Pembangunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Laman
Web
e-solatpekak.comUntuk Murid Ketidakupayaan Pendengaran Bagi
Tajuk Solat Fardu
Nor Shahida Baharudin SMK Ayer Puteh Dalam
Rosadah Abdul Majid Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Perkembangan Teknologi dan Komunikasi (ICT) telah berkembang pesat seiring dunia pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, guru haruslah bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan reka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Salah satu inovasi melalui P&P melalui laman web, sehubungan itu, penyelidik telah membina laman web e-solatpekak. Laman web ini dibina dengan menggunakan perisian wordpress yang diintegrasikan bersama elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan bahasa isyarat. Tujuan utama kajian ini untuk mereka bentuk pembinaan laman web e-solatpekak sebagai bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran murid ketidakupayaan pendengaran tahun dua dan tiga bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (PI). Metodologi pembangunan menggunakan model ADDIE yang membahagikan aktiviti pembinaan kepada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses analisis awal dan pembinaan. Kajian ini menggunakan borang kaji selidik untuk menstruktur maklumat ke dalam Laman web e-solatpekak. Aspek yang dimasukkan dalam laman web ini adalah isi kandungan yang berlandaskan sukatan pelajaran KSSRPK serta elemen multimedia. Tujuan laman web ini di bina adalah untuk membantu murid ketidakupayaan pendengaran memahami dan melakukan solat fardu dengan betul. Implikasi kajian, pengajaran berasaskan laman web e-solatpekak satu proses P&P dalam bilik darjah di mana mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid. Di samping itu, dapat membantu dan melengkapkan pengajaran di sekolah kerana bersifat interaktif dan menyeronokkan.
Kata Kunci: Reka Bentuk, Pembangunan, Laman Web, Murid Ketidakupayaan Pendengaran,
ABSTRACT
The development of Information and Communications Technology (ICT) has grown rapidly aligned to the education in Malaysia. Therefore, teachers should be creative and innovative in designing and diversifying teaching and learning materials in school. One of the innovations which the researcher has developed is the website of e-solatpekak. This website is basically designed by using the Wordpress application with the integration of multimedia elements namely text, audio, video, graphic and sign language. The main purpose of this research is to design the e-solatpekak website as teaching and learning aid for the year 2 and year 3 „Students With Hearing Disability/loss‟ in learning Islamic Education (PI). This development has used the ADDIE model as the methodology where the developing activities could be divided into five phases namely analysis, design, development, reinforcement and assessment. In this model, all the phases involve the process of early analysis and construction. This research has used the questionnaire to structure the information into e-solatpekak website. Aspect which has been applied to this website is the learning content from KSSRPK curriculum specification and certain multimedia elements. The whole idea of this website is to assist the learners who have learning impairment in understanding and performing the fard prayers. The implication of research is learning based on the e-solatpekak could establish the learner-centredness environment. It also might help to facilitate the teaching process, as it is interactive and engaging.
Keyword: Design, Development, Website, Students with Hearing Disability/loss, and Learning Islamic Education
PENGENALAN
Reka bentuk pengajaran juga merupakan rekayasa yang digunakan oleh guru bagi membina dan merancang segala aspek pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovasi. Kandungan dan bahan bantuan mengajar (BBM) mestilah berkualiti supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan yang baik. Seorang guru akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Menurut Kamarulzaman Abd. Ghani et al. (2002) guru agama perlu menjadikan Pendidikan Islam sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan diminati pelajar. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. Definisi reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan. Ia meliputi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk strategi pengajaran, reka bentuk mesej pengajaran dan ciri-ciri pelajar. Sebagai contoh mereka bentuk laman web merupakan salah satu BBM pengajaran yang dipilih oleh guru sebelum P&P bermula. Namun isunya adalah sama ada maklumat itu sahih atau sebaliknya.
web ialah paparan pada skrin komputer yang mengandungi maklumat serta bahan-bahan tertentu yang boleh diaplikasikan sebagai media P&P PI. Justeru itu, pendidik, haruslah membangunkan laman web berkaitan mata pelajaran yang diajarnya. Laman web tersebut hendaklah memuatkan sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan bagi memudahkan murid mendapatkan rujukan dan maklumat. Banyak kajian yang telah dijalankan di Malaysia membuktikan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan laman web berjaya menarik minat murid untuk belajar ( Abdul Muhaimin 2004, Rosnani 2005, Rahimah 2006, Nor Rasimah 2007 dan Siti Jamilah 2011).
Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Muhaimin (2004) menyatakan pengajaran berasaskan laman web dapat menarik minat murid belajar dan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Rosnani (2005), Rahimah (2006), Nor Rasimah (2007) dan Siti Jamilah (2010). Kenyataan ini diperkukuhkan lagi melalui dapatan kajian Ab. Halim Tamuri dan rakan-rakan (2011) yang menjalankan satu kajian terhadap 2126 orang murid berkaitan PdP pendidikan Islam yang paling digemari oleh murid di sekolah. Dapatan kajiannya menunjukkan penggunaan komputer, tayangan filem atau video dan melayari laman web merupakan enam aktiviti yang paling diminati oleh murid dalam PdP Pendidikan Islam. Manakala kajian Zaidatun
et al. (2008) menyatakan kajian di Universiti John Hopkin menunjukkan murid berminat dalam kelas yang menggunakan komputer dan jarang ponteng kelas, malah sudi memperuntukkan masa untuk belajar menggunakan komputer. Oleh yang demikian, kaedah pengajaran tradisional haruslah diintegrasikan dengan pengajaran “hypermedia” iaitu menggabungkan animasi, audio, video, dan grafik untuk menyokong pengajaran di sekolah. Secara tidak langsung kaedah ini meningkatkan murid ketidakupayaan pendengaran untuk belajar dengan lebih berkesan. Hal ini telah terbukti dengan kajian Kajian Tileston (2005) berkenaan otak yang hanya 20 peratus murid yang belajar melalui pendengaran, manakala 80 peratus lagi pelajar melalui penglihatan atau visual .
Di Malaysia, Pendidikan Khas ketidakupayaan Pendengaran telah bermula pada tahun 1954 iaitu sebelum merdeka apabila kelas Pendidikan Khas dan Sekolah Murid-murid Pekak Persekutuan dibuka sehinggalah ke hari ini. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu golongan ini. Hal ini jelas, perubahan pesat yang berlaku di sekolah menyebabkan pendekatan P&P Pendidikan Islam Murid Berkeperluan Khas turut diubahsuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Terdapat pelbagai cadangan yang diberikan untuk menjadikan PdP Pendidikan Islam Murid Berkeperluan Khas lebih menarik. salah satunya adalah melalui reka bentuk pembelajaran berasaskan web kerana ia menggabungkan teknologi multimedia yang terdiri daripada teks, animasi , video, grafik, audio dan elemen interaktif (Mohd Arif & Mohd Jasmy 2000).
solat, waktu solat, bacaan dalam solat, syarat-syarat sah dan wajib solat , perkara-perkara yang membatalkan solat, bahan multimedia, klip video dan pautan kepada laman web yang bersesuaian. Objektif kajian ini adalah bertujuan :
i) membangunkan bahan pengajaran berasaskan web e-solatpekak bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 2 dan 3 bab Ibadah.
Kajian ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi hak yang sama rata dalam mengakses pendidikan dan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di malaysia.
KAJIAN LITERATUR
Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Bagi Murid Ketidakupayaan Pendengaran
Dalam sistem Pendidikan Malaysia, mata pelajaran Pendidikan Islam mula diwajibkan kepada murid yang beragama Islam Akta Pendidikan 1996 (akta 550 seksyen 50), telah menetapkan bahawa jika dalam institusi pendidikan terdapat lima orang atau lebih yang menganut agama Islam, murid-murid ini hendaklah diberi pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (Hamdi, Abd. Halim et al. 2012). Oleh yang demikian mata pelajaran Pendidikan Islam turut diajar di Sekolah Pendidikan Khas di seluruh Malaysia. Ekoran itu, terdapat pelbagai strategi dan kaedah yang telah dijalankan oleh guru untuk menyampaikan P&P kepada murid pendidikan khas terutamanya murid ketidakupayaan pendengaran seperti menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa (Sukatan Pelajaran KSSRPK Pendidikan Islam 2011). Guru tidak perlu menggubal kurikulum, tetapi perlu memilih bahan sumber yang bersesuaian untuk melaksanakan kurikulum berkesan (Noriati A.Rashid et al. 2012). Menurut Abdul Rauf (1998) gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang melibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan. Di samping memudahkan proses P&P, teknik pengulangan dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran harus ditekankan . Penyataan ini disokong dengan hasil dapatan kajian Safani Bari et al. (2002) yang menyatakan bahawa kanak-kanak ketidakupayaan pendengaran amat sinonim dengan masalah-masalah komunikasi, sosial dan akademik .
