PEMIKIR Bil: 36 April-Jun 2004 pp. 1-31
PROSES KONVERGEN MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI: GLOBALISASI DAN KESAN NEGATIF KE ATAS BUDAYA
Hashim Fauzy Yaacob PENGENALAN
Teori konvergen menjadi konotasi yang khusus apabila dihubungkan dengan pembangunan ekonomi yang disertai dengan perubahan organisasi sosial khususnya organisasi kerja dan organisasi industri, struktur kelas, bentuk demografi, ciri-ciri kekeluargaan, pendidikan dan peranan kerajaan dalam mengawal keselamatan ekonomi dan asas sosial. Perspektif ini muncul di kalangan ahli-ahli sosiologi sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1950an dan 1960an, ramalan terhadap konvergen dalam masyarakat berkait rapat dengan teori permodenan (modernization theory) yang secara umum berpegang kepada idea bahawa masyarakat kurang membangun akan mencorakkan pembangunan ekonomi mereka menurut bentuk pembangunan masyarakat moden Barat (Coughlin, 2001).
Beberapa tahun kebelakangan ini tokoh-tokoh sosiologi seperti Alex Inkles telah membuat formulasi yang lebih sistematik tentang teori konvergen dan mengkhususkan semula hipotesis utama dan andaiannya. Inkles berhujah, versi awal teori konvergen gagal membezakan elemen-elemen yang berbeza dalam sistem sosial yang mana ia merupakan satu permasalahan kerana elemen-elemen ini bukan sahaja berubah dalam kepantasan yang berbeza tetapi mungkin juga berlaku dalam arah yang bertentangan. Dengan terdapatnya situasi yang dikenali sebagai konvergen maka terdapat juga situasi yang berlawanan dengannya dikenali sebagai divergen. Oleh itu Inkles telah mengkhususkan bentuk-bentuk konvergen dan divergen yang berbeza dengan membahagikannya kepada beberapa bentuk iaitu:
1. Konvergen yang mudah, melibatkan pergerakan daripada kepelbagaian kepada keseragaman.
3. Konvergen merentasi perambangan berbanding dengan perubahan kepada perbezaan secara mutlak.
4. Laluan divergen ke arah konvergen, yang mana naik turun jangka pendek berada pada landasan atau keadaan devian dapat menjelaskan norma untuk kes yang lain.
5. Konvergen dalam ertikata perubahan yang selari yang mana semua bangsa bergerak ke arah yang sama dan sesetengah dimensi perubahan terus terpisah oleh jurang tertentu. Walaupun perubahan yang selari tidak mewakili konvergen yang sebenar tetapi ia konsisten dengan andaian utama teori konvergen.
Konvergen yang boleh dikatakan sebagai ‘menuju ke arah titik persamaan yang satu’ tidak hanya dibincangkan dalam disiplin seperti sosiologi sahaja tetapi turut dibincangkan oleh disiplin yang lain dengan melihat konsep konvergen daripada perspektif bidang mereka. Sebagai contoh ahli ekonomi pemasaran dan kepenggunaan melihat daripada sudut persamaan keluaran barangan seperti resepi yang sama atau sinergi dalam penjualan dan pemasaran barangan yang sama. Contoh, McDonald, Starbucks dan Coca Cola yang menembusi pasaran dunia dengan resepi dan rasa yang sama dianggap mencapai tahap konveregen (Ehrnreich,2000).
REALITI YANG MEMPERSONA: TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN PROSES KONVERGEN
Menurut Straubhaar dan LaRose ( 1996), transisi ke arah masyarakat berasaskan maklumat dipercepatkan melalui konvergen yang pantas antara komunikasi dan teknologi maklumat serta pertumbuhan dalam rangkaian bersepadu berkeupayaan tinggi yang membawa komunikasi dalam komputer secara digital. Secara teknikal proses konvergen ini melibatkan mikrocip, pendigitalan dan rangkaian.
Mikrocip kini menjadi satu alat yang berkuasa. Ia digunakan dalam kenderaan, peti sejuk, sistem stereo, ketuhar, kamera, peralatan perubatan, kapalterbang, televisyen dan lain-lain. Dalam tahun 1970an, komputer kerangka utama hanya menggunakan mikrocip yang mempunyai 1000 transistor. Menjelang tahun 1990an cip bagi komputer peribadi mempunyai jutaan transistor setiap satu. Pakar daripada Intel Corporation menyatakan jumlah transistor menjadi dua kali ganda setiap 18 bulan bagi satu cip. Perkembangan ini dianggap oleh Miller (1996) sebagai satu bentuk imperialisme oleh mikrocip.
Keupayaan kuasa pemprosesan mikrocip dengan harga yang semakin murah tetapi stabil telah menjadikan sistem digital secara agresif mengambil alih sistem analog. Pendigitalan bermakna pertukaran kepada kod mos elektronik menggantikan gelombang. Pendigitalan yang antara lain melibatkan penggunaan peranti yang dikomputerkan, dapat menstransmisikan apa sahaja. Selain daripada cip dan sistem digital, komputer di dunia secara mendadak dirangkaikan dengan berbagai rangkaian seperti alat gelombang mikro, satelit dan gentian optik.
Seurutan dengan penggabungan elemen-elemen teknikal yang asas, penggabungan juga telah dilakukan dalam konteks sistem, perkakasan, aplikasi dan jenis teknologi komunikasi. Satu penggabungan yang penting ialah penggabungan antara telekomunikasi dan komputer dikenali sebagai telemetic . Istilah telemetique atau telemetics mula diperkenalkan oleh sarjana Perancis pada tahun 1970an. Straubhaar dan LaRose (1996) memudahkan penggunaan istilah ini melalui istilah komunikasi media yang tidak terbatas kepada radio, television, filem, telefon dan komputer sahaja tetapi satu bentuk konvergen melibatkan video teks, rangkaian pintar, Internet, multimedia, media interaktif, ISDN dan sebagainya. Sistem telemetic merupakan proses dan transmisi data secara bersepadu sepenuhnya. Ia merupakan organisasi yang menghasilkan dan menyebarkan komunikasi yang digabungkan sebagai sebahagian daripada proses konvergen melalui satu konsep dikenali sebagai lebuhraya maklumat (Straubhaar, 1996:22).
Menurut Gatner Group Inc., Frost & Sullivan dan banyak lagi sumber-sumber oleh pihak industri telekomunikasi, penggabungan yang dikenali sebagai telemetik yang melibatkan rangkaian asas dan tanpa wayar ini dipusatkan untuk mencipta pasaran global yang baru. Kumpulan Gatner menamakannya sebagai konvergen Supranet . Supranet mengintegrasikan sekurang-kurangnya tiga bentuk media komunikasi ke dalam rangkaian interaksi iaitu e-world, p-world dan interaksi manusia sedunia. E-world meliputi peranti elektronik seperti komputer, telefon, radio dan television. P-world meliputi aspek fizikal seperti kertas, rumah, manusia dan kenderaan. Supranet melibatkan kesemua ini untuk mencipta pengalaman baru. Dengan teknologi tanpa wayar, Web secara dramatik dikembangkan menghubungkan dunia fizikal dan menghubungkannya dalam bentuk konvergen yang menyediakan sebarang keperluan kepada dunia perniagaan.
