• Tidak ada hasil yang ditemukan

KARANGAN BAHAGIAN A

Dalam dokumen ISI KANDUNGAN MODUL KARANGAN CEMERLANG (Halaman 28-67)

29 KARANGAN 1

TEMA : SUKAN LASAK

TUGASAN : TERSURAT Aktiviti sukan lasak dan faedahnya TERSIRAT(KBAT) Penerangan terperinci cara

aktiviti sukan lasak dilaksanakan dan faedah setiap aktiviti kepada golongan yang menyertainya

FORMAT : TIADA

Bahagian Huraian idea Catatan

Pendahuluan

Bersukan sangat penting dalam kehidupan manusia demi menjamin kesihatan badan. Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Peribahasa tersebut membawa maksud aktiviti sukan mendatangkan seribu satu manfaat kepada masyarakat, maka tidak hairanlah aktiviti sukan telah diperluas kepada aktiviti sukan lasak seperti basikal bukit, panjat tembok dan berakit. Aktiviti sukan lasak telah mendapat sambutan daripada golongan remaja kerana mereka ingin akan cabaran dan menyedari faedah yang berkesan. Soalnya, apakah faedah yang signifikan daripada aktiviti sukan lasak terhadap kehidupan?

Ayat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Aspek mental dan fizikal merupakan elemen yang mengimbangi diri seseorang untuk menjadi individu cemerlang. Antara aktiviti sukan lasak yang dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal seperti panjat tembok ataupun ‘wall climbing’. Aktiviti lasak tersebut memerlukan tenaga yang banyak dan gerak badan yang aktif. Melalui peluh yang terhasil semasa melakukan aktiviti tersebut dapat menghasilkan sejumlah tenaga yang dapat menyihatkan badan. Hal ini demikian kerana peluh mempunyai bahan toksik, garam serta urea yang tidak diperlukan dalam badan. Bertitik tolak daripada itu, minda kita juga akan menjadi cerdas kerana banyak oksigen disalurkan ke dalam otak, seterusnya dapat membina badan yang sihat dan minda yang cerdas. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa aktiviti sukan lasak dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal seseorang.

Ayat topik meningkatkan keyakinan diri seseorang. Keyakinan diri

Ayat topik

30

Isi 2 sangat penting untuk menghadapi cabaran hidup.

Tamsilannya, berbasikal bukit memerlukan keyakinan diri kerana bukit yang curam amat berbahaya dan boleh meragut nyawa sekiranya tersilap langkah. Mereka perlu mengimbangi diri untuk mengawal basikal ketika menuruni bukit. Mereka juga akan menghadapi halangan-halangan seperti jalan berbatu yang berliku-liku, licin dan dilitupi tumbuhan yang menjalar. Sementelahan pula, berbasikal bukit dapat membentuk seseorang untuk menjadi lebih gigih berusaha sekiranya diberikan cabaran-cabaran yang lebih ekstrem bertepatan dengan kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa. Sesungguhnya terdapat banyak faedah sekiranya kita menyertai aktiviti sukan lasak.

Ayat demikian kerana berani menghadapi cabaran amat penting demi memajukan diri. Contoh aktiviti sukan lasak yang dapat meningkatkan keberanian ialah aktiviti berakit. Aktiviti ini memerlukan mereka mengharungi air sungai yang deras. Air sungai tersebut mampu menterbalikkan rakit sekiranya rakit tidak dikawal dengan betul. Berakit juga dapat membentuk sikap bekerjasama antara rakan demi mengimbangi rakit dengan menggunakan dayung. Oleh hal yang demikian, sudah terang lagi bersuluh, berakit dapat meningkatkan keberanian seseorang menghadapi cabaran.

Kesimpulan Kesimpulannya, golongan remaja sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti sukan lasak demi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal, mengukuhkan keyakinan diri dan membina keberanian dalam menghadapi pelbagai cabaran. Pihak tertentu mestilah melakukan sesuatu demi menggalakkan golongan remaja menyertai aktiviti sukan lasak ini.

31 KARANGAN 2

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada fenomena pencemaran sungai. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

32

Bahagian Huraian idea Catatan

Pendahuluan

Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan untuk dijaga dan diwariskan kepada generasi akan datang. Seharusnya, alam ini digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga dengan baik dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa masyarakat alpa dengan tanggungjawab mereka menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia ghairah mengekploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka. Antara sumber alam yang teruk terjejas akibat perbuatan tersebut ialah sungai. Seyogianya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlulah dikenal pasti dengan segera kerana kita tidak mahu menunggu sehingga sungai di negara kita sudah teruk tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata peribahasa Melayu sudah terhantuk baru tengadah?

