• Tidak ada hasil yang ditemukan

2020 adalah tahun yang sangat berbeza.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "2020 adalah tahun yang sangat berbeza."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Menara PJH, Level 10, No. 2 Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, 62100 Putrajaya, MALAYSIA

Tel: 1300 300 010 Fax: (+6.03) 2093 8562 Website: www.unicef.org/malaysia Email: donorcare@unicef.my

Teruskan membantu kami memerangi wabak koronavirus di kalangan kanak-kanak dan keluarga mereka.

Terima kasih atas sokongan anda.

1 Kajian ‘Keluarga di Pinggiran’ dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 9 bulan bermula dari bulan Mei 2020 hingga awal tahun 2021. Empat pusingan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif telah dilaksanakan dalam tempoh ini untuk mengkaji dan mengesan impak COVID-19 terhadap sosio-ekonomi jangka pendek hingga sederhana wanita dan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan bandar. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/Families-Edge

Penderma yang dikasihi,

2020 adalah tahun yang sangat berbeza.

Semasa pandemik COVID-19 melanda, kanak-kanak tidak dibenarkan hadir ke sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak, manakala ibu bapa terpaksa bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dapat bekerja sambil menjaga ahli keluarga mereka.

Bagi mereka yang berpendapatan rendah atau mempunyai bilangan isi rumah yang ramai, kepahitan yang dirasai jauh lebih mendalam.

Nama saya Dr Rashed Mustafa Sarwar, Wakil UNICEF di Malaysia. Saya menyertai UNICEF Malaysia pada bulan Julai 2020, ketika negara ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19. Sejak memulakan misi saya di sini, keutamaan kami adalah untuk menangani krisis pandemik yang melanda negara.

Pihak kami telah bekerjasama dengan rakan kongsi di peringkat negeri dan kebangsaan untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka memerangi pandemik ini.

TERIMA KASIH KERANA BERSAMA KAMI PADA WAKTU YANG SUKAR DAN KRITIKAL INI.

Dengan bantuan anda, kami dapat memberi pertolongan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka terutamanya golongan rentan melalui inisiatif-inisiatif yang dinyatakan di dalam laporan tahunan kami.

Terima kasih di atas semua sumbangan anda. Kami tidak dapat melaksanakan misi kami tanpa sokongan anda.

Rosmawati Muhammad Yusof dari Kuala Lumpur ialah salah seorang responden yang mengambil bahagian dalam satu projek penyelidikan bertajuk ‘Keluarga di Pinggiran’. Ia merupakan satu kajian yang dijalankan dengan kerjasama Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) yang mendedahkan skala dan kesan meluas COVID-19 ke atas 500 keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat PPR Kuala Lumpur.1

©Astro Awani/Impak COVID-19: Ekonomi Ibu Tunggal/#KeluargaDiPinggiran Ep1

Saya tidak tahu bagaimana, jadi saya belajar. Saya tiada pilihan. Sama ada ini ataupun tiada apa-apa langsung.

Sejak 10 tahun dahulu, ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak ini mencari nafkah hidup dengan menjual makanan di masjid berhampiran. Namun begitu, beliau kehilangan satu-satunya sumber pendapatan setelah bermulanya perintah kawalan pergerakan.

Rosmawati terpaksa segera beralih kepada jualan kerepek dan kek kecil secara dalam talian.

Walaupun bertindak cepat untuk membuat perubahan, beliau masih bergelut untuk memperoleh pendapatan yang secukupnya bagi menyara ahli keluarganya dan masih perlu bergantung kepada anak-anaknya untuk membantu.

“Anak lelaki saya bekerja sebagai penghantar barang dan kadang kala akan memberi saya RM100 hingga RM150 seminggu. Inilah cara dia menjaga saya.

Anak perempuan saya masih bersekolah tetapi bekerja sambilan untuk menolong saya. Mereka semua tahu bahawa keadaan kami sekarang agak sukar."

