• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Faktor faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kecil MARA di

Negeri Perlis

Suhaini Binti Mat Daud Pensyarah, Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

02600 Arau, Perlis

No. H/P: 019-4625489 Email: smd_sue@yahoo.com

Norhasyila Binti Minhat Pensyarah, Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

02600 Arau, Perlis

No. H/P: 012-6623629 Email: hasyilaminhat@yahoo.co.uk

Yuslina Binti Salleh Pensyarah,

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

02600 Arau, Perlis

No. H/P: 019-5566177 Email:yusyiza05@yahoo.com

ABSTRAK

Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat perniagaan kepada usahawan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA di Negeri Perlis Indera Kayangan. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap empat faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA iaitu minat, bantuan kewangan, kemahiran dan latihan dan perkembangan teknologi. Untuk tujuan ini, seramai 81 orang usahawan kecil yang telah mendapat pembiayaan daripada MARA telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen digunakan untuk mengutip data adalah menggunakan kaedah borang soalselidik. Hasil dapatan kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik mudah iaitu analisa min. Bagi memudahkan penganalisaan, perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) telah digunakan. Keputusan kajian secara umumnya menunjukkan faktor kemahiran dan latihan adalah faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA. Manakala faktor minat, bantuan kewangan dan perkembangan teknologi merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA.

(2)

1.0 PENGENALAN

Bidang keusahawanan kini bukan lagi suatu bidang yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Malahan, kerjaya sebagai usahawan kian menjadi pilihan dikalangan para graduan masa kini. Kerjaya keusahawanan juga dilihat sebagai salah satu cabang untuk seseorang individu memantapkan lagi pencapaian diri. Perkembangan ini dilihat sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11 (meliputi tahun 2010 sehingga tahun 2020). Di dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11, Kerajaan telah menetapkan matlamat untuk menggalakkan generasi baru menceburi bidang keusahawanan selain membangunkan organisasi sedia ada supaya terlibat dalam pasaran global (Azmi, Nik Hairi & Lee Kuan Yee, 2012).

Secara ringkasnya, usahawan boleh didefinisikan sebagai mana-mana individu yang terlibat sebagai majikan dan pengusaha sendiri (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009). Terdapat beberapa ilmuan dalam bidang keusahawanan memberikan definisi keusahawanan dari perspektif yang sama. Menurut Tan (1983) yang dipetik dari Zafir & Fadhilah (2006) usahawan adalah individu yang mampu mengenal pasti dan mengambil peluang daripada perubahan ekonomi, menyediakan keperluan kewangan, bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengambilan risiko serta memperbaiki teknik pengurusan, strategi dan lain-lain bidang yang berkaitan sejajar dengan perubahan teknologi. Greene (2000) telah mentakrif usahawan sebagai individu yang menjalankan perniagaan sendiri. Manakala Wim Naude (2010), menganggap usahawan sebagai golongan pengusaha dan peniaga yang sanggup menanggung risiko, sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi dan bijak serta kreatif dalam mendapatkan cara untuk meningkatkan kekayaan, kekuasaan dan status sosial. Proses untuk membina empayar perniagaan adalah bukan suatu tugas yang mudah. Seseorang usahawan perlu mempunyai suatu kemampanan strategi supaya mereka dapat terus bertahan di dalam pasaran.

Isu penyertaan golongan Bumiputra dalam bidang keusahawanan di peringkat nasional khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) semakin sering ditekankan. Selaras dengan agenda pembangunan ekonomi dan sosial untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan kental pada masa hadapan, penekanan perlu diberi kepada aspek agihan pendapatan yang seimbang dan keadilan sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum. Masyarakat Melayu sering dianggap tersisih dan jauh ketinggalan dibelakang dalam semua aspek berbanding kaum lain. Oleh itu, golongan melayu kini perlu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dan transformasi yang drastik dari semua aspek khususnya dari segi pemikiran dan mentaliti untuk menceburi bidang keusahawanan bagi meningkatkan kekuatan dan kemantapan ekonomi untuk bersaing secara sihat dengan bangsa lain dan tidak terus ketinggalan dalam perjalanan negara menuju negara berpendapatan tinggi.