Implikasi daripada perkembangan ini ialah ia menjadi rangkaian utama dalam kehidupan, menstranmisi dan menerima maklumat melalui rantaian yang luas melambangkan ciri-ciri masyarakat bermaklumat.
Internet dianggap ciptaan terbaik abad ke 20. Jika dibandingkan dengan radio, sejak penemuan awal oleh J.C. Maxwell sehingga penghujung abad ke 20, teknologi radio tidak banyak berubah walaupun perubahan tetap berlaku seperti penggunaan sistem digital. Sebaliknya Internet , bermula daripada tahun 1970an, kemunculan World Wide Web (WWW) pada tahun 1989 dan penggunaan untuk tujuan perdagangan melalui kemunculan E-Commerce pada tahun 1997, telah mengalami banyak perubahan dan modifikasi hanya tidak sampai tiga dekad.
Internet yang diistilah sebagai ‘rangkaian terhadap rangkaian’ telah mencapai tahap konvergen dari segi teknikal dan aplikasi. Teknologi Internet menjurus kepada satu rangkaian tunggal yang beroperasi menghubungkan berjuta-juta komputer. Dari segi teknikal, Internet menggabungkan suara, teks, imej dan kini ‘objek’(sedang dalam proses pembangunan) dalam satu rangkaian yang sangat luas ke seluruh dunia. Dari segi aplikasi berdasarkan tiga fungsi utamanya iaitu e-mail, pemindahan fail dan ‘log in’ jarak jauh, Internet telah dimanfaatkan dalam berbagai bidang seperti e-mail, e-commerce (Business to business-B2B, Business to Consumer-B2C, Electronic data interchange-EDI, pemindahan pembiayaan, kad pintar, tunai digital dan sebarang rangkain perniagaan melalui teknologi digital), tele perubatan, realiti maya, on line journalism dan sebagainya.
Daripada perbincangan di atas, realitinya, teknologi komunikasi telah mewujudkan jalinan dan integrasi secara konvergen. Seperti yang telah dinyatakan ia tidak terbatas kepada proses konvergen terhadap aspek-aspek fizikal peralatan dan sistem komunikasi itu sahaja tetapi mempengaruhi proses konvergen kepada kehidupan manusia.
Namun di sebalik keadaan itu, sumber-sumber kadangkala menjadi kurang autoritatif dan professional. Keupayaan sebagai gate keeper yang menetapkan agenda untuk memimpin pendapat umum juga berkurang.
Ternyata proses konvergen melalui teknologi komunikasi dan maklumat mempunyai pengaruh dan kuasa yang sangat kuat ke atas kehidupan masyarakat manusia. Justeru itulah usaha-usaha untuk melakukan integrasi bagi meningkatkan keefisienan dan di samping niat yang ada dalam usaha mengawal sistem yang berkuasa ini dan seterusnya mengawal kehidupan manusia lain telah terjelma melalui usaha-usaha mewujudkan satu infrastruktur yang konvergen dikenali sebagai Global Information Infrustructure (GII). Idea ini mula diketengahkan di Eropah tetapi telah diusahakan dengan komited oleh pentadbiran Clinton melalui konsep National Information Infrastructure (NII).
Melalui kewujudan GII/NII ini, semua sistem dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat seperti telekomunikasi, radio, telvisyen kabel, televisyen, rangkaian kabel, satelit, Internet dan lain-lain cuba digabungkan dalam satu infrastruktur di peringkat nasional tetapi mempunyai rangkaian dengan seluruh dunia. Hasrat ini bukan kerana ia boleh menghasilkan perniagaan berjumlah 300 bilion dolar tetapi juga berkaitan dengan banyak bidang yang lain seperti ketenteraan, politik, ekonomi dan budaya. Menurut Miller (1996) mewujudkan infrastruktur maklumat global ini dapat meletakkan pengaruh Amerika seperti yang berlaku dalam muzik, video dan berita yang mana penduduk dunia melihatnya daripada kacamata Barat. Menurut beliau lagi “ A world wide communication system under U.S. leadership is seen as away of consolidating national influence in an uncertain policies.”
GLOBALISASI SEBAGAI IDEOLOGI BARU DAN PERKAITANNYA DENGAN PROSES KONVERGEN
Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi? Apakah perkaitannya dengan proses konvergen? Dan sejauhmanakah komunikasi berperanan merealisasikan kedua-dua konsep berkenaan?.
berbeza dan berada pada satu tempat yang jauh (Riley dan Monge, 1998). Istilah ini telah popular sejak 45 tahun yang lalu. Menurut Anthony Giddens (2000) pula, globalisasi boleh didefinisikan sebagai ‘ the intensification of worldwide social relations which link distant localities in such a way that local happenings are shaped by events occurring many miles away and vice versa”.
Kebanyakan teori globalisasi masa kini memfokus kepada peningkatan kadar kepantasan yang disemarakkan melalui inovasi dalam teknologi komunikasi dan rangkaian pengangkutan yang memampatkan masa dan ruang. Ia ditunjukkan melalui fenomena seperti komunikasi massa yang menjadi perantara, industri telekomunikasi global, sistem perbankan dan pasaran kewangan yang meluas, syarikat multinasional, organisasi bukan kerajaan bersifat antarabangsa dan masalah cuaca bersifat global (Riley dan Monge, 1998).
Pemikiran tentang globalisasi menunjukkan impian sesetengah kalangan tentang kewujudan masyarakat dunia yang satu yang mempunyai unsur kesamaan. Daripada perspektif sosiologi, masyarakat (society) wujud kerana perkongsian dan persamaan misalnya dalam budaya, yang berlaku kerana proses interaksi manusia atau komunikasi. Impian ini cuba dikaitkan dengan proses konvergen dan globalisasai dalam ertikata menjadikan masyarakat dunia sebagai satu masyarakat yang besar dan mempunyai kesamaan dikenali sebagai ‘world society’. Walau bagaimanapun usaha untuk mencapai tahap tersebut bukanlah suatu yang mudah kerana terlalu banyak perbezaan yang wujud. Pencapaian ke arah tersebut samada dalam konteks konvergen atau globalisasi mungkin berlaku dalam aspek-aspek tertentu sahaja. Oleh itu , walaupun dunia dikatakan menuju kearah globalisasi, ia masih menjadi perdebatan yang hangat di kalangan sarjana ataupun negarawan. Perdebatan berhubung dengan globalisasi melahirkan dua kelompok iaitu yang optimis dengan konsep tersebut dan yang mempersoalkan isu tersebut, melibatkan sarjana daripada Barat dan bukan Barat.