Rosmawati tidak keseorangan. Melalui kajian ‘Keluarga di Pinggiran’, kami mendapati bahawa terdapat ramai ibu tunggal yang mengalami situasi yang serupa.

©Astro Awani/Impak COVID-19: Ekonomi Ibu Tunggal/#KeluargaDiPinggiran Ep1

(2)

Kajian ‘Keluarga di Pinggiran’ juga menunjukkan bagaimana peningkatan kekangan kewangan telah memberi kesan yang tidak dapat dielakkan terhadap kanak-kanak, termasuk peralihan kepada diet yang lebih murah tetapi kurang berkhasiat yang mengancam dan memburukkan lagi cabaran kekurangan zat makanan yang sedia ada di Malaysia.

Tahukah anda menurut data kerajaan, 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia terbantut?

Kajian ini membolehkan kami menyokong pelaksanaan dasar berasaskan bukti dan memulakan perbincangan awam tentang bagaimana kami dapat menghulurkan bantuan, harapan dan perlindungan kepada semua kanak-kanak dan keluarga yang terpinggir setelah pulih daripada wabak COVID-19. Hasil kajian kami telah dibentangkan kepada pembuat keputusan kanan di pihak kerajaan dan juga telah dibincangkan di Parlimen

apabila kerajaan membentangkan cadangan bagi mengukuhkan bantuan untuk keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat pandemik ini.

Melalui pengalaman kami dalam melindungi kanak-kanak daripada penyakit selama 75 tahun, kami mempunyai kepakaran untuk memastikan bahawa setiap negara mempunyai akses yang cepat dan adil terhadap vaksin COVID-19.

Setakat ini, vaksin COVID-19 terbukti selamat dan berkesan. Ini merupakan harapan terbaik kita menangani wabak ini.

UNICEF memainkan peranan utama dalam Fasiliti COVAX dimana kami membeli, mengedar dan menghantar vaksin COVID-19 dalam operasi pembekalan vaksin terbesar dalam sejarah di dunia.

Sejak bulan Februari 2021, kami telah membeli dan menghantar bekalan imunisasi seperti vaksin, picagari, kotak keselamatan untuk pelupusan dan peralatan rantaian sejuk seperti bekas membawa vaksin dan peti sejuk di seluruh dunia.

Kami mengambil tindakan segera untuk mencegah pandemik COVID-19 daripada menjadi krisis yang berpanjangan bagi kanak-kanak. Kami tidak takut untuk bekerja keras dan berusaha tanpa lelah untuk melawan pandemik ini. Namun, kami tidak boleh melakukannya secara sendirian.

Kami memerlukan sokongan anda dalam mendapatkan bekalan vaksin, picagari, kotak keselamatan dan peti sejuk vaksin yang cukup untuk menamatkan pandemik ini.

Kita masih belum menang dalam memerangi wabak COVID-19. Marilah kita terus melindungi diri kita dan orang lain dengan memakai topeng muka ketika berada di luar, menjaga jarak sosial setiap masa dan sentiasa mencuci tangan.

Bersama-sama, kita boleh membayangkan dunia yang bebas daripada COVID-19 untuk setiap kanak-kanak.

Dr. Rashed Mustafa Sarwar Wakil UNICEF di Malaysia dan Wakil Khas di Brunei.

P.S: Kita masih belum selamat sehingga semua orang selamat. Pihak kami sedang bertindak secepat mungkin untuk mendapatkan bekalan vaksin dan berharap anda terus menyokong kami ke arah pemulihan ini.

2 Fasiliti COVID-19 Vaccines Global Access (COVAX) merupakan salah satu inisiatif global yang bertujuan mempercepatkan perkembangan dan pembuatan vaksin COVID-19, dalam menjamin akses ayang adil dan saksama kepada semua negara. Dengan kerjasama CEPI, GAVI, WHO dan rakan kongsi lain, UNICEF menerajui usaha dalam pembelian dan pengedaran vaksin COVID-19 bagi pihak COVAX.

