• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASCETICISME DALAM HINDUISME di (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ASCETICISME DALAM HINDUISME di (1)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

ASCETICISME DALAM HINDUISME

Mohd Haidhar Kamarzaman

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bandar Baru Bangi. Tel: 013-2001920. E-mail:

mohd_haidhar@yahoo.com

PENDAHULUAN

Pada masa sekarang ini, amalan asceticism merupakan satu amalan yang biasa dilakukan dalam semua jenis agama. Sekilas pandang, ianya hampir sama dalam semua aspek yang ditekankan dalam setiap agama. Tetapi sebenarnya, hakikat asceticism ini adalah ianya mempunyai perbezaan nilai yang tersendiri mengikut agama tersebut. Asceticism dalam peringkat asasnya adalah satu kesedaran yang wujud dalam manusia untuk menolak segala bentuk alam fizikal melalui penafian terhadap kehendak diri manusia untuk mencapai atau meningkatkan semangat dalaman (spirituality). Bagi kebanyakan agama pula asceticism merupakan mekanisma bagi seorang penganut agama untuk mencapai Tuhan atau Sesuatu Yang Mutlak (Absolute Thing, Enlightment, Holiness, atau apa-apa sahaja istilah). Ada sebahagian dari golongan yang mengamalkan asceticism dalam bentuk hanya sekadar menafikan kehendak jasmani dengan bentuk-bentuk ritual dan penafian terhadap makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Akan tetapi ada juga sebahagian kelompok yang mengamalkan asceticism dalam bentuk yang lebih ekstrim iaitu dengan menyiksa serta melakukan pengorbanan terhadap jasad mereka (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 35).

Kalimah asceticism adalah berasal dari perkataan Greek askēsis yang membawa

maksud Exercise, Training, Practice. Golongan atlit pada zaman Greek contohnya, menyesuaikan diri mereka dalam satu bentuk latihan yang benar-benar sistematik untuk

(2)

Asceticism juga membawa maksud penafian kehendak nafsu, penyiksaan terhadap jasad, penghijrahan, diet yang khusus dan lain-lain. Dari sudut istilah pula ianya adalah satu bentuk ritual dalam usaha mendaki untuk mencapai sesuatu yang transcendence dan juga proses mengeluarkan diri dari hidup bermasyarakat melalui pengawalan jasmani yang sistematik, dan spiritual, dengan tujuan untuk mencapai matlamat yang tertinggi dalam dunia

yang lain.

Mengenai asal-usul asceticism pula, asceticism mula ditemui di amalkan oleh

masyarakat primitif. Kebanyakan bentuk asceticism seperti menahan lapar, menahan keinginan seks, pengasingan diri dan lain-lain sudah mula diamalkan sejak zaman primitif lagi. Tujuan dilakukan bentuk-bentuk asceticism ini adalah untuk menghalang atau mengeluarkan pengaruh kuasa jahat yang datang dalam masyarakat mereka. Sebagai contohnya, dalam kepercayaan masyarakat primitif, kuasa jahat boleh masuk ke dalam jasad seseorang manusia ketika mereka makan, oleh itu untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, seseorang menahan kelaparan dalam satu-satu tempoh atau mereka menahan diri dari jenis-jenis makanan yang tertentu bagi mengurangkan cara kemasukan roh jahat tersebut. Dikalangan masyarakat Amerika-India pula, mereka juga mengamalkan asceticism seperti contohnya ada amalan tertentu yang mereka lakukan ketika sampai waktu baligh seseorang dalam masyarakatnya. Ini adalah bagi membangkitkan atau meningkatkan ilham ketika tidur, atau mencipta bayangan (vision) semangat penjaga kepada kanak-kanak yang baru baligh tersebut. Sungguhpun begitu masih ada lagi pertikaian mengenai asal-usul asceticism di zaman primitif sama ada ianya dikategorikan sebagai satu aspek asceticism atau pun tidak (Eliade M. (ed.) 1987: 441).

