• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesediaan Dan Amalan Guru-guru Sains Dalam Menggunakan Media Di Dalam Pengajaran. Farihah Binti Mohd Jamel & Lilia Halim Fakulti Pendidikan, UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesediaan Dan Amalan Guru-guru Sains Dalam Menggunakan Media Di Dalam Pengajaran. Farihah Binti Mohd Jamel & Lilia Halim Fakulti Pendidikan, UKM"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1784

Kesediaan Dan Amalan Guru-guru Sains Dalam Menggunakan Media Di Dalam Pengajaran Farihah Binti Mohd Jamel & Lilia Halim

Fakulti Pendidikan, UKM

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan amalan guru-guru Sains dalam menggunakan media di dalam pengajaran. Aspek-aspek kesediaan yang dikaji termasuklah 1) pengetahuan guru terhadap media dan 2) sikap guru terhadap media di dalam pengajaran. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan ditadbirkan kepada 77 orang guru Sains di daerah Hulu Langat , Selangor.. Data yang diperolehi dianalisis untuk mendapatkan min, dan sisihan piawai. Manakala ujian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru-guru Sains terhadap penggunaan media di dalam pengajaran dari aspek kesediaan pengetahuan dan tahap kesediaan sikap guru adalah tinggi. Selain itu, faktor kesediaan guru dari segi pengetahuan, dan sikap didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan penggunaan media di dalam pengajaran oleh guru-guru. Berikutan itu, dicadangkan supaya satu kursus intensif perlu diwujudkan supaya dapat memberikan pendedahkan kepada guru-guru strategi penggunaan media yang berkesan bagi meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Kata Kunci:penggunaan media, pengajaran sains, kesediaan guru, sikap, pengetahuan

1. PENGENALAN

Wacana tentang konsep literasi sains serta kepentingan untuk membentuk masyarakat berbudaya saintifik pada abad ke-21 sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan komuniti yang terlibat dalam penyelidikan dalam pendidikan sains sama ada di dalam mahupun luar negara (Lilia Halim 2013, Burns, O'Connor & Stocklmayer 2003; Norris & Phillips 2003). Menurut kajian (OECD-PISA 1998) literasi sains didefinisikan sebagai kemampuan menggunakan pengetahuan sains, mengidentifikasi pertanyaan, dan menarik kesimpulan berdasarkan bukti-bukti, dalam rangka memahami serta membuat keputusan berkenaan dengan alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Definisi literasi sains ini memandang literasi sains bersifat multidimensional, bukan hanya pemahaman terhadap pengetahuan sains, bahkan lebih dari itu.

____________________________________ *Corresponding author. Tel: +6017-4235184 Emailaddress: farihahmohdjamel@gmail.com

(2)

Masyarakat yang berliterasi sains amat diperlukan dalam pembangunan sesebuah negara. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia juga sudah menyedari bahawa dunia telah memberi keutamaan kepada sains dan teknologi. Sejajar dengan itu, negara kita telah menekankan perkara ini dalam cabaran keenam dalam Wawasan 2020 iaitu:

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Pelbagai langkah telah diatur bagi manambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran sains. Antaranya guru-guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih pelbagai bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Pembelajaran sains bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui fakta-fakta sains dan membina pemahaman konsep, tetapi juga memahami dan menilai maklumat yang berkaitan sains dalam media massa (Sufen & Chang 2013). Usaha-usaha untuk menggalakkan pemahaman sains banyak dipaparkan di dalam media massa (Halkia & Mantzouridis 2005; Jarman & McClune 2007 ). Berita berkaitan Sains yang melaporkan perkembangan perubatan atau saintifik , teknologi komputer, serta acara-acara alam sekitar telah menjadi sumber utama maklumat sains di luar kelas . Berita-berita berkaitan sains ini mempengaruhi pengetahuan masyarakat berkaitan apakah itu sains, sikap terhadap sains dan membantu mereka membuat keputusan tentang kesihatan atau gaya hidup. Berita Sains yang mempunyai kualiti yang baik boleh meningkatkan keupayaan penilaian orang ramai tentang dasar sains ( Pellechia 1997).