Daripada kajian yang dijalankan, kami mendapati bahawa:

- Isi rumah yang diketuai oleh wanita adalah yang paling teruk terjejas akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

- Pendapatan isi rumah median mereka jatuh ke paras RM675 sahaja pada bulan Jun 2020.

- Ini menunjukkan kejatuhan sepertiga berbanding dengan pendapatan mereka sebelum COVID-19 melanda.

MARILAH BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU MEMERANGI COVID-19

UNICEF telah diumumkan sebagai peneraju pembelian untuk COVAX

SEPTEMBER 2020

Dos vaksin COVID-19 COVAX pertama diberikan di Ghana, Afrika

FEBUARI 2021

COVAX menjangkau lebih daripada 100 negara dan wilayah

APRIL 2021

COVAX telah menghantar sebanyak 828,000 dos vaksin COVID-19 ke Malaysia

MEI 2021

- Melancarkan #DonateDosesNow - COVAX telah menghantar

lebih daripada 173 juta vaksin COVID-19 ke 136 negara yang mengambil bahagian

JULAI - OGOS 2021

Terus memperoleh dan mengedarkan vaksin COVID-19 kepada lebih banyak negara yang mengambil bahagian dengan sasaran untuk mencapai sebanyak 2 bilion dos pada awal 2022.

KINI dan AKAN DATANG COVID-19 adalah krisis global dan ia memerlukan kaedah penyelesaian yang terbaik.

© Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd

@UNICEFMalaysia/2020/Nethra

Dengan sumbangan sebanyak RM600, anda dapat memberikan sebanyak 56 dos vaksin COVID-19 kepada penduduk di negara yang terjejas teruk.

Sumbangan bulanan sebanyak RM120 dapat menyediakan 2 buah bekas simpanan vaksin yang boleh menyimpan 24 dos vaksin COVID-19 dalam usaha untuk menjangkau penduduk di kawasan terpencil dan sukar dicapai.

@UNICEFMalaysia/2020/Hanson

Terima kasih kerana

bersama-sama berganding

bahu dengan kami dalam

memerangi COVID-19.

(3)

Tahun 2020 akan sentiasa diingati kerana kita terpaksa menempuhi cabaran COVID-19 dan bagaimana ia telah mengancam perjuangan kami untuk mendapatkan kesihatan,

keselamatan dan keseimbangan masa depan kanak kanak di mana jua mereka berada.

Pandemik COVID-19 membuatkan kami segera bertindak untuk mengurangkan penularan virus dan memastikan kesinambungan perkhidmatan

menyelamatkan nyawa – ini adalah tindak balas UNICEF di peringkat global dan juga di Malaysia.

PERLINDUNGAN UNTUK SETIAP KANAK-KANAK DARIPADA COVID-19

Di Malaysia, kami menangani pandemik ini dengan bekerjasama bersama Mercy Malaysia untuk menyampaikan lebih dari 277,000 topeng muka, 43,334 buku sabun, 2,200 botol pensanitasi tangan, dan 268 termometer kepada 73,500 kanak-kanak dan keluarga mereka.

Dengan bantuan anda, kami telah membantu puluhan ribu keluarga berpendapatan rendah, kanak-kanak pelarian tidak

berdokumen di pusat penahanan imigresen dan golongan muda yang kurang upaya.

Mereka ini adalah golongan yang terkesan dan telah mencuba sehabis baik untuk menghadapi ketidakpastian hidup akibat wabak COVID-19 yang melanda.

Kami mengharapkan bantuan anda untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka pulih daripada krisis COVID-19. Kami berharap anda akan kekal komited bersama kami dalam menjadikan kehidupan mereka lebih baik.

