• Tidak ada hasil yang ditemukan

: Anugerah Kerajaan Allah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan ": Anugerah Kerajaan Allah"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

Januari 2017

: Anugerah Kerajaan Allah

Pengenalan: “Adalah benar: Harapan Allah! (Rm 15:13).Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembi-raan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.

Lagu Pembukaan:

Mari Masuk GerbangNya

Mari masuk gerbangNya, Dengan hati bersyukur HalamanNya dengan pujian, Penuhi baitNya

Dengan nyanyian syukur, hadiratNya p'nuh sukacita Cho: S'bab Tuhan,Dia baik

Dan anug'rahNya kekal Selama-lamanya....Amin....2x

DIALOG:

Sebuah keluarga sedang membincangkan gambar di atas. Anak lelaki : Ayah kenapa semua orang memikul salib?

(4)

2

Ayah : Ya,kita semua harus memikul salib.

Anak perempuan : Ayah,salib itu sangat berat, dia harus memotong beberapa bahagian supaya jadi lebih ringan untuk dipikul. Ibu : Lihat!Lelaki itu sudah sampai ke gaung dan gagal meletakkan

salib itu merentangi gaung oleh kerana salibnya terlalu pendek. Orang lain boleh menggunakan salib mereka untuk menyeber-angi gaung itu.

Ayah : Adalah penting untuk menghadapi kesukaran walaupun di masa yang sukar. Kesakitan- kesakitan kecil yang kita lalui dalam kehidupan kita akan memberikan kekuatan,kita bertumbuh dalam kematangan dan perhubungan dengan Allah.

Ibu : Anak-anak,benar kata ayah kamu kadang-kadang ibu selalu me-rungut ketika kesukaran datang. Oleh itu,ibu berdoa kepada Allah memohon diberikan kekuatan dan ibu menemui jalan penyelesaian di setiap kesukaran itu. Allah sentiasa menolong ibu dan ibu sangat berterima kasih kepada-Nya.

Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

Kongsikan perasaan kamu ketika merenungkan gambar di atas secara lebih mendalam.

Kongsikan bagaimana kamu menghadapi percubaan dan kesukaran di dalam kehidupan harian kamu?

(5)

PENDALAMAN:

Teks Alkitab: Roma 5:1-5

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka bertemu dan ditemui oleh Kristus…)

2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

TINDAKAN:

a)

Kongsikan dalam kumpulan

perkara no. 4+5

b) Kongsikan HANYA 2 atau 3 perkara utama dalam kumpulan besar

c) Fasilitator mengarah kumpu-lan untuk SATU tugasan yang perlu dilakukan. (Hening seketika untuk mengamati tugas).

d) Fasilitator membantu kum-pulan mengerjakan be-berapa perkara untuk tugas yang dipilih. (Tugas/projek KED yang dijalankan yang akan membawa harapan kepada orang lain)

e) Meluangkan masa untuk doa dalam keheningan.

(Keperluan orang dalam masyarakat, tugas yang telah diputuskan)

Nota untuk fasilitator:

i) Menggunakan cara-cara kreatif / alternatif dalam menjalankan tugas.

ii) Perlu diingat tema, dan apa yang berlaku di dalam Dialog dan bahagian Pengamatan sebagai panduan.

iii) Perlu diingat 4E

[Encountered—Pertemuan,

Empowered—Pemberdayaan, Enlightened—Kesedaran, Evangelising—Penginjilan]

Iv) Anda bebas untuk meru-muskan proses 3D (Dialog, Pendalaman, Tindakan) su-paya ia relevan dan ber-makna kepada komuniti kecil anda.

(6)

4

Lagu Penutup:

Kau Yang Terindah

Kau yang terindah, Di dalam hidup ini Tiada Allah Tuhan yang seperti Engkau Besar perkasa penuh kemuliaan

Kau yang termanis, Di dalam hidup ini Ku cinta Kau lebih dari segalanya Besar kasih setia-Mu kepadaku Cho: Ku sembah Kau ya Allahku,

Ku tinggikan nama-MU selalu Semua lidahkan mengaku, Engkaulah Yesus Tuhan Rajaku Ku sembah Kau, ya Allahku, ku tinggikan nama-Mu selalu Semua lututkan bertelut,

(7)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

Februari 2017

: Menyambut Anugerah Allah dalam

Kemanusiaan

Pengenalan: Harapan adalah anugerah Tuhan. Kita perlu memintanya. Ia diletakkan jauh di dalam hati setiap manusia untuk memberi pener-angan tentang kehidupan ini. Kita perlu menyuburkan akar harapan supaya mereka dapat berbuah; terutamanya, akan keakraban dan kasih sayang Tuhan.

