Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
10
PENERAJU
TEKNOLOGI FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
LATAR BELAKANG
FTKKI
• UMT ialah universiti 2.3% terbaik di Asia
• UMT menerajui kajian sumber akuatik
• Peluang mengikuti kursus pendek di Jepun, Thailand, Indonesia dan Filipina
• Belajar budaya tempatan dan antarabangsa
• Yuran pengajian yang sangat rendah
MENJADI PUSAT AKADEMIK TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GLOBAL YANG UNGGUL DENGAN KELESTARIAN SEJAGAT
MEMACU PEMBANGUNAN DAN
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DENGAN MELAHIRKAN GRADUAN BERPRESTASI TINGGI YANG INOVATIF DAN HOLISTIK
KENAPA
MEMILIH KAMI
FAKULTI
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK (FTKKI), Universiti Malaysia Terengganu merangkumi pelbagai disiplin ilmu, iaitu Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Komputer, Matematik, Alam Sekitar dan Maritim untuk melahirkan graduan yang berdaya
saing di peringkat global.
FTKKI menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang teknologi dan kejuruteraan seperti kejuruteraan maritim, kejuruteraan
mekanikal, awam, elektrik dan elektronik, kimia dan alam sekitar, ilmu informatik, sains komputer, matematik dan statistik di bawah satu fakulti bagi memperkasa tujahan ilmu dan penyelidikan dalam bidang pengkhususan berkaitan kejuruteraan kelautan selari dengan visi serta misi UMT.
Objektif utama FTKKI ditubuhkan adalah untuk menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan industri, seterusnya melahirkan graduan yang holistik, berketrampilan, inovatif dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam pasaran kerja. FTKKI juga menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan yang menyokong pembangunan ilmu dan ekonomi Negara serta menjadi pusat rujukan dalam menangani isu semasa dan melaksanakan program pemindahan ilmu bagi kelestarian sejagat.
PENERAJU
TEKNOLOGI FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
4 TAHUN
8 SEMESTER
4 TAHUN
8 SEMESTER
Tempoh Pengajian Tempoh Pengajian
Teknologi Maritim merupakan bidang memfokuskan pengajian kepada penggunaan teknologi, operasi dan sistem yang digunakan dalam sektor industri maritim, kejuruteraan pesisir dan luar pantai.
Program ini dirangka khas untuk melahirkan graduan yang akan mengembangkan ilmu, menyumbang kepakaran untuk berkhidmat dan menerajui syarikat perkapalan, limbungan, pembinaan kapal, syarikat minyak dan gas serta agensi kerajaan berkaitan industri maritim di dalam dan luar negara.
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) adalah program yang menggabungkan sains, senibina kapal dan kejuruteraan sistem permesinan kapal. Teras program ini meliputi pengajian yang berkaitan dengan senibina kapal, hidrostatik dan kestabilan statik/dinamik kapal atau struktur terapung, permesinan dan instrumentasi kapal, loji kuasa kapal, pengurusan dan sistem operasi kapal, serta keselamatan berdasarkan piawaian oleh agensi keselamatan marin dan Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO). Elemen-elemen
yang diterapkan termasuklah senibina dan pembinaan kapal, kejuruteraan mekanikal marin, elektrikal, elektronik, perisian dan keselamatan yang digunakan dalam proses rekabentuk kejuruteraan, pengkelasan, penyelenggaraan, dan operasi untuk kapal dan struktur terapung yang lain. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran profesional untuk pekerjaan dalam industri perkapalan, marin dan juga minyak dan gas.
PENGENALAN PROGRAM
PENGENALAN PROGRAM
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
1. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang teknologi/
kejuruteraan marin, pesisir dan luar pantai.
2. Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang senibina kapal, kejuruteraan Marin, pesisir dan luar pantai.
• Jurutera Marin
• Jurutera Teknologis Marin
• Jurutera Teknologis Pembinaan &
Penyenggaraan
• Eksekutif Teknikal
Pelabuhan, Limbungan atau Industri Marin
• Pegawai QC
• Surveyor Marin
• Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 3. Kemudahan makmal
yang mencukupi.