Antara tujuan sebenar untuk asceticism ini, iaitu dengan cara meninggalkan rumah dan hidup bersendirian, tidak berkahwin, menyeksa diri, dan lain-lain adalah bergantung kepada

ajaran sesuatu agama. Asceticism dalam Kristian bertujuan untuk meniru gaya hidup yang diamalkan oleh Jesus sepanjang hidupnya. Asceticism dalam Hindu pula bertujuan untuk

mencapai matlamat spiritual iaitu membebaskan diri dari proses kelahiran semula. Kesemua tujuan ini adalah berasaskan dari ajaran-ajaran yang telah digariskan dalam agama masing-masing dan bentuk-bentuk ritualnya juga berasaskan kepada ajaran masing-masing-masing-masing (Axel Michaels & Barbara Harshav 2004: 315).

(3)

Bentuk-bentuk asas asceticism yang secara umumnya wujud dalam setiap agama ada beberapa perkara. Tetapi dalam setiap agama ianya mempunyai juga beberapa bentuk amalan asceticism yang berbeza. Contohnya seperti Hindu mereka mengamalkan asceticism dalam perayaan Thaipusam seperti menarik Kavadi (sejenis tempayan besar yang diisi sesuatu) menggunakan dawai yang telah dicucuk pada hidung. Manakala dalam Buddha pula adalah

dengan bentuk yang mempunyai ciri khusus terhadap amalan asceticism dalam satu-satu agama. Perkara yang paling asas dalam bentuk ritual asceticism yang boleh dikatakan wujud

dalam semua agama (yang mempunyai unsur Mistik) adalah pertamanya natural asceticism

dan yang keduanya spiritual asceticism. Bagi mereka yang mengamalkan ritual natural asceticism ini, mereka hanya ingin meningkatkan kemampuan mental dan fizikal mereka dengan tujuan yang tertentu dan bersifat peribadi. Sebagai contohnya Pythagoras iaitu seorang ahli falsafah Greek berusaha untuk membebaskan diri mereka dari emosi dan kehendak. Walaubagaimanapun usaha ini adalah lebih kecenderungannya menuju kepada pemikiran falsafah dan bukannya menjurus kepada bentuk ritual yang cenderung kepada keagamaan.

Spiritual asceticism pula mempunyai perbezaan. Sebagai contohnya dalam agama Kristian, kitab Bible memberikan contoh tentang Rechabites, satu kumpulan yahudi kuno yang mengamalkan asceticism dengan cara bersumpah untuk berhenti dari pengambilan arak. Dalam Buddha pula Siddharta Gautama mengamalkan Spiritual asceticism dalam bentuk yang ekstrim sedikit, tetapi beliau mendukung metodologi jalan pertengahan untuk meningkatkan keseimbangan dan keharmonian, sebagai contohnya beliau tidak makan dan tidak minum serta menyeksa jasadnya dengan beberapa bentuk asceticism yang lain. Setelah beliau mendapat pencahayaan beliau membentuk satu komuniti monastic yang yang dikenali dengan nama Sangha. Banyak lagi contoh yang lain tentang dua bentuk asceticism ini seperti mana yang diamalkan agama Buddha, Islam, Hindu dan lain-lain (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 35), antaranya:

1. Menahan Lapar

Antara perkara yang biasa dalam bentuk-bentuk asceticism yang wujud adalah menanggung keperitan menahan kelaparan (Fasting). Menahan lapar ini ditemui hampir dalam kesemua agama yang mengamalkan asceticism dalam bentuk ini. Ianya termasuk menahan lapar, dahaga, dan menafikan kemahuan diri (self-denial). Dalam sesetengah kes, maksud Fasting

(4)

tempoh 40 hari dan tempoh ini dikenali sebagai Lent (pinjaman), dan amalan ini dilakukan setiap tahun. Ianya melibatkan pengharaman terhadap makanan (sebahagian jenis makanan). Dalam kebanyakan agama bentuk-bentuk ritual biasanya melibatkan pengharaman terhadap makanan sepertimana yang dijelaskan di atas. Dalam bentuk ritual pula menahan lapar ini pada asalnya adalah berbentuk yang membawa makna aktiviti keagamaan, akan tetapi dalam

dunia sekarang ianya sudah ditafsirkan dalam sekop yang luas yang membawa makna social protest (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 37).