1.1 Pernyataan Masalah

(3)

Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melalui siaran Harian Metro pada 3 November 2008 telah mendedahkan bahawa sejak dilancarkan pada tujuh tahun yang lalu, sebanyak 231 buah perniagaan di bawah skim peruncitan bumiputra telah gagal atau mengalami kerugian. Skim peruncitan bumiputra ini merupakan skim yang telah dibentuk dan ditadbir oleh sekumpulan pakar yang berpengalaman, peserta-peserta yang dipilih telah melalui satu proses penilaian yang rapi serta perkembangan perniagaan mereka sentiasa dipantau. Jika usahawan yang dibimbing sebegini pun boleh gagal, bukankah kemungkinan usahawan yang tidak dipantau dan dibimbing untuk gagal itu akan menjadi semakin besar. Oleh itu penyelidik cuba untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis.

Kajian ini dilihat penting untuk dilaksanakan kerana menurut Pengarah MARA negeri Perlis (Utusan, Jan 17, 2009) jumlah pembiayaan tertunggak oleh peminjam kepada MARA pada tahun 2009 telah membabitkan nilai sebanyak RM3.5 juta. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, sehingga Mac 2012, seramai 1140 peminjam telah menerima manfaat daripada kelulusan berjumlah RM99,634,700 (Utusan, Ogos 2, 2012). Jika dilihat pada jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh MARA kepada usahawan, ia adalah merupakan satu jumlah yang cukup besar. Persoalannya, adakah usahawan yang telah menerima pembiayaan MARA mampu untuk berjaya di dalam pasaran?. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kejayaan tersebut kerana terdapat pendapat yang mengatakan usahawan Bumiputra tidak mampu untuk berjaya di dalam pasaran?.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA negeri Perlis. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, objektif kajian dipecahkan kepada dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus iaitu:

1.2.1 Objektif Umum

Menentukan apakah faktor kejayaan usahawan kecil MARA negeri Perlis

1.2.2 Objektif Khusus

a. Mengetahui faktor minat mempengaruhi kejayaan Usahawan Kecil MARA negeri Perlis

b. Mengetahui faktor bantuan kewangan mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis

c. Mengetahui faktor kemahiran dan latihan akan mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis

(4)

1.3 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang berkaitan dengan pernyataan masalah kajian adalah seperti berikut:

a. Adakah faktor minat menyumbang kepada kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis

b. Adakah bantuan kewangan menjadi faktor dorongan kepada kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis

c. Adakah kemahiran dan latihan mempengaruhi seseorang usahawan kecil MARA negeri Perlis berjaya dalam keusahawanan

d. Adakah perkembangan teknologi mempengaruhi faktor kejayaan usahawan MARA di negeri Perlis.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada usahawan kecil di negeri Perlis yang telah mendapat pembiayaian daripada MARA. Usahawan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada usahawan yang telah mendapat pembiayaan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP) yang diperkenalkan oleh MARA.

1.5 Kerangka Konsep

Rajah 1: Kerangka Kerja Kajian

Minat

Bantuan Kewangan

Kemahiran dan Latihan

Perkembangan Teknologi

Kejayaan

Usahawan

Pembolehubah Bersandar Pembolehubah Tak

(5)

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis. Terdapat pelbagai kepentingan kajian yang dapat dimanfaatkan melalui penghasilan kajian ini. Berikut merupakan kepentingan kajian ini:

1.6.1 Usahawan Kecil

a. Memberikan inspirasi kepada usahawan yang pernah gagal dalam bidang perniagaan untuk lebih fokus kepada kerjaya usahawan

b. Memberikan panduan untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada MARA

1.6.2 Kerajaan

a. Menjadi bahan rujukan agensi kerajaan seperti MARA untuk terus membantu para usahawan kecil untuk memajukan perniagaan mereka b. Kerajaan akan data menyusun strategi dan dasar baru untuk

meningkatkan bilangan usahawan kecil yang menjadi pemangkin kepada ekonomi di Malaysia.

1.6.3 Masyarakat

a. Dapat memupuk minat usahawan

b. Dapat merangka strategi yang baik dan jitu untuk menceburi bidang usahawan.

2.0 ULASAN KARYA

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang usahawan. Dalam kajian ini, faktor yang diberikan penekanan adalah minat, bantuan kewangan, kemahiran dan latihan dan perkembangan teknologi.

