• Tidak ada hasil yang ditemukan

Catatan Perjalanan Siri 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Catatan Perjalanan Siri 1"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Catatan Perjalanan Siri 1

(2)
(3)

Catatan Perjalanan Siri 1

ISMAIL IBRAHIM HUMIN JUSILIN ZAIMIE SAHIBIL MOHAMAD PU’AD BEBIT

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my 2018

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

(4)

© Universiti Malaysia Sabah, 2018

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya.

Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Ismail Ibrahim, 1956-

Catatan Perjalanan. Siri 1 : Jejak WARISAN BORNEO / ISMAIL IBRAHIM, HUMIN JUSILIN, ZAIMIE SAHIBIL, MOHAMAD PUAD DEBIT.

ISBN 978-967-0521-77-0

1. Ethnology--Sabah--Social life and customs.

2. Ethnology--Sabah. 3. Sabah--Social life and customs.

1. Humin Jusilin, 1961-. II. Zaimie Sahibil, 1970-.

III. Mohamad Pu’ad Bebit, 1964-. IV. Judul.

305.800959521

Muka taip teks: Times New Roman Saiz taip teks dan leading: 11/13.2 poin

Diterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Dicetak oleh: Percetakan Keningau Sdn. Bhd.

Lot 26, Phase 1, HSK Industrial Centre, km 8 Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

(5)

Senarai Rajah vi

Senarai Jadual x

Senarai Plat xi

Prakata xiii

Pendahuluan xv

BAB 1

Seni Ukir dan Ragam Hias Rumah Turugan Etnik Iranun-Maranao di Tasik Lanao, Marawi City

1

BAB 2

Adat Kelahiran, Perkahwinan dan Kematian Bajau Ubian Pulau Mandi Darah

93

BAB 3

Cetusan Nilai Kekeluargaan Melalui Adat Tinauh Kaum Murut Sapulut

137

BAB 4

Menjejaki Bahan Pewarna Tradisi Rundum 155

BAB 5

Kesimpulan 191

Glosari 195

Rujukan 201

Biodata penulis 207

Indeks 209

KANDUNGAN

(6)

vi

Jejak Warisan Borneo Catatan Perjalanan Siri 1

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

1.1 Kedudukan Pulau Mindanao, Maranao, Maguindanao

dan Cotabato 10

1.2 Ketibaan di lapangan terbang dan situasi di Bandar Raya

Manila 13

1.3 Ketibaan di Lapangan Terbang Cotabato dan tempat

penginapan 15

1.4 Situasi lawatan pasukan Pertubuhan Pemantauan Antarabangsa dan kawalan tentera keselamatan di Cotabato

18

1.5 Pertemuan bersama Profesor Abhoud Syed M. Lingga, Pengarah Eksekutif, Institute Bangsamoro Studies 19 1.6 Lawatan dan pertemuan dengan Datu Michael O. Mastura 21 1.7 Situasi semasa perjalanan dari Cotabato ke Marawi City 25 1.8 Mindanao State University, Marawi City 28 1.9 Sudut rumah turugan Kawayan dan perbincangan

bersama informan 29

1.10 Sebahagian dari pemandangan semasa lawatan di Cotabato 32 1.11 Persiapan untuk pulang ke Kota Kinabalu selepas

penyelidikan 33

1.12 Konsep dan struktur rumah turugan 41

1.13 Konsep pembentukan ukiran panolong 47

1.14 Konsep pembentukan tiang 49

1.15 Ukiran rasuk 51

1.16 Ukiran gisuk (dinding) tingkap dan pintu 52

1.17 Motif malong (kain berhias) 53

1.18 Motif ulap-ulap (panel, kain rentang) 55

1.19 Motif kelambu 57

1.20 Motif dominan yang bertemakan alam flora 58

1.21 Motif yang bertemakan alam fauna 59

1.22 Motif yang bertemakan objek 60

1.23 Motif yang bertemakan alam flora 62

1.24 Motif hiasan yang bertemakan objek 63

1.25 Motif yang bertemakan alam fauna 64

1.26 Motif yang bertemakan surat kuraan (khat) 65

1.27 Motif haiwan 67

(7)

vii

Senarai Rajah

1.28 Motif sarimanok 67

1.29 Motif kalawang (awan larat) 68

1.30 Motif unga/todi 68

1.31 Motif sulur /todi 69

1.32 Motif tali-tali 69

1.33 Motif umbus 70

1.34 Motif badal-badal (geometri) 71

1.35 Motif bidak (tiang) 71

1.36 Motif khat (sulat kuraan) 71

2.1 Kawasan pasir di pesisir pantai berwarna merah 94 2.2 Peta Kampung Pulau Mandi Darah, Banggi 94 2.3 Perjalanan dari Kota Marudu ke Kampung Mapan-Mapan 96 2.4 Ketibaan rombongan penyelidik di tapak perkhemahan

