• Tidak ada hasil yang ditemukan

ROSLIEZA ROSLI, 1. RAZALEIGH 1 ABDUL GHAFAR DON.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ROSLIEZA ROSLI, 1. RAZALEIGH 1 ABDUL GHAFAR DON."

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

22

METODOLOGI KAJIAN KEBERKESANAN AKTIVITI DAKWAH BADAN BUKAN KERAJAAN (BBK) KEPADA

GOLONGAN MUALAF DI MALAYSIA

[EFFECTIVELY RESEARCH METHODOLOGY OF ACTIVITY DA’WAH NON-GOVERNMENT ORGANIZATION (NGO)

TO MUALAF GROUP IN MALAYSIA]

*1ROSLIEZA ROSLI,

p99829@siswa.ukm.edu.my

1RAZALEIGH MUHAMAT @KAWANGIT

raza@ukm.edu.my 1ABDUL GHAFAR DON

a.g.don@ukm.edu.my

1NUR A’THIROH MASYAA’IL TAN ABDULLAH @TAN AI PAO

athiroh@ukm.edu.my

Fakulti Pengajian Islam,

Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Ukm Bangi, Selangor Malaysia.

*Corresponding Author ABSTRACT

The research methodology is the planning and method used in conducting research on the Effectiveness of Non-Governmental Organization (NGO) Preaching Activities to the Mualaf Group in Malaysia. In particular, this research show three issues of study about Islamic understanding of Islam, quality of life and quality of education for mualaf in Malaysia. This research uses a quantitative research methodology with a survey design and analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) with a total of 250 study respondents (RK). It covers 5 zones in the East Coast state (Kelantan), South China Peninsula (Melaka state), North Peninsular Malaysia (Kedah state), Central Peninsular Malaysia (Federal Territory of Kuala Lumpur) and Eastern Malaysia (Sabah). Meanwhile, the instruments being developed tested using the Cronbach Alpha coefficient of validation by two experts in the related field. Therefore, the chosen methodology of the study is the key to determining which processes are being achieved to achieve the goals and relevance used in this study.

Keywords: Research Methodology, Effectiveness, Da’wah Activity, Non-Governmental Organization (NGO), Mualaf.

ABSTRAK

Metodogi kajian ialah perancangan dan kaedah yang digunakan sepanjang menjalankan penyelidikan atas Keberkesanan Aktiviti Dakwah Badan Bukan Kerajaan (BBK) kepada Golongan Mualaf di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini mengutarakan tiga permasalahan kajian iaitu kefahaman mualaf terhadap agama Islam, taraf hidup mualaf dan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia. Objektif

(2)

23

kajian ini adalah mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman Islam kepada mualaf di Malaysia, mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan menganalisa keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan jumlah responden kajian (RK) 250 orang mualaf. Ia melibatkan lima buah zon iaitu zon di negeri Pantai Timur (negeri Kelantan), zon di Selatan Semenanjung Malaysia (negeri Melaka), zon di Utara Semenanjung Malaysia (negeri Kedah), zon tengah Semenanjung Malaysia (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan negeri Malaysia Timur (Sabah). Instrumen yang dibina pula diuji menggunakan nilai pekali Alpha Cronbach selain mendapat keesahan oleh dua orang pakar dalam bidang berkaitan. Oleh itu, metodologi kajian yang dipilih merupakan asas utama dalam menentukan setiap proses yang dilakukan mencapai matlamat dan relevan digunakan pada kajian ini.

Kata Kunci: Metodologi kajian, keberkesanan, aktiviti dakwah, badan bukan kerajaan, mualaf.

PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan tentang kesesuaian Metodologi Kajian Keberkesanan Aktiviti Dakwah Badan Bukan Kerajaan (BBK) kepada Golongan Mualaf di Malaysia yang akan digunakan dalam kajian ini. Oleh itu, terdapat tiga permasalahan kajian yang dikenal pasti iaitu berkaitan dengan kefahaman mualaf terhadap agama Islam, taraf hidup mualaf dan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia.

Seterusnya, tiga persoalan kajian yang diutarakan iaitu adakah aktiviti dakwah BBK berkesan dalam memberi kefahaman tentang agama Islam kepada mualaf di Malaysia, bagaimanakah aktiviti dakwah BBK berkesan dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan bagaimanakah aktiviti dakwah BBK berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia.