German Barat dan Timur sungguhpun berlaku perpecahan kepada Yugoslavia dan Czekoslovakia melalui kewujudan beberapa negara bangsa yang baru.
Dalam dunia yang nyata, unsur-unsur persamaan yang mengurangkan jurang komunikasi sememangnya telah wujud. Golongan korporat misalnya pada masa kini kebanyakannya berpakaian dan bertalileher dengan cara yang sama. Ia dianggap sebagai budaya korporat tidak kira daripada mana negara asal individu tersebut.
Dalam komunikasi interpersonal, konsep homopili dan hetropili mempengaruhi komunikasi antara individu. Semakin tinggi tahap homopili maka lebih mudah komunikasi berlaku. Dalam pendekatan konvergen perubahan daripada kepelbagaian (diversity) kepada kesamaan (uniformity) mempunyai keserupaan dengan apa yang dimaksudkan dengan homopili dan hetropili meskipun konsep ini jauh berbeza.
Namun begitu, ini bukan bermakna proses konvergen dan globalisasi yang diimpikan oleh kelompok ‘berideologi’ globalisasi dapat diterima oleh semua kalangan, kerana menurut pandangan sesetengah pihak, ada ketikanya sesuatu persamaan atau keseragaman adalah baik, sebaliknya pada ketika yang lain sesuatu perbezaan tidak boleh dielakkan. Selain daripada itu kelompok yang agak kritikal dengan globalisasi juga mempersoalkan adakah globalisasi yang diimpikan itu sebenarnya mewujudkan keseragaman dan persamaan yang tulus atau adakah ia merupakan suatu bentuk yang sering dibincangkan oleh ramai sarjana sebagai satu paradoks, hegemoni Amerika Syarikat atau penentangan terhadap identiti negara bangsa yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan budaya. Sikap yang kritikal terhadap globalisasi menjadi lebih ketara jika ia dikaitkan dengan nilai-nilai agama seperti pegangan yang ada pada umat Islam.
Selain daripada kritikan secara terus ke atas usaha mewujudkan globalisasi, kritikan juga dibuat terhadap kebenaran kesan globalisasi. Kesan globalisasai ke atas konvergen dikatakan amat kuat. Namun begitu terdapat kritikan terhadap tesis tentang kekuatan konvergen hasil daripada globalisasi yang mana ia sangat serius dibincangkan dalam sains sosial (Yeung, 2002).
Hollywood, MTV dan Internet. Namun begitu menurut Yeung (2002), banyak natijah daripada usaha yang boleh dihubungkan dengan globalisasi dan konvergen masih boleh dipersoalkan. Antaranya ialah:
1. Kewujudan aktiviti korporat masih gagal untuk mengubah ekonomi dunia kepada pengeluaran global yang tunggal.
2. Ketibaan budaya global melahirkan kesedaran mengenai perbezaannya dengan keadaan tempatan dan akhirnya wujud tidakbalas budaya. Aliran maklumat dipermudahkan oleh kecanggihan telekomunikasi dan teknologi pengangkutan tetapi kita masih jauh dengan budaya homogenous dalam konteks ‘global village’.
3. Ekonomi-politik daripada globalisasi tidak berupaya menghancurkan negara bangsa.
4. Globalisasi telah tiba-tiba dipandang sebagai ‘ideologi yang diperdebatkan. Apa yang dinyatakan oleh Yeung sebenarnya pernah ditimbulkan oleh beberapa sarjana yang lain. Konsep konvergen yang berkaitan dengan ‘global culture’ misalnya melalui ‘global media’ memang boleh mencapai tahap kematangan dari segi konsep atau teori. Sesuatu budaya yang dipelopori oleh sesetengah ‘penguasa’ media yang dominan seperti Amerika Syarikat boleh menjadi ikutan kepada sesetengah masyarakat di luar negara itu sepertimana berpengaruhnya filem Hollywood. Bagaimana pun seringkali bagi sesuatu masyarakat yang berhadapan dengan budaya tersebut, hanya sebahagian sahaja yang terpengaruh. Ini kerana terdapat pihak lain yang menganggap apa yang diterima adalah suatu budaya asing dan sebagai satu bentuk imperialisme. Ironinya, pandangan bahawa budaya media yang cuba diketengahkan secara global itu dianggap sebagai imperialisme budaya oleh sarjana-sarjana daripada Amerika atau Barat sendiri, bahkan ada diantara mereka yang mempelopori konsep-konsep tertentu seperti, imperialisme media, imperialisme maklumat, imperialisme siber dan sebagainya seperti yang dibincangkan dalam Culture in the Communication Age yang disunting oleh James Lull (2001).
mengembangkan proses pendemokrasian melalui perkongsian maklumat. Dalam konteks global, Internet boleh menjadi mekanisme menyebarkan idealisme pihak tertentu seperti Amerika Syarikat kerana keupayaannya menembusi sempadan negara lain. Sungguhpun begitu ia seolah-olah menjadi satu ilusi kerana kurang berkemampuan melebarkan pengaruhnya di sesetengah negara sehingga negara seperti ini dikritik sebagai masih tidak demokratik dan tradisional seperti yang dihuraikan oleh Deborah L. Wheeler (1998). Pandangan ini didasarkan daripada dasar negara seperti Kuwait yang berkuasa untuk melakukan penapisan unsur-unsur yang dianggap bercanggah dengan agama atau kehendak pemerintah.
Satu isu yang sangat penting dan sering dibincangkan jika dikaitkan dengan globalisasi ialah isu negara bangsa. Satu elemen daripada lima elemen sesebuah negara bangsa ialah kedaulatan. Proses globalisasi sering dianggap aspek yang mencabar kedaulatan sesebuah negara. Isu-isu lama yang belum ada jalan penyelesainnya seperti penjajahan maklumat, maklumat berat sebelah, penyembunyian maklumat, imperialisme media kini menjadi satu pakej dalam isu globalisasi yang mencabar kedaulatan sesebuah negara. Apa yang nyata konsep ‘global village’ kini menjadi tentangan kepada ‘negara bangsa’. Justeru itu ramai sarjana terutama daripada negara membangun mula melaungkan konsep seperti yang dikemukakan oleh Nair (1996) “we will communicate not as global citizens but as citizens nation”.
