• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERIBAHASA YANG BERSESUAIAN DENGAN TEMA KARANGAN

Dalam dokumen ISI KANDUNGAN MODUL KARANGAN CEMERLANG (Halaman 77-97)

BIL TEMA / ISU PERIBAHASA/ COGAN KATA

 Jauh berjalan luas pandangan

 Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

 Budi bahasa budaya kita

 Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan

 Negara Bersih Rakyat Sihat

0

 Membaca Memerdekakan Minda

 Banyak berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan

 Seperti katak di bawah tempurung

 Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu

 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

 Ulat buku

 Bahasa Jiwa Bangsa

0

3 Semangat Kejiranan

 Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

 Bersatu teguh bercerai roboh

 Hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing

 Menjaga tepi kain orang

 Muafakat membawa berkat

78

 Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

 Bagai isi dengan kuku

 Adat bersendi syarak, syarak bersendi hukum

 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

0 4

Patriotisme

 Gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama

 Harap sokong, sokong membawa rebah

 Biar putih tulang , jangan putih mata

 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

 Ibarat telor sesangkak, pecah satu, pecah semua

 Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

 Berpantang maut sebelum ajal

 Bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak

 Bersatu teguh bercerai roboh

 Seperti kaduk naik junjung

 Menang jadi arang, kalah jadi abu

 Gajah sama gajah bertempur, pelanduk mati di tengah-tengah

0 5

Sukan

 Menang kalah adat pertandingan

 Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat

 Adat juara ada kalah menang

 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

 Kaki bangku

 Cencaru makan petang

 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

79

 Biar putih tulang, jangan putih mata

0 6

Amalan Menabung

 Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

 Sediakan payung sebelum hujan

 Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

 Besar sendal daripada gelegar

 Besar periuk, besar kerak

 Hutang biduk sebelum langsai, hutang pengayuh datang pula

 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

 Ikut hati mati, ikut rasa binasa

 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

 Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

80

Lampiran 8 KATA-KATA HIKMAT [TOKOH]

Aristotle (ahli pemikir Yunani)

- Tamadun sebenar sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi kepada jiwa rakyatnya yang merdeka.

Bill Gates (pengasas Microsoft)

- Sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.

Charles Fourier (ahli falsafah Perancis)

- Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung kepada ketinggian darjat kaum wanitanya.

Hamka (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim – Ulama tersohor Indonesia)

- Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.

- Sesuatu kuasa apabila sudah berada terlalu tinggi, itulah petanda bahawa masa untuk jatuh sudah tiba.

- Wanita yang baik budi pekertinya adalah laksana matahari yang memancar pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang.

Hukama (Kata-kata orang bijak pandai)

- orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.

Imam al Ghazali (Ulama Islam tersohor)

- Untuk mengenal wajah lihatlah pada cermin, untuk mengenal peribadi bercerminlah pada wajah.

Nabi Muhammad (Pemimpin ulung umat Islam)

- Sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Socrates (Ahli falsafah Yunani – guru kepada Plato)

- Terlalu banyak bercakap kerap kali membawa kekesalan, tetapi diam itu membawa keselamatan.

Sukarno (bekas Presiden Indonesia)

- Sekiranya aku diberikan 10 orang peria, aku mampu menggoncangkan dunia ini, tetapi jikalau diberikan 100 orang tua aku pasti jatuh (tewas).

81

Lampiran 9 KARANGAN CONTOH BAHAGIAN A

82 Jawapan ;

Pada zaman pascakemerdekaan penggunaan pengangkutan awam semakin mendapat tempat dalam diri masyarakat. Hal ini demikian kerana, selari dengan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan sains izhar membuktikan kewujudan pelbagai jenis pengangkutan awam sama ada pengangkutan awam darat, laut mahupun udara. Melalui kemudahan yang semakin berkembang pesat ini, wujud juga golongan yang menidakkan kemudahan awam dengan memboikot segala jenis pengangkutan awam dan berpendapat segala kemudahan yang diperoleh ini akan mencemarkan alam sekitar. Jika dilihat dari perspektif yang lebih signifikan, pelbagai pengangkutan telah dinaik taraf dengan baik seperti penggunaan MRT dan LRT yang mampu membuahkan pengangkutan awam yang mesra alam. Oleh itu, golongan yang dangkal pemikirannya itu seyogianya disangkal agar penggunaan perkhidmatan awam ini mampu menarik lebih ramai minat serata masyarakat untuk menggunakannya.