Kemudian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman Islam kepada mualaf di Malaysia, mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan menganalisa keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Menurut J. Supranto (1986: 67-68); Keontjaraningrat (1986: 13) dan Sang, Mok Soon (2009: 22), metodologi bermaksud satu sistem, prinsip, pendekatan dan cara untuk mendapatkan sesuatu dengan efisien, teratur, berstrategi, satu usaha yang dilakukan oleh manusia secara ilmiah bertujuan untuk mengetahui tentang gejala alam dan isu-isu dalam masyarakat. Oleh sebab itu, Blaxter et al. (2002:

10-11); Peter A. Angel. (1931: 171) dan Bogdan dan Biklen (2007: 35) menjelaskan penggunaan metode yang sesuai dan konsisten penting dalam membantu pengkaji menguruskan cara kerja bagi memahami objek yang memerlukan penumpuan terhadap penelitian dan mendapatkan hasil kajian yang berkualiti.

Dengan itu, penyelidikan ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif bagi menjawab tiga objektif kajian yang diselarikan dengan persoalan kajian. Perkataan kuantitatif berasal daripada perkataan quality atau quantity yang bermaksud sesuatu yang boleh dikira, diukur dan dinilaikan dengan angka (Ghazali & Sufean 2018: 39). Manakala, Othman (2007: 6; Hartaty & Zulia Tasya

(3)

24

Fizawan 2014: 3), pula menjelaskan kajian kuantitatif boleh diukur dan dikira serta keterangannya bersifat lebih jelas dan konkrit. Setiap data pula dipersembahkan dalam bentuk numerikal untuk memudahkan kefahaman terhadap perkara dan situasi yang kompleks melalui kaedah saintifik (Ang Kean Hua 2016: 18; Sang Mok Soon 2010: 21).

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan perancangan yang disusun oleh pengkaji untuk menjalankan proses kajian. Menurut Muhammad Yusuf (t.th: 100), pemilihan reka bentuk kajian mestilah sesuai dengan kajian yang dilakukan supaya matlamat kajian tercapai. Reka bentuk dalam penyelidikan kuantitatif lebih berstruktur, tetap, lebih formal, spesifik dan terperinci (Ghazali & Sufean 2018: 39). Oleh sebab itu, pengkaji telah mengenal pasti dan memilih reka bentuk kajian tinjauan. Hal ini disebabkan pengkaji dapat memperincikan pertanyaan soalan dalam pelbagai aspek melalui penyediaan borang soal selidik. Menurut Cholid dan Abu Achmadi (1997: 76), soal selidik adalah kumpulan pertanyaan berkaitan sesuatu masalah atau bidang yang diteliti oleh seseorang penyelidik. Pada masa yang sama, pengumpulan data diperoleh dengan cepat, saiz sample yang besar, maklumat diterima secara langsung daripada responden kajian serta dapat generalisasi keputusan dengan tepat dan berkesan (Chua 2006; Rozmi 2016: 182; Sulaiman 1996: 206).

POPULASI DAN PEMILIHAN SAMPEL

Populasi ialah satu kumpulan yang melibatkan unsur, objek, individu serta ciri-ciri yang dipertimbangkan dalam sesuatu kajian yang ingin diambil oleh pengkaji (Ghazali & Sufean 2018:

103; Dharmapalan 2012: 3.3; Nawi 2003: 53; Sulaiman Ngah 2002: 61; Ranjit 2005: 179) untuk memenuhi proses penyelidikan (Ahmad Munawar & Mohd Nor 2015: 59).

Sementara itu, Neuman (1991: 204); Ranjit (2005: 164-165 & 179) dan Ahmad Munawar &

Mohd Nor (2015: 59), menjelaskan purposive sampling atau pemilihan sampel yang khusus mempunyai kriteria-kriteria tertentu dan kesediaan responden kajian untuk memberi dan berkongsi maklumat dengan pengkaji tanpa paksaan. Hal ini penting kerana sample kajian merupakan kumpulan yang mewakili sesebuah populasi di samping menjadi keperluan sumber informasi penting kepada pengkaji (Hartaty & Zulia Tasya Fizawan 2014: 3). Selari dengan pandangan Ghazali dan Sufean (2018: 101), pemilihan sample dalam populasi amat penting supaya penyelidikan yang dijalankan tidak bias.

Oleh yang demikian, pengkaji memilih pensampelan probability atau disebut sebagai pensampelan kebarangkalian kerana setiap populasi yang telah dikenal pasti mempunyai peluang untuk dipilih sebagai subjek kajian. Pada masa yang sama, pemilihan yang dilaksanakan adalah secara pensampelan rawak mudah (simple random sampling) kepada subjek kajian yang mempunyai ciri- ciri yang sama mewakili populasi kajian.

Menurut Ahmad Munawar & Mohd Nor (2015: 65), prosedur dalam pensampelan probability dapat membantu dan membolehkan pengkaji memperoleh dapatan penyelidikan yang jelas dan mampu mewakili dan menggeneralisasikan kepada keseluruhan populasi kajian.