Usahawan

Perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris ‘entrepreneur’ berasal daripada bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga.Umumnya usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus Berjaya (Azrain Nasyrah Mustafa, 2010).

(6)

niat (dan usaha berterusan) meluaskannya (Azrain Nasyrah Mustafa, 2010). Meredith, Nelson dan Neck (1982), usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.

Usahawan adalah merupakan nadi penggerak dan juga pemangkin kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara. Peningkatan jumlah usahawan yang berjaya akan mampu untuk menukar status sesebuah negara dari negara membangun kepada status negara maju. Oleh itu, adalah amat penting bagi pentadbir Negara untuk mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan agar dapat merangka strategi dan pelan pembangunan agar bilangan usahawan berjaya dapat ditingkatkan jumlahnya dari setahun ke setahun.

Sexton dan Bowman-Upton (1991) telah mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang

Coulter (2000) pula mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu melalui inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada yang digunakan. Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.

Berdasarkan dua definisi di atas, ia jelas menunjukkan keusahawanan adalah merupakan satu proses. Satu proses yang melibatkan pembuatan keputusan dan tindakan yang berterusan. Keusahawanan juga turut melibatkan inovasi. Melalui keusahawanan, produk baru, perkhidmatan, transaksi, pendekatan, sumber-sumber, teknologi dan pasaran telah dicipta dengan tujuan memberi sedikit sumbangan nilai kepada masyarakat atau pasaran (Azrain Nasyrah Mustafa, 2010). Maka, dengan ini jelas menunjukkan bahawa usahawan adalah merupakan pihak yang memainkan peranan yang besar di dalam penghasilan inovasi dan seterusnya menyumbang kepada pasaran.

Kejayaan Usahawan

Setiap individu yang menceburi bidang perniagaan inginkan kejayaan. Untuk menjadi usahawan berjaya, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Akan tetapi, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Kejayaan akan dapat dikecapi oleh usahawan sekiranya mereka gigih dan bersungguh-sungguh. Untuk berjaya usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan untuk mencapai kejayaan.

(7)

sebaik mungkin (Timmons dan Spinelli, 2001). Ciri yang utama ialah mereka yang mempunyai sikap suka membuat sesuatu yang orang tidak Berjaya ‘tidak suka’ dan tidak akan buat’ (Megginson et.el., 2000; Rosdi, 2002)

Minat

Minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan akan mendorong seseorang individu untuk menceburi bidang keusahawanan (Syahrina, 2010). Menurut Nadzri (2000), usahawan atau ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka berminat di dalam bidang yang telah diceburi. Minat adalah daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Minat juga merupakan keinginan (kesukaan, kecenderungan) terhadap sesuatu. Kesimpulannya, usahawan yang menceburi bidang keusahawanan berdasarkan minat akan sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Hirarki Keperluan Maslow (Maslow’s Hierarchy of Needs) kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan (Philip Kotler, 2012). Kejayaan yang diidamkan akan tercapai setelah keseluruhan potensi yang ada di dalam diri mampu digemblengkan sepenuhnya melalui kekuatan berimaginatif, kreatif dan berinovatif.

Bantuan Kewangan

Elemen yang sangat penting dan kritikal di dalam sesebuah perniagaan adalah modal. Seseorang usahawan biasanya akan berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pembiayaan modal. Modal adalah nilai bersih dalam perniagaan atau syarikat yang digunakan untuk menambahkan lagi nilai perniagaan atau syarikat tersebut (Rosli, 2010). Modal boleh terdiri daripada tunai, inventori, loji dan kelengkapan. Usahawan perlu memahami dengan jelas bentuk, jenis dan sumber pembiayaan yang diperlukan untuk membiayai perniagaannya.

Sesebuah perniagaan boleh menemui kegagalan jika seseorang usahawan itu tidak mempunyai modal yang mencukupi. Modal sangat penting sehingga kita boleh mengibaratkan ia seperti oksigen untuk membolehkan kita bernafas. Jumlah modal yang diperlukan berbeza bergantung kepada saiz perniagaan, lokasi perniagaan beroperasi serta jenis industri yang diceburi.