Ayat

Punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan buruk kepada sungai. Hal ini demikian kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang yang terapung pada permukaan air.

Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan. Sebagai contoh di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan terjejas dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbang kepada masalah pencemaran. menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaannya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang mereka ke dalam sungai-sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa tersebut. Apabila sisa dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut.

Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk hidupan-hidupan akuatik. Oleh itu, pembuangan sisa dari kilang memberikan kesan buruk kepada sungai.

pencemaran sungai ialah kegiatan pembalakan yang tidak

Ayat topik

33 Isi 3

terkawal. Apabila pokok-pokok ditebang, tanah akan terdedah kepada hakisan akibat air hujan kerana pokok-pokok tidak lagi menaungi tanah. Tanah yang terhakis akan mengalir ke sungai dan sungai menjadi cetek kesan mendapan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan aliran air tersekat. Kesannya, fenomena seperti banjir kilat boleh berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan yang banyak di dalam sungai. Oleh itu, kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk kepada sungai.

Ayat pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih mendalam supaya usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga sungai, mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap terhadap tahap kualiti air sungai di negara kita.

Diharapkan pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah.

Ayat

34 KARANGAN 3

35

Bahagian Huraian idea Catatan

Pendahuluan

Terima kasih, cikgu !

Ungkapan di atas acap kali kedengaran di sekolah-sekolah seantero Malaysia sebagai ucapan terima kasih kepada seorang guru. Guru umpama ibu bapa kedua bagi kehidupan seorang pelajar. Tanpa seorang guru kita tidak dapat mengenal A,B,C, angka dan formula-formula. Namun demikian, para pelajar dewasa ini kurang menghormati guru mereka malah mereka bersifat seperti kacang lupakan kulit apabila sudah berjaya. Izhar bahawa tarikh keramat 16 Mei yang disambut pada setiap tahun memainkan peranan signifikannya sendiri terhadap seorang pelajar kepada seorang guru. Terdapat pelbagai tujuan mengadakan sambutan hari guru di peringkat sekolah.

Ayat mengajar anak didiknya untuk menjadikan mereka sebagai golongan marhaen berminda kelas pertama. Guru sanggup mengorbankan masa untuk mendidik anak muridnya menjadi orang yang berguna. Guru juga sanggup bersengkang mata menanda buku latihan anak muridnya tanpa mengeluh sedikit pun. Oleh hal yang demikian, sambutan Hari Guru semestinya memberi impak yang besar terhadap seseorang guru kerana mereka berasa dihargai. Ucapan ringkas terima kasih seseorang pelajar sudah lebih daripada cukup membuat seseorang guru terharu. Oleh itu, sambutan Hari Guru sememangnya antara wadah bagi para pelajar mengenal dan menghargai jasa guru mereka.

Ayat topik dengan aktiviti pemberian hadiah daripada seseorang pelajar kepada gurunya. Hal ini bersifat serampang dua mata kerana perkara ini dapat menggalakkan budaya penyayang.

Pujangga pernah berkata “sayangilah gurumu seperti kamu menyayangi kedua-dua orang tuamu”. Sudah terang lagi bersuluh budaya penyayang ini secara tidak langsung akan tersemat dalam atma para pelajar. Agama Islam juga menganjurkan umat-Nya untuk saling menyayangi.

Seseorang pelajar juga dapat mengapresiasikan perasaan sayang yang tidak terhingga kepada guru-guru mereka. Jadi, sambutan Hari Guru akan memupuk semangat sayang-menyayangi antara guru dengan pelajar.

Ayat topik

Ayat huraian

Ayat penegas

36 Isi 3

Sambutan Hari Guru juga semestinya sinonim dengan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan bagi memeriahkan majlis. Aktiviti seperti tarian zapin dan bola beracun secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan para pelajar dengan guru. Mereka juga akan bersuka ria pada hari tersebut. Jadi, hubungan guru pasti tidak akan terbatas dengan murid hanya di kelas sahaja. Hubungan mereka juga akan terjalin erat dan rapat. Oleh itu, ukhuwah seorang guru dan murid akan menjadi mesra dan mereka pasti akan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Ayat topik Ayat huraian

Ayat penegas

Kesimpulan

Kesimpulannya, guru sememangnya wajar kita hargai dan hormati. Profesion seorang guru haruslah tidak dipandang enteng kerana mereka ialah golongan yang mulia.