Lagu Pembukaan:

Semua Ker’na AnugerahNya

Bukan ker’na kebaikanku Bukan ker’na fasih lidahku Bukan ker’na kekayaanku Ku dipilih ku dipanggil-Nya

CHO: Bila aku dapat itu kerana-Nya Bila aku punyai semua daripada-Nya Semua ker’na anugerah-Nya

Dibrikan-Nya pada kita

Semua anugerah-Nya bagi kita Bila kita dipakaiNya

DIALOG:

“Saya tahu den-gan pasti bahawa Tuhan tidak mem-buat kesilapan me-lainkan mukjizat. Saya adalah salah satu mukjizat-Nya, termasuk kamu.” Petikan ini diambil

Bukan ker’na kecakapanku Bukan ker’na baik rupaku Bukan ker’na kelebihanku Ku dipanggil ku dipakai-Nya

(8)

6

dari Nickcholas James ‘Nick’ Vijicic adalah salah seorang yang banyak memberikan inspirasi dan motivasi kepada jutaan orang di seluruh dunia. Seseorang mungkin akan terkejut dengan kata-kata penuh hara-pan seperti yang dituturkan oleh seorang lelaki yang pernah mahu men-gambil nyawanya sendiri ketika berumr 10 tahun.

Nick Vijicic seorang yang berkelahiran Australia mencapai kejayaan yang berturut-turut sebagai; penceramah motivasi, siswazah, pengarang penginjil Kristian, suami, bapa dan dia mencapai kejayaan tanpa kaki dan lengan. Dia dilahirkan dengan Phocomelia, gangguan yang jarang berlaku menyebabkan anggota badan tidak dibentuk sepenuhnya. Ibu bapanya, Dushka dan Boris sentiasa menyokongnya dan menggalak-kannya untuk berkembang maju. Kata-kata semangat dan kepercayaan yang diberikan serta keyakinan diri sendiri mendorongnya untuk terbang tinggi; “Bukan kerana saya tidak memahami rancangan Tuhan, tidak bererti Tuhan tidak bersama dengan saya.”

Seperti yang dijangka, Dushka dan Boris tidak bersedia untuk menerima anak “istimewa” ini, mereka merasa sedih dan takut. Iman mereka teruji semasa membesarkan anak ini. Namun, apabila mereka meninggalkan harapan yang ‘sempit’ bagi anak yang ‘sempurna’ ini, iman mereka menjadi tonggak kekuatan mereka. Ini disebabkan oleh rahmat, kebijaksanaan dan kemuliaan Allah yang mereka alami dalam membesarkan anak ini; “Anda mungkin tidak mempunyai kaki, tetapi jangan biarkan itu menentukan apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan.”

Vijicic melihat perjalanan hidupnya sebagai suatu yang “tidak bernilai, dan menjadi bebanan kepada ibu bapanya”. Vijicic mampu melakukan banyak perkara berbanding dengan orang lain seperti; berenang, memancing, papan luncur salji, dan meluncur ombak. Dia telah mengembara ke 58 negara dan merentasi sejauh 3 juta batu untuk memberi pengharapan kepada orang-orang yang berputus asa.

Kadang-kadang mesej yang paling kuat boleh datang dalam per-kataan yang paling mudah; “Allah tidak akan membenarkan sesuatu berlaku dalam hidup anda jika ia bukan yang baik untuk anda.” Vijicic tidak menafikan bahawa kehidupan ini merisaukan tetapi dia mahu mengingatkan kita untuk menumpukan kepada apa yang terpenting dalam kehidpan kita.

Nick Vijicic adalah ciptaan yang unik dan merupakan alat Tuhan. Seorang penulis buku “Life without Limits”, mahu menyampaikan pesannya untuk tidak berputus asa kepada kita Dia menyahut panggilan

(9)

-Nya dengan penuh tanggungjaab, memiliki misi dengan pengetahuan bahawa "sentiasa ada seseorang di luar sana. Seseorang yang percaya kepada anda dan yang mencintai anda seadanya.”

Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

Kongsikan beberapa contoh bagaimana anda memberi harapan kepada keluarga anda, di tempat kerja atau di kawasan kejiranan anda?

Adakah anda kenal orang-orang tertentu dengan sifat-sifatnya yang memberikan inspirasi harapan kepada kamu atau sesama?

