1
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Isu haiwan liar yang berkeliaran disekitar POLISAS menjadi satu fenomena yang kerap kali terjadi. Seperti yang kita sedia maklum, POLISAS merupakan sebuah politeknik yang mengekalkan persekitarannya demi menjaga kelestarian lingkungan, POLISAS juga dikelilingi dengan hutan yang tebal. Hal ini juga menyebabkan POLISAS turut dihuni oleh beberapa species haiwan, antaranya ialah seperti ular, babi dan monyet.
Monyet merupakan salah satu penghuni hutan yang mengelilingi POLISAS, monyet tergolong dalam kumpulan mamalia, dan cenderung hidup secara berkumpulan (Wikipedia, 2014). Monyet merupakan salah satu haiwan liar yang begitu banyak ditemukan dan kerap sekali menggangu pelajar di POLISAS. Akhir-akhir ini, monyet semakin berani dan bergerak aktif di kawasan daripada luar habitatnya, seperti kolej kediaman dan jabatan pengajian. Kehadiran monyet selama ini merupakan suatu hal yang biasa terjadi, namun kehadiran monyet yang tidak terkawal berpotensi untuk menyumbang kepada kejadian yang tidak diingini. Salah satu cara menyebabkan kehadiran monyet ialah kerana factor makanan. Makanan menjadi tumpuan utama bagi haiwan ini datang ke kolej-kolej kediaman. Dimulai dari kes mencuri makanan di dalam bilik pelajar sehingga menyelongkar tong sampah. Oleh itu, peneliti tertarik untuk membina satu projek yang boleh menggagalkan perbuatan monyet menyelongkar tong sampah dan memberikan cadangan yang rasional demi mengawal kehadiran monyet-monyet di POLISAS.
1.2 Penyataan Masalah
Dalam melaksanakan projek ini, beberapa masalah telah dikenal pasti sebelum projek ini dijalankan. Masalah yang telah dikaji adalah terdapat banyak sampah yang bertaburan akibat perbuatan haiwan liar. Selain itu, tong sampah juga mudah diselongkar dan ditumbangkan oleh haiwan liar khususnya monyet dan khinzir.
Seterusnya, ia juga membebankan pekerja pembersihan kerana perlu membersihkan sampah yang bertaburan itu bagi mengelakkan penyebaran penyakit dan demi menjaga kerbersihan di sesebuah kawasan. Akhir sekali, kebanyakkan tong sampah tidak
2
mempunyai sistem ketahanan yang baik kerana mudah ditumbangkan oleh haiwan liar.
Sampah bertaburan menyebabkan permandangan yang tidak menyenangkan dan boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya.
1.3 Objektif Kajian
Merujuk kepada penyataan masalah yang berlaku,antara objektif kajian adalah:- i. Mereka bentuk sebuah tong sampah yang tidak mudah diselongkar oleh monyet.
ii. Memfabrikasi sebuah tong sampah yang stabil untuk menggelakkan daripada mudah dijatuhkan.
iii. Menguji keberkesanan, kecekapan dan ketahanan tong sampah yang direka.
1.4 Skop Kajian
Dalam melaksanakan projek ini, skop atau batasan kajian telah disenaraikan. Ini bertujuan untuk memastikan projek yang dilaksanakan tidak terkeluar daripada skop yang telah ditetapkan. Skop merupakan salah satu bahagian yang dapat menjadi ukuran bagi setiap projek yang dihasilkan. Seterusnya, skop kajian juga dapat menghadkan setiap ukuran jika proses ujilari dijalankan, ini kerana dapat membantu meningkatkan kebolehan yang terdapat dalam sesebuah projek. Justeru itu, dengan adanya skop ini ianya dapat memudahkan lagi proses pengujian dijalankan. Akhirnya, proses pengujian boleh dijalankan dengan lancar dan dapat memberikan kesan yang positif ketika proses pengujian dijalankan. Berikut adalah batasan kajian dalam melaksanakan projek ini:
i. Projek ini diskopkan di persekitaran bangunan akademik di POLISAS.