Daripada perbincangan di atas ternyata bahawa komunikasi dan globalisasi membolehkan wujudnya keadaan yang konvergen. Keyakinan seperti ini didokong kuat oleh kelompok yang mengimpikan globalisasi menjadi satu realiti. Sungguhpun begitu, disebalik keupayaan itu, jurang yang mendalam tetap berlaku disebabkan polarisasi yang dicorakkan oleh perbezaan ekonomi, ideologi, agama dan budaya.
kemunculan Internet sebagai fenomena sosio-ekonomi yang utama pada tahun 1990an melahirkan aspek yang lain mengenai globalisasi yang memberi kesan kepada masyarakat konvergen(Coughlin, 2001)
KESAN NEGATIF KE ATAS BUDAYA
Sejak dari awal lagi sebelum kemunculan teknologi maklumat, komunikasi massa dilihat oleh banyak teori samada sebagai alat dalam proses penjanaan sosial dan pengawalan atau berpotensi mengancam budaya dan nilai sosial. (McQuail, 2000). Selain daripada sumbangan dari segi penyebaran maklumat terdapat kesan lain ke atas masyarakat iaitu pengasingan, anomia, penyimpangan sosial dan peningkatan konflik yang tidak fungsional serta persaingan. Kesan ini sangat nyata terutama dikalangan remaja dan kelas pekerja dengan mempromosikan gratifikasi individu, kemalasan dan rangsangan ke arah seks atau salahlaku yang lain (McQuail, 2000). Pada masa ini teknologi komunikasi dan maklumat yang mempunyai kuasa yang lebih hebat bertanggungjawab mengkormesialkan budaya pop melalui imej produk seperti yang terdapat dalam filem cereka, majalah, muzik, television, Internet dan sebagainya. Logo Coca Cola, seluar Levi’s, McDonald, KFC menembusi dunia global. Ia menjadi satu bentuk industri dikenali oleh pengamal media sebagai industri budaya . Negara yang dikaitkan dengan fenomenon ini ialah Amerika Syarikat.
Sungguhpun begitu, pada masa ini terdapat dua kelompok utama sarjana komunikasi yang melihat kesan media atau teknologi komunikasi. Memang terdapat percanggahan dan perdebatan mengenai kesan media atau kesan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) ke atas manusia.
Syarikat dan 49 peratus untuk program yang dieksport. Tujuhbelas peratus ialah jenayah dan siri aksi bagi program dalam negara dan 46 peratus bagi program yang dieksport (Hamid Mowlana, 1997). Ini menjadikan Gerbner kurang disenangi oleh pengamal media dan sesetengah sarjana komunikasi Amerika Syarikat.
Kelompok kedua pula antara lain melihat kesan media adalah terhad. Selain dari itu sesuatu tingkahlaku budaya itu tidak dipengaruhi oleh media sebaliknya oleh unsur yang lain. M.Elasmar dan J. Hunter (1997) melalui kajian mereka menyanggah teori imperialisme budaya dengan hujah mereka bahawa pendedahan sebenar media dipengaruhi oleh pengetahuan, kepercayaan, sikap, atau tingkahlaku individu penonton dan tidak melalui jalan lain disekeliling mereka kerana penonton bukannya penerima yang pasif terhadap program yang disiarkan. Satu teori yang berkaitan dengan kajian budaya (cultural studies) dan agak popular dalam analisis mengenai komunikasi massa ialah teori active audience yang menganggap khalayak adalah aktif dan tidak pasif dalam memilih atau menerima mesej media.
Di Malaysia perbahasan yang sama tentang kesan media juga turut berlaku di kalangan sarjana komunikasi. Wang Lay Kim (1997) misalnya mengkritik kajian Md Salleh Haji Hassan (1993), Shawaluddin Anis, Rahmah Hashim (1991), Mohamad Md. Yusof (1991) dan Noor Bathi Haji Baharudin (1998) mengenai khalayak. Kim menganggap semua kajian ini lemah dari segi epistemologi dan teori dan terikat dengan paradigma lama tentang kesan media ke atas khalayak.
aktiviti kehidupan manusia moden. Bahkan konsep information society bertitik tolak daripada perkembangan-perkembangan tersebut.
Berpandukan kepada definisi tentang budaya samada oleh Raymond Williams atau Clifford Geertz, budaya wujud kerana proses transmisi simbol dan makna untuk membentuk pengetahuan dan sikap terhadap kehidupan. Teknologi komunikasi atau media tampaknya menjadi medium yang sangat berkuasa mentransmisikan apa sahaja mesej dan maklumat kepada sesiapa sahaja yang menerima mesej atau maklumat tersebut. Jika tidak dengan sebarang kesan seperti yang dirumuskan oleh sajana komunikasi tentang kesan komunikasi, apakah maknanya teknologi komunikasi atau media menghantar pelbagai mesej untuk mempengaruhi pengguna membeli sesuatu barangan melalui iklan, menyebar propaganda, membentuk, merombak dan memperkukuhkan budaya masyarakat sedangkan kos membina hardware dan software menelan belanja yang sangat besar berbanding dengan pemupukan melalui proses sosialisasi keluarga yang tidak memerlukan modal walaupun memakan jangkamasa yang lama sehingga sesuatu nilai dan kepercayaan itu tertanam dengan kukuh dalam diri setiap individu? Secara psikologi dan kerana kepercayaan terhadap kesan media, teknologi komunikasi dan teknologi maklumatlah maka kita dapat melihat banyak pembiayaan untuk kajian di Amerika Syarikat adalah tertumpu kepada kesan media (positif atau negatif). Bertolak dari premis ini esei ini cuba memfokuskan beberapa kesan ke atas budaya iaitu imperialisme budaya, budaya siber dan budaya haibrid hasil kesan penyebaran melalui teknologi komunikasi, media atau maklumat.
Imperialisme budaya
Teknologi komunikasi dan maklumat termasuk media dilihat oleh para sarjana seperti Raymond Williams sebagai alat yang mencipta masyarakat baru dan keadaan sosial yang baru. Apabila sistem komunikasi ini berintegrasi didalam sistem masyarakat melalui proses inovasinya yang semakin canggih ia melahirkan perlumbaan kearah mendominasi di satu pihak dan perjuangan menghadapi dominasi di pihak yang lain. Dalam masyarakat antarabangsa fenomena ini diistilahkan sebagai imperialisme.
perbahasan tentang imperialisme budaya atau media yang timbul pada masa lalu. Memang terdapat banyak sarjana berbicara mengenai imperialisme budaya dan media seperti Dorfman, A How to read Donald Duck: imperialist ideology in the Disney (1975), A. Mattelart Multinational corporations and the control of culture: The Ideological appatuses of imperialism (1979), J. Tomlison Cultural imperialism: A Critical
Introduction, A. Wells Picture-tube imperialism/ The Impact of Us television on Latin America dan lain-lain. Bagaimanapun tokoh utama yang sering membicarakan isu mengenai imperialisme budaya atau media ialah Herbert Schiller Professor Emeritus bidang komunikasi di Universiti Carlifornia. Menurut beliau imperialisme budaya ialah “ the sum of the processe by which a society is brought in to the modern world system and how its dominating stratum is attracted, pressured, forced, and sometimes bribed into shaping social institutions correspond to, or even promote, the values and structures of the dominating center of the system. (Herbert Schiller, 1976).
