• Tidak ada hasil yang ditemukan

Guru dan Cabaran Semasa docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Guru dan Cabaran Semasa docx"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

Mahasiswa Nombor Kad Pengenalan

Nombor Matrik Nombor telefon bimbit

Pn. Kamaliah Sidik

670325-08-6774 PPG 2011192360058 0192322503

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,

Lembah Pantai,59990 Kuala Lumpur.

Kelas : Bahasa Melayu (C)

Program : Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

Program Pensiswazahan Guru (ambilan Jun 2011)

Mata pelajaran : Guru dan Cabaran Semasa

Kod mata pelajaran: EDU 3093

Pensyarah : Tuan Hj Hosen bin Atar

Tarikh mula : 07 Februari 2015

(2)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa bersyukur ke hadrat Illahi

kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek EDU 3093

Guru dan Cabaran ini. Dalam tugasan ini, ia telah menuntut saya supaya membuat

analisis tentang isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap komponen yang

dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2015 ).

Seterusnya, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan terima kasih kepada

pensyarah akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana telah

memberi segala tunjuk ajar dan ilmu kepada saya sepanjang proses menyiapkan

kerja kursus ini berlangsung. Beliau telah bertungkus-lumus untuk memastikan kami

dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Akhir kata, saya ingin menyatakan penghargaan kepada ibu dan keluarga

saya yang telah menyumbang bantuan kepada saya dari segi sokongan moral dan

kewangan untuk memastikan saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan

jayanya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

rakan-rakan saya yang telah sedikit sebanyak telah membantu saya dalam

menyiapkan kerja kursus ini. Jasa kamu semua tidak akan dapat saya lupakan.

(3)

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

i. Penghargaan 2

ii. Isi kandungan 3

iii. Borang rekod kolaborasi kerja kursus 4

1.0 PENDAHULUAN 5

1.2 Analisis isu dan cabaran guru. 6

1.3 Pandangan dan ulasan cara terbaik tangani isu dan cabaran guru. 9

2.0 DAPATAN HASIL TEMUBUAL GURU TENTANG STRESS DI SEKOLAH 13

2.1 Punca-punca dan faktor stress 13

2.2 Kesan Stres kepada guru di sekolah. 15

2.3 Cadangan mengendalikan stres. 17

3.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU. 20

3.1 Pemeriksaan kesihatan berkala. 20

3.2 Program Kesihatan Sekolah 20

3.2 Program Senamrobik Mingguan 21

3.3 Program Latihan Senaman Pernafasan. 21

3.4 Program Disiplin Diet Pemakanan. 22

3.5 Program Lawatan ke tempat lain. 22

4.0 PENUTUP 23

4.1 Kesimpulan 23

5.0 REFLEKSI 25

6.0 BIBLIOGRAFI 27

(4)

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Yang Dibincang Catatan Tanda tanga

n

07 Feb

2015 Menerima soalan tugasan daripada pensyarah mata pelajaran.

(5)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban jiwa dan raga demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran. Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan.

(6)

kepada pelajar, tetapi juga merupakan pendidik dan profesion yang diiktiraf diperingkat antara bangsa.

1.4 Analisis isu dan cabaran guru.

Antara cabaran-cabaran yang boleh dihadapi oleh guru khususnya di sekolah saya ialah cabaran dalam sistem pendidikan. Yang pertama ialah cabaran revolusi teknologi maklumat (Shahril Marzuki dan Habib Mat Som 1999). Revolusi merupakan sebuah proses pembentukan ulang masyarakat sehingga menyerupai proses kelahiran kembali (Definisi Revolusi, -) manakala teknologi maklumat sering digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi, dan rangkaian data (Amisah Mahmud, Imelda Manuel Ya dan Siti Khadizah Mohd. Derin, 2010).

Proses pendidikan masa kini telah ditukarkan kepada penggunaan teknologi maklumat dan tidak dapat dinafikan pelajar-pelajar telah didedahkan dengan multimedia dan teknologi maklumat. Jadi, masa kini, proses pengajaran guru dalam kelas semuanya berasaskan penggunaan komputer. Kebaikan penggunaan komputer dalam proses pengajaran ialah pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian mereka semasa guru mengajar kerana terdapat bahan-bahan menarik seperti video dan gambar yang boleh digunakan dalam proses pengajaran.

Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang muncul semasa penggunaan komputer dalam proses pengajaran digunakan. Antaranya ialah masalah terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer. Keadaan ini telah menyebabkan proses pengajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan pelajar –pelajar berkemungkinan besar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam proses pembelajaran kerana kekurangan bahan-bahan yang boleh menarik perhatian mereka terhadap proses pembelajaran. Selain itu, penyediaan prasarana teknologi maklumat di sekolah juga merupakan cabaran revolusi teknologi maklumat. Selaras dengan itu, mata pelajaran komputer telah diperkenalkan di semua sekolah termasuk sekolah di bandar dan pinggir bandar.