(4)

25

Jadual 1.1 Sample Kajian

Bil. Perkara Sample Kajian

1 Zon di Negeri Pantai Timur 50 orang mualaf 2 Zon di Selatan Semenanjung Malaysia 50 orang mualaf 3 Zon di Utara Semenanjung Malaysia 50 orang mualaf 4 Zon Tengah Semenanjung Malaysia 50 orang mualaf

5 Negeri Malaysia Timur 50 orang mualaf

Jumlah Keseluruhan 250

Sumber: Penyelidikan 2019

Dalam pada itu, Jadual 1.1 menunjukkan sejumlah 250 sample kajian yang terdiri daripada mualaf pelbagai bangsa di Malaysia. Pembahagian sample kajian ini pula mewakil 50 sample kajian mengikut 5 zon iaitu negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri di Selatan Semenanjung Malaysia, negeri di Utara Semenanjung Malaysia, zon tengah Semenanjung Malaysia dan negeri Malaysia Timur.

Justifikasi, pemilihan sample dalam kajian ini adalah bertepatan dengan fokus kajian yang memberi tumpuan kepada mualaf di Malaysia sebagai subjek kajian. Menurut Uma (2003) dalam Ahmad Munawar & Mohd Nor (2015: 59), menjelaskan kajian yang menggunakan sample terbukti berupaya menghasilkan perolehan dapatan yang lebih dipercayai.

PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data adalah satu cara dan teknik untuk mengumpul maklumat secara terperinci dan secara fizikal yang diambil daripada responden untuk dijadikan asas dalam proses menjalankan kajian secara analisis (Bhasah 2007: 16; Mohd Sabri 2009: 24; Muhammad Jeffery Hizwan tth: 13).

Itulah sebabnya, pengkaji telah berusaha mengumpulkan data-data dan maklumat penting yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk ditafsirkan, dinilai, dianalisis dan diolah. Tujuan tersebut dilakukan bagi membantu pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat dan informasi yang tepat, bernilai serta bersifat konkrit. Dalam kajian ini pengumpulan data dilakukan melalui edaran borang soal selidik kepada responden kajian.

INSTRUMEN SOAL SELIDIK

Instrumen soal selidik adalah praktikal yang digunakan dalam kajian ini kerana ia melibatkan saiz sample yang ramai. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik berbentuk tertutup.

Instrumen soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji pula diserahkan kepada penyelia utama untuk semakan penyelarasan antara objektif kajian dan persoalan kajian bagi mendapatkan tema yang sesuai dan tepat. Ia juga penting dalam memastikan setiap objektif kajian dan persoalan kajian terjawab.

Selari dengan pandangan Conolley dan Kramer (1989) dan Gay dan Diehl (1992) dalam Ghazali dan Sufean (2018: 128), instrumen yang baik mestilah dibina sendiri oleh penyelidik dan tidak digalakkan mengambil contoh, bentuk dan jenis soal selidik yang telah digunakan oleh penyelidikan sedia ada.

(5)

26

Jadual 1.2 Pembahagian Soal Selidik

Bahagian Perkara Jumlah Item

A Maklumat demografi responden kajian 10

B Keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman agama Islam kepada mualaf di Malaysia

10 C Keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam

meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia

10 D Keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam

meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia

10

Jumlah Keseluruhan Item 40

Sumber: Penyelidikan 2019

Jadual 1.2 menunjukkan pembahagian item dalam soal selidik yang dibina oleh pengkaji terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A memfokuskan kepada 10 item yang berkaitan dengan maklumat demografi responden kajian, diikuti dengan bahagian B mewakili 10 item yang berkaitan dengan keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman agama Islam kepada mualaf di Malaysia, kemudian bahagian C mewakili 10 item yang berkaitan dengan keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan bahagian D mewakili 10 item yang berkaitan dengan keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap item yang terbina dalam soal selidik ini telahpun dipersembahkan dalam ulasan kertas kerja yang berasingan.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, sejumlah 40 item yang perlu dijawab oleh responden kajian. Kesemua item tersebut berasaskan kepada objektif kajian yang ingin dicapai dalam penyelidikan ini. Pembinaan item dalam soal selidik pula sekata untuk semua subjek kajian, penstrukturan ayat yang ringkas, padat, tidak sensitif, tidak terlalu kompleks, ketelitian, kerahsiaan serta penggunaan laras bahasa yang betul supaya mudah difahami oleh responden kajian (Rozmi 2013, 2015 & 2016: 151). Dalam konteks ini, ia berkait rapat dengan masa yang diperlukan oleh responden kajian menjawab soal selidik. Menurut Chua (2006) dalam Nur Khadijah (2016: 37), responden kajian dapat memberi tumpuan dan perhatian kepada soal selidik dalam tempoh antara 10 minit hingga 20 minit sahaja.

