• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

(2)

i POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

KANDUNGAN

1.0 LATAR BELAKANG 1

2.0 TUJUAN 1

3.0 DEFINISI 1

4.0 SKOP 2

5.0 KENYATAAN POLISI 2

6.0 PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH 3

7.0 PENAJAAN DARI PIHAK LUAR UNTUK UnIPSAS 4

8.0 PEMBERIAN DAN PENERIMAAN KERAIAN 5

9.0 UCAP TAHNIAH, TERIMA KASIH ATAU TAKZIAH DI AKHBAR DAN MEDIA MASSA 6

10.0 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6

11.0 KEWAJIPAN MELAPORKAN TAWARAN RASUAH/SUAPAN 6

12.0 UMUM 6

(3)

POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

1.0 LATAR BELAKANG

Amalan memberi dan menerima hadiah adalah budaya biasa dalam masyarakat Malaysia. Walaupun ianya bertujuan bagi melahirkan rasa terima kasih, persahabatan dan persaudaraan, namun maksud sebenar amalan ini amat sukar diterjemahkan. Jika dikaitkan dengan tugasan harian, perkara ini berkemungkinan menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah jika tiada inisiatif kawalan oleh pihak atasan.

Polisi Tidak Menerima Hadiah ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan integriti dan ketelusan dalam melaksanakan tugas harian di kalangan Anggota Kerja UnIPSAS.

2.0 TUJUAN

2.1 Sebagai rujukan dan makluman mengenai polisi tidak menerima hadiah di kalangan Anggota Kerja UnIPSAS dan pihak-pihak yang berurusan dengan Anggota Kerja UnIPSAS.

2.2 Meningkatkan integriti di kalangan Anggota Kerja UnIPSAS dalam memelihara dan seterusnya meningkatkan imej UnIPSAS.

3.0 DEFINISI 3.1 Hadiah

Hadiah termasuk :

 Wang tunai

 Harta alih atau tak alih

 Kenderaan

 Tambang percuma ke sebarang destinasi

 Saham

 Tiket loteri

 Baucar

 Kemudahan perjalanan sama ada di dalam atau di luar negara

 Hiburan dan sukan seperti tiket wayang/tiket karaoke/konsert/ perlawanan bola sepak

 Perkhidmatan seperti spa/rawatan muka/rawatan kecantikan dan sebagainya

 Keahlian kelab seperti kelab golf/badminton/hoki

 Apa-apa bentuk diskaun atau komisen

 Hamper termasuk makanan atau kosmetik

 Barang kemas seperti rantai, cincin, gelang

 Perhiasan seperti loket, jam tangan, barangan perhiasan kristal

 Apa-apa pemberian yang bernilai

 Keraian seperti cenderamata

(4)

2 POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

3.2 Apa-apa Benda Lain Yang Bernilai

Barangan elektronik termasuk telefon bimbit, komputer, Smart tag, Kad Touch

& Go dan sebagainya.

3.3 Tajaan

Sebarang sumbangan yang diterima dari pihak lain sama ada yang diberikan untuk menjayakan sesuatu projek atau program UnIPSAS.

3.4 Anggota Kerja UnIPSAS

Semua Anggota Kerja UnIPSAS termasuk pekerja di bawah terma kontrak, pekerja sementara atau jangka pendek dan pekerja dalam terma peminjaman (secondment).

3.5 Ketua Jabatan

Ketua Bahagian/ Jabatan / Pusat yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Bahagian/Jabatan / Pusat mengikut struktur organisasi semasa.

4.0 SKOP

Polisi ini adalah terpakai untuk semua Anggota Kerja UnIPSAS di sepanjang tempoh perkhidmatannya di UnIPSAS dan juga oleh pihak-pihak yang berurusan dengan Anggota Kerja UnIPSAS.

5.0 KENYATAAN POLISI

Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 dan Peraturan- Peraturan Pegawai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) (Kelakuan Dan Tatatertib) 2021, UnIPSAS memberikan perkhidmatannya dengan standard integriti tertinggi kepada semua pihak yang berurusan dengan UnIPSAS.

