• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLITEKNIK KASIH TRANSFORMASI 1SISWA 1KOMUNITI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "POLITEKNIK KASIH TRANSFORMASI 1SISWA 1KOMUNITI"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

POLITEKNIK KASIH

TRANSFORMASI 1SISWA 1KOMUNITI

::TARIKH::

18-19 MAC 2013

::LOKASI::

SUNGAI LEMBING, KUANTAN

::ANJURAN::

JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI || UNIT HAL EHWAL PELAJAR

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

::DENGAN KERJASAMA::

PARLIMEN PAYA BESAR || DUN SUNGAI LEMBING

KOMUNITI 1MALAYSIA MUKIM ULU KUANTAN

(2)

1.0

PENGENALAN

Program Transformasi 1Siswa 1Komuniti yang telah diadakan selama dua hari satu malam bertempat di Sungai Lembing, Kuantan adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar Politeknik Muadzam Shah untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menanam semangat menyayangi komuniti di Malaysia.

Banner program

Program Transformasi 1Siswa 1Komuniti juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat setempat dengan politeknik khususnya Politeknik Muadzam Shah. Dengan pelaksanaan program sebegini, pelajar-pelajar dapat memupuk mempraktikkan nilai-nilai murni secara autentik dan secara tidak langsung membentuk modal insan yang bersahsiah tinggi.

2.0 OBJEKTIF

Dengan pelaksanaan program ini, para peserta telah dapat :

2.1 Pendedahan tentang sejarah, lokasi dan mengenali budaya hidup komuniti setempat khususnya di Sungai Lembing, Kuantan.

2.2 Menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan komuniti setempat. 2.3 Membantu menjana pembangunan sosio-ekonomi komuniti setempat. 2.4 Mewujudkan perkongsian ilmu dengan komuniti.

(3)

3.0 TENTATIF

Program Transformasi 1Siswa 1Komuniti ini telah dilaksanakan mengikut tentatif yang telah dirancang. Walaupun aktiviti yang dirancang agak padat namun peserta-peserta program dapat memberi kerjasama dan komitmen dengan baik.

(4)

4.0 AKTIVITI

Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang berlangsungnya program ini ialah :

4.1 Perkongsian Ilmu : Pembangunan Homestay dan Pakej Pelancongan

Slot ini telah dijayakan oleh pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti iaitu Puan Elena Bt Anwar dan Cik Tan Kang Yee, dua orang pelajar PMS dan wakil Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang iaitu Puan Narisah Bt Mohamad. Slot ini dirangka bagi tujuan untuk mendedahkan peserta yang juga merupakan pelajar-pelajar jurusan pengurusan pelancongan dan juga memberi berkongsi maklumat dengan komuniti setempat yang kebanyakkannya merupakan peserta-peserta homestay yang berdaftar.

Sesi perkongsian ilmu oleh salah seorang peserta dari PMS

(5)

4.2 Kelestarian Alam : Pasir Kubor Indah

Pasir Kubor Indah adalah slot yang dirangka dengan matlamat melatih peserta-peserta program menyayangi dan menghargai alam semulajadi. Slot Kelestarian Alam ini merupakan aktiviti gotong-royong membersih dan mengindahkan kawasan Rekreasi Pasir Kubor di mana para peserta program bersama keluarga angkat bersama-sama menjalankan aktiviti pembersihan di kawasan tersebut. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun atas nasihat Ketu Kampung dan beberapa orang penduduk tempatan, terdapat kawasan-kawasan tertentu di mana peserta tidak dibenarkan pergi kerana dikhuatiri membahayakan diri peserta. Slot ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Kelestarian Alam yang terdiri daripada peserta-peserta program yang telah dilantik.

Peserta-peserta program bergambar beramai-ramai setelah selesai menjalankan gotong-royong membersihkan kawasan rekreasi Pasir Kubor.

