TRADISI LISAN YANG DILUPAKAN
Apabila pulang ke kampung di Jasin, Melaka, aktiviti yang paling menyeronokkan saya ialah
duduk bersembang sambil bercerita dengan nenek yang usianya mencecah 90 tahun. Walaupun
usianya semakin dimamah usia dan menghadapi masalah fizikal pergerakan, namun syukur
kepada Allah SWT kerana daya ingatannya masih kuat.
Saya suka mendengar cerita nenek, pertama cerita susur galur keluarga kami yang bermula
di bumi Hang Tuah dan kedua cerita semasa nenek berada di Singapura (pada tahun awal tahun
1950-an Melaka merupakan sebahagian Negeri-Negeri Selat selain Pulau Pinang dan
Singapura, dan banyak orang di Melaka yang berhijrah ke Singapura sama ada menjadi
anggota pertahanan awam, seperti polis dan tentera laut, atau bekerja sebagai buruh di
Pelabuhan Singapura).
Namun begitu, cerita yang memberikan kesan kepada saya ialah cerita nenek semasa Jepun
datang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.Ingatan nenek masih kuat. Orang kampung
terpaksa membina lubang di bawah rumah sebagai kubu pertahanan serangan udara, orang
Cina menyamar dengan memakai baju orang Melayu untuk menyelamatkan diri daripada
dibunuh oleh orang Jepun, dan penderitaan orang kampung mencari makanan serta terpaksa
membuat pakaian daripada kain guni yang keras. Yang tidak dapat saya lupakan ialah nenek
yang terpaksa mengendong bapa saya dan merayu kepada tentera Jepun agar tidak
diapa-apakan bayi yang masih kecil.
melalui sumber lisan.
Pada zaman moden hari ini, masyarakat kita semakin melupakan tradisi lisan yang selama
ini mengangkat dan membentuk peradaban bangsa. Lupakah kita bahawa karya agung seperti
Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Raja Ali Haji
dan banyak lagi merupakan kegemilangan tradisi lisan
bangsa ini yang didokumentasikan.
Agak malang kepada kita, apabila kuasa Barat yang datang ke negara kita menceroboh dan
mencuri keintelektualan bangsa. Mereka membawa pulang manuskrip-manuskrip agung
khususnya yang bertulisan Jawi ke tempat mereka. Dalam masa yang sama kita dikelirukan
dengan kenyataan modenis bahawa keagungan peradaban bangsa seharusnya diukur dengan
kajian atau dapatan yang bersifat empirikal. Maka, banyaklah anak-anak muda zaman ini yang
tidak mengambil peduli tentang tradisi lisan, lebih malang lagi yang menolak sepenuhnya.
Kesannya lahirlah kebimbangan kita hari ini bahawa generasi muda lupa sejarah.
Bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini, Dewan Bahasa
dan Pustaka menganjurkan Kembara Bahasa 2013 dengan tema “Jelajah Negara, Semarakkan
Bahasa”. Bahasa menjadi wahana tradisi lisan yang penting dalam mengungkap akal budi dan
ketajaman pemikiran bangsa.Oleh hal itu, dalam mengejar arus kemodenan pupuklah dan
semaikanlah semangat mencintai tradisi lisan ini dalam kalangan generasi muda.
Bahasa Jiwa Bangsa
-Abdul Ghani Abu
***
Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Oktober 2013.
dentiti Masyarakat dan Budaya Melayu
Identiti Individu
Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya daripada
individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diri
dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. Pengenalan diri yang berasaskan
identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai
perkara.
Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau
tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat.
Individu dan Budaya
Seorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk nilai-nilai
itu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itu mempelajari dan
menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting dalam
menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Image atau identiti yang dibina oleh individu itu adalah
tidak terpisah daripada budayanya.
Walau bagaimanapun individu turut memainkan peranan dalam menyumbangkan nilai-nilai
sosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai anggota masyarakat
dapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti masyarakat dan budayanya.
Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu. Anggota-anggota masyarakat
mempunyai tanggungjawab penting dalam menentukan identiti masyarakat dan budayanya.
Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunya menerngkan sifat-sifat anggota
masyarakat. Melaluinya juga sesuatu masyarakat dan budaya dikenali umum.
Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yang
melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibina demikian sehingga
terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.
Identiti dan Perubahan Budaya
Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau proses
sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individu sebagai
anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya yang berbeza daripada
masyarakat dan budaya lain.
Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina image dan identiti
tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaran rasa kekitaan,
maka ia berusaha mempertahankan image atau identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial
dalam sesuatu masyarakat itu membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat
masyarakat dan budaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu
merupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.
Identiti dan Prasangka
Identiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggota-anggota masyarakat.
Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka bina sekian lama.
Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisi
yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan.
Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat dan
menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknya
mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atau
orang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budaya
lain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalam
konteks mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi
semata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibina
berasaskan kepentingan tertentu.
Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan ethnik, boleh menimbulkan prasangka antara
satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulan
ethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan prasangka buruk antara
satu dengan yang lain.
Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh
orang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidak
memahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan mereka berasaskan budaya mereka, dan
inilah yang dikatakan ethnocentric.
Kelompok majoriti dan kelompok minoriti
Kelompok majoriti, seperti orang Melayu di Malaysia mewarisi tradisi budaya dan berusaha
mengekalkan identiti Melayu dalam berbagai lapangan. Tradisi budaya memainkan peranan
penting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan dari satu generasi kepada
generasi berikut. Kelompok majoriti itu menentukan identiti. Walaupun perubahan berlaku, tetapi
kelompok itu berusaha mengekalkan identiti.
Kelompok Melayu minoriti, terutama di luar alam Melayu ini didapati tidak mampu untuk
mempertahankan identiti Melayu seperti kelompok majoriti itu. Kelompok minoriti itu selalunya
dipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti sehingga kelompok itu tidak mampu untuk
mengekalkan identiti. Apabila generasi baru mengambil tempat dalam kelompok minoriti itu,
maka kaitan dengan identiti itu didapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lama
identiti Melayu yang asal itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di Afrika
Selatan, Sri Lanka dan lain-lain.
Krisis Identiti
mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagai
menyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu,
selalunya unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalam
keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu
yang mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama.
Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melanda
orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawa
perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga menghadapi krisis dalam
mengekalkan tradisi.
Krisis identiti ini turut dialami individu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapi
masalah dalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalam keadaan ini
selalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhi seseorang itu.
Mencari dan Mengenali Identiti
Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secara
luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkan identiti itu
berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitu
jiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya,
iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat.
Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendiri
sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti itu berbagai cara
pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang
tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat
terpengaruh dengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau
bagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budaya
Melayu yang dianggap dominan.
Identiti Sosial dan Identiti Budaya
Masyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosial
dan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalam konteks yang
lebih luas masyarakat itu membina identiti.
Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah
seperti dinyatakan di bawah:
(1)Kekeluargaan dan perkahwinan – termasuk dalam menyusur galur keturunan.
(2)Sistem sosial – struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial – tradisi dan moden.
(3)Sistem
kepimpinan
dan
politik
–
kedudukan
pemimpin.
(4)Agama dan kepercayaan – termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid.
(5)Sistem ekonomi – termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya.
(6)Simbol
status/kelas
sosial.
Kekayaan,
kekuasaan.
(7)Pakaian, makanan.
Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya,
atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan.
Melihat kepada perkara-perkara yang diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu
meliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat.
Pencemaran adat di dalam adat melayu
Pencemaran
Pencemaran adat di dalam adat melayu
Adat ialah aturan perbuatan diturut atau dilakukan sejak dahulu kala. Adat juga dikenali sebagai
kelakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau amalan. Adat juga boleh dikatakan peraturan.