Kampung Mapan-Mapan 97

2.5 Majlis pernikahan di rumah Ketua Kampung, Kampung

Mapan-Mapan 97

2.6 Menyediakan makanan dengan lauk-pauk hasil laut 98 2.7 Perjalanan ke Pulau Mandi Darah menggunakan bot 99 2.8 Tempurung kelapa tempat penyimpanan kiot dan tabuni 108 2.9 Balang tempat penyimpanan kiot dan tabuni 108

2.10 Wang hantaran 118

2.11 Majlis akad nikah dan upacara membatalkan wuduk 120

2.12 Majlis bersanding 121

2.13 Jenis pakaian dan aksesori semasa perkahwinan yang

telah dipengaruhi oleh unsur moden 122

2.14 Air yang digunakan untuk memandikan jenazah 125

2.15 Susunan papan rinding liang lahad 126

2.16 Jenis-jenis batu nisan 128

2.17 Pabahakan tempat simpanan barang-barang si mati

semasa hidup 130

3.1 (i) Pengantin lelaki menaiki tukar untuk ke pelamin. (ii) Bapa kepada pengantin lelaki (iii) Pengantin perempuan 143 3.2 Wakil pengantin lelaki dan perempuan melaksanakan

upacara tutuluk 144

3.3 (i) Pasangan pengantin yang mempunyai empat anak (ii) Sasangyang (iii) Pasangan pengantin yang beranak satu 145 3.4 (i) Makanan dan minuman yang dihidangkan di atas apar

(ii–iii) Upacara ambatin 146

3.5 Upacara angsayau 147

(8)

viii

Jejak Warisan Borneo Catatan Perjalanan Siri 1

3.6 (i–vi) Barang-barang keperluan yang disediakan semasa

upacara karamiseh 149

3.7 (i –ii) Tuan petak memberikan barang keperluan dan tajau kepada tetamu (iii) Ahli keluarga menggantung susukur selepas petak tersebut ditukar milik

150

3.8 (i) Tajau yang telah dibuka (ii) Tuan punya petak mencurahkan air ke dalam tajau bagi menambah air tapai (iii) Tetamu dipelawa untuk meminum air tapai

151

4.1 Semasa dalam perjalanan menuju ke Rundum (i) Dr.

Ismail di samping kereta Dr. Hakim (ii) Land Rover kepunyaan Shah dan Mitsubishi Triton dipandu oleh Doktor Shahril (iii) Tempat penginapan di sebuah pusat peranginan di kaki Banjaran Crocker (iv) Doktor Shahril menaruh harapan agar eksplorasi jejak warna tradisi dapat direalisasikan

160

4.2 (i) Rumah pengawal keselamatan SAFODA yang bertugas pintu masuk ke Rundum (ii) Pengawal keselamatan sedang mencatat nombor kenderaan kami

161

4.3 (i) Tanah bukit yang telah ditarah untuk ditanam dengan pokok kertas (Acacia) (ii) Kelihatan kenderaan pacuan empat roda Bighorn sedang mencari arah perjalanan

162

4.4 Berhenti makan di jambatan Sungai Telokosan (i)Ahli rombongan sedang membuat persiapan memasak dan (ii) Zul sedang menghidupkan alat jana kuasa

164

4.5 (i) Puad dan Doktor Shahril sedang menyediakan sarapan pagi (ii) Dr. Ismail bersama abang kepada Doktor Shahril kesejukan selepas bangun tidur (iii) Dr. Hakim tersenyum kerana hajat ke Kampung Rundum telah tercapai (iv) Kiri sekali, Upas Oring (49 tahun) sebagai Ketua Kampung Rundum dan kanan sekali kelihatan Pak cik Bauk Ondok (60 tahun) yang bekerja mencari hasil-hasil hutan yang turut membantu kami mencari bahan untuk warna tradisi

166

4.6 (i) Bangunan Sekolah Kebangsaan Rundum (ii) Deretan rumah penduduk kampung atas bantuan Kerajaan Berjaya di bawah kepimpinan Datuk Harris Salleh

167

4.7 (i) Pusat sumber sekolah (ii) Cikgu Mohd Saiful Abd.