Di Malaysia, terdapat banyak agensi-agensi kerajaan yang menyediakan bantuan pembiayaan kewangan kepada usahawan yang baru ingin menceburi bidang keusahawanan ataupun yang telah lama menceburi bidang keusahawanan. Bagi masyarakat Bumiputra, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah merupakan tempat bagi mereka untuk mendapatkan bantuan kewangan.

(8)

perkhidmatan, pembuatan dan pengangkutan. SPPP ini disasarkan kepada perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan dan biasanya tidak memerlukan modal yang terlalu banyak. Skim ini sesuai untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik memberikan fokus kepada peminjam yang membuat pembiayaan SPPP.

Kemahiran dan Latihan

Salah satu kunci kejayaan kebanyakan usahawan yang telah berjaya adalah ilmu. Modal yang banyak serta semangat yang berkobar-kobar tidak boleh dijadikan sebagai kunci kejayaan seseorang usahawan. Modal boleh hangus jika usahawan mengambil keputusan yang merugikan. Manakala semangat juga boleh luntur jika usaha yang dilakukan sering menemui kegagalan. Justeru itu, ilmu akan dapat menjadikan seseorang usahawan itu lebih bijaksana ketika membuat sesuatu keputusan. Setiap usahawan perlu sekurang-kurangnya menguasai semua ilmu asas yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan seperti asas perakaunan, asas pemasaran, undang-undang perniagaan, asas pengurusan sumber manusia dan asas pentadbiran perniagaan.

Kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian seseorang individu dalam bidang tertentu (Kamus Dewan, 1996). Definisi kemahiran dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran dan pengalaman dalam bidang perniagaan. Zaidatol et. al., (2000) menyatakan perniagaan yang berjaya selalunya melibatkan beberapa kemahiran selain aspek fungsian. Kemahiran komunikasi dan hubungan manusia di tempat kerja adalah antara kemahiran yang diperlukan untuk memastikan kejayaan sesuatu kerjaya. Untuk berjaya, seseorang usahawan perlu belajar daripada pakar dengan mengikuti kursus, seminar, perbincangan dan sebagainya untuk menambah kemahiran dan pengalaman perniagaan. Luft (1986) menyarankan prinsip hubungan manusia yang diperlukan untuk kejayaan kerjaya adalah berkaitan dengan pembentukan konsep kendiri yang positif, menerima kritikan, menyelesaikan konflik, menangani perubahan, menangani diskriminasi dan prejudis dan memahami sumber nilai, nilai kendiri dan menerima nilai orang lain.

Objektif kajian ini ingin melihat kedua-dua unsur ini membantu dalam kejayaan usahawan MARA di negeri Perlis. Latihan dan bengkel keusahawanan yang akan dilaksanakan oleh MARA perlulah digubal dan dirancang bagi memastikan usahawan kecil MARA dapat memperkasakan kemahiran dan jaringan perniagaan mereka. Jika usahawan sentiasa memperbaiki kemahiran keusahawanannya, ia akan dapat memastikan minat terhadap bidang keusahawanan sentiasa berterusan terutama bila berhadapan dengan pesaing-pesaing dan cabaran-cabaran yang melanda. Kemahiran mengenai keusahawanan boleh diperolehi melalui pengalaman berniaga yang tidak diajar dimana-mana institusi.

(9)

Perkembangan Teknologi

Teknologi dalam kajian adalah merujuk kepada penggunaan internet dan komputer di dalam aktiviti perniagaan usahawan untuk pemasaran, kewangan ataupun pentadbiran. Teknologi pada zaman sekarang sudah menjadi satu kemestian terutamanya di dalam mengurusan perniagaan.

Kajian ini menyingkap faktor perkembangan teknologi dalam persekitaran perniagaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis. Sebagai contoh kepesatan teknologi maklumat banyak membantu usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka atau produk dan perkhimatan mereka menggunakan internet. Teknologi ini akan dapat mengurangkan kos promosi yang terpaksa dibiayai dan seterusnya dapat meningkatkan lagi jumlah sasaran pengguna yang melihat iklan mereka. Teknologi juga dikatakan dapat mempercepatkan operasi pengeluaran dan dapat memaksimumkan pengeluaran. Ini akan dapat menjadikan perniagaan mereka telah proaktif dan produktif.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah merupakan kajian kuantitatif yang bertujuan mengukur hubungan pemboleh ubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Prosedur pensampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian (Chua, 2006) .Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik yang dibuat. Data sekunder juga digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan gambaran awal mengenai kajian yang dijalankan. Data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah sedia ada dan dibuat oleh penyelidik terdahulu.