Kerana jika melanggar adat sesuatu keturunan itu tidak akan berkekalan. Adat mewujudkan
gagasan kebudayaan yang terdiri atas nilai-nilai budaya, norma, hukum, dan aturan yang
dipercayai oleh setiap manusia. Adat bukan agama, akan tetapi adat adalah amalan bagi
mengekalkan sesuatu budaya, generasi, bangsa dll. Bagi adat melayu Pepatah melayu berkata
"Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya
dalam masyarakat melayu.
Namun pada era globalisasi ini adat mula dilupai kerana ada yang berpendapat bahawa adat tidak
perlu di ikuti lagi. Pada masa kini adat mula dilupai apabila manusia menganggap ianya satu
perkara yang kolot, tidak penting, remeh, dan ianya tidak diperlukan apabila unsur-unsur luar
mula memadam idealogi, kepercayaan dan budaya bagi sesebuah bangsa.
Sebagai contohnya adat melayu mempunyai pelbagai peraturan, kepercayaan namun apabila
zaman berubah, zaman semakin moden adat tidak di ambil kira lagi. Contoh adat melayu yang
tercemar pada masa kini seperti adat dalam perkahwinan. Untuk berkahwin orang melayu
haruslah merisik terlebih dahulu namun ada segelintir yang melanggar adat dengan terus
bertunang atau ada juga yang terus dengan menikah tanpa ada majlis merisik, meminang,
bertunang, akad nikah, berinai, dan perkawinan. Pada masa kini masyarakat melayu ada yang
menikah terus tanpa bertunang. Contohnya ada berlakunya pernikahan di sempadan Thailand.
Ahli keluarga tidak mengetahui status perkahwinan. Ada juga yang bersanding tanpa mengikut
adat melayu seperti acara yang dilakukan tiada lagi khatam Al-Quran, marhaban dan dll sebelum
bersanding. Selain itu, ada juga masyarakat masa kini yang tidak langsung mengunakan lagi
tepak sirih semasa meminang dan sebagainya. Kemajuan telah mengubah adat, dimana adat mula
dilupai oleh generasi sekarang. Perkara ini telah mencemarkan institusi sesebuah adat melayu
yang terkenal dengan adat. Ada juga yang mengatakan bahawa adat melayu dicampur adukkan
dengan adat ornag india seperti, bersanding semasa majlis perkahwinan dan berinai. Ini juga ada
yang berpendapat sebagai pencemaran yang berlaku didalam adat melayu. Masyarakat Melayu
menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara.
Ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita.
di panggal tangga. Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun ia
kenyang. Ia hendaklah menjamah sedikit hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak
harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib. Pada masa kini
manusia sudah tidak menghormati masa, seperti masa solat, atau waktu senja dimana pada waktu
sedemikian kita tidak elok untuk mengziarahi ke rumag seseorang. Perkara ini menunjukkan
wujudnya budaya yang tidak baik. Seteru itu menyebabkan adanya pencemaran adat.
Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan sopan. Adalah dianggap
tidak sopan jika ia bersilang kaki sehingga nampak tapak kakinya. Semasa sampai dan apabila
hendak balik ia harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua
belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. Namun perkara sedemikian telah
dilupakan. Tiada lagi bersalaman dan ada juga yang tidak menanggalkan kasut semasa memasuki
ke rumah seseorang. Budaya luar telah membawa masuk unsur-unsur negatif yang mencemarkan
adat melayu.
Pencemaran adat bukanlah satu masalah yang sangat besar,namun jika ianya tidak dibendung
ianya akan terus meruntuhkan sistem adat yang wujud. Tradisi –tradisi yang turun temurun akan
hilang begitu sahaja. Oleh itu warisan masa kini adalah tiang bagi terus mendirikan adat melayu
hingga ke masa hadapan. Remaja harus mempelajari adat-adat yang ada supaya ianya mampu
memimpin remaja ke jalan yang lebih positif, serta remaja mengetahui tradisi nenek moyang
mereka dahulu kala. Biar mati anak jangan mati adat.
tugasan kkbi BMM3114.
as salam and welcome..♥
( tugasan kkbi BMM3114..soalan 2.)