Jika tiada seorang guru, tamadun yang cemerlang dan gemilang tidak dapat dikecapi. Ingatlah guru itu umpama dian yang menerangi malam dan mendidik anak bangsa untuk menjadi lebih berguna. Guru semoga engkau berada di bawah lembayung rahmat Allah. Guru akan aku kenang dikau dalam doaku.

Ayat kesimpulan

Ayat cadangan

Ayat harapan

( 28 markah )

37 7.2 CONTOH JAWAPAN KARANGAN BAHAGIAN B Soalan 2 : Bahagian B (SPM 2014)

Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah.

Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap anggota keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.

TEMA : MASALAH ANAK-ANAK

TUGASAN : TERSURAT Peranan ahli keluarga membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.

: TERSIRAT(KBAT) - Nyatakan siapa ahli keluarga - Nyatakan masalah yang dihadapi oleh anak-anak

- Huraikan bagaimana setiap ahli keluarga dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh anak.

FORMAT :TIDAK BERFORMAT

Bahagian Huraian idea Catatan

Pendahuluan

Pada era globalisasi hari ini, kita dapat lihat semakin ramai tokoh ternama yang lahir di dunia, menabur bakti kepada masyarakat sejagat dan mendapat sanjungan tinggi.

Kejayaan tokoh-tokoh ini pastinya bukan daripada usaha mereka sendirian sahaja. Ahli keluarga menjadi tulang belakang dan sumber inpirasi yang membantu tokoh-tokoh ini untuk berjaya. Memetik ceramah motivasi oleh Profesor Datuk Dr. Muhaya Mohamad, beliau berkata bahawa peranan utama keluarga adalah untuk membantu antara satu sama lain. Kita tidak sanggup melihat darah daging sendiri dalam keadaan kesusahan. Seyogianya, setiap ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.

Ayat belakang dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Lantaran itu, bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan kerjasama erat dalam kalangan ahli keluarga.

Tiada penyakit yang tiada penawarnya, oleh itu bapa perlulah bersama-sama mendapatkan persetujuan ahli keluarga untuk menetapkan satu hari dalam dua minggu sekurang-kurangnya untuk mengumpulkan seluruh ahi keluarga dan membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh setiap

Ayat topik

Ayat huraian

38

ahli. Sesi pertemuan dan perbincangan yang terbuka seperti ini mampu memberikan ruang dan peluang kepada setiap ahli keluarga untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini juga telah dipraktikan oleh pemimpin ulung umat Islam iaitu Nabi Muhamad SAW. Baginda amat mengutamakan sistem syura iaitu perbincangan dan kata sepakat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedah syura bukan sahaja diamalkan dalam kalangan masyarakat malah dipraktikkan dalam keluarga masing-masing. Kaedah perbincangan mampu mendidik anak-anak untuk menjadi lebih terbuka dan tidak hanya memendam perasaan sehingga memakan diri sendiri.

Masalah seperti memilih kawan dan berkomunikasi secara berkesan merupakan masalah utama dalam kalangan anak-anak sama ada di sekolah waima di taman-taman perumahan. Oleh itu, sesi perbincangan mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.

Ayat tanpa mendapat kerjasama daripada pasangannya. Ibu terkenal dengan sifat lembut dan kasih sayangnya yang melimpah ruah terhadap putera puterinya bagai menatang minyak yang penuh. Ibu akan menggunakan pendekatan kasih sayang dan sentuhan mesra yang dapat menenangkan perasaan dan mententeramkan jiwa anak-anak.Ibu mestilah meluangkan masa yang berkualiti untuk membuatkan anak-anak berasa dekat dan kehadiran mereka dalam keluarga amat dihargai. Pemahaman ibu terutamanya terhadap ungkapan bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora dan manakan ada gading yang tiada retaknya. Hal ini menjelaskan anak-anak yang sedang meningkat remaja, pasti terjebak dengan pelbagai masalah sosial seperti bergaduh dan aktiviti lumba haram. Ibu hendaklah mendekati serta melihat masalah yang melanda anak-anak ini perlu ditangani dengan rasa belas kasihan dan rasa perihatin akan nasib anak-anak mereka. Pendekatan kasih sayang ini amat penting bagi menyakinkan anak-anak bahawa mereka tetap disayangi oleh ahli keluarga. Jadi secara tidak langsung, anak-anak dapat mengurangkan tekanan terhadap masalah yang dihadapi. Fenomena ini keluarga,kakak,abang dan adik merupakan sebahagian ahlinya. Kakak dan abang yang lebih tua mestilah memainkan peranan memberi nasihat, bimbingan dan