ingatan sensori yang melibatkan deria penglihatan, deria pendengaran, deria rasa, deria bau dan sentuhan.
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Web
Penggunaan IT dalam PdP perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan Islam kerana penggunaannya mampu menarik minat murid terhadap Pendidikan Islam (Kamarul Azmi dan Halim Tamuri 2012). Pengajaran berasaskan web mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding pengajaran tradisional Relan dan Gillani (1997). Pengajaran berasaskan web menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman yang mana proses pembelajaran diintegrasikan dengan kehidupan seharian. Seterusnya pengajaran berasaskan web, murid turut menjalani hubungan sosial yang baik dengan berinteraksi antara satu sama lain ketika menyempurnakan tugasan. Secara tidak langsung pembelajaran kolaboratif turut diaplikasikan. Sumber maklumat juga tidak lagi tertakluk kepada penggunaan buku teks dan guru sebaliknya ianya boleh diperoleh daripada sumber web atas talian menggunakan komputer. Pengajaran menjadi lebih menarik berbanding kandungan yang statik dan bersifat interaktif. Selain itu, pendekatan P&P ini juga bersifat “hands-on” dan “mind-on” yang menjadikan suasana pembelajaran berpusatkan murid dan bahan, murid dan guru dan murid dan ICT dan dapat memaksimumkan pemahaman dengan lebih berkesan.
Penggunaan internet dalam P&P menunjukkan kaedah ini dapat menarik minat pelajar dan meningkatkan pencapaian murid di sekolah. Ini dibuktikan dengan kajian Abdul Muhaimin (2004), Rosnani (2005, Rahimah (2006) dan Nor Rasimah (2007). Kajian Abdul Muhaimin (2004) membuktikan laman web macromedia fireworks berjaya menarik minat pelajar untuk belajar. Kajian Rosnani (2005) menyatakan pembelajaran Bahasa Inggeris berbentuk web menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris berbanding pelajar yang belajar secara tradisional. Kajian Rahimah (2006) membuktikan penggunaan laman web topik Garis Imbas sebagai media pengajaran dan pembelajaran dapat membatu pemahaman dan pembelajaran pelajar di Politeknik Port Dickson. Kajian ini juga selari dengan kajian Nor Rasimah (2007) yang mendapati laman web interaktif berjaya menarik minat murid untuk memahami bahasa Jepun.
Che Raziyusnita (2007) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan laman web pendidikan dalam kalangan 116 orang guru Pendidikan Islam (PI) di daerah Seremban. Kajian beliau menunjukkan pengalaman guru mengaplikasikan web dalam pengajaran telah menimbulkan rasa seronok dan minat murid terhadap pengajaran PI. Seterusnya, hasil kajian mendapati wujud hubungan di antara pengetahuan terhadap komputer dengan tahap penggunaan laman web serta kemudahan komputer dan internet dilihat mempunyai perkaitan yang positif dengan tahap penggunaan web pendidikan. Bertepatan dengan pandangan Norazah et al. (2009) yang mengakui bahawa penggunaan teknologi memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam P&P dan menyumbang kepada kelancaran dalam pendidikan termasuklah bidang PI. Kajian ini, selari dengan kajian yang dijalankan oleh Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul dan Roseamnah Abd. Rauf (2013) membuktikan penggunaan laman web sebagai transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam masa kini.
METODOLOGI KAJIAN
satu model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran diperlukan untuk membangunkan sesebuah laman web. Model reka bentuk pengajaran ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ADDIE telah dipilih sebagai panduan dalam mereka bentuk pengajaran dalam laman web ini. Model ini dipilih kerana setiap fasa dalam model ini adalah sesuai dengan proses pembinaan laman web ini. Selain itu, proses pembangunan menggunakan perisian Wordpress sejajar Sukatan Pelajaran KSSRPK Ketidakupayaan Pendengaran murid tahun 2 dan 3 bab ibadah (solat) di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Melaka.
