• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep."

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria

PISMP 4.06

Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan Konsep

Teknologi :

 Berasal daripada bahasa Yunani ‘techne’ yang bermaksud kemahiran.

Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan teknik moden dalam memajukan pendidikan.

 Saettler (1968), ‘texera’ beermaksud membangunkan, menyulam dan tidak semestinya berkaitan dengan mesin.

 Naim (2000), perlakuan seni yang bukan semata-mata fokus kepada peralatan baru yang dicipta tetapi melibatkan hasil kreativiti seseorang dalam penciptaan mereka.

 Heinich, Molenda, & Russel (1993), teknologi bukan sekadar peralatan dan mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses.

 Ab. Rahim Selamat (1992), teknologi sebagai aplikasi atau pemindahan kreatif sains kepada keperluan industry atau apa-apa keperluan teknikal yang lain.

Pendidikan :

 Satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran melalui komunikasi, kaedah, teori, peralatan dan secara latihan yang melibatkan satu proses berterusan.

Teknologi Pendidikan :

 Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang

pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga

merupakan satu pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima,

(2)

melibatkan proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktitivi pembelajaran, serta penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran.

 Teknologi pengajaran ialah penekanan kepada keperluan dan proses pengajaran yang berkesan.

 Teknologi pembelajaran pula merupakan pengetahuan dan kemahiran sistematik seseorang murid yang menggunakan ilmu itu untuk mengeksploitasi apa-apa sahaja bentuk perkakasan, perisian, sumber pembelajaran untuk tujuan peningkatan dan pengembangan pengetahuan, kemahiran, intelek dan afektif mereka.

Domain-domain Teknologi Pendidikan

a) Domain Reka Bentuk

 Reka bentuk merupakan satu proses yang sistematik untuk merancang dan menentukan ciri-ciri serta keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Domain reka bentuk menekankan pemahaman terhadap suasana sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran agar

Pembangunan

Reka Bentuk

Domain- domain Teknologi Pendidikan

Penggunaan

Pengurusan

Penilaian

(3)

semua situasi diambil kira dan diberi perhatian dalam mereka bentuk proses pengajaran.

1) Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Menganalisis Membina Melaksana Menilai Proses

menentukan perkara atau topik yang akan

dipelajari.

Proses

menghasilkan papan cerita dan bahan pengajaran dan

pembelajaran.

Proses

melaksanakan pengajaran dengan

menggunakan bahan dan kaedah

pengajaran yang

bersesuaian.

Proses menilai keberkesanan

pengajaran supaya seseorang pendidik dapat membuat refleksi dan penambahbaikan terhadap sistem pengajaran mereka.

D om ain R ek a Be n tu k

Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Mesej

Strategi

Pengajaran

Ciri-ciri Murid

(4)

2) Reka Bentuk Mesej

 Penekanan kepada cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui mesej berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Proses mengenal pasti dan merancang cara yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada murid. Perhatian, pengamatan dan ingatan murid dikira sebagai keperluan penting.

3) Reka Bentuk Strategi Pengajaran

 Perancangan yang perlu dilakukan sebelum pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Seels & Richey (1994), strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran. Dick & Carey (1991), strategi pengajaran merangkumi komponen suatu set bahan pengajaran dan prosedur untuk menghasilkan pembelajaran.

4) Ciri-ciri Murid

 Guru perlu mengambil tahu mengenai kebolehan, kemahiran, pengetahuan sedia ada dan sikap murid supaya dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang disasarkan dan menjadi penentu kepada keberkesanan reka bentuk sistem pengajaran yang dirancang. Pengalaman murid seperti pengetahuan sedia ada dan kemahiran amat mempengaruhi keberkesanan proses (P&P).

b) Domain Pembangunan

 Proses pembinaan produk hasil terjemahan spesifikasi reka bentuk. Empat

kategori bahan dalam pembinaan bahan pengajaran adalah :-

(5)

 Teknologi cetak : cara membina bahan pengajaran seperti buku dan visual static seperti cetakan mekanikal dan fotografi.

 Teknologi bahan pandang dengar : televisyen, pembinaan slaid, filem, transparensi dan video.

 Teknologi berasaskan computer : pembinaan perisian computer menggunakan bahan berasaskan mikro pemproses, iaitu maklumat disimpan dalam bentuk digital, bukan bentuk cetak.

 Teknologi bersepadu : bahan pengajaran seperti bahan persembahan multimedia, hiperteks atau hypermedia yang menggabungkan semua media seperti teks, visual, audio dan animasi.

c) Domain Penggunaan

 Pengaplikasian kaedah dan model pembelajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran pembelajaran. Terdapat empat kategori dalam domain penggunaan iaitu penggunaan media dan proses, penerimaan inovasi, pelaksanaan dan institusionalisasi.

Domain Pembangunan

Teknologi Cetak

Teknologi Bahan Pandang

Dengar

Teknologi Bersepadu Teknologi

Berasaskan

Komputer

(6)

 Penggunaan media : proses menggunakan bahan dan sumber pengajaran secara sistematik dan bermakna.