PENDALAMAN:

Teks Alkitab: 2 Tesalonika 2:13-17

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka untuk ditemui dan diberi kuasa oleh Kristus…)

2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

TINDAKAN:

a)

Kongsikan dalam kumpulan perkara no. 4+5

b) Kongsikan HANYA 2 atau 3 perkara utama dalam kumpulan besar c) Fasilitator mengarah kumpulan untuk SATU tugasan yang perlu

dilakukan. (Hening seketika untuk mengamati tugas)

d) Fasilitator membantu kumpulan mengerjakan beberapa perkara untuk tugas yang dipilih. (Tugas/projek KED yang dijalankan yang akan membawa harapan kepada orang lain)

e) Meluangkan masa untuk doa dalam keheningan. (Keperluan orang dalam masyarakat, tugas yang telah diputuskan)

(10)

8

Lagu Penutup:

T’rima Kasih Yesus

Yang dulu tak ku mengerti, Sekarang Kau buat mengerti

Kau singkap mataku, dengan kasih-Mu Yang tak pernah kufikirkan,

Sungguh Kau telah sediakan Kau curahkan berkat-Mu, Limpah dalam hidupku

Cho:

T’rima kasih, Yesus, T’rima kasih, Yesus Ku beri syukur hanya bagi-Mu,

Ya Allahku, ya Tuhanku

T’rima kasih, Yesus, T’rima kasih, Yesus Ku beri syukur hanya bagi-Mu,

T’rimakasih, Yesus

Nota untuk fasilitator:

i) Menggunakan cara-cara kreatif / alternatif dalam menjalankan tu-gas.

ii) Perlu diingat tema, dan apa yang berlaku di dalam Dialog dan ba-hagian Pengamatan sebagai panduan.

iii) Perlu diingat 4E [Encountered—Pertemuan, Empowered—

Pemberdayaan, Enlightened—Kesedaran, Evangelising—Penginjilan]

Iv) Anda bebas untuk merumuskan proses 3D (Dialog, Pendalaman, Tindakan) supaya ia relevan dan bermakna kepada komuniti kecil anda.

(11)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

Mac 2017

: Hidup dalam Perkongsian yang

Kreatif

Pengenalan: Kita hidup dalam perubahan era yang pesat. Kita sering mengalami situasi yang membuatkan kita berada di persimpangan jalan. Semoga kita mengambil jalan yang memiliki harapan dan hidup kreatif untuk mengasihi orang dan mencintai Allah.

Lagu Pembukaan:

Dengarlah Doa Ku

Tuhan harapan ku, Dengarlah doa ku Jangan Tuhan lalui, Dengarlah doa ku Ku ditimpa malang, Jiwa ku terseksa Tangan mu ku pinta, Dengarlah doa ku Godaan menimpa, Membawa sengsara Kuatkanlah iman ku, Dengarlah doa ku Dengarlah ..oh Tuhan, Keluhan jiwa ku Berikan petunjuk-Mu, Dengarlah doa ku

DIALOG:

Yolanda, gadis yang berumur 22 tahun berdiri dalam keadaan berbahaya di sebuah jambatan dengan niat mahu membunuh diri dengan melom-pat ke dalam arus sungai yang sangat deras. Damien yang kebetulan lalu di situ ternampak akan tindakan Yolanda, menghampiri dan mene-gurnya dengan penuh hati-hati.

Damien : Hello cik, bukankah pemandangan dari atas sana menakjub-kan! Tetapi bukankah berbahaya berada di atas sana? Yolanda : Tiada apa yang indah dan menakjubkan buat saya. Pergilah! Damien : Tolonglah turun dan mari kita berbual.

Yolanda : Tiada apa yang akan kamu katakan mampu meyakinkan saya dan mengubah fikiran saya! Saya tidak boleh tahan dengan

(12)

10

penderitaan ini sudah!

Damien : Tapi kamu kan masih ada keluarga yang mengasihi kamu dan ambil peduli terhadap kamu?

Yolanda : Keluarga??? Emmm, keluarga saya pun tidak mempedulikan saya.

Damien : Oh ok, Tetapi cik, kan masih lagi banyak pilihan dan jalan lain, tolonglah turun dan mari kita bercerita.

Yolanda : Saya sudah mencuba semuanya---merokok, alkohol, dadah dan juga pelacuran. Tetapi semuanya tidak dapat mengu-rangkan penderitaan saya, malah semakin teruk!

Damien : Ok. Saya faham kamu sudah mencuba semuanya yang ada di dunia ini, tapi adakah kamu sudah cuba campurtangan Allah.

Yolanda : Saya tidak tahu apa yang kamu merepek ini!

Damien : Marilah turun dan saya akan ceritakan pada kamu. (Yolanda

turun secara perlahan-lahan dan mendapatkan Damien)

Kamu tahukan Tuhan mengasihi kita tanpa batas. Tuhan san-gat mengasihi kamu Yolanda, dan Allah tidak mahu kamu mengakhiri hidup kamu dengan cara seperti ini.

