• Tidak ada hasil yang ditemukan

Definisi dan Konsep Perlembagaan docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Definisi dan Konsep Perlembagaan docx"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Definisi dan Konsep Perlembagaan

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.

Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.

Isu

(London) - Pembaharuan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak meningkatkan taraf perlindungan undang-undang untuk kebebasan asas rakyat di Malaysia, Human Rights Watch berkata hari ini dalam World Report 2013 (Laporan Dunia

2013). Sekatan akhbar, penggunaan kekerasan yang berlebihan

(2)

mendedahkan tahap kegagalan kerajaan untuk mencapai standard hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dalam laporannya sepanjang 665 mukasurat, Human Rights Watch mengkaji kemajuan hak asasi manusia sepanjang tahun lalu di lebih daripada 90 negara, termasuk analisis mengenai akibat seterusnya selepas Revolusi Arab (Arab Spring).

Di Malaysia, Human Rights Watch berkata, penghormatan kerajaan ke atas hak-hak dan kebebasan asasi berkemungkinan diuji

menjelang pilihan raya parlimen kebangsaan, yang mesti diadakan tidak lewat dari Jun 2013.

"Agenda hak asasi yang dijanjikan oleh Kerajaan Malaysia jauh berbeza daripada apa yang telah dipraktikkan pada tahun 2012," kata Phil Robertson, timbalan pengarah Human Rights Watch di Asia. "Memandangkan pilihanraya semakin hampir, kerajaan perlu menunjukkan kesanggupan untuk memelihara hak semua rakyat, tampa mengira pandangan politik mereka."

Pada April 28, 2012, puluhan ribu penunjuk perasaan secara aman telah dihujani oleh meriam air, gas pemedih mata, dipukul dan ditangkap semasa perarakan dan protes ‘duduk dan bantah’ yang diketuai oleh Bersih, suatu gabungan pertubuhan-pertubuhan hak-hak sivil. Ini berlaku apabila mereka menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Satu jawatankuasa kerajaan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut gagal menjelaskan tindakan pihak berkuasa pada hari itu. Rundingan antara polis dan

(3)

Human Rights Watch berkata pindaan kepada undang-undang lama yang menindas mempunyai kurang kesan di segi penggunaannya daripada yang diharapkan. Penggantian seksyen 27 Akta Polis dengan Akta Perhimpunan Aman tidak membatalkan kuasa mutlak polis untuk mengeluarkan permit untuk sebarang perhimpunan awam. Sebaliknya, undang-undang baharu tersebut menguasakan polis untuk mengharamkan secara efektif perarakan-perarakan dengan melarang "perhimpunan bergerak" melalui pengiystiharan banyak kawasan sebagai kawasan larangan, dan dengan memberi kuasa kepada polis untuk menentukan masa, tarikh, dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi. Penganjur ‘Perhimpunan Kebangkitan Rakyat’ bersetuju dengan 27 syarat yang telah ditetapkan —

termasuk penggunaan slogan-slogan yang sesuai sebelum

perhimpunan mereka mendapat kelulusan. Kerajaan kini sedang menyiasat pematuhan mereka kepada tiga daripada syarat

tersebut.

Dalam satu lagi pembaharuan undang-undang yang tidak menepati piawaian antarabangsa, kerajaan Malaysia telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan menggantikannya

dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). SOSMA mengurangkan tempoh penahanan arbitrari daripada tempoh yang tidak terhad di bawah ISA kepada 28 hari, tetapi ditambah pula dengan pelanggaran hak yang baharu. Akta tersebut mengandungi definisi kesalahan keselamatannya yang terlalu luas. Polis (dan bukan mahkamah) diberi kuasa untuk

memintas sebarang komunikasi. Akta tersebut juga membolehkan pihak pendakwa menggunakan bukti tampa mendedahkan sumber bukti dan identiti saksi. Selain itu, sekiranya seorang suspek

dibebaskan di bawah SOSMA dan kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut, suspek tersebut boleh ditahan

(4)

sehingga rayuan itu diselesaikan, satu proses yang boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Human Rights Watch berkata gangguan kerajaan ke atas pejuang hak asasi manusia diteruskan pada tahun 2012. Akibat dakwaan palsu oleh Jaringan Melayu Malaysia, sebuah organisasi yang

mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin Malaysia, kerajaan meneruskan penyiasatan yang bermotifkan politik ke atas Suaram, sebuah organisasi hak asasi manusia yang terkemuka di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun1989.

