• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSEDUR MELAKSANAKAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROSEDUR MELAKSANAKAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT.docx"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

CADANGAN PROSEDUR MELAKSANAKAN UJIAN KENAIKAN

PANGKAT

Pendahuluan

Ujian Kenaikan Pangkat merupakan suatu saat yang ditunggu-tunggu oleh anggota KRS sepanjang penglibatan merekadi dalam unitelitini.

Malangnya banyak pasukan yang tidak mengadakan ujian kerana beberapa kekangan tertentu. Situasi ini merugikan anggota yang tamat dari

perkhidmatan dan keluar dengan sijil sebagai ahli KRS biasa. Justru itu satu bentuk instrument dicadangkan untuk digunakan di semua pasukan KRS atau TKRS di seluruh Negeri Sembilan mulai tahun 2011.

Kekangan Dalam Proses Ujian Kenaikan Pangkat

Adalah menjadi harapan seluruh jurulatih agar anggota KRS yang dilatih olehnya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Namun beberapa kekangan yang telah dikenal pasti menyebabkan kegagalan melakukan ujian tersebut berlaku.

Antara kekangan utamanya adalah:

 Kekurangan jurulatih yang benar-benar menguasai semua kemahiran di dalam KRS dan mampu melaksanakan ujian kenaikan pangkat  Tidak wujud standard yang khusus di dalam pelaksanaan ujian yang

dilakukan di setiap pasukan atau negeri

 Tidak ada kursus atau latihan khas untuk pegawai atau jurulatih KRS melaksanakan ujian tersebut

Kesan yang diperolehi pula merupakan satu fenomena yang

memalukan bagi satu-satunya pasukan elit milik KPM. Pemberian pangkat dibuat begitu sahaja. Malah terlalu mudah dan terlalu ramai yang memakai tanda pangkat tanpa kemahiran yang dapatdipertandingkan atau digunakan. Ini selalu terjadi apabila program bersama dilakukan. Anggota KRS tidak dapat memberikan sumbangan yang menggalakkan seperti unit-unit lain. Hanya di aspek dalam kawad kaki sahaja KRS menonjol dengan begitu ketara.

(2)

Dicadangkan agar proses ujian kenaikan pangkat dilaksanakan melalui dua cara iaitu melalui penglibatan JK Teknikal peringkat daerah dan

peringkat negeri dengan pembahagian seperti berikut:

Peringkat Daerah Melaksanakan ujian kenaikan pangkat bagi

lans Kopral dan Kopral KRS dan TKRS

Peringkat Negari Melaksanakan ujian kenaikan pangkat bagi

Sarjan, Staf Sarjan,Pegawai Waran II dan Pegawai Waran I

Manakala pegawai atau jurulatih penguji pula dibahagikan seperti berikut:

Peringkat daerah Diketuai oleh salah seorang jurulatih negeri yang sekurang-kurangnya berpangkat kapten ke atas. Manakala jurulatih penguji mestilah berpangkat Leftenan Muda dan dan ke atas dan telah menghadiri Kursus Pentaulihan Pegawai KRS

Peringkat negeri Diketuai oleh seorang jurulatih negeri sekurang-kurangnya berpangkat Mejar. Manakala jurulatih penguji mestilah

berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan dan telah menghadiri Kursus Pentauliahan Pegawai KRS

Ujian kenaikan pangkat pula dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu:

Pelaporan dilakukan oleh semua anggota KRS dalam

(3)

Ujian Bertulis Ujian bertulis melibatkan soalan-soalan objektif ataupun subjektif berdasarkan

keperluanmengkhusus kepada tajuk-tajuk yang diuji di dalam sesuatu kategori ujian (20 % markah

Ujian Amali Ujian amali berkaitanaspek yang memerlukan

kemahiran yang tidak boleh dilaksanakan di sekolah seperti perkhemahan, kemahiran melibatkan tali dan sebagainya (60 % markah)

Bagi anggota yang melepasi markah 80% peratus adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkatmanakala yang gagal melepasi tahap yang ditentukan boleh membuat ujian ulangan di pasukan masing-masing. Kategori yang layak membuat pengulangan semula ujian adalah yang mendapat markah 69% ke 70%. Manakala yang gagal mendapat 50% tidak layak dipertimbangkan untuk ulangan semula bagi memastikan

bahawa kualiti pemegang pangkat adalah berada pada tahap yang sepatutnya.