Wahab (29 tahun) dan Cikgu Riduan Ismail (30 tahun) merupakan guru dari Semenanjung yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Rundum (iii) Suasana di bilik darjah (iv) Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Rundum

169

4.8 (i) Keadaan dalam tawos (balai adat), kelihatan di bahagian loteng (ii) Hiasan pada bahagian dinding yang diperbuat daripada kulit kayu

171

(9)

ix

Senarai Rajah

4.9 (i) Suasana waktu petang yang sempat dirakam (ii) Hajijah bersama Che Din sedang sibuk menyediakan makan malam (iii) Wajah Ketua Kampung Rundum, Upas Oring (49 tahun) (iv) Lauk-pauk untuk makan malam

172

4.10 (i) Bersama Bauk Onduk dengan pakaian tradisi (ii) Isteri Bauk iaitu Bilus Sumaian memperagakan pakaian tradisi Murut

175

4.11 (i) Bakul diperbuat daripada anyaman rotan dikenali sebagai kapa’ (ii) Bakul anyaman buyung digunakan sebagai tempat menyimpan padi, beras dan sayuran

177

4.12 (i) Pembuat warna tradisi Bauk Ondok bersama isterinya Inai Bilus Sumaian (ii) Peralatan untuk membuat warna tradisi

177

4.13 (i) Pokok laladang (Fagellaceae) (ii) Buah laladang (iii) Buah laladang yang telah dilerai dari tangkai (iv) Proses mengayak (v) Bakul berfungsi sebagai alat mengayak (vi) Serbuk yang terhasil daripada buah (vii) Pisau peraut (viii) Proses ampus rabulu (ix) Bara api daripada kayu (x) Proses memanggang serbuk (xi) Proses mengumpal serbuk pada bilah buluh (xii) Proses memicit untuk dijadikan ketulan (xiii) Proses menggosok pada bilah rotan (xiv) Bilah rotan yang telah diwarnakan (xv) Warna merah yang diaplikasikan pada bakul buyong iaitu produk ayaman rotan

181

4.14 (i) Mengambil kulit kayu ubol (ii) Kulit kayu ubol yang telah dibersihkan (iii) Menumbuk kayu ubol di dalam lesung (iv) Kayu ubol yang telah ditumbuk (v) Memerah kayu ubol yang telah ditumbuk (vi) Cecair pati kayu ubol hasil perahan (vii) Menyapu ke permukaan bilah buluh (viii) Arang yang ditumbuk dari kayu api (ix) Menyapu arang pada bilah buluh

185

4.15 (i) Kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara mengalami kerosakan yang sedang ditarik (ii) Hajijah sebagai penumpang Nissan Navara

187

4.16 (i) Papan tanda Sekolah Kebangsan Kapulu, Tenom (ii) Bangunan Sekolah Kebangsaan Kapulu (iii) Rumah penduduk kampung yang dibekalkan dengan sistem solar (iv) Kampung Katobu iaitu satu lagi perkampungan dalam skim bantuan kerajaan

188

(10)

x

Jejak Warisan Borneo Catatan Perjalanan Siri 1

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

2.1 Contoh nama-nama anak lelaki yang biasa diberikan

oleh masyarakat Bajau Ubian 111

2.2 Contoh nama-nama anak perempuan yang biasa

diberikan oleh masyarakat Bajau Ubian 111 4.1 Proses pembuatan warna tradisi-merah 178 4.2 Proses pembuatan warna tradisi-hitam 182

SENARAI PLAT

Plat Halaman

I Peralatan budaya Iranun-Maranao 77

II Reka bentuk rumah zaman awal-Selatan Filipina 78 III Seni bina kayu (1000-an hingga 1500-an) 80