Justeru itu, setiap bahagian dalam soal selidik untuk kajian rintis dan kajian yang sebenar dilengkapkan dengan arahan yang jelas cara menjawab supaya setiap item dapat dijawab bagi membolehkan pengkaji mengumpul dan mencungkil data yang dikehendaki. Pengkaji memilih supaya responden kajian menandakan jawapan pilihan dengan tanda (/) pada setiap ruangan yang disediakan.

Dalam hubungan ini, kaedah edaran soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan cara serahan tangan bermaksud pengkaji menyerahkan sendiri soal selidik kepada responden kajian dan menggunakan perkhidmatan pos ketika kajian dijalankan.

KEBOLEHPERCAYAAN DATA

Kajian ini perlu melalui beberapa proses untuk mendapatkan kebolehpercayaan data yang tinggi dengan berdisiplin. Proses tersebut adalah sebagaimana berikut:

(6)

27

i. Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang berskala kecil, diuji dan dilaksanakan sebelum kajian sebenar dilakukan (Noriah et al. 2013: 364; Hulley 2007: 168-169; Teijlingen 2001: 35). Ia merupakan proses tinjauan terakhir sebelum pengumpulan data bermula (Nur Syafiqa 2014: 1).

Lazimnya, setiap item yang terbina dalam soal selidik untuk tujuan kajian rintis perlu melalui proses pemurnian instrumen kajian hasil daripada perbincangan dan penyemakan dengan penyelia terlebih dahulu. Apabila persetujuan telah dicapai pada peringkat ini akan diteruskan pula dengan mendapatkan pengesahan oleh pakar dalam bidang berkaitan sebelum kajian rintis dilakukan. Proses yang sama juga akan dilakukan untuk kajian yang sebenar.

Kemudian, Cooper dan Schindler (2006) dalam Ghazali dan Sufean (2018: 127), mencadangkan saiz sample untuk kajian rintis adalah antara 25 hingga 100 orang. Dalam penyelidikan ini, taburan instrumen soal selidik kajian rintis berkaitan Keberkesanan Aktiviti Dakwah BBK kepada Golongan Mualaf di Malaysia telah dijalankan pada 11 hingga 14 Ogos 2019 di Zon Malaysia Timur, negeri Sabah. Ia melibatkan 35 responden kajian terdiri dalam kalangan mualaf di Malaysia sebagai sample kajian yang terpilih bagi mewakili populasi dan fokus sebenar kajian.

Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap penggunaan bahasa dan perkataan mudah difahami oleh RK (Drew & Hardman 1985: 67; Sekaran 2010: 236) supaya tidak menimbulkan penafsiran salah faham terhadap maksud sebenar soalan yang terbina dalam borang soal selidik. Ia juga penting untuk menguji tempoh yang diperlukan oleh responden kajian menjawab borang soal selidik, membantu pengkaji menyemak semua item dan arahan dalam borang soal selidik supaya jelas dan tidak terikat dengan soalan berbentuk teknikal serta saintifik (Nur Syafiqa 2014: 2; Ferlis &

Bahari 2016: 50).

Selanjutnya, apabila data kajian rintis diperoleh ia akan digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian (Nur Syafiqa 2014: 2) dengan mendapatkan nilai ketekalan yang berasaskan Koefisien Cronbach. Kebolehpercayaan instrumen kajian juga akan diukur dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) for Windows. Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian rintis ini telahpun diterangkan dalam kertas kerja yang berasingan.

ii. Penentuan Skala Pengukuran

Pengkaji memilih skala likert lima mata sebagai penentuan skala pengukuran terhadap soal selidik yang dibina. Menurut (Furr 2011) dalam Ferlis & Bahari (2015 & 2016: 51), skala likert lima mata mudah difahami oleh responden kajian kerana melibatkan lima pilihan jawapan sahaja sebagaimana dalam jadual 3.3 di bawah. Setiap jawapan yang dipilih oleh responden kajian adalah respons terhadap tahap persetujuan mereka.

Selain itu, pemilihan skala likert lima ini dapat membantu responden kajian memilih jawapan neutral bagi yang tidak boleh membuat keputusan dengan menandakan pensyaratan nombor 3.

Manakala bagi responden yang boleh membuat keputusan yang tepat boleh membuat pilihan sama ada pensyaratan nombor 1 adalah sangat setuju, pensyaratan nombor 2 adalah setuju, pensyaratan nombor 4 sangat tidak setuju dan pensyaratan nombor 5 adalah tidak setuju daripada mana-mana item yang terdapat dalam soal selidik. Menurut O’Muircheartaigh et. al (2000) & Furr (2011) dalam Ferlis

& Bari (2015 & 2016: 51), menjelaskan mid-points atau respon neutral yang digunakan dalam skala likert lima ini sebagai bukti yang berupaya meningkatkan kualiti psikometrik.

