• Tidak ada hasil yang ditemukan

bab8.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "bab8.pdf"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Pentadbiran Perundangan

 Tanah Melayu memperkenalkan system pentadbiran beraja sejak sebelum kedatangan Islam.

 Institusi beraja merupakan tradisi Hindu Buddha berasaskan konsep dewa-raja.

 Kedatangan Islam mengubah corak institusi raja seperti istilah Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh bermaksud bayangan Allah di muka bumi.

 Pemerintah juga menggunakan gelaran Khalifahtul mukminin bermaksud pemimpin orang mukmin contoh Sultan Mahmud Shah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin Pahang menggunakan gelaran ini.

 Pengaruh Hindu-Buddha nasab keturunan pemerintah

disusurgalurkan dengan dewa, selepas kedatangan Islam tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai nasab Sultan.  Isntitusi kesultanan kekal selepas kedatangan Islam dan

mempunyai kuasa tertinggi dalam system pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu.

 Institusi Kesultanan Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan ulama.

 Konsep daulat digunakan dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan raja-raja Melayu.

 Berbagai-bagai adat, cara berpakaian, bahasa pengucapan dan tingkah laku digunakan untuk menggambarkan kedaulatan Sultan yang memerintah termasuklah adat istiadat pertabalan.

 Sistem perundangan penting untuk menjamin keharmonian rakyat.  Undang-undang terbahagi dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.  Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai undang-undang adat

iaiatu adat Perpatih dan adat Temenggung.

 Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala negeri-negeri lain mengamalkan adat Temenggung.

 Dalam adat Perpatih asas pentadbiran dan penyelesaian masalah berdasarkan musyawarah yang dihadiri oleh semua perwakilan suku.  Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang

berasal dari Pagar Ruyung.

 Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Palembang.

 Adat Perpatih mengutamakan jurai keturunan ibu, dan anak perempuan diberi hak mewarisi harta.

 Adat Temenggung mengutamakan jurai keturunan bapa, dan

pembahagian harta pusaka diutamakan kepada anak lelaki bersesuai dengan hukum faraid dalam Islam.

 Undang-undang bertulis seperti hokum kanun Melaka, Undang-undang laut Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah, Undang- undang 99 Perak dan Undang-undang Johor.

 Undang-undang Islam menjadi asas kepada undang-undang yang dikuatkuasakan.

 Semua kitab perundangan bercorak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

(2)

2 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosio Budaya

 Pendidikan awal yang berlaku dalam institusi keluarga.  Pendidikan yang berlaku pada peringkat keluarga dan

penekanannya adalah terhadap nilai-nilai moral melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

 Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibubapa melalui pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian,

perikanan, kraf tangan dan pertukangan.

 Kanak-kanak juga diajar tentang hal-hal agama, kelakuan, adat resam, sopan santun dan cara berkawan.

 Nilai murni diserap melalui cerita lisan seperti cerita binatang, dan cerita jenaka.

 Kaedah bercerita sangat berkesan kerana digemari oleh kanak-kanak.

 Cerita berbentuk teladan dan pengajaran seperti cerita anjing dan bayang-bayang supaya tidak terlalu tamak dan cerita sang kancil memperlihatkan kepandaian dan kebijaksanaan dapat menyelesaikan masalah.

 Kanak-kanak diajar pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan social seperti tunduk sambil menghulur tangan ketika lalu di hadapan orang terutama orang yang lebih tua.

 Pendidikan tidak formal melalui pantun seperti Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak berkelakuan baik dan tidak berbohong.

 Merupakan pendidikan berkaitan keagamaan melalui perantaraan institusi tertentu.

 Pendidikan sebegini telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan Islam berasaskan tradisi pengajaran agama Hindu dan Buddha.

 Bidang pendidikan pada waktu itu didominasi oleh golongan istana dan golongan atasan, dan istana menjadi sebagai pusat pengajian.

 Dengan kedatangan Islam corak pendidikan formal tidak lagi terhad kepada golongan atasan semata-mata,

sebaliknya semua golongan terlibat.

 Pendidikan berteraskan agama dijalankan dibeberapa tempat seperti istana, masjid, rumah, surau madrasah dan pondok.

 Pendidikan di rumah memberi penekanan kepada pengajaran al-Quran.

 Pengajian al-Quran biasanya di rumah tok guru dan murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 15 tahun.

(3)

Istana

Masjid dan Surau

Pondok

Madrasah

 Sultan Mansur Shah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar.  Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan.