 Penerimaan inovasi : proses yang dilakukan untuk menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan yang dibuat dalam sistem supaya masyarakat dapat menerima perubahan dengan baik dan bersama-sama menggunakan inovasi serta menggerakkan perubahan tersebut.

 Pelaksanaan : proses menggunakan bahan pengajaran dalam proses P&P.

 Institusionalisasi : proses untuk menerima dan mengekalkan penggunaan bahan pengajaran yang dibina berdasarkan polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat.

 Domain ini melibatkan hubungan antara 3 aspek dalam P&P iaitu murid, sistem pendidikan dan sumber pembelajaran.

d) Domain Pengurusan

 Domain yang bertanggungjawab membuat peranangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan bagi memastikan proses pengajaran dan

Domain Penggunaan

Penggunaan Media dan

Proses

Penerimaan Inovasi

Pelaksanaan

Intitusionalisasi

(7)

pembelajaran dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat empat kategori di bawah domain ini.

Domain Pengurusan Pengurusan

Projek

Pengurusan

Sumber Pengurusan Maklumat

Pengurusan Sistem

Penyampaian Melibatkan

perancangan, pemantauan dan pengawalan projek reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran.

Melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan perkhidmatan bantuan sumber dan

perkhidmatan media yang lain.

Melibatkan perancangan,

pemantauan dan pengawalan

pengumpulan,

pemindahan dan pemprosesan maklumat kepada pelajar. cth : My SchoolNet

Melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan

kaedah pemilihan

media yang

digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

e) Domain Penilaian

 Proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan.

Domain Penilaian

Analisis Masalah Ukuran Rujukan Kriteria

Penilaian Formatif

dan Sumatif Kajian Proses

mengumpulkan

data dan

maklumat

tentang masalah yang dikaji.

Cara atau kaedah yang dipilih untuk menguji penguasaan pelajar atau peserta terhadap satu unit pelajaran atau program yang

Dijalankan untuk melihat hasil sebenar kerana kedua-dua

penilaian dibuat untuk menguji pelajar atau

Penyelidikan yang dijalankan untuk mengatasi

permasalahan

kelemahan yang

wujud berdasarkan

data dan maklumat

(8)

dijalankan. peserta terhadap pengajaran atau program yang berjalan. Penilaian formatif : semasa.

Ujian sumatif : selepas.

yang telah

dikumpul dan diproses supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses P&P i. Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Teknologi Pendidikan merupakan bahan dalam pengajaran dan bukannya pengganti pengajaran.

Membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat dengan jelas supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.

Guru masih lagi medium utama di dalam kelas.

ii. Pengajaran dan Pembelajaran TP digunakan oleh guru dan murid.

Digunakan sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta keseronokan belajar.

Penggunaan TP perlu bertunjangkan pengajaran dan pembelajaran dan bukannya untuk hiburan dan membuang masa.

iii. Perancangan

Penggunaan TP perlu dirancang dengan sistematik melalui tiga peringkat :- a. Sebelum Penggunaan

 Guru perlu merancang masa, aktiviti dan TP yang sesuai dengan topic

pengajaran.

(9)

b. Semasa Penggunaan

 Guru dapat memberikan komentar terhadap aktiviti yang dijalankan dan memberikan penekanan kepada aspek yang penting. Murid dapat berinteraksi dan terlibat dengan aktif.

c. Selepas Penggunaan

 Guru dapat merancang aktiviti lanjutan, membuat peneguhan dan pengukuhan terhadap kefahaman murid.

iv. Kegunaan

Memilih TP berdasarkan kesesuaian kegunaan agar penggunaan TP dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada guru dan murid.

v. Objektif Pembelajaran

Penggunaan TP dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan digunakan digunakan mengikut peringkat perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran.

vi. Masa

Digunakan pada masa yang sesuai.

vii. Rujukan

TP digunakan sebagai rujukan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.

viii. Selepas Penggunaan

(10)

Selepas penggunaan, TP perlu ditanggalkan, diubah atau ditutup supaya fokus para pelajar tidak terganggu.

ix. Pameran

TP dipamerkan pada tempat yang bersesuaian seperti di dalam kelas atau papan kenyataan.

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Antara peranan TP ialah :-

I. Memartabat profesion keguruan

Guru akan lebih dihormati kerana mengaplikasikan penggunaan TP yang canggih di dalam pengajaran.

II. Penjana pembaharuan dan inovasi kurikulum

Kurikulum dalam bidang pendidikan perlu diselaraskan dengan kemajuan teknologi supaya sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat.

III. Penggerak inovasi reka bentuk dan sistem pengajaran

Kemajuan teknologi mempengaruhi pembinaan reka bentuk dan sistem pengajaran supaya ianya seiring dengan pergerakan arus teknologi.

IV. Sumber penghasilan bahan bantu mengajar

Guru boleh menghasilkan bahan bantu mengajar daripada kemajuan teknologi.

V. Penyelesai masalah

TP dapat membantu menyelesaikan masalah guru dari segi penjimatan masa, tenaga dan kos dalam proses P&P.