3
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Bab
Dalam bahagian kajian literatur ini, berisi huraian tentang melakukan kajian yang releven dengan masalah penilitian. Pada bahagian ini, kajian dan diskusi dilakukan mengenai konsep dan teori yang digunakan berdasarkan kajian yang terdahulu, terutama dari artikel-artikel yang dipublikasikan dalam akhbar serta jurnal ilmiah.
2.2 Kajian Terdahulu
Untuk menghasilkan projek ini, kajian perlu dibuat seperti mencari dan mengambil contoh tong sampah yang sedia ada untuk dijadikan sumber rujukan dan kajian bagi menghasilkan projek “Anti wild bin” ini. Kajian terdahulu ini kebiasaannya diambil dari petikan akhbar, laman sesawang atau buku dan majalah. Merujuk rajah beserta ulasan dibawah merupakan antara projek yang sama ideanya tetapi konsep yang berlainan dengan projek “Anti wild bin” ini. Dari apa yang telah dikaji, kesemua projek yang dinyatakan terdapat kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Kelebihan pada projek tersebut boleh dikekalkan manakala kelemahan pada projek-projek tersebut boleh dijadikan garis panduan supaya projek ini tidak mempunyai kelemahan yang sama. Berikut merupakan antara kajian-kajian yang telah dijalankan.
2.2.1 Two Wheeled Dustbin
Rajah 2.1: “Two Wheeled Dustbin”
4
Rajah 2.1 menunjukkan rumusan tentang “Two Wheeled Dustbin” yang berada dipasaran [1]. Reka bentuk jenis ini menyebabkan tong sampah yang terpaksa dibuka penutupnya untuk membuang sampah. Tong sampah ini adalah sangat berpatutan dan hanya perlu diletakkan di luar. Kelebihan tong sampah ini ialah ia boleh menjimatkan ruang dan tidak memerlukan keluasan tempat. Tetapi tong sampah jenis ini masih mempunyai kelemahan. Tong sampah ini akan mudah dibuka oleh haiwan liar kerana penutupnya yang mudah dibuka.
2.2.2 Tempered Proof Mounted Bin
Rajah 2.2: “Tempered Proof Mounted Bin”
Rajah 2.2 diatas menunjukkan sebuah tong sampah yang direka oleh dua pelajar MRSM Terendak, Melaka [2]. Hasil rekaan tong sampah ini dilihat dapat menyelesaikan masalah sampah berselerak kerana sampah yang dibuang tidak akan membolehkan ia dikutip semula dan diselerakkan oleh haiwan. Walaubagaimanapun, kelemahan yang terdapat dalam rekaan ini adalah ia tidak mudah dialihkan dan perlu disangkut di dinding. Selain itu, rekaan ini menggunakan serbuk arang bagi menyah bau busuk dan serbuk ini perlu sentiasa diperiksa sama ada masih ada atau perlu ditambah jika angin kencang.
5 2.2.3 Tong Sampah Anti –Monyet
Rajah 2.3: Tong Sampah Anti-Monyet Majlis Pembandaran Selayang.
Rajah 2.3 menunjukkan rumusan tentang tong sampah diatas [3]. Tong sampah jenis ini mempunyai bahagian dalam yang luas. Selain itu, tong sampah ini juga boleh menyimpan sampah dalam kuantiti yang banyak. Seterusnya, dapat mengelakkan serangan haiwan liar. Namun begitu, tong sampah ini masih lagi mempunyai kekurangan. Antaranya ialah tong sampah ini adalah statik. Ini akan menyusahkan lagi pihak tertentu untuk membawa pindah ke tempat dan memerlukkan kos yang banyak untuk membinanya. Selain itu, vandalisme turut berlaku dan ia akan menyusahkan lagi pihak tersebut untuk membaikinnya.
2.2.4 Easy Bin
Rajah 2.4: Tong Sampah Easy Bin Ciptaan Pelajar POLISAS.
