• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah dan maksud Rukun Negara Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah dan maksud Rukun Negara Malaysia"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah dan maksud Rukun Negara

Malaysia

Tahukah anda, bilakah Prinsip Rukun Negara mula diwujudkan dan kenapa ianya dibentuk? Dewasa ini, makin ramai yang sudah melupakannya, hinggakan ada yang tidak tahu apa itu Rukun Negara. Kita perlu membaca sejarah supaya kita faham tentang kewujudannya dan mengunapakai prinsip-prinsip tersebut didalam kehidupan seharian kita di Malaysia.

Rukun Negara

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas

prinsip-prinsip berikut:

 Kepercayaan Kepada Tuhan

 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang-undang

(2)

Bilakah Rukun Negara mula digunapakai

 Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan

AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk

 Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit

demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

 Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan

yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

 Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham

(3)

mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

 Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam

merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.

Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara

a) Kepercayaan kepada Tuhan

 Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang

kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah

(4)

 Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya

agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

 Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

 Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap

warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan

 Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan

(5)

warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

 Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua

kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan

Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

d) Kedaulatan Undang-Undang

 Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap

(6)

sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan

 Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah

laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen

 Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu

yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

 Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi

membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesimpulan

 Sebagai rakyat Malaysia sewajarnya lebih bersatu-padu. Namun,

(7)

perkauman yang tinggi. Sifat toleransi di antara kaum dan agama juga sudah semakin luntur.

 Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada

Referensi

Dokumen terkait

Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia tahun 1945 telah menegaskan bahwa kebebasan beragama adalah bagian dari hak asasi manusia yang bersifat tidak dapat dikurangi

· Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak

(a) Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang- undang USIM yang terdiri dari pada Akta Pelajaran, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia,

Kenyataan hakim dalam kes di atas menekankan tiga konsep asas yang patut ada di dalam sesebuah negara yang menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang utama negara iaitu

Terdapat tiga struktur-struktur utama yang tersemat di dalam perlembagaan kita iaitu; kedaulatan undang-undang yang menegaskan bahawa hak-hak asasi rakyat tidak boleh

Penulisan ini berkaitan dengan sejauh mana penghayatan Rukun Negara Malaysia dalam mengukuh dan menyokong konsep Keluarga Malaysia seperti dinyatakan oleh YAB

Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-undang yang menghukum

Dalam soal structural masyarakat Malaysia, impak ilmu kolonial ini boleh dikesan dalam: 1 Pengenalan undang-undang British dan penghakisan undang-undang Islam Musa Awang, 2015; 2