4. Peluang menjalani latihan industri di syarikat pembuatan kapal, syarikat minyak dan gas dan pelabuhan.
• Pegawai Pelabuhan
• Perancang Projek
• Jurutera Teknologis Aplikasi
• Eksekutif Teknikal/Jualan
• Pensyarah/Pendidik
• Pegawai Agensi Piawaian
• Pegawai Operasi Marin
• Jurutera Perolehan
• Pegawai Sains/Penyelidik
SYARAT KHAS PROGRAM
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
1. Program teknologi kejuruteraan yang melibatkan 60% “hands-on”
selari dengan keperluan kemahiran di industri.
2. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang maritim, marin, dan minyak dan gas.
3. Mendapat pengiktirafan Badan professional (Malaysia Board of Technologists)
• Arkitek Kapal
• Jurutera Marin
• Jurutera Teknologis Permesinan/
Instrumentasi Kapal
• Jurutera Teknologis Pesisir & Luar Pantai
• Jurutera Teknologis Pembinaan &
Penyenggaraan
• Perunding Rekabentuk Kapal
4. Kemudahan makmal yang komprehensif.
5. Peluang menjalani latihan industri di syarikat pembinaan dan permesinan kapal, syarikat minyak dan gas, pelabuhan terkemuka, agensi kerajaan dan institusi latihan dan pendidikan.
• Surveyor Marin
• Pegawai QC
• Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
• Pegawai Operasi Marin
• Pensyarah /Pendidik
• Pegawai Agensi Piawaian
• Eksekutif Teknikal/Jualan
• Jurutera Perolehan
• Pegawai Sains/
Penyelidik
1. LEPASAN STPM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan/
Matematik Moden/Matematik Tambahan/Fizik.
2. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam salah satu mata pelajaran berikut: Matematik/Fizik/Fizik Kejuruteraan/
Kejuruteraan Asas.
1. LEPASAN STPM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran berikut: Matematik (T)/Matematik (M)/Matematik Tambahan (T)/Fizik.
2. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam salah satu mata pelajaran berikut: Matematik/Fizik/Fizik Kejuruteraan/
Kejuruteraan Asas.
3. LEPASAN DIPLOMA:
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.
4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET)
3. LEPASAN DIPLOMA:
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.
4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET)
SYARAT KHAS PROGRAM
TEKNOLOGI
MARITIM SENIBINA
KAPAL
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
DENGAN KEPUJIAN DENGAN KEPUJIAN
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL
01 02
Program ini merupakan bidang pengajian antara disiplin yang menggabungkan aspek sains, teknologi dan kejuruteraan alam sekitar. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang memfokuskan kepada penyelesaian terhadap isu-isu alam sekitar dari segi pemantauan, kawalan pencemaran air, udara dan tanah serta teknologi rawatannya. Program ini juga sangat menekankan penguasaan prinsip-prinsip asas, kemahiran praktikal berorientasikan industri dan khidmat kepada masyarakat bagi mempersiapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran penambah nilai untuk peluang kerjaya yang lebih luas dan dinamik. Kurikulum program ini merangkumi kursus-kursus dalam skop alam sekitar seperti undang-undang dan peraturan alam sekitar, pengurusan alam sekitar, hidrologi dan pengurusan sumber air, teknologi
rawatan air dan air sisa, kualiti dan pencemaran udara, pengurusan sisa pepejal dan sisa berbahaya, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penilaian kesan kepada alam sekeliling, rekabentuk alam sekitar serta kursus-kursus elektif lanjutan dengan topik-topik terkini seperti kelestarian, tenaga keterbaharuan, teknologi pemisahan
dan bahan mampan.