2.0 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu
Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Dictionary of Philosophy (1996), memberikan maksud budaya sebagai
"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within"
Pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009) , dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Vatoni LV (2012) , dalam sebuah laman sesawang ada menyatakan kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Menurutnya lagi, Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.
2.1 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Politik.
Kantaprawira pula mendefinisikan budaya politik sebagai persepsi manusia, pola sikapnya terhadap berbagai-bagai masalah politik dan peristiwa politik ke dalam pembentukan struktur dan proses kegiatan politik masyarakat mahupun pemerintahan.
Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan di Negara ini. Di Negara kita dapat lihat kepelbagaian politik di Negara ini yang merangkumi pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan Negara ini mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti politik yang dipimpin mengikut pelbagai kaum. Namun hal ini masih di dalam kawalan kerana masyarakat di Malaysia masih mempunya nilai-nilai patriotisme, hormat menghormati, serta menghargai antara satu sama lain. Namun begitu, pengaruh penjajah sebelum ini telah menhyebabkan kita mengamalkan
pemerintahan dan pentadbiran demokrasi.
2.2 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial.
Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial. Antaranya ialah agama dan kepercayaan. Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.
Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat
menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan. Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan melayu. Dari segi kekeluargaan,
kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Seterusnya, kebudayaan melayu juga boleh dilihat dari sudut kesenian. Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lain-lain. Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga
termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.
2.3 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Ekonomi.
Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.
Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.
Budaya malayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti yang dijalankan masyarakat melayu di Negara ini. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa,
majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan,
orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada universiti di dalam mahu pun di luar negara.
3.0 Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu.
Abad ini, dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Gelombang ini melanda
masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Di Malaysia, gelombang ini turut berkembang pesat sehingga masyarakat di Negara ini semakin maju bersama arus kemodenan.
"Sesungguhnyalah, budaya Melayu hari ini menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman pada zaman global yang begitu pesat bergelora akibat pengaruh kuat media massa, akibat serangan hebat budaya moden asing dalam segala bidang termasuk seni budaya, perilaku manusia, bahasa dan lain-lain.”
Puan Azah Aziz, Tokoh Budaya. (2007).
Menurut Ahmad Azizi (2010) di dalam penulisannya di laman sebuah laman sesawang gelombang kepesatan perkembangan budaya ini juga dapat dikenali sebagai fenomena budaya popular. Menurutnya lagi, fenomena budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Fenomena ini yang dikatakan dapat mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat dinafikan. Secara sedar atau tidak, sebenarnya gelombang kepesatan perkembangan budaya ini telah menjadi cabaran dan ancaman dalam melestarikan kebudayaan melayu.
mempengaruhi banyak aspek dalam kebudayaan melayu terutamanya dari sudut, ekonomi, sosial, serta kesenian dan kesusasteraan.
‘Sikap orang Melayu yang ghairah meniru dan mudah terpengaruh mencelarukan lagi suasana.”
Puan Azah Aziz, Tokoh Budaya. (2007).
Pertanyaan oleh Tokoh Budaya 2007 ini membuktikkan bahawa sikap orang Melayu sendiri yang terikut-ikut dengan pengaruh budaya asing sebenarnya punca utama kebudayaan melayu sukar untuk dilestarikan.
3.1 Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Ekonomi
Secara sedar atau tidak, pembangunan ekonomi banyak memberi cabaran dan ancaman dalam melestarikan kebudayaan melayu. Hal ini demikian kerana, terdapat begitu banyak cabang ekonomi yang telah dikembangkan di Malaysia yang pada dasarnya dibawa masuk dari negara-negara luar terutamanya Negara barat seperti Amerika Syarikat serta negara-negara asia seperti Korea dan China untuk tujuan mengikut ‘trend’ masa kini. Tetapi hakikatnya, ‘trend’ tersebut sebenarnya telah menghakis sedikit demi sedikit budaya melayu yang ada dalam masyarakat di Malaysia ini.