Sekurang-kurangnya enam agensi kerajaan sedang menyiasat untuk mengesahkan bahawa pendaftaran dan operasi Suaram adalah haram. Para penyiasat telah mengganggu kakitangan dan

penyokong Suaram, dan mengugut untuk memenjarakan mereka manakala ahli-ahli politik kerajaan serta media yang dikawal oleh kerajaan mengecam organisasi secara terbuka. Pada 3 September, seminggu sebelum siasatan bermula, seorang menteri kerajaan menuduh Suaram mempunyai akaun yang "sangat mencurigakan" dan berkata bahawa "99.4 peratus" daripada aktivitinya adalah bertujuan "mengumpul wang."

Kumpulan-kumpulan yang menyokong hak golongan lesbian, homoseksual, biseksual dan transgender (LGBT) mengalami pengalaman yang lebih teruk lagi, Human Rights Watch berkata. Dalam dua ucapan yang disampaikan pada tahun 2012, Perdana Menteri Najib mengiakan diskriminasi terhadap golongan ini dengan mengkhususkan komuniti LGBT sebagai "budaya sesat" yang mengancam dan "tidak ada tempat di negara ini." Bukan sahaja Festival Seksualiti Merdeka dibatalkan pada tahun 2012 di tengah ugutan berterusan ke atas komuniti LGBT, bahkan

(5)

festival tersebut, keputusan itu telah meletakkan masa depan festival dalam keadaan yang tidak tentu.

"Pihak berkuasa Malaysia harus menghormati hak asasi

tidak-berdiskriminasi dan kesaksamaan, dan menghentikan pemburukan orang berdasarkan orientasi seksual mereka atau identiti jantina," kata Boris Dittrich, pengarahadvokasi program LGBT di Human Rights Watch.

Pembaharuan yang diperkenalkan dari segi kebebasan akhbar juga kurang daripada yang dijangkakan, Human Rights Watch berkata. Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar telah dipinda, menamatkan keperluan lesen tahunan mandatori bagi lesen penerbitan dan

menamatkan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk meluluskan atau membatalkan lesen penerbitan tanpa semakan mahkamah. Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut yang dipinda masih menetapkan bahawa penerbitan baharu perlu mendapatkan

kelulusan awal, dan lesen masih boleh dibatalkan secara arbitrari.

Kerajaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2011 bahawa "lesen penerbitan adalah suatu hak dan bukannya keistimewaan,” yang

mengakibatkan perlunya semakan terhadap keengganan kerajaan yang "tidak wajar dan tidak rasional" untuk mengeluarkan lesen kepada akhbar harian talian (internet) terbesar di

Malaysia, Malaysiakini, untuk menerbitkan edisi cetak harian.

Suatu pindaan kepada Akta Keterangan memperuntukkan bahawa pemilik komputer dan pengendali rangkaian komputer adalah

penerbit dan dengan itu bertanggungjawab untuk kandungan yang dipaparkan pada skrin mereka melainkan mereka dapat

(6)

tersebut. Ini menimbulkan kebimbangan tentang anggapan tidak bersalah serta kebebasan bersuara.

Pihak polis Malaysia didapati secara rutin melanggar hak-hak

orang dalam tahanan, Human Rights Watch berkata. Anggota polis telah menunjukkan kekerasan berlebihan dan keterlaluan semasa demonstrasi, semasa penangkapan, dan di dalam lokap polis.

Kematian dalam tahanan, biasanya dikaitkan dengan penyakit dan gagal disiasat. Suspek juga dipukul untuk memaksa pengakuan, dan suspek jenayah mati dalam keadaan yang mencurigakan

semasa ditahan oleh polis. Tuduhan penganiayaan oleh polis gagal disiasat.

Undang-undang imigresen Malaysia masih tidak mengiktiraf pelarian dan pemohon suaka, dan menghalang mereka daripada bekerja malah mendapatkan pendidikan untuk anak-anak mereka. Pendatang tanpa izin boleh ditangkap dan ditahan dalam pusat tahanan imigresen yang kotor dan penuh sesak, dan dirotan kerana melanggar undang-undang imigresen. Usaha-usaha

anti-pemerdagangan manusia menggabungkan jenayah anti-pemerdagangan manusia dengan penyeludupan manusia, dan menghukum,

bukannya melindungi mangsa pemerdagangan dengan menahan mereka dalam pusat penjagaan yang amat diragui standardnya. Pusat tersebut dikunci dan lebih menyerupai pusat tahanan daripada kemudahan penjagaan. Tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi pekerja domestik asing daripada dipukul dan daripada penderaan seksual oleh majikan mereka masih terlalu sedikit.