IV Rumah Turugan 81

V Panolong/Panolog 82

VI Tukod, rasuk dan tangga turugan 84

VII Aksesori rumah: Ulap-ulap (Kain berhias), malong,

kelambu dan panel 87

VIII Keratan akhbar Luwaran News 90

(11)

xi

S

abah adalah sebuah negeri yang masih kaya dengan warisan kesenian silam. Bilangan etniknya yang melebihi 35 suku kaum menjadikan Sabah sebagai negeri yang menampilkan kepelbagaian ragam budaya. Keunikan budaya suku-suku etnik di Sabah diperlihatkan menerusi kepelbagaian adat dan kraf tradisi seperti anyaman, tenunan, ukiran serta pakaian. Paparan ragam budaya tradisi etnik ini meletakkan Sabah sebagai salah satu gedung ilmu warisan di Malaysia. Penghasilan kraf tangan masyarakat tradisi Sabah merupakan bahan bukti bahawa wujudnya keterikatan antara mereka dan persekitaran. Cetusan nilai warisan tradisi ini perlu dipelihara dan direkodkan agar sentiasa berkembang merentasi zaman tanpa digugat oleh kepupusan pandai kraf. Pendedahan ini perlu agar generasi akan datang mengenali warisan nenek moyang mereka.

Catatan perjalanan ini merupakan pengalaman penat lelah dan jerih perih sebenar yang dialami oleh penulis semasa mengadakan ekspedisi ke lapangan, sama ada membuat penyelidikan lapangan ataupun mengadakan aktiviti khidmat masyarakat. Selain buku ini, beberapa siri pengalaman penulis sebegini akan terbit dalam masa terdekat untuk memberi ruang kepada pencinta budaya menghayati keunikan masyarakat yang ada di Kepulauan Borneo.

Buku ini adalah himpunan hasil catatan pemerhatian sepanjang perjalanan ke destinasi untuk menjejaki warisan budaya penghuni di Kepulauan Borneo. Dalam catatan perjalanan ini, penulis memulakan ekspedisi dengan menjejaki warisan suku kaum Iranun, Bajau dan Murut.

Perjalanan untuk menjejaki suku kaum Iranun memerlukan penyelidik menyeberang hingga ke Kepulauan Mindanao, wilayah selatan Filipina.

Perjalanan yang berisiko ke wilayah sedang bergolak ini diiringi oleh tentera Filipina dan tentera Moro. Semua urusan pengembaraan adalah melalui Kedutaan Malaysia di Manila. Justeru, catatan pengalaman sebenar dalam buku ini diharapkan memberi kepuasan maksimum kepada pembaca agar sama-sama menghayati kepayahan penyelidik dalam menyiapkan catatan ini.

PRAKATA

(12)

xii

Jejak Warisan Borneo Catatan Perjalanan Siri 1

Penghasilan buku ini juga adalah atas dorongan dan sokongan beberapa individu, justeru kami merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga khususnya kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Che Hasruddin Che Hasan, jurufoto profesional dan pelajar-pelajar Teknologi Seni Visual sesi 2010–2015. Kepada informan dan pembantu penyelidik, kami ingin menyatakan bahawa buku ini tidak akan wujud tanpa bantuan dan maklumat yang diberikan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada informan penulis yang berada di lokasi kawasan pedalaman Sabah dan Mindanao.

Dengan rendah hati, para penulis ingin memohon maaf sekiranya terdapat petikan dan paparan gambar yang boleh menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Apa yang dipaparkan bertujuan menyebarkan pengetahuan semata-mata agar apa yang tersurat dapat dimanfaatkan kepada generasi akan datang. Semoga dengan kelahiran buku yang serba ringkas ini dapat memberi ruang kepada penulis-penulis lain untuk mendalami lagi khazanah kesenian yang ada di Kepulauan Borneo khususnya di Sabah.

Ismail Ibrahim, Ph.D.

