• Tidak ada hasil yang ditemukan

PRODUK PELANCONGAN DAN BUDAYA DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PRODUK PELANCONGAN DAN BUDAYA DI"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PRODUK PELANCONGAN DAN BUDAYA DI GEORGETOWN

Menurut sejarah, Bandaraya George Town secara rasminya ditubuhkan oleh Sir Francis Light pada tahun 1786. Keunikan bandaraya berkeluasan 109.38 hektar yang dihuni berbagai kaum ini masih dapat dilihat kepada fabrik-fabrik kawasan tradisional yang masih dipelihara seperti struktur bangunan-bangunan rumah kedai, enklaf-enklaf kediaman kaum dan institusi-institusi kebudayaan dan keagamaan. Selain daripada bangunan kolonial, bandar ini dicatatkan mempunyai lebih daripada 1700 bangunan bersejarah dan 5000 unit rumah kedai tradisional yang mempunyai nilai warisan yang unik.

Kewujudan tinggalan warisan yang mempunyai nilai estetika, sejarah, saintifik dan sosial ini membolehkan Bandaraya Georgetown disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2008. Kepelbagaian cara hidup dan budaya masyarakat di bandar ini juga merupakan salah satu produk pelancongan yang boleh dipasarkan kepada pelancong. Inisiatif untuk mempelbagaikan produk pelancongan ini termasuk dengan memperluaskan usaha membaik pulih kawasan perniagaan tradisional seperti restoran, rumah kedai, bangunan komersial, dan bangunan warung kopitiam yang telah bertapak dan beroperasi sejak lebih 100 tahun yang lalu.

(2)

Selari dengan fenomena baru iaitu pemuliharaan warisan bandar dan pelancongan komersial, produk pelancongan ini dilihat sebagai strategi terhadap pembangunan semula sumber sejarah ke arah pemeliharaan ikon bangunan kolonial bersejarah dan seterusnya meningkatkan imej sektor perniagaan di kawasan tersebut. Lokasi pelancongan di Georgetown yang terlibat dalam menonjolkan dan membangunkan imej berasaskan konsep aktiviti komersial adalah seperti Lebuh Campbell, Rope Walk, Pasar Chowrasta, Lorong Cheapside di Lebuh Chulia dan disekitar Lebuh Acheh - Lebuh Armenian. Kawasan-kawasan ini kesemuanya terletak di dalam zon pelancongan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang merupakan kawasan tumpuan penduduk dan pelancong.

Keistimewaan kawasan-kawasan ini adalah merupakan tempat perniagaan tradisional yang telah bertapak sejak tahun 1930an. Aktiviti harian, rutin perniagaan, sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat setempat merupakan salah satu produk pelancongan yang menjadi elemen utama kepada penjenamaan dan promosi imej Georgetown itu sendiri. Berbeza dengan fungsi pembandaran di bandar lain, nilai warisan kebudayaan di Georgetown ditonjolkan secara fizikal (tangible) dan bukan fizikal (intangible). Kelestarian pelancongan bandar di bandaraya ini dikekalkan melalui kepelbagaian aktiviti perdagangan mengikut etnik penduduk, seni bina yang unik termasuk bangunan keagamaan dan penganjuran acara atau festival perayaan.

Kawasan perniagaan warisan di Little India, Georgetown

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini juga sejalan dengan penelitian yang dilakukan oleh Sri Rahayu (2015) bahwa penerapan model pembelajaran Discovery Learning dapat meningkatkan kreativitas

Puji syukur kehadiart Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan rahmat-Nya penulis dapat menyelesaikan penyusunan Karya Tulis Ilmiah yang berjudul “Asuhan Keperawatan Pada Lansia

Metode yang digunakan Untuk membuat aplikasi career devlopment center diperlukan sejumlah tahapan dari metode pengembangan perangkap lunak tertentu, salah satu

Anggap bahwa T opt menjadi pohon pohon optimal dalam keadaan yang sama, dengan x dan y adalah karakter- karakter dengan frekuensi-frekuensi terkcil pertama dan kedua dalam M

Angka probability (p) kualitas pelayanan terhadap loyalitas pasien adalah 0,012 angka ini lebih kecil dari nilai probability yang disyaratkan yaitu 0,05, dengan demikian

Pada perilaku peduli lingkungan para pengrajin kain kelambu termasuk dalam kriteria cukup baik (91,67%). Pengrajin kain kelambu kurang aktif dalam mengikuti sosialisasi