3.1 Populasi Kajian dan Sampel

Populasi dan pensampelan dibuat menggunakan statistik deskriptif di mana menghurai dan membuat ringkasan tentang data yang diperolehi daripada populasi dan pensampelan bagi usahawan kecil MARA di negeri Perlis. Populasi usahawan MARA di negeri Perlis adalah berjumlah 320 orang (Fetrah, 2012). Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) di dalam Chua (2006), jika populasi sebanyak 320 orang, maka bilangan responden yang diperlukan adalah 81 orang usahawan. Menurut Sekaran (1992), lebih banyak sampel, lebih efisyen untuk membuat kajian.

3.2 Instrumen Kajian

(10)

Jadual 1: Pembolehubah bersandar (DV) dan pembolehubah tidak bersandar (IV)

Faktor-faktor Bilangan Item

Kejayaan Usahawan (DV) 8 item

Minat (IV) 7 item

Bantuan Kewangan (IV) 7 item

Latihan dan Kemahiran (IV) 7 item

Perkembangan Teknologi (IV) 7 item

3.3 Jenis Kajian

Data-data yang telah dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian ‘Statistical package for Social Science” (SPSS) versi 16.0. Menurut Uma Sekaran (1992), prosedur analisis data yang paling sesuai digunakan untuk mengukur data pembolehubah yang dikaji adalah menggunakan analisis skor min.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual 2: Dapatan Min bagi setiap pembolehubah bersandar

Bil Faktor-faktor Min

1 Minat (IV) 3.26

2 Bantuan Kewangan (IV) 3.23

3 Latihan dan Kemahiran (IV) 3.29

4 Perkembangan Teknologi (IV) 3.02

Keseluruhan analisis huraian adalah seperti ditunjukkan di dalam jadual di atas. Semua pembolehubah diukur menggunakan skala Likert diantara satu hingga empat. Ia terdiri dari skala Sangat tidak setuju (1) hingga sangat setuju (4).

Berdasarkan Jadual 2, dapatan min bagi faktor minat adalah sebanyak 3.26 dan faktor bantuan kewangan adalah sebanyak 3.23. Manakala faktor latihan dan kemahiran adalah sebanyak 3.29 dan faktor keempat iaitu perkembangan teknologi adalah sebanyak 3.02. Berdasarkan dapatan min ini, faktor latihan dan kemahiran mendapat min yang tertinggi berbanding dengan faktor-faktor yang lain. Ini membuktikan bahawa faktor ini berada pada tahap tinggi dan sekaligus menjadi faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil Mara negeri Perlis. Faktor kedua yang tertinggi yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil Mara negeri Perlis adalah minat.

(11)

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil dapatan yang telah dilakukan, objektif umum dan khusus yang telah ditetapkan pada awal kajian telah dicapai iaitu:

Faktor kemahiran dan latihan mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA

Objektif kajian yang ketiga ialah mengenalpasti faktor kemahiran dan latihan boleh mempengaruhi kejayan usahawan kecil MARA. Ternyata, faktor kemahiran dan latihan adalah merupakan faktor yang terpenting yang boleh menyumbang kepada kejayaan usahawan Mara. Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan untuk faktor yang ketiga ini adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 3.29. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Zaidatol (2004). Menurut beliau, seramai 92% usahawan Bumiputra merasakan latihan keusahawanan adalah penting dan mereka mula sedar akan kepentingan sesuatu kemahiran tertentu maka adalah lebih baik sekiranya mereka diberi peluang yang sewajarnya untuk mengikuti program latihan dan pembangunan usahawan yang sempurna. Program latihan keusahawanan yang dirangka perlulah disesuaikan perlaksanaannya seperti memberikan penekanan terhadap faktor pengalaman dan tindakan untuk membolehkan pasara usahawan menjadi lebih berdaya saing dan kompeten di dalam pasaran.