6
Rajah 2.4 diatas menunjukkan sebuah tong sampah ciptaan pelajar POLISAS yang terdahulu [4]. Tong sampah ini menggunakan corong sebagai penutup, corong tersebut bukanlah satu idea yang tidak boleh diguna tetapi ia akan memakan ruang yang banyak di dalam tong sampah itu. Selain itu, ia juga mudah untuk dibuka oleh monyet kerana pengunci yang digunakan tidak efektif dalam menangani masalah ini. Badan tong sampah yang kecil tidak mampu menampung sampah yang banyak dan ini mengakibatkan pekerja perlu sentiasa memantau dan menukar plastik sampah untuk menggelakkan tong sampah daripada penuh.
2.3 Kajian Spesifikasi Yang Digunakan
Tong sampah boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti logam, plastik dan kayu. Namun begitu, kami telah memilih ”stainless steel” untuk dijadikan bahan utama untuk membuat tong sampah dan penutupnya kerana ketahanan yang tinggi dan bahan ini sesuai untuk projek yang akan dijalankan. Ia dapat bertahan dari segi keteguhan dan kekuatan pada projek.
2.3.1 Jenis Penutup Yang Digunakan
Penutup yang dipilih mestilah mempunyai ketahanan dan kelebihan supaya haiwan supaya sukar diselongkar oleh haiwan liar.
I. Jenis: Stainless steel.
II. Ketahanan: Tahan lama.
III. Kelebihan: Mempunyai ketahanan yang sangat baik.
2.3.2 Kajian Pemegang Tong Sampah
Fungsi pemegang tong sampah ini adalah untuk memegang tong sampah ini pada ketinggian yang ditetapkan serta menghubungkan tong sampah pada tapak. Terdapat banyak jenis dan idea untuk menghasilkan pemegang ini. Antara sebab kenapa kami memilih idea seperti dalam rajah 3.5 adalah kerana mudah untuk memasang bearing pada pemegang tersebut. Bearing yang dipasang berfungsi untuk menggoyangkan tong sampah agar dapat menakutkan monyet yang berada di atas tong sampah tersebut.
7 2.3.3 Jenis Besi (Keluli Tahan Karat)
Dalam metalurgi, keluli tahan karat atau besi tahan karat ditakrifkan sebagai sebatian besi-karbon dengan kandungan minimum 10.5% kromium. Nama ini berasal dari fakta bahawa besi tahan karat tidak berkarat, comot atau terhakis semudah keluli biasa.
Bahan ini juga dikenali sebagai besi tahan hakisan apabila ia tidak diperincikan mengenai jenis sebatian atau grednya, terutama dalam industri penerbangan. Dengan itu, terdapat pelbagai jenis permukaan besi tahan karat yang ditawarkan dan mudah didapati, bagi memenuhi persekitaran di mana bahan tersebut terdedah sepanjang hayatnya. Kegunaan biasa besi tahan karat adalah sudu-garpu harian, dan tali jam besi.
2.3.4 Jenis Spring
Fungsi spring yang digunakan adalah untuk menfleksibelkan penutup dan membuatkan haiwan liar sukar untuk menyelongkar tong sampah ini. Jenis spring yang digunakan adalah spring lembut. Spring ini mudah lentur dan menghasilkan regangan yang berkadar langsung dengan beban yang dikenakan. Apabila satu daya dikenakan ke atas satu bahan, bahan itu mungkin akan mengalami pemanjangan atau pemampatan. Suatu bahan dikatakan kenyal jika dapat kembali ke bentuk dan saiz asal selepas daya yang dikenakan itu dilepaskan.