(7)

"Kerajaan harus menghormati sepenuhnya hak-hak pekerja asing dan berhenti menganiaya mereka yang telah diperdagangkan ke Malaysia sebagai mangsa lagi."

Doktrin

Pengasingan Kuasa

Saturday, 13 Februar y 2010 01:07 pm

Teks ucapan oleh Encik Amer Hamzah Arshad semasa Pelancaran Kempen Perlembagaanku di Ipoh, Perak ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Di dalam perlembagaan negara kita terdapatnya struktur-struktur asas yang merupakan kerangka yang perlu wujud bagi memastikan kesinambungan proses demokrasi dan kebebasan rakyat. Terdapat tiga struktur-struktur utama yang tersemat di dalam perlembagaan kita iaitu; kedaulatan undang-undang yang menegaskan bahawa hak-hak asasi rakyat tidak boleh dicabuli oleh kerajaan sewenang-wenangnya; pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri; dan doktrin pengasingan kuasa, yang menegaskan bahawa tidak ada suatu institusi atau badan yang boleh memegang kuasa mutlak ‘sovereign’ di mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan kepada tiga cabang atau organ kerajaan iaitu; eksekutif (pentadbir), legislatif atau penggubal undang-undang (Parlimen) dan kehakiman.

Konsep-konsep atau struktur-struktur yang dinyatakan di atas telah pun diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Loh Kooi Choon v Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 188 di mana ianya ditegaskan seperti

berikut:-The Constitution is not a mere collection of pious platitudes. It is the supreme law of the land embodying three basic concepts: One of them is that the individual has certain fundamental rights upon which not even the power of the State may encroach. The second is the distribution of sovereign power between the States and the Federation, that the 13 States shall exercise sovereign power in local matters and the nation in matters affecting the country at large. The third is that no single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it shall be distributed among the Executive, Legislative and Judicial branches of government, compendiously expressed in modern terms that we are a government of laws, not of men.

Jadi apakah maksud sebenar doktrin pengasingan kuasa ini? Saya percaya kita semua pernah mendengar ungkapan, “absolute power, corrupts absolutely”. Dalam ertikata lain apabila sesuatu kuasa seperti kuasa mentadbir, menggubal undang-undang, dan menghakimi pertikaian diletakkan ke atas seseorang atau sesuatu organ sahaja, maka ianya akan menggalakkan pemerintahan yang tidak tertakluk pemantauan dan pengimbalan (‘check and balance’). Ini akan membuka ruang kepada sesuatu kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa dan menjadi asas kepada pemerintahan autokratik atau kuku besi.

(8)

penyalahgunaan kuasa. Atas sebab inilah setiap organ kerajaan hendaklah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Suatu organ tidak boleh mengawal atau mengatasi organ yang lain kerana ini akan menyebabkan

kepincangan dalam sistem demokrasi.

Sekiranya Parlimen iaitu organ kerajaan yang berfungsi untuk menggubal undang-undang boleh menghadkan kuasa kehakiman, dan memberi kuasa yang berlebihan kepada eksekutif maka, kita akan memperolehi suatu kerajaan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan eksekutif tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana parlimen telah mengurangkan kuasa kehakiman. Ini adalah suatu fenomena yang mengerunkan kerana dari kerajaan yang demokrasi ianya telah berubah kepada kerajaan autokrasi. Tetapi inilah hakikat yang sedang dihadapi oleh negara kita.

Krisis kehakiman pada 1988 adalah merupakan saksi kepada pencabulan doktrin pengasingan kuasa yang kini telah melemahkan sistem kehakiman Negara kita. Sebelum krisis perlembagaan pada 1988 kuasa kehakiman jelas terletakhak pada badan kehakiman. Ini adalah dilihat pada Artikel 121(1) Perlembagaan yang menyatakan:

Subject to Clause (2) the judicial power of the Federation shall be vested in two High Courts of co-ordinate

jurisdiction and status,

namely-(a) ... the High Court in Malaya ... and

(b) ... the High Court of Borneo ...

(c) ...(Repealed),

And such inferior courts as may be provided by federal law’

...

Kata kunci yang tertera di dalam Artikel 121(1) (sebelum pindaan) adalah, “judicial power of the federation shall be vested in ... High Courts ..”, yang memberi maksud bahawa kuasa kehakiman dalam perlembagaan diletakkan kepada badan kehakiman dan tidak tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen. Kuasa yang diletakkan kepada institusi kehakiman adalah luas bagi membolehkan insitusi kehakiman menjalankan proses ‘check and balance’ terhadap undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan tindakan pentadbiran Eksekutif

secara efektif.