Ayat topik

39

panduan kepada adik-adik agar masalah seperti tidak memahami sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu , Prinsip Akaun dan Matematik . Kakak dan abang tidak boleh mengambil sikap berpeluk tubuh dan memandang remeh akan masalah tesebut. Mereka hendaklah memberi tunjuk ajar agar pemahaman menjadi lebih jelas dan kekusutan terhadap tajuk-tajuk yang sukar dapat dileraikan. Jelaslah bahawa semua pihak bapa, ibu dan adik-beradik akan sentiasa sedar mengenai peranan dan tanggungjawab mereka masing-masing dalam merungkai masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga yang lain. Seboleh-bolehnya, mereka hendaklah meluangkan masa untuk bermain bersama-sama dan menghindarkan diri daripada bergaduh. Dapatlah disimpulkan bahawa peranan abang kakak dan adik menjadi penting dalam menangani sebarang masalah. Tiada rajuk yang tidak akan mampu dipujuk jikalau semua ahli keluarga bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga masing-masing.

Tidak dilupakan juga mengenai peranan dan tanggungjawab datuk dan nenek yang merupakan pakar rujuk dalam mendapatkan petua dan panduan sama ada dalam menghasilkan makanan yang enak hatta kepada petua untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus.

Datuk dan nenek akan berasa bangga apabila cucu-cucunya sentiasa berada di sekeliling mereka. Hilai, tawa, rajuk, dan tangis akan menjadi nostalgia indah yang tidak mampu diungkapkan oleh golongan warga emas ini. Mereka akan berasa bahagia didampingi anak-anak dan cucu yang sentiasa mengadu, mendapatkan nasihat apabila mendepani pelbagai masalah. Masalah seperti kecewa dalam percintaan atau ditinggalkan kekasih yang disayangi akan diceritakan kepada datuk dan nenek demi mendapatkan resepi dan rumus untuk mengubati duka lara hati dan memulihkan perasaan menjadi normal kembali. Pendek kata, jikalau semua pihak bersikap bahu-membahu dan mengambil pandangan orang tua-tua bahawa yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Perasaan tidak puas hati, dendam dan benci-membenci dapat dihindari. Secara langsung akan lahirlah keluarga sakinah garapan kesedaran tentang peranan setiap ahli keluarga dalam menyelesaikan sebarang masalah yang membelengu diri setiap ahli keluarga.

Ayat setampok pinang hendaklah ditarbiahkan dengan konsep mesyuarat, syura, perbincangan dan menjadikan ahli keluarga sebagai rujukan apabila mendepani sebarang masalah sama ada masalah pelajaran, kewangan hatta memburu kasih sayang berlainan jantina. Hal ini menunjukkan bahawa setiap ahli keluarga seperti ibu bapa,

Ayat topik

Ayat huraian

40

abang, kakak, adik, datuk, dan nenek mestilah sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh ahli keluarga.

Mereka hendaklah bertindak sederap, seiring dan sejalan dalam memperhalusi setiap masalah anak-anak dan berusaha menyelesaikan masalah itu agar ungukapan orang dahulu kala bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Ayat simpul

Cemerlang 88 markah

41 Karangan Bahagian B Soalan 2

Contoh karangan SPM 2015

Aktiviti rekreasi seperti aktiviti melancong, berkelah dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.

Ulas pernyataan tersebut.

Tema : Aktiviti rekreasi

Tugasan Tersurat : Pelbagai manfaat kepada masyarakat Tugasan tersirat : i. aktiviti melancong

ii. aktiviti berkelah iii. bersenam

Format : Tidak berformat

Bahagian Huraian idea Catatan

Pendahuluan

Era globalisasi telah menyaksikan amalan gaya hidup sihat semakin dilupakan. Masyarakat pada zaman yang mencabar ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan sibuk mengejar arus kemodenan. Adakalanya sikap mereka membawa padah kepada diri sendiri. Hari demi hari, sikap masyarakat berubah seiring dengan peredaran dunia. Antara amalan yang semakin dilupakan pada masa ini ialah amalan melibatkan diri dengan aktiviti rekreasi. Aktiviti rekreasi boleh ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilakukan di luar rumah untuk mengisi masa lapang. Aktiviti rekreasi yang popular ialah melancong, berkelah dan bersenam. Izharnya, ramai orang sama ada tua mahupun muda, tidak melakukan aktiviti sebegini lagi. Adakah mereka berasa bahawa aktiviti rekreasi ini tidak membawa faedah dan hanya membuang masa? Sesungguhnya, masih ramai yang tidak tahu, akan manfaat aktiviti rekreasi kepada masyarakat. Sekiranya mereka menyedari manfaatnya yang besar maka sudah pasti aktiviti rekreasi ini tidak akan

Manfaat aktiviti rekreasi ialah aktiviti ini dapat merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Sejak dahulu lagi, perpaduan kaum amat dititik beratkan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Semua rakyat telah mengetahui dan maklum akan kepayahan pemimpin negara untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita. Oleh itu, kita perlu mengekalkan perpaduan yang ada pada masa ini. Melalui aktiviti rekreasi, hubungan dapat dieratkan kerana masyarakat dapat berinteraksi dan saling mengenali.

Aktiviti-aktiviti seperti melancong dan berkelah boleh dilakukan bersama-sama tanpa mengira kaum atau keturunan. Melalui aktiviti ini masyarakat akan dapat

42

menjadikan perasaan sangsi dan persepsi buruk terhadap orang lain dilenyapkan dalam diri individu. Aktiviti rekreasi juga merupakan medium untuk masyarakat berbual-bual dan bertanya khabar. Implikasinya masyarakat akan dapat mengeratkan hubungan dan meluangkan masa bersama-sama. Hubungan yang akrab bagai dakwat dengan kertas juga dapat dizahirkan.

Ayat Simpul

Isi 2

Aktiviti rekreasi juga dapat membantu masyarakat melepaskan tekanan. Pada zaman pascamerdeka ini, kebanyakan individu mempunyai pekerjaan yang menuntut mereka untuk bekerja siang dan malam. Kerja yang perlu disiapkan juga banyak dan menyebabkan tekanan kepada setiap individu. Aktiviti rekreasi dapat membantu masyarakat melepaskan tekanan dan melupakan masalah mereka buat sementara waktu. Aktiviti rekreasi seperti melancong dan bersenam boleh dilakukan pada hari cuti bersama-sama keluarga atau rakan. Kebanyakan orang hanya memikirkan masalah yang dihadapi sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal mereka. Melalui aktiviti rekreasi masyarakat dapat merasai keseronokan dengan meluangkan masa bersama-sama orang tersayang. Kesannya masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal dapat dilahirkan dan masyarakat seperti ini juga dapat membantu negara mencapai status negara maju.

Ayat dapat melahirkan masyarakat yang cerdas dan cergas. Pada zaman perkembangan teknologi maklumat ini, kebanyakan daripada masyarakat lebih gemar menghabiskan masa melayari Internet dan duduk di dalam rumah. Mereka jarang-jarang melakukan aktiviti-aktiviti luar untuk mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana masa mereka banyak dihabiskan dengan peranti pintar sahaja. Minda mereka tidak akan berkembang dan membawa kemudaratan kepada tubuh badan mereka. Melalui akitiviti rekreasi seperti bersenam, masyarakat dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan di samping mengisi masa lapang. Masyarakat boleh melakukan senaman seperti berjoging untuk mengeluarkan peluh. Sekiranya aktiviti rekreasi seperti ini menjadi amalan, maka slogan Badan Cergas Minda Cerdas dapat dihidupkan kembali. Demi melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas, setiap individu perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi tanpa alasan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Konklusinya, aktiviti rekreasi membawa banyak kemaslahatan kepada masyarakat. Setiap lapisan masyarakat perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi walaupun sibuk dengan urusan harian. Sekiranya

Konklusinya, aktiviti rekreasi membawa banyak kemaslahatan kepada masyarakat. Setiap lapisan masyarakat perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi walaupun sibuk dengan urusan harian. Sekiranya

Dalam dokumen ISI KANDUNGAN MODUL KARANGAN CEMERLANG (Halaman 28-67)

Dokumen terkait