Faktor minat mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA

Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor minat mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA. Bagi menjawab soalan ini, sebanyak 7 soalan telah dikemukakan kepada responden. Dapatan kajian mendapati min keseluruhan adalah sebanyak 3.26. Ini menunjukkan responden setuju dengan faktor ini. Faktor minat menjadi faktor kedua tertinggi yang mempengaruhi kejayaan golongan usahawan ini di negeri Perlis. Hasil dapatan ini selari dengan dapatan kajian oleh Norfadhilah & Halimah (2010), dimana wujud hubungan yang positif diantara minat dengan kerjaya keusahawanan.

Faktor bantuan kewangan mempengaruhi usahawan kecil MARA

(12)

Faktor perkembangan teknologi mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA

Objektif yang terakhir kajian adalah mengenalpasti faktor perkembangan teknologi mempengaruhi kejayaan usahawan kecil Mara. Min keseluruhan menunjukkan bahawa responden bersetuju perkembangan teknologi turut mempengaruhi kejayaan mereka sebagai usahawan yang berjaya. Akan tetapi, ia adalah merupakan min keseluruhan yang terendah diantara 3 faktor yang dikaji. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Muhd Rashid & Fazlee (2010), dimana tahap amalan usahawan batek di Kota Bharu terhadap penggunaan teknologi adalah pada tahap yang lemah.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang ketiga iaitu kemahiran dan latihan merupakan faktor yang terpenting yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA. Kemahiran dan latihan adalah merupakan elemen yang penting yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab menyalurkan dana pembiayaan kepada usahawan kecil perlu merancang dan mengadakan lebih banyak peluang latihan dan kmahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan di dalam bidang perniagaan mereka. Manakala dari skop usahawan itu sendiri, mereka perlulah sentiasa berusaha untuk memperbaiki sikap diri sendiri dalam menguruskan perniagaan disamping mempertingatkan lagi usaha untuk memajukan perniagaan yang mereka usahakan. Faktor seterusnya adalah faktor minat. Jika seseorang usahawan mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang keusahawanan, ia akan mempengaruhi tahap usaha mereka untuk berjaya di dalam bidang keusahawanan.

Seterusnya, pengkaji mendapati faktor bantuan kewangan menjadi faktor yang ketiga terpenting yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA. Oleh itu, ini menggambarkan bahawa usahawan dan agensi pembiayaan seperti MARA tidak dapat dipisahkan. Usahawan dilihat bergantung kepada dana yang disalurkan oleh MARA kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan dan meningkatkan pencapaian perniagaan mereka.

Untuk faktor yang keempat ialah faktor perkembangan teknologi. Kebanyakan responden merasakan teknologi adalah penting. Akan tetapi mereka tidak begitu menitikberatkan pembolehubah ini di dalam pentadbiran perniagaan mereka.

7.0 CADANGAN BAGI KAJIAN AKAN DATANG

(13)

RUJUKAN

Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Lee Kuan Yee, (April Special-2012). Faktor Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan, Journal of Social Science and Humanities, Vol 7, Number 1,034-045

Azrain Nasyrah Mustafa, (2010). Pengenalan kepada Usahawan. Di dalam Rosli Mahmood, Azrain Nasyarah, Rosli, Mohamad Yusop, Norria, Syahrina, Ahmad Khairi, Hoe Chee Yee, Shamsul Huda, Muhammad Shukri, Shiza Sa’atur, Lily Julienti, Habshah (2nd

Edition). Prinsip-prinsip Keusahawanan (pp. 4-5) Cengage Learning Asia Pte Ltd.

Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan, Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Coulter, M. (2000). Enterpreneurship in Action. New Jersey: Prentice Hall.

Hess, D.W. (1987). Relevance of Small Business Courses To Management Needs. Journal of Small Business Management 25(1): 26-34.

Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi, Mohd Shukri Haji Noor, (2011). Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi, Kedah, Prosiding Perkem VI, Jilid 2, 196-207.

Kamus Dewan edisi ketiga, (1996). Maksud kemahiran dan latihan

Ken, C.A. (1990). Integrating Enterpreneurship In The Secondary Curriculum: Economics And Other Courses. Dalam Enterpreneurship Education, Disunting Oleh C.A. Kent. Connecticut: Quorum Book.