ALAM SEKITAR
SARJANA MUDA TEKNOLOGI
03
4 TAHUN
8 SEMESTER
Tempoh Pengajian
1. LEPASAN STPM:
a. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu mata pelajaran:
Matematik T/Fizik/Kimia/Biologi pada peringkat STPM; ATAU b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran:
Matematik M/Ekonomi/Pengajian Perniagaan/Seni Visual/Sains Sukan/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Perakaunan/Geografi pada peringkat STPM;
DAN,
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran: Fizik/
Kimia/Biologi/Sains/Matematik Tambahan pada peringkat SPM; ATAU, Mendapat Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran: Sains/Sains Tambahan/
Matematik/Lukisan Kejuruteraan/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Awam/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Rekacipta/Asas Kelestarian/Sains Komputer/
Pembinaan Domestik/
Grafik Komunikasi Teknikal/
Pendawaian Domestik/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/
Grafik Berkomputer/Pengajian Keusahawanan/Perniagaan/
Prinsip Perakaunan/Ekonomi/
Geografi/Pendidikan Seni Visual pada peringkat SPM.
2. LEPASAN STAM:
a. Lulus peperiksaan STAM sekurang- kurangnya tahap Jayyid;
DAN
b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran: Fizik/Kimia/Biologi/
Sains/Matematik Tambahan pada peringkat SPM; ATAU, Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran: Sains/Sains Tambahan/
Matematik/Lukisan Kejuruteraan/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Awam/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Rekacipta/Asas Kelestarian/Sains Komputer/
Pembinaan Domestik/
Grafik Komunikasi Teknikal/
Pendawaian Domestik/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/
Grafik Berkomputer/Pengajian
Keusahawanan/Perniagaan/
Prinsip Perakaunan/Ekonomi/
Geografi/Pendidikan Seni Visual pada peringkat SPM.
3. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana-mana satu mata pelajaran: Matematik/Fizik/Fizik Kejuruteraan/Asas Kejuruteraan pada peringkat Matrikulasi atau Asasi.
4. LEPASAN DIPLOMA/SETARAF:
Mendapat PNGK 2.00 pada peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti.
5. Lulus penilaian APEL yang disahkan oleh MQA dalam bidang berkaitan untuk kelayakan kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda (Tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia).
* calon mestilah memenuhi syarat kelayakan kemasukan APEL yang disahkan oleh MQA sebelum memohon program pengajian yang berkaitan.
6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET)
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
1. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang teknologi & kejuruteraan alam sekitar
2. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang teknologi alam sekitar
• Pegawai/Pengurus/Ahli teknologi dalam semua bidang alam sekitar
• Pegawai perunding dan penilai alam sekitar
• Pegawai keselamatan dan kesihatan persekitaran/pekerjaan 3. Kemudahan makmal
yang mencukupi 4. Pengajaran teori dan
praktikal yang seimbang
• Pegawai penyelidik
• Pendidik (guru dan pensyarah)
SYARAT KHAS PROGRAM PENGENALAN
PROGRAM
DENGAN KEPUJIAN
https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI)
Program ini menjuruskan pelajar kepada kefahaman tentang teori pembangunan dan aplikasi bagi sistem perisian. Ini termasuk kemahiran dalam penyelesaian masalah, rekabentuk sistem perisian, pengujian perisian dan penyenggaraan sistem.
Selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0, bidang sains komputer dan teknologi maklumat merupakan teknologi penggerak pembangunan sosial yang mampu mewujudkan masyarakat bermaklumat. Kedua-dua bidang ini sangat penting untuk persaingan industri. Oleh itu, bersesuaian dengan seruan
kerajaan, tenaga mahir dalam jurusan kejuruteraan perisian adalah sangat diperlukan.
KEJURUTERAAN PERISIAN
SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER
04
3.5 TAHUN
7 SEMESTER
Tempoh Pengajian
1. LEPASAN STPM:
(i) Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran; DAN mendapat sekurang-kurangnya kredit/
kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
Matematik Tambahan; ATAU Matematik DAN salah satu mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan
ATAU
(ii) Lulus STPM dalam aliran Sains atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut: Matematik (T);
Dan satu (1) mata pelajaran Sains/
ICT.
2. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi DAN Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan; ATAU Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan.
3. LEPASAN DIPLOMA/SETARAF:
(i) Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer/Kejuruteraan Perisian/Teknologi Maklumat/
Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50 ATAU
(ii) Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan minimum PNGK 2.50.
4. Lulus penilaian APEL yang disahkan oleh MQA dalam bidang berkaitan untuk kelayakan kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda (Tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia).
* calon mestilah memenuhi syarat kelayakan kemasukan APEL yang disahkan oleh MQA sebelum memohon program pengajian yang berkaitan.
5. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
1. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang kejuruteraan perisian 2. Tenaga pengajar yang
berpengalaman 3. Kemudahan
pembelajaran dan makmal terkini
• Jurutera Perisian
• Pentadbir Rangkaian
• Pentadbir Sistem
• Pembangun Sistem Perisian
• Pentadbir Pangkalan Data
• Pengaturcara/
• Penganalisa Aturcara
• Penguji Perisian 4. Pengajaran
teori dan praktikal yang seimbang
• Pegawai Teknologi Maklumat
• Pensyarah IT
• Juruanalisa Sistem
• Juru Perunding IT
• Pelatih IT
• Jurureka Web
• Jurutera Rangkaian
• Peluang Pengajian Siswazah
SYARAT KHAS PROGRAM PENGENALAN
PROGRAM DENGAN KEPUJIAN
INFORMATIK MARITIM
1. LEPASAN STPM:
(i) Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran; DAN Mendapat sekurang-kurangnya kredit/
kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
Matematik Tambahan; ATAU Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan
ATAU
(ii) Lulus STPM dalam aliran Sains atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut: Matematik (T);
DAN satu (1) mata pelajaran Sains/
ICT.
2. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana- mana dua (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi DAN mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan; ATAU Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan.
3. LEPASAN DIPLOMA/SETARAF:
(i) Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer/Kejuruteraan Perisian/Teknologi Maklumat/
Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50 ATAU
(ii) Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan minimum PNGK 2.50
4. Lulus penilaian APEL yang disahkan oleh MQA dalam bidang berkaitan untuk kelayakan kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda (Tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia).
* calon mestilah memenuhi syarat kelayakan kemasukan APEL yang disahkan oleh MQA sebelum memohon program pengajian yang berkaitan.
5. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang sains komputer dan industri maritim yang merangkumi bidang perkapalan dan pelabuhan
• Pegawai Teknologi Maklumat
• Jurutera Perisian
• Juruanalisa Sistem
• Pentadbir Pangkalan Data
• Pentadbir Sistem
• Pembangun Sistem Perisian
• Juru Perunding IT
• Penguji Perisian
• Jurureka Web
• Pelatih IT
• Pengaturcara dan Penganalisa Aturcara
2. Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang komputer dan maritim 3. Kemudahan
pembelajaran dan makmal terkini 4. Pengajaran teori
dan praktikal yang seimbang
• Pensyarah IT
• Pentadbir Rangkaian
• Jurutera Rangkaian
• Juruanalisa Kecerdasan Maritim
• Pakar Pembangunan Bisnes Maritim
• Eksekutif Sistem Sokongan dan Bisnes Maritim
• Pegawai Penyelidik dalam Bidang Kejuruteraan Perisian dan Informatik Maritim
• Juruanalisa Sistem Maritim
• Peluang Pengajian Siswazah Program ini merupakan program interdisiplin yang membuka peluang kepada
pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pembangunan aplikasi teknologi komputer dalam industri maritim. Di samping pembangunan aplikasi maritim, di antara cabang lain dalam informatik maritim yang boleh diterokai adalah pengurusan data maritim, sistem maklumat maritim, maritim analitik dan visualisasi data maritim. Seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, pemerkasaan teknologi digital, robotik, kepintaran buatan dan data raya amat penting dalam menyokong sektor perkapalan dan pengangkutan maritim. Oleh demikian, lebih ramai graduan sains komputer yang dilengkapkan dengan pengetahuan maritim diperlukan.