(7)

28

Jadual 1.3 Penentuan Skala Pengukuran Pensyaratan Nombor Tahap Persetujuan

1 Sangat Setuju (SS)

2 Setuju (S)

3 Neutral (N)

4 Sangat Tidak Setuju (STS)

5 Tidak Setuju (TS)

Sumber: Ali Muhson (tth: 6); Ferlis & Bahari (2015 & 2016: 49); Rozmi (2016: 151) iii. Kesahan Soal Selidk

Menurut (Alias 1992; Creswell 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999) dalam Kamaruzaman (2013: 1) dan Sidek Mohd Noah (2002) dalam Nur Khadijah (2016: 38), menjelaskan kesahan sesuatu instrumen dapat ditentukan apabila sesuatu instrumen boleh mengukur apa yang sepatutnya diukur dan menguji apa yang sepatutnya diuji (Ghazali & Sufean 2018: 118). Dalam konteks ini, Mohd Majid (1990) dalam Kamaruzaman (2013: 1) dan Sidek Mohd Noah (2002) dalam Nur Khadijah (2016: 38), sependapat menyatakan sesuatu instrumen yang mencapai tahap kesahan yang tinggi apabila kebolehan mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi.

Jadual 1.4 Sifat Kesahan Instrumen Penyelidikan Bil. Sifat Kesahan Instrumen Penyelidikan

1 Defensibility Dapat dipertahankan 2 Accuracy Ketepatan

3 Appropriteness Kesesuaian 4 Meaningfulness Bererti

5 Usefulness Kebolehgunaan Sumber: Ghazali & Sufean (2018: 121)

Oleh sebab itu, tujuan kesahan instrumen perlu dilakukan untuk menjamin kesahan setiap item dalam instrumen yang dibentuk oleh pengkaji. Jadual 1.4 menunjukkan lima sifat kesahan instrumen penyelidikan iaitu (defensibility) hasil kajian tepat, berguna dan boleh dipertahankan, (accurary) ketepatan menjawab persoalan kajian, (appropriteness) kesesuaian adalah releven dengan tujuan kajian, (meaningfulness) bererti dalam memberi makna terhadap data melalui skor dan (usefulness) kebolehgunaan dalam membuat keputusan terhadap hasil yang diperoleh bagi menguatkan lagi kesahan tersebut.

Jadual 1.5 Klafikasi Indeks Kebolehpercayaan Bil. Nilai Alpha Cronbach Indikator

1 0.90 – 1.00 Sangat Tinggi 2 0.70 – 0.89 Tinggi

3 0.30 – 0.69 Sederhana 4 0.00 – 0.30 Rendah

Sumber: Dermoott & Sarrela (1996) dalam Ghazali & Sufean (2018: 128); Elliot & Woodward (2007) dalam Nur Khadijah (2016: 39)

Dengan itu, jadual 1.5 menunjukkan klafikasi indeks kebolehpercayaan yang berasaskan kepada nilai Alpha Cronbach digunakan sebagai asas dalam menentukan ketekalan setiap item yang dibina oleh pengkaji dalam instrumen kajian yang dijalankan. Jarak pekali kebolehpercayaan nilai

(8)

29

Alpha Cronbach antara 0 hingga 1. Pekali Alpha Cronbach yang bermula dengan nilai 0.00 hingga 0.30 adalah rendah, diikuti dengan nilai 0.30 hingga 0.69 adalah sederhana. Seterusnya, bermula dengan nilai 0.70 hingga 0.89 adalah tinggi dan nilai 0.90 hingga 1.00 pula di tahap sanggat tinggi.

Dalam hubungan ini, Fauzi et. al (2014) dalam Nur Khadijah (2016: 39) bersetuju bahawa setiap item yang memperoleh nilai Alpha Cronbach yang tinggi menandakan pencapaian kebolehpercayaan alat ukur dalam kategori yang baik dan sesuai. Selari dengan pandangan Mohd Faizal Nizam Lee & Leow Tze Wei (2017: 211), kestabilan nilai Alpha Cronbach amat penting dalam kajian rintis dan kajian sebenar dan tidak boleh dikesampingkan untuk memastikan pemilihan item diterima atau ditolak (Alpha if item deleted).

iv. TEMPOH LAMA DALAM KAJIAN

Menurut Padgett (1998: 14) dan Othman (2014: 195), salah satu daripada cara untuk meningkatkan kebolehpercayaan data dilihat menerusi berpanjangan kehadiran dan keberadaan pengkaji dalam tempoh kajian yang dilakukan. Disebabkan itu, proses pengumpulan data yang dilakukan dalam kajian ini mengambil masa lima belas bulan antara bulan Mac 2019 hingga bulan Jun 2020. Bermula bulan Julai, pengkaji mula menyelesaikan analisis setiap data yang diperoleh untuk mendapatkan hasil kajian sebenar yang dijalankan.