(7)

boleh belajar tentang teknologi maklumat dengan lancar. Kalau masalah dalam bidang teknologi maklumat ini tidak dapat diselesaikan dengan sempurna, tentunya membawa kesan yang serius dalam sistem pendidikan negara. Kegagalan sesetengah guru menggunakan teknologi maklumat semasa mengajar dan kekurangan tenaga guru dalam pengajaran teknologi maklumat telah mengakibatkan pelajar-pelajar tidak menumpukan perhatian dalam kelas lalu menjejaskan proses pembelajaran. Jika pelajar tidak dapat memperoleh pengetahuan melalui pengajaran guru dalam kelas, maka tidak ada gunanya menerapkan kelas komputer dalam sukatan pelajaran masa kini. Justeru, boleh dipastikan bahawa cabaran revolusi teknologi maklumat merupakan satu daripada cabaran yang dihadapi oleh rakyat.

Selain itu, cabaran lain dalam bidang pendidikan yang dihadapi oleh negara kita ialah masalah disiplin pelajar yang semakin serius. Disiplin didefinisikan sebagai peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara (Disiplin Sekolah Semakin Merosot). Antara masalah disiplin yang biasanya berlaku di sekolah ialah ponteng sekolah, ponteng kelas, gejala membuli pelajar yang lemah, merokok, bergaduh, mengugut, dan vandelisme (Contoh-contoh masalah disiplin yang dihadapi oleh Sekolah dalam Kalangan Pelajar, 2014).

Statistik menunjukan bahawa salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dari tahun 2010 hingga tahun 2013 ialah 2.05% (Sektor Pembangunan Kemanusiaan Unit Hal Ehwal Murud 2013). Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar? Antara faktornya ialah murid sendiri. Murid-murid yang mahukan kebebasan akan melakukan semua perkara megikut keinginan diri sendiri tanpa mempertimbangkan tentang kesannya. Tentunya masalah disiplin itu akan membawa kesan kepada sistem pendidikan negara.

(8)

dengan melakukan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah lalu mengakibatkan masalah disiplin di sekolah.

Antara kesan jika masalah disiplin pelajar tidak dapat ditangani dengan betul ialah keselamatan pelajar-pelajar yang lain akan terancam. Jika keselamatan pelajar terancam, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam pembelajaran kerana perasaan takut akan keselamatan mereka diancam. Akibatnya, mereka tidak dapat mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan prestasi sekolah telah merosot. Bukan itu sahaja, kegagalan pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Kesannya, pelajar yang cemerlang tidak dapat dipupuk oleh sekolah dan ini telah mengakibatkan negara kita kehilangan pemimpin masa depan yang berwibwa. Jadi, sistem pendidikan masa kini telah gagal untuk memastikan kejadian masalah disiplin berkurangan dan ini telah membuktikan bahawa sistem pendidikan negara kita tidak berkesan.

Selain itu, kegagalan memupuk pelajar yang cemerlang juga telah mengakibatkan masalah kekurangan tenaga guru yang berkebolehan untuk mendidik generasi masa depan. Hal ini akan menjejaskan sistem pendidikan negara kita kerana kekurangan tenaga guru dalam suatu sekolah mengakibatkan seorang guru perlu membuat kerja yang berlebihan dan tidak dapat menjaga semua muridnya dengan baik. Akibatnya, pelajar tidak dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang diperlukan dan tidak dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ini telah menjejaskan prestasi sistem pendidikan negara kerana tidak berkemampuan meahirkan pelajar-pelajar yang berilmu. Konklusinya, terbuktilah masalah disiplin pelajar yang kian meningkat juga merupakan cabaran yang dihadapi oleh negara kita dan telah menjejaskan sistem pendidikan Negara

(9)

mengekalkan hubungan baik antara murid-murid yang berbilang kaum, beberapa perkara perlu diberikan tumpuan agar salah faham tidak akan berlaku semasa mereka belajar di sekolah.

Cabaran yang akan ditempuhi oleh rakyat dalam mewujudkan keadaan yang harmoni antara kaum antaranya ialah perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti agama, bahasa, dan adat resam. Bukan itu sahaja, kekurangan interaksi antara murid yang berlainan kaum juga akan menimbulkan jarak sosial. Oleh itu, murid-murid yang berlainan kaum harus bercampul gaul sesama diri sendiri untuk lebih memahami kebudayaan kaum yang lain agar perselisihan faham tidak akan berlaku. Kepentingan jika murid-murid dan guru bersatu padu ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sekolah dapat dijayakan. Bukan itu sahaja, guru dan murid dapat bergaul sesama diri dan hubungan mereka bertambah erat lalu masalah tidak akan berlaku dalam kelas. Ini dapat menjamin bahawa sekolah sentiasa dalam keadaan yang sejahtera dan aman.

Cabaran perpaduan telah membawa kesan kepada sistem pendidikan negara. Kalau murid-murid yang berlainan kaum tidak belajar bersama dalam satu kelas dengan aman, tentunya sekolah juga akan porak-peranda. Hal ini dikatakan demikian kerana jika murid-murid tidak bersatu padu, pertelingkahan pasti akan berlaku jika mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain dalam aspek kebudayaan dan keagamaan. Jikalau guru dan murid-murid tidak dapat bersatu padu, kelas tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana murid-murid tidak akan mendengar apa yang diajar oleh guru dan mereka akan membangkitkan masalah dalam kelas seperti mengusik pelajar yang lain serta membuat bising dalam kelas. Mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan guru kerana mereka berfikir bahawa jika guru tidak bergaul dengan mereka maka mereka tidak akan bekerjasama dengan guru mereka.

Jika proses pengajaran tidak lancar, maka prestasi guru akan menurun dan guru tidak dapat mempunyai keyakinan diri semasa belajar. Ini telah mempengaruhi sistem pendidikan negara kerana guru yang tidak berkeyakinan semasa mengajar tidak dapat mendidik murid-muridnya dengan baik lalu pemimpin negara masa depan tidak dapat dipupuk.

(10)

Seseorang guru boleh menangani cabaran revolusi teknologi maklumat dengan mempelajari cara untuk menggunakan teknologi multimedia dalam proses pengajaran utuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Teknologi multimedia adalah teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap .

Multimedia dalam pendidikan merupakan alat, kaedah, dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Multimedia telah digunakan sebagai perantara dalam sesebuah persembahan maklumat guru kepada pelajar. Komputer merupakan peralatan yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran kerana komputer mempunyai kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna-warni, video serta animasi.

Sebagai seorang guru, tentunya saya akan mempelajari cara-cara untuk membuat penyampaian maklumat kepada pelajar dengan menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Power Point dan Microsoft Word kerana penggunaan perisian komputer ini membolehkan para pelajar untuk memberi perhatian mereka yang sepenuhnya dalam kelas. Ini kerana saya akan memasukkan kesan bunyi, video, dan gambar rajah yang menarik dalam persembahan maklumat saya untuk menarik perhatian pelajar.

(11)

Seterusnya bagi menyelesaikan cabaran disiplin murid, saya akan menjadikan diri saya sebagai contoh atau teladan kepada pelajar. Kita perlu mempunyai contoh yang baik tidak kira di mana kita berada. Kita haruslah memupuk kesedaran dalam diri kita agar sentiasa teringat bahawa pelajar-pelajar akan sentiasa mengikuti tingkah laku kita.

Jika kita tidak menunjukkan teladan yang baik kepada mereka, pelajar-pelajar tersebut tentunya juga tidak berkelakuan baik dalam kehidupannya. Guru seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan kita perlulah memupuk kesedaran dalam diri kita agar sentiasa beringat bahawa kita merupakan seorang guru yang perlu menunjukkan teladan yang baik. Bukan itu sahaja, sebagai seorang guru, saya akan bersikap prihatin dan membina hubungan yang mesra dengan pelajar saya.

Sebagai guru yang bertanggungjawab dan mempunyai kasih sayang, kita perlulah mengambil berat tentang pelajar-pelajar kita dan membantu mereka jika mereka menghadapi masalah. Dengan ini, hubungan yang mesra dapat dibina antara guru dan pelajar kerana saling memahami antara satu sama lain. Jika guru dapat memberikan perhatian kepada pelajarnya, tentu pelajar tersebut akan berasa dihargai oleh orang lain dan tidak perlu membuat sesuatu perkara yang melanggar peraturan sekolah untuk menarik perhatian guru. Jadi, terbuktilah bahawa tindakan seorang guru untuk mengambil berat tentang pelajarnya dapat menjadikan guru itu lebih memahami pelajarnya justeru membina hubungan yang baik.

Langkah seterusnya saya akan menggalakkan pelajar-pelajar untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. Contoh aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah ialah badminton, bola keranjang, pengakap, dan sebagainya. Apabila pelajar-pelajar menyertai program-program kokurikulum di sekolah, mereka tidak mempunyai masa untuk menimbulkan masalah disiplin. Selain itu, mereka juga akan belajar tentang nilai-nilai murni dan mereka mengetahui bahawa tindakan untuk menimbulkan masalah disiplin adalah tidak betul.

(12)

direalisasikan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan ilmu dalam kehidupan. Setelah masalah disiplin pelajar berkurangan, tentulah masyarakat dan negara yang harmoni serta makmur dapat direalisasikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Selain itu, langkah seterusnya untuk menangani masalah perpaduan dalam kalangan murid sekolah ialah dengan menerapkan semangat dan nilai bersatu padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Semangat ini dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti kumpulan. Dalam konteks ini, guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah. Melalui aktiviti-aktiviti itu, hubungan antara pelajar dengan guru juga dapat bertambah erat lalu perpaduan antara guru dan pelajar dapat dicapai bagai aur dengan tebing. Untuk menjayakan inisiatif itu, guru tidak harus mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar dalam kelas seperti tidak menghormati agama dan kebudayaan kaum lain. Sebagai seorang guru yang dedikasi, saya juga akan membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna agar pelajar yang berlainan kaum dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Dengan itu, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dapat saling memahami dan pertelingkahan yang mengakibatkan ketidaktenteraman tidak akan berlaku. Bukan itu sahaja, guru juga perlu mengajar murid-muridnya untuk menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Ini dapat menyedari anak-anak tentang kesan akibatnya kurang perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Guru seharusnya menggunakan bahan pengajaran yang menarik untuk mengajar sejarah agar pelajar akan memberikan perhatian sepanjang proses pengajaran.

(13)

dapat membantu menangani cabaran perpaduan lalu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

Konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa cabaran-cabaran yang sedang dihadapi oleh negara memang akan mempengaruhi sistem pendidikan negara. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, kita perlu berusaha membantu menangani cabaran-cabaran tersebut.

2.0 DAPATAN HASIL TEMUBUAL GURU TENTANG STRESS DI SEKOLAH

2.1 Punca-punca dan faktor stress

Menurut Burhanuddin Abdul Jalal (2010), stress merupakan suatu ungkapan yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif seperti gila, gelisah, tertekan, tidak mampu berfikir, jiwa yang resah, pemarah dan hal-hal negatif yang lain. Kita barangkali amat biasa dengan istilah atau ungkapan ini. Ini mungkin kerana setiap hari kita mengalami stress. Stress berlaku apabila keadaan tubuh badan atau jiwa kita mengalami suatu keadaan atau situasi di luar kebiasaan kita.

Tekanan boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan sama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. Ia merupakan satu fenomena semula jadi yang tidak boleh dielakkan sekiranya seseorang itu membuat kerja-kerja profesional. Tekanan merupakan normal dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan kesibukan. Setiap orang akan mengalami tekanan (stres) dalam kehidupan seharian mereka. Tekanan (stres) yang berterusan dan keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental mahupun kesihatan fizikal.

(14)

Guru-guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas.

Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.

(15)

Faktor hubungan interpersonal dalam sekolah juga merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Hubungan antara personal ini merujuk kepada hubungan guru dengan guru, guru dengan pengetua, guru dengan pegawai dan jabatan pendidikan, hubungan guru dengan staf sokongan, hubungan guru dengan pelajar dan hubungan antara guru dengan ibu bapa, penjaga atau waris pelajar. Perhubungan yang ada kalanya dingin antara guru-guru dengan personel yang terdapat di sekolah akan mempengaruhi dan memberikan implikasi yang kurang baik terhadap kualiti kerja guru-guru tersebut. Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

2.2 Kesan Stres kepada guru di sekolah.

Terdapat banyak kajian yang menyatakan punca-punca yang akan membawa kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Hasil dapatan temu bual yang telah dijalankan didapati guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan.

Setiap yang dilakukan pasti memberikan kesan yang kurang baik terhadap organisasi tersebut. Antara perkara yang biasa dilakukan oleh guru yang stres termasuklah ponteng kerja, masuk lambat ke kelas, berkasar dengan pentadbir, dingin dalam berhubungan dengan warga sekolah lain dan sebagainya yang mana perkara-perkara ini hanya mendatangkan kesan yang negatif terhadap pihak sekolah.

(16)

negatif akan ditinggalkan tanpa sebarang rasa tanggungjawab yang akan menyebabkan sekolah tidak lagi menjadi organisasi yang harmoni.