Sehubungan itu, program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang
holistik dalam memenuhi kehendak industri berteknologi tinggi dan menyokong pembangunan dan penyelidikan khusus dalam
industri maritim.
05
3.5 TAHUN
7 SEMESTER
Tempoh Pengajian
PENGENALAN PROGRAM
SARJANA MUDA
SAINS KOMPUTER DENGAN
(KEPUJIAN)
https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI)
Program ini mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membangunkan aplikasi mudah alih dan web. Di samping melahirkan graduan yang dapat mengisi keperluan tenaga kerja semasa dan akan datang, program ini dapat meningkatkan prospek dan laluan kerjaya graduan menerusi fungsi pekerjaan
baharu yang wujud hasil daripada perubahan dalam landskap ICT berikutan peralihan kepada
teknologi mudah alih dan IR4.0.
KOMPUTERAN MUDAH ALIH
SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER
06
3.5 TAHUN
7 SEMESTER
Tempoh Pengajian
1. LEPASAN STPM:
(i) Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran; DAN Mendapat sekurang-kurangnya kredit/
kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan;
ATAU Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan
ATAU
(ii) Lulus STPM dalam aliran Sains atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut: Matematik (T);
DAN satu (1) mata pelajaran Sains/
ICT.
2. LEPASAN STAM :
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mendapat sekurangnya Pangkat Jayyid; dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran; DAN Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan; ATAU Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan.
3. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi DAN Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan; ATAU Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan.
4. LEPASAN DIPLOMA/SETARAF:
(i) Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer/Kejuruteraan Perisian/Teknologi Maklumat/
Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50 ATAU
(ii) Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan minimum PNGK 2.50.
5. Lulus penilaian APEL yang disahkan oleh MQA dalam bidang berkaitan untuk kelayakan kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda (Tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia).
* calon mestilah memenuhi syarat kelayakan kemasukan APEL yang disahkan oleh MQA sebelum memohon program pengajian yang berkaitan.
6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang pembangunan aplikasi mudah alih (apps) 2. Kurikulum berpandukan
piawaian industri dan piawai ACM bidang komputeran
• Pembangun Aplikasi IOS
• Pegawai Teknologi Maklumat
• Pembangun Aplikasi Android
• Pentadbir Sistem
• Pembangun Front-End/
Full Stack
• Pentadbir Pangkalan Data
• Pembangun Sistem Perisian
3. Mod pengajian 2u2i (2 ½ tahun di universiti dan 1 tahun di industri)
4. Program pensijilan (ACAD, CPRE, CTFL, CompTIA)
• Pentadbir Rangkaian
• Jurutera Perisian
• Juru Perunding IT
• Jurureka Web
• Pensyarah IT
• Juruanalisa Sistem
• Pelatih IT
• Pengaturcara/Penganalisa Aturcara
• Peluang Pengajian Siswazah
PENGENALAN PROGRAM
DENGAN KEPUJIAN
Bidang elektronik termaju memainkan peranan yang semakin berkembang dalam perniagaan, komunikasi dan pendidikan.
Pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektronik dan instrumentasi mempunyai permintaan hampir di mana-mana industri yang menggunakan peralatan elektronik dan automasi. Justeru itu, program ini memberi pendedahan khusus kepada bidang tersebut.
Graduan lepasan program ini akan mempunyai pemahaman asas fizik dan elektronik yang kukuh dan mantap. Kedua-dua elemen ini yang digabungkan ke dalam instrumentasi akan membolehkan graduan menggunakan konsep-
konsep tersebut untuk mencipta, mengubahsuai atau membaik pulih komponen-konponen yang digunapakai di dalam sistem automasi industri dan robotik sejajar dengan kehendak semasa
di zaman industri 4.0.
ELEKTRONIK &
INSTRUMENTASI
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
07
3.5 TAHUN
7 SEMESTER
Tempoh Pengajian
1. LEPASAN STPM
Mendapat C (NGMP 2.00) dalam mana- mana satu mata pelajaran, Matematik (T)/Matematik (M)/Fizik/Kimia/Biologi.
ATAU
Mendapat C (NGMP 2.00) dalam mana- mana satu mata pelajaran, Matematik (M)/ Perakaunan/Ekonomi/Pengajian Perniagaan/Seni Visual/Sains Sukan/
Teknologi Informasi dan Komunikasi/
Geografi.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian Atas (Gred C+) pada peringkat SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Kepujian (Gred C) dalam mana-mana satu mata pelajaran, Fizik/Kimia/Biologi/Sains/
Sains Tambahan/Matematik Tambahan/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Reka Cipta/Sains Komputer.
2. LEPASAN STAM
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian Atas (Gred C+) pada peringkat SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Kepujian (Gred C) dalam mana-mana satu mata pelajaran, Fizik/Kimia/Biologi/Sains/
Sains Tambahan/Matematik Tambahan/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Reka Cipta/Sains Komputer.
3. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana-mana satu mata pelajaran, Matematik/Fizik/
Fizik(Kejuruteraan)/Asas Kejuruteraan 4. LEPASAN DIPLOMA
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
5. Lulus penilaian APEL yang disahkan oleh MQA dalam bidang berkaitan untuk kelayakan kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda (Tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia).
* calon mestilah memenuhi syarat kelayakan kemasukan APEL yang disahkan oleh MQA sebelum memohon program pengajian yang berkaitan.
6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET)
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Menggabungkan teori
& ‘hands-on’ dengan kepakaran yang berkaitan dalam bidang elektronik &
instrumentasi yang relevan dengan kehendak industri.
2. Mempunyai kelengkapan makmal yang menyokong kurikulum program.
• Jurutera Automasi
• Jurutera Sistem Elektronik
• Jurutera Instrumentasi
• Jurutera Kualiti
• Jurutera R&D 3. Peluang untuk mengikuti
pelbagai pertandingan inovasi di peringkat universiti
& kebangsaan.
4. Peluang pekerjaan akan terus meningkat seiring dengan memuncaknya perubahan teknologi.
• Jurutera IoT
• Jurutera Bahan
• Jurutera Jualan
• Pengurus Teknikal
• Pensyarah
• Pegawai Sains
• Pegawai Penyelidik
PENGENALAN
PROGRAM DENGAN KEPUJIAN
https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI)
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri (IR) 4.0, beberapa kursus dalam program ini telah diadun dengan modul SAS yang membolehkan graduan memperoleh sijil profesional SAS yang mengiktiraf mereka sebagai saintis data di peringkat antarabangsa. Selain itu, program ini juga melatih pelajar untuk berfikir secara logik, tersusun dan tepat, dan seterusnya membantu mereka dalam mencari penyelesaian yang efektif dalam bidang berkaitan. Pada akhir pengajian pula, pelajar akan menjalani latihan industri selama 24 minggu di industri sama ada sektor awam mahupun swasta, di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Semasa di industri, pelajar akan diselia oleh penyelia daripada industri dan berpeluang untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di bilik kuliah serta menempuh pengalaman sebenar alam pekerjaan sebagai persediaan untuk ke alam kerjaya.
Program ini merupakan satu program yang dibangunkan untuk memberi ilmu tentang aplikasi kaedah matematik seperti teori kebarangkalian, statistik, pengoptimuman, analisis stokastik dan teori ekonomi dalam permasalahan bidang kewangan yang meliputi pelaburan, insurans, kewangan Islam, analisis risiko dan sebagainya.
Kurikulum program ini telah diadun lengkap bagi memenuhi sebelas domain hasil pembelajaran program yang disarankan oleh KPT.
Selain itu, seiring dengan perkembangan revolusi industri (IR) 4.0, beberapa kursus teras program telah diterapkan dengan modul SAS yang memberi pensijilan SAS kepada graduan di akhir program.