PENGANALISISAN DATA

Penganalisisan data adalah salah satu proses penelitian (Ali Muhson tth: 6) dan proses mengkategori, meringkas, menyusun dan memanipulasi data yang diperoleh bagi menjawab persoalan dan hipotesis kajian (Rozmi 2016: 182). Tambahan pula, data kuantitatif bersifat tepat kerana unit pemboleh ubah dalam bentuk nombor bagi mewakili pengukuran seperti objek, tingkah laku dan peristiwa (Rozmi 2016: 182).

Seterusnya, pengkaji menganalisis data secara deskriptif dengan menggunakan kaedah statistik yang melibatkan jadual taburan kekerapan dan graf seperti histogram, graf bar, carta pai serta jadual. Selain itu, statistik deskriptif juga menggunakan petunjuk seperti min, sisih piawai, medium, mod, taburan normal dan skor z untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu pembolehubah. Malah, analisis deskriptif juga merujuk kepada kecenderungan memusat (central tendency), kebolehubahan (variabality) dan persatuan (Rozmi 2016: 183). Namun begitu, statistik deskriptif ini hanya untuk menganalisis dan memaparkan data berkaitan demografi responden kajian sahaja. Hal ini disebabkan ia tidak bertujuan untuk membuat kesimpulan secara umum atau generalisasi (Ali Muhson tth: 1;

Chua 2012: 4, 109; Ghazali & Sufean 2018: 269-270).

Walau bagaimanapun, untuk menganalisis data bagi soal selidik di bahagian B berkaitan mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman tentang agama Islam kepada mualaf di Malaysia, bahagian C berkaitan mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman tentang agama Islam kepada mualaf di Malaysia dan bahagian D berkaitan menganalisa keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia, pengkaji menggunakan analisis statistik inferensi. Analisis statistik inferensi merupakan satu kaedah, prosedur dan cara yang digunakan untuk membuat kesimpulan secara menyeluruh kepada populasi yang dipilih sebagai sample kajian (Rozmi 2016: 183) serta hasil kajian juga boleh digeneralisasikan (Chua 2012: 4, 109; Ghazali & Sufean 2018: 270).

(9)

30

1.6 Jadual Pembahagian Pembolehubah

Bil. Pemboleh Ubah Bersandar Pemboleh Ubah Tidak Bersandar 1. Kefahaman tentang agama Islam mualaf Aktiviti dakwah BBK

2. Taraf hidup mualaf Aktiviti dakwah BBK

3. Kualiti pendidikan mualaf Aktiviti dakwah BBK Sumber: Penyelidikan 2019

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, jadual 1.6 menunjukkan wujudnya hubungan antara pemboleh ubah bersandar iaitu kefahaman tentang agama Islam mualaf, taraf hidup mualaf dan kualiti pendidikan mualaf dengan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu aktiviti dakwah BBK yang menunjukkan adanya hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah tersebut yang menghasilkan keberkesanan aktiviti dakwah BBK kepada mualaf.

Jadual 1.7 Soalan Hipotesis Nol

Bil Soalan Hipotesis Analisis

Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman tentang agama Islam mualaf dengan aktiviti dakwah BBK

Korelasi Spearman Rho Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara taraf

hidup mualaf dengan aktiviti dakwah BBK

Korelasi Spearman Rho Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti

pendidikan mualaf dengan aktiviti dakwah BBK

Korelasi Spearman Rho Sumber: Penyelidikan 2019

Jadual 1.7 menunjukkan 3 soalan hipotesis nol terbentuk sebagai salah satu prosedur penganalisisan data yang akan diuji dalam penyelidikan ini.

Jadual 1.8 Anggaran Kekuatan Hubungan Antara Dua Pemboleh Ubah Pekali Korelasi Kekuatan Hubungan

0.10 hingga 0.29 Rendah

0.30 hingga 0.49 Sederhana

0.50 hingga 1.00 Tinggi

Sumber: Cohen (1998) dalam Nur Khadijah (2016: 43)

Jadual 1.8 menunjukkan pekali korelasi yang berfungsi sebagai nilai pengukur kekuatan hubungan antara dua variable (Bhasah 2007: 77). Nilai pekali korelasi berada dalam julat +1.00 hingga -1.00. Nilai pekali korelasi bermula 0.10 hingga 0.29 merupakan kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah adalah rendah, nilai pekali korelasi 0.30 hingga 0.49 pula sudah berada tahap yang sederhana, manakala nilai pekali korelasi 0.50 hingga 1.00 mewujudkan kekuatan hubungan yamg tinggi

Jadual 1.9 Interpretasi Data Penentuan Tahap

Skor Min Tahap

1.00 hingga 2.23 Rendah

2.34 hingga 3.67 Sederhana

3.68 hingga 5.00 Tinggi

(10)

31

Sumber: Ruzi (2003) dalam Nur Khadijah (2016: 43)

Berikutnya, jadual 1.9 menunjukkan ujian bagi interpretasi data penentuan tahap mengikut skor min iaitu 1.00 hingga 2.23 di tahap rendah, 2.34 hingga 3.67 di tahap sederhana dan 3.68 hingga 5.00 di tahap tinggi.