Isu berkaitan imperilaisme budaya terutama dalam tahun 1970an kebanyakannya berasaskan paradigma kritikal yang mengaitkan hubungan Timur-Barat yang menunjukan ketidakseimbangan dalam komunikasi global (McQuail,2000). Dalam era ini hingga pertengahan tahun 1980an, Amerika Syarikat dilihat sebagai pemusnah budaya dunia dan ekonomi media sedunia. Menurut Schiller, jentera ketenteraan Amerika adalah yng terbesar di muka bumi ini. Begitu juga maklumat ( berita dan servis data), budaya pop (filem, tv, muzik, taman tema), dan bahasa Inggeris sendiri berterusan mendominasi ruang budaya, secara tidak langsung atau atau melalui peniruan (Schiller, 1993). Bagi Herbert Schiller dominasi Amerika ini merupakan plot untuk menakluki dunia ( Ogan,2002).
maklumat dan propaganda dengan label moden yakni masyarakat Barat, yang kemudiannya menyuburkan nilai-nilai seperti hedonisme, relativism moral, sekularisme, materialisme, individualisme dalam pelbagai sistem kehidupan bagi pihak komunikator media dan khalayak (McQuail,2000).
Budaya siber
Dengan konsep langit terbuka (open sky) dan masyarakat terbuka (open society) teknologi komunikasi dapat menembusi sebuah negara lain dengan mudah. Negara penerima akan menghadapi kesukaran untuk menapis sebarang mesej dan maklumat, nilai-nilai budaya asing, propaganda yang boleh menjejaskan aspirasi mereka. Tidak banyak boleh dilakukan kecuali melalui beberapa langkah tertentu. Potensi tentang keupayaan atau kekuasaan melalui teknologi komunikasi ini sudah disedari oleh banyak kalangan khususnya di negara maju sejak 1970an sebelum kewujudan Internet untuk pihak awam lagi sepertimana yang dinyatakan oleh bekas pengarah United States Information Agency Leonard Marks “ Moreover, they will be effectively beyond the reach of the traditional forms of cencorship and control. The only way to “cencor’ an electronic network moving…648 million bits per scond is literally to pull the plug. The international extension of electronic mail transmission, data-packet networks and
information-bank retrieval systems in future years will have considerably more effect on national cultures than any direct broadcasting systems. Our strategy will have to take this into consideration. (dipetik dari Herbert Schiller, 1976).
Keupayaan seperti yang dinyatakan itu kini telah terselah seperti yang ditonjolkan oleh keupayaan Internet. Kesannya telah timbul satu budaya baru yang dipengaruhi oleh perkembangan ini dikenali sebagai budaya siber (cyberculture) atau budaya maya (virtual culture). Ia juga menjadi bahan kajian dan perbincangan oleh para sarjana kerana kesannya secara global melahirkan bentuk-bentuk budaya yang lain seperti budaya siber popular (pop cyberculture), penjajahan siber, sex siber, cyborg dan sebagainya (Bell dan Kennedy, 2000).
““For virtually no cost, people can communicate between remote corners of the globe. Old friends have been reunited. Strangers have become friends. Grand parents have watched grandchildren grow through weekly pictures. Researchers have shared insights. Business have improved
productivity. Chat rooms have allowed aficionados or everything from hieroglyphics to tofu to Dalmatians to find each other. Instant message is just plain fun.”
Pandangan di atas dapat memberi gambaran tentang proses konvergen secara teknikal melalui Internet.. Sungguhpun begitu selain kesan positif , Internet juga dianggap boleh membawa kesan negatif dalam aspek budaya. Internet juga telah membentuk budayanya sendiri dan seterusnya memberi kesan kepada keseluruhan budaya masyarakat. Masyarakat Barat sendiri melihat secara prihatin dan berasa bimbang Internet akan mengubah corak budaya masyarakat mereka terutama dalam konteks terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan. Dalam ucapannya, Eisner telah menimbulkan beberapa isu antaranya ialah penggunaan bahasa komunikasi. E-mel telah menukar penggunaan bahasa yang sedia ada kepada cara yang lebih ringkas misalnya perkataan ‘you’ ditukar kepada ‘U’. Ia dianggap komunikasi yang terlalu cepat berbanding komunikasi manusia yang bersifat tradisional yang memerlukan jangkamasa yang panjang bagi mencapai tahap kemahiran seperti, bagaimana untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas yang sudah tentu berbeza dengan komunikasi yang dilakukan dengan ketua atau keluarga. Beliau memberi contoh, semasa peperangan di antara pihak Utara dan Selatan di Amerika pun, surat daripada pihak musuh ditulis dengan bahasa yang teratur dan terhormat. Di Malaysia keadaan seperti itu semakin ketara apabila nilai-nilai kehalusan Bahasa Melayu mula tercemar dengan bahasa E-Mail atau SMS yang bercampur aduk. Ia membudaya di sekolah dan dalam hubungan sosial terutama di kalangan remaja.
Mereka telah memilih empat kumpulan diskusi bertemakan sex iaitu Seks Melayu Satu, Melayu Comel, Citer Seks Melayu dan Malaysia Seks. Daripada 191 responden yang dikaji, mereka mendapati, kumpulan yang terjerumus dengan seks siber ini kebanykannya lelaki Melayu berumur 20 hingga 30 tahun dengan pendapatan antara RM3,500 hingga RM4,500 sebulan, menunjukkan mereka adalah dari kalangan berpendidikan tinggi iaitu 75 peratus ialah lepasan diploma ke atas yang mana hampir 43 peratus mempunyai ijazah pertama (Syamsul dan Mohd Sobhi,2003).
Budaya Kacukan (Hybrid)
Teknologi komunikasi dan maklumat masa kini juga telah menjadi saluran tersebarnya sejenis budaya yang dikenali sebagai budaya kacukan atau ‘hybrid’. Budaya haibrid ialah adunan dua budaya dalam satu bentuk yang baru. Ia seperti campuran bahan-bahan masakan yang menghasilkan satu jenis makanan baru di dalam suatu bekas. Persoalan tentang budaya haibrid dikaitkan juga dengan glokalisasi (glocalization). Isu budaya haibrid kini menjadi tarikan kepada sarjana media sebagai kajian kerana ia menampilkan ciri-ciri budaya yang baru yang berlainan daripada mana-mana budaya yang asal.
Saya berpendapat, suatu yang boleh dikaitkan dengan budaya haibrid yang disebarkan oleh teknologi komunikasi, media dan ICT masakini yang menguasai dunia hiburan ialah tahyulisme. Tahyulisme yang dipaparkan melalui teknologi komunikasi merupakan kacukan antara pemikiran tahyul yang berkaitan makhluk asing dan syaitan dengan kehidupan manusia masalalu, kini dan masa akan datang. Jika dahulu filem fiksyen sains dan cowboy menguasai skrin media, komik dan sebagainya kini masyarakat Barat yang dikatakan berpegang kepada sesuatu yang rasional dan objektif mengenepikan pegangan itu demi keuntungan dan hiburan melalui cerita-cerita seperti Harcules, Xena, Beast Master, Sinbad, Conan iaitu cerita-cerita bercorak tahyul berkaitan masyarakat
teknologi komunikasi dan maklumat ini, boleh dikaitkan dengan proses konvergen pentahyulan di peringkat global.