Selepas pindaan kepada Artikel 121(1) pada 1988, Artikel 121(1) telah dipinda di mana kuasa kehakiman kini ditentukan oleh

Parlimen:-(1) There shall be two High Courts of coordinate jurisdiction and status, namely -(a) one in the States of Malaya, which shall be known as the High Court in Malaya and shall have its principal registry at such place in the States of Malaya as the Yang di-Pertuan Agong may determine; and (b) one in the States of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Sabah and Sarawak and shall have its principal registry at such place in the States of Sabah and Sarawak as the Yang di- Pertuan Agong

may determine;

(c) (Repealed),

and such inferior courts as may be provided by federal law and the High Courts and inferior courts shall have such jurisdiction and powers as may be conferred by or under federal law.

Sepatutnya, sebagai sebuah negara yang mempunyai perlembagaan bertulis seperti Malaysia, kita seharusnya kita mengamalkan sistem ‘constitutional supremacy’ di mana perlembagaan adalah kuasa utama dalam sistem demokrasi negara. Tetapi apa yang berlaku pada 1988 telah menjadikan Parlimen sebagai kuasa utama

(‘Parliament supremacy’).

Kesan daripada pindaan terhadap Artikel 121(1) telah menyebabkan bidangkuasa dan kuasa kehakiman tertakluk kepada dan boleh dihadkan oleh undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen. Dalam ertikata lain, kuasa kehakiman selepas pindaan boleh dihadkan oleh Parlimen. Ini meletakkan Parlimen di suatu kedudukan yang

lebih tinggi daripada institusi kehakiman.

(9)

di dalam menyemak keputusan eksekutif yang mengeluarkan perintah tahanan tanpa bicara. Sebelum pindaan 1988 institusi kehakiman mempunyai bidangkuasa untuk menyemak perintah tahanan yang dikeluarkan oleh eksekutif dari segi substantif dan prosedur. Tetapi selepas pindaan dibuat pada 1988 dan 1989, bidangkuasa institusi kehakiman telah dihadkan di mana Mahkamah hanya boleh menyemak perintah tahanan dari segi prosedur sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa bidangkuasa kehakiman telah terhakis. Apa yang dinyatakan di sini hanyalah picisan daripada hakisan yang telah berlaku terhadap doktrin pengasingan kuasa.

Perbincangan setakat ini hanya menjurus kepada penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui penaklukan institusi kehakiman oleh eksekutif melalui proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen. Apa yang kita tidak harus terlepas pandang juga ialah penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui cara tersirat iaitu di mana wujudnya anasir-anasir yang cuba mempengaruhi institusi kehakiman melalui proses perlantikan hakim-hakim ataupun ketua-ketua hakim yang rapat dengan pihak eksekutif. Skandal klip video VK.Lingam umpamanya telah mengejutkan rakyat Malaysia yang rata-rata mungkin sedang beradu sebelum ini. Insiden video kilip tersebut jelas membuktikan kewujudan elemen campurtangan eksekutif dalam institusi kehakiman yang selama ini hanya diperkatakan tanpa dapat dilihat. Penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui proses ini adalah lebih merbahaya kerana ianya tidak dapat dikesan dengan jelas.

Jadi adalah jelas bahawa sekiranya doktrin pengasingan kuasa tidak wujud ianya akan menyebabkan salah satu organ kerajaan akan menjadi lebih berkuasa. Kebiasaannya institusi kehakimanlah yang akan dikawal ataupun dikembirikan untuk memastikan institusi kehakiman tidak dapat menghalang kuasa eksekutif. Apabila ini berlaku maka institusi kehakiman tidak akan dapat melindungi hak-hak rakyat dari tindakan eksekutif yang melampaui

norma-norma hak-hak asasi dengan efektif.

Kini sudah lebih dari 20 tahun sejak pindaan terhadap Artikel 121(1) berlaku, walaupun suatu tempoh yang agak lama telah berlalu, ianya tidak bermakna kuasa institusi kehakiman tidak boleh dikembalikan kepada tempat yang sepatutnya. Sekiranya, hakim-hakim yang sedia ada berani untuk menegakkan hak-hak kehakiman, sudah tentu rakyat akan memberikan sokongan yang padu. Ianya masih belum terlambat untuk kita mengambil pendirian yang betul. Sesuatu revolusi bermula dengan diri kita sendiri. Sekiranya rakyat mempunyai kesedaran mengenai sejarah dan proses manipulasi yang telah berlaku dan sedang berlaku, sudah pasti rakyat akan bangkit dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan doktrin pengasingan kuasa ini dikembalikan kepada statusnya yang asal.