2.4 Komponen Yang Digunakan
Bagi memilih komponen untuk menyiapkan projek “Anti Wild Bin” ini, beberapa komponen telah kami bandingkan dari segi harga dan kesesuaian. Antara komponen yang kami gunakan adalah seperti berikut:-
8
Rajah 2.5: Bearing Bore 8mm
Rajah 2.6: Skru Dan Nat
Rajah 2.7: Pengunci Pintu
9
Rajah 2.8: Kuali Stainless Steel
Rajah 2.9: Roda
Rajah 2.10: Bearing Bore 10mm
10
Rajah 2.11: Spring
Berikut merupakan alatan yang digunakan untuk menjalankan projek ini:
Rajah 2.12: Mesin Memotong
Rajah 2.12 diatas menunjukkan mesin memotong yang digunakan untuk memotong besi mengikut saiz yang dikehendaki. Mesin ini digunakan untuk memisahkan besi menjadi bahagian-bahagian yang ingin digunakan. Selain itu, ia boleh memudahkan kerja-kerja pemotongan besi semasa proses penghasilan projek kerana tidak perlu memotong menggunakan gergaji tangan.
11
Rajah 2.13: Mesin Kimpalan MIG
Rajah 2.13 diatas menunjukkan kegunaan mesin kimpalan MIG dalam proses menyiapkan projek. Mesin kimpilan jenis MIG ini digunakan untuk mencantumkan bahagian-bahagian yang telah dipotong untuk dijadikan satu bahagian. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam untuk dijadikan sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain.
Rajah 2.14: Pita Pengukur
Dalam proses penghasilan projek ini, pita pengukur digunakan untuk mengukar lebar, tinggi dan panjang setiap bahagian sebelum mula memotong. Unit yang digunakan ialah imperial (inch dan kaki) dan juga metric (meter dan sentimeter). Ketepatan pengukuran ialah ialah sehingga 0.1 cm.
12 2.5 Kesimpulan
Daripada beberapa bacaan dan kajian yang dilakukan, didapati bahawa tong sampah yang ingin diinovasikan amat sesuai dan berpatutan pada masa ini. Ini kerana masalah yang dikemukakan sering membelenggu masyarakat. Namun, masalah ini masih tidak dapat diatasi. Selain itu, bahan-bahan yang dipilih untuk projek ini mudah didapati dan kosnya yang rendah berbanding dengan tong sampah yang diinovasi yang berada dipasaran. Jika tong sampah ini berjaya dihasilkan, sudah tentu harga tong sampah ini rendah dan mampu milik.
13
BAB 3: METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Kaedah mereka bentuk atau metodologi merupakan satu kaedah yang diguna pakai dalam membangunkan atau mereka bentuk sesuatu projek. Metodologi yang digunakan adalah untuk membantu menghasilkan satu projek yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif penghasilan dalam projek pada semester akhir ini. Reka bentuk bagi projek tong sampah anti monyet ini adalah direka sendiri berdasarkan cadangan dan juga pandangan daripada semua ahli kumpulan selepas perbincangan dan persetujuan penyelia projek. Rekaan projek ini mengambil kira segala aspek dan juga tidak membebankan pengguna untuk membuang sampah selain menggelakkan daripada diselongkar haiwan liar. Selain itu, rangka kerja dan carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan dapat mejimatkan kos perbelanjaan serta masa.
14 3.2 Carta alir
Mula
Penytaan masalah
Rekabentuk
Rekabentuk 1
Analisis Bermatrik
Rekabentuk Akhir
Fabrikasi
Pengujian
Tamat
Rekabentuk 2 Rekabentuk 3
Yes
Yes
No
No
Rajah 3.1: Carta Alir
15 3.3 Analisa Bermatrik
Hasil kajian yang telah dikaji, beberapa masalah telah dikenalpasti. Setiap hari tong sampah akan cuba diselongkar oleh monyet sekurang-kurangnya sekali. Di samping itu, pelajar di POLISAS juga kurang kesedaran bahawa sampah yang berselerak akibat daripada perbuatan monyet tersebut boleh mengundang penyakit yang merbahaya.
Tambahan pula tempat yang menjadi tumpuan monyet - monyet ini adalah di Kafeteria, tempat dimana pelajar berkumpul untuk berehat. Terdapat tiga rekabentuk yang dicadangkan pada peringkat awal proses rekabentuk. Ketiga – tiga konsep ini akan dibandingkan dalam jadual penilaian matrik. Akhirnya, rekabentuk yang terbaik akan dipilih berdasarkan kaedah penilaian matriks.