Dalam masyarakat moden kini, kita dapati keperluan-keperluan asas semakin bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian sebagai keperluan asas. Pada hari ini, orang ramai yang memilih pakaian mereka, tidak lagi menitikberatkan tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu iaitu pakaian yang sopan atau secara khususnya menutup aurat. Tetapi kini orang ramai berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan.
yang menjual pakaian yang mengikut ‘trend’ ini semakin banyak seperti cendawan yang tumbuh selepa hujan. Oleh hal yang demikian, budaya pemakaian masyarakat melayu yang dahulunya lebih menkenakan kesopanan sedikit sebanyak akan terhapus akibat pembangunan ekonomi yang tercetus akibat citarasa masyarakat melayu itu sendiri.
Di samping itu, pengamalan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah atau riba sebagai asasnya juga menjadi satu cabaran dan ancaman dalam melestarikan budaya melayu.
“Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu
tanggungjawab sosial atau moral.”
Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari.
Berdasarkan kata-kata Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari di dalam satu laman sesawang, ini membuktikan bahawa pengaruh ekonomi kapitalis yang dibawa masuk oleh penjajah pada suatu masa dahulu sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan cara kebudayaan melayu terutama dalam aspek ekonomi. Jika pada dahulunya, masyarakat melayu lebih ditekankan dengan sistem perniagaan yang lebih telus contohnya sistem barter yang menggalakkan sistem tukar barang suka sama suka dan biasanya barang tersebut mempunyai nilai yang hamper sama, tetapi kini ekonomi yang dijalankan lebih
dipengaruhi oleh sistem ekonomi luar, ekonomi yang menekankan faedah ini diberi keutamaan.
3.2 Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Sosial
Secara keseluruhannya, cabaran dan ancaman dalam melestarikan kebudayaan melayu dapat dilihat dengan jelasnya dari aspek sosial. Antara cabaran dan ancaman sosial yang menyebabkan kebudayaan melayu sukar untuk dilestarikan adalah dalam pengamalan adat istiadat dan kepercayaan masyarakat melayu kini, pendidikan, dan sisitem kekeluargaan pada hari ini.
3.2.1 Adat Istiadat dan Kepercayaan
Masyarakat hari ini lebih terpengaruh kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka. Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat kita terhadap perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam masyarakat Melayu yang wajib
dipatuhi dan akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini oleh seseorang sekiranya
melanggar pantang larang itu. Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah sejak kedatangan barat dan menganggap perkara-perkara ini lebih kepada karut. Masyarakat hari ini,
terutamanya golongan belia sudah tidak mahu mengikut adat atau kepercayaan yang
diamalkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu kerana dianggap akan dipandang kolot oleh rakan-rakan sebaya mereka.
3.3.2 Pendidikan
Pada hari ini, pendidikan adalah satu perkara yang paling diutamakan oleh semua individu kerana tanpa pendidikan seseorang sukar untuk menonjolkan diri dalam kehidupan sebenar dan mungkin sukar untuk menyara kehidupannya sendiri. Oleh itu, masyarakat hari ini bertungkus lumus mencari pendidikan yang sempurna untuk tujuan tersebut. Namun begitu, tanpa kita sedar, sebenarnya masyarakat hari ini kurang menekankan pendidikan yang
memfokuskan terhadpa kebudayaan melayu. Hal ini sedikit sebanyak dapat menenggelamkan kebudayaan melayu yang semakin hari semakin kurang difahami dan dikenali oleh golongan muda pada hari ini terutamanya.
“Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.”