Natijahnya, terdapat pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.

Antara langkah tersebut ialah syarikat perkhidmatan pengangkutan awam perlulah meningkatkan mutu perkhidmatan. Hal ini demikian kerana, untuk mewujudkan keselesaan kepada orang ramai ataupun masyarakat apabila menggunakan segala perkhidmatan yang ditawarkan ini. Perkhidmatan ini mestilah dijaga dengan baik persis kata orang tua-tua laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak. Pepatah ini jelas menunjukkan janganlah perkhidmatan atau mutu yang ditonjolkan megah di mata dari segi luaran tetapi hakikat mundur dari segi dalaman melalui kemudahannya.

Tamsilnya, mutu yang baik akan lebih menarik minat orang ramai apabila mendapat respon yang baik diterima dan rata-rata masyarakat tempatan mahupun antarabangsa berpuas hati menggunakan segala kemudahan ini.

Selain itu, antara wahana untuk menggalakkan pengangkutan awam mendapat tempat di mata masyarakat adalah dengan memperbanyak kempen. Melalui kempen yang diusahakan ini, izhar membuka mata dan minda rakyat apabila segala kemudahan ini mampu mengubah dan memudahkan cara hidup rakyat. Tamsilnya, melalui kempen yang diwujudkan, masyarakat dapat memberi pendapat dan segala penambahbaikan yang bernas dan vital kepada serata masyarakat majmuk sekali gus mampu mengertakan ukhuwah sesama masyarakat persis mutiara kata bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Dengan ini hubungan sesama rakyat dan syarikat perkhidmatan lebih terjalin erat apabila sinergi yang utuh dapat dipupuk dalam kehidupan kontemporari ini. Natijahnya, izhar membuktikan bahawa elemen memperbanyak kempen mampu menyumbang kepada pertambahan penggunaan pengangkutan awam.

83

Seterusnya, indikator lain bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh orang ramai adalah dengan menawarkan tambang yang berpatutan. Polemik yang tercetus baru-baru ini banyak syarikat perkhidmatan awam yang mengenakan tambang yang tinggi kepada masyarakat sekali gus membebankan masyarakat dan mencabuli hak kebajikan bermasyarakat. Hal ini dapat dibuktikan apabila ramainya netizen daripada golongan muda mahupun golongan tua membuahkan hasrat yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang digunakan di rubrik-rubrik akhbar,laman sosial dan kaca televisyen sekali gus memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap kelebihan menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, pihak penyedia pengangkutan awam seperti kapal terbang,teksi dan kereta api seharusnya menawarkan tambang yang berpatutan kepada masyarakat agar keadilan dapat dicapai dan hak saksama dijaga persis mutiara kata pujangga hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh terdapat pelbagai prasarana yang mampu diketengahkan oleh syarikat perkhidmatan awam untuk mencapai aspirasi dan hala tuju yang membuahkan impak yang baik kepada masyarakat mahupun negara.

Tuntasnya, sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan. Kita mestilah tidak memandang enteng terhadap penggunaan pengangkutan awam malah menyokog dengan memberi buah fikiran yang pelbagai agar kemajuan semakin bergerak maju ke hadapan dari semasa ke semasa sekali gus melahirkan lebih banyak syarikat yang berdaya saing yang mempu menyumbang kepada keutuhan ekonomi negara. Dengan ini, pengangkutan awam izhar membuktikan bahawa penggunaan segala kemudahan pengangkutan awam ini mampu menjadi penyumbang besar pada pendapatan hasil negara sekali gus memuaskan hati rakyat sejagat.

84 KARANGAN CONTOH BAHAGIAN B

Soalan :

Penglibatan dalam aktiviti kourikulum memberikan banyak faedah kepada murid.

Huraikan faedah-faedah tersebut.

Jawapan :

Marcapada, dunia dan negara pascamerdeka telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya kepada golongan pelajar masa ini. Namun teknologi maklumat dan komunikasi telah menyebabkan sebahagian besar murid menjadi seperti katak di bawah tempurung apabila ditanyakan kepada mereka mengenai pencapaian kokurikulum mereka. Kebanyakan murid tidak mempunyai minat apabila mereka disuruh untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh mana-mana pihak terutamanya pihak sekolah. Fenomena ini menjadi satu kebimbangan kepada masyarakat dan kerajaan kerana melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar itu dapat mengasah bakat kendiri yang ada pada diri setiap pelajar agar perkara ini dapat diselarikan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah faedah-faedah kepada murid-murid apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum?

Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya yakin bahawa aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat membantu murid-murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Perkara ini diperkatakan sebegitu kerana pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum tidak akan terpengaruh dengan budaya hedonisme yang diamalkan oleh pelajar masa ini sehingga terlalu leka dengan hiburan. Pelajar-pelajar yang menyertai kokurikulum sekali gus dapat mengelakkan diri daripada gejala salah laku yang semakin meningkat di dada-dada akhbar. Tamsilnya, aktiviti sukan seperti memanah dan berkuda yang dijalankan di sekolah berprogram ulul albab dapat mengelakkan pelajar-pelajar membuang masa pada hujung minggu begitu sahaja. Sebaliknya mereka dapat menyihatkan badan seperti slogan Badan Cergas, Minda Cerdas. Jelaslah, aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang membawa produktiviti.

Bergerak kepada lensa perbincangan kita yang seterusnya, aktiviti kokurikulum terbukti dapat mengasah bakat terpendam yang ada pada diri setiap pelajar. Hal ini kerana kebanyakan daripada murid-murid sekolah tidak tahu bahawa diri mereka mempunyai bakat yang terpendam sehinggalah mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perkara ini amatlah penting pada diri seorang pelajar kerana seseorang itu dapat meningkatkan pencapaian kendiri melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Mengambil contoh yang sedia ada, Syed Saddiq Syed Abdul

85

Rahman, Menteri Belia dan Sukan pernah berkata dalam ucapannya di laman sesawang ‘TEDTALK’ bahawa beliau tidak pernah mengetahui dirinya boleh berdebat dengan baik sehinggalah beliau menyertai pertandingan debat ketika berumur 16 tahun.

Oleh itu, para pelajar haruslah yakin pada diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk mencari bakat masing-masing kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Tegasnya, aktiviti kokurikulum jelas dapat mengasah bakat yang terpendam dalam diri pelajar.

Selain daripada mengasah bakat dan mengisi masa lapang para pelajar, aktiviti kokurikulum semestinya dapat memupuk sifat kepimpinan kepada diri seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana apabila seseorang pelajar itu terlibat dalam sesebuah organisasi, mereka haruslah menjalankan tanggungjawab mengikut skop tugasan jawatan masing-masing. Perkara ini juga secara tidak langsung dapat melatih para pelajar untuk menepati masa apabila perlu melakukan perjumpaan sesama ahli organisasi. Contoh yang mudah, sistem pendidikan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) menawarkan jawatan Badan Wakil Pelajar(BWP) kepada para pelajar dan mereka inilah yang akan menguruskan kebajikan dan program berkaitan pembangunan pelajar. Dengan ini, para pelajar dapat berjasa kepada pihak sekolah persis peribahasa Melayu, hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa.

Tegasnya, aktiviti kokurikulum jelas dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Meneruskan lensa perbincangan kita, aktiviti kokurikulum dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran bersosial dengan masyarakat luar. Kebanyakan sekolah di Malaysia telah mula mengadakan program-program berbentuk khidmat masyarakat yang dapat membantu masyarakat luar meningkatkan taraf kehidupan sama ada berbentuk pendidikan, wang ringgit dan kerja amal. Para pelajar dapat mempelajari cara untuk berhadapan dengan masyarakat daripada pelbagai kelas masyarakat dengan cara memberikan bantuan kepada mereka. Contohnya, banyak sekolah di Malaysia telah mengadakan program khidmat masyarakat di negara-negara serantau seperti Acheh dan Thailand. Para pelajar yang menyertai program ini dapat mempelajari cara untuk mengajar kanak-kanak kerana antara aktiviti yang dilakukan di sana adalah mengajar pelajar-pelajar di sana membaca dan menulis serta memberikan bantuan kewangan kepada keluarga berkemampuan agar berat sama dipikul ringin sama dijinjing. Jelaslah bahawa aktivit kokurikulum dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran bersosial dengan masyarakat luar.