Luft, R.L,. dan J. L,. Schoen. (1986). Non technical business employment competencies in Illinois. The Delta Pi Epsilon Journal. Xxxviii(3): 167-157

Meredith, G. G., Nelson, R.E. & Neck, P.A. (1982). The Practice of Enterpreneurship. Geneva:ILO.

Nadzri Mohamad (2000), Program Pembangunan Kerajaan, [online] network on 17 Jun 2002 on the World Wide Web:www.geocities.com/haji_Nadzri/mohamad.html

Rizam Zakariya, (2012, Oktober 16). Mara lahirkan 139 jutawan bumiputra, Utusan Melayu (M) Bhd.

Rosli Mahmood, (2010). Pembiayaan Perniagaan. Di dalam Rosli Mahmood, Azrain Nasyarah, Rosli, Mohamad Yusop, Norria, Syahrina, Ahmad Khairi, Hoe Chee Yee, Shamsul Huda, Muhammad Shukri, Shiza Sa’atur, Lily Julienti, Habshah (2nd Edition).

Prinsip-prinsip Keusahawanan (pp. 229-250) Cengage Learning Asia Pte Ltd.

(14)

Syahrina Abdullah, (2010). Mengenali Ciri-ciri Usahawan. Di dalam Rosli Mahmood, Azrain Nasyarah, Rosli, Mohamad Yusop, Norria, Syahrina, Ahmad Khairi, Hoe Chee Yee, Shamsul Huda, Muhammad Shukri, Shiza Sa’atur, Lily Julienti, Habshah (2nd

Edition). Prinsip-prinsip Keusahawanan (pp. 24-26) Cengage Learning Asia Pte Ltd.

Timmons, J. & Spinelli, S. (2001). Moral Reasoning Skills: Are Enterpreneurs Different? Journal of Business Ethics, 19, 229-240.

Philip Kotler, Gary Armstrong, (2012). Principles of Marketing, Pearson Education Limited, 2012, 172

Uma Sekaran (1992), Research Methods For Business – A Skill-Building Approach. 2nd

Edition, John Wiley and Sons, Inc, New York

Zafir Mohd Makhbul, Fazilah Mohamad Hasun, (2006), Menjadi Usahawan, PTS Professinal Publishing Sdn. Bhd

Zaidatol Akmalian Lope Pihie, Zakaria Kasa, (2000). Professional traits needed for career success: how it relates to education of future workers. Journal Psikologi. 14:75-86

Zaitadol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias, (2004). Keupayaan Usahawan Bumiputra Melaksanakan Kemahiran Keusahawan: Satu Kajian Kes, Journal of Social Science and Humanities, Vol 12, Number 1, 61-70.

Zulnaidi Yaacob, (2010). 12 Strategi Elak Bisnes Gagal, Must Read Sdn. Bhd

Referensi

Dokumen terkait

Tabel 4.2 Gambaran Kecenderungan Dimensi Psychological Well-being Remaja di SMK Negeri 2 Bandung Berdasarkan Tingkatan Kelas

Dari pembahasan tentang evaluasi program pengembangan budidaya perikanan, maka dapat diketahui kendala-kendala dalam pelaksanaan program pengembangan budidaya perikanan

PENGARUH WORD OF MOUTH, TERPAAN MEDIA, DAN SIKAP TERHADAP KEPUTUSAN KONSUMEN( Survei Pengobatan Tradisional di Klinik Saintifikasi Jamu “Hortus Medicus” Tawangmangu,

Dengan adanya analisis cash flow pelaku usaha atau petani dapat mengetahui secara tepat berapa tingkat keuntungan dan kerugian dari usahatani yang dilakukan,

Disahkan dalam rapat Pleno PPS tanggal 26 Februari 2013 PANITIA PEMUNGUTAN SUARA. Nama

Personalisasi reward dalam penelitian ini masih terbatas karena menggunakan Finite State Machine yang perilakunya terbatas, sehingga jika dimainkan berulangkali maka

Oleh karena itu bagi lembaga pendidikan yang mengembangkan pendidikan vokasi tidak perlu minder dan kemudian mengubah menjadi pendidikan akademik, karena akan

Rahyono (2003) menyatakan intonasi sebuah bahasa memiliki keteraturan yang telah dihayati bersama oleh para penuturnya.Penutur sebuah bahasa tidak memiliki kebebasan yang