Menurut Chandra Muzaffar, institut pengajian tinggi pada masa kini lebih cenderung untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik berbanding kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat. Justeru, tidak hairanlah pada hari ini golongan belia lebih fokus untuk mengejar karier mereka berbanding memilih jurusan yang berkaitan tentang kemanusiaan dan kemasyarakat. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan golongan yang lemah dalam pelajaran tidak mendapat peluang untuk menuruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi kerana tiadanya kursus yang menekankan tentang ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat. Sebenarnya, jika kursus sebegini diperkenalkan, sudah pasti Negara dapat melahirkan golongan belia yang mahir tentang kebudayaan melayu sekali gus dapat memperkembangkan budaya melayu pada generasi yang berikutnya. Jika hal ini berlaku, kita boleh menarik nafas lega jika suatu hari nanti kita kehilangan golongan yang telah banyak mempertahankan budaya melayu di Negara ini.
Selain daripada itu, pendidikan daripada teknologi juga adalah satu sumber pendidikan yang tidak kurang pentingnya kepada masyarakat pada hari ini. Internet, umpamanya,
membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama. Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya. Begitu mudah dan cepat sekali bahan pornografi atau laman “adult” berada di depan mata untuk menggugat iman seseorang pengguna hanya dengan beberapa taipan kata kunci pada papan kekunci lalu diklik pada tetikus untuk melakukan “dosa di hujung jari”.
“Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penemuan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak betapa kanak-kanak dengan mudah terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah. Di samping itu kita diberitahu bahawa wujud 33 juta laman pornografi yang dikunjungi setiap hari oleh pengguna Internet seluruh dunia.”
Berdasarkan bukti yang dinyatakan oleh Abd. Basit bin Samat dan Mohd Rajiee bin Idris, jelaslah bahawa pendidikan juga dapat menjadi ancaman dan cabaran dalam melestarikan kebudayan Melayu jika masyarakat hari ini tidak bijak menggunakannya. Pendidikan yang sebenarnya sangat bernilai kepada individu akan menjadi satu titik hitam yang paling hebat jika kita tidak pandai mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
3.2.3 Institusi Kekeluargaan
Budaya Melayu sangat mementingkan institusi kekeluargaan. Sejak dahulu lagi, orang melayu sangat menjaga perkara ini sehinggakan ada yang meletakkan institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang bernilai dalam kehidupan. Oleh hal yang demikian, sangat sinonim dengan orang melayu jika disebutkan setiap individu perlu menjaga maruah keluarga daripada tercemar. Hal ini sebenarnya sedikit sebanyak menyebabkan masyarakat melayu berusaha untuk menjada nama baik keluarga masing-masing agar tidak tercemar dengan gejala sosial yang negatif. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Negara sering dihujani dengan berita negatif tentang isu pembuangan bayi dan seumpanya dengannya. Hal ini sebenarnya terjadi akibat pengaruh kuat daripada barat yang telah banyak mengubah sistem institusi kekeluargaan di negara mereka. Beberapa bulan yang lalu, barat mula menggantikan institusi kekeluargaan dan mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal,
kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat melayu yang rata-rata beragama Islam di Malaysia.
3.3 Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Kesenian dan Kesusasteraan
Selain politik dan sosial, kesenian dan kesusateraan juga aspek yang penting yang perlu dititikberatkan dalam melestarikan kebudayaan melayu. Di Malaysia, antara ancaman dan cabaran yang dilihat menyukarkan kelestarian kebudayaan melayu adalah seperti bahasa melayu yang semakin kurang ditekankan dalam penggunaan seharian selain daripada tarian dan nyanyian, serta seni bina dan reka bentuk.
3.3.1 Bahasa
“Sekiranya kita setuju dengan frasa ‘bahasa melambangkan bangsa’ kita pasti peka dengan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu selaku bahasa yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan.”
Fudzail, Pelita Bahasa (2/99).