Laporan Tahunan

(4)

200 juta Topeng muka perubatan

195.3 juta Sarung tangan

15 juta Respirator N95

5.7 juta Gaun

2.7 juta Pelindung muka

1 juta Gogal Butiran / pecahan bekalan Bukan Imunisasi COVID-19 Hampir setengah bilion barangan peralatan perlindungan peribadi dan bekalan bukan imunisasi telah dihantar, termasuk:

KEPERLUAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN KANAK-KANAK

Hasil kerjasama dengan rakan kongsi dan sokongan daripada kami telah berjaya mengatasi masalah kekurangan bekalan dan logistik yang berlaku sebelum ini dengan menyediakan 3.23 bilion USD dan perkhidmatan bernilai 1.238 bilion USD secara keseluruhannya bernilai 4.468 bilion USD kepada kanak-kanak di 162 buah negara dan wilayah.

Sumber: UNICEF Supply Annual Report 2020, ms 10 Vaksin / Biologi

1.413 bilion USD

Bekalan nutrisi 172.4 juta USD

Pengedaran kotak penyimpanan vaksin 103.8 juta USD Farmaseutikal

143.5 juta USD

Keperluan pendidikan 43.2 juta USD Bekalan dan alatan perubatan 830.6 bilion USD

Bekalan air dan sanitasi 182.8 juta USD

Bekalan bukan imunisasi COVID-19 242 juta USD

N95

Kelambu 36 juta USD

MENGEKALKAN SUMBER KEWANGAN UNTUK KANAK-KANAK

UNICEF Malaysia berjaya mengumpul

RM88 juta

pada tahun 2020

Tindak balas kecemasan global

1%

24%

Mobilisasi sumber

75% Program kanak-kanak

36%

Perlindungan kanak-kanak

23%

12%

Kesihatan dan nutrisi

10%

Perlindungan iklim dan alam sekitar

10%

Tindak balas kecemasan COVID-19 tempatan

9%

Pendidikan Program kanak-kanak di Malaysia

Program kanak-kanak di

20%

peringkat global

55%

Hak kanak-kanak dan penyertaan sosial

(5)

Dalam usaha untuk memahami bagaimana pandemik ini menjejaskan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, kami telah bekerjasama dengan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) untuk menjalankan kajian 'Keluarga di Pinggiran' dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat kos rendah Kuala Lumpur di bawah Program Perumahan Rakyat.

Berikut adalah apa yang kami dapati:

1. Keluarga berpendapatan rendah lebih cenderung untuk kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19 berbanding penduduk lain

2. Isi rumah yang diketuai oleh wanita dan orang kurang upaya adalah yang paling mudah kehilangan pekerjaan.

3. 1 daripada 5 ketua isi rumah berasa tertekan.

4. 6 daripada 10 isi rumah tidak mampu membeli makanan yang mencukupi untuk keluarga mereka.

5. Kira-kira 1 daripada 2 ibu bapa mengatakan kesihatan mental anak-anak mereka telah terjejas akibat perintah kawalan pergerakan.

MEGURANGKAN IMPAK COVID-19 TERHADAP KANAK-KANAK

@UNICEF Malaysia/2020/Hanson

COVID-19 semestinya memberikan kesan mendalam kepada semua terutamanya di kalangan komuniti termiskin dalam negara. Golongan rentan yang terjejas teruk adalah kanak-kanak yang kurang bernasib baik disebabkan oleh diskriminasi dan pengecualian sosial.

Terima kasih kepada anda, kami dapat menghulurkan bantuan dalam meredakan kesan buruk akibat pandemik ini di kalangan masyarakat di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Kami telah bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk mendidik mereka tentang amalan kebersihan yang baik, menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengenal pasti gejala COVID-19 dan membantu mereka memahami bagaimana virus ini disebarkan.

MENYOKONG KOMUNITI YANG PALING TERJEJAS

©UNICEFMalaysia/MercyMalaysia/2020

6. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah menghadapi halangan yang besar dari segi pembelajaran dalam talian kerana kekurangan akses kepada peralatan yang betul, ruang untuk belajar, kehilangan motivasi dan keupayaaan terhad ibu bapa untuk menyokong dan mengawasi mereka.