 Perkembangan pendidikan Islam di Melaka berkait rapat dengan kewujudan ramai ulama dan kehadiran pendakwah pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi, Gujerat

 Mereka datang ke Melaka kerana kerajaan menitik beratkan perkembangan ilmu pengetahuan.

 Minat pemerintah terhadap agama terbukti apabila kitab al-Dur al-Manzum kitab tasawuf karangan Maulana Abu Bakar diarak hingga ke balairung Istana .

 Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

 Pendidikan di istana bukan sahaja melibatkan keagamaan tetapi juga hal yang melibatkan pentadbiran negara dan system pentadbiran.

 Masjid dan surau turut berperanan menjalankan pendidikan formal.

 Masjid dan surau merupakan tempat yang paling ideal untuk mengembangkan ilmu-ilmu Islam kerana ia merupakan pusat pertemuan dan berkumpulnya masyarakat.

 Dalam pengajian ini, kanak-kanak diajar ilmu yang lebih formal seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang.

 Pada sebelah malam masjid dan surau menjadi pusat pengajian untuk orang dewasa.  Sistem pendidikan yang lebih formal ialah system pondok.

 Pengajian ditekankan kepada pelajaran agama dan pelajar-pelajarnya kemudian menjadi tenaga pengajar.  Sistem pengajian pondok meluas di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Patani.

 Sistem pengajian pondok tidak mempunyai batasan waktu, adakalanya mengambil masa selama sepuluh tahun.  Sistem madrasah mula diperkenalkan pada zaman khalifah Bani Saljuk semasa memerintah Iraq pada tahun

1056 M.

 Sistem pendidikan madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.  Sistem madrasah mempunyai dua tahap iaitu tahap permulaan dan pertengahan.

 Madrasah diawasi oleh mudir (guru besar), dan perjalanannya diselia oleh sebuah lembaga, jawatan kuasa kewangan dan lain-lain lagi.

(4)

4 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosio Budaya

Bahasa dan Kesusasteraan  Pengaruh yang paling ketara ialah

tulisan jawi.

 Kedatangan Islam ke Tanah

Melayu telah mengubah suai huruf Arab dikenali sebagai tulisan jawi dan menjadi saluran bacaan dan penulisan.

 Perbendaharaan bahasa Melayu bertambah dengan pertambahan istilah baru daripada bahasa Arab.  Pada tahap awal kesusasteraan

berbentuk lisan seperti cerita binatang, cerita jenaka dan cerita dongeng.

 Setelah kedatangan Islam,

penulisan karya berkembang dalam bentuk prosa dan puisi.

 Terdapat hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat bulan berbelah.

 Hikayat tentang Nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s..

 Karya berbentuk puisi seperti Syair dahulu kala ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam dari Terengganu.  Terdapat hikayat saduran bercorak

Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hassan Damsyik.

Kesenian

 Bidang kesenian mempunyai bidang yang sangat luas rangkumannya.

 Sebelum kedatangan Islam, kesenian Melayu berasaskan tradisi Hindu-Buddha.

 Bidang seni bina memaparkan pengaruh Hindu-Buddha seperti yang terdapat pada candi-candi di Lembah Bujang, Candi Borobudur dan Candi Angkor Wat.

 Hasil ukiran dan arca menunjukkan pengaruh India yang sangat ketara.

 Kedatangan Islam telah mengubah keadaan apabila unsur agama Islam dikaitkan dengan kesenian.

 Kesenian yang paling menonjol kepada orang Melayu ialah seni bina seperti Masjid yang mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga dan bumbung.  Ketinggian dan cita rasa orang Melayu turut

dipaparkan pada binaan rumah dan istana yang terdapat pelbagai hiasan dalam bentuk seni ukiran.  Kesenian epigrafi dapat dilihat pada batu bersurat

Terengganu.

 Seni tulisan Khat (Kaligrafi) digunakan sebagai hiasan dimasjid, barang tembikar, mata wang dan lain-lain.  Orang Melayu turut meminati persembahan

merangkumi bidang muzik, tarian, drama, nyanyian, dan wayang kulit.

 Selepas kedatangan Islam, ia diteruskan tetapi disesuaikan berasaskan ajaran Islam.

 Pengaruh dari Asia Barat seperti tarian dabus di Perak, nyanyian nazam (naban) Terengganu, Melaka dan Pahang, seni dikir dengan iringan kompang dan kesenian ghazal di Johor.