Oleh itu, semua Anggota Kerja UnIPSAS tidak dibenarkan:

 Menerima apa-apa hadiah secara peribadi daripada pihak luar

 Memberi apa-apa hadiah secara peribadi kepada pihak luar

Polisi ini bertujuan untuk mengelakkan konflik atau konflik kepentingan dalam apa-apa urusan perniagaan yang sedang atau akan berlangsung dengan UnIPSAS.

(5)

POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

6.0 PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH

6.1 Larangan Memberi dan Menerima Hadiah

Selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Pegawai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) (Kelakuan Dan Tatatertib) 2021, Anggota Kerja UnIPSAS tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tugas rasminya.

Jika terbukti Anggota Kerja UnIPSAS melakukan perkara berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dan keraian, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap Anggota Kerja tersebut dan boleh ditamatkan perkhidmatan jika sabit kesalahan.

6.2 Penerimaan Hadiah Yang Sukar Ditolak

Semasa menjalankan tugas rasmi UnIPSAS, kadangkala terdapat situasi di mana adalah sukar untuk Anggota Kerja menolak pemberian hadiah kerana sekiranya menolak pemberian tersebut ianya akan memalukan si pemberi atau menimbulkan keadaan serba salah seperti contoh di bawah:

a) Semasa menjalankan tugas awam di seminar, simposium, bengkel, kursus atau mana-mana majlis rasmi yang lain termasuk di peringkat antarabangsa, pihak penganjur tidak memberitahu pemberian hadiah terlebih dahulu; atau

b) Semasa menjalankan tugas rasmi pihak penganjur memberi barang- barang yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kuih muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya.

Di dalam keadaan sukar untuk menolak pemberian hadiah atau yang ada kaitan dengan tugas, Anggota Kerja UnIPSAS yang telah menerima hadiah berkenaan hendaklah membuat pengisytiharan kepada Ketua Jabatan seperti yang digariskan di dalam Prosedur Operasi Standard Pemberian dan Penerimaan Hadiah untuk Anggota Kerja UnIPSAS.

Walau bagaimanapun, bagi memudahkan urusan pentadbiran, Anggota Kerja UnIPSAS dikehendaki hanya melaporkan sahaja kepada Ketua Jabatan tanpa perlu kelulusan Ketua Jabatan, jika pemberian hadiah yang sukar ditolak itu:

(a) Nilainya kurang daripada RM100.00;

(b) Berbentuk lencana, “plaque” atau “pennent” atau barang-barang kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh pemberi berkenaan atau apaapa bentuk bahan bercetak yang berkaitan pemberi dan bertujuan untuk

(6)

4 POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

6.3 Bentuk, Amaun Atau Nilai Hadiah Sepadan Atau Tidak Dengan Maksud Ianya Diberi

Penerimaan hadiah wajar mengambil kira bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima agar tidak menimbulkan sebarang syak wasangka bagi dirinya atau orang lain.

Dalam keadaan penerimaan hadiah sama ada berkaitan atau tidak berkaitan dengan tugas Anggota Kerja UnIPSAS, maksud bentuk, amaun atau nilai hadiah itu sepadan atau tidak dengan tujuan hadiah itu diberi, hendaklah berdasarkan kepada nilai semasa hadiah itu, “occasion” dan tujuan atau maksud hadiah itu diterima.

Penerimaan hadiah oleh Anggota Kerja UnIPSAS sama ada sepadan atau tidak dengan maksud ianya diberi adalah seperti berikut:-

(a) Penerimaan hadiah dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi jika nilai semasa hadiah diterima itu nilainya (dalam bentuk wang) melebihi ¼ emolumen bulanan atau melebihi RM500.00 mana yang lebih rendah. Dalam hal ini penerimaan hadiah itu hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan.

(b) Penerimaan hadiah dianggap sepadan dengan maksud hadiah itu diberi dan tidak perlu melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan, jika nilai hadiah yang diterima kurang ¼ emolumen atau RM500.00, mana yang lebih rendah.

Di samping itu, penerimaan hadiah dianggap sepadan dengan maksud hadiah itu diberi walaupun nilainya melebihi RM500.00, jika penerimaan hadiah itu dalam keadaan berikut:

i. Penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan Anggota Kerja UnIPSAS;

ii. Penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak termasuk anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu/ bapa termasuk ibubapa mertua dan adik beradik termasuk sebelah isteri atau suami;

iii. Penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah- buahan, kuih muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya.

