• Tidak ada hasil yang ditemukan

TV AlHijrah Inovasi Baru Dalam Landskap

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TV AlHijrah Inovasi Baru Dalam Landskap"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

TV AlHijrah: Inovasi Baru Dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam

Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani Prof. Dr. Musa Abu Hassan

Fauziah Hassan Suria Hani A. Rahman Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak

Penubuhan stesen TV AlHijrah pada tahun 2009 ternyata telah membawa satu inovasi baru dan mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islamik. Pembaharuan yang dinamik ini mencetuskan fenomena baru kepada seluruh dunia dengan pendekatan falsafah penyiaran yang berorientasikan Islam dan kandungan TV program yang telah disusun dan disiarkan untuk tontonan masyarakat. Konteks tajdid ataupun ‘renewal’ dalam media penyiaran yang dibawa oleh stesen TV ini sekaligus mengangkat imej positif Islam ke seluruh pelusuk dunia. Walaupun penubuhan stesen TV ini masih baru namun konsep Islam yang diperkenalkan nyata memberi perubahan besar dalam landskap dunia penyiaran. Penelitian awal juga menunjukkan terdapat perbezaan di antara konsep penyiaran yang dibawa oleh TVAlHijrah dan stesen televisyen lain yang sedia ada. Justeru, kertas konsep ini akan menelusuri sejarah penubuhan TV AlHijrah serta meneliti objektif dan idea yang cuba dibawa oleh stesen ini. Selain itu, kajian ini juga akan cuba merungkai segala isu, cabaran dan pendekatan dakwah Islamiah yang dibawa oleh TV AlHijrah dalam usaha mencipta kreativiti baharu untuk mengubah landskap media penyiaran demi kebaikan dan pembangunan ummah sejagat.

Kata kunci : TV AlHijrah, penyiaran Islam, media dakwah

Pendahuluan

Selari dengan konsep al thabat (tetap) dan murunah (fleksibel) yang dianjurkan oleh Islam, penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam dilihat sebagai satu perubahan yang mengikut peredaran masa dan sesuai di alaf 21 ini (Zulkiple Abd Ghani, 2009). Media penyiaran Islam dilihat semakin mendapat perhatian dan mencetuskan fenomena positif di kalangan masyarakat. Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam ini juga dilihat sebagai satu platform untuk mengembangkan dan memberi alternatif baru kepada proses penyampaian dakwah kepada masyarakat. Melalui siaran rancangan televisyen yang berkonsepkan dakwah ini akan dapat membantu memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih mendalam dan mudah melalui bentuk audiovisual kepada audien.

(2)

Seperti yang tertulis dalam Surah Al Imran ayat 104, Islam menganjurkan untuk semua penganutnya agar menyeru kepada kebaikan dan membuat makruf serta meninggalkan segala yang dilarang. Oleh itu, di era ini dengan kelebihan teknologi yang semakin meluas telah secara tidak langsung membantu untuk mengajak manusia melakukan kebaikan dan sekaligus menyampaikan dakwah melalui media sama ada media cetak ataupun elektronik. Berdakwah melalui media bukanlah satu perkara yang baru dan semua masyarakat Islam perlu mengambil peluang ini untuk menyebarkan kebaikan dan memupuk nilai-nilai murni sama ada melalui tulisan, maya atau audiovisual.

Justeru, program-program keislaman di televisyen yang berbentuk dokumentari dan bual bicara memberi peluang kepada para penonton untuk berinteraksi secara langsung dengan ahli panel yang diundang dan menganalisa intipati yang disampaikan dengan lebih mudah. Lebih menarik lagi, rancangan sebegini sudah semakin mendapat tempat di hati penonton dan meraih rating yang tinggi.

Menurut Mohd Nasran Mohamad (2009) rancangan-rancangan televisyen yang berbentuk seperti berita, hal ehwal semasa, rancangan berbentuk ilmu pengetahuan, agama dan juga hiburan dan kesenian yang selari dengan syariat Islam dikategorikan sebagai siaran yang membawa kