ISI KANDUNGAN MODUL KARANGAN CEMERLANG
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Definisi Penulisan Karangan 2
2.0 Ciri-ciri Penulisan Cemerlang 2
2.1 Karangan Cemerlang Bahagian A 2
2.2 Karangan Cemerlang Bahagian B 3
3.0 Bahagian Karangan Mengikut Dimensi dan Jenis Bidang 4
3.1 Pembahagian Karangan 4
3.2 Dimensi Soalan 5
3.3 Bidang Interpersonal 5
3.4 Bidang Maklumat 5
3.5 Bidang Estetika 5
4.0 Enam strategi Penulisan Karangan Cemerlang 6
4.1 Baca soalan 6
4.2 Memilih Soalan yang dikuasai 6
4.3 Menganalisis Soalan 6
4.3.1 Contoh Cara Menganalisis Soalan 7
4.4 Merangka Penulisan Karangan 8
4.4.1 Merangka Perenggan Pendahuluan 8
4.4.2 Merangka Perenggan Idea 10
4.4.2.1 Penggunaan Bahan Grafik 10
4.4.2.2 Menjana Idea Menggunakan LPG 11
4.4.3 Merangka Perenggan Penutup 12
4.5 Panduan-panduan lain 13
5.0 Panduan Penggunaan Modul Karangan Cemerlang 14
5.1 Latihan Berfokus Bahagian A 15
5.2 Latihan Berfokus Bahagian B 17
6.0 Analisis Kbat Soalan SPM 2018
6.1 Bahagian A 21
6.2 Bahagian B 21
6.2.1 Soalan 1 23
6.2.2 Soalan 2 24
6.2.3 Soalan 3 25
6.2.4 Soalan 4 26
6.2.5 Soalan 5 27
7.0 Contoh Jawapan 28
7.1 Karangan Bahagian A 29
7.2 Karangan Bahagian B 32
Latihan 1 48
Latihan 2 51
8.0 LAMPIRAN 56
Lampiran 1-9
2
KRITERIA PENULISAN CEMERLANG
1.0 DEFINISI PENULISAN KARANGAN:
Mengarang merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea menerusi penggunaan bahasa yang gramatis dan teknik penulisan yang tepat.
2.0 CIRI-CIRI PENULISAN KARANGAN CEMERLANG:
2.1. KARANGAN CEMERLANG (Bahagian A):
KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT CEMERLANG ( 26-30 markah) i. TUGASAN
Menepati tugasan bahan rangsangan ii. IDEA
Relevan dengan tugasan bahan rangsangan
Dihuraikan dengan jelas dan matang iii. BAHASA
Gramatis dari segi kata dan ayat
Tanda baca betul dan tepat
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru
Kosa kata luas dan tepat iv. PENGOLAHAN
Menarik dan berkesan
Pemerengganan seimbang
Wacana lengkap
Unsur bahasa bervariasi
Penggunaan ungkapan menarik
3
2.2. KARANGAN CEMERLANG (BAHAGIAN B):
2.2.1 KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT CEMERLANG (80 – 100 MARKAH)
i. TUGASAN
Menepati tugasan ii. IDEA
Relevan mengikut tugasan
Idea dihuraikan dengan jelas, matang dan disertakan dengan contoh yang sesuai
iii. BAHASA
Gramatis dari segi kata dan ayat
Ejaan dan tanda baca betul (merujuk Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan)
Laras bahasa sesuai dengan tugasan (Laras bahasa ekonomi, kesihatan, undang-undang, sastera, sains dan lain-lain)
Istilah khusus berkaitan bidang / tema/ isu
Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
Penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa Melayu, pantun, cogan kata / slogan/ kata-kata hikmat/ moto dan frasa menarik
Penggunaan unsur bahasa bervariasi
iv. PENGOLAHAN
Menarik dan berkesan
Pemerengganan lengkap dan seimbang.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
4
3.0 BAHAGIAN KARANGAN MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG:
3.1 PEMBAHAGIAN KARANGAN
BAHAGIAN A:Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan Jenis Bahan Rangsangan;
i. Dialog
ii. Gambar Foto iii. Gambar rajah iv. Ilustrasi kartun v. Pelan
vi. Iklan vii. Petikan viii. Catatan
BAHAGIAN B : Karangan Respons Terbuka Tajuk karangan berdasarkan kombinasi:
BIDANG INTERPERSONAL (IP)
BIDANG MAKLUMAT (M)
BIDANG ESTETIKA (E)
3.2 DIMENSI SOALAN:
i. DIRI
ii. KELUARGA & MASYARAKAT iii. NEGARA
iv. ANTARABANGSA v. UNSUR SASTERA
5 3.3 BIDANG INTERPERSONAL
i. Surat Rasmi ii. Surat Tidak Rasmi iii. Wawancara
iv. Forum v. Syarahan vi. Ucapan vii. Ceramah viii. Perbahasan
3.4 BIDANG MAKLUMAT i. Rencana
ii. Laporan iii. Berita iv. Pendapat
v. Mengulas Pendapat vi. Perbincangan
vii. Membahaskan Tajuk viii. Ulasan Buku
ix. Ulasan Cerpen / Novel / Drama / Puisi x. Peribahasa / Cogan Kata
xi. Menulis Minit Mesyuarat
3.5 BIDANG ESTETIKA
i. Keperihalan / Gambaran / Impian ii. Menulis Cerpen / Cerita
iii. Menulis Skrip Drama
6
4.0 ENAM STRATEGI PENULISAN KARANGAN CEMERLANG
Murid mestilah mempunyai strategi tertentu untuk menulis iaitu : i. Membaca semua soalan.
ii. Memilih soalan yang dikuasai.
iii. Menganalisis soalan.
iv. Menyediakan rangka idea karangan.
v. Menulis karangan.
vi. Menyemak karangan.
4.1 MEMBACA SOALAN
i. Membaca semua soalan
4.2 MEMILIH SOALAN YANG DIKUASAI
i. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk dijawab.
4.3 MENGANALISIS SOALAN
i. Para pelajar perlu memahami setiap tugasan yang terdapat dalam soalan tersebut dan garisi tugasan soalan.
ii. Setiap soalan peperiksaan mempunyai TIGA perkara utama yang perlu dikesan oleh pelajar iaitu;
a. TEMA - isu utama dalam soalan
b. TUGASAN - TERSURAT - kata kunci yang merujuk
kehendak soalan
- TERSIRAT (KBAT) - Mengenal pasti kata kunci yang menjadi unsur kbat
c. FORMAT - (sama ada berformat atau tidak. Sekiranya berformat, tetapi pelajar tidak meletakkan format, karangan calon tidak dapat diletakkan pada peringkat cemerlang)
7 4.3.1 CONTOH CARA MENGANALISIS SOALAN
Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran- cabaran tersebut.
MENGANALISIS SOALAN
TEMA : Remaja
FORMAT : Tidak berformat
(ARAH)TUGASAN TERSURAT : Peranan ahli keluarga
TUGASAN TERSIRAT(KBAT) : i. Ahli keluarga ( Siapa ahli keluarga?) a. Ibu
b. Bapa c. Kakak d. Abang
e. Datuk dan nenek
ii. Cabaran-cabaran hidup akibat pengaruh:
o Rakan sebaya o Media massa o Budaya Barat
a. Rakan sebaya - mengajak melakukan pelbagai gejala negatif
(penagihan dadah, rokok, menonton video lucah)
b. Media massa – melekakan, memaparkan adegan ganas, pergaulan bebas (Filem To Fast To Furious, Rempit, Bohsia)
c. Budaya Barat – Pergaulan bebas, pakaian mencolok mata, mementingkan kehidupan yang hedonisme
8 4.4 MERANGKA PENULISAN KARANGAN
Calon perlu merangka sebelum menulis karangan. Calon mesti merangka satu perenggan pendahuluan, lima perenggan idea dan satu perenggan kesimpulan.
4.4.1 MERANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN
i. Perenggan pendahuluan merupakan kepala karangan.
ii. Calon boleh memilih satu daripada lapan jenis pendahuluan yang telah dipelajari untuk menghasilkan perenggan yang menarik dan berkesan.
iii. Jenis-jenis pendahuluan:
a. Definisi b. Persoalan c. Pendapat tokoh d. Situasi
e. Peribahasa f. Fakta g. Sejarah h. Gabungan
iv. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai tiga elemen iaitu:
a. AYAT TEMA : Merujuk kepada tema / isu
b. AYAT HURAIAN : Kaitkan isu / tema dengan isu semasa c. AYAT ARAH : Merujuk kepada tugasan soalan (salin
tugasan soalan)
9
CONTOH PERENGGAN PENDAHULUAN PERINGKAT CEMERLANG
Remaja merupakan aset negara yang sangat berharga. Kehidupan zaman remaja penuh dengan pancaroba, terutamanya apabila mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup yang menggugat jati diri. Remaja tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat [Ayat Tema]. Dalam hal ini, ahli keluarga terdekat terutamanya ibu bapa digesa memainkan peranan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh golongan remaja. Lagipun, masyarakat menyedari bahawa remaja mudah terkesan dengan cabaran hidup persis peribahasa Melayu bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora dan gading mana tidak retak [Ayat Keterangan/ UM]. Soalnya, apakah peranan ahli keluarga dalam membantu remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup?
[Ayat Arah]
10 4.4.2 MERANGKA PERENGGAN IDEA
i. Perenggan idea merupakan tubuh karangan.
ii. Perenggan idea karangan mestilah dibina secara seimbang bagi setiap idea.
iii. Penulisan idea karangan yang baik mesti mempunyai empat elemen, iaitu;
a. AYAT TOPIK - menyatakan idea b. AYAT HURAIAN - 5W1H (MASB2D)
c. AYAT CONTOH - Nyatakan data dan pendapat yang sahih d. AYAT SIMPUL - Gunakan penanda wacana yang sesuai
4.4.2.1 PENGGUNAAN BAHAN GRAFIK DALAM MERANGKA IDEA
Bagi menghasilkan perenggan idea yang berkesan para pelajar boleh menggunakan:
i. Teknik Piramid Pintar ii. Peta I-Think
iii. Lembaran Pengurusan Grafik (rujuk lampiran)
11
4.4.2.2 MENJANA IDEA MENGGUNAKAN LEMBARAN PENGURUSAN GRAFIK TEMA (Membantu remaja menghadapi cabaran hidup)
IDEA 1
Sudah terang lagi bersuluh ibu bapa sebagai ahli keluarga memainkan peranan penting dalam mengawal tingkah laku dan aktiviti harian anak-anak.
SIAPA?
BAGAIMANA?
Fokus 1
Oleh itu, ibu bapa perlu mengawal pergerakan anak-anak dengan mengetahui rakan dan aktiviti harian mereka. Ibu bapa seharusnya tidak leka dengan membiarkan anak-anak mereka berpelesiran di luar rumah. Mereka perlu peka dengan perubahan tingkah laku dan tindakan anak-anak. Ibu bapa perlu bertegas dan meletakkan kriteria tertentu yang perlu dipenuhi sebelum membenarkan anak-anak keluar rumah, persis kata orang tua-tua hanya jauhari mengenal manikam.
APA CABARAN?
Fokus 2
Tambahan pula, cabaran paling ketara yang perlu dihadapi oleh golongan remaja ialah pengaruh rakan sebaya.Golongan remaja banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan terutamanya di sekolah. Semakin parah lagi apabila ada sesetengah remaja yang berasa lebih selesa dengan rakan-rakan berbanding ahli keluarga mereka sendiri. Lantaran itu, mereka terdedah kepada unsur-unsur negatif rakan sebaya seperti menghisap rokok, gejala buli dan menonton video lucah. Hal ini demikian kerana mereka gagal memilih rakan yang baik. Jika pengaruh negatif rakan sebaya tidak ditangani dengan bijaksana maka remaja akan hanyut dalam gejala sosial.
ANALOGI/ UM
Ibu bapa yang cakna dengan perubahan sikap anak-anak dianalogikan seperti malam yang mengetahui tibanya waktu siang. Sekiranya ibu bapa terlepas pandang dan tidak memiliki kemahiran keibubapaan, anak-anak akan termakan dengan pujukan rakan sebaya yang bersikap negatif.
PERIBAHASA
Sikap ibu bapa yang sedemikian bertepatan dengan peribahasa Melayu sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
AYAT SIMPUL
Jelaslah bahawa peranan ibu bapa mengawasi tingkah laku dan aktiviti harian anak-anak merupakan solusi terbaik dalam membantu remaja menghadapi cabaran rakan sebaya.
12 4.4.3 MERANGKA PERENGGAN PENUTUP
Perenggan penutup merupakan kesimpulan karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini iaitu:
i. Ayat Kesimpulan ii. Ayat Harapan iii. Ayat Cadangan KESIMPULAN CEMERLANG
Kesimpulannya, remaja perlu dibimbing oleh ahli keluarga agar mereka dapat menghadapi cabaran hidup (Ayat Simpul). Sekiranya ahli keluarga sentiasa berada di sisi mereka dalam mengharungi cabaran pastinya mereka dapat melalui liku-liku kehidupan dengan baik. Hal ini demikian kerana golongan remaja sememangnya dahagakan kasih sayang dan perhatian terutama pada saat-saat mereka menghadapi tekanan. Semoga peranan yang dijalankan secara ikhlas dan bijaksana dalam kalangan ahli keluarga mampu memberikan panduan hidup yang lebih jelas kepada golongan remaja (Harapan). Lantaran itu, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memastikan tiada masalah yang membelenggu kehidupan anak-anak mereka (Cadangan). Sekiranya ahli keluarga bertindak sederap umpama ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam membantu para remaja menghadapi cabaran hidup nescaya masa depan golongan muda di negara ini lebih terjamin (Pandangan).
13 4.5 PANDUAN-PANDUAN LAIN
i. Pelajar MESTI membaca akhbar pada setiap hari.
ii. Guru menggunakan akhbar,majalah,makalah,bahan bergambar sebagai bahan rujukan dan alat bantu dalam PdPC.
iii. Latihan menulis perlu dilakukan pada setiap minggu dalam tempoh yang ditetapkan.
iv. Semua pelajar menggunakan pena berdakwat hitam atau biru kehitaman semasa peperiksaan.
v. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya sekali seminggu.
vi. Ujian masa bagi menulis karangan perlu diadakan sebulan sekali. Patuhi masa seperti semasa peperiksaan sebenar.
14
5.0 PANDUAN PENGGUNAAN MODUL KARANGAN CEMERLANG
Pelajar dikehendaki menganalisis soalan dari segi isu/ tema dan tugasan soalan. Kenal pasti unsur KBAT dalam soalan tersebut
Pelajar dikehendaki menulis pendahuluan
berdasarkan format yang dicadangkan (Ayat tema + aya Ayat huraian + Ayat arah)
Pelajar dikehendaki merangka idea dengan
menggunakan teknik piramid pintar atau peta h I-Think.
Pelajar dikehendaki menulis idea berdasarkan
elemen yang terdapat dalam bahan grafik (rangka karangan karangan)
Pelajar dikehendaki menulis penutup karangan
berdasarkan format yang dicadangkan (Ayat kesimpulan + Ayat harapan + Ayat cadangan)
1. SOALAN
2.PENDAHULUAN
3. MERANGKA IDEA:
TEKNIK PIRAMID PINTAR ATAU PETA
I-THINK
4. MENULIS IDEA:
LEMBARAN
5. KESIMPULAN
15 5.1 LATIHAN BERFOKUS BAHAGIAN A
Bahagian A [30 markah]
[Masa yang dicadangkan :45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan strategi yang dapat menjanakan kecemerlangan dalam kalangan murid.
Huraikan pendapat anda tentang strategi belajar untuk mencapai kejayaan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
STRATEGI BELAJAR UNTUK MENJANAKAN KECEMERLANGAN
di dalam bilik darjah di perpustakaan
di rumah - Memberikan tumpuan di dalam kelas - Mengulang kaji pelajaran di rumah - Menelaah di perpustakaan
16 Analisis Soalan
Tema : Kecemerlangan murid
Tugasan Tersurat : Strategi belajar untuk mencapai kejayaan (a) Memberikan tumpuan di dalam kelas
(i) Fokus semasa PdP
(ii) Bertanyakan guru jika tidak memahami topik yang dibincangkan
(iii) Tidak bermain-main, tidak bergurau-gurau dan tidak tidur di dalam kelas
(iv) Tidak ponteng kelas
(b) Mengulang kaji pelajaran di rumah (i) Berbincang dengan rakan-rakan
(ii) Tunjuk ajar daripada adik-beradik/ ahli keluarga (iii) Menyediakan jadual waktu belajar di rumah (iv) Perbincangan secara berkumpulan
(c) Menelaah di perpustakaan (i) Suasana kondusif
(ii) Bahan bacaan yang banyak
(iii) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
17 5.2 LATIHAN BERFOKUS BAHAGIAN B
Statistik kemalangan jalan raya seluruh negara yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan angka korban seramai 6706 orang sepanjang tahun 2016. Anda selaku pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat untuk menyampaikan ceramah bagi menyedarkan golongan remaja.Tajuk ceramah tersebut ialah ‘Pemandu Berhemah Nyawa Selamat’.
Tuliskan teks ceramah anda selengkapnya.
LATIHAN MENGANALISIS SOALAN
TEMA
FORMAT
TUGASAN TERSURAT
TUGASAN TERSIRAT
18 MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN
AYAT TEMA
AYAT HURAIAN
AYAT ARAH
19
TEKNIK MENJANA IDEA TEKNIK LEMBARAN PENGURUSAN GRAFIK (LPG)
AYAT TOPIK
SIAPA
BAGAIMANA
ANALOGI
PERIBAHASA/
UNGKAPAN MENARIK
AYAT SIMPUL
20 MENULIS PERENGGAN KESIMPULAN
AYAT KESIMPULAN
AYAT HURAIAN
AYAT CADANGAN
21 6.0 ANALISIS KBAT SOALAN SPM TAHUN 2018 6.1 BAHAGIAN A
22
Tema : Pengangkutan awam
a. Tugasan tersurat : Langkah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
i. Meningkatkan mutu perkhidmatan
Kusyen dan kemudahan lain yang selesa
Layanan yang mesra pelanggan diberikan oleh pemandu yang berhemah
ii. Memperbanyak kempen
Sesi penerangan berkait penggunaan pengangkutan awam
Iklan dan poster yang menerangkan kelebihan pengangkutan awam
iii. Menawarkan tambang yang berpatutan
Potongan/ tawaran tambang murah
Pakej khas untuk warga tua, OKU dan kumpulan tertentu.
23 6.2 BAHAGIAN B
Soalan 1
Penglibatan dalam aktiviti kourikulum memberikan banyak faedah kepada murid.
Huraikan faedah-faedah tersebut.
Tema : Aktiviti kokurikulum
Format : Tidak berformat
Tugasan Tersurat : Faedah aktiviti kokurikulum kepada murid
Cadangan Idea :
i. Menyihatkan tubuh badan
ii. Mengharumkan nama diri, keluarga, sekolah dan Negara
iii. Melatih bakat kepemimpinan iv. Membentuk semangat berpasukan
v. Menyumbang 10% penilaian kemasukan ke IPT Ungkapan menarik
Badan cergas, otak cerdas
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
24 Soalan 2
Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak- anak sejak kecil lagi.
Ulas pernyataan tersebut.
Tema : Hormat-menghormati antara kaum
Format : Tiada
Tugasan Tersurat : Cara memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak
Cadangan idea
i. Ibu bapa sebagai model dalam keluarga
ii. Mengasuh anak mengenali jiran yang pelbagai kaum iii. Mengadakan rumah terbuka
iv. Memberikan bimbingan kepada anak-anak v. Mengikuti aktiviti kemasyarakatan
Ungkapan menarik
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Anak-anak ibarat kain putih ,ibu bapalah yang mencorakkanya
- Anak-anak cerminan ibu bapa
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya - Seikat bak sirih, serumpun bak serai
25 Soalan 3
Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato.Tajuk pidato anda ialah “Sukan Mengukuhkan Perpaduan”
Tulis teks pidato itu selengkapnya.
Tema : Sukan
Format : Pidato
Tugasan Tersurat : Cara-cara sukan dapat mengukuhkan perpaduan.
Cadangan idea
i. Kerjasama sepasukan dalam kalangan atlet ii. Sokongan padu penyokong
iii. Penyertaan sukan yang melibatkan pelbagai kaum (bola sepak)
Ungkapan menarik
Badan sihat otak cerdas
Sukan alat perpaduan
Adat juara ada kalah menang
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Kaki bangku
Cencaru makan petang
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
26 Soalan 4
Malaysia sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial dan ekonomi.
Bincangkan kepentingan-kepentingan hubungan baik tersebut.
Tema : Hubungan diplomatik
Format : Tiada berformat
Tugasan Tersurat : Kepentingan hubungan baik dengan negara luar.
Cadangan idea
i. Meningkatkan kualiti pendidikan negara melalui program pertukaran pelajar
ii. Meringankan beban kewangan negara iii. Bantuan tatkala dilanda bencana
iv. Menikmati pelbagai barangan dari luar negara v. Meningkatkan industri pelancongan
Ungkapan menarik
Dunia dihujung jari
Dunia tanpa sempadan
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Sepakat membawa berkat
Hati gajah sama dilapah , hati kuman sama dicecah
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
27 Soalan 5
Karya sastera seperti novel yang diadaptasi dalam bentuk drama atau filem memberikan banyak manfaat kepada pelbagai pihak.
Jelaskan.
Tema : Karya sastera
Format : Tiada
Tugasan Tersurat : Manfaat karya sastera yang diadaptasi
Cadangan idea
i. Karya dapat dinikmati dalam pelbagai medium(dahulu dibaca kini ditonton)
ii. Mengembangkan lagi hasil karya iii. Menambahkan pendapatan penulis iv. Menambah bilangan khalayak sastera
v. Menyajikan maklumat sejarah secara lebih dekat vi. Membuka peluang pekerjaan yang lebih luas Ungkapan menarik
- berkawan biar seribu, berkasih biar satu - musuh jangan dicari
- sifat pemurah,sifat mulia
- melentur buluh biarlah daripada rebungnya - sikap pemurah membawa berkat
- seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing- masing
28 7.0 CONTOH JAWAPAN
7.1 KARANGAN BAHAGIAN A
29 KARANGAN 1
TEMA : SUKAN LASAK
TUGASAN : TERSURAT Aktiviti sukan lasak dan faedahnya TERSIRAT(KBAT) Penerangan terperinci cara
aktiviti sukan lasak dilaksanakan dan faedah setiap aktiviti kepada golongan yang menyertainya
FORMAT : TIADA
Bahagian Huraian idea Catatan
Pendahuluan
Bersukan sangat penting dalam kehidupan manusia demi menjamin kesihatan badan. Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Peribahasa tersebut membawa maksud aktiviti sukan mendatangkan seribu satu manfaat kepada masyarakat, maka tidak hairanlah aktiviti sukan telah diperluas kepada aktiviti sukan lasak seperti basikal bukit, panjat tembok dan berakit. Aktiviti sukan lasak telah mendapat sambutan daripada golongan remaja kerana mereka ingin akan cabaran dan menyedari faedah yang berkesan. Soalnya, apakah faedah yang signifikan daripada aktiviti sukan lasak terhadap kehidupan?
Ayat rangsangan
Ayat tema Ayat huraian
Ayat arah
Isi 1
Faedah menyertai aktiviti sukan lasak dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Aspek mental dan fizikal merupakan elemen yang mengimbangi diri seseorang untuk menjadi individu cemerlang. Antara aktiviti sukan lasak yang dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal seperti panjat tembok ataupun ‘wall climbing’. Aktiviti lasak tersebut memerlukan tenaga yang banyak dan gerak badan yang aktif. Melalui peluh yang terhasil semasa melakukan aktiviti tersebut dapat menghasilkan sejumlah tenaga yang dapat menyihatkan badan. Hal ini demikian kerana peluh mempunyai bahan toksik, garam serta urea yang tidak diperlukan dalam badan. Bertitik tolak daripada itu, minda kita juga akan menjadi cerdas kerana banyak oksigen disalurkan ke dalam otak, seterusnya dapat membina badan yang sihat dan minda yang cerdas. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa aktiviti sukan lasak dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal seseorang.
Ayat topik Ayat huraian
Ayat contoh
Ayat huraian
Ayat simpul
Selain itu, faedah menyertai aktiviti sukan lasak dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Keyakinan diri
Ayat topik
30
Isi 2 sangat penting untuk menghadapi cabaran hidup.
Tamsilannya, berbasikal bukit memerlukan keyakinan diri kerana bukit yang curam amat berbahaya dan boleh meragut nyawa sekiranya tersilap langkah. Mereka perlu mengimbangi diri untuk mengawal basikal ketika menuruni bukit. Mereka juga akan menghadapi halangan-halangan seperti jalan berbatu yang berliku-liku, licin dan dilitupi tumbuhan yang menjalar. Sementelahan pula, berbasikal bukit dapat membentuk seseorang untuk menjadi lebih gigih berusaha sekiranya diberikan cabaran-cabaran yang lebih ekstrem bertepatan dengan kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa. Sesungguhnya terdapat banyak faedah sekiranya kita menyertai aktiviti sukan lasak.
Ayat contoh
Ayat huraian
Ayat simpul
Isi 3
Akhir sekali, menyertai aktiviti lasak dapat membentuk diri menjadi berani untuk menghadapi cabaran. Hal ini demikian kerana berani menghadapi cabaran amat penting demi memajukan diri. Contoh aktiviti sukan lasak yang dapat meningkatkan keberanian ialah aktiviti berakit. Aktiviti ini memerlukan mereka mengharungi air sungai yang deras. Air sungai tersebut mampu menterbalikkan rakit sekiranya rakit tidak dikawal dengan betul. Berakit juga dapat membentuk sikap bekerjasama antara rakan demi mengimbangi rakit dengan menggunakan dayung. Oleh hal yang demikian, sudah terang lagi bersuluh, berakit dapat meningkatkan keberanian seseorang menghadapi cabaran.
Ayat topik
Ayat contoh
Ayat huraian
Ayat simpul/ UM
Kesimpulan Kesimpulannya, golongan remaja sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti sukan lasak demi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal, mengukuhkan keyakinan diri dan membina keberanian dalam menghadapi pelbagai cabaran. Pihak tertentu mestilah melakukan sesuatu demi menggalakkan golongan remaja menyertai aktiviti sukan lasak ini.
Ayat kesimpulan
Ayat cadangan/
harapan
(28 MARKAH)
31 KARANGAN 2
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada fenomena pencemaran sungai. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
32
Bahagian Huraian idea Catatan
Pendahuluan
Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan untuk dijaga dan diwariskan kepada generasi akan datang. Seharusnya, alam ini digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga dengan baik dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa masyarakat alpa dengan tanggungjawab mereka menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia ghairah mengekploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka. Antara sumber alam yang teruk terjejas akibat perbuatan tersebut ialah sungai. Seyogianya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlulah dikenal pasti dengan segera kerana kita tidak mahu menunggu sehingga sungai di negara kita sudah teruk tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata peribahasa Melayu sudah terhantuk baru tengadah?
Ayat rangsangan
Ayat tema/
UM Ayat huraian
Ayat arah
Isi 1
Punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan buruk kepada sungai. Hal ini demikian kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang yang terapung pada permukaan air.
Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan. Sebagai contoh di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan terjejas dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbang kepada masalah pencemaran.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat contoh
Ayat simpul
Isi 2
Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaannya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang mereka ke dalam sungai-sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa tersebut. Apabila sisa dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut.
Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk hidupan-hidupan akuatik. Oleh itu, pembuangan sisa dari kilang memberikan kesan buruk kepada sungai.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat simpul Punca lain yang menyebabkan berlakunya
pencemaran sungai ialah kegiatan pembalakan yang tidak
Ayat topik
33 Isi 3
terkawal. Apabila pokok-pokok ditebang, tanah akan terdedah kepada hakisan akibat air hujan kerana pokok- pokok tidak lagi menaungi tanah. Tanah yang terhakis akan mengalir ke sungai dan sungai menjadi cetek kesan mendapan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan aliran air tersekat. Kesannya, fenomena seperti banjir kilat boleh berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan yang banyak di dalam sungai. Oleh itu, kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk kepada sungai.
Ayat huraian
Ayat simpul
Kesimpulan
Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih mendalam supaya usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga sungai, mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap terhadap tahap kualiti air sungai di negara kita.
Diharapkan pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah.
Ayat kesimpulan
Ayat cadangan
Ayat harapan
( 28 markah )
34 KARANGAN 3
35
Bahagian Huraian idea Catatan
Pendahuluan
Terima kasih, cikgu !
Ungkapan di atas acap kali kedengaran di sekolah- sekolah seantero Malaysia sebagai ucapan terima kasih kepada seorang guru. Guru umpama ibu bapa kedua bagi kehidupan seorang pelajar. Tanpa seorang guru kita tidak dapat mengenal A,B,C, angka dan formula-formula. Namun demikian, para pelajar dewasa ini kurang menghormati guru mereka malah mereka bersifat seperti kacang lupakan kulit apabila sudah berjaya. Izhar bahawa tarikh keramat 16 Mei yang disambut pada setiap tahun memainkan peranan signifikannya sendiri terhadap seorang pelajar kepada seorang guru. Terdapat pelbagai tujuan mengadakan sambutan hari guru di peringkat sekolah.
Ayat rangsangan
Ayat huraian/
UM
Ayat arah
Isi 1
Para pelajar amnya akan menghargai jasa seseorang guru. Guru tanpa mengenal erti penat lelah, mengajar anak didiknya untuk menjadikan mereka sebagai golongan marhaen berminda kelas pertama. Guru sanggup mengorbankan masa untuk mendidik anak muridnya menjadi orang yang berguna. Guru juga sanggup bersengkang mata menanda buku latihan anak muridnya tanpa mengeluh sedikit pun. Oleh hal yang demikian, sambutan Hari Guru semestinya memberi impak yang besar terhadap seseorang guru kerana mereka berasa dihargai. Ucapan ringkas terima kasih seseorang pelajar sudah lebih daripada cukup membuat seseorang guru terharu. Oleh itu, sambutan Hari Guru sememangnya antara wadah bagi para pelajar mengenal dan menghargai jasa guru mereka.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat penegas
Isi 2
Seterusnya, sambutan Hari Guru memang sinonim dengan aktiviti pemberian hadiah daripada seseorang pelajar kepada gurunya. Hal ini bersifat serampang dua mata kerana perkara ini dapat menggalakkan budaya penyayang.
Pujangga pernah berkata “sayangilah gurumu seperti kamu menyayangi kedua-dua orang tuamu”. Sudah terang lagi bersuluh budaya penyayang ini secara tidak langsung akan tersemat dalam atma para pelajar. Agama Islam juga menganjurkan umat-Nya untuk saling menyayangi.
Seseorang pelajar juga dapat mengapresiasikan perasaan sayang yang tidak terhingga kepada guru-guru mereka. Jadi, sambutan Hari Guru akan memupuk semangat sayang- menyayangi antara guru dengan pelajar.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat penegas
36 Isi 3
Sambutan Hari Guru juga semestinya sinonim dengan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan bagi memeriahkan majlis. Aktiviti seperti tarian zapin dan bola beracun secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan para pelajar dengan guru. Mereka juga akan bersuka ria pada hari tersebut. Jadi, hubungan guru pasti tidak akan terbatas dengan murid hanya di kelas sahaja. Hubungan mereka juga akan terjalin erat dan rapat. Oleh itu, ukhuwah seorang guru dan murid akan menjadi mesra dan mereka pasti akan saling mengambil berat antara satu sama lain.
Ayat topik Ayat huraian
Ayat penegas
Kesimpulan
Kesimpulannya, guru sememangnya wajar kita hargai dan hormati. Profesion seorang guru haruslah tidak dipandang enteng kerana mereka ialah golongan yang mulia.
Jika tiada seorang guru, tamadun yang cemerlang dan gemilang tidak dapat dikecapi. Ingatlah guru itu umpama dian yang menerangi malam dan mendidik anak bangsa untuk menjadi lebih berguna. Guru semoga engkau berada di bawah lembayung rahmat Allah. Guru akan aku kenang dikau dalam doaku.
Ayat kesimpulan
Ayat cadangan
Ayat harapan
( 28 markah )
37 7.2 CONTOH JAWAPAN KARANGAN BAHAGIAN B Soalan 2 : Bahagian B (SPM 2014)
Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah.
Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap anggota keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.
TEMA : MASALAH ANAK-ANAK
TUGASAN : TERSURAT Peranan ahli keluarga membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.
: TERSIRAT(KBAT) - Nyatakan siapa ahli keluarga - Nyatakan masalah yang dihadapi oleh anak-anak
- Huraikan bagaimana setiap ahli keluarga dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh anak.
FORMAT :TIDAK BERFORMAT
Bahagian Huraian idea Catatan
Pendahuluan
Pada era globalisasi hari ini, kita dapat lihat semakin ramai tokoh ternama yang lahir di dunia, menabur bakti kepada masyarakat sejagat dan mendapat sanjungan tinggi.
Kejayaan tokoh-tokoh ini pastinya bukan daripada usaha mereka sendirian sahaja. Ahli keluarga menjadi tulang belakang dan sumber inpirasi yang membantu tokoh-tokoh ini untuk berjaya. Memetik ceramah motivasi oleh Profesor Datuk Dr. Muhaya Mohamad, beliau berkata bahawa peranan utama keluarga adalah untuk membantu antara satu sama lain. Kita tidak sanggup melihat darah daging sendiri dalam keadaan kesusahan. Seyogianya, setiap ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam membantu anak- anak ketika menghadapi sesuatu masalah.
Ayat rangsangan
Ayat huraian
Pandangan tokoh
Ayat arah
Isi 1
Kita telah sedia maklum, bapa merupakan tulang belakang dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Lantaran itu, bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan kerjasama erat dalam kalangan ahli keluarga.
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, oleh itu bapa perlulah bersama-sama mendapatkan persetujuan ahli keluarga untuk menetapkan satu hari dalam dua minggu sekurang- kurangnya untuk mengumpulkan seluruh ahi keluarga dan membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh setiap
Ayat topik
Ayat huraian
38
ahli. Sesi pertemuan dan perbincangan yang terbuka seperti ini mampu memberikan ruang dan peluang kepada setiap ahli keluarga untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini juga telah dipraktikan oleh pemimpin ulung umat Islam iaitu Nabi Muhamad SAW. Baginda amat mengutamakan sistem syura iaitu perbincangan dan kata sepakat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedah syura bukan sahaja diamalkan dalam kalangan masyarakat malah dipraktikkan dalam keluarga masing-masing. Kaedah perbincangan mampu mendidik anak-anak untuk menjadi lebih terbuka dan tidak hanya memendam perasaan sehingga memakan diri sendiri.
Masalah seperti memilih kawan dan berkomunikasi secara berkesan merupakan masalah utama dalam kalangan anak- anak sama ada di sekolah waima di taman-taman perumahan. Oleh itu, sesi perbincangan mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
Ayat contoh
Ayat huraian
Ayat simpul
Isi 2
Peranan seseorang bapa tidak menjadi sempurna tanpa mendapat kerjasama daripada pasangannya. Ibu terkenal dengan sifat lembut dan kasih sayangnya yang melimpah ruah terhadap putera puterinya bagai menatang minyak yang penuh. Ibu akan menggunakan pendekatan kasih sayang dan sentuhan mesra yang dapat menenangkan perasaan dan mententeramkan jiwa anak-anak.Ibu mestilah meluangkan masa yang berkualiti untuk membuatkan anak- anak berasa dekat dan kehadiran mereka dalam keluarga amat dihargai. Pemahaman ibu terutamanya terhadap ungkapan bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora dan manakan ada gading yang tiada retaknya. Hal ini menjelaskan anak-anak yang sedang meningkat remaja, pasti terjebak dengan pelbagai masalah sosial seperti bergaduh dan aktiviti lumba haram. Ibu hendaklah mendekati serta melihat masalah yang melanda anak-anak ini perlu ditangani dengan rasa belas kasihan dan rasa perihatin akan nasib anak-anak mereka. Pendekatan kasih sayang ini amat penting bagi menyakinkan anak-anak bahawa mereka tetap disayangi oleh ahli keluarga. Jadi secara tidak langsung, anak-anak dapat mengurangkan tekanan terhadap masalah yang dihadapi. Fenomena ini menunjukkan kepada mereka sama ada dalam susah atau senang , anak-anak pasti berasakan ibu dan bapa akan bersama-sama dengannya. Tegasnya pada saat jiwa mereka berkecamuk, akan ada insan yang membantu menenangkannya.
Ayat topik
Ayat contoh
Ungkapan menarik
Ayat huraian
Ayat simpul
Isi 3
Apabila memperkatakan hal yang berkaitan ahli keluarga,kakak,abang dan adik merupakan sebahagian ahlinya. Kakak dan abang yang lebih tua mestilah memainkan peranan memberi nasihat, bimbingan dan
Ayat topik
39
panduan kepada adik-adik agar masalah seperti tidak memahami sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu , Prinsip Akaun dan Matematik . Kakak dan abang tidak boleh mengambil sikap berpeluk tubuh dan memandang remeh akan masalah tesebut. Mereka hendaklah memberi tunjuk ajar agar pemahaman menjadi lebih jelas dan kekusutan terhadap tajuk-tajuk yang sukar dapat dileraikan. Jelaslah bahawa semua pihak bapa, ibu dan adik-beradik akan sentiasa sedar mengenai peranan dan tanggungjawab mereka masing-masing dalam merungkai masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga yang lain. Seboleh- bolehnya, mereka hendaklah meluangkan masa untuk bermain bersama-sama dan menghindarkan diri daripada bergaduh. Dapatlah disimpulkan bahawa peranan abang kakak dan adik menjadi penting dalam menangani sebarang masalah. Tiada rajuk yang tidak akan mampu dipujuk jikalau semua ahli keluarga bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga masing-masing.
Ayat huraian
Ayat simpul
Isi 4
Tidak dilupakan juga mengenai peranan dan tanggungjawab datuk dan nenek yang merupakan pakar rujuk dalam mendapatkan petua dan panduan sama ada dalam menghasilkan makanan yang enak hatta kepada petua untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus.
Datuk dan nenek akan berasa bangga apabila cucu-cucunya sentiasa berada di sekeliling mereka. Hilai, tawa, rajuk, dan tangis akan menjadi nostalgia indah yang tidak mampu diungkapkan oleh golongan warga emas ini. Mereka akan berasa bahagia didampingi anak-anak dan cucu yang sentiasa mengadu, mendapatkan nasihat apabila mendepani pelbagai masalah. Masalah seperti kecewa dalam percintaan atau ditinggalkan kekasih yang disayangi akan diceritakan kepada datuk dan nenek demi mendapatkan resepi dan rumus untuk mengubati duka lara hati dan memulihkan perasaan menjadi normal kembali. Pendek kata, jikalau semua pihak bersikap bahu-membahu dan mengambil pandangan orang tua-tua bahawa yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Perasaan tidak puas hati, dendam dan benci- membenci dapat dihindari. Secara langsung akan lahirlah keluarga sakinah garapan kesedaran tentang peranan setiap ahli keluarga dalam menyelesaikan sebarang masalah yang membelengu diri setiap ahli keluarga.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat contoh
Ayat simpul
Kesimpulan
Setelah menjejaki akar umbi, dapatlah dikongsikan bahawa anak-anak seusia setahun jagung dan darah masih setampok pinang hendaklah ditarbiahkan dengan konsep mesyuarat, syura, perbincangan dan menjadikan ahli keluarga sebagai rujukan apabila mendepani sebarang masalah sama ada masalah pelajaran, kewangan hatta memburu kasih sayang berlainan jantina. Hal ini menunjukkan bahawa setiap ahli keluarga seperti ibu bapa,
Ayat topik
Ayat huraian
40
abang, kakak, adik, datuk, dan nenek mestilah sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh ahli keluarga.
Mereka hendaklah bertindak sederap, seiring dan sejalan dalam memperhalusi setiap masalah anak-anak dan berusaha menyelesaikan masalah itu agar ungukapan orang dahulu kala bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Ayat simpul
Cemerlang 88 markah
41 Karangan Bahagian B Soalan 2
Contoh karangan SPM 2015
Aktiviti rekreasi seperti aktiviti melancong, berkelah dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.
Ulas pernyataan tersebut.
Tema : Aktiviti rekreasi
Tugasan Tersurat : Pelbagai manfaat kepada masyarakat Tugasan tersirat : i. aktiviti melancong
ii. aktiviti berkelah iii. bersenam
Format : Tidak berformat
Bahagian Huraian idea Catatan
Pendahuluan
Era globalisasi telah menyaksikan amalan gaya hidup sihat semakin dilupakan. Masyarakat pada zaman yang mencabar ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan sibuk mengejar arus kemodenan. Adakalanya sikap mereka membawa padah kepada diri sendiri. Hari demi hari, sikap masyarakat berubah seiring dengan peredaran dunia. Antara amalan yang semakin dilupakan pada masa ini ialah amalan melibatkan diri dengan aktiviti rekreasi. Aktiviti rekreasi boleh ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilakukan di luar rumah untuk mengisi masa lapang. Aktiviti rekreasi yang popular ialah melancong, berkelah dan bersenam. Izharnya, ramai orang sama ada tua mahupun muda, tidak melakukan aktiviti sebegini lagi. Adakah mereka berasa bahawa aktiviti rekreasi ini tidak membawa faedah dan hanya membuang masa? Sesungguhnya, masih ramai yang tidak tahu, akan manfaat aktiviti rekreasi kepada masyarakat. Sekiranya mereka menyedari manfaatnya yang besar maka sudah pasti aktiviti rekreasi ini tidak akan dilupakan.
Ayat rangsangan
Ayat huraian
Ayat fokus
Ayat huraian
Ayat Arah
Isi 1
Manfaat aktiviti rekreasi ialah aktiviti ini dapat merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Sejak dahulu lagi, perpaduan kaum amat dititik beratkan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Semua rakyat telah mengetahui dan maklum akan kepayahan pemimpin negara untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita. Oleh itu, kita perlu mengekalkan perpaduan yang ada pada masa ini. Melalui aktiviti rekreasi, hubungan dapat dieratkan kerana masyarakat dapat berinteraksi dan saling mengenali.