Humin Jusilin, Ph.D Zaimie Sahibil, Ph.D Mohd Pu’ad Bebit, Ph.D

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah

(13)

xiii Penghargaan Khas:

Che Hasruddin @ Che Din Che Hasan

Pelajar-pelajar Teknologi Seni Visual (2010–2015), Universiti Malaysia Sabah

Yang cantik itu di hati Yang hasad pada yang iri Apalah ada pada budi

Apalah budi setulus sanubari

(14)
(15)

xv

B

uku yang mengandungi lima bab ini dimulai dengan usaha menjejaki suku kaum Iranun yang menjadi pemastautin tetap di wilayah Kota Belud. Penjejakan meliputi aspek budaya dengan paparan motif-motif ukiran, objek dan amalan budaya, melihat persamaan yang wujud antara kaum Iranun yang ada di Kota Belud dengan masyarakat Maranao yang tinggal di persekitaran Tasik Ilana, wilayah Marawi di selatan Filipina. Perjalanan yang penuh dengan cabaran dimulakan pada 29 Mei 2011 setelah urusan mendapatkan kebenaran daripada beberapa pihak, sama ada di Malaysia mahupun Kerajaan Filipina selesai. Rombongan penulis yang terdiri daripada enam orang iaitu seorang jurufoto profesional, seorang bomoh dan seorang jurupandu yang lahir di Cotabato dan telah menjadi pemastautin tetap di Sabah. Perjalanan ke wilayah yang bergolak memerlukan komitmen dan kerjasama sepenuhnya daripada pihak keselamatan khususnya di selatan Filipina. Justeru, semua proses ini dipatuhi secara maksimum oleh kumpulan para penulis. Sepanjang perjalanan semasa di selatan Filipina, para penulis telah dikawal sepenuhnya oleh tentera Kerajaan Filipina dan tentera Moro. Penyelidikan yang berakhir pada 10 Jun 2011 telah memberi input yang diperlukan untuk dikongsikan bersama kepada pembaca berhubung susur galur masyarakat Iranun di Sabah.

Bab seterusnya menelusuri budaya dan amalan masyarakat Bajau Ubian yang mendiami Pulau Mandi Darah di Kudat, Sabah yang menyentuh kesemua aspek dalam upacara kelahiran, perkahwinan dan seterusnya pelaksanaan upacara kematian. Kaum Bajau yang bertebaran di serata Sabah mempunyai beberapa subsuku dengan pelbagai nama sebutan yang merujuk kepada nama atau asal tempat mereka. Kebanjiran masyarakat Bajau di pantai timur Sabah sebelum pembentukan Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil. Selain kedudukan tanah besar Borneo yang berdekatan dengan gugusan Kepulauan Samal yang berada dalam wilayah Filipina, kemakmuran yang dinikmati oleh penduduk wilayah Kesultanan Brunei dan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) adalah antara pendorong penghijrahan ini berlaku. Selain itu, cengkaman pihak Sepanyol terhadap penduduk di wilayah selatan Filipina turut menjadi penyebab kepada perpindahan. Oleh itu, kemunculan beberapa nama suku kaum

PENDAHULUAN

(16)

xvi

Jejak Warisan Borneo Catatan Perjalanan Siri 1

Bajau adalah berdasarkan nama tempat asal mereka seperti Ubian dan Simunul berasal dari Pulau Ubian dan Pulau Simunul dalam gugusan Kepulauan Tawi-Tawi. Laminusa dan Banaran dari Pulau Luminusa dan Pulau Banaran dalam wilayah Mindanao, Sibutu merujuk kepada Kepulauan Sibutu.

Catatan seterusnya menyingkap adat dan budaya suku kaum Murut Tahol yang tinggal di kawasan tanah tinggi iaitu Rundum (20 – 23 Oktober 2011) dan Sapulut (28–30 Januari 2015 dan 25–29 September 2014). Kaum Murut pada satu ketika dahulu mengamalkan kehidupan berpindah-randah. Perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain telah memisahkan mereka kepada beberapa puak yang berlainan.