Kajian di luar negara menunjukkan guru-guru sains sekolah sering memilih artikel berita sains yang berkaitan dengan unit-unit pengajaran untuk membantu pelajar dalam membuat perkaitan antara sains yang dipelajari sekolah dan sains dalam kehidupan seharian (Jarman & McClune 2002). Berikutan itu, guru-guru dicadangkan menggunakan media sebagai bahan bantu mengajar sewaktu pengajaran sains. Menurut (Jarman & McClune 2002; Korpan et al 1997 dan Nelkin 1995) media massa merupakan sumber maklumat sains yang penting bagi sesebuah masyarakat. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mus Chairil Samani et al. 2010, Berita Harian adalah surat khabar yang paling banyak melaporkan isu sains dan teknologi di Malaysia. Kemudian diikuti oleh Utusan Malaysia, New Strait Times dan The Star (Mus Chairil Samani et al. 2010). Oleh yang demikian, penggunaan media massa sebagai sumber pengetahuan sains dilihat sebagai

(3)

satu kaedah pembelajaran yang sangat tepat bagi mendekatkan pelajar dengan situasi kejadian sebenar.

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji kesediaan guru dalam pelbagai perkara, namun kajian terhadap kesediaan guru dalam menggunakan media dalam pengajaran sains masih kurang dijalankan. Walaupun terdapat banyak kemudahan serta pendedahan pengetahuan dan kemahiran menerusi perubahan kurikulum malangnya kajian-kajian tempatan menunjukkan bahawa tahap penggunaan media dan teknologi pengajaran di kalangan guru masih pada tahap yang rendah dan terhad (Sham 2003, Shahril 2006). Dalam usaha menggalakkan guru-guru menggunakan media di dalam pengajaran sains, kajian berkaitan kesediaan guru menggunakan kaedah ini adalah sangat penting. Dalam konteks kajian ini, kesediaan pengetahuan dan sikap guru dianggap penting sebagai pelaksana inovasi dalam pendidikan. Ini kerana sesetengah guru merasakan perkembangan dalam pendidikan merupakan satu bebanan kepada mereka. Guru mungkin beranggapan penggunaan media dalam pengajaran akan menambahkan tugas sedia ada guru kerana penggunaan media memerlukan kemahiran serta perancangan pengajaran yang rapi. Pengetahuan yang cetek tentang media juga akan menimbulkan banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut, para guru sepatutnya mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam terhadap media (Rosnani 2000).

Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan dan amalan guru-guru sains untuk menggunakan media di dalam pengajaran sains. Dapatan kajian ini diharapkan akan menjadi garis panduan kepada pihak kementerian pelajaran untuk merangka program yang berkaitan bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru sains seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan sains di Malaysia.

2. KESEDIAAN DAN AMALAN PENGGUNAAN MEDIA DI DALAM PENGAJARAN

Penggunaan media dan teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier 2003). Media mengandungi pelbagai maklumat yang berupaya menambah dan meningkatkan pengetahuan individu. Media pada hari ini telah mula bertambah matlamatnya. Ia bukan sahaja terhad menjadi medium untuk menyalurkan

(4)

Kesediaan Guru-Guru Sikap Guru Tahap Pengetahuan Guru Amalan Penggunaan Media di dalam Pengajaran Sains maklumat tetapi telah menjadi alat pendidikan di sekolah. Menurut Brown dan Me Intyre (1993), aspek pengetahuan adalah penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi. Ini disebabkan penguasaan guru dalam aspek tersebut memandu mereka untuk melaksanakan tugas dengan berkesan. Wiles dan Bondi (1998) pula berpandangan tanpa pengetahuan dan kemahiran yang meneukupi akan menjejaskan tahap kesediaan guru untuk melaksanakan sesuatu perubahan pendidikan.

Banyak kajian yang memperjelaskan wujudnya perkaitan antara sikap guru dengan amalan mereka dalam pelaksanaan tugas-tugas rutin. Antara lain kajian oleh Liberman dan Miller (1999) dan Moriarty et al. (2001), di mana dapatan kajian mereka secara umumnya mencadangkan sikap guru dikatakan menjadi asas pertimbangan oleh kebanyakan guru dalam menyaring dan mentafsirkan segala bentuk tugasan terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Richardson (1996) dalam mengulas fenomena sikap guru tersebut menyatakan secara umumnya guru hanya akan menerima perubahan dalam tugasan sekiranya perkara tersebut serasi dengan epistemologi sikap mereka. Ini kerana guru mempunyai sikap dan kepercayaan tersendiri terhadap amalan yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kesediaan guru-guru Sains dalam menggunakan media dan perkaitan antara tahap kesediaan dengan amalan penggunaan media di dalam pengajaran Sains. Aspek kesediaan yang dikaji adalah terdiri daripada aspek pengetahuan dan sikap. Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang diadaptasi daripada kajian Tuan Azlyna (2013).

(5)

3. PERANAN DAN KEPENTINGAN MEDIA

Kajian oleh Mokhtar, Illias & Rahmat (2000) mendapati bahawa media seharusnya menjadi nadi berita yang membantu dalam proses pembelajaran remaja dan media memang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam masa yang sama, pelajar dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka melalui media massa. Malah media juga berupaya membentuk mereka menjadi insan yang mempunyai nilai sivik yang tinggi, bertoleransi dan rapat dengan komuniti (Jefre, Majes & Anita 2011). Menurut mereka lagi, disebab itulah media harus dibaca dan diterima oleh pelajar kerana media massa ini memainkan peranan besar untuk mengembangkan pengetahuan dan membina kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran ini juga diperlukan bagi membentuk masyarakat yang berliterasi sains.

Thorson et al. 2009 menjalankan kajian terhadap penerimaan akhbar oleh remaja. Beliau telah menemubual remaja University Carlifinia, tentang faktor yang mempengaruhi penerimaan mereka terhadap akhbar. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa remaja menerima akhbar disebabkan oleh pengaruh daripada ibu bapa, dan ahli keluarga yang membaca akhbar. Apabila ahli keluarga membaca akhbar, mereka turut menerima akhbar.

Selain itu, Abrams, Kaul dan Ma (1979) turut menjalankan kajian terhadap terhadap 150 remaja dan dewasa yang tinggal di Southern Illinion, West Frankfort. Penyelidikan tersebut dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kandungan yang diterbitkan oleh akhbar The Daily Amarican dan faktor mereka menerima akhbar tersebut. Penemuan kajian mendapati bahawa akhbar tersebut kerap menerbitkan berita khusus untuk golongan dewasa dan banyak menerbitkan iklan. Kesannya iklan kerap dibaca oleh remaja berbanding golongan dewasa. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor remaja menerima akhbar adalah kerana dipengaruhi oleh faktor manfaat penggunaan. Berita dan iklan yang diterbitkan memberi manfaat penggunaan kepada mereka kerana berguna untuk tujuan pembelajaran mereka.

Selain itu, Mohd Yusof 2010, dalam artikelnya Media Dan Isu Alam Sekitar merumuskan bahawa media berperanan untuk mengubah dan membentuk sikap pembaca ke arah bertindak lebih

(6)

proaktif. Kepentingan media bukan sahaja terhenti setakat menyampaikan maklumat sahaja, tetapi lebih dari itu kerana media berperanan dalam membentuk pola pemikiran masyarakat. Masyarakat juga akan dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh dari akhbar untuk membuat keputusan penting dalam kehidupan seharian dan berkaitan isu alam sekitar mereka. Keadaan ini penting bagi memastikan kesejahteraan hidup dan masyarakat.