Aktiviti-aktiviti seperti melancong dan berkelah boleh dilakukan bersama-sama tanpa mengira kaum atau keturunan. Melalui aktiviti ini masyarakat akan dapat mengenali hati budi masing-masing. Hal ini dapat
Ayat topik
Ayat huraian
42
menjadikan perasaan sangsi dan persepsi buruk terhadap orang lain dilenyapkan dalam diri individu. Aktiviti rekreasi juga merupakan medium untuk masyarakat berbual-bual dan bertanya khabar. Implikasinya masyarakat akan dapat mengeratkan hubungan dan meluangkan masa bersama- sama. Hubungan yang akrab bagai dakwat dengan kertas juga dapat dizahirkan.
Ayat Simpul
Isi 2
Aktiviti rekreasi juga dapat membantu masyarakat melepaskan tekanan. Pada zaman pascamerdeka ini, kebanyakan individu mempunyai pekerjaan yang menuntut mereka untuk bekerja siang dan malam. Kerja yang perlu disiapkan juga banyak dan menyebabkan tekanan kepada setiap individu. Aktiviti rekreasi dapat membantu masyarakat melepaskan tekanan dan melupakan masalah mereka buat sementara waktu. Aktiviti rekreasi seperti melancong dan bersenam boleh dilakukan pada hari cuti bersama-sama keluarga atau rakan. Kebanyakan orang hanya memikirkan masalah yang dihadapi sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal mereka. Melalui aktiviti rekreasi masyarakat dapat merasai keseronokan dengan meluangkan masa bersama-sama orang tersayang. Kesannya masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal dapat dilahirkan dan masyarakat seperti ini juga dapat membantu negara mencapai status negara maju.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat Simpul
Isi 3
Manfaat lain aktiviti rekreasi ialah aktiviti rekreasi dapat melahirkan masyarakat yang cerdas dan cergas. Pada zaman perkembangan teknologi maklumat ini, kebanyakan daripada masyarakat lebih gemar menghabiskan masa melayari Internet dan duduk di dalam rumah. Mereka jarang- jarang melakukan aktiviti-aktiviti luar untuk mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana masa mereka banyak dihabiskan dengan peranti pintar sahaja. Minda mereka tidak akan berkembang dan membawa kemudaratan kepada tubuh badan mereka. Melalui akitiviti rekreasi seperti bersenam, masyarakat dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan di samping mengisi masa lapang. Masyarakat boleh melakukan senaman seperti berjoging untuk mengeluarkan peluh. Sekiranya aktiviti rekreasi seperti ini menjadi amalan, maka slogan Badan Cergas Minda Cerdas dapat dihidupkan kembali. Demi melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas, setiap individu perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi tanpa alasan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat simpul
Kesimpulan
Konklusinya, aktiviti rekreasi membawa banyak kemaslahatan kepada masyarakat. Setiap lapisan masyarakat perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi walaupun sibuk dengan urusan harian. Sekiranya aktiviti rekreasi ini menjadi amalan maka kemaslahatannya akan dapat dinikmati oleh masyarakat dan juga negara.
Negara bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang
Ayat Kesimpulan
Ayat pandangan
43
sihat mentalnya bahkan fizikalnya juga. Negara juga akan dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan keamanan yang selama ini dikecapi oleh negara akan dapat dikekalkan.
Sesungguhnya rakyat merupakan tunjang utama pembangunan negara. Dalam usaha memajukan negara, rakyat juga tidak harus lupa akan diri sendiri. Oleh itu, aktiviti rekreasi ini perlu dijadikan amalan kembali dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ayat cadangan
Cemerlang 87 markah
44 Karangan Bahagian B
Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.
(SPM 2008)
Tema : Petempatan
Tugasan Tersurat : Ciri-ciri sebuah petempatan
Tugasan tersirat : Petempatan idaman anda sekeluarga
Format : Tidak berformat
BAHAGIAN HURAIAN IDEA CATATAN
Pendahuluan
Petempatan memainkan peranan yang sangat popular dalam sesebuah tamadun. Tanpa sebuah petempatan kekal, maka tidak akan wujudlah Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan sebagainya. Sebuah petempatan yang maju dapat menjadi pendorong kepada kegemilangan sesebuah tamadun.
Bagi saya dan keluarga, petempatan yang selesa, bersih dan selamat menjadi pilihan.
Ayat rangsangan
Ayat huraian
Ayat Arah
Isi 1
Keselesaan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika memilih sesebuah petempatan. Apalah gunanya jikalau rumah yang dibeli dengan harga beratus-ratus ribu ringgit tidak selesa untuk didiami oleh pemiliknya.
Bukankah ini satu kenyataan namanya? Oleh itu, sebuah petempatan yang berada di pinggir kota menjadi pilihan saya dan keluarga . Hal ini demikian kerana keadaan sekeliling yang masih mengekalkan keadaan geografinya dan bebas daripada sebarang pencemaran amat penting bagi kami sekeluarga yang sangat mencintai flora dan fauna setelah penat sehari-harian menjalankan tugas di kota metropolitan yang dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti gas karbon dioksida, gas karbon monoksida dan sebagainya. Sebuah petempatan yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau, burung-burung berkicauan, udara yang segar serta bunyi deruan air sungai dapat mengembalikan ketenangan fikiran serta mencergaskan badan yang kelesuan.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat simpul
Isi 2
Selain itu, sebuah petempatan yang tersusun turut menjadi pilihan hati. Semasa Tamadun Indus, Bandar Harappa, mempunyai susunan bangunan yang sangat terancang.
Bangunan berbentuk segi empat disusun rapi dengan pengaplikasian ilmu matematik dan geometri telah menjadikan tamadun ini sebuah tamadun yang gemilang. Oleh itu, sebuah petempatan yang tersusun dapat membentuk sebuah organisasi yang kukuh dan hal ini telah dibuktikan oleh tamadun-tamadun sebelum ini . Petempatan yang terancang lebih menyedapkan mata yang memandang jikalau dibandingkan dengan sebuah petempatan yang bangunannya disusun sesuka hati. Kepala yang sudah sarat dengan masalah di tempat kerja akan menjadi lebih serabut apabila terpandang keadaan petempatan yang tidak terancang.
Ayat topik
Ayat huraian
Ayat Simpul