(6)

4.3 Malam Kebudayaan

Malam Kebudayaan diadakan bagi merapatkan dan mewujudkan hubungan mesra di antara peserta-peserta program dan komuniti setempat. Antara persembahan oleh peserta program ialah nyanyian lagu Politeknik Se-Malaysia, lagu 1M4U, akustik, koir dan persembahan tradisional daripada peserta India. Persembahan istimewa daripada kumpulan Anak Kayan turut memeriahkan lagi majlis ini.

(7)

4.4 Budaya Sihat Cergas

Slot ini adalah acara pendakian Bukit Panorama dimana peserta mendaki bukit seawal 6.30 pagi dan dapat menyaksikan matahari terbit daripada puncak bukit. Slot ini telah dikendalikan oleh Biro Budaya Sihat Cergas dan dibantu oleh komuniti tempatan dan keluarga angkat yang turut menyertai pendakian ini. Pendakian yang mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di puncak bukit sangat berbaloi apabila dapat menyaksikan kecantikkan pemandangan ketika matahari naik.

(8)

4.5 Lawatan ke PPOC

Lawatan ke Pusat Penjagaan Orang Cacat atau PPOC turut diadakan bagi memberi pengetahuan dan pengalaman kepada peserta tentang penternakan rusa dan kuda, penghasilan karipap rusa dan bebola daging rusa serta penghasilan sampul surat untuk organisasi awam. Selain daripada itu, peserta juga dapat menghargai hasil kerja dan sumbangan OKU dalam pembangunan PPOC ini sebagai salah satu tarikan dan keistimewaan di Sungai Lembing.

(9)

4.6 Lawatan ke Muzium Sungai Lembing

Lawatan ini mendedahkan pelajar berkaitan dengan sejarah dan asal usul Sungai Lembing. Pelajar juga turut mendapat pelbagai pengetahuan berguna berkaitan dengan Sungai Lembing.

Muzium ini telah mendapat pengiktirafan oleh Majlis Anugerah Antarabangsa Untuk Komuniti Sesuai Didiami 2012 di Bandar Al-Ain, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 November 2012 dimana MPK telah mendapat tempat kedua Anugerah Emas untuk kategori projek sosioekonomi.

Peserta bergambar Peserta tekun mendengar penerangan oleh salah berlatarbelakangkan sejarah PCCL seorang komuniti tempatan

Muzium Sungai Lembing mempamerkan pameran tetap, ianya berkaitan dengan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing. Muzium Sungai Lembing memperagakan koleksi peralatan-peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan adalah berusia lebih 50 tahun. Antara koleksi yang dipamerkan ialah topi pelombong lengkap dengan lampu, pakaian pelombong, tong bijih timah, wagon, dan sebagainya. Keseluruhan konsep muzium adalah berteraskan “edutainment” gabungan proses pembelajaran bercirikan hiburan mengikut citarasa pengunjung, bermaklumat, ceria, terhibur dan menarik.

(10)
(11)

4.7 Lawatan ke Terowong Bijih Timah

Bersesuaian dengan jurusan yang sedang diikuti oleh para peserta program di PMS, lawatan ke destinasi pelancongan yang telah dibuka kepada pengunjung pada awal tahun 2013 turut memberikan satu pengalaman baru kepada peserta program. Sungai Lembing pada masa dahulu adalah Bandar terkaya dengan dalam pengeluaran Bijih Timah di Negeri Pahang Darul Makmur. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakan kawasan galian Bijih Timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.

Kewujudan Sungai Lembing berkaitrapat dengan sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British dalam bulan Februari pada tahun 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat Bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh seratus tahun dengan bayaran satu sen setahun.

Sungai Lembing merupakan Bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentakbiran sebuah syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC).

Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik Bijih Timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik Konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.

(12)

Kelihatan seorang kakitangan MPK yang bertindak sebagai pemandu pelancong memberi penerangan kepada peserta program berkaitan dengan sejarah lombong bijih timah

Peserta program dibawa untuk merasai sendiri pengalam memasuki lombong

Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan Bijih Timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.