Perincian

Buku Log KRS/TKRS

Bagi kategori Buku Logperkara-perkara yang perlu diberikan perhatian sewaktu pemeriksaan adalah seperti berikut:

 Setiap nota, laporan mempunyai tarikh, masa dan hari

 Laporan yang melibatkan penyertaan di dalam aktiviti seperti kebudayaan, khidmas dan sebagainya disahkan oleh guru yang terlibat atau penganjur.

 Disertakan juga dengan bukti bergambar atau salinan sijil atau buku program. Semuanya boleh ditampal di dalam buku log atau disimpa di dalam fail khas

 Kreativiti di dalam penyediaan buku log yang menggambarkan minat serta kesungguhan anggota melakukan tugas mereka

Contoh:

(4)

Sirah Rasulullah S.A.W

Menceritakan atau menulis tentang sejarah kehidupan Rasullah S.A.W. (Rujuk Kad Ujian Kenaikan Pangkat Lans Kopral)

2. Apa yang perlu dilakukan ialah anggota menulis tentang sejarah hidup Nabi Muhamad S.A.W sepanjang 150pp hingga 200pp didalam buku log. Catatkan juga tarikh, hari penyediaan catatan tersebut.

3. Peranan pegawai pasukan pula ialah memeriksa buku log dan seterusnya mengesahkan bahawa tugas tersebut telah dilaksanakan dengan

menandatangani bahagian notatersebut dan kemudian mengesahkan di dalam Kad Ujian Kenaikan Pangkat bersama dengan tarikh pengesahan dilakukan.

4. Sewaktu ujian amali, Ketua penguji hanya perlu menyemak semula bahagian-bahagian yang telah dilakukan dan memberikan pengesahan yang

selebihnya sahaja.

5. Untuk tidak membebankan anggota, bahan cetakan yang diambil secara fotokopi, cetakan atau muat turun boleh ditampal terus ke dalam Buku Log terutama yang melibatkan cetakan bergambar,nota yang panjang atau gambar-gambar yang sukar dilukis. Pengaliran ilmu dari sumber kepada anggota adalah tumpuan utama.

Ujian Bertulis

1. Ujian Bertulis akan membawa 20 % kepada markah keseluruhan untuk seseorang anggota. Untuk itu, pihak Bahagian Latihan Negeriakan

mengeluarkan soalan yang ‘standard’ bagi kegunaan semua pasukan di Negeri Sembilan.Ini adalah untuk memastikan semua anggota menjawab soalan yang mempunyai ‘standard’ yang sama

2. Soalan bagi Ujian Bertulis akan terdiri dari 40 soalan iaitu 30 soalan objektif dan 10 soalan yang melibatkan aktiviti melabel gambar rajah dan

memenuhkan tempat kosong. Masa yangdiperuntukkan adalah satu jam

3. Contoh soalan objektif aneka pilihan”

(5)

Arahan: Setiap soalan akan diikuti dengan empat pilihan jawapan yangditandakan dengan A,B,C dan D. Tandakan jawapan pilihan anda di dalam Kertas Saranan Jawapan yang disediakan

1. Nama asal Kadet Remaja Sekolah adalah A. Kadet Remaja Islam

B. Kadet Putera Islam C. Kadet Remaja Islam

D. Kadet Putera Islam Malaysia

2. Kurikulum Kadet Remaja Sekolah berteraskan 5 pecahan berikut kecuali A. Kerohanian

B. Alam Sekitar C. Ketatanegaraan D. Kewarganegaraan

Gambar Rajah 1

3. Apakah ikatan yang sesuai bagi bahagian yang bertanda X pada gejet di dalam Rajah 1

A. Ikatan Seraya B. IkatanSerong C. Ikatan Silang D. Ikatan Seraya Silang

Contoh Soalan Melabel X

(6)

Ujian Amali

1. Ujian Amali pula akan dilaksanakan di dalam dua peringkat bagi

memastikan semua peserta terlibat mendapatkan kemahiran yang sama. Peringkat pertama adalah latihan dan peringkat kedua adalah

penilaian.Padaperingkat kedua, penilaianakan dilaksanakansama adadalam kelompok yang besar atau individu.