Pada waktu yang sama, data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) for Windows. SPSS for Windows adalah proses dan langkah untuk memasukkan data ke dalam perisian, meneliti dan mengeksplorasi data sebelum sesuatu analisis pemerihalan dan pengujian dilakukan (Rozmi 2016: 184).

Jadual 1.10 Proses SPSS for Windows

Bil. Proses SPSS for Windows

1 Sistem Pengekodan

2 Menamakan Pemboleh Ubah

3 Memasukkan Data

4 Menyemak Data

5 Transformasi Data

6 Analisis Data

Sumber: Rozmi (2016: 184 – 188)

Jadual 1.10 menunjukkan proses dan langkah yang perlu dilakukan oleh pengkaji apabila menggunakan perisian SPSS for Windows untuk melancarkan proses menganalisis setiap data kajian yang diperoleh. Pada peringkat sebelum analisis, data kajian masih dalam kategori data mentah. Data tersebut dikodkan dengan nombor kerana ia adalah penentu markah sebenar terhadap pemboleh ubah, setiap pemboleh ubah diberi nama yang singkat, mudah dikenali dan unik di samping meletakkan nombor soalan agar mudah dibaca, diikuti dengan memasukkan data untuk setiap responden kajian berpandukan pengekodan dengan cermat dan teliti, kemudian menyemak data dengan peka untuk mengelak berlaku kesilapan dan melakukan transformasi data untuk menentukan item yang negatif.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, ia telahpun dilakukan untuk kajian rintis dan akan dilakukan untuk kajian sebenar. Akhirnya, analisis data kajian dapat dihasilkan untuk dipersembahkan dalam ulasan kajian pada bab IV.

PEMILIHAN LOKASI Jadual 1.11 Lokasi Kajian

Bil Lokasi Kajian

1 Zon di negeri Pantai Timur Kelantan 2 Zon di Selatan Semenanjung Malaysia Melaka 3 Zon di Utara Semenanjung Malaysia Kedah

4 Zon Tengah Semenanjung Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5 Negeri Malaysia Timur Sabah

Sumber: Penyelidikan 2019

Pemilihan lokasi kajian untuk taburan soal selidik dalam kajian ini dibahagikan kepada lima zon sebagaimana dalam jadual 1.11 iaitu zon di negeri Pantai Timur diwakili oleh negeri Kelantan, zon

(11)

32

di Selatan Semenanjung Malaysia diwakili oleh Melaka, zon di Utara Semenanjung Malaysia diwakili oleh negeri Kedah, zon di tengah Semenanjung Malaysia diwakili oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Malaysia Timur diwakili oleh negeri Sabah.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas, Metodologi Kajian Keberkesanan Aktiviti Dakwah BBK kepada Golongan Mualaf di Malaysia merupakan perancangan yang sangat penting untuk memastikan proses penyelidikan yang dijalankan bersesuaian serta tepat dan benar untuk mencapai objektif kajian di samping menjawab persoalan kajian. Dapat disimpulkan bahawa metodologi kajian yang dipilih dan digunakan bersesuaian dengan skop kajian ini berdasarkan kepada hasil dapatan kajian rintis yang telah dijalankan dan dihuraikan pada kertas kerja yang berasingan. Oleh itu, dapatan hasil penyelidikan ini adalah sumbangan ilmu kepada penyelidik untuk diambil sebagai nilai tambah dalam juzuk-juzuk penulisan ilmu yang bermanfaat.

RUJUKAN

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2015. Mengenali Kuantitatif & Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ali Muhson. 2006. Teknik Analisis Kuantitatif. Universiti Negeri Yogyakarta, Yogyakarta.

Ang Kean Hua. 2016. Introduction to metodology framework in research study. Malaysia Journal of Social Science and Humanities. (1) 2: 17-24.

Bhasah Abu Bakar. 2007. Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Blaxter, Loraine, Hughes, Christina & Tight, Malcom. 2002. How to Research. 2nd Ed. Buckingham

& Philadelphia: Open University Press.

Bogdan, Robert C. & Biklen, Sari Knopp. 2007. Qualitative Research for Education, an Introduction to Theories and Methods. 5th Ed., Boston: Publishing an Allyn & Bacon.

Cholid Norbuko & Drs Abu Achmadi. 1997. Drs H. 1997. Metodologi Penelitian. Jakarta: Bumi Askara.

Chua Yan Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysian Sdn.