10 fakta anda perlu tahu

tentang SOSMA

(10)

Fakta-fakta penting yang anda perlu tahu tentang Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan.

Tujuannnya untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Definisi

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.

Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?

 menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

 membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

 memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan

(11)

 mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

 Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu

dihentikan.

10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:

1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.

5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.

7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.

8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan

(12)

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.

HARI INI, CUKUP SETAHUN SOSMA BERNYAWA

7 Febuari 2014, cukup setahun Yazid Sufaat dan Hilmi Hasim mendekam dalam penjara akibat Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA. Yazid, Hilmi dan Halimah Hussein merupakan tiga orang mangsa pertama SOSMA yang ditahan pada 7 Febuari 2013. Mereka dituduh mengikut Seksyen 130 G(a) Kanun Keseksaan, iaitu cuba untuk membangkit ideologi atau

perbuatan yang boleh mengancam keselamatan orang awam di Syria.

Walaubagaimanapun, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur membebaskan ketiga-tiga mereka pada 20 Mei 2013. Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan tersebut berdasarkan alasan teknikal, iaitu SOSMA hanya boleh digunakan bagi kesalahan keselamatan yang dibuat terhadap Malaysia.

Namun, selepas genap seminggu mereka dibebaskan, Yazid dan Hilmi ditahan semula pada 27 Mei 2013. Kali ini mereka ditahan dibawah pertuduhan Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, iaitu dituduh menjadi ahli kumpulan pengganas Al Qaeda. Halimah Hussein pula masih diburu oleh pihak Polis. Satu perkara penting yang perlu diketahui, pertuduhan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Oleh itu mereka akan terus kekal dalam penjara sehinggalah proses perbicaraan selesai.

Selain Yazid, Hilmi dan Halimah, 30 orang di Sabah juga mengalami nasib yang sama. 30 orang tersebut merupakan mereka yang ditahan dalam Ops Daulat Lahad Datu. Tiga orang daripada mereka adalah warga tempatan dimana seorang daripada mereka merupakan satu-satunya wanita yang ditahan dalam Ops Daulat tersebut.

Pendirian SUARAM mudah, setiap yang bersalah perlu dihukum. Tapi hukuman itu mestilah menepati prinsip keadilan. Hak-hak orang yang dituduh perlu ditunaikan termasuklah hak untuk mendapatkan pembelaan dalam sebuah perbicaraan yang adil. Hak ini termaktub dalam Perkara 10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Hak inilah yang dicabuli oleh SOSMA. SOSMA memberi kuasa kepada Polis untuk menahan orang yang dituduh selama 28 hari tanpa perlu memohon perintah reman daripada mahkamah.

(13)

Pihak pendakwa boleh memanggil mana-mana saksi tanpa perlu mendedahkan identiti saksi tersebut kepada pihak pembela. Pihak pendakwa juga boleh mendapatkan kenyataan saksi secara rakaman tanpa perlu saksi tersebut hadir ke mahkamah. Segala bukti atau bahan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa perlu diterima oleh mahkamah termasuk keterangan kanak-kanak. Perkara ini terkandung dalam Bahagian IV,V,VI dan VII SOSMA iaitu Bahagian Maklumat Sensitif, Perbicaraan, Saksi terlindung dan keterangan.

Dalam bahasa mudah, SOSMA memberi banyak kelebihan kepada pihak pendakwa sehingga perbicaraan menjadi berat sebelah. Dalam kes SOSMA di Sabah contohnya, perbicaraan tidak dijalankan di Mahkamah, sebaliknya diadakan di Penjara Kepayan. Hal ini menyebabkan perbicaraan tersebut tidak dijalankan secara terbuka untuk dinilai oleh orang awam. Perkara ini bercanggah dengan Perkara 14 Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik iaitu semua orang berhak mendapatkan perbicaraan terbuka, bebas, dan tidak berat sebelah.

Referensi

Dokumen terkait

Demokrasi punya keterkaitan yang erat dengan Hak Asasi Manusia karena makna terdalam dari demokrasi adalah kedaulatan rakyat, yaitu rakyatlah sebagai pemegang kekuasaan

Hal ini juga tertulis jelas dalam Pasal 28 E ayat (3) Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 di mana negara menjamin kedaulatan hak asasi tiap warga negaranya

Hak pilih warga negara diatur dalam Pasal 1 ayat (2) Kedaulatan berada ditangan rakyat dan dilaksanakan menurut Undang-Undang Dasar; Pasal 2 ayat (1) Majelis

Tahukah anda maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber iaitu dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan, contohnya buku, jurnal, agensi kerajaan, konferen, media,