3.4 Lakaran Rekabentuk
3.4.1 Rekabentuk 1
Rajah 3.2: Lakaran 1
16 Kelebihan
a) Tapak yang stabil b) Sukar diselongkar c) Rekabentuk yang unik
Kelemahan
a) Kos yang tinggi
b) Tidak mempunyai roda
3.4.2 Rekabentuk 2
Rajah 3.3: Lakaran 2
Kelebihan
a) Rekabentuk yang komersial b) Struktur yang seimbang
17 Kelemahan
a) Tidak mempunyai roda b) Berat untuk dialihkan
3.4.3 Rekabentuk 3
Rajah 3.4: Lakaran 3 Kelebihan
a) Mempunyai roda b) Tapak yang stabil
Kekurangan
a) Penyeleggaraan yang rumit b) Kos yang tinggi
18 3.5 Jadual Penilaian Bermatrik
Jadual dibawah menunjukkan penilaian terhadap 3 rekabentuk yang dicadangkan:
Jadual 3.1: Analisis Bermatrik
No Kriteria Rekabentuk
1
Rekabentuk 2
Rekabentuk 3
1 Kos 3 2 1
2 Keselamatan 2 2 3
3 Rekabentuk Komersial 1 2 3
4 Penyelenggaraan 2 1 1
5 Saiz 1 1 3
6 Berat 2 1 3
7 Memenuhi Spesifikasi 1 1 3
Jumlah 12 10 17
3.6 Penyelidikan
Merujuk pada item 2.2-2.5, penyelidikan kami bermula dengan merujuk pada projek
“Easy bin” yang telah dijalankan oleh pelajar POLISAS terdahulu. Setelah dikaji dan diselidik, kami telah berusaha untuk meyelesaikan masalah yang timbul. Melalui pemerhatian yang kami jalankan, masalah yang timbul antaranya monyet tidak lagi takut pada pergerakan yang dihasilkan melalui spring. Dengan itu, kami cuba untuk mencari cara yang berlainan tetapi masih mengekalkan konsep yang sama. Kami menggunakan spring sebagai komponen utama dalam projek ini. Terdapat tiga spring yang kami pasangkan pada penutup supaya penutup menjadi lebih fleksibel dan menyukarkan haiwan khususnya monyet untuk betenggek di atas tong sampah tersebut.
19 3.6.1 Ciptaan
i. Pemilihan idea a) Lakaran konsep
Rajah 3.5: Konsep Pertama
Menggunakan tong sampah berbentuk sfera dan diletakkan penggunci pada penutup dan badan tong sampah. Mempunnyai 2 tapak yang berhubung dengan pemegang badan tong sampah. Kelebihan konsep ini adalah monyet akan sukar untuk duduk di atas penutup tersebut kerana berbentuk sfera. Kelemahan pada konsep ini adalah mempunyai bearing dan memerlukan penyeleggaraan. Selain itu, tapak tidak kukuh dan mudah ditumbangkan.
Rajah 3.6: Konsep Kedua
20
Kelebihan pada konsep ini ialah mempunyai tapak yang luas dan sukar untuk ditumbangkan. Selain itu, badan tong sampah juga besar dan ini dapat menggelakkan tong sampah penuh dengan cepat. Kelemahan pada konsep ini pula ialah pemegang tong sampah boleh menjadi tempat monyet bertenggek.
Rajah 3.7: Konsep Ketiga
Konsep ini mempunyai tapak yang beroda bagi memudahkan proses pengalihan tong sampah ini. Selain itu, penutupnya yang fleksibel juga meyukarkan haiwan liar khususnya monyet untuk menyelongkar tong sampah tersebut. Konsep ini juga tidak mempunyai lebihan pada pemegang tong sampah yang membolehkan monyet bertenggek. Kelemahan pada konsep ini pula mempunyai spring yang perlu diselenggara.