Pernyataan di atas membuktikan bahawa bahasa adalah perkara yang paling utama dalam memartabatkan bangsa melayu. Sekiranya bangsa melayu dapat dimartabatkan, sekali gus secara tidak langsung budaya melayu dapat dikekalkan dan diperkukuhkan. Di Malaysia, penggunaan bahasa Melayu masih digunapakai oleh masyarakat di Negara ini namun
penggunaanya tidaklah seperti mana masyarakat melayu pada suatu masa dahulu
menggunakannya. Hal ini disebabkan oleh wujudnya 'trend' penggunaan bahasa yang seolah-olah berasaskan 'stratifikasi sosial' di mana bahasa melayu seseolah-olah-seolah-olah digunakan oleh
kelompok berpendidikan rendah dan rakyat biasa, manakala kelompok atasan, elit, profesional, komuniti korporat dan mereka yang berpendidikan tinggi dari luar negara lebih mesra
Hal ini menyebabkan masyarakat terikut-ikut dengan gaya percakapan orang barat sehingga melupakan budaya melayu yang sering menggunakan bahasa yang lembut dan suka berkias. Jika kita dengar percakapan remaja hari ini sangat merisaukan kerana mereka banyak menggunakan bahasa-bahasa yang kasar sehingga mungkin menyebabkan budaya luar yang mendengarnya memandang serong terhadap budaya melayu yang pada asalnya dikenali dengan budaya yang baik serta sopan percakapannya. Masyarakat hari ini lebih gemar
menggunakan bahasa rojak yakni mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris sehingga memeningkan golongan yang baru mempelajari bahasa Melayu untuk memahaminya.
3.3.2 Tarian dan Nyanyian
Selain daripada bahasa, tarian dan nyanyian juga satu aspek lain yang menjadi ancaman dan cabaran dalam sudut kesenian yang telah menyukarkan kebudayaan melayu untuk dilestarikan. Hal ini demikian kerana, fenomena budaya popular yang telah
mempengaruhi masyarakat melayu hari ini membawa kesan kepada kelemahan kedudukan budaya Melayu tradisional. Minat orang ramai, terutama golongan muda terhadap warisan tradisi itu semakin berkurang. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.
Pada hari ini, Malaysia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai. Antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz adalah berbeza sama sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliran rap. Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan kesan buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini sebenar sangat mudah mempengaruhi masyarakat melayu termasuk di Malaysia.
“Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”.”
Chandra Muzaffar.
melayu, hal ini sebenarnya bercanggahan sama sekali kerana budaya melayu banyak mengikut cirri-ciri islam yakni lebih sopan dan bersih.
Sejak beberapa bulan yang lalu, dunia digemparkan dengan tarian ‘Oppa Gangnam Style’ yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan dari Korea. Tarian ini telah menyebabkan seluruh dunia termasuklah Malaysia terikut-ikut dengan tarian tersebut. Tarian yang dikatakan mempunyai unsur-unsur negatif seperti unsur lucah menyebabkan tarian ini tidak sepatutnya menjadi kegilaan masyarakat melayu. Galakan dari pihak kerajaan dengan membawa masuk tarian ini ke dalam Negara seolah-olah mengenenggahkan budaya asing yang bukan mengikut norma-norma budaya melayu. Bukan itu sahaja, Negara juga banyak membenarkan artis-artis dari luar Negara masuk ke Negara ini membuat persembahan tanpa menapis terlebih dahulu corak persembahan yang bakal dipersembahkan. Hal ini juga menjadi salah satu punca utama masyarakat hari ini terikut-ikut dengan budaya luar dan tidak lagi mencuba untuk mempelajari tarian dan nyanyian dalam kebudayaan melayu seperti zapin, inang, dan mak yong yang mempunyai nilai budaya yang sangat tinggi.
3.3.3 Seni Bina dan Seni Reka Bentuk
Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Selain itu,
sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapat di tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita. Binaan bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibina dengan berkonsepkan kemodenan. Selain itu, di Bandar Sunway contohnya terdapat bangunan yang berbentuk piramid yang menyerupai dengan unsur-unsur dari Negara Arab sudah lari daripada keseniaan melayu. Jika semakin banyak bangunan di Negara ini dibina mengikut corak binaan luar, sudah pasti generasi baru dan bakal berada di bumi Malaysia ini tidak kenal akan kekayaan seni bina dan seni reka melayu yang sebenarnya.