Kesan yang pertama yang paling ketara dapat kita lihat adalah kesan kepada murid-murid. Guru-guru yang mengalami fenomena stres ini kebiasaannya mengambil jalan mudah bagi menangani masalah stres tersebut. Perkara yang betul-betul memberi kesan terhadap murid-murid ialah apabila guru tersebut ponteng sekolah tanpa alasan yang kukuh. Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011). Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah.

Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, murid-murid akan mendapat kesan yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Akibat daripada sikap guru yang tidak bertanggungjawab, murid-murid yang menjadi mangsa. Hanya kerana kurang bijak mengendalikan stres ini murid-murid diabaikan dan segala tugasan yang sepatutnya diselesaikan telah tertangguh. Seorang guru seharusnya bijak dalam mengendalikan stres dan bukan sahaja bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Akibat daripada perbuatan guru ini, kemungkinan besar murid-murid yang diabaikan ini mendapat keputusan yang tidak memuaskan lantas akan mengganggu gred sekolah tersebut.

(17)

mendatangkan kesan yang negatif serta menjejaskan tahap diri dan mental seperti kemurungan. Apabila seorang guru yang mengalami stres menghadapi kemurungan, pastinya akan berlaku masalah dari segi sosial dengan guru-guru lain iaitu keluarga yang terdekat ketika berada dalam sebuah sekolah.

Hal ini akan menyebabkan reaksi yang kurang baik daripada guru-guru lain memandangkan seorang yang murung kebiasaannya akan memencilkan diri dan mengelakkan diri daripada bergaul dengan sesiapa. Hal ini akan menjadi lebih teruk sekiranya guru yang stres tersebut bertindak di luar jangkaan seperti mengamuk dan memarahi mereka yang menegurnya memandangkan sesorang yang menghadapi fenomena stres cenderung untuk bersikap berang. Keselamatan guru-guru lain disekolah juga mungkin akan terjejas disebabkan oleh guru yang tidak bijak untuk mengendalikan stres mereka ini. Hal ini akan membuatkan hubungan antara guru-guru di sekolah tersebut dingin lantas menyebabkan suasana di sekolah tersebut tidak lagi harmoni.

Sekiranya hal ini berterusan berkemungkinan besar akan wujudnya fenomena yang tidak diingini yang seringkali kita lihat di sekolah pada masa kini seperti mengumpat, berprasangka buruk dan wujudnya puak-puak guru yang tidak patut berlaku dalam kalangan guru yang mana bernaung di bawah satu kerjaya profesional. Dalam hal ini, inisiatif perlu diambil oleh semua pihak bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku.

Kesan seterusnya dapat dilihat kepada pentadbir sesebuah sekolah iaitu jawatan tertinggi sekolah tersebut iaitu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Kesan ini juga adalah kepada perhubungan antara guru tersebut dengan pentadbir berikut. Seorang guru yang mengalami stres yang mengambil langkah ponteng sekolah dan meninggalkan segala urusan sekolah boleh diambil tindakan melalui pentadbir. Pentadbir boleh menggantung atau membuang guru tersebut daripada sekolah tersebut. Kesalahan seperti meninggalkan kelas dan tugas-tugas tertentu seperti menyiapkan rancangan pengajaran adalah merupakan kesalahan yang sangat besar yang boleh mengganggu markah prestasi yang dipegang oleh pentadbir sesebuah sekolah itu sendiri. Kita sendiri sedia maklum bahawa seorang guru diwajibkan untuk menulis rancangan mengajar sebagai bukti yang mana guru tersebut menunaikan tanggungjawabnya.

(18)

Seseorang guru hendaklah memastikan diri mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan juga mental. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberi kesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stres di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya.

Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa bersedia dalam setiap perkara yang ingin dilakukan lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan berlakunya tekanan yang tinggi lantas menyebabkan stres. Seorang guru seharusnya memastikan diri sendiri faham apa yang hendak diajar kepada murid-murid. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menyebabkan fenomena stres ini berlaku kepada guru-guru. Sebagai contoh, murid yang sentiasa bertanya berkaitan perkara yang sedang diajar oleh guru. Sekiranya guru tidak bersedia dan perkara sebegini berlaku, kemungkinan besar guru tidak dapat menjawab pertanyaan yang banyak dan juga diluar jangkaan daripada murid-murid lebih-lebih lagi murid-murid yang bijak. Hal ini boleh mendatangkan tekanan yang sangat tinggi dan guru tersebut sangat cenderung kepada fenomena stres ini.

(19)

berulang dan stres ini akan melanda setiap kali guru ini meneruskan kerja tersebut dengan cara sebegini. Oleh itu, guru seharusnya bijak dalam soal mengurus masa dan hanya memfokuskan satu kerja dalam satu masa supaya tidak mendapat tekanan yang hebat daripada kerja yang dilakukan.

Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah.Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah.

Hasil temubual tersebut lagi menyatakan bahawa salah satu punca yang menyebabkan stres di tempat kerja ialah tempat kerja bising, berbahaya, tidak teratur dan sesak. Kebanyakan guru yang sibuk dengan pelbagai kerja atau tugasan sememangnya mempunyai masa yang terhad untuk melakukan sesuatu seperti mengemas meja kerja dan sebagainya. Mereka ini berkemungkinan tidak sedar bahawa perkara-perkara sebegitulah yang membawa mereka kearah fenomena stres. Guru-guru ini sepatutnya mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya lima minit untuk membersih, menyusun atur dan mengemas tempat kerja mereka agar tidak kelihatan berselerak bagi mengelakkan tekanan kepada mereka. Elakkan juga daripada meletakkan barangan yang berbahaya seperti pisau, gergaji dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini adalah kerana mereka yang mengalami fenomena stres ini boleh bertindak diluar jangkaan kita. Oleh itu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan guru sentiasa berada dalam keadaan aman, tenteram dan selamat.

(20)

pentadbir hanya tahu memberi arahan kepada seorang guru untuk melakukan sesuatu kerja. Sebagai contoh, seorang guru diminta untuk memasang pintu atau membaiki apa-apa kerosakan pada bangunan sekolah oleh pentadbir. Setelah selesai kerja yang diminta, tiada langsung ucapan terima kasih dan pentadbir tidak ambil tahu langsung akan perkara itu selepas memberi arahan tersebut.

Dalam situasi ini, guru yang disuruh itu tentunya berasa tidak dihargai atas kerja yang telah dilakukan dan berkemungkinan besar niat guru yang pada mulanya tadi ikhlas kini sudah menjadi tidak ikhlas gara-gara sikap pentadbir yang sedemikian. Guru itu juga berkemungkinan akan berfikir bahawa adakah perlu seorang guru melakukan kerja-kerja seperti itu dan akan membuatkannya tertekan dan juga cenderung ke arah fenomena stres. Oleh itu, penghargaan harus diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat walaupun khidmatnya itu hanya khidmat yang kecil. Ucapan terima kasih dengan senyuman yang ikhlas sudah mencukupi bagi membuatkan hati mereka yang membantu kita puas dan tiada tekanan selepas kerja tersebut.

3.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU.

3.1 Pemeriksaan kesihatan berkala.

Guru – guru perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berskala di klinik -klinik kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan diri. Memastikan tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang baik. Pengambilan ubat – ubatan diperingkat awal dapat mencegah gejala ini daripada semakin merebak. Tahap kesihatan yang rendah akan mengundang masalah stres dikalangan guru – guru di sekolah. Terkecuali daripada penyakit – penyakit kronik yang lain dapat menyediakan mental dan fizikal guru di tahap yang tinggi untuk melaksanakan tugas – tugas yang telah diamanahkan.

3.2 Program Kesihatan Sekolah

(21)

Usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama serta mengatasi masalah stress dalam kalangan guru diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan. Usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas Program Kesihatan Sekolah perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

Selain itu, Program Kesihatan Sekolah ini juga dapat membentuk sikap dan perlakuan yangg positif terhadap kesihatan. Ia dapat melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Antara objektif Program Kesihatan Sekolah ialah dapat menghilangkan rasa stress guru , memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat serta membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat dalam meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah sentiasa ceria dan dapat mengatasi masalah stress yang dihadapi.

3.2 Program Senamrobik Mingguan

Program Senamrobik mingguan di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas. Guru Pendidikan Jasmani sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk semua warga sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri serta dapat melahirkan guru yang aktif , sihat dan cergas. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh guru semasa waktu lapang guru pada bila-bila masa.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi guru yang cergas, sihat dan memupuk guru sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka agar dapat menghilangkan tekanan kerja seharian. Menerusi senamrobik, setiap guru akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.

(22)

guru untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat, mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru, mengisi masa terluang guru, dan meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan serta dapat menangani masalah stress dalam kalangan guru di sekolah.

3.3 Program Latihan Senaman Pernafasan.

Stres boleh menyebabkan seseorang bernafas secara sukar dan adakalanya terpaksa bernafas secara kerap tanpa teratur atau dikenali sebagai simptom hyperventilation yang menyebabkan mangsa stress berasa panik secara tiba – tiba. Pengoksigenan darah yang dibawa ke otak mendatangkan banyak manfaat kepada seseorang. Ia boleh melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Oksigen yang cukup di dalam otak kita akan memastikan ia dapat berfungsi dengan baik tanpa tekanan dan dapat berfikir dengan cara yang positif semasa mengalami sebarang masalah. Cara senaman penafasan ialah dengan menarik nafas secara perlahan – lahan dan kuat , kemudian lepaskan udara melalui hidung, lakukan berulang – ulang kali. Cara ini boleh dilakukan dimana- mana sahaja dan ia ternyata dapat memberi kesan positif dengan serta merta.

3.4 Program Disiplin Diet Pemakanan.

Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan mental dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang yang terlalu banyak dan tidak teratur akan mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan kolestrol yang terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan membuatkan seseorang itu mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat dikawal masalah akan bertambah teruk bila gejala awal masalah jantung dapat dikesan. Langkah yang berkesan untuk mengelakkan terjadi masalah ini ialah dengan mendapatkan nasihat pakar – pakar pemakanan yang diiktiraf.

3.5 Program Lawatan ke tempat lain.

(23)

memberi pengetahuan baru serta meluaskan pemikiran para guru dan kakitangan yang terlibat. Melalui program ini juga para guru dan kakitangan diharap dapat menggunakan setiap ilmu serta pengalaman yang baru pada jalan yang berfaedah dengan berkongsikannya bersama rakan-rakan yang lain yang tidak dapat mengikuti program ini. Ia juga boleh diguna pakai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru. Justeru, dengan terlaksananya program lawatan ini, diharapkan bahawa semua guru dan kakitangan dapat menikmati percutian hujung minggu mereka dengan sepenuhnya.

Matlamat Program Lawatan ini dapat meningkatkan pengetahuan di dalam bidang pelancongan dan juga alam semulajadi, meniup semangat baru bagi meneruskan kerjaya di dalam sektor pendidikan, mewujudkan satu komuniti kerja yang ceria , meningkatkan tahap kompetensi para guru dan kakitangan di dalam bidang kerja, melahirkan warga pendidikan bermotivasi tinggi dan kompetitif, mengeratkaan hubungan di antara guru-guru, kakitangan, serta ahli keluarga yang lain dan akhir sekali dapat meningkatkan semangat kekitaan di kalangan ahli kelab guru. Kesemua matlamat ini diharapkan dapat menghilangkan stress guru di sekolah.

4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan dalam kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

(24)

dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan. Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam kalangan guru adalah seperti mengkaji semula beban tugas guru. Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan kerja merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini akan mendorong seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa tanggungjawab. Justeru, dapat mengurangkan ketegangan dalam kalangan guru.

Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai contoh, semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya. Seterusnya, sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan. Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan program latihan dan pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Pada masa yang sama perlu mengenal pasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu dicapai. Dengan itu, guru-guru yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi. Tambahan pula, perlu mengadakan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi sekolah yang dapat membantu meningkatkan motivasi pekerja.

(25)

Kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar.Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan tekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang. Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

5.0 REFLEKSI

Nama : Pn Kamaliah Sidik

No Kad Pengenalan : 670325-08-6774

No Matrik : PPG 2011192360058

Kelas : Bahasa Melayu ( C )

Pertama-tamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa ini. Kerja kursus ini memerlukan saya menulis sebuah esei mengenai isu dan cabaran semasa yang membolehkan guru mengenalpasti, mereflek serta menyesuaikan dan menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan. Justeru, saya perlu menyatakan satu isu dan menghuraikan cara-cara bagi guru untuk menghadapi isu tersebut.

(26)

seorang pelajar, tetapi pandangan saya kini semakin luas apabila saya dapat meneliti isu yang sama melalui sudut seorang guru.. Sensitiviti terhadap isu-isu semasa ini juga mengingatkan saya supaya sentiasa bersedia dalam menempuh dunia pendidikan sebenar. Hal ini kerana, guru bekerja dengan murid lalu tindakan yang diambil oleh seseorang guru pasti akan memberi kesan kepada murid.

Selain itu, kerja kursus ini telah menyedarkan saya akan keperluan untuk mempertingkat dan memperbaiki kemahiran, teknik dan kaedah mengajar saya. Saya sedia maklum bahawa murid-murid pada masa sekarang adalah jauh berbeza dengan kelompok murid terdahulu. Mereka lebih banyak terdedah dengan kemudahan ICT dan penggunaan gadjet yang canggih. Oleh itu, pendekatan yang seharusnya digunakan ke atas mereka mestilah berbentuk eksperimen atau penerokaan yang boleh menarik minat mereka berbanding kaedah chalk and talk dan belajar melalui buku teks semata-mata. Saidina Ali bin Abi Talib r.a juga pernah berkata, “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya”, lalu seorang guru perlu mengetahui kecenderungan murid-muridnya sebelum mengajar mereka. Pendekatan dan teknik yang bersesuaian turut menjamin keberkesanan mutu pengajaran guru di samping memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai oleh setiap murid.

Seterusnya, pendedahan terhadap isu dan cabaran semasa dalam dunia pendidikan ini mengajar saya bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah penting. Sebarang masalah atau isu yang dihadapi oleh pihak sekolah khasnya mampu dibendung dengan mudah sekiranya ibu bapa terjun padang untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kes jenayah murid di sekolah. Guru yang mempunyai kuasa boleh menghukum murid-murid yang melakukan jenayah, tetapi dendaan tidak akan membawa kesan yang berpanjangan kepada mereka jika ibu bapa mereka sendiri tidak menegur atau membetulkan kesalahan mereka di rumah. Jelas, hubungan dua hala yang baik antara dua ‘kuasa besar’ ini adalah perlu demi menjamin perkembangan murid yang sepenuhnya, iaitu bukan sahaja meliputi aspek tingkah laku malah prestasi akademik dan kokurikulumnya.

(27)

dua kumpulan ini yang melaksanakan dasar yang dibuat. Justeru, melalui kerja kursus ini, saya belajar bahawa kita semua bergerak di dalam satu sistem. Dari peringkat kementerian hingga di sekolah, kita bekerja bersama-sama dan bukannya secara individu mahupun bekerja untuk kepentingan sesiapa. Saya percaya bahawa jumlah isu yang timbul dalam bidang pendidikan boleh dikurangkan sekiranya setiap pihak berfikiran sedemikian, seterusnya meringankan bebanan dan cabaran yang harus digalas oleh guru pada masa akan datang.

Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku disiplin mereka. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah kami, Tuan Hj Hosen bin Atar di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau kepada kami. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna sewaktu di sekolah kelak..

Sekian, terima kasih.

6.0 BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Profesionalisme Keguruan:Prospek dan Cabaran.Selangor:Dawama Sdn. Bhd

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin.(2011). Pengendalian Disiplin Remaja di Sekolah dan di Rumah.Kuala Lumpur.Penerbitan Multimedia.

Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala Lumpur

Azrul Hisham Abdul Manaf (2009), Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. UPM. Kuala Lumpur

Burhanuddin Abdul Jalal. et..al., (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik..Kuala Lumpur : Blue-T Publication Sdn. Bhd.

(28)

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohd. Razali Salleh (2010). Pengendalian Stres Dan Kebimbangan:Penilaian Kognitif dan Tingkah Laku.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nor Hanani (2007). Membina Sukses Tanpa Stres. Selangor. Edu System Sdn Bhd.

Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres .( 20 Mei 2006), Utusan Malaysia

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2013). Guru dan Cabaran Semasa (Edisi Kedua).Puchong.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jack Dunham & Prakash Varma. (1998). Stress in Teachers: Past, Present and Future. London. Whurr Publishers.

Kyriacou, C. (1987). Teacher Stress and Burnout: An International Review. Educational Research, 29 (2): 146-152.

http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html

Telah di akses pada : 15 Feb 2015

http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html Telah diakses pada : 16 feb 2015

(29)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian adalah ruang tradisional Desa Adat Penglipuran terdiri dari tiga tingkatan ruang yang berdasarkan konsep Tri Mandala, yaitu Utama, Madya dan

benar-benar ini adalah hal sangat membahayakan bagi generasi penerus ibu pertiwi, di usia yang sangat muda mereka telah menyukai hal yang buruk, pada saat ini jumlah perokok

Pada nilai arus yang sama, temperatur permukaan dari sebuah penghantar yang ditekuk dengan sudut tekuk yang lebih kecil lebih tinggi daripada penghantar yang ditekuk

Hasil penelitian senada dengan hasil dari riset yang dilakukan Kuswanti, et.al (2014) menyebutkan bahwa tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara pengetahuan

Pemerintah bisa menyediakan lapangan kerja yang lebih luas lagi dan meningkatkan upah dalam negeri atau biasa yang disebut dengan upah minimum rakyat untuk mengecilkan minat

Jenis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah: Data Kualitatif, seperti sikap manajer keuangan dalam pengambilan keputusan yang berkaitan dengan risk attitudes

Peraturan Pemerintah Nomor 60 Tahun 2014 tentang Dana Desa Yang Bersumber Dari APBN. Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 113 Tahun 2014 tentang Pengelolaan

Pada penelitian ini dilakukan ekstrak terhadap bahan alam kulit jeruk dan mangga sebagai penghambat laju korosi pada baja karbon API 5L Gr B dalam media air laut buatan.. Latar