Media seperti televisyen, radio, akhbar, dan Internet berperanan sebagai saluran yang dapat menghubungkan masyarakat dengan dunia luar (Mus Chairil 2006). Kemudian, Mus Chairil, Latifah, Jamilah & Nurul Ilyana 2010, menjalankan analisis kandungan terhadap empat akhbar arus perdana, iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times,danThe Stardalam melaporkan isu bioteknologi. Bioteknologi merupakan salah satu cabang penting dalam bidang sains dan teknologi yang banyak memberikan kesan pada kehidupan masyarakat hari ini. Sepanjang tempoh sepuluh tahun, sejumlah 172 berita telah disiarkan dalam keempat-empat akhbar yang dikaji. Kajian tentang liputan media terhadap isu bioteknologi pada tahun 2001 menunjukkan sebanyak 11 buah artikel (6.4%) telah dilaporkan, meningkat kepada 22 (12.8%) dan 27 artikel (15.7%) pada tahun 2002 dan 2003. Peningkatan selama dua tahun ini berikutan isu seorang bayi perempuan bernama Eve yang telah dilahirkan secara pengklonan oleh saintis Barat pada tahun 2002. Isu ini telah mencetuskan kontroversi dan mendapat bantahan daripada masyarakat di seluruh pelosok dunia. Pandangan dan kritikan pada isu ini memerlukan individu berfikir dengan menggunakan pengetahuan saintifik dan membuat keputusan berdasarkan bukti saintifik dan menganalisis pengetahuan ini berdasarkan beberapa perspektif yang penting. Ini menunjukkan bahawa mensyarakat yang berliterasi sains yang baik perlu untuk menangani isu yang timbul akaibat perkembangan sains dan teknologi itu sendiri.

4. TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji kesediaan dan amalan guru menggunakan media di dalam pengajaran sains. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan antara tahap kesediaan aspek-aspek pengetahuan dan sikap guru-guru sains terhadap pengalaman mengajar mereka.

(7)

5. PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan kajian berikut:

i) Apakah tahap kesediaan guru menggunakan media di dalam pengajaran sains berdasarkan sikap?

ii) Apakah tahap kesediaan guru menggunakan media di dalam pengajaran sains berdasarkan pengetahuan?

iii) Apakah tahap amalan guru-guru dalam menggunakan media di dalam pengajaran sains? iv) Adakah terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap kesediaan guru menggunakan

media dengan amalan guru-guru menggunakan media di dalam pengajaran sains

6. METHODOLOGI KAJIAN

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan amalan guru dalam menggunakan media di dalam pengajaran. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik telah diedarkan kepada sampel kajian yang dipilih.

6.2 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada 90 orang guru Sains guru-guru yang mengajar Sains di Daerah Hulu Langat, Selangor . Sampel kajian pula adalah 77 orang guru yang telah dipilih secara rawak mudah.

6.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian terdiri dari soal selidik yang terdiri dari empat bahagian. Bahagian A : Demografi guru

Bahagian B : Pengetahuan guru berkaitan media Bahagian C : Sikap guru terhadap media

Bahagian D : Amalan penggunaan media di dalam pengajaran sains

Soal selidik bagi bahagian B, C dan D adalah menggunakan lima skala Likert. Instrumen soal selidik ini diubahsuai daripada kajian Taiwo (2009) dan beberapa kajian literatur. Hasil daripada

(8)

ujian rintis, nilai kebolehpercayaan instrumen ini (Alpha Cronbach) adalah 0.835 untuk pengetahuan, 0.861 untuk sikap dan 0.768 untuk bahagian amalan. Oleh yang demikian, soal selidik ini adalah sesuai untuk digunakan bagi tujuan kajian ini.

7 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian berkaitan tahap kesediaan dan amalan yang dikaji ditentukan berdasarkan nilai min yang diperolehi seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Tahap skalaLikert

Julat Min Tahap

0.01 hingga 1.99 Rendah

2.00 hingga 3.99 Sederhana

4.00 hingga 5.00 Tinggi

Sekiranya nilai min berada pada julat 0.01 hingga 1.99, kesediaan dan amalan yang dikaji berada di tahap rendah. sekiranya nilai min berada pada julat 2.00 hingga 3.99 kesediaan dan amalan tersebut berada pada tahap sederhana manakala jika nilai min berada pada julat 4.00 hingga 5.00 maka kesediaan dan amalan tersebut berada pada tahap tinggi.

7.1 Kesediaan Guru Secara Keseluruhan

Analisis terhadap data yang dikumpul daripada soal selidik untuk kesediaan guru-guru Sains dalam menggunakan media adalah seperti Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Kesediaan Guru Secara Keseluruhan

Aspek kesediaan Min Sisihan Piawai Tahap

Pengetahuan 4.38 0.41 Tinggi

Sikap 4.14 0.54 Tinggi

Kesediaan Keseluruhan 4.38 0.50 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2 di atas, skor min kesediaan secara keseluruhan terhadap penggunaan media dalam pengajaran adalah 4.38 dan sisihan piawai adalah 0.50. Skor min ini menunjukkan bahawa responden yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Daerah

(9)

Hulu Langat, Selangor mempunyai kesediaan pada tahap tinggi untuk menggunakan media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Dalam hal ini, kesediaan responden mencakupi keseluruhan aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan media tersebut. Aspek kesediaan pada aspek pengetahuan (min 4.38) terhadap penggunaan media di dalam pengajaran Sains hampir sama dengan aspek sikap (min 4.14) iaitu pada tahap tinggi. Daripada dapatan ini, didapati bahawa guru-guru sains sememangnya bersedia bagi menggunakan media di dalam pengajaran mereka.

7.2 Kesediaan Guru Daripada Aspek Pengetahuan

Jadual 3 menunjukkan tahap kesediaan responden daripada aspek pengetahuan berkaitan media. Berdasarkan Jadual 3, didapati tahap kesediaan responden tentang aspek ini secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi iaitu 4.38. Dapat dirumuskan bahawa responden secara keseluruhannya mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang pengetahuan berkaitan penggunaan media di dalam pengajaran sains.

Jadual 3: Tahap Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan

Tahap Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan Frekuensi Peratus

Rendah 0 0

Sederhana 2 2.6

Tinggi 75 97.4

Min Pengetahuan Keseluruhan 4.38 ( Tinggi)

Analisis menunjukkan 97.4% guru mempunyai tahap kesediaan yang tinggi manakala hanya 2.6% sahaja mempunyai tahap kesediaan yang sederhana dari aspek pengetahuan terhadap media. Daripada empat belas item yang dikaji, tahap pengetahuan responden yang paling tinggi mengikut turutan min, ialah pada item pertama yang berbunyi “Penggunaan media dapat menambahkan pengetahuan individu” (min 4.62). Dapatan ini menunjukkan bahawa, kebanyakan guru bersetuju bahawa penggunaan media banyak menyumbang pengetahuan sains kepada masyarakat, khasnya berkaitan isu alam sekitar. Seterusnya, tahap pengetahuan guru-guru adalah pada tahap tinggi bagi kesemua item melainkan item 8 dan item 13 iaitu pada tahap sederhana dengan nilai min 3.71 dan 3.69.

(10)

Pengetahuan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan media adalah penting dan akan dapat memberikan iklim pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, ceria, seronok dan berkesan (Sham 2003). Penggunaan media yang sesuai akan membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat murid dengan lebih berkesan. Lantaran itu, pelajar akan menjadi lebih seronok, aktif, yakin dan melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Shahril 2006).

7.3 Kesediaan Guru Daripada Aspek Sikap

Jadual 4: Tahap Kesediaan Dari Aspek Sikap

Tahap Kesediaan Dari Aspek Sikap Frekuensi Peratus

Rendah 0 0

Sederhana 14 18.18

Tinggi 63 81.82

Min Sikap Keseluruhan 4.14 ( Tinggi)

Berdasarkan Jadual 4 di atas, min keseluruhan bagi item sikap responden terhadap penggunaan media di dalam pengajaran sains adalah 3.67. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menggunakan media di dalam pengajaran mereka. 81.82% guru Sains menunjukkan sikap yang positif iaitu mempunyai tahap yang tinggi manakala 18.18% guru mempunyai tahap yang sederhana. Daripada keseluruhan item sikap, skor min tertinggi ialah pada item 16, “Saya berpendapat menggunakan media akan memudahkan pengajaran sains.” dengan (min 4.37). Ini menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif dan sangat bersetuju bahawa penggunaan media akan memudahkan pengajaran Sains.

Dapatan ini menyokong kenyataan Roblyer & Schwier (2003) bahawa penggunaan media sememangnya akan memudahkan pengajaran dan meningkatkan motivasi. Min yang paling kecil pula adalah pada item 24, “Saya meyakini tulisan di media massa boleh dipercayai kebenarannya.” (min 2.92). Responden mempunyai sikap yang sederhana positif berkaitan kepercayaan terhadap berita-berita yang dipaparkan menerusi media.

(11)

Menurut (Harlen 1996), sikap bukan hanya mempengaruhi apa yang akan dipelajari tetapi juga akan mempengaruhi usaha yang akan diberikan dalam melakukan sesuatu tugas yang mana usaha itu akan mempengaruhi sejauh manakah kejayaan dapat dicapai. Oleh itu, menanamkan sikap yang positif adalah penting untuk menggalakkan pembelajaran sains yang lebih efektif (Kamisah et al. 2007).

7.4 Amalan Guru-Guru Sains dalam Penggunaan Media di Dalam Pengajaran

Berdasarkan Jadual 5 berikut, min keseluruhan bagi item amalan responden dalam penggunaan media di dalam pengajaran sains adalah 3.53. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap amalan yang sederhana dalam menggunakan media di dalam pengajaran sains mereka.

Jadual 5: Tahap Amalan Penggunaan Media oleh Guru Sains

Tahap Amalan Penggunaan Frekuensi Peratus

Rendah 1 1.4

Sederhana 38 49.3

Tinggi 38 49.3

Min Amalan Keseluruhan 3.53 ( sederhana)

Jadual 5 menunjukkan, peratus guru yang mempunyai tahap amalan yang tinggi dan sederhana adalah 49.3% masing-masing. Selain itu, terdapat 1.4% guru yang masih mempunyai tahap amalan yang rendah dalam menggunakan media di dalam pengajaran Sains. Min yang paling kecil ditunjukkan pada item 37, “Saya memberikan tugasan kepada pelajar untuk membuat projek buku skrap dengan mengumpulkan keratan akhbar yang berkaitan dengan pengetahuan sains mereka.” (min 3.77). Namun, tahap amalan bagi item ini masih pada tahap sederhana. Responden mungkin merasakan amalan pemberian tugasan yang berbentuk penyediaan buku skrap kurang sesuai diamalkan pada pelajar-pelajar mereka. Kebanyakan guru menggunakan media yang berbentuk elektronik di dalam pengajaran mereka seperti melalui internet dan akhbar atas talian. Kenyataan ini telah membuktikan kajian-kajian lepas oleh Jarman & McClune 2002; Korpan et al, 1997 dan Nelkin 1995 yang menyatakan bahawa pembelajaran sains boleh diperolehi daripada pelbagai sumber dan media massa merupakan sumber maklumat sains yang penting bagi sesebuah masyarakat.

(12)

Hasil dapatan ini menunjukkan, langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi meningkatkan amalan guru-guru dalam menggunakan media di dalam pengajaran. Ini bermakna pendedahan yang lebih mendalam dan meluas tentang aspek pengetahuan guru berkaitan media di dalam pengajaran sains perlu dipertingkatkan di kalangan guru-guru Sains khususnya bagi melaksanakan aktiviti tersebut. Pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu mengambil inisiatif dengan merancang program peningkatan profesionalisme guru-guru ini dengan menganjurkan kursus berkaitan strategi pengajaran menggunakan media.

7.5 Perkaitan antara Kesediaan Guru Menggunakan Media dengan Amalan Guru-Guru Menggunakan Media di Dalam Pengajaran Sains

Berdasarkan hasil dapatan analisis korelasi yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dari aspek pengetahuan dengan permasalahan guru iaitu atau r= 0.377 menunjukkan bahawa hubungan di antara kedua pemboleh ubah di atas adalah lemah dan rendah. Memandangkan P= 0.001, maka terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan dan tahap kesediaan guru dalam menggunakan media di dalam pengajaran sains.

Banyak kajian yang memperjelaskan wujudnya perkaitan antara sikap guru dengan amalan mereka dalam pelaksanaan tugas-tugas rutin. Antara lain kajian oleh Liberman dan Miller (1999) dan Moriarty et al. (2001), di mana dapatan kajian mereka secara umumnya mencadangkan sikap guru dikatakan menjadi asas pertimbangan oleh kebanyakan guru dalam menyaring dan mentafsirkan segala bentuk tugasan terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 6: Hubungan Antara Kesediaan Dengan Amalan Guru Menggunakan Media

AMALAN KESEDIAAN

AMALAN Korelasi Pearson 1 0.377

Sig. (2-tailed) .001

N 77 77

KESEDIAAN Korelasi Pearson 0.377 1

Sig. (2-tailed) .001

N 77 77

(13)