Budaya haibrid ini dibimbangi akan mewujudkan unsur-unsur sinkratisme yang berkaitan dengan keagamaan. Sinkratisme ialah satu proses penindanan (superimpose) kepercayaan lain ke dalam agama. Dalam masyarakat Jawa di Indonesia tradisi Hindu-Jawa telah disinkratiskan ke atas agama Islam. Menurut Clifford Geertz masyarakat Jawa boleh dibahagikan kepada abangan, priyayi dan santri . Klasifikasi ini telah menimbulkan istilah yang lain seperti Islam abangan atau Islam santri. Masyarakat priyayi ialah golongan elit yang berpegang kuat kepada status mereka dalam masyarakat yang terbentuk sejak zaman tradisi Jawa. Golongan abangan ialah golongan bawahan yang mengamalkan amalan Hindu-Jawa yang dicampuradukkan dengan Islam. Islam dalam amalan masyarakat ini hanya berupa upacara ritual seperti slamaten. Golongan ini dianggap mempunyai kepercayaan yang tipis tentang Islam dan lebih cenderung kepada amalan tradisi Hindu-Jawa. Golongan santri pula selalunya dikaitkan dengan orang Islam yang kuat dari segi keagamaan dan sebahagian besar peniaga Jawa di kawasan bandar ialah golongan ini. Kita tidak dapat menidakkan seratus peratus penelitian Geertz kerana kewujudan kelompok masyarakat seperti di Jawa terutama sebelum era tujuh puluhan sebenarnya suatu realiti, walaupun mungkin banyak sarjana Indonesia kurang bersetuju dengan pembahagian Geertz seperti yang termuat dalam karyanya Religion of Java (1960) disebabkan beliau tidak berhak menentukan kelompok keimanan sesuatu masyarakat.
sebagai agen sosialisasi kerana boleh dikatakan setiap rakyat di negara ini berhadapan dengan media dalam jangka masa yang panjang.
KONVERGEN, GLOBALISASI, DAN DUNIA ISLAM
Sebahagian perbincangan di atas, didasarkan kepada pandangan sarjana Barat sendiri mengenai kesan konvergen dan globalisasi hasil penyebaran dan penyuburan melalui teknologi komunikasi samada ke atas masyarakat mereka sendiri atau masyarkat antarabangsa yang sudah tentu tidak dianggap berdasarkan sentimen ke atas dunia Barat. Perbahasan yang kritikal terhadap fenomena yang dibincangkan di atas juga sangat kuat di kalangan sarjana dari negara-negara Selatan khususnya daripada Amerika Latin atau Asia selatan.
Dunia Islam mempunyai pendirian yang sama dalam kes ini, kerana secara psikologi kesan penetrasi budaya Barat amat dirasakan berlaku ke atas masyarakat Islam. Tanpa sebarang prejudis dan penolakan ke atas pembangunan dalam teknologi komunikasi, bagi masyarakat Islam, proses ke arah konvergen dan globalisasi tidak lain tidak bukan adalah satu cabaran yang telah sekian lama cuba ditangani, kerana ummat Islam sering menerima kesan atau tamparan yang hebat daripada banyak perubahan yang dilakukan terutama oleh Amerika Syarikat.
Bagaimanapun untuk menganalisis proses konvergen dan globalisasi melibatkan budaya ke atas dunia Islam, tiga aspek utama boleh dijadikan asas iaitu pertama, penerimaan umat Islam dalam proses konvergen dan globalisasi. Kedua pengalaman yang dilalui oleh umat Islam dalam proses ini dan ketiga pendirian atau pegangan Islam sendiri terhadap perubahan yang berlaku. .
media seperti Rupert Murdoch (Australia) dan Ted Turner (Amerika Syarikat) yang menguasai industri media di peringkat global sperti CNN, dalam dunia Islam juga telah lahir beberapa tokoh yang seakan-akan kedua penguasa tersebut. Putra Al-Walid misalnya memiliki rangkaian television Arab (Arab Radio and Television-Art) yang berpusat di Averzzano, Itali. Beliau pernah membuat satu ungkpan berbunyi “Murdoch attacks from the North, we shall counter attack from the South”. Selain daripada Art , Putra Fahd melalui koloborasi dengan BBC, telah mewujudkan Orbit TV yang mempunyai peralatan ultramoden yang memancarkan siarannya melalui satelit ke negara Arab menerusi 28 salurannya. Arab Saudi juga membiayai Middle-East Broadcasting Center (MBC) berpusat di London yang mana siarannya dipancarkan melalui satelit ke dunia Arab dan 10 negara Eropah. MBC menyiarkan rancangan berita yang mempunyai kualiti seperti CNN selaian pelbagai rancangan seperti dokumentari, siaran langsung solat, bacaan al-Quran dan upacara agama (Farhangi, 1998).
Malaysia tidak terkecuali daripada proses penerimaan ini. Kewujudan MSC atau MIMOS serta peranan syarikat seperti Maxis, Telekom, Sistem Telivision Malaysia Berhad (STMB), NTV7, ASTRO menunjukkan Malaysia antara negara Islam yang agresif yang sanggup melabur dalam jumlah yang banyak untuk membangunkan infrastruktur ini. Malaysia juga telah mempunyai satelit sendiri seperti MEASAT, Tiongsat serta agresif dalam penggunann teknologi terkini dalam sistem telekomunikasi seperti telefon mudah alih yang canggih. Malaysia juga menjadi pasaran yang sangat berpotensi bagi teknologi-teknologi komunikasi terkini. Ini menunjukkan, pada dasarnya negara-negara Islam termasuk Malaysia tidak terkecuali daripada ambang proses konvergen dan globalisasi yang pada satu masa nanti akan menjadi sebahagian daripada masyarakat bermaklumat yang mempunyai ciri-ciri budaya yang tersendiri.