Yolanda : Tuhan??? Bagaimana mungkin Allah boleh mengasihi orang yang sangat berdosa seperti saya?

Damien : Allah sungguh mengasihi semua orang berdosa, siapapun kita dan sejauh mana pun kita pernah menyakiti Allah dengan dosa-dosa kita, Dia tetap mahu menjangkau kita dengan kasih dan belas kasihan-Nya.

Yolanda : Emmm… Okay,saya akan cuba untuk mendapatkan bantuan dan tengoklah apa yang mereka dapat bantu saya. Emm… mungkin kita boleh bertemu lagi di lain waktu… (Yolanda pergi dan meninggalkan Damien dan mereka berjanji untuk saling berhubungan lagi.)

Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

Bagaimanakah perasaan anda dengan cubaan Damien dalam mem-bantu Yolanda?

Kongsikan buah fikiran anda bagaimana anda akan menangani situasi seperti ini/atau adakah anda pernah menangani situasi orang yang tidak mempunyai harapan seperti ini.

(13)

PENDALAMAN:

Teks Alkitab: Efe 1:15-18

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka untuk menerima kuasa dari Kristus dan diterangi oleh Kristus…)

2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

TINDAKAN:

a)

Kongsikan dalam kumpulan

perkara no. 4+5

b) Kongsikan HANYA 2 atau 3 perkara utama dalam kumpulan besar

c) Fasilitator mengarah kumpu-lan untuk SATU tugasan yang perlu dilakukan. (Hening seketika untuk mengamati tugas).

d) Fasilitator membantu kum-pulan mengerjakan be-berapa perkara untuk tugas yang dipilih. (Tugas/projek KED yang dijalankan yang akan membawa harapan kepada orang lain)

e) Meluangkan masa untuk doa dalam keheningan.

(Keperluan orang dalam masyarakat, tugas yang telah diputuskan)

Nota untuk fasilitator:

i) Menggunakan cara-cara kreatif / alternatif dalam menjalankan tugas.

ii) Perlu diingat tema, dan apa yang berlaku di dalam Dialog dan bahagian Pengamatan sebagai panduan.

iii) Perlu diingat 4E

[Encountered—Pertemuan,

Empowered—Pemberdayaan, Enlightened—Kesedaran, Evangelising—Penginjilan]

Iv) Anda bebas untuk meru-muskan proses 3D (Dialog, Pendalaman, Tindakan) supaya ia relevan dan ber-makna kepada komuniti kecil anda.

(14)

12

Lagu Penutup:

Kita Dipilih

Kita dipilih….melakukan kehendak Bapa Kita dipilih…mengenapi Firman-Nya

CHO: Pergi dan menghasilkan buah tetap

Khabarkan keselamatan, dan bebaskan tawanan Bersatu dengan kuasa, Yesus Kristus Tuhan

(15)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

April 2017

: Merayakan Janji Allah

Pengenalan: Memiliki harapan akan keselamatan untuk apa yang tidak kita lihat, kita menantikannya dengan tekun (Roma 8: 25). Ini adalah keyakinan kita akan penciptaan semula oleh kemuliaan dan kuasa Tuhan dengan penuh kesedaran akan penerimaan kita ke dalam keluarga Allah.

Lagu Pembukaan:

Kristus Sumber Kehidupan

Kristuslah penyelamat hidupku Serahkan beban hidup padaNya Susah dan senang ‘kan dipimpinNya Kristuslah sumber kehidupan Hidup yang sesat dis’lamatkannya Didalam kegelapan dosa

Hidup dalam penuh percobaan Tuhan s’lalu berjalan bersama ku Kesusahan tiada dapat menolong Hanya Yesus kekasih sejati

Kasih-Nya s’lalu melimpah hidup ku Kristuslah sumber kehidupan

DIALOG:

Yesus Kristus diistiharkan sebagai pemenuhan dalam semua penciptaan, semua sejarah, dan kerinduan manusia. Sebab di dalam Dia, nilai semua tradisi agama dan budaya, seperti belas kasihan dan ketaatan, kasih sayang dan kejujuran, mengalami kepenuhan dalam-Nya, bukan kegana-san tetapi kebenaran, damai dan harmoni dengan pencipta. Yesus adalah pengantara sejagat. Malah bagi mereka yang secara nyata tidak percaya kepada-Nya sebagai Juruselamat, Yesus menawarkan keselama-tan dengan rahmat-Nya melalui Roh Kudus.