Secara sinonim, mereka akan dirujuk berdasarkan nama tempat yang didudukinya, nama sungai dan nama bukit oleh orang luar yang bukan daripada kumpulan mereka. Akhirnya, nama kaum ini berubah menjadi nama yang merujuk kepada sesuatu tempat, sungai dan bukit, walaupun mereka adalah penutur bahasa yang sama. Justeru, fenomena ini menjadikan suku kaum Murut berkembang kepada beberapa subkumpulan yang lain. Suku kaum Murut dapat dikategorikan kepada beberapa subkumpulan, antaranya ialah kumpulan yang terbesar, iaitu Murut Tahol yang bertaburan di beberapa kawasan Pensiangan, Sapulut, Salalir, Rundum, Kemabong, Tomani, selatan Keningau dan barat daya Nabawan. Kumpulan ini menggunakan lima dialek bahasa antaranya ialah dialek Pensiangan, Salalir, Maligan dan Rundum yang dikenali sebagai dialek Sumambu Tahol. Kumpulan kedua ialah Murut Paluan yang boleh ditemui di kawasan Dalit, Kemabong dan Sook, manakala kumpulan ketiga ialah Murut Nabai yang berada di kawasan Keningau di sepanjang Sungai Pengalan, Apin-Apin dan Tulid. Kumpulan ini juga dikenali sebagai Murut Keningau atau Dusun Murut. Keempat, Murut Kolor (Kolod), kebanyakan berada di kawasan Sipitang, Kemabong, Maligan, Alumbis dan Salalir ke sempadan Kalimantan. Kumpulan kelima ialah Murut Timugon yang mendiami kawasan lembah di Tenom, sepanjang Sungai Padas dari Malalap ke Batu, dan sedikit di kawasan Beaufort yang dikenali sebagai Murut Beaufort. Kumpulan keenam, Murut Bookan yang boleh ditemui di kawasan Ulu Sungai Kinabatangan (juga disebut Murut Kinabatangan atau Tengara). Kumpulan ini juga boleh ditemui di kawasan Sook, Keningau dan Nabawan. Ketujuh ialah Murut Selungai yang berada di kawasan Pensiangan, sepanjang Sungai Sapulut dan Sungai Pensiangan menurun ke selatan hingga ke sempadan Kalimantan. Kelapan, Murut Sembakung, kumpulan ini juga didapati di sepanjang Sungai Sembakung di bahagian utara Kalimantan hingga ke bahagian hulu sungai memasuki

(17)

xvii

Pendahuluan

sempadan Sabah, manakala kesembilan, Murut Serudung yang terdapat di sepanjang Sungai Serudung di Tawau, penutur dialek ini dikenali sebagai Tidung.1 Terdapat beberapa subsuku yang tidak begitu jelas identitinya, antaranya ialah Murut Gana yang banyak didapati di Keningau dan Murut Kwijau2 (Ismail Ibrahim, 2012, p.48).

Pemerhatian ini dapat merumuskan bahawa terdapat pancaran nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada pihak yang memerlukan. Perkahwinan adalah satu cara untuk merapatkan dua kelompok keluarga tanpa menyusahkan pihak yang hendak mendirikan rumah tangga. Bahagian terakhir penulisan ini menyingkap inovasi masyarakat pedalaman menghasilkan warna-warna tradisi dengan menggunakan bahan-bahan persekitaran yang sedia ada.

Penerbitan buku ringkas ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pengembara untuk membuat catatan perjalanan, di samping memberi ilmu tentang budaya sesebuah masyarakat.

1 Murut Sembakung dan Serudung adalah penutur bahasa Tidung. Menurut informan, perkataan Tidung wujud apabila mereka memeluk agama Islam.

2 Murut Gana dan Murut Kwijau adalah penutur bahasa Dusunik.

(18)

Referensi

Dokumen terkait

ramah lingkungan juga dapat digunakan sebagai alternatif material dinding pengganti. batu bata dengan biaya

Untuk mengetahui pengaruh umur terhadap insidens kanker, lazimnya dihihmg pula "e specific ratevengaan menggunakan interval 5 tahun, bagi tiap lokaliiasi kanker, tiap

Output Uji Model

seperti gaya hidup, pengalaman dengan kontrasepsi yang lalu,. dan keikutsertaan dalam jamkesmas serta informasi KB

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengidentifikasi pengetahuan dan praktik CTPS sebelum dan setelah intervensi pada anak usia sekolah Di MI Al-Badri Kalisat

Sysflow Pelaporan Dosen Sistem Start Berkas Nilai Mahasiswa Berkas Nilai Simpan Nilai Mahasiswa KRS IPS IPK Laporan Nilai, Laporan Kelulusan End 0 Sistem Informasi

Tacrolimus dibandingkan dengan siklosporin untuk mencegah penolakan (rejeksi) di pusat pencangkokan (transplantasi) ginjal di Eropa (4 pusat), 31 penderita mendapat

- Bagaimana “Conflict Interest” dipelihara antara personil yang melakukan monitoring/evaluasi dengan anggota (Bisa saja anggota melanggar standar IFCC, tapi tetap dimasukkan