2. Antara perkara yang diuji di dalam Ujian Amali adalah kemahiran-kemahiran seperti:

i. Kawat Kaki ( Peserta yang terlibatdi dalamPertandingan Kawat Kaki Peringkat Daerah atau Negeri dikecualikan kerana telah

mempelajari semua bentuk kemahiran)

ii. Simpulan & Ikatan – Pilihan akan ditentukan secara undian. Peserta akan dimaklumkan jumlah simpulan yang perlu dibuat dan undian akan sewaktu melakukan ujian untuk menentukan jenis simpulan atauikatan yang perlu dibuat. Sekurang-kurangnya 1 ikatan dan 4 simpulan akan diuji bagi kenaikan pangkat Sarjan KRS ke atas

iii. Orienteering

i._________________________________

ii._________________________________

(7)

iv. Pertolongan Cemas v. Ikhtiar Hidup

vi. Gejet dan Pioneering

vii. Perkhemahan

3. Bagi Ujian Amali bentuk ujian dilakukan secara khusus atau melalui penilaian aktiviti yang dilaksanakan sewaktu kursus. Ini adalah untuk mengurangkan tekanan kepada anggota

Pentauliahan Kenaikan Pangkat

Pentaulihan akan disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah

Pelajaran KRS Negeri Sembilan sebagai penghormatan kepada beliau dan anggota yang terlibat. Majlis Penyampaian Tauliah Kenaikan Pangkat akan diadakan sebaik sahaja tamat kursus dan nama-nama anggota yang lulus akan dipaparkan di dalam Laman Blograsmi KRS Negeri Sembilan sebagai suatu bentuk galakan dan

penghargaan kepada anggota yang terlibat dan kepada anggota yang bakal mengambil ujian.

Kesimpulan

Bentuk ujian yang standard yang dilaksanakan diharap dapat meletakkan KRS Negeri Sembilan pada kedudukan yang sesuai dan menjadi pusat rujukan kepada negeri-negeri lain. Usaha proaktif ini diharap dapat meletakkan KRS pada kedudukan yang sepatutnya seperti pencapaian unit-unit unifom lain yang telah lama menempa nama.

Kejayaan pelaksanaan program ini akan menjadi kayu pengukur kepada JK Teknikal yang baru dalam melaksanakan program-program KRS yang mencabar dan berbilang variasi pada setiap tahun. Selain itu, dapat mengeluarkan KRS dari

’stigma –hebat di dalam kawad sahaja’.

Disediakan oleh:

Kpt (KRS) Norzaman Abu Hassan Pegawai Tadbir KRS

(8)

Gambar

Gambar Rajah 1

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian pembuatan aplikasi latihan ujian kenaikan tingkat ini adalah untuk membuat aplikasi latihan ujian kenaikan tingkat yang sederhana,

Dari hasil pengamatan yang dilakukan oleh penulis, maka penulis simpulkan bahwa prosedur kenaikan pangkat pegawai negeri sipil pada sekretariat daerah kota Surakarta sudah

Bila pegawai yang bersangkutan telah mencapai pangkat/golongan minimal untuk pendidikan tertentu, sesuai tabel batas kenaikan pangkat sesuai ijazah, maka. tidak perlu mengikuti

Pegawai Negeri Sipil dilingkungan Kejaksaan RI yang dapat diusulkan sebagai calon peserta ujian kenaikan pangkat penyesuian ijazah, adalah mereka yang telah lulus

Dalam Jadual 2, keputusan ujian menunjukkan 26.1 peratus responden telah gagal menjawab kesemua enam soalan yang diajukan dalam kategori ujian lisan, diikuti

3.0 markah sebagai ahli bagi setiap pelajar Ph.D atau M.Med yang bergraduat B22 2.0 markah sebagai ahli bagi setiap pelajar Master yang bergraduat B23 2.0 markah untuk

Penerbitan Peraturan Bupati Serang Nomor 70 Tahun 2017 tentang Ujian Kenaikan Pangkat Penyesuaian Ijazah dan Kenaikan Pangkat Penyesuaian Ijazah yang mengatur bahwa

Mahasiswa mendaftar untuk mengikuti UJIAN YUDISIUM I secara online pada website Jurusan Kimia e- UKDK.. Mahasiswa mengikuti UJIAN YUDISIUM I pada jadwal dan tempat yang telah