• Tidak ada hasil yang ditemukan

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4043 Fiqh Mu'amalat (Minggu 2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4043 Fiqh Mu'amalat (Minggu 2)"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

WD4043

Fiqh Mu'amalat

(Minggu 2)

PENSYARAH:

(2)

SILIBUS

Jenis-Jenis Jual Beli:

Bai‟ Salam/Salaf, Bai‟ „Urbun,

Bai‟ al-Amanah : Tauliyah, Isyrak, Murabahah, Wadyi‟ah, Mustarsil.

(3)

Bai’ Salam/Salaf

Bai’Salam/Salaf

Perjanjian jual beli, dengan cara pemesanan barang dengan spesifikasi tertentu yang dibayar di muka dan penjual harus menyediakan barang tersebut dan diantarkan kepada sipembeli dengan tempat dan waktu penyerahan barang yang sudah ditentukan dimuka.

Dalam akad Salam,/Salaf barang yang diperjualbelikan harus dapat dihitung atau ditimbang beratnya, jenis, klasifikasi dan spesifikasinya juga harus jelas.

Apabila barang pesanan yang diantarkan lebih baik spesifikasinya sipembeli harus mau menerima dan sipenjual tidak berhak untuk memperoleh tambahan pembayaran, namun sebaliknya jika barang yang diantarkan lebih buaruk spesifikasinya, maka sipembeli berhak

(4)

PENSYARIATAN BAI’SALAM

Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk

waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya” (QS Al-Baqarah [2]: 282).

I

bn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w datang ke Madinah dimana penduduknya melakukan salaf dalm buah (utk jangka waktu), 1,2 dan 3 tahun. Baginda

berkata: “Barangsiapa yang melakukan salaf hendaklah lakukan dengan tukaran yang jelas untuk jangka waktu yang diketahui.

(5)

KESAN HUKUM BAI’SALAM

Pembeli – sabit hak milik barang yang dibeli secara salam yang akan diterima kemudian dengan sabitnya hak harga salam yang diserahkan kepada penjual salam. Harus hukum pemilikan kerana keperluan manusia.

Hak pembeli (barangan rosak selepas diterima) – menerima seadanya. Memulangkan dengan

menaplikasikan – khiyar „aib sahaja dan bukan khiyar‟ yang lain.

(6)

Dari Amru bin Syu‟aib, dari ayahnya dari pak cik nya, ia berkata bahwa Nabi SAW melarang jual beli Urban.” (HR. Ahmad, Nasa‟i, Abu Daud dan Hadits ini diriwayatkan juga oleh Imam Malik dalam Al-Muwatha‟)

Secara bahasa, urbun atau urban dalam bererti meminjamkan dan memajukan Secara Istilah, jual beli suatu barangan

dengan pembeli perlu membayar sebahagian daripada harga barangan yang dibeli kepada penjual.

Bayaran ini akan menjadi hadiah kepada penjual jika jual beli tersebut dibatalkan.Dan dikira sebagai sebahagian daripada harga barangan jika diteruskan

(7)

Bai’ Al-Úrbun

Memiliki 2 bentuk contohnya:

1. Seorang beli jam lalu penjual memberi kepada

pembeli sebahagian daripada harga barang sekiranya sempurna jual beli dikira nilainya sekiranya tidak jadi jual beli dia harus pulangkan apa yang dia dapat dari pembeli.

2. Seorang membeli barangan lalu diberikan kepada pemilik barang sebahagian daripada harganya

sekiranya sempurna jual beli dikira sebagai harganya dan sekiranya tidak jadi tidak dipulangkan kepada pembeli.

(8)

Secara bahasa, amanah ertinya tenang dan tidak takut. Terkadang kata amanah juga digunakan untuk

menamakan wadi`ah (barang titipan)

Secara istilah, jual beli amanah digunakan untuk menamakan transaksi yang menuntut kepercayaan bagi penjual, kerana informasi yang telah dia

sampaikan kepada pembeli merupakan amanahnya. Kerana itu, jual beli amanah adalah jual beli yang dibangun atas prinsip saling percaya dan amanah antara kedua belah pihak

(9)

Bai’ al-Amanah

Bai‟ al-Amanah ada 5 bentuk:

1. Jual beli Tauliyah

2. Jual beli Isyrak

3. Jual beli Murabahah

4. Jual beli Wadhi‟ah/Muhatatah

5. Jual beli Mustarsil

(10)

Tauliyah secara bahasa berasal dari kata: “walla”,

yang ertinya memberi kuasa. Tauliyah bererti

memberi kuasa kepada orang lain untuk memiliki

atau mengunakan sesuatu barang.

Secara istilah, jual beli Tauliyah adalah apabila

penjual menjual dengan harga yang sama seperti

harga belinya pada awalnya tanpa sembarang

untunge, dan penjual menyampaikan harga belinya

kepada pembeli.

(11)

Jual beli Tauliyah

Contoh:

A membeli kereta dengan harga $36,000. A memberi tahu B bahwa dia membeli motor tersebut berharga $36,000. Dia tawarkan motornya kepada B dengan harga yang sama, tanpa mengambil keuntungan sedikitpun.

Transaksi ini dimasukkan dalam bai` amanah kerana dalam transaksi ini, penjual menyampaikan harga belinya. Hal ini menuntut adanya amanah dari penjual tentang kebenaran informasi yang dia sampaikan.

(12)

Jual beli ini hampir sama seperti tauliyah tetapi

hanya membabitkan sebahagian yang dijual sahaja,

bukan seluruhnya. Contoh:

Saya serahkan separuh dari kontrak kereta ini

kepada anda sebagai rakan kongsi dengan nilai

separuh harga asal.

Bahagian yang ingin dikongsi perlu dinyatakan

dengan jelas.

(13)

Murabahah

Murabahah adalah satu bentuk jual-beli yang bersifat amanah.

Definisi secara fiqh: Bai al-Murabahah adalah akad jual beli atas barangan tertentu, dimana transaksi jual beli tersebut menyebutkan dengan jelas barang yang

diperjual belikan termasuk harga pokok pembelian dan keuntungan yang diambil.

Bai‟ al-Murabahah dapat di lakukan untuk pembelian secara pemesanan dan biasa disebut sebagai

(14)

Dalil Murabahah

Firman Allah s.w.t. “….Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al Baqarah: 275)

Dari Suhaib ar-Rumi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda. “Tiga hal yang di dalamnya terdapat keberkahan: jual beli secara tangguh, muqradhah

(mudharabah) dan mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan rumah, bukan untuk di jual (HR Ibnu Majah)

(15)

Syarat Bai’ al- Murabahah

1. Penjualan memberitahu biaya modal kepada pembeli. 2. Kontrak pertama harus syah sesuai dengan rukun yang

ditetapkan

3. Kontrak harus bebas dari riba

4. Penjual harus menjelaskan kepada pembeli bila terjadi cacat atas barang sesudah pembelian.

5. Penjualan harus menyampaikan semua hal yang berkaitan degnan pembelian misalnya jika pembelian dilakukan secara hutang.

Secara prinsip, jika syarat (1), (4) atau (5) tidak dipenuhi, pembeli memiliki pilihan; melanjutkan pembelian , kembali kepada penjual dan menyatakan ketidak setujuan atas barang yang di jual.

(16)

Wadhi`ah secara bahasa ertinya kerugian. Bisa

juga digunakan untuk menamakan pajak yang

diambil oleh pemerintah.

Secara istilah, wadhi`ah bererti menjual barang

dengan harga yang lebih rendah dari pada harga

beli dan pembeli diberi tahu tentang harga belinya.

Sehingga sistem jual beli ini merupakan

berlawanan dari jual beli murabahah.

(17)

al-Mustarsil, adalah pembeli yang tidak tahu harga pasaran, tetapi menyerahkan sepenuhnya atas dasar kepercayaan kepada penjual. Kata kuncinya di sini, "harga pasaran".

Ghabn al-Mustarsil pula ialah situasi penjual mempergunakan sepenuhnya kejahilan dan kenaifan pengguna dengan menjual sesuatu melebihi harga pasaran, sedangkan pengguna

memberi kepercayaan kepadanya. Lebih-lebih lagi penjual yang bermulut manis.

Contoh syarikat pemasaran emas meletakkan yuran yang mahal dengan mendakwa jika yuran ini dibayar, pelanggan akan mendapat harga ahli dan dikatakan harga itu harga kilang. Sedangkan harga ahli

(18)

Hukum Ghabn al-Mustarsil لسرتسملا نبغ

Para sarjana bersepakat bahawa hukumnya adalah tidak elok dan berdosa jika memang ada unsur penipuan, atau sekurang-kurangnya, penyembunyian maklumat dengan sengaja (tadlis). Ada juga sarjana menggunakan hadis: "Ghabnu al-mustarsil, riba" namun hadis ini sangat daif, tidak boleh dijadikan sandaran hukum.

Namun sarjana berbeza pendapat tentang sah atau jual beli ini, juga berbeza pandangan sama ada pengguna ada hak untuk khiyar (membatalkan semula akad). Majoriti sarjana terutama daripada mazhab Hanbali dan Maliki menganggapnya sebagai al-ghubn (menipu dan eksploitasi harga) yang haram, dan

memberi hak khiyar (pilihan untuk membatalkan urus niaga selepas berlaku jual beli) kepada pembeli.

(19)

Hukum Ghabn al-Mustarsil لسرتسملا نبغ

Manakala mazhab Syafi'i dan Hanafi, tidak menganggap al-ghubn ini membatalkan akad, dan tidak memberikan hak khiyar kepada pelanggan. Ini kerana mereka berpendapat, pembeli itu sendiri yang cuai kerana tidak menggunakan haknya untuk

menyelidik harga pasaran sebelum membuat pembelian.

Namun seperti hukum al-ghabn (keuntungan yang berlebihan) yang lain, para sarjana tidak mennggap haram jika ia tidak

keterlaluan.