Fasa Pembangunan Menggunakan Model Addie
Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk pengajaran, antara model yang terawal ialah model ADDIE. Pengkaji menggunakan model ADDIE kerana model ini menjadi sumber kepada kemunculan model-model lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya hampir semua model reka bentuk mempunyai lima prinsip utama ADDIE iaitu “Analyze”, “Design”,
“Develop”, “Implement”, dan “Evaluate” (Kruse, 2009). Model ADDIE adalah satu proses yang sistematik yang melibatkan lima langkah umum dalam mereka bentuk sesuatu pengajaran iaitu Analisis(Analysis), Reka bentuk(Design), Pembangunan(Development), Pelaksanaan
(Implementasion) dan Penilaian(Evaluation)http://www.tzanis.org/Courses/ADDIE/
Dalam fasa analisis ini, masalah yang ingin diselesaikan akan dikenal pasti secara keseluruhannya. Masalah boleh ditentukan melalui pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenal pasti pengguna sasaran, perbincangan, pemerhatian, temu bual, tinjauan , bacaan dan soal selidik. Pada peringkat ini, masalah pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada murid juga dikenal pasti. Soalan-soalan berikut boleh digunakan sebagai panduan menganalisis. Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?. Apakah hasil pembelajaran? Apakah pilihan strategi penyampaian? Ini amat penting supaya reka bentuk instruksi atau pengajaran yang dihasilkan menepati matlamat pengajaran dan sebagainya.
Fasa reka bentuk pembangunan spesifikasi pemilihan tapak laman web, sistem penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio dan video. Fungsi dan elemen navigasi yang digunakan hendaklah boleh membantu pengguna . Akhirnya pengguna boleh menekan butang antara muka pengguna seperti reka bentuk skrin, objek disusun, bagaimana pengguna berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi.
Fasa pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang pengguna lihat pada skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu sama lain. Pembangunan isi kandungan, maklumat atau bahan yang berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan meliputi proses pengumpulan, penterjemahan bahasa isyarat dan pengubahsuaian elemen yang digunakan.
Fasa Penilaian merangkumi pengujian formatif dan sumatif. Formatif adalah pengujian dalaman, draf kerja yang belum siap 100% kemungkinan terdapat kesilapan. Sumatif adalah pengujian yang sebenar iaitu maklum balas daripada pengguna atau murid. Dalam reka bentuk laman web e-solat pekak ini penilaian tertumpu aspek reka bentuk laman web e-solatpekak dan isi kandungan oleh pakar dalam bidang berkenaan secara dalaman. Setiap fasa dijelaskan seperti rajah 1 di bawah:
Rajah 1 : Kerangka Konseptual Proses Pembangunan Sistem PdP Berasaskan Laman Web
e-solatpekak diadaptasi berdasarkan Model ADDIE
Sumber : Noriati A. Rashid 2012
Proses Pembangunan Pengajaran Dan Pembelajaran Laman Web E-Solatpekak.
Berdasarkan kerangka konsep yang diterangkan dalam rajah 1 terdapat 5 fasa dalam membangunkan laman web ini, iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Perisian bahan pengajaran berasaskan web yang menggunakan pendekatan wordpress telah dibangunkan. Pada tahap analisis, pengkaji telah menganalisa bahan pengajaran mengikut
Analisis(Analysis)
-Temu bual murid dan guru Pend. Khas ketidakupayaan pendengaran -Kajian Perpustakaan
-Rujukan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam tahun 2 dan 3 KSSRPK
Reka Bentuk(Design)
-Pemilihan tapak laman web -Sumber
-Proses -Kesimpulan
Pembangunan(Development)
-Membangunkan web e-solatpekak Menggunakan wordpress
Pelaksanaan(Implementation)
-Persembahan dan diterbitkan laman web e-solatpekak
Penilaian(Evaluation) -Pakar bahagian reka bentuk dan isi
keperluan murid ketidakupayaan pendengaran tahun 2 dan 3 serta sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) 2011.
Sebelum laman web ini dibina, satu soal selidik dan temu bual dijalankan kepada murid dan guru di salah sebuah sekolah rendah ketidakupayaan pendengaran di Melaka. Berdasarkan dapatan ini, murid ketidakupayaan pendengaran telah terdedah dengan kaedah P&P mata pelajaran Pendidikan Islam menggunakan web di sekolah. Selain itu, terdapat juga sukatan pelajaran berkaitan bab solat fardu di tahap 2 dan 3, namun begitu, dapatan kajian juga mendapati terlalu sedikit bahan bantuan mengajar yang berbantukan bahasa isyarat dalam bab solat di laman web untuk dijadikan sebagai rujukan. Hal ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Hamdi Ishak et. al (2013) yang menyatakan guru Pendidikan Islam mengajar mengikut sukatan pelajaran dalam PdP mata pelajaran PI bagi murid ketidakupayaan pendengaran dan dapatan kajian yang dijalankan oleh Norliza Hussin et al. (2013 )yang mencadangkan penggunaan laman web sebagai transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam masa kini.
Pada fasa reka bentuk laman web dibina dan dibangunkan berdasarkan perisian pilihan mengikut tema di dalam wordpress. Reka bentuk menjurus kepada Web Education Sites yang bertujuan menyediakan informasi dan pelbagai bahan dan kegiatan pendidikan. Hasilnya, reka bentuk laman web e-solatpekak yang dicadangkan adalah seperti rajah di bawah:
Rajah 2 : Rangka reka bentuk laman web e-solatpekak
Fasa pembangunan pula, perincian bahagian header telah di masukkan gambar rangsangan yang menjurus kepada tajuk laman web e-solatpekak. Butang menu di bahagikan kepada 5 bahagian iaitu menu, pengenalan, nota, latihan, permainan, video dan rujukan. Manakala semua bahan dari menu akan dipaparkan pada bahagian paparan teks. Bahagian sebelah kanan laman web iaitu footer A akan diisi dengan panduan waktu solat dan kalender untuk memudahkan rujukan pengguna mengenai waktu solat semasa. Bahagian terakhir, diletakkan bilangan pengunjung pada bahagian footer B bagi mengetahui bilangan pengunjung ke laman web ini.
Setelah dibangunkan laman web ini di terbitkan dalam World Wide Web (WWW) pada pautan url e-solatpekak.com supaya menjadi salah satu bahan bantuan P&P terutama murid ketidakupayaan pendengaran di sekolah dalam mata pelajaran pendidikan Islam bab solat. Laman web ini juga turut disebarkan dan sekolah rendah pendidikan khas di Melaka dan
1. Header 2. Menu
3. Paparan Teks 4.Footer A
Selangor.
Selain itu, bahagian terakhir adalah fasa penilaian. Fasa ini, 2 penilaian dijalankan iaitu kesahan dari segi reka bentuk dan kesahan kandungan. Kesahan dan kebolehpercayaan ini telah disahkan oleh pakar di dalam bidang Pendidikan Islam dan pakar IT. Pengukuran dibuat mewakili aspek kandungan dan reka bentuk (Chua Yan Piaw 2011). Namun begitu, penilaian berdasarkan model ADDIE adalah berjalan secara berterusan untuk penambahbaikan laman web ini mengikut keperluan murid.
Hasil pembangunan laman web e-solatpekak adalah seperti rajah 3 hingga 8 di bawah. Laman web ini memaparkan antara muka bahan pengajaran e-solatpekak yang telah dibangunkan. Rajah tersebut juga menunjukkan 5 komponen e-solatpekak iaitu perisian muka depan, menu utama , kandungan, latihan, permainan video dan rujukan.
Rajah 3 : Paparan muka depan e-solatpekak
Rajah 4 : Paparan Menu Utama
Menu utama adalah tapak di mana sesi pembelajaran berbantukan komputer ini bermula. Pengguna hanya perlu klik pada menu yang berkenaan untuk mulakan sesi pembelajaran. Kebebasan diberikan kepada pengguna untuk memilih ke mana pengguna mahu pergi. Apabila pengguna melalukan tetikus pada butang yang berkenaan, terdapat perubahan warna butang tersebut.
Rajah 5: Paparan Pengenalan
Rajah 6: Paparan Nota
Paparan nota dalam laman web ini disertakan paparan bacaan dalam solat, niat solat fardu, perkara yang membatalkan solat, perlakuan dalam solat, rukun solat, syarat wajib dan sah solat. Semua nota ini di sertakan dengan bahasa isyarat dan hyperlink bagi memudahkan pemahaman pembaca. Semua paparan yang disediakan adalah mengikut sukatan pelajaran KSSRPK.
Rajah 7 : Latihan
Rajah 7 : Permainan dan Rujukan
Satu permainan flash telah disediakan dalam laman web ini. Pengguna perlu muat turun permainan yang disediakan. Tujuan permainan ini disediakan adalah untuk menyedarkan pengguna tentang aplikasi “jomsolat” secara interaktif. Di samping itu, permainan yang disediakan juga bertujuan menghilang rasa jemu pengguna dalam mempelajari bab solat. Ia juga untuk menarik minat pelajar untuk melayari laman web ini. Selain itu disediakan juga bahan rujukan.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
Secara amnya, reka bentuk antara muka pengguna(skrin paparan) yang konsisten memudahkan pengguna menggunakan sisten P&P berasaskan e-solatpekak. Sistem PdP berasaskan e-solatpekak ini mengaplikasikan unsur-unsur hypermedia seperti hiperteks, grafik, audio, video dan warna menjadikan persembahan sistem lebih menarik murid ketidakupayaan pendengaran. Hal ini akan menarik minat murid belajar sepanjang proses PdP berjalan. Kenyataan ini, selari dengan kajian yang dijalankan oleh Norliza Hussin et al. (2013), penggunaan internet dan aplikasi web, bukan sahaja memberi kemudahan kepada murid-murid dan guru malahan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan menyeronokkan. Perkara ini juga banyak membantu dan melengkapkan tugasan guru dalam proses P&P. Penggunaan web dalam P&P PI merupakan langkah yang mesti dilaksanakan, dimanfaatkan secara maksimum untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran.
Secara umumnya web e-solatpekak ini, masih terdapat kekurangan dan kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman web yang perlu kepada penambahbaikan dan pemurnian. Implikasinya dapat dirumuskan seperti berikut:
Laman Web e-solatpekak berfungsi sebagai sumber bahan bantuan yang boleh digunakan oleh murid dan guru pendidikan khas untuk diakses di mana jua. Maka penggunaan laman web adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim. Oleh sebab itu aktiviti pembangunan laman web melalui Internet sebagai satu bahan perantara untuk menyampai maklumat.
Guru mestilah mempunyai sifat berdaya saing dalam mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Sebenarnya sekarang ini untuk membina laman web sangat mudah. Sekiranya kita tidak mampu menggunakan perisian yang hebat-hebat, setakat menggunakan 'Microsoft Word' pun sudah memadai. Sekiranya kita tidak mampu juga membinanya sendiri, kita boleh menggunakan laman-laman web yang khusus untuk pendidikan yang telah dibangunkan oleh orang lain secara percuma dari seluruh dunia. Kita seharusnya telah bersedia untuk menyediakan masyarakat khususnya murid ketidakupayaan pendengaran yang boleh bersaing di peringkat dunia pada masa hadapan.
Pihak berwajib perlulah mempertingkatkan kemudahan prasarana IT di Sekolah Pendidikan Khas dan membekalkan keperluan teknikal yang mencukupi seiring dengan perubahan ICT. Prasarana IT merangkumi aspek seperti bahan-bahan dan kursus multimedia dan prasarana bilik darjah iaitu komputer, alat audio-visual dan e-mail, pusat media yang mengandungi bahan-bahan multimedia network dan internet, makmal komputer khas, pusat perkembangan multimedia untuk perkembangan dan perekaan alat-alatan untuk bahan-bahan multimedia dan sebagainya.
Selain itu, peralatan komputer yang bersesuaian, teknologi serta capaian kepada rangkaian internet menjadi masalah kepada pengguna terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan pendalaman di mana akses kepada internet masih lagi terhad. Kadar kelajuan internet rendah juga menyebabkan pengguna tidak dapat melihat paparan pada sesebuah web pembelajaran secara lancar dan jelas seperti paparan video dan animasi. Masalah ini menyebabkan penyampaian kandungan pelajaran tidak dapat disampaikan dengan baik, murid mudah berasa bosan dan hilang fokus terhadap pelajaran seterusnya, kaedah pembelajaran berasaskan web menjadi tidak berkesan.
KESIMPULAN
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. 2011. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Muhaimin Osman. 2004. Pembangunan Modul Elektonik Berasaskan Laman Web Belajar Mengenai Micromedia Fireworks mx. Kertas Projek Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Addie model. Diperolehi pada 9 Januari 2011, sumber dari
http://www.tzanis.org/Courses/Readings/Session5.pdf
Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. McGraw Hill. Sdn. Bhd.
Che Raziyusnita Irni Che Wan . 2007. Penggunaan Laman Web dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Daerah Seremban. Tesis Sarjana Pendidikan: UKM
Hamdi Ishak, Ab Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid & Safani Bari. 2012. Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas(Masalah Pendengaran). Jurnal of Islamik and Arabic Education .
Jamaluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaitun Tasir. 2002. Pembangunan Perisian Multimedia Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur : Venton Publising
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2012. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Cetak Ratu Berhad: Johor Baru.
Kamarulzaman Abd. Ghani, Khadijah Abd. Razak & Mohd. Amin Embi. 2002. Prosiding Kebangsaan Profesion Perguruan. 2002. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Masalah Pendengaran KSSRPK. Tahun 3 : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kruse, K. . 2009. Introduction to instructional design and the ADDIE model. Diperoleh pada 1 Jun 2014, sumber dari http://www.transformativedesigns.com/id_systems.html
Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abdul Rahman. 2000. Pembinaan Laman Web untuk Pengajaran: Fokus terhadap kursus GE2123. Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Kertas Kerja ini dibentangkan di Seminar Pendidikan Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 14-15 November.
Nor Rasimah Mohd. Rashid. 2007. Pembangunan Laman web Interaktif Asas Komunikasi Bahasa Jepun. Tesis Sarjana . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. 2013. Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2
Norasikin Fabil et.al. . 2005. Aplikasi Perisian Talaqqi Musyafahah dalam Pembangunan Perisian Multimedia Tajwid. Al-Bayan Journal of Al-Quran & al-Hadith. Hlm. 83-108.
Norazah Mohd Nordin. 2003. Pembangunan dan keberkesanan pakej Multimedia Berasaskan pendekatan Hybrid dalam Mata Pelajaran Matematik (matrik) Tingkatan Enam Sekolah Bestari . Tesis Dr Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazah Mohd. Nordin & Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web-Webquest bagi Mata pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia Jilid 34. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi. 2008. Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Shah Alam: Penerbit Karisma Publications.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan . 2012. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Edisi Kemas Kini. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rahimah Shahar. 2006. Pembangunan Laman web Sebagai Media Pengajaran di Politeknik Port Dickson: Topik Garis Imbas. Kertas Projek sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Relan A. and Gillani,B.B. 1997. Web-web Instruction and The tradisional Classroom: Similarities and Difference. Educational Teknology Publication
Rosnani Hashim. 2005. Pembelajaran bahasa Inggeris Berbantukan Web(WBAL): Pencapaian Pelajar Berdasarkan Lokasi Sekolah dan Tahap Pendidikan. Konvensyen Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan .
Safani Bari, Manisah Ali, Noraini Mohd. & Aliza Alias. 2002. Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran di Kalangan Murid-murid Bermasalah Pendengaran. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saunders, G. 2003. Integrating Information and Comunication Technology (ICT) into a Face-to-face Undergraduate Couse. Atas talian http://www.elearningeuropa.info/doc.php? ( 1 Mei 2014)
Siti Jamilah Jamaluddin . 2010. Reka bentuk dan Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan web(webQuest) Bagi Mata Pelajaran ICT Tajuk Computer Security. Tesis Sarjana . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Salbiah Ahmad . 2007. Pembangunan Laman Web Mata Pelajaran Mekanik Tesis Sarjana : Universiti Tun Hussin Onn Malaysia.
Woolfolk,A.E. 1998. Educational Psychology. 7th ed. Boston: Allyn & Bacon.