6.4 Penerimaan Hadiah Yang Menjadi Kesalahan

Penerimaan sesuatu hadiah oleh Anggota Kerja UnIPSAS adalah menjadi kesalahan di bawah polisi ini jika ia diterima dalam keadaan-keadaan berikut:

6.4.1 Hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada Anggota Kerja UnIPSAS itu bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau telah tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal atau urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan kerja-kerja rasminya;

(7)

POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

6.4.2 Orang yang memberi hadiah itu mempunyai hubungan dengan kerja rasmi Anggota Kerja UnIPSAS itu sendiri atau seseorang Anggota Kerja UnIPSAS yang lain yang bekerja di bawah seliannya dan pemberian serta penerimaan itu tidak dibuat dengan suci hati (not in good faith) sebaliknya ia dilakukan dengan satu niat jenayah; atau 6.4.3 Hadiah itu diterima dengan niat jenayah daripada seseorang, yang

Anggota Kerja UnIPSAS itu ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh Anggota Kerja UnIPSAS itu.

6.5 Pengecualian Kepada Polisi Tidak Menerima Hadiah

Walaupun pada amnya UnIPSAS mengamalkan Polisi Tidak Menerima Hadiah, terdapat beberapa pengecualian terhadap polisi ini di mana penerimaan dan pemberian hadiah adalah dibenarkan di dalam situasi-situasi berikut:

6.5.1 Pertukaran hadiah adalah di antara UnIPSAS dan jabatan/agensi kerajaan atau syarikat swasta lain sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi/ kunjungan hormat (hadiah yang ditukar di antara UnIPSAS dan pihak jabatan/agensi atau pihak swasta lain tersebut adalah dikategorikan sebagai harta UnIPSAS);

6.5.2 Hadiah daripada UnIPSAS kepada institusi luar atau individu-individu semasa majlis-majlis berkaitan fungsi rasmi UnIPSAS dalam bentuk cenderahati atau cenderamata yang diberikan kepada tetamu yang menghadiri majlis-majlis tersebut;

6.5.3 Hadiah daripada UnIPSAS kepada Anggota Kerja UnIPSAS dan pengarah dan/atau ahli keluarga mereka di dalam peristiwa atau majlis-majlis UnIPSAS anjurkan bagi tujuan untuk pengiktirafan jasa (contohnya pengiktirafan terhadap khidmat Anggota Kerja/ pengarah);

6.5.4 Hadiah token yang bernilai nominal dan mempunyai logo syarikat/jabatan seperti kemeja-T, pen, diari, kalendar, pemacu USB dan lain-lain barangan promosi yang diberikan secara saksama kepada orang awam, delegasi, pelanggan, rakan niaga dan stakeholder yang menghadiri majlis-majlis seperti persidangan, pameran, latihan dan lain-lain; dan

6.5.5 Hadiah kepada pihak luaran yang tidak mempunyai transaksi urusniaga dengan UnIPSAS (contohnya hadiah kewangan atau hadiah seumpamanya kepada badan amal).

7.0 PENAJAAN DARI PIHAK LUAR UNTUK UnIPSAS

Penajaan dari pihak luar adalah dibenarkan dengan syarat, kebenaran diperolehi daripada Naib Canselor UnIPSAS tertakluk kepada syarat- syarat seperti berikut:

(8)

6 POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

a) Tajaan yang diterima hendaklah diberikan oleh penaja secara percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan. Penaja pula tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan UnIPSAS.

b) Sesuatu tajaan itu diberikan oleh penaja secara sukarela dan dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan tajaan atau derma dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan atau orang perseorangan.

c) Tajaan yang diberikan itu juga hendaklah digunakan mengikut apa yang dihasratkan oleh penaja.

d) Semua tajaan dalam bentuk hadiah hendaklah dimasukkan ke dalam daftar penerimaan hadiah/tajaan.