Kami telah membentangkan hasil tinjauan ini kepada kerajaan dan ahli Parlimen, dan hasilnya, ia telah menerima liputan yang meluas di seluruh negara.

Kami meneruskan kerjasama dengan kerajaan untuk membantu dan melindungi keluarga-keluarga ini sepanjang pandemik dengan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak, pendidikan, kesihatan mental dan nutrisi.

Kami telah menjangkau lebih daripada 73,500 orang pelarian di Pusat Tahanan Imigresen, kanak-kanak tidak berdokumen di Pusat Pembelajaran Alternatif, mereka yang kehilangan tempat tinggal, masyarakat

berpendapatan rendah dan kanak-kanak kurang upaya.

Mengajar amalan kebersihan yang baik, melalui bengkel khusus iaitu secara peribadi atau melalui video untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Membantu memahami gejala COVID-19 dan cara penyebarannya.

Menyediakan kelengkapan kebersihan seperti topeng muka, sabun, pencuci tangan dan termometer tanpa sentuhan.

(6)

Seramai 15,000 pelajar telah menjadikan sifat-sifat baik, empati, dan perpaduan sebagai keutamaan di sekolah mereka.

Seramai 6,000 Pendukung Sifat-Sifat Baik telah dilatih.

Seramai 2,000 pelajar di seluruh Asia telah dilatih untuk menjadi Pemimpin Sifat-Sifat Baik.

Seramai 25 Ahli Parlimen telah menyokong kempen tersebut.

Sejak 4 tahun kebelakangan ini:

Sebanyak 11 buah negara telah menyertai program ini.

MENANGANI KEGANASAN DI SEKOLAH

MEMPERKASA IBU BAPA UNTUK MENGEMUDI COVID-19

©UNICEF/UN0401063/Himu

Perintah kawalan pergerakan yang kerap dan berpanjangan akibat wabak COVID-19 telah menyebabkan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan berada di rumah bersama ibu bapa mereka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Antara cabaran lain adalah bagi ibu bapa yang terpaksa bekerja dari rumah. Manakala bagi golongan berpendapatan rendah dan mempunyai isi rumah yang ramai ianya lebih mencabar jika mereka tidak mempunyai sebarangan sokongan.

Kami telah bekerjasama dengan World Health Organization, Global Partnership to End Violence Against Children, the Internet of Good Things, USAID dan Centers for Disease Control and Prevention untuk membuat Lembaran Tips Pengasuhan Kanak-kanak:

satu siri sumber dalam talian percuma dan mudah didapati bertujuan membantu mereka mengemudi cabaran harian di rumah dengan jayanya.

menyokong sifat-sifat baik hati, empati dan perpaduan di sekolah, dengan UNICEF sebagai rakan sokongan rasmi.

Dengan sokongan anda, inisiatif ini juga dapat memperkenalkan National Kindness Week, sebuah gerakan pro-kebaikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, yang telah kami kembangkan di peringkat serantau sebagai Kindness Leaders Conference: Southeast Asia.

Berikutan beberapa kes buli yang membawa maut pada tahun 2017, kami telah memulakan

perbincangan untuk menghentikan keganasan dalam kalangan dan terhadap kanak-kanak.

Hasil daripada kes keganasan dalam kalangan dan terhadap kanak-kanak, pasukan kewartawanan penyiasatan R.AGE dan pemaju hartanah SP Setia telah membuat kempen #StandTogether untuk

(7)

Seramai 3,500 guru dari 2,000 sekolah telah mengakses modul latihan guru dalam talian.

Sebanyak 48 peratus adalah dari sekolah luar bandar.

Sebanyak 1,500 sumberuntuk guru dalam 25 format yang menerima lebih daripada57,000 tontonan.