Terowong terdalam adalah dilombong Myah. Ia terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan hampir 322 meter.Terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Kejadian tanah runtuh juga dilaporkan sering berlaku.

(13)

5.0 PERASMIAN DAN PENUTUP

Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Y.B. Dato’ Haji Abdul Manan Bin Ismail. Jemputan kehormat yang turut hadir

bersama ialah ADUN Sungai Lembing, Y.B. Dato’ Haji Md. Sohaimi Bin

Mohamed, Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Binti Haji Ahmad dan Pengarah PMS, Puan Hajah Norlida Binti Abd Razak.

Ketibaan tetamu kehormat dan peserta-peserta program diiringi oleh kumpulan kompang

(14)

Barisan tetamu-tetamu yang hadir di Dewan Teater, Kampung Melayu, Sungai Lembing

(15)

Pengarah PMS menyampaikan cenderahati kepada Ahli Parlimen Paya Besar

(16)

Salah seorang anak angkat memeluk bapa angkatnya

(17)
(18)

6.0 KERATAN AKHBAR

Program ini juga mendapat liputan oleh pelbagai media massa. Antaranya ialah Utusan Malaysia (4 April 2012), Harian Metro (21 Mac 2013) dan Berita Harian (22 Mac 2013). Keratan akbar Berita Harian adalah seperti di bawah:

Selain daripada akbar, program ini juga turut disiarkan oleh RTM dalm Slot Berita Wilayah (18 Mac 2013) dan Berita Nasional pada hari yang sama.

(19)

7.0

KESIMPULAN

Program Transformasi 1Siswa 1Komuniti telah berjaya mencapai matlamatnya seperti menggalakkan pelajar-pelajar Politeknik Muadzam Shah untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menanam semangat menyayangi komuniti di Malaysia dan menyedari peri pentingnya alam semulajadi dalam kehidupan ini. Selain daripada itu, Program Transformasi 1Siswa 1Komuniti juga telah dapat merapatkan hubungan antara masyarakat setempat dengan politeknik khususnya Politeknik Muadzam Shah. Diharapkan dengan pelaksanaan program sebegini, nilai-nilai murni secara autentik dan secara tidak langsung dapat diserap seterusnya membentuk modal insan yang bersahsiah tinggi khususnya dikalangan peserta program ini. Program ini juga telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Laporan ini disediakan oleh,

(ELENA BT ANWAR)

Timbalan Pengarah Program Transformasi 1Siswa 1Komuniti

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian ini akan dilakukan simulasi teknik pendeteksian lokasi sumber noise berupa partial discharge (PD) pada peralatan tegangan tinggi, dengan menggunakan

Jumlah dana masyarakat yang berhasil dihimpun oleh bank umum di Kalimantan Barat pada triwulan III-2008 tercatat sebesar Rp16.360 miliar, atau terjadi peningkatan sebesar

mau’idhah hasanah, yaitu cara yang damai, indah, santun, menenteramkan, dan menyenangkan sehingga materi dakwah tanpa terasa dapat masuk dalam relung hati yang paling dalam.

Dari hasil tersebut dapat disimpulkan bahwa Ho ditolak dan Hi diterima yang artinya ada pengaruh tindakan kombinasi senam kaki dan aromaterapi terhadap tingkat stress

Bila dilihat dari hasil analisis rietvield yang digunakan untuk menghitung analisis regangan dan tegangan sisa yang diinputkan dari hasil XRD seperti yang

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian pakan berupa lumpur digestat dari kotoran ayam petelur yang difermentasi menggunakan kapang Aspergillus niger pada

Pemohon datang kebagian Urmintu Sat Intelkam Polres untuk melakukan permohonan izin keramaian dan melengkapi berkas persyaratan izin keramaian diantaranya: proposal

Kartu Rencana Studi (KRS) adalah kartu yang diberikan kepada mahasiswa setiap semester setelah mahasiswa melakukan pendaftaran ulang yang berfungsi sebagai identitas mengikuti