2. Penafian Terhadap Seksualiti

Satu bentuk lain lagi yang biasa diamalkan dalam ritual asceticism adalah penafian terhadap kehendak seks (celibacy). Ianya bergantung pada satu-satu agama, sebahagiannya menyuruh hidup secara bersendirian ini dalam satu-satu tempoh yang lama dan ada sebahagiannya dalam satu-satu tempoh yang sementara sahaja. Sebagai contohnya dalam agama hindu dan Buddha, untuk mencapai salvation atau Union mereka mesti mengawal diri dari keinginan melakukan seks dan dalam Hindu pula mereka diarahkan untuk tinggal dalam hutan seorang diri tanpa teman. Sebaliknya sebahagian agama menggalakkan hanya dalam satu tempoh tertentu. Dalam kepercayaan Hindu penafian terhadap seks ini adalah untuk memindahkan tenaga seks ini kepada tenaga spiritual dan kerana itu mereka yang sedang dalam proses menuntut ilmu agama mesti manefikan diri dari melakukan seks. Dalam sesetengah keadaan pula, usaha untuk berada dalam situasi penafian seks ini boleh mencapai satu tahap yang lebih ekstrim. Contohnya seorang ketua Kristian pernah memandulkan dirinya untuk memastikan dirinya tidak mempunyai keinginan lagi untuk melakukan seks. Sebelum ini perlakuan memandulkan diri dalam memastikan tiada keinginan seks dilakukan secara meluas dikalangan pengikut pada abad ke 3 masehi. Tetapi pada abad-abad yang terkemudian, ianya

adalah satu perbuatan yang ditolak oleh golongan Kristian (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 37).

3. Penyiksaan Diri (Self-Mutilation)

(5)

keagamaan. Gereja yang terawal dahulu, mereka menerima perbuatan merotan atau melibas diri sebagai salah satu metodologi asceticism dengan tujuan untuk menebus dosa. Akan tetapi ketika abad ke-14 satu kelompok yang suka melibas (mencambuk) diri mereka mula muncul. Kumpulan ini mula melakukan pengembaraan ke Eropah dan berhenti di kawasan awam lalu melibas-libas diri mereka sendiri (dengan tujuan untuk menebus dosa). Sungguhpun

perbuatan mereka ini ditentang keras oleh golongan sekular tetapi mereka tetap kekal. Antara contoh bentuk asceticism dalam ritual yang lain adalah seperti ketika Ngan Kin Jeh (Festival

Vegetarian Cina) di Thailand. Mereka menebuk diri mereka dengan benda tajam seperti kapak sehingga menembusi jasad mereka (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 38).

4. Hidup Bersendirian Tanpa Bergaul Dengan Masyarakat (Solitary)

Bentuk ritual dalam asceticism juga boleh dipecahkan kepada 2 bentuk lagi iaitu amalan yang dilakukan secara bersendirian (individual) ataupun dalam bentuk kelompok (group). Salah satu bentuk yang biasa lagi dalam amalan asceticism adalah pengasingan diri dari dunia luar. Malah ianya adalah termasuk dalam salah satu aspek asceticism yang sangat biasa dilakukan dalam cara hidup para pengamal asceticism. Melalui pengasingan diri dari hubungan dengan dunia luar ini (bertapa), mereka mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam mendalami agama. Contoh-contoh agama yang mengamalkannya adalah seperti Buddhism dan Christian seperti St. Anthony. Kebiasaannya ketika pertapaan ini berlaku, mereka diasingkan dalam sebuah bilik di gereja dan hidup sebagai seorang pertapa serta mengamalkan bentuk-bentuk asceticism yang lain. Pengasingan dari hubunga dengan dunia luar ini adalah dikategorikan juga sebagai salah satu bentuk tertinggi dalam asceticism dan pengamalannya terhadap aspek keagamaan dalap kehidupannya adalah bersifat menyeluruh dan berterusan. Dalam kata yang lain, gaya hidup bersendirian telah menjadi salah satu bentuk

ritual keagamaan yang berterusan sehingga ke hari ini (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 35-36).

(6)

Kitab Suci mereka tentang amalan asceticism bagi mencapai Moksha. Jika tidak dibuat amalan asceticism ini dan tidak berusaha keras serta tidak mengorbankan diri mereka, maka mereka selamanya tidak akan mencapai Moksha dan jiwa mereka akan sentiasa tidak bebas dan proses re-incarnation (samsara) akan sentiasa berlaku (Axel Michaels & Barbara Harshav 2004: 316).

ASCETICISM DALAM AGAMA HINDU

Spirit atau semangat asceticism, kehidupan asceticism, atau mekanisma asceticism sudah terbukti tentang kewujudannya dalam kitab-kitab Hindu. Dalam beberapa bahagian dalam Kitab Rig Veda, ianya juga banyak menerangkan berkenaan asceticism yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat Hindu. Sungguhpun begitu, penjelasan mengenai asceticism dalam Veda bukanlah satu sumber utama dalam masalah asceticism, bahkan sumber utama berkaitan perbincangan asceticism dalam Hindu banyak diambil dari kitab Upanishad. Sungguhpun sebegitu, puisi-puisi yang terdapat dalam kitab Veda Hindu tidak juga ditinggalkan yang mana di dalamnya juga menggambarkan bentuk-bentuk asceticism yang begitu ekstrim. Contoh-contoh gambaran asceticism yang wujud dalam Kitab Veda adalah (Mariasusai Dhavamony 1982: 375-376):

The long-haired supports the fire, The poison-fluid, and heaven and earth, He is the entire sky to look upon, The long-haired is called the light. The munis, clad with the wind,

Wear (garments) soiled, of yellow hue,

After the wind’s course they follow, When once the gods have entered them.

Transpored with the ecstasy, Of ascetics we mount the winds, Ye, mortal men, are able now, To see our bodies alone.

(7)

Beholding all the various forms, The ascetic, who was made a friend, Of every God for the holy work

The steed of Vata, Vayu’s friend,

The muni, empelled by the gods, In both the oceans hath his home,

In eastern and in western seas.

Trading the path of sylvan beast, Gandharvas and Apsarasas,

The long-haired knows their thoughts, Their sweet and most stimulting friend.

Vayu has agitated for him; for him, He breaks things most hard to bend, When he, the long-haired, has drunk, With Rudra from the poison-cup.

Amalan-amalan asceticism lebih banyak diperlihatkan ajarannya dalam kitab Upanishad. Dalam Upanishad ia mengajarkan bahawa jiwa manusia (atman) adalah salah satu daripada bentuk yang terjadi daripada emanasi Brahma. Shankara1 menegaskan bahawa sebenarnya atman (jiwa manusia) dan Brahman (tuhan) adalah benda yang satu dan kehidupan material ni hanyalah suatu bayangan sahaja (living religions 80). Atman dan Brahman perlu disatukan (Moksha) bagi membebaskan diri dari proses kelahiran semula.

Dalam hal ini, atman perlu disedarkan bahawa ianya adalah Brahman. Dalam usaha untuk membebaskan jiwa manusia (atman) dari kesengsaraan kelahiran semula, ianya adalah

melalui proses untuk menyedarkan atman bahawa ianya adalah Brahman, dan proses-proses yang perlu dilalui oleh seorang manusia untuk mencapainya adalah dengan jalan asceticism (Mariasusai Dhavamony 1982: 376). Dalam Hinduisme, jenis-jenis asceticism wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan jenisnya adalah banyak. Ianya termasuk asceticism yang

1

(8)

dinamakan sebagai saṃnyāsin, yogin (yoga), Hindi bābā, sādhu dan lain lain. Aspek asceticism yang hendak dibincangkan pada kali ini adalah berkaitan yoga.

Sejak dari dahulu lagi masyarakat di benua India mengamalkan latihan disiplin spirtual yang dibentuk untuk mengosongkan pemikiran dan mencari ketenangan serta untuk

mencapai kesedaran. Ianya adalah satu keinginan untuk mencapai keseimbangan, kesucian, kebijaksanaan dan ketenangan yang tertinggi dalam minda, dan usaha ini dinamakan sebagai

sattvic. Keinginan-keinginan di atas adalah sama sekali berbeza dengan situasi yang berlawanan dengannya iaitu minda yang aktif dan gelisah ataupun lesu dan suram. Latihan untuk meningkatkan kualiti sattvic tadi dikenali atau lebih dikenali sebagai yoga (living religious 80). Yoga adalah perkataan sanskrit yang membawa maksud ikatan atau dalam inggerisnya disebut yoke (union). Yoga merupakan salah satu gambaran perwatakan milik Tuhan India (Shiva) yang dilihat duduk secara bersilang kaki. Bagi mereka yang mengamalkan asceticism dalam agama Hindu, mereka digelar sebagai Yogi (Hinnells, John R. & Sharpe, Eric J. (ed.) 1972: 20).

Yoga mempunyai berbagai-bagai jenis pula dan sukar untuk menentukan mana asalnya dari ajaran Hindu yang sebenar. Ianya berbeza mengikut mazhab-mazhab yang wujud dalam Hindu dan bergantung juga pada aliran pemikiran asceticism dalam Hindu. Contohnya amalan asceticism dalam saṃnyāsin, ianya melibatkan beberapa bentuk yoga seperti

Brahmachari, Grahastha, Vanapranastha dan Sannyasa (Wangu 1991: 108-110). Dalam

yoga juga begitu, ianya mempunyai berbagai-bagai bentuk dan jenis bergantung kepada kehendak individu untuk mencapai union dari jenis yang mana dan jenis-jenis yoga ini pula ada juga yang bersifat gabungan kombinasi antara satu yoga dengan yoga yang lain seperti mantra-yoga, laya-yoga dan karma-yoga (Pott P. H. 1966: 3). Tetapi bentuk-bentuk yoga yang

diamalkan secara asasnya mempunyai empat jenis berdasarkan empat kehendak yang diinginkan orang yang mengamalkan yoga.

1. Raja Yoga

(9)

budaya tamadun Lembah Indus lagi. Ketika tahun 200 ratus sebelum Masehi, seorang yogi yang dikenali dengan nama Patanjali telah menggambarkan satu sistem untuk mencapai kesedaran yang tinggi iaitu dengan melalui teknik Raja-Yoga.

Dalam Raja-yoga ini, Patanjali telah membezakan lapan metodologi seorang yogi iaitu

unsur moral (yama-niyama), penyesuaian fizikal (asana), kawalan pernafasan (pranayama), kawalan deria (pratyahara), penumpuan (dharana), meditasi (dhyana), dan keasyikan dalam

suatu keadaan yang tenang (samadhi). Prinsip moral dan etika yang membentuk cabang yang pertama dalam amalan seorang yogi adalah kebenaran, tidak melakukan kekerasan, tidak mencuri, pengwalan nafsu, tidak mempunyai keinginan, kebersihan, bersifat puas hati terhadap apa yang sudah ada (contentment), menghapuskan keghairahan, belajar sendiri dan pembaktian diri pada tuhan.

Setelah itu raja yoga dimulai dengan asanas iaitu latihan dalam bentuk kedudukan jasad yang betul supaya menyucikan jasad jasmani disertai dengan membangunkan kemampuan minda untuk tujuan penumpuan. Aturan pernafasan juga digunakan dengan tujuan untuk membetul dan menenangkan urat saraf dan meningkatkan kelengkapan dan bekalan dari badan iaitu prana, atau tenaga hidup (life energy) yang bersifat tidak nampak (invisible). Pernafasan merupakan kunci untuk pengawalan aliran tenaga hidup dan penyerapan kehalusan aliran tenaga sekeliling kepada jasad fizikal. Caranya adalah dengan melalui jalan chakras (series of chakras), atau dikenali dengan pusat tenaga halus atau tajam (subtle energy centres), dalam tulang belakang. Kundalini pula adalah merujuk kepada satu tenaga yang tersembunyi yang terletak pada asas tulang belakang. Kedudukannya melingkari tulang belakang tersebut seolahnya seperti ular membelit sesuatu. Banyak bentuk-bentuk latihan yoga dibangunkan semata-mata untuk membebaskan tenaga kundalini ini semata-mata

untuk mencapai pencerahan. Secara ideologinya bagi masyarakat Hindu, mereka percaya bahawa pembukaan chakra (tenaga) yang tertinggi, membawa kita mencapai kebahagiaan

bersatu dengan Tuhan. Kemuncak chakra adalah digambarkan sebagai ribuan kelopak bunga teratai yang berkilauan dengan cahaya (Claire, Thomas 2004: 37; Living religious 82)) .

(10)

yogi kuno yang digelar sebagai mantras (sacred formulas). Ianya menjelaskan satu aspek tentang ketuhanan dalam susunan kata-kata dan getaran suara yang dilakukan itu. Bunyi mantras itu dipercayai adalah bertujuan membangkitkan The Reality dan bahasa yang digunakan dalam formula mantra ini pula adalah bahasa Sanskrit. Ianya dianggap suatu penciptaan semula terhadap susunan suara yang sebenar tentang objek, perbuatan, kualiti yang

mana ianya didengari oleh dewa-dewa dalam meditasi. Sebahagian getaran suara yang dikatakan dijaga adalah suara tuhan yang tidak mampu didengari melalui gegendang telinga

kita yang biasa.

Teriakan dan suku kata sebutan suci yang diulang-ulang ini adalah dikatakan untuk mengekalkan minda pemuja kepada kewujudan Dewa Tanah. Masyarakat India mengibaratkan minda manusia ini dengan belalai gajah yang mana ianya sentiasa bergerak melibas ke sana dan kesini tanpa kerehatan dan ketenangan. Akan tetapi jika ianya diberi sesuatu untuk dipegang pada belalainya, maka ianya akan tegak tanpa bergerak walau sedikit pun seolahnya ia memberi penumpuan yang sangat tinggi dalam memegang benda tersebut. Oleh itu tugas mantra adalah memberikan ketenangan pada minda suatu objek penumpuan, secara tenang minda akan memberikan fokus yang tinggi dengan penumpuan terhadap satu perkara sahaja. Jika mantra itu diberi penumpuan yang sangat tajam, maka mantra itu juga mampu menjadikan seseorang itu merasakan kehadiran dewa dan mendapatkan restu darinya.

Selain itu juga, cara untuk mendapatkan penumpuan sepenuhnya dalam mendidik minda yang bebas dari kecelaruan adalah dengan membuat penumpuan sepenuhnya terhadap bentuk visual. Sebagai contoh terbaik yang biasa dilakukan yogi adalah melihat nyalaan api dari sebatang lilin, melihat gambar wali-wali mereka atau guru, melihat symbol OM (tuhan), atau digelar sebagai yantra. Yantra bermaksud melihat satu gambaran linear dengan

simbol-simbol mutasi yang kompleks. Yantra yang besar juga direka dengan penuh warna-warni bagi tujuan ritual berbentuk jampi-jampi terhadap satu-satu tuhan.