Gaya Hidup

 Gaya hidup orang Melayu berubah

daripada perubahan prinsip akidah, kepada syariah seterusnya akhlak.

 Perlantikan raja pembacaan cirri (kata-kata hikmat) ditukar kepada lafaz ikrar

menyerupai proses baiah dalam Islam.  Selepas Sultan mangkat penggantinya akan

dilantik sebelum adat istiadat pemakaman ditiru daripada zaman khalifah Bani Umaiyah.

 Kesan ajaran Islam dapat dilihat dari segi hubungan dan pertalian kekeluargaan yang rapat bagi menjamin kesejahteraan hidup.  Ibu bapa dan orang yang lebih tua

hendaklah dihormati.

 Pangilan dan gelaran tertentu terhadap orang yang lebih tua seperti Pak Long dan Mak Long.

 Orang Muda hendaklah menghormati yang tua , merendahkan suara ketika bercakap.  Tetamu dihormati dan dihidangkan makan

dan minuman.Ungkapan Bismillah dibaca sebelum makan dan minum.

 Adat berziarah memberi salam, ketika bersalaman yang muda mencium tangan orang yang lebih tua.

 Majlis perkahwinan dijalankan secara Islam termasuk berkhatan dan majlis khatam.

 Amalan gotong-royong ditekankan berasaskan kepada konsep Bersatu teguh bercerai roboh..

(5)

 Perdagangan sejak abad 12 hingga ke-18 yang melibatkan lautan Hindi dan China Selatan didominasi oleh saudagar-saudagar Islam.

 Secara tidak langsung telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di alam Melayu.  Orang Melayu terlibat dalam

perdagangan kerana Islam turut menyarankan aktiviti perdagangan kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dalam bidang perniagaan.  Perdagangan adalah merupakan aspek

penting pengislaman alam Melayu.  Untuk memastikan perdagangan berjalan

lancar, Melaka mewujudkan jawatan Laksamana untuk menjaga urusan kelautan dan syahbandar sebagai ketua pelabuhan

 Melaka telah memperkenalkan undang-undang laut dan system sukat timbang.  Dalam urusan perdagangan, kaedah

pertukaran barang dan kaedah jual beli.  Kejatuhan Melaka ditangan Portugis

tidak meruntuhkan semangat pedagang Melayu, aktiviti perdagangan diteruskan dengan menjadikan kerajaan Johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Melayu sehingga kurun ke-17.  Sepanjang abad ke-17 dan 18, negeri

Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi pusat perdagangan.

 Sistem mata wang digunakan untuk memudahkan urusan perdagangan dan jual beli.

 Sistem mata wang menjadi alternatif kepada system tukar barang.

 Negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah.

 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, mata wang timah berbentuk bulat dan beratnya satu kati lapan tahil.

 Mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan.

 Di Johor mata wang timah dikenali sebagai wang katun berbentuk bulat atau segi enam, tidak mempunyai tarikh tetapi tertera tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.

 Negeri Kedah mempunyai mata wang timah berbentuk ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.

 Mata wang digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad yang ke-16.

 Mata wang emas Johor yang tertua bertarikh 1527 pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riaayat Shah.

 Di Kelantan mata wang emas digelar kijang kerana terdapat gambar kijang.

 Mata wang emas Johor dikenali sebagai kupang.  Tiap-tiap mata wang tertera nama raja yang

memerintah dan di belakangnya tertulis gelaran sultan seperti Khalifatul Muslimin.

 Pada masa itu, pedagang Eropah menggunakan wang perak, manakala pedagang India, China dan Arab menggunakan emas atau wang emas.

 Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu.

 Cukai merupakan sebahagian pendapatan kerajaan kemudian disalurkan untuk pembangunan negara.

 Perkembang system percukaian di Melaka seiring dengan dengan kepesatan perdagangan.

 Di Melaka para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai.

 Cukai terbahagi kepada beberapa jenis iaitu cukai tetap (eksport) dikenakan kepada pedagang India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu sebanyak 6% daripada nilai barangan yang dibawa, pedagang Jepun dan China pula dikenakan cukai sebanyak 5%.

 Sesetengah barang tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan.

 Orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3% dan orang asing lain dikenakan cukai 6%.

 Amalan riba tidak dibenarkan dalam urusan perdagangan orang Islam.  Golongan ceti yang memberikan

pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka.

 Penegasan amalan riba terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang.

 Golongan kaya dan berkemampuan disarankan supaya membayar zakat.

Referensi

Dokumen terkait