Lebih daripada 750,000 pengguna

telah dicapai melalui Suara Generasi COVID agar mereka dapat mengakses pengetahuan, meneroka emosi dan agensi senaman mereka semasa pandemik.

MEMPERJUANGKAN PENYERTAAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Melalui kerjasama dengan rakan kongsi seperti Arus Academy, DiGi Telecommunications dan Malaysia Digital Economy Corporation, UNICEF menyokong Kementerian Pendidikan melalui platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) untuk memastikan lebih 3 juta kanak-kanak dapat belajar semasa penutupan sekolah, iaitu melalui program inovatif seperti Teacher Digital Learning Community, Global Citizenship Education, Future Skills For All dan Suara Generasi COVID.

MEMASTIKAN KANAK-KANAK BELAJAR SEMASA PANDEMIK COVID-19

Anda telah membantu kami menjadikan permainan lebih inklusif untuk setiap kanak-kanak. Kami telah bekerjasama dengan Sime Darby Property dan kanak-kanak kurang upaya membina Taman Permainan Inklusif UNICEF yang pertama di Malaysia yang terletak di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

Selain itu, kami terus memperluas rangkaian sokongan kami untuk kanak-kanak kurang upaya dan ibu bapa mereka melalui kerjasama dengan Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC) untuk memberikan pembelajaran dalam talian, terapi intervensi awal dan sokongan kesihatan psikososial/mental semasa tempoh sekatan pergerakan COVID-19.

Pelajar dari SMK Tanjong Rambutan di Malaysia dengan kit VOCG untuk membantu mereka belajar dan untuk merenung kembali dan menyatakan pengalaman mereka semasa pandemik.

Kanak-kanak kurang upaya sedang mereka bentuk taman permainan idamannya.

© UNICEF Malaysia/2020/Norsyila Mazlan

Suara Generasi COVID (VOCG) menampilkan pembelajaran berasaskan projek mengenai Matematik, Sains, Geografi dan Sejarah yang diambil daripada kurikulum tempatan dan disediakan untuk semua remaja.

Ia juga berfungsi sebagai saluran bagi pelajar untuk berkongsi perasaan mereka tentang pandemik ini, memupuk rasa kemasyarakatan dan kekitaan semasa persekolahan mereka terganggu, inisiatif ini telah menerima pujian khas daripada Wenhui Award 2020 untuk tindak balas pendidikan inovatif terhadap COVID-19.

Guru juga tidak ketinggalan dan diberi sokongan melalui Teacher Digital Learning Community - yang dibangunkan untuk membantu mereka membina kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pendidik jarak jauh dalam talian yang efektif.

“Jika anda bertekad untuk belajar, teruskan belajar. Tiada sesiapa yang boleh menghalang anda.”

~Sanjit Raj A/L Suresh, pelajar SMK Dato’ Mohd Said.

©Integricity/2018

Lebih daripada 80,000 pengguna dijangkau melalui pelajaran berasaskan projek Global Citizenship Education.

Sebanyak 120,000 paparan halaman, lebih daripada 25,000 pengguna dan 2.6 juta tontonan video Tik Tok untuk Future Skills For All.

(8)

Sebanyak 23 sesi dalam talian

telah diadakan.

Seramai 490,000 belia telah terlibat.

Seramai 18,984 belia kurang upaya terlibat.

LETUPAN BEIRUT: MENUJU KEARAH PEMULIHAN DAN HARAPAN

Oleh kerana perintah kawalan pergerakan menyebabkan semua orang berada di rumah, sumbangan anda telah membantu kami untuk terus memperkasakan belia dengan memberi mereka hak untuk bersuara. Usaha ini dapat diperkuatkan lagi melalui inisiatif seperti Youth Talks! Climate Change yang telah dianjurkan sebagai acara utama untuk Hari Kanak-kanak Sedunia 2020 melalui program @KitaConnect.

Melalui @KitaConnect, kami telah mewujudkan ruang digital dengan menggunakan teknologi RapidPro dan platform panggilan persidangan UNICEF di mana orang muda boleh belajar, disokong, kekal bermotivasi dan saling berinteraksi antara satu sama lain melalui satu siri aktiviti dan cabaran berkaitan COVID-19.

UNICEF juga turut membantu negara lain di dunia ini menangani pelbagai krisis. Pada 4 Ogos 2020, satu siri letupan besar di Pelabuhan Beirut telah mengorbankan lebih daripada 200 orang dan mencederakan lebih daripada 6,500 orang, termasuk 1,000 kanak-kanak. Kehidupan 100,000 kanak-kanak menjadi kucar-kacir dalam sekelip mata. Kanak-kanak dan juga orang dewasa telah mengalami penderitaan yang teruk seperti kerisauan, kesukaran untuk tidur dan asyik mengimbas kembali insiden tersebut.

Terima kasih atas sokongan anda dan rakan kongsi kami, kami dapat bergerak pantas untuk menyediakan kelengkapan perubatan, kesihatan, kebersihan dan bekalan nutrisi yang kritikal. Kami juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bantuan wang tunai kepada golongan rentan dan keluarga mereka.

Setelah lebih 100 hari letupan berlaku, sumbangan dana anda telah mebolehkan kami untuk terus bekerjasama dengan 70 rakan kongsi di lapangan untuk membina semula sekolah yang rosak, kemudahan kesihatan dan kehidupan.

UNTUK SETIAP KANAK-KANAK, SATU SUARA.

https://bit.ly/Beirut-1YearReport

©UNICEF/UNI356311/Amro/AFP

Acara Youth Talks! Climate Change, yang kami hoskan secara dalam talian bersama-sama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Projek VOCAL EcoKnights, membolehkan para belia menyuarakan kebimbangan mereka tentang bagaimana krisis iklim yang semakin meningkat akan memberi kesan kepada mereka dan generasi akan datang.

Imbas di sini untuk membaca laporan pasca setahun letupan Beirut, perjalanan dan pemulihan yang masih panjang dan perlahan untuk kanak-kanak yang terjejas oleh letupan tersebut.

Sebanyak 67 tan bekalan perubatan telah diangkut melalui udara.

Seramai 22,000 kanak-kanak telah diberi catuan makanan dan makanan tambahan kecemasan.

Sebanyak 5,000 tangki air telah dibekalkan ke hospital yang terjejas teruk.

Sebanyak 4,000 isi rumah disalurkan semula dengan bekalan air.

Sebanyak 107 juta dos vaksin telah diselamatkan dari gudang yang rosak.

Seramai 479 belia sertai melalui Zoom.

Lebih 3,200 tontonan di Facebook.

Dalam usaha untuk mengerakkan anak muda, kami telah memberikan mereka platform untuk meluahkan kebimbangan dan cara menyelesaikan masalah. Bermula dengan perbualan tentang perubahan iklim,

kesamarataan penyertaan dari kelompok rentan dan yang dipinggirkan, perubahan gaya hidup lestari dan kerjasama dari pelbagai pihak.

(9)

KEPUTUSAN GLOBAL TERBAIK

Pada tahun 2020, sumbangan anda telah membolehkan kami:

Sumber: UNICEF Annual Report 2020 ms 5 dan UNICEF Humanitarian Action For Children 2021 Report, ms 8-9

Menyelaras, membeli dan mengedar vaksin COVID-19 ke 92 buah negara berpendapatan rendah dan sederhana dengan mengambil peranan sebagai Agensi Perolehan Utama untuk Fasiliti

1

COVAX.

Melatih seramai 2.3 juta penyedia perkhidmatan kesihatan untuk

mengesan, merujuk dan menguruskan kes COVID-19.