2. Jnana Yoga

(11)

jalan membezakan kuasa mental untuk mencari perbezaan sesuatu yang nyata dalam sesuatu yang tidak nyata, mencari diri yang terbatas dalam sesuatu unsur yang tidak terbatas iaitu punca dan sumber bagi segala kewujudan (tuhan). Maka metodologi meditasi (pertapaan) merupakan satu jalan yang sangat berpengaruh dalam pengamalan Jnana Yoga ini (Claire, Thomas 2004: 35).

Bagi mereka yang menggunakan rasional akal maka Jnana yoga adalah amalan mereka.

Ianya adalah satu amalan yoga yang memerlukan kepada minda rasional. Jnana Yoga hanya mengambil kekuatan minda yang rasional dan tidak berusaha untuk mencapai tahap yang lebih dari itu melalui latihan kosentrasi (penumpuan). Melalui yoga jenis ini, kejahilan diambil kira sebagai suatu punca kepada segala masalah yang wujud. Menurut mereka yang berada dalam golongan ini, asas kejahilan adalah idea tentang diri kita sendiri sebagai seorang yang telah dipecahkan dari The Absolute (tuhan). Satu persoalan yang sentiasa timbul sehingga ke hari ini iaitu “Who am I?” atau “Siapa Aku?”. Pencari kepada jawapan ini iaitu orang-orang hebat dari kalangan mereka menemui bahawa benda yang menyoal tentang “Siapa Aku” adalah bukan jasad, atau bukan pancaindera, bukan minda, bukan anggota, tetapi ianya sesuatu yang datang dari dalam (eternal) yang merangkumi keseluruhan anggota tadi. Guru Ramana Maharshi menjelaskan:

Setelah menafikan segala yang disebut diatas dengan perkataan “bukan ini”, “bukan ini”, dan “bukan ini”, dengan soalan-soalan yang diri kita ini sering bertanya (contohnya: apakah tangan ini aku? Dijawab “bukan ini”, apakah minda ini adalah aku? Dijawab “bukan ini”), maka idea tentang “Siapa Aku” akan memusnahkan idea yang lain, dan umpama satu tongkat yang digunakan untuk menggaul atau mengacau longgokan kayu api yang sedang membakar, tongkat itu

juga khirnya akan musnah, dan setelah itu baharulah akan terbit kesedaran diri (Self-Realization).

Melalui jalan Jnana, seorang sālik (seeker) mesti membangunkan dan meningkatkan kebaikan spiritual seperti ketenangan (calmness), pengekangan (restrain), penumpuan (cocentration), keyakinan (faith) dan lain-lain. Kebijaksanaan yang tertinggi adalah pengetahuan spiritual

(12)

selain dari pengetahuan spiritual, hanyalah memusnahkan kesengsaraan buat satu-satu masa sahaja.

3. Karma Yoga

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penilaian hasil belajar yaitu: a) penilaian ditujukan untuk mengukur pencapaian kompetensi; b). penilaian menggunakan acuan kriteria

Simulasi dengan memperhitungkan perkembangan permintaan gas bumi di ketiga region di Jawa, kapasitas aliran gas bumi, kapasitas sumber, serta biaya- biaya (CAPEX dan OPEX)

(1) Pusat Kepatuhan Internal Kepabeanan dan Cukai mempunyai tugas menyiapkan perumusan kebijakan, standardisasi dan bimbingan teknis, dan evaluasi pelaksanaan

Pengujian terhadap sistem E-Healthcare untuk mendiagnosa penyakit Inflamasi Dermatitis Imun pada anak dilakukan untuk memastikan bahwa sistem telah dapat

Sampel penelitian adalah pasien DM tipe II yang melakukan pemeriksaan rawat jalan di Puskesmas Rowosari mulai Bulan Januari 2013 sampai dengan Bulan Agustus 2013 minimal 8

Identifikasi iris dianggap merupakan salah satu metode identifikasi biometrik yang ideal dan lebih stabil karena iris adalah organ internal yang terproteksi oleh kornea..

Modal merupakan bagian yang sangat penting dalam bank dan merupakan sumber dana utama dalam pembiayaan seluruh kegiatan operasional bank, modal tersebut harus