Mengupas faedah yang terakhir, para pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka kerana ilmu yang diperoleh oleh mereka bukan sahaja melalui pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas secara formal malah mereka dapat menimba pelbagai ilmu baharu melalui pengalaman dan penglibatan dalam aktiviti kelab dan persatuan. Tamsilnya, dengan menyertai Kelab

86

Bahasa Jepun di sekolah, pelajar dapat mengetahui 1001 adat dan budaya tentang masyarakat Jepun yang tidak mungkin akan diajar oleh guru melalui kelas formal. Oleh itu, para pelajar haruslah mengambil peluang keemasan ini untuk menyertai aktiviti kokurikulum kerana pisang tidak berbuah dua kali. Tegasnya, murid-murid haruslah bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana mereka pasti dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka yang sedia ada persis peribahasa ilmu itu pelita kehidupan.

Tuntasnya, aktiviti kokurikulum yang dipandang enteng oleh sebilangan pelajar ini terbukti dapat memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada para pelajar.

Pelajar yang mempunyai pemikiran yang negatif terhadap aktiviti kokurikulum haruslah mengubah persepsi mereka dan haruslah mula bergiat aktif dalam apa-apa aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah agar mereka dapat menikmati kebaikannya pada masa akan datang. Melalui penglibatan yang aktif dalam bidang kokurikulum oleh semua pelajar di seluruh Malaysia, dapatlah kita bersama-sama merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi intelek, jasmani dan rohani agar negara kita dapat melahirkan bakal pemimpin akan datang yang akan meneruskan legasi kegemilangan pentadbiran negara bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

87 Soalan;

Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.

Ulas pernyataan tersebut.

Jawapan:

Ibu bapa merupakan insan yang sewajarnya mendidik anak-anak. Ibu bapa yang bijak juga akan memupuk sikap saling menghormati antara kaum kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Pujangga pernah mengatakan bahawa, anak-anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya. Sikap saling menghormati antara kaum seharusnya dititikberatkan oleh ibu bapa dengan lebih serius. Namun begitu, segelintir ibu bapa memandang perkara ini sebagai bena tak bena. Anak-anak tidak mengenali mahupun memahami sikap saling menghormati antara kaum sehingga mereka sudah dewasa. Ibu bapa pastinya kenal dengan sikap anak-anak mereka yang berkelakuan negatif antara kaum lain namun, nasi sudah menjadi bubur dan sudah terhantuk baru tengadah. Persoalannya, apakah yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk sikap saling menghormati antara kaum kepada anak-anak mereka?

Ibu bapa perlulah menjadi guru pembimbing untuk memupuk sikap saling menghormati antara kaum. Sebagai contoh, ibu bapa mengajar anak-anak mereka untuk beramah mesra dengan rakan-rakan yang berlainan kaum. Ibu bapa juga perlulah mengajar anak-anak mereka supaya berkelakuan sopan dan positif kepada masyarakat yang berlainan bangsa mahupun agama. Situasi ini perlulah dipupuk dari awal bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlulah menjadi pembimbing yang efektif kepada anak-anak kerana anak-anak tidak berfikiran wajar dan memerlukan panduan daripada ibu bapa mereka, bak kata pepatah umur setahun jagung. Ibu bapa yang bijak juga akan membimbing anak-anak mereka untuk menghormati kaum lain walaupun usia anak-anak sudah dewasa. Pendek kata, panduan yang dilakukan oleh ibu bapa dapat memupuk sikap saling menghormati antara kaum.

Ibu bapa juga mestilah mengasuh sikap anak-anak untuk mengenali jiran mereka yang berlainan kaum. Sebagai contoh, ibu bapa menjalinkan ikatan yang utuh dengan jiran-jiran mereka. Keakraban yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka dapat dilihat oleh anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah bertegur sapa dengan jiran mereka. Dengan cara sebegini, anak-anak dapat mengenali jiran mereka di samping memupuk sikap saling menghormati antara kaum. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah mengatakan sikap saling menghormati antara kaum perlulah ditunjukkan oleh ibu bapa dengan cara mengambil tahu dan mengenali jiran mereka yang berlainan bangsa. Seharusnya ibu bapa sedar akan kepentingan dan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak mereka. Sesungguhnya sikap saling menghormati antara kaum dapat dipupuk kepada anak-anak dengan mengenali jiran tetangga.