Sepatutnya, bagi mengekalkan kebudayaan melayu, kita seharusnya membina
budaya melayu dalam masyarakat hari ini malah dapat memperkenalkan seni bina dan seni reka budaya melayu pada dunia. Secara tidak langsung kita telah memperkenalkan budaya kita pada mata dunia.
3.4 Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Politik
Salah satu cabaran lain dalam pembangunan kebudayaan Negara kita ialah pendekatan politik yang berbagai-bagai dalam menyelesaikan persoalan dasar, konsep, dan tafsiran. Menurut A.Aziz.Deraman, dalam bukunya Asas pemikiran Kebudayaan Malaysia pada halaman 34 dan 35, latar belakang dukungan pemimpin yang lahir daripada pelbagai-bagai latar
sosiobudaya dan pendidikan mungkin menjadi faktor utamanhal ini terjadi. Oleh hal yang demikian, pendekatan ke arah menyelesaikan masalah kadangkala menggunakan pendekatan perkauman atau kehendak yang cuba mempertahankan sosiobudaya masing-masing bukannya dalam konteks kebudayaan kebangsaan. Justeru, ini adalah cabaran dan ancaman yang paling utama dalam melestarikan kebudayaan melayu di Negara ini.
~harap membantu~
idea merapu yang dikarang kas oleh saye, tika zukhi at 12:55:00 PM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest
Labels: PdP
No comments: Post a Comment
Links to this post
Create a Link
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Search This Blog
AZAH AZIZ: BUDAYA MELAYU DAN ANCAMAN GLOBAL
Tokoh budaya Puan Azah Aziz (Kak Azah) ketika ditemui A.F.Yassin di kediamannya di Petaling Jaya, 24 November 2007.
"Sesungguhnyalah, budaya Melayu hari ini menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman pada zaman global yang begitu pesat bergelora akibat pengaruh kuat media massa, akibat serangan hebat budaya moden asing dalam segala bidang termasuk seni budaya, perilaku manusia, bahasa dan lain-lain. Memanglah budaya Melayu sedang menghadapi cabaran. Sikap orang Melayu yang ghairah meniru dan mudah terpengaruh mencelarukan lagi suasana. Betapa sebahagian besarnya tidak lebih daripada edaran fesyen. Ia datang dan bakal pergi. Insyaallah.
Yang pasti terus bertahan hanyalah budaya warisan bangsa. Kini telah wujud keadaan betapa bertambah ramai pihak yang merasa terpanggil untuk tampil memberi, mempertahan serta memeliharanya
membiarkan suatu budaya yang sedemikian indah, kaya dan unggul ini hilang lesap jati dirinya begitu sekali.
Tentulah ini tidak diredai. “Takkan Melayu hilang di dunia”. Oleh itu, semoga mulai sekarang satu langkah pemeliharaan budaya Melayu akan disusun dan dilancarkan dengan sepenuh kasih sayang agar budaya Melayu ini kelak boleh bercahaya dan terus hidup subur berkembang laksana bunga yang harum semerbak di sisi kita.
Akhir kata, jikalau kita memiliki sesuatu yang indah, halus, cemerlang, gilang-gemilang dan murni dalam hidup ini, di manakah akan kita simpan segala khazanah tersayang itu supaya khazanah itu boleh diselamatkan? Di manakah kita nak simpan? Saya ada jawabannya melalui serangkap pantun nasihat orang tua-tua zaman dahulu untuk kita hayati bersama. Pernahkah dengar pantun ini:
Burung merpati kepak bersilang, Turun ke bendang makan padi; Simpan di peti takutkan hilang, Baik disimpan di dalam hati.
Saya ajar pantun ini pada cucu saya masa dia kecil-kecil lagi. sekarang cucu saya itu sampaikan pantun ini kepada kawan-kawannya." (Petikan temu bual dengan Puan Azah Aziz di kediamannya di Petaling Jaya, 24 November 2007.)