Inilah yang menjadi alasan kepada sarjana yang menyanggah konsep imperialisme budaya. Dalam tahun 1990an lahir beberapa kalangan yang berhujah bahawa, dominasi Amerika Syarikat dalam industri teknologi komunikasi bukanlah satu bentuk imperialisme. John Tomlison misalnya, menganggap tiada pembuktian tentang perkara tersebut terhadap budaya kerana bukti yang diberikan lebih bersifat ekonomi. Begitu juga seperti yang dibahaskan oleh Claude-Jean Bertrand Profesor Tamadun Amerika berbangsa Perancis di Universiti Paris. Beliau beranggapan, imperialisme sebenar ialah pencerobohan secara fizikal. Apa yang dibawa oleh industri media Amerika bukanlah satu bentuk imperialisme budaya kerana orang tidak pernah mempertikaikan pengaruh budaya Greece, Islam, India atau Cina ke atas masyarakat lain. Selain daripada itu, semua bentuk industri budaya media diterima oleh sesuatu masyarakat tanpa paksaan bahkan dipelopori oleh masyarakat yang menerima itu sendiri. Bertrand menyatakan “mass culture is largely a creation of the America commercial media, whose purpose is not to serve an elite but to satisfy consumer”. Beliau menambah “The media, especially the cinema followed by television, have used America ideology to elaborate a mythology that the whole world has enjoyed – from Buffalo Bill to Mickey Mouse and Superman”. Bagaimanapun banyak kalangan di dunia Islam tetap menganggap penyebaran melalui proses penerimaan tetap berupa penjajahan budaya sebagai sebahagian daripada penjajahan atau serangan pemikiran. Ia memberi kesan yang membentuk pelbagai masalah kegamaan dan budaya seperti budaya materialisme, konflik budaya, dan dekaden terhadap nilai-nilai murni. Kebimbangan misalnya telah lama dirasai tentang kemungkinan merebaknya pemberontakan remaja (tennage rebellion) yang telah berlaku di Barat yang mana keluarga mula diketepikan dan sikap menghormati orang tua mula terhakis.
Barat – oleh itu ia turut memberi kesan kepada masyarakat Islam (dan juga Malaysia). Dalam pengalaman yang lepas didapati proses konvergen dan globalisasi telah dipersoalkan terutama dari segi keseimbangan dan perkongsian. Ini termasuklah dari segi keadilan dalam penyebaran maklumat. Ini kerana maklumat bukan terbatas kepada kuantiti yang secara mudah dapat diakses tetapi juga bergantung kepada kualiti, keadilan dan kebenaran. Apa yang dapat dilihat, maklumat sesuatu pihak yang tersebar di seluruh dunia kadangkala bukanlah suatu yang tepat, benar atau adil. Dalam isu Islam sendiri, ia menghadapi pelbagai fitnah dan salah anggap kerana sifat prejudis dan kempen daripada pedagang-pedagang maklumat di seluruh dunia. Walaupun masyarakat industri kini sudah menuju ke arah masyarakat bermaklumat, tidak nampak apa yang dikatakan masyarakat maklumat itu sebagai satu usaha memahami sebenar-benarnya budaya masyarakat lain. Sebagai contoh memahami ajaran Islam dalam ertikata yang sebenarnya seperti hakikat bahawa budaya masyarakat Islam bukanlah budaya defensif yang mudah diporak porandakan atau budaya Islam berteraskan sifat agresif yang memungkinkan konflik. Sebaliknya, seperti yang dinyatakan oleh sarjana komunikasi Barat sendiri apa yang berlaku masakini ialah wujudnya unsur-unsur berat sebelah. Terdapat usaha memahami budaya orang lain tetapi ia sekadar seperti untuk tujuan perniagaan sahaja dan bukannya cuba memahami tamadun atau budaya orang lain secara menyeluruh. Ini adalah kerana dominasi merupakan agenda utama masyarakat yang lebih maju khususnya di bidang teknologi komunikasi. Oleh itu timbul persoalan, apakah mungkin berlaku proses konvergen berdasarkan budaya sejagat yang murni secara global? Atau ia lebih kepada pembudayaan masyarakat menurut hegemoni dan kehendak Barat sepertimana mereka inginkan satu sistem demokrasi bagi setiap negara di dunia tetapi dalam keadaan yang lain mereka mula menunjukkan sifat-sifat kediktatoran kerana kuasa yang mereka ada sehingga sanggup mengenepikan pandangan majoriti masyarakat dunia.
Budaya kapitalis tidak pernah memikirkan soal agama kerana gereja sendiri boleh diperdagangkan sebagai properties yang setakat ini belum pernah berlaku dalam masyarakat lain khususnya Islam yang akan menjual masjid-masjid mereka sebagai properties.
Daripada contoh di atas tampak jelas pihak yang menguasai bidang teknologi komunikasi pada masa kini samada kuasa dalam negara seperti Amerika atau kapitalis media, banyak menimbulkan pengalaman yang menyingggung hati ummat Islam seperti memperlekeh serta meminggirkan kebenaran di pihak lain melalui cirri-ciri etnosentrisme yang ada dalam diri mereka. Tindakan ini tidak ubah seperti imperialisme di masa lalu yang menggunakan ketenteraan atau melalui pencerobohan terus ke wilayah masyarakat daripada budaya yang lain. Ia berlaku kadang-kadang tanpa disedari sehingga lahir kelompok xenosentrisme yang menganggap budaya atau barangan orang asing (Barat) adalah lebih baik dalam segala hal atau Amerika lebih baik dari Sepanyol, Amerika jauh lebih bertamadun dari orang Mexico, Britain lebih baik dari Greece, orang Eropah lebih menghargai masa berbanding dengan Islam atau Arab, atau budaya orang Melayu yang menonjol ialah amuk sehingga ia menarik minat ahli antropologi untuk mengkajinya berbanding aspek budaya Melayu yang lain yang unik dan tidak dimiliki oleh orang Barat kerana nilai-nilainya yang begitu murni.
Pengalaman ini banyak menimbulkan keraguan kepada budaya berfikir umat Islam yang hilang kepercayaan bahawa kuasa-kuasa yang mendominasi mempunyai sikap terbuka yang boleh mewujudkan perkongsian yang sihat di kalangan semua bangsa di dunia dengan sikap rasional mereka. Keyakinan bahawa sifat manusia sebagai haiwan rasional seperti yang dinyatakan oleh Aristotle dan dipegang kuat oleh masyarakat Barat itu sebenarnya menabiri emosi dan kesakitan jiwa mereka kerana apa yang tampak masyarakat yang mengagungkan rasionaliti itulah yang sebenarnya banyak membunuh dengan berselindung di sebalik tutur kata yang lembut di hadapan lensa kamera.
yang awal, informasi bukanlah komoditi tetapi imperatif moral dan etika’. Apabila lahirnya masyarakat bermaklumat (information society) yang sudah tentu mempunyai ciri-ciri budayanya yang tersendiri ia menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat Islam iaitu masyarakat bermaklumat sepertimanakah yang sepatutnya wujud di persekitaran umat Islam. Sejauhmanakah masyarakat Islam dapat menurut pada garis yang sama sedangkan dalam Islam maklumat tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya? Apakah batas dalam penyebaran maklumat? Kesemua ini menjadi cabaran kepada umat Islam yang kuat berpegang kepada moral dan akhlak. Ini berbeza dengan pihak yang Barat yang tidak membataskan sebarang maklumat untuk diperdagangnkan kecuali yang bersifat rahsia misalnya maklumat ketenteraan. Dengan sebab itu dalam konteks ke arah masyarakat bermaklumat hari ini maklumat tidak kira bertentangan dengan nilai-nilai budaya/agama atau tidak seperti unsur-unsur yang lucah boleh disebarkan atas dasar kebebasan misalnya pandangan bahawa pornografi dalam Web adalah perlu kerana “Web is ‘amazing sex toy for people to become sexually informed and satisfied individual’(lihat dalam David Gauntlett,2000).