Bhd.

Chua Yan Piaw. 2012. Asas Statistik Penyelidikan. Ed. Kedua. Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysian Sdn. Bhd.

Dharmapalan, Biju. 2012. Scientific Research Methodology. Oxford, U.K.: Alpha Science International Ltd.

Drew, C.J. & Hardman, M.L. 1985. Designing and conducting behavioral research. Oxford:

Pergamon press ins.

Ferlis Bullare @ Bahari & Murnizam Halik. 2015-2016. Proses pembentukan instrumen kebahagian subjektif orang kurang upaya-fizikal. Southeast Asia Psychology Journal. 3: 45-56.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2018. Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan, Amalan Dan Analisis Kajian. Ed. Kedua. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Hartaty & Zulia Tasya Fizawan. 2014. Laporan Tutorial Pengantar Kaedah Penyelidikan Sains Sosial dan Statistik. ttp.

Hulley, Stephen B. 2007. Designing Clinical Research. t.tp: Lippincott Williams & Wilkins.

J.Supranto. 1986. Kaedah Penyelidikan dalam Pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(12)

33

Kamaruzaman Moidunny. 2013. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian. Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Keontjaraningrat. 1986. Metode-metode Penelitian Masyarakat. Jakarta: t.pt.

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei. 2017. Keesahan dan kebolehpercayaan instrument penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction (14) 1: 211-265.

Mohd Nawi Ab Rahman. 2003. Teras Penyelidikan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Mohd Sabri Ismail. 2009. Metodologi dakwah kepada saudara baru di PERKIM Kelantan: Kajian mengenai keberkesanan. Tesis Dr. Fal, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya.

Muhammad Jeffery Hizwan Said. tth: 13. Tahap Sikap Kerja Dan Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Pekerja : Kajian Di Syarikat Triple A. BBRC4013.

Neuman, W. Lawrence. 1991. Sosial Research Methods Qualitative and Quantitative Approaches.

Massachusetts: Publishing an Allyn & Bacon.

Noriah Mohd Ishak, Siti Fatimah Mohd Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahayah Ariffin.

2013. Kajian kes. Dlm. Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan, hlm. 355-379. Kuala Lumpur: Penerbit Mc Graw Hill Education.

Nur Khadijah Binti Abu Bakar. 2016. Strategi Dan Persepsi Pelajar Non-Muslim Dalam Mempelajari Bahasa Arab Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Syafiqa Shafie. 2014. Kajian Rintis. ttp.

Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metode. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Padgett, D.K. 1998. Qualitative Methods in Social Work Research: Challenges and Rewards.

Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Ranjit Kumar. 2005. Research Methodology: a Step by Step Guide for Beginners. London: Sage Publications.

Rozmi Ismail. 2016. Metodologi Penyelidikan Teori dan Praktis. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sang, Mok Soon. 2009. Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.

Sekaran, U., & Bougie, R. 2010. Research Methods For Business: A Skill Building Approach. 5th ed.

New York: John Wiley & Sons.

Sulaiman Ngah Razali. 1996. Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Ngah Razali. 2002. Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teijlingen, E. R; V. Hundley. 2001. The Importance of Pilot Studies. Social research: t.pt.

Referensi

Dokumen terkait

pihak yang berhak (pemegang hak atas tanah). sehingga dengan demikian dapat dikatan bahwa perbuatan melawan hukum oleh Pemerintah Daerah Dompu adalah sebab,

Terbangunnya kelembagaan-kelembagaan tersebut menjadi ruang bagi para petani untuk membangun kembali semangat kegotongroyongan, nilai kerjasama, nilai memaksimalkan

Ruang lingkup peraturan ini adalah mengatur pelaksanaan pengelolaan KI/I{KI yang dihasilkan dari kegiatan tridharma perguruan tinggi yang dilakukan oleh Sivitas Akademika

Kelompok ini harus representatif untuk mewakili responden, dan kriterianya sama dengan responden pada evaluasi satu-satu (Suparman, 2001). Evaluasi kelompok untuk tingkat

tinggi percepatan getaran pada sumbu pengukuran, maka semakin tinggi pula tingkat kebisingan yang dihasilkan seiring dengan meningkatnya tingkat kecepatan putaran

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa peran sebagai pekerja mempengaruhi peran pada keluarga tidak berpengaruh terhadap kinerja melalui kepuasan kerja pada pekerja wanita di

Peneliti megusulkan agar perusahaan mengadakan pengecekan kembali tentang berhasil atau tidaknya rebranding dengan mengacu pada : tujuan rebranding, pengenalan identitas yang

Ilmu Sosial Profetik kemudian merumuskan tiga nilai penting sebagai pijakan yang sekaligus menjadi unsur-unsur yang akan membentuk karakter paradigmatiknya, yaitu humanisasi,