VI. Pengurusan dan Pentadbiran

Pengurusan dan pentadbiran akan menjadi lebih sistematik, efisien dan kerja

dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

(11)

Kepentingan Teknologi Pendidikan Guru

1. Guru akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat memperluas kaedah dan penggunaan bahan bantu mengajar.

2. Membantu guru memperjelaskan maklumat kepada murid serta menjadikan proses P&P licin dan berjalan lancar.

3. Membantu guru menjimatkan masa dan tenaga semasa proses P&P.

4. Membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi guru di sekolah seperti ketiadaan guru, jumlah murid yang ramai atau kekurangan sumber.

Murid

1. Memberikan keseronokan serta motivasi kepada murid ketika belajar.

2. Membantu murid memahami dengan jelas konsep yang disampaikan guru.

3. Menggalakkan murid menggunakan semua deria di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Murid dapat mempelajari, memahami dan menguasai sesuatu topik secara maksimum dalam masa yang minimum.

5. TP membantu murid memperoleh ilmu dan pengalaman.

Tajuk 2 : Reka Bentuk Pengajaran

KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Kategori RP :

RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977)

RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)

RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)

(12)

3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:

i. Reka bentuk sistem pengajaran ii. Reka bentuk strategi

iii. Reka bentuk mesej iv. Ciri-ciri pelajar

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu : i. Menentukan keperluan pelajar

ii. Menentukan matlamat dan objektif iii. Membina prosedur penilaian

iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian v. Mencuba sistem pengajaran

vi. Menilai keseluruhan sistem

2. Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan : i. Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)

ii. Produk iii. Sistem

MODEL ADDIE

Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model RP.

A (Analysis) - Analisis D (Design) - Bentuk

D (Development) - Perkembangan

(13)

I (Implementation) - Pelaksanaan E (Evaluation) - Penilaian

MODEL ASSURE

Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.

Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.

A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2) kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik

S- State Objective (nyatakan objektif)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada P&P (2) fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi, demonstrasi, latih tubi. Media; kriteria- (1)sepadan dengan kuri (2) maklumat tepat/terkini (3) bahasa jelas (4) menarik minat/cetus motivasi (5)menggalakkan penglibatan pelajar (6)kualiti teknikal (7) terbukti keberkesanan (8) terdapat panduan kegunaan. Reka bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa

U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)melihat bahan (2)

sediakan bahan (3) sediakan persekitaran (4)sediakan pelajar (5)sediakan pengalaman pembelajaran.

R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek

E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pelajar (2)pembelajaran

yang terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.

(14)

MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)

 Tentukan matlamat pengajaran

 Laksanakan analisis pengajaran

 Kenal pasti ciri-ciri pelajar

 Bentuk objektif pengajaran pembelajaran

 Pilih kaedah pengajaran

 Sediakan bahan pengajaran

 Rancang dan laksanakan penilaian formatif

 Rancang dan laksanakan penilaian sumatif

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Meningkatkan pencapaian pelajar.

2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur

3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.

4. Membantu dalam proses membuat keputusan.

5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yangg pelbagai.

6. Menjimatkan masa dan peruntukan yangg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh

REKA BENTUK MESEJ

1. Heinech et al (2002) – media sebagai alat yang membantu proses komunikasi.

2. Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yang memungkinkan mesej disampaikan.

3. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen :

Mesej – isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan.

(15)

Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yang sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.

Saluran mesej – alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej, dalam bentuk elektrikal, mekanikal dan digital.

4. Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media : Perkataan / struktur bahasa

Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak

Gambar statik

Gambar bergerak

Sampel sebenar

Referensi

Dokumen terkait

Simpulan penelitian ini adalah penggunaan model pembelajaran time token materi sifat-sifat cahaya beserta pemodelan dapat meningkatkan hasil belajar IPA, aktivitas belajar siswa

Berdasarkan hasil observasi yang dilakukan peneliti di SD N 02 Klaling Jekulo Kudus pada tanggal 13 Maret 2014 dan wawancara dengan guru beserta siswa pada tanggal 19

Dalam penelitian ini hanya menggunakan board of directors untuk melihat pengaruh corporate governance terhadap praktik earnings management, namun dengan hanya board of

Hasil tangkapan per unit upaya (CPUE) alat jaring dari nelayan Bengkalis menunjukkan lebih tinggi (sek itar 39 kg/trip; pada Januari-Mei 2014) dibandingkan nelayan Siak Kecil

Tutorial online(Tuton) adalah salah satu layanan belajar bagi mahasiswa UT yang bertujuan untuk memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk bisa berinteraksi dengan tutor dan

Penelitian ini merupakan penelitian deskriptif yang bertujuan untuk mengetahui gambaran kualitas hasil produk lulusan kursus keterampilan menjahit Yayasan Pendidikan

Setelah diberi perlakuan pasteurisasi Medan Listrik Berdenyut dengan intensitas 30 kV/cm dan 60 kV/cm dengan jumlah denyut 10, 20, dan 30, terjadi perubahan waktu

ditampilkan oleh wisatawan sering menjadi contoh untuk ditiru oleh kaum muda. Kebiasaan hidup para wisatawan asing di daerah tujuan wisata pada derajat tertentu,