Richardson (1996) dalam mengulas fenomena sikap guru tersebut menyatakan secara umumnya guru hanya akan menerima perubahan dalam tugasan sekiranya perkara tersebut serasi dengan epistemologi sikap mereka. Ini kerana guru mempunyai sikap dan kepercayaan tersendiri terhadap amalan yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Little (1990) menyatakan bahawa guru yang bersikap positif terhadap tugas akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu tugasan. Pada pendapat Little, sikap positif akan memdorong kesediaan guru untuk mempelajari perkara baru berkaitan perubahan tugasan baru tersebut. Sebaliknya jika guru bersikap negatif, pelaksanaan tugasan akan tersekat dan menjejaskan matlamat yang ditentukan. Sebagai kesimpulan, sikap guru terhadap penggunaan media dalam pengajaran sains adalah asas penting bagi membuat justifikasi dan juga penghakiman sarna ada mereka dapat menerima atau tidak sesuatu tugasan tersebut.

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan responden dalam keseluruhan aspek kajian yang merangkumi aspek pengetahuan dan sikap mereka terhadap penggunaan media di dalam pengajaran adalah pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru sememangnya bersedia untuk menggunakan media sebagai bahan bantu dalam pengajaran mereka. Dapatan juga menunjukkan bahawa tahap amalan guru-guru dalam menggunakan media adalah pada tahap sederhana. Akhir sekali, hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dengan amalan penggunaan media di dalam pengajaran sains. Hasil kajian menunjukkan, tanpa kesediaan yang mencukupi dalam aspek-aspek tersebut, penggunaan media di dalam pengajaran sains akan menjadi sukar untuk dilaksanakan. Keadaan ini akan membantutkan usaha bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru khasnya dan penguasaan konsep sains pelajar secara amnya.

RUJUKAN

Abrams M.E, Kaul A.J, & Ma.C. 1979. Social Class and Percieved Utility of Newspaper Advertising,Newspaper Research Journal 1(1),42-47

Brown, S., & Mclntyre, D. 1993.Making sense ofteaching.Buckingham: Open University Press. Burns T. W., O'Connor, D J. & Stocklmayer, S. M. 2003. Science communication:. A contemporary

(14)

Harlen, W. 1996.The Teaching of Science in Primary SchooL London: David Fulton.

Halkia, Kr., & Mantzouridis, D. 2005. Students’views and attitudes towards the communication code used in press articles about science. International Journal of Science Education, 27 (12), 1395-1141

Jarman, R., & McClune, B. 2002. A survey of the use of newspapers in science instruction by secondary teachers in Northern Ireland. International Journal of Science Education, 24(10),997-1020

Jarman, R., & McClune, B. 2007. Developing scientific literacy: Using news media in the classroom. Maidenhead, UK: McGraw-Hill Education

Jefre Zainol, Majes & Anita Jesmin.2011. A survey of online reading habits of rural secondary school students in Malaysia,International Journal of Linguistic, 3(1),1-18

Kamisah, Zanaton, Lilia. 2007. Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan,32, 39–60.

Korpan, C. A., Bisanz, G. L., Bisanz, J. and Henderson, J. M. 1997. Assessing literacy in science: Evaluation of scientific news briefs.Science Education, 81, 515-532.

Liberman, A., & Miller, 1. 1999. Teacher development in professional practice schools. Teachers College Record.92(1), 105-122.

Lilia Halim 2013. Pendidikan Sains dan Pembangunan Masyarakat Berliterasi Sains. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Little, 1. W .1990. The emotional contours and career trajectories of enthusiasts. Cambridge Journal of Education.22, 345-359.

M.G. Pellechia .1997: “Trends in science coverage: A content analysis of three US newspapers,” Public Understanding of Science6 49–68.

Mohd Yusof Hj Othman. 2010. Media dan Isu Alam Sekitar.Jurnal Hadhari.2 (2) (2010) 1-17 Mokhtar Muhammad, Ilias Mohd Salleh & Rahmat Ghazali. 2000. Analisis Kandungan Liputan

Akhbar Arus Perdana dan Akhbar Alternatif berkaitan Pilihan Raya Umum 1999. Diakses pada 4 Julai 2013. http:eprint.ptar.uitm.edu.my/1747

Moriarty, V, Edmunds, S., Blatchford, P., & Marlin, C. 2001. Teaching young children: Perceived satisfaction and stress.Educational Research,43(1), 3346.