PENUTUP
Dunia sedang menuju perubahan yang sangat besar antaranya kerana kehebatan teknologi komunikasi dan maklumat, melalui proses konvergen dan globalisasi. Teknologi komunikasi dianggap sebagai salah satu agen yang penting yang memainkan peranan dalam mengubah budaya masyarakat. Sungguhpun begitu sejak daripada wujudnya komunikasi yang tradisional hingga kemunculan teknologi maklumat dan virtual, isu kesan negatif ke atas budaya dibincangkan sehingga tampak tidak akan ada kesudahnnya. Kelompok yang menjadi sasaran ialah yang berkuasa menguasai media di peringkat global seperti Amerika Syarikat. Memang disedari bahawa budaya dan corak hidup Barat ditonton setiap hari oleh masyarakat antarabangsa. Jika tidakpun dikategorikan sebagai ‘lucah’ setiap hari masyarakat antarabangsa disogokkan dengan budaya yang memaparkan pendedahan buah dada wanita Barat, minuman keras, jenayah, sex bebas, perjudian, budaya tahyul dan sebagainya. Biar apapun hujah atau teori atas alasan kemodenan, rasionaliti, individualisme, kebebasan, perniagaan, hiburan, masyarakat terbuka, langit terbuka, kehendak majoriti, memang disukai, human being, ataupun ia sebenarnya imperialisme budaya atau tidak, ia tidak menjadi soal kerana kesemua unsur negatif yang terdapat dalam teknologi komunikasi dan maklumat khususnya media dan Internet bercanggah dengan budaya, nilai, dan tuntutan yang Maha Pencipta.
Justeru itu isu kelahiran budaya sejagat melalui konvergen dan globalisasi menjadi satu persoalan besar dalam kepelbagaian budaya dan agama masyarakat dunia. Hanya mereka yang tidak waras sahaja yang akan menganggap budaya yang ‘merosakkan’ itu harus melalui proses konvergen melalui budaya yang disinkronaiskan untuk merealisasikan proses globalisasi bagi membentuk dunia yang mempunyai nilai yang sejagat walhal kesejagatan itu harus berteraskan kepada keimanan kepada Allah S.w.t.
RUJUKAN
Nair, Baskaran, 1996. “Preserving National Soverignty in a Global Village”. Media Asia. 23(4)
Bell, D. and Kennedy, B.M.2000. The Cybercultures Reader. London:Routledge
Braun, W. and Warner, M., 2002. “The ‘culture-free’ versus ‘culture-specific’
management debate” in. Warner, M. and Joynt, P. eds. Managing Across Culture. London: Thomson Learning.
Coughlin, Richard M.,2001. “Convergence Theories” in Borgatta, Edgar F. and Borgatta, Marie L.eds. Encyclopedia of Sociology from http://www.htm 3.11.2003.
Bertrand, Claude-Jean 2000. “American Cultural Imperialism: A Myth? In Emery, M.C.and Smythe, T.C. (Edt) Readings in Mass Communication: Concept and Issues in the Mass Media. Dubuque: WCB.
De Fleur, M.L. dan Ball-Rokeach, S., 1988. Teori Komunikasi Massa.. terjemahan. Kuala Lumpur: DBP.
Elasmar, M. and Hunter, J., 1997. “The Impact of Foreign TV on a Domestic Audience: A Meta-Analysis” in Burleson, B. (Edt.) Communication Yearbook, 20. Thousand Oaks: Sage. pp 47-69.
Ehrnreich, Hugo, 2000. “The Globalization Paradox”. Financial Times. December 21 from http://www. The globalization 3.11.2003.
Farhangi, S. Ghaffari, 1998. “ The Era of Global Communication as Perceived by Muslims”. Gazette. 60(4). pp.267-280.
Gauntlett, D. 2000. Web .studies: Rewiring Media Studies for Digital Age. London: Arnold.
Giddens, A., 2000.”Dimensions of Globalisation” in Seidman, S. and Alexander, J.C. (Edt.)The New Social Theory Reader: Contemporary Debates. London: Routledge.
Hamid Mowlana, 1993.”New Global Order and Cultural Ecology” in Nordenstreng, K. and Schiller, H.I. (Edt.) beyond National Soverignty: International
Communication in the 1990s. New Jersey: Alex Publishing. Pp.394-417.
Hemant Shah, 2003. Media Globalization, Journalism, and the Peoples Communication Charter. http://www.media.globalization.3.11.2003
Lull, James, 2001. Culture in the Communication Age. London: Routledge.
McQuail, Denis, 2000. Some Reflections on the Western Bias of Media theory. Asian Journal of Communication 10(2) pp. 39-52
Miller, S.L., 1996. Civilizing Cyberspace: Policy, power, and the Information Superhighway. New York: Addison-Wesley.
Ogan, C.L., 2002. “Communication and Culture” in Yahya R. Kamalipour (Edt.) Global Communication. Belmont: Wadsworth. Pp 207-228.
Reich, Simon, 1998.”What is Globalization”. Working Paper Series Kellogg Institute for International Studies University of Notre Dame.
Riley, P. and Monge, P.R., 1998. “Communication the Global Community”. Communication Research. August. 25(4). pp. 356-358.
Schiller, H.I., 1976. Communication and Cultural Domination.New York: M.E. Sharpe.
Schiller, H.I, 1993. “The Context of Our Work”. in Nordenstreng, K. and Schiller, H.I. (Edt.) beyond National Soverignty: International Communication in the 1990s. New Jersey: Alex Publishing. Pp.394-417.
Straubhaar, J. and LaRose, R., 1996. Communication Media in Information Society. Belmont: Wadsworth.
Syamsul Anuar dan Mohd Sobhi, 2003. “Ketagihan Seks siber Di Kalangan pengguna Internet Malaysia yang bekerja” Kertas Kerja symposium Penyelidikan
Komunikasi Ke-8. UKM Bangi 19-20 Ogos 2003.
Waisbord, S., 1998. “When the Cart of Media Is Before the Horse of Identity: A Critique of Technology-Centered Views on Globalization”. Communication Research. 25(4) August. pp 377-389.
Wang Lay Kim, 1997. “Memikir Kembali Kesan Media di Ambang abad 21” Jurnal Komunikasi. Jilid 13 dan 14.pp. 1-18
Wheeler, Deborah L., 1998. “Global Culture or Culture Clash: New Information Technologies in the Islamic World – A View From Kuwait” Communication Research.
Yeung, H. Wai-Chung, 2002. “Globalization” in. Rogers, A. and Viles, H.. eds. The Student’s Companion to Geography. Oxford: Blackwell.
Ziauddin Sardar, 2000. “Alt.Civilizations.Faq: Cyberspace as the darker side of the West”. In Bell, D. and Kennedy, B.M. (Edt.) The Cybercultures reader. London: Routledge.pp 732-752
BIODATA