21 b) Lakaran berbantu komputer
Rajah 3.8: Lakaran “Anti wild bin”
Rajah diatas menunjukkan rekaan “Anti Wild Bin” yang dipilih. Rekaan ini dilipih dari segi fungsi dan ketahanan yang tinggi berbanding konsep yang lain. Penutupnya tidak memakan ruang didalam tong sampah seperti tong sampah yang sedia ada. Tapaknya yang luas dan berat mampu untuk bertahan daripada tumbang dengan mudah. Roda yang diletakkan di bawah tapak digunakan untuk menggerakkan tong sampah dengan mudah jika ingin mengalihkannya. Pengunci yang diletakkan pada badan dan penutup tong sampah menyukarkan lagi haiwan liar untuk membuka tong sampah tersebut.
Tong sampah ini juga direka dengan adanya “Drain Plug” bagi memudahkan proses mencuci tong sampah. Pengguna juga tidak perlu membuka penutup untuk membuang sampah kerana penutupnya yang fleksibel akan sentiasa berada ditengah jika tidak dikenakan daya pada mana-mana sudut.
22 c) Proses Fabrikasi
Rajah 3.9: Memotong Tapak Projek
Rajah 3.10: Mengimpal Roda Pada Tapak
Rajah 3.11: Mengimpal Pemegang Pada Tapak
23
Rajah 3.12: Memfabrikasi Penutup Tong Sampah
Rajah 3.13: Mencanai Rod Besi
24 ii. Anggaran kos
Jadual dibawah menunjukkan kos yang diperlukan untuk penghasilan projek, bahan - bahan yang digunakan adalah:-
Jadual 3.2: Kos Projek
Bilangan Bahan Kos
1. Skru RM4
2. Kuali stainless steel RM80
3. Pengunci pintu RM3
4. Bearing bore 10mm x2 RM42
5. Roda RM20
6. Bearing bore 8mm x6 RM30
Jumlah RM119
3.6.2 Penilaian
Untuk proses pengujian ini, kami telah mengkaji tempat dan masa yang sesuai. Tempat yang kami gunakan adalah di kafe POLISAS dan juga masa yang digunakan adalah 3 hari berturut-turut. Antara sebab mengapa kami pilih kawasan ini adalah kerana ia merupakan tempat yang dikelilingi oleh monyet liar dan juga masa yang kami pilih untuk melakukan proses ini sesuai untuk kami sebagai pelajar. Kami meletakkan projek kami berdekatan dengan kafe di POLISAS tersebut yang juga berdekatan dengan kawasan hutan dan semak samun. Setiap dua jam kami akan membuat pemerhatian dengan isi di dalam projek kami untuk mengetahui samada sisa makanan atau buah- buahan yang kami letakkan dalam projek kami digeledah oleh haiwan liar ataupun tidak.
Selepas pemerhatian tersebut kami akan merekodkan keputusan tersebut untuk melihat sejauh mana projek kami berjaya untuk menghalang haiwan liar dari geledah sisa makanan dari tong sampah yang kami reka.
25 3.7 Kesimpulan
Dalam bab metodologi ini kami mencuba untuk menunjukkan tentang idea yang kami ada untuk projek ‘Anti wild bin’ ini. Kami membincangkan tentang idea rekabentuk projek yang paling sesuai untuk projek kami seperti yang tertera. Kos projek kami ini juga diambil kira untuk setiap bahan yang digunakan. Bab ini juga memberikan idea kasar bagaimana kami mahu membina rekabentuk projek ini. Gambar konsep rekabentuk yang pertama mempunyai pelbagai kelemahan seperti juga konsep yang kedua dan juga kos yang akan digunakan juga mahal utnuk bahan bahan yang akan digunakan. Konsep yang ketiga adalah konsep yang kami pilih untuk projek ‘Anti wild bin’ kerana ia reka bentuknya yang tidak terlalu kompleks dan kos yang tidak terlalu mahal.