Mus Chairil Samani, Latifah Amin, Jamilah Maliki & Nurul Ilyana Rezali .2010. Isu Bioteknologi Dalam Akhbar Arus Perdana.Malaysian Journal of Media Studies12(2): 23-36

Mus Chairil Samani, Latifah Amin dan Nurul Ilyana Rezali .2011. Using Media to Educate Public on Biotechnology. Proceedia Social and Behavioral Sciences. 15: 2360-2364

Nelkin, D. 1995.Selling Science, rev. edn. New York: Freeman and Company.

Norris S.P., & Phillips, L.M. 2003. How literacy in its fundamental sense is central to scientific literacy.Science Education,87, 224-240.

Organization for Economic Co-operation and Development (OECD-PISA). 2006. Assessment of scientific literacy in the OECD / Pisa project, http:// www.pisa.oecd.org/.

Richardson, V .1996. The role of attitude and belief in learning to teach. Dalam 1. Sikula (Ed.) Handbook of Research on Teacher Education.15,333-349.

Roblyer, M. D., & Schwier, R. .2003. Integrating educational technology into teaching (Canadianed). Toronto: Prentice Hall.

Rosnani Jusoh. 2000. Persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam International Conference 'Education & ICT in the New Millennium' at Park Royal Kuala Lumpur, 27-28 Oktober.

(15)

Shahril Sabudin. 2006. Sikap Dan Persepsi Guru Sains Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Sains. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia Sham Bin Ibrahim.2003. Penggunaan Perisian Multimedia Di Dalam Pengajaran Di Kalangan

Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Tesis Sarjana, Unversiti Putra Malaysia

Sunday Taiwo. 2009. Teachers’ perception of the role of media in classroom teaching in secondary schools. The Turkish Online Journal of Educational Technology – TOJET January 2009 ISSN: 1303-6521 .8. (1) 75-83

Sufen, P. T. & Chang, C. H. 2013. Effects of prompting critical reading of science news on seventh graders ’ co gnitive achievement. International Journal of Environmental & Science Education,8(1), 85–107

Thorson, E. Meyer, H. Littau & Jahng, Mi. 2009. Parental and environmental antecedents of adolescent news use. Kertas kerja dibentangkan di International Communication Association. EBSCOHOST database

Tuan Azlyna Bt Tuan Yusoff .2013. Kesediaan Guru Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tesis Sarjana,Universiti Kebangsaan Malaysia

Wiles, J. & Bondi, J. 1998. Curriculum development: a guide to practice. (5th ed.) Columbus, OH: Merrill Publishing Co.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam Kitab Epos Mahabrata kisah ini memiliki nilai-nilai yang sangat bermanfaat bagi anak untuk membentuk karakteristik yang pantang menyerah dan rela berkorban

Bonus adalah pendapatan yang diberikan perusahaan kepada karyawan apabila perusahaan mendapatkan keuntungan pada satu tahun fiskal, besarnya pemberian bonus ini ditetapkan

(3) Jika suatu desain industri dibuat dalam hubungan dinas dengan pihak lain dalam hubungan pekerjaannya, pemegang hak desain industri adalah pihak yang untuk dan/

Sistem memberikan solusi dengan membuat standar penilain pelatih untuk setiap posisi dibantu dengan menggunakan metode Profile Matching dan untuk pelatih yang tidak

Dengan melakukan variasi terhadap jenis fungsi aktivasi yang diberikan dan unit tersembunyi pada struktur struktur JST, akan dilihat bagaimana respon dari pelatihan

Sebagaimana dikemukakan oleh Kretner (1995) adalah sebuah proses dimana seseorang atau sebuah organisasi menjawab peluang sekalipun ketersediaan sumber daya yang

Satu-satunya pembatasan transaksi saham di bawah MERCOSUR adalah sebagai berikut: Investor harus berdomisili atau berkantor pusat di negara dimana investasi berasal;

Parameter analisis pada Tabel 4 menunjukkan bahwa produksi arang terpadu dengan cuka kayu dari limbah sebetan menunjukkan hasil analisis finansial yang layak