88

Sikap saling menghormati antara kaum dapat dipupuk oleh anak-anak sekiranya ibu bapa menghadiri atau mengadakan rumah terbuka. Sebagai contoh, ibu bapa mengajak kaum lain untuk menghadiri majilis rumah terbuka ketika hari perayaan Aidilfitri. Sikap hormat menghormati ketika rumah terbuka perlulah diterapkan oleh ibu bapa. Sikap ini wajar ditonjolkan oleh ibu bapa kepada anak-anak untuk melahirkan anak-anak yang saling menghormati antara kaum. Kepentingan hormat menghormati juga dapat dilihat oleh anak-anak di samping mewujudkan persekitaran yang aman dan harmoni. Anak-anak juga pastinya disukai oleh masyarakat kerana menghormati kaum lain yang telah diterapkan oleh ibu bapa. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa kehadiran ibu bapa ke majlis rumah terbuka pada hari perayaan dapat memupuk sikap saling menghormati antara kaum kepada anak-anak.

Ibu bapa juga perlulah menjadi kaunselor kepada anak-anak mereka untuk memupuk sikap saling menghormati antara kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa perlulah memberi teguran dan nasihat yang sewajarnya kepada anak-anak.

Sebagai contoh, ibu bapa menasihati anak-anak mereka untuk menghormati serta memahami larangan-larangan yang dibawa oleh agama lain agar tidak berlaku pergaduhan antara kaum. Ibu bapa juga perlulah menghukum anak-anak yang tidak menghormati kaum lain dengan hukuman yang setimpal. Namun begitu, segelintir ibu bapa hanya melepaskan tanggungjawab mereka kepada anak-anak bagai melepaskan batuk di tangga. Pendek kata, sikap saling menghormati antara kaum dapat dipupuk kepada anak-anak sekiranya ibu bapa menjadi kaunselor yang baik kepada mereka.

Sikap hormat menghormati juga dapat ditonjolkan sekiranya ibu bapa mengikuti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contoh, ibu bapa menghormati orang yang lebih tua mahupun berlainan bangsa dengan membantu mereka bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Aktiviti kemasyarakatan yang dihadiri bukan sahaja memupuk sikap hormat menghormati kepada anak-anak malahan dapat mengukuhkan perpaduan negara. Anak-anak akan mengikuti segala tingkah laku ibu bapa dan membantu serta menghormati mereka yang lebih tua dan berlainan kaum.

Sikap sebegini dapat melahirkan anak-anak berwatakan peramah,saling membantu dan saling menghormati antara satu sama lain. Sememangnya, sikap hormat menghormati dapat diterapkan kepada anak-anak sekiranya ibu bapa mengikuti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Berdasarkan huraian tentang tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk sikap saling menghormati antara kaum kepada anak-anak sejak kecil,jelaslah bahawa ibu bapa merupakan insan yang seharusnya menjalankan tugas mereka untuk melahirkan anak-anak mahupun generasi muda yang hormat menghormati antara kaum. Ibu bapa perlulah berusaha untuk melahirkan anak-anak yang mempunyai sikap menghormati antara kaum. Anak-anak merupakan cerminan ibu bapa. Anak-anak yang baik serta menghormati orang lain pastinya disukai dan disayangi oleh masyarakat. Peribahasa Melayu pernah mengatakan bahawa pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air, biarlah anak-anak yang memilih untuk menjadi masyarakat yang menghormati kaum lain. Oleh itu, sikap hormat menghormati antara kaum perlu dipupuk

89 Soalan ;

Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato.Tajuk pidato anda ialah “Sukan Mengukuhkan Perpaduan”

Tulis teks pidato itu selengkapnya.

Jawapan;

Bermain di tepian memancing ikan, Berlari larian si kecil Sara,

Pertandingan pidato saya mulakan, Salam sembah pembuka bicara.

Selamat pagi,salam sejahtera dan salam Malaysia Baharu, kepada semua warga dewan yang bersemangat di pagi hari. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.

Yang saya hormati Puan Adiba,pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Tanjung, yang saya kasihi, para hakim yang bijaksana, penjaga masa yang adil, guru-guru, ibu bapa serta rakan seperjuangan sekalian.

Berdirinya saya di sini adalah untuk memecahkan kesunyian pagi. Saya berbangga dapat berpidato pada kalian semua pada pagi ini. Untuk pengetahuan warga dewan sekalian, tajuk pidato saya pada hari ini ialah ‘Sukan Mengukuhkan Perpaduan’.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya sebagai warganegara Malaysia amat berbangga dengan negara sendiri.

Saya sebagai warganegara Malaysia amat berbangga dengan negara sendiri.

Dalam dokumen ISI KANDUNGAN MODUL KARANGAN CEMERLANG (Halaman 77-97)

Dokumen terkait