Memberi 106 juta orang, termasuk 58 juta

kanak-kanak di 153 negara akses kepada air yang selamat serta

perkhidmatan dan bekalan sanitasi yang kritikal untuk minum, masak dan kebersihan diri.

Memberi 22.6 juta kanak-kanak dan orang dewasa akses kepada saluran yang selamat dan mudah untuk melaporkan eksploitasi seksual dan penderaan.

Menyelaras intervensi kesihatan mental berasaskan komuniti yang telah mencapai 78 juta kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan penjaga di 117 buah negara.

Merawat seramai 1.5 juta kanak-kanak untuk kekurangan zat makanan yang teruk.

Menjangkau lebih daripada 130 juta kanak-kanak di 93 buah negara dengan

program pemindahan wang tunai kami.

Menyokong hampir 2.6 juta pekerja kesihatan dengan peralatan perlindungan peribadi dan telah melatih hampir 4 juta orang lagi dalam pencegahan dan kawalan jangkitan.

Menyokong lebih daripada 301 juta kanak-kanak, termasuk kira-kira 147 juta kanak-kanak perempuan dengan pembelajaran jarak jauh.

Menyelaraskan penyertaan komuniti, maklum balas dan keterusan program sosial dan perubahan tingkah laku kami yang telah menjangkau 3 bilion orang, termasuk anggaran seramai 1.53 bilion wanita dan gadis serta 810 juta kanak-kanak.

1 COVAX adalah sebahagian daripada inisiatif global yang bertujuan mempercepatkan perkembangan dan pembuatan vaksin COVID-19 dan menjamin akses yang adil dan saksama di seluruh dunia. Bekerjasama dengan Coalition for Epidemic Preparedness Innovation (CEPI), Global Alliance for Vaccines and Immunisation (GAVI), World Health Organisation (WHO) dan rakan kongsi lain, UNICEF menerajui usaha dalam perolehan dan pembekalan vaksin COVID-19 bagi pihak COVAX.

(10)

United Nations Children's Fund Menara PJH, Level 10, No. 2

Dicetak oleh Hoffset Printing Sdn. Bhd.

Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2 62100 Putrajaya, MALAYSIA Donor hotline: 1300 300 010

Donor enquiry: donorcare@unicef.my Faks: (+603) 2093 8562

unicef.org/malaysia unicef.malaysia myunicef unicefmalaysia malaysia.report.in/v2

DERMA SEKARANG

Referensi

Dokumen terkait

Peubah dan waktu pengamatan adalah (1) dua minggu sekali : tinggi tanaman yang diukur dari permukaan tanah sampai, jumlah daun per tanaman, luas daun dengan

Obwohl die KIDRON Vermögens- verwaltung GmbH der Auffassung ist, dass die Angaben auf ver lässlichen Quellen beruhen, kann sie für die Qualität, Richtigkeit, Aktualität oder

usitatus pada tanaman sayuran yang ditemui saat survei di dataran rendah paling tinggi terdapat pada tanaman legume yaitu pada kacang tanah, kacang panjang, kacang

petani cabai merah keriting organik dan non organik di Desa Batur juga masih jauh berbeda dengan hasil penelitian Sudalmi dan Hardiatmi (2017) yang menemukan

bahasa (linguistik variable), yang dinyatakan dengan fungsi keanggotaan, dalam semesta U. Keanggotaan suatu nilai pada himpunan dinyatakan dengan derajat keanggotaan yang

Anoda adalah bahan yang digunakan untuk memisahkan aluminium dari alumina dengan proses elektrolisa.. Pembuatan anoda dilakukan dengan beberapa tahap:

A. Hal ini dapat diketahui dari data nilai ulangan harian, dalam ulangan harian yang diikuti oleh 31 peserta didik tersebut, sebagian besar nilai peserta didik masih

Sedangkan bagi guru, hasil penilaian hasil belajar oleh pendidik merupakan alat untuk mewujudkan akuntabilitas profesionalnya, dan dapat juga digunakan sebagai dasar dan