• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendapat Pengunjung mengenai Reka Letak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendapat Pengunjung mengenai Reka Letak"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Pendapat Pengunjung mengenai Reka Letak Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni Sarawak

Oleh

Ammenda Michelle Tong

Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (UNIMAS)

54487@siswa.unimas.my

ABSTRAK

Kajian ini memfokuskan kaedah paparan yang digunakan untuk menarik minat pengunjung dalam menyampaikan maklumat di dalam Muzium Seni. Pelbagai reka letak terkini diaplikasikan oleh Muzium Seni untuk menarik minat pengunjung. Namun begitu, pihak muzium mendapati terdapat isu apabila ingin mendapatkan data tentang kualiti Pameran Urang Sarawak daripada pengunjung. Kaedah kuantitatif seperti edaran borang soal selidik sebanyak 385 kepada responden di sekitar Muzium Seni dan menemubual 3 orang informan dari Jabatan Muzium Sarawak dijalankan. Kesimpulannya, kajian mendapati pengunjung memilih Muzium Seni sebagai muzium pilihan utama mereka.

(2)

1. Pengenalan

Datan (seperti yang dipetik dalam Borneo Post Online, 2016) menyatakan bahawa pameran Urang Sarawak telah dilancarkan pada 28 September 2016 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Tujuan pelancaran Pameran Urang Sarawak ini adalah untuk mempamerkan keindahan dan kedalaman warisan Sarawak. Pameran ini bertemakan Pameran Tentang Kita untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang sejarah dan perkembangan politik Sarawak.

Menurut Abuquerque dan Delgado (2015), berbalik kepada fungsi asal muzium hanyalah melakukan kaedah pengumpulan iaitu aktiviti yang telah lama dilakukan sejak zaman dahulu bahawa objek yang berbentuk seni bertujuan diperkenalkan kepada masyarakat. Perkataan muzium lahir daripada perkataan “muse” yang berasal dari mitologi Yunani. “Muses” bermaksud tuhan atau 9 kumpulan dewi lambang ilmu dan seni. Glaser dan Zenetou (1996) menyatakan bahawa terdapat sembilan anak perempuan Zeus yang mewakili seni dan pembelajaran termasuk sejarah, epik, puisi lirik, muzik, tragedi, tarian, komedi, astronomi dan muzik agama.

Seni ialah hasil atau proses kerja manusia yang melibatkan kreativiti untuk menghasilkan sesuatu karya yang indah dan bernilai. Dalam menghasilkan kerja-kerja seni manusia dikaitkan dengan perasaan, jiwa dan kreativiti untuk menghasilkan karya seni. Namun begitu, seni terdiri daripada beberapa kategori. Antara kategori seni yang ada ialah nyanyian, seni mempertahankan diri, seni kulinari (masakan), muzik, lakonan, lukisan, ukiran, lakaran, penulisan, origami dan puisi.

(3)

2. Sorotan Kesusasteraan

Untuk memastikan reka bentuk dan merancang pameran muzium adalah berbeza dari pameran bukan muzium. Reka bentuk pameran adalah bidang tugas yang paling kompleks bahawa perlu melibatkan pereka grafik dalam mereka bentuk sesebuah pameran. Reka bentuk pameran boleh melibatkan penggunaan hampir semua jenis teknik komunikasi dan melibatkan penggunaan semua deria bagi merancang pameran yang baik.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila merancang pameran termasuklah hubungan paparan dengan pengunjung, program yang akan dijalankan, maklumat yang ingin berikan kepada pengunjung, cara yang digunakan untuk ruang yang ada di ruang paparan, bentuk pencahayaan dan suhu yang diperlukan, grafik teks seperti gaya, reka bentuk, kandungan dan kebolehbacaan paparan, warna dan tekstur, model, bahan audio dan audio visual untuk penyampaian maklumat dan sebagainya.

Dean (1996) menerangkan terdapat dua jenis susunan objek yang dirancangkan oleh para pembuat reka bentuk pameran iaitu objek yang rata atau dua dimensi dan objek yang disusun secara tiga dimensi. Kebanyakan pameran akan memerlukan beberapa jenis penyesuaian ruang untuk menjadikannya sesuai untuk tujuan pameran. Reka bentuk bangunan akan bergantung kepada kerumitan reka bentuk pameran.

Reka letak objek yang diletakkan di sepanjang garis tengah mata pula melibatkan beberapa ciri objek itu sendiri memberi kesan perletakkannya. Seperti garis mendatar, terutamanya dalam karya mempamerkan seni, sebahagian daripada komposisi kerja adalah titik pandangan atau tahap mata dari pegunjung. Arah objek yang dipamerkan pula harus serasi dengan niat peengunjung untuk melihatnya. Sesetengah objek sangat berarah dalam mempamerkan koleksi itu sendiri.

(4)

yang berfungsi untuk menarik minat pengunjung iaitu nilai, warna, tekstur, keseimbangan, garisan dan bentuk.

Menurut Matassa (2014), akses juga harus diselesaikan sebelum peringkat pemasangan. Jika tiada tempat untuk membawa koleksi pameran untuk dipamerkan dalam muzium, pihak muzium perlu memastikan laluan itu jelas dari titik penghantaran ke ruang pameran. Disamping itu, jika ingin memuatkan pameran ke dalam galeri, pihak pengurusan perlu mempertimbangkan reka bentuk dan saiz yang tepat untuk ruang itu.

Jika terdapat sebarang tema yang berbeza, pihak muzium haruslah menentukan sama ada reka letak pameran perlu memisahkannya dengan warna, membahagi dinding atau jenis objek. Beberapa objek utama mungkin mempunyai lebih banyak kesan di dalam bilik mereka sendiri. Sebagai contoh, menurut Matassa (2014), jika pameran menceritakan kisah ini, ia harus menjadi paparan kronologi, menerbitkan naratif secara digital atau dengan monitor pada selang masa yang tetap untuk membantu menggerakkan cerita bersama.

Untuk objek tiga dimensi pengunjung perlu berdiri untuk melihat memaparkan tersebut. Bagi kerja-kerja audiovisual, monitor boleh berdiri bebas dari dinding. Terdapat banyak pilihan interpretasi, papan tanda dan label. Papan tanda termasuk panel maklumat dan pengenalan pada pameran tersebut. Sesetengah pameran tidak mempunyai label sama sekali dan pihak muzium haruslah menghasilkan senarai, panduan audio atau aplikasi untuk pengunjung agar memudahkan mereka melihat dan membaca paparan tersebut.

Kebanyakan muzium di Malaysia menghadapi masalah untuk mendokumentasikan artifak dan pameran mereka kerana cara pameran yang digunakan oleh muzium di Malaysia bersifat tradisional iaitu artifak yang pegun atau statik. Menurut Hashim, Taib dan Alias (2014), cara pendedahan pameran yang digunakan oleh muzium hanya berbentuk teks, gambar dan pemodelan pasif dikenali sebagai teknik paparan yang berbentuk statik.

(5)

sesuai untuk lawatan pelajar sekolah kerana muzium merupakan tempat untuk pembelajaran dan pelajaran.

3. Metodologi kajian

Pengunaan kaedah kuantitatif ini dilakukan dengan mengedarkan borang sebanyak 385 kepada responden secara rawak. Pengkaji memfokuskan pengunjung tempatan yang berada di sekitar Muzium Seni dan galeri pameran tersebut.

Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual 3 orang informan dari Jabatan Muzium Sarawak iaitu:

i. Cik Yasmin Khalid Nicholls ii. Encik Hans Van De Bunte iii. Encik Awangku Aniq Durar

Bahagian D

Objektif 3 Bahagian C

Objektif 2 Bahagian B

Objektif 1 Bahagian A

demografi

(6)

4. Dapatan kajian

Hasil pengumpulan maklumat menggunakan kaedah kualitatif, pengkaji mendapati bahawa galeri Pameran Urang Sarawak mempunyai masalah dari segi memantau tingkah laku pengunjung bahawa kadang kala pengunjung tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pihak muzium yang ingin mendapatkan maklumat soal selidik. Tambahan pula soalan yang diajukan oleh pihak muzium kepada pengunjung adalah mengenai kualiti Pameran Urang Sarawak.

Segala maklumat yang diberikan kepada pengunjung melalui soal selidik adalah sangat penting untuk pihak muzium memperbaiki segala kelemahan yang ada di galeri pameran tersebut. Oleh itu, dapatan kajian yang telah diperoleh mendapati bahawa pihak muzium sememangnya menghadapi masalah. Penggunaan bahasa untuk soal kaji selidik hendaklah mudah difahami oleh pengunjung. Penggunaan bahasa yang ringkas tetapi penggunaan ayat yang tidak sesuai dan banyak dapat mengelirukan pengunjung.

Selain itu, pihak muzium perlu menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong dalam galeri pameran meskipun sesetengah pengunjung tidak ingin dibimbing oleh kakitangan muzium. Hal ini berkaitan dengan keselesaan pengunjung semasa sedang melawat ke galeri pameran sama ada mereka lebih selesa diiringi oleh kakitangan muzium ataupun bebas melawat galeri pameran seorang diri.

Berbalik kepada penggunaan kiosk, pihak muzium harus menyediakan kiosk dengan lebih banyak lagi supaya pengunjung yang memberikan telah kerjasama yang baik kepada pihak muzium dapat menjawab soal kaji selidik dengan mudah iaitu tidak perlu berartur dengan lama. Bahkan, penambahan bilangan kiosk dapat memudahkan pengunjung dan pihak muzium sendiri.

(7)

dikehendaki menjawab soal kaji selidik tersebut. Akan tetapi, ruangan kiosk sekurang-kurangnya perlulah diubah dengan baik agar pengunjung berasa lebih selesa.

Seterusnya, pengkaji dapat menerangkan masalah yang dihadapi oleh pihak muzium untuk mendapatkan data yang tepat mengenai soal kaji selidik tentang Pameran Urang Sarawak daripada pengunjung. Kaedah paparan yang menarik dapat menarik minat pengunjung untuk melawat ke galeri pameran meskipun kadang kala pengunjung tidak mendalami semua pameran yang dipamerkan. Untuk membuat sesebuah pameran yang menarik, pihak muzium perlulah mementingkan 6 elemen asas untuk mewujudkan suasana pameran yang berkesan.

Selain itu, penggunaan bahasa untuk menyampaikan maklumat pameran perlulah jelas dan ringkas agar mudah difahami oleh pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Setakat ini, penggunaan bahasa yang digunakan oleh pihak muzium amatlah sesuai dan hanya menggunakan dwibahasa. Paparan yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat pengunjung untuk melawat ke galeri pameran malah pameran tersebut telah menggunakan cara moden untuk mewujudkan sebuah pameran. Penggunaan ayat dan bahasa perlulah bersesuaian agar pameran tersebut mendapat sambutan.

Disamping itu, pengkaji menganalisis strategi yang digunakan oleh pihak muzium untuk menarik minat pengunjung datang melawat ke galeri pameran. pihak muzium perlu merancang strategi yang baik dari segi penyusunan artifak dan kaedah paparan yang digunakan untuk menarik pengunjung datang melawat ke galeri pameran. Untuk membuat pemasangan pameran, ruangan adalah amat penting agar artifak-artifak dapat disusun dengan teratur mengikut dimensi masing-masing. Terdapat banyak strategi yang dapat dilakukan oleh pihak muzium untuk menjadikan sebuah pameran itu berfungsi dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, pameran tersebut perlulah mempunyai jenis artifak untuk segmen yang berbeza.

(8)

dapatan kajian, penggunaan pencahayaan juga perlu dipertimbangkan. Hal ini sangat berkait rapat dengan cara pameran itu dipersembahkan untuk tatapan ramai.

Begitu juga dengan instrumental muzik akan dimainkan di dalam pameran. Strategi ini amatlah dipersetujui oleh pengunjung kerana mereka akan berasa lebih tenang dan selesa di galeri pameran tersebut. Alunan muzik instrumental sangat sesuai untuk pengunjung berffikir dan fokus kepada perkara yang dilakukan lebih-lebih lagi mereka sedang mempelajari pendidikan tidak formal.

Selain strategi kaedah paparan yang digunakan untuk menarik minat pengunjung, pihak muzium juga boleh menyediakan kedai cenderahati di sekitar muzium. Di kedai tersebut, pihak muzium boleh menjual pameran berbentuk hadiah. Sesetengah daripada pengunjung mungkin berminat dengan hadiah tersebut apatah lagi barangan cenderahati itu merupakan sebahagian daripada bentuk artifak yang dipamerkan di galeri pameran.

Penyediaan kemudahan seperti tempat beristirahat untuk pengunjung adalah penting kerana pengunjung yang telah melawat tidak akan terus menuju ke pintu ke luar galeri pameran kerana sesetengah daripada mereka akan bersantai dalam galeri tersebut. Bukan setakat menyediakan kemudahan tersebut namun untuk penyediaan ruang bahan bacaan juga perlu. Hal ini menerangkan bahawa jika terdapat penyediaan bahan bahaan di galeri tersebut maka perlulah menyediakan ruang untuk bahan bacaan iaitu pengunjung akan memerlukan ruang untuk mendapatkan maklumat koleksi.

(9)

5. Kesimpulan dan cadangan

Kajian ini dikalukan berdasarkan objektif yang disasarlan oleh pengkaji iaitu kaedah paparan yang digunakan untuk menarik minat pengunjung datang ke galeri, masalah yang dihadapi oleh pihak muzium untuk mendapatkan data tentang soal kaji selidik dan strategi yang digunakan oleh pihak muzium dalam menarik minat pengunjung untuk melawat ke galeri Pameran Urang Sarawak. Pameran Urang Sarawak akan mendapat lebih sambutan jika pihak muzium dapat memperbaiki kelemahan penyusunan reka letak pameran mereka dan menggunakan strategi yang berkesan untuk menarik minat pengunjung datang ke galeri pameran.

5.1 Cadangan kepada organisasi

Pihak kerajaan perlulah meningkatkan lagi kemudahan asas seperti buku-buku untuk bahan pameran, tempat beristirahat, ruangan khas untuk kanak-kanak dan banyak lagi agar memudahkan pihak muzium sendiri. Sokongan daripada pihak swasta juga amatlah penting untuk membantu pihak kerajaan dalam menyediakan dan memberi sokongan dari segi pelaburan.

5.2 Cadangan kepada masyarakat

Masyarakat juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam sebagai responden dan penduduk tempatan agar memudahkan pengkaji menjalankan kajian terutamanya mengelakkan masalah dari segi sosial masyarakat. Masyarakat perlulah melibatkan diri dalam pendidikan tidak formal untuk menyokong organisasi muzium ini. Bahkan, mereka sendiri akan mendapat peluang yang baik untuk mengenali asal usul budaya masyarakat pribumi.

5.3 Cadangan kepada pengkaji akan datang

(10)

tentang strategi yang digunakan oleh pihak muzium mendapatkan bahan koleksi untuk Pameran Urang Sarawak dan faktor yang menarik minat pengunjung tentang Pameran Urang Sarawak.

RUJUKAN

Albuquerque, M. F., & Delgado, M. B. (2015). Sustainable museumgraphies- the museum shops. Procedia Manufaccturing, 6414-6420.

Datan, I. (2016, September 27). Urang Sarawak exhibition to highlight state's heritage. Dicapai dari Borneo Post Online: http://www.theborneopost.com/2016/09/27/urang-sarawak-exhibition-to-highlight-states-heritage/

Dean, D. (1994). Museum exhibition: Theory and practice . London: Routledge.

Glaser, J. R., & Zenetou, A. A. (1996). Museums: A place to work, planning museum careers. USA: Routledge.

Harrison, M. (1995). Touring exhibition: The touring exhibition group's manual of good practice. London, United Kingdom: Butterworth Henemann.

Hashim, A. F., Taib, M. Z., & Alias, A. (2014). The intergration of interactive display method and heritage exhibition at museum. AMER International Conference on Quality of Life: Quality of Life in Build and Natural Enviroment (pp. 308-316). Kota Kinabalu, Sabah:

Elsevier Ltd.

Referensi

Dokumen terkait

(Hamarus ym. 2015, 29.) Kiusaaminen voidaan myös ajoittaa siten, että kiusaamista tapahtuu siellä missä sitä ei pystytä todentamaan eikä sitä kautta siihen pystytä

Tujuan penelitian ini adalah membuat sediaan gel rambut yang mengandung ekstrak daun sirih merah dan evaluasi sifat fisik dan stabilitas fisik dari sediaan gel

Melihat dari kenyataan di atas tentang perceraian akibat campur tangan pihak ketiga khususnya yang ada di Banjarmasin, proses sampai terjadinya ada pihak ketiga

hidup sesuai dengan nilai dan sebagai ilmu yang mengkaji hubungan sebagai ilmu yang mengkaji hubungan norma yang berlaku dalam.. norma yang berlaku dalam masyarakat

Penggunaan biofungisida sebagai tindakan untuk mengurangi laju infeksi patogen dapat dilakukan sejak di pembibitan sampai tanaman dewasa di lapang, yang

 Tiga robot di rangking tertinggi (FS total terkecil) yang berhasil memadamkan api dinyatakan berturut-turut sebagai juara satu, dua, dan tiga.  Robot yang tidak sekalipun

analisis rasio profitabilitas untuk menilai kemampuan koperasi dalam mencari keuntungan atau laba adalah Koperasi Peternakan Bandung Selatan (KPBS)

Kesimpulan yang didapat adalah respon dari pengunjung yang cukup antusias membuat pihak museum akan melakukan investigasi lebih lanjut mengenai penggunaan teknologi