DEFINISI
Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali
diserata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung diantara sama lain.
Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894.
Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902.
Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.
SEJARAH
Radio Amatur atau dikenali sebagai “HAM” merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi dan hobi ini juga
memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio.
Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan
antenna dan sebagainya. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.
Apakah yang dikatakan hobi radio
amatur?
R
adio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapatmerasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di
mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.
Siapa yang boleh menyertai?
P
ada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendakberkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk
mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod).
Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang profesional.
TUJUAN PENGGUNAAN
Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:
1. Aktiviti komunikasi
2. Aktiviti ujikaji teknikal
3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan 4. Memantau (monitoring)
Aktiviti Komunikasi
Pengendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan
pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.
Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang berkomunikasi menggunakan radio
amatur.
Beliau merupakan pengendali radio amatur dengan callsign 9W2MUS
Sambungan tujuan
pengunaan
Aktiviti Ujikaji Teknikal
Pengendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam pembuatan radio, antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal.
Sambungan tujuan
pengunaan
Perkhidmatan Komunikasi Semasa Kecemasan
Di dalam keadaan darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dlln memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
Sambungan tujuan
pengunaan
Memantau (Monotiring)
Pengendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi didalam dan diluar negara serta stesyen angkasalepas.
Sambungan tujuan
pengunaan
BADAN KAWAL SELIA
ITU
International Telecommunication Union (ITU) atau Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa merupakan sebuah badan kawal selia dalam menetapkan segala frekuensi dan aktivti komunikasi
radio didunia.
IARU
International Amateur Radio Union (IARU) atau Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa merupakan sebuah badan dunia mengenai
SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia segala perkhidmatan yang melibatkan komunikasi di Malaysia.
MARTS
Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) atau Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia adalah satu-satunya persatuan radio amatur yang mewakili Malaysia didalam Kesatuan Radio Amatur Anatarabangsa.
Perkara Yang Dibenarkan
Dalam Radio Amatur
Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia. Berkomunikasi menggunakan radio VHF/UHF. Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.
Pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena. Berkomunikasi di orbit satelit tanpa kos.
Menjalankan kajian berkaitan ATV, slow scan TV dan hantaran
gambar menggunakan faksimili.
Mengambil bahagian dalam pertandingan radio amatur.
Perkara Yang Tidak Dibenarkan
Dalam Radio Amatur
Dilarang menggunakan untuk tujuan sosial. Sebarang penghebahan atau siaraya umum.
Untuk tujuan politik, keugaman dan unsur-unsur lucah.
Menyinggung perasaan orang lain atau pengendali radio amatur
Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur. Ianya
dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar. “Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi Dua bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”. “Prefix” ini telah dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan
geograpi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut, manakala “Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” (Tanda Panggilan) dari SKMM.
CALLSIGN ( TANDA
PANGGILAN)
Sambungan Callsign ( Tanda Panggilan)…….
“Prefix” dan “Suffix”
Contoh callsign ialah 9W2LNT
*Pilihan kita
*Telah ditetapkan
LNT
9W2
Suffix
Prefix
Sambungan Callsign ( Tanda Panggilan)…….
Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :
9W8xxx KELAS B SARAWAK 9M8xxx KELAS A SARAWAK 9W6xxx KELAS B SABAH 9M6xxx KELAS A SABAH 9W2xxx KELAS B S.MALAYSIA 9M2xxx KELAS A S.MALAYSIA
Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu
1. Simpleks (simplex)
2. Pancar ulang (repeater)
Simpleks
Operasi simpleks ialah komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke steen tanpa menggunakan repeater . Jarak komunikasi bergantung kuat kepada jenis antena,
ketinggian antena dan kekuatan kuasa pancaran. Jika kesemua faktor tersebut dapat diselaraskan dengan
sempurna, jarak komunikasi yang agak jauh dapat dicapai dengan jarak 20-30km.
Pancar ulang atau repeater
Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan
menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di
gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan
menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.
Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang
demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan
.
Sambungan Cara
Beroperasi…….
MEDIA WAYARLES
ANTENA
PEMANCAR PENERIMAANTENA
udara
tenaga
elektromagnet elektromagngelombang et
Konfigurasi Penghantaran Wayarles
Berarah Omni-Berarah
JENIS ALAT
PERHUBUNGAN
Radio RIG Mobile
FONETIK ABJAD
N - November O - Oscar P - Papa Q - Quebec R - Romeo S - Sierra T - Tango U - Uniform V - Victor W - Whiskey X - X-ray Y - Yankee Z - Zulu A - Alfa B - Bravo C - Charlie D - Delta E - Echo F - Foxtrot G - Golf H - Hotel I - India J - Juliett K - Kilo L - Lima M - MikeQ-kod.
Q-kod digunakan oleh operator CW yakni
Morse-Code. Q-kod bertujuan untuk
merengkaskan penghantaran mesej
melelaui Morse-Code.
Bagaimanapun Q-kod juga adalah
sebahagian daripada budaya radio
amateur dan digunakan diudara.
Janganlah ghairah sangat dengan
penggunaan Q-kod ini. Gunakan sesekali
sahaja bukannya sepanjang perbualan.
QRA - Nama station/handle atau alamat?
QRK - Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5). QRL - Jalur sedang digunakan atau Sebok.
QRM - Adakah anda mendapat gangguan?
QRO - Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran?/Kuasa tinggi. QRP - Perlukah saya merendah kuasa pancaran? Kuasa rendah. QRT - Berhenti dari memancar atau tutup station.
QRU - Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa lagi untuk anda atau itu sahaja dari saya.
QRV - Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.
QRX - Berhenti sementara (akan masok balek ke jaluran) atau saya akan panggil anda nanti, jam ………… atau tunggu
dijaluran atau bila nak panggil saya balek?
SENARAI Q-KOD
QRZ - Siapa yang memanggil saya ini? atau anda dipanggil oleh 9W2…… di V…..
QSA - Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 - S9)
QSB - Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau signal anda kian menurun (menghilang).
QSD - Penghantaran kurang baik atau pemancaran terok. QSL - Diterima dan faham.
QSN - Anda dengar saya? atau saya dengar anda. QSO - Perhubungan radio atau perbualan di radio.
QSP - Boleh sampaikan pesanan saya kepada …………..? atau saya akan sampaikan pesanan kepada ………..
QSY - Tukar ke jaluran lain.
QTH - Anda berada dilokasi mana sekarang?
CARA MEMANGGIL STESYEN
DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN
STESYEN YANG HENDAK DI PANGGIL (9W2MIE) DAN BARU LAH MENGENALKAN TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL (9M2DA)
CONTOH: NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO DI SINI NINE MIKE TWO DELTA ALPHA GANTI
CARA BERKOMUNIKASI
( Cara memanggil
CARA MENJAWAB PANGGILAN
BERINTRAKSI DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA
PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL DAN BARU LAH DI IKUTI TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MENERIMA
PANGGILAN.
CONTOH: NINE MIKE TWO DELTA ALPHA DI SINI NINE
WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO “NAMA SAYA AZMI, SAYA EJA, A, ALPHA, Z, ZULU, M, MIKE, I, INDIA, SAYA ULANG” UMUR SAYA………TAHUN. , SEMOGA DAPAT BERTEMU LAGI DI UDARA. KEMBALI KEPADA ANDA:
NINE MIKE TWO DELTA ALPHA, DI SINI, NINE WHISKEY TWO
MIKE INDIA ECHO, GANTI.
CARA BERKOMUNIKASI
( Cara menjawab
Jamboree Di Udara (JOTA) adalah acara tahunan di mana seramai lebih kurang 500,000 Pengakap di seluruh dunia akan berhubung di antara satu sama lain dengan melalui radio amatur. Ia dikira Jamboree sebenar di mana Pengalaman Kepengakapan ditukar-tukar dan idea-idea dikongsi, menyumbang ke arah persaudaraan Pengakap Sedunia.
Matlamat JOTA
Matlamat Jangka Panjang
2. Melahirkan Pengakap yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang komunikasi radio.
3. Mempunyai pasukan Pengakap yang berkemahiran dan Selalu Sedia untuk membantu kerja-kerja sukarela dalam bidang
komunikasi terutama ketika bencana.
4. Memastikan penyertaan aktif Pengakap Malaysia dalam JOTA setiap tahun.
5. Menaikkan imej Pengakap Malaysia pada pandangan mata masyarakat dunia.
JOTA Malaysia 0900hrs 17hb Mei – 1700hrs 18hb Mei 2008. JOTA Asia Pacifik 0001hrs 2hb Ogos – 2359hrs 3hb Ogos 2008 JOTA Dunia 0001hrs 18hb Okt – 2359hrs 19hb Okt 2008