8.0 PEMBERIAN DAN PENERIMAAN KERAIAN

Anggota Kerja UnIPSAS boleh memberi atau menerima keraian jika tidak mempengaruhi tugas rasminya atau tidak bercanggah dengan tata kelakuan Anggota Kerja UnIPSAS dan jika:

a) Keraian itu tidak akan mempengaruhi dengan apa jua cara di dalam melaksanakan tugas rasminya sebagai seorang Anggota Kerja UnIPSAS untuk kepentingan orang itu; dan

b) Pemberian atau penerimaan keraian itu hendaklah tidak bertentangan dengan tata kelakuan yang ditetapkan oleh UniPSAS.

Walaupun Anggota Kerja UnIPSAS dibenarkan memberi atau menerima keraian, Anggota Kerja UnIPSAS hendaklah memberi perhatian yang serius mengenai perkara-perkara berikut:

a) Dengan memberi atau menerima keraian, ianya tidak sama sekali menjejaskan kuasa dan tanggungjawab Anggota Kerja UnIPSAS untuk kepentingan pihak yang memberi keraian itu;

b) Pemberian dan penerimaan keraian itu tidak bercanggah dengan kehendak tatakelakuan Anggota Kerja UnIPSAS;

c) Sensitiviti organisasi di mana Anggota Kerja UnIPSAS bertugas;

d) Sensitiviti masyarakat terhadap tanggungjawab Anggota Kerja UnIPSAS keseluruhannya; dan

e) Kekerapan Anggota Kerja UnIPSAS menerima keraian.

(9)

POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

9.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELIA

9.1 Pegawai Penyelia berhak untuk meminta Anggota Kerja UnIPSAS memberi penjelasan, sekiranya beliau meragui apa-apa penerimaan hadiah yang diterima oleh Anggota Kerja UnIPSAS tersebut.

9.2 Pegawai Penyelia juga hendaklah melaporkan sama ada kepada pihak Pengurusan UnIPSAS, pihak Sumber Manusia atau pihak Unit Integriti sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran terhadap apa-apa peraturan atau undang-undang berkaitan penerimaan hadiah oleh Anggota Kerja UnIPSAS.

10.0 KEWAJIPAN MELAPORKAN TAWARAN RASUAH/SUAPAN

Adalah menjadi tanggungjawab Anggota Kerja UnIPSAS untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak Polis sekiranya mereka diberi atau dijanjikan atau ditawarkan apa-apa bentuk suapan. Dalam masa yang sama, Anggota Kerja UnIPSAS perlu melapor ke Unit Integriti UnIPSAS untuk tujuan rekod dan tindakan selanjutnya.

11.0 UMUM

Tiada apa-apa dalam Polisi ini boleh menghalang apa-apa tindakan diambil di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Kanun Keseksaan, Akta Kastam 1967 dan mana-mana undang-undang lain berkaitan.

Referensi

Dokumen terkait

Edy Sutrisno (2009:97) mengemukakan bahwa: Disiplin kerja merupakan alat yang digunakan para manajer untuk berkomunikasi dengan karyawan agar mereka bersedia untuk

Perlu adanya teknik khusus untuk proses penyempurnaan sintesis hidroksiapatit berporogen kitosan agar diperoleh pori-pori dengan ukuran yang optimum, bentuk pori

Berdasarkan Pasal 55 ayat (2) Undang-Undang (UU) Nomor 1 Tahun 2004 tentang Perbendaharaan Negara dan Peraturan Menteri Keuangan Nomor 213/PMK.05/2013

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui strategi dan kendala KSPPS Nuri cabang Pasongsongan dalam mengendalikan Non Performing Financing, Jenis data yang digunakan

Hasil uji kekerasan memperlihatkan bahwa kekerasan di daerah las memberikan hasil yang relatif sama baik yang tanpa STT/TTT maupun yang menggunakan STT/TTT,

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemampuan Menggambar Bebas Anak Kelompok B TK Cempaka Jaya Desa Daenaa Kecamatan Limboto Barat Kabupaten Gorontalo dari hasil penelitian di

Dewan Komisaris melaksanakan fungsi pengawasan atas pengelolaan Perusahaan melalui review kinerja keuangan dan operasional secara berkala termasuk isu penting terkait di

Dalam satu studi dinyatakan makanan memicu DA pada 30-40% anak dengan DA sedang hingga berat.13 Alergen makanan terbanyak yang didapatkan pada penelitian ini adalah beras 65,38%,