Jika pelanggan sudah dijelaskan tentang harga pasaran, tentang kenapa harga dijual mahal, dan penjelasan itu benar-benar

memberi pengetahuan dan bukan berunsur cubaan

(20)

Jual beli Muzayadah (Lelong)

Muzayadah adalah dimana pembeli bersaing dalam

menambah harga barang dagangan yang ditawar

untuk dijual.Contoh:

Seorang penjual menwarkan barang dagangannya

di pasar (di hadapan para calon pembeli),

kemudian para calon pembeli saling bersaing

dalam menambah harga, kemudian barang

dagangan itu diberi kepada orang yang tertinggi

dalam memberikan harga.

(21)

Jual beli muzayadah dibenarkan

Dilarang, apabila tawaran berlaku semasa waktu

khiyar pembeli atau penjual. Rasulullah s.a.w

bersabda:

“Janganlah seseorang lelaki berjual beli atas

jual beli saudaranya” “Janganlah seseorang

muslim bermenawar atas

tawar-menawar saudaranya

(22)

Contoh larangan:

A sedang bersepakat bersama B untuk menjual

kepadanya jam yang berharga $150.

Datang C kepada mereka dan menawar A

untuk membelinya dengan harga lebih tinggi

X

Datang C kepada mereka dan menawar B

dengan harga lebih rendah bagi jam yang

serupa

X

(23)

Menurut bahasa : Pokok yang dibiarkan oleh

pemiliknya untuk makanan sendiri.

Menurut syarak : Menjual kurma basah (rutob)

yang masih di atas pokok secara andaian dengan

kurma (tamar), atau pun menjual anggur secara

andaian dengan kismis, dan kadarnya adalah

kurang daripada 5 wasaq iaitu bersamaan

dengan lebih kurang 700 kg.

(24)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada

Sahl bin Abu Hathmah r.a : “Rasulullah s.a.w

melarang jual beli buah-buahan dengan kurma

(tamar) tetapi Baginda memberi pengecualian

untuk jual beli araya yang dijual secara andaian,

supaya pembelinya boleh makan kurma yang

basah (rutob)”

Hukum ini boleh diqiaskan dengan anggur dan

kismis. Ini kerana kedua-dua buah-buahan ini

adalah harta yang dikenakan zakat dan boleh di

andai serta boleh disimpan apabila kering.

(25)

BAI’ TASRIYAH

Jual beli “tasyriah” atau “Musorrah”, adalah jual

beli unta atau kambing atau lembu yang dimana

secara sengaja tidak diperah susunya selama

beberapa hari degan tujuan untuk mengumpul

susu di dalam pundi susu haiwan tersebut.

Kotrak jual beli ini sah tetapi diharamkan keran

wujud unsur penipuan dan pemalsuan

(26)

Jika pembeli megetahui keduduakn sebenar, dia

berhak memulangkan semula belian tersebut

serta merta kerana belian tersebut termasuk

dalam hukum khiyar dan boleh dipulangkan

kerana kecatatan tertentu.

Jika pembeli memulangkannya, dan dia telah

memerah susunya, dia hendaklah

memulangkanya bersama dengan segantang

kurma sebgai ganti kepada susu atau

memulangkan susu yang telah diperahnya.

(27)

PERBINCANGAN KELOMPOK

(28)

Referensi

Dokumen terkait

Tema superordinat yang ditemukan mencakup (1) Persepsi keluarga terhadap kanker sebagai penyakit yang mengancam kehidupan, (2) Pengalaman keluarga merawat penderita kanker,

Mengidentifikasi Ancaman, dengan menganalisis hasil wawancara dan daftar kebutuhan keamanan yang ada pada perusahaan, maka dapat dilakukan identifikasi terkait

Muamalat Indonesia Cabang Pekanbaru. 8 Hendri Fastiawan, Analisis Pengaruh Kualitas Layanan Terhadap Loyalitas Nasabah Dengan Kepuasan Dan Kepercayaan Nasabah Sebagai

UIN Sumatera Utara telah melihat seberapa jauh kinerja pelayanan yang diberikan kepada pengunjung dalam meningkatkan minat baca mahasiswa karena dalam merealisasikan

Yule (2014:92-94) membagi tindak tutur berdasarkan fungsi umumnya menjadi lima bentuk, yaitu: (a) deklarasi, memberikan tuturan yang baru secara benar pada

Penelitian ini bertujuan untuk melihat pemahaman mahasiswa Pendidikan Guru Pendidikan Anak Usia Dini (PG-PAUD) Universitas Muslim Nusantara (UMN)

Defenisi system konstruksi dalam bangunan merupakan bagian atau elemen yang menempel pada system struktur utama, sedangkan fungsi dari system konstruksi adalah elemen yang

Kenaikan indeks terjadi pada kelompok bahan makanan 0,19 persen; perumahan, air, listrik, gas, dan bahan bakar 0,20 persen; kelompok sandang 0,96 persen; kelompok