(16)

14

Kita percaya bahawa Yesus Kristus, Allah dan Manusia sejati, adalah Penyelamat kerana Dia telah melaksanakan karya penyelamatan Bapa yang sejagat. Yesus memang unik dan keunikan-Nya ini, memberi-kan kepadanya suatu makna yang mutlak dan sejagat dan dengan itu kekal sebagai matlamat pusat sejarah. Merenung Yesus dalam kemanu-siaan-Nya, masyarakat di Asia merasakan persoalan-persoalan mereka terjawab, harapan mereka dipenuhi, maruah mereka dikembalikan dan keputusasaan mereka dimenangi. Yesus adalah Berita Baik untuk setiap lelaki dan wanita di setiap masa dan di setiap tempat dalam pencarian mereka untuk memaknai kewujudan dan kebenaran kemanusiaan mereka sendiri. (Gereja di Asia dalam Milenium ke-3, Buku Panduan Kerasulan Kasih Eklesia di Asia, artikel 14, p.17)

Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

Apa yang anda faham dengan frasa "pemenuham semua ... Oleh Yesus Kristus"?

Kongsikan bagaimana keinginan dan harapan anda telah dpenuhi di dalam Yesus Kristus.

PENDALAMAN:

Teks Alkitab: Roma 8:19-25

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka untuk diterangi oleh Kristus dan laksanakan penginjilan…)

2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

(17)

Lagu Penutup:

Terima Kasih Tuhan

Terima Kasih Tuhan Untuk Kasih Setia-Mu Yang kualami

Dalam Hidupku Terima Kasih Yesus Untuk kebaikan-Mu Sepanjang Hidupku

TINDAKAN:

a)

Kongsikan dalam kumpulan perkara no. 4+5

b) Kongsikan HANYA 2 atau 3 perkara utama dalam kumpulan besar c) Fasilitator mengarah kumpulan untuk SATU tugasan yang perlu

dilakukan. (Hening seketika untuk mengamati tugas)

d) Fasilitator membantu kumpulan mengerjakan beberapa perkara untuk tugas yang dipilih. (Tugas/projek KED yang dijalankan yang akan membawa harapan kepada orang lain)

e) Meluangkan masa untuk doa dalam keheningan. (Keperluan orang dalam masyarakat, tugas yang telah diputuskan)

Nota untuk fasilitator:

i) Menggunakan cara-cara kreatif / alternatif dalam menjalankan tugas.

ii) Perlu diingat tema, dan apa yang berlaku di dalam Dialog dan bahagian Pengamatan sebagai panduan.

iii) Perlu diingat 4E [Encountered—Pertemuan, Empowered—

Pemberdayaan, Enlightened—Kesedaran, Evangelising—Penginjilan]

Iv) Anda bebas untuk merumuskan proses 3D (Dialog, Pendalaman, Tindakan) supaya ia relevan dan bermakna kepada komuniti kecil anda.

Korus:

Terima Kasih Yesusku

Buat anugerah yang Kau beri Sebab Hari ini

Tuhan adakan Syukur bagi-Mu

(18)
(19)

Referensi

Dokumen terkait

Lihat pengantar penyunting, Imelda Bahtiar, “Dari Pertemuan 13 tahun yang Lalu” dalam Saparinah Sadli, Berbeda tetapi Setara Pemikiran tentang Kajian

Berdasarkan pengoptimalan pemanfaatan minyak sawit merah dalam pembuatan biskuit kacang dan nilai organoleptik yang dihasilkan maka formulasi minyak sawit merah dan

Teh adalah minuman yang mengandung kafein, sebuah infusi yang dibuat dengan cara menyeduh daun, pucuk daun, atau tangkai daun yang dikeringkan dari tanaman Camellia

Saya mengeti bahwa saya menjadi bagian dari penelitian ini yang bersetuju untuk mengetahui perilaku pekerja home industry batu bata dalam pencegahan ISPA.. Saya

Menarik kesimpulan yang terfokus kepada bentuk ungkapan permohonan, alur komunikasi, dan strategi komunikasi yang digunakan oleh mahasiswa dalam

Proyek Akhir dalam Pagelaran Tata Rias Fairy Tales of Fantasy berjutuan untuk: 1) Merancang rias fantasi dan penataan rambut tokoh Putri Aurora Cerita Sleeping Beauty sesuai

Terumbu karang dapat tumbuh dengan optimal pada kisaran salinatas 32 PSU sampai 35 PSU dan karang hermatipik juga dapat bertahan pada salinitas yang menyimpang dari

Residual Enabling Authority Di Kabupaten Jember, Banyuwangi dan Situbondo, 66 hal, 2012. Sistem transportasi publik sebagai gabungan antar sub sistem yang terdiri