Pensijilan ini menjadi nilai tambah kepada graduan kerana diiktiraf di seluruh dunia dan mempunyai permintaan industri yang luas.
Bagi memastikan pelajar mendapat pengalaman bekerja sebenar, kursus Latihan Industri selama 24 minggu akan dilaksanakan pada semester terakhir dalam bidang kewangan atau industri lain yang berkaitan. Ilmu yang telah dipelajari selama berada di kampus boleh diaplikasikan semasa latihan ini selain menimba ilmu baharu dalam sektor yang berkenaan.
Program ini dibangunkan sebagai satu usaha untuk menghasilkan graduan terlatih dalam bidang Sains Matematik yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kepakaran mereka bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Kurikulum program telah diadun lengkap bagi memenuhi sebelas domain hasil pembelajaran program yang disarankan oleh KPT. Program ini pada asasnya adalah untuk menerapkan ilmu matematik serta statistik, dan juga konsep-konsep berkaitan dalam pelbagai bidang tumpuan seperti pemodelan, pengkomputeran, pengoptimuman, geometri, sains fizikal dan sebagainya. Pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai kaedah matematik terkini dan juga pengaturcaraan komputer.
PENGENALAN PROGRAM PENGENALAN
PROGRAM
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
1. Menggabungkan teori dan amali dengan kepakaran yang berkaitan dalam bidang sains matematik yang sentiasa relevan dengan kehendak industri.
2. Beberapa kursus diadun bersama modul SAS yang akhirnya pelajar memperolehi pensijilan SAS.
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Penganalisis Data
• Pengurus Sistem Maklumat Berkomputer
• Perekabentuk Model Berkomputer
• Guru/Pensyarah Matematik 3. Mempunyai kelengkapan
makmal dengan perisian terkini untuk menyokong keperluan program.
4. Latihan Industri selama 24 minggu di organisasi awam atau swasta, tempatan atau antarabangsa.
• Pentadbir pangkalan data
• Pakar logistik
• Penganalisis penyelidikan operasi
• Penganalisis komputeran
• Penganalisis ramalan
• Pemodel
• Arkitek Data
SYARAT KHAS PROGRAM
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
1. Struktur program yang berfokuskan kerjaya.
Pelajar boleh memilih pelbagai kursus elektif untuk memenuhi minat dan aspirasi kerjaya masing-masing.
2. Beberapa kursus diserapkan bersama modul SAS yang akhirnya pelajar memperolehi pensijilan SAS.
• Penganalisis Kewangan
• Penganalisis Kecerdasan Perniagaan
• Saintis/Penganalisis Data
• Perunding Perbankan Komersial/Pelaburan 3. Pensyarah memiliki
PhD dan berkepakaran dalam bidang Matematik Kewangan.
4. Peluang menjalani Latihan Industri di syarikat swasta dan agensi kerajaan.
• Penyelidik Pemasaran
• Penganalisis Pelaburan
• Eksekutif Pemantau dan Peramal Masa Nyata Kewangan
• Pengurus Risiko Kewangan
1. LEPASAN STPM:
Mendapat sekurang kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran matematik.
2. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran matematik.
1. LEPASAN STPM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik (T)/Matematik (M)
2. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut: Matematik
3. LEPASAN DIPLOMA:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana- mana SATU mata pelajaran matematik.
4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
3. LEPASAN DIPLOMA:
Bagi calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi tahun 2018 atau sebelumnya, mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:Matematik/Matematik (T)/Matematik (M)/Matematik Lanjutan/Matematik Kejuruteraan.
4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT KHAS PROGRAM
MATEMATIK
GUNAAN MATEMATIK
KEWANGAN
SARJANA MUDA SAINS SARJANA MUDA SAINS
08 09
3.5 TAHUN
7 SEMESTER
Tempoh Pengajian
3.5 TAHUN
7 SEMESTER
Tempoh Pengajian
DENGAN KEPUJIAN
DENGAN KEPUJIAN
profesional SAS yang dikenali sebagai «Pengkhususan Akademik SAS dalam Analitis Data yang diiktiraf secara global, beberapa kursus dalam program ini telah diumpukkan dengan modul SAS. Kurikulum program telah disepadukan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat dalam pasaran buruh berkemahiran tinggi yang boleh menganalisis jumlah data yang semakin bertambah dalam pelbagai disiplin dan mengubahnya menjadi maklumat yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.
Permintaan pekerja berkemahiran tinggi dalam pasaran buruh dalam sektor berasaskan IR4.0 akan meningkatkan prospek dan laluan kerjaya graduan menerusi pekerjaan baharu yang wujud hasil daripada perubahan dalam landskap ICT dan IR4.0 yang menjadi tunjang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan dunia pada masa yang akan datang.
Program ini direka untuk mempersiapkan graduan terlatih bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi negara yang berasaskan teknologi terkini dan keperluan revolusi industri (IR) 4.0. Seiring dengan perkembangan sector ICT dan keperluan IR4.0, kurikulum program telah diadun dengan menggabungkan domain ilmu dalam bidang sains data, statistik, pembelajaran mesin dan matematik. Disamping itu, program pengajian yang melibatkan industri dalam aspek pembentukan kurikulum, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan pentaksiran. Program ini juga direka dengan menerapkan elemen 2u2i melalui pelaksanaan 2.5 tahun pengajian di universiti (komponen universiti) dan 1 tahun pengajian dalam industri (komponen industri). Pelaksanaan elemen 2u2i dengan pihak industri ini secara langsung akan mendedahkan pelajar kepada pembelajaran dan amalan sebenar pengamal industri yang berkaitan dengan IR4.0. Untuk memenuhi keperluan pensijilan
PENGENALAN PROGRAM
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PELUANG KERJAYA
1. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang berasaskan IR4.0 2. Kurikulum berpandukan piawaian
industri
3. Mod pengajian 2u2i (2 1/2 tahun di universiti dan 1 tahun di industri) 4. Program pensijilan SAS
• Penganalisis kuantitatif
• Pembangun atau pentadbir pangkalan data
• Penganalisis kewangan
• Saintis Data
• Penganalisis Data
• Penganalisis Data
• Pengurus Data
• Arkitek Data
• Penganalisis Perniagaan/
Pemasaran
• Penganalisis Sistem
• Penganalisis Keselamatan Maklumat
• Penyelidikan &
Pembangunan
• Perunding Perniagaan
SYARAT KHAS PROGRAM
1. LEPASAN STPM:
Mendapat sekurang kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran matematik.
2. LEPASAN MATRIKULASI/ASASI:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran matematik.
3. LEPASAN DIPLOMA:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana- mana SATU mata pelajaran matematik.
4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
ANALITIK DATA
SARJANA MUDA SAINS
10
3.5 TAHUN
7 SEMESTER
Tempoh Pengajian
LEPASAN STPM
1) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/
Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira.
2) Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00 termasuk;
• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; DAN
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
3) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN MATRIKULASI KPM /ASASI
1) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/
Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira.
2) Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.00;
3) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
1) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/
Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
2) Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA;
ATAU
3) Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.00 termasuk :
• Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; DAN
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
ATAU
4) Lulus peperiksaan Matrikulasi/ Asasi tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00;
ATAU
5) Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang- kurangnya Tahap Jayyid
DAN
6) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SUMBER PEMBIAYAAN
• Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
• Biasiswa & Pinjaman pelajaran MARA
• Biasiswa & Pinjaman pelajaran JPA
• Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
• Biasiswa Bank Rakyat dan lain-lain
SYARAT AM KEMASUKAN KE UNIVERSITI
DENGAN KEPUJIAN
https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) https://ftkki.umt.edu.my officialftkki [email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI)
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
KELAUTAN DAN INFORMATIK (FTKKI) Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus, Terengganu. Malaysia 609 668 3320 +609 668 3326 officialftkki
[email protected] Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI)