan bagaimana cara lebih jelas mengenai tipe bisnis yang

Jelas bahwa undang-undang tersebut berupaya secara optimal untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan kepentingan strategis bangsa dari ancaman modal asing. Pada masa ini

21 yang diangkat sebagai judul kumpulan puisi Anjanglie jelas menyatakan bahawa kita manusia sebagai hamba-Nya adalah tidak kekal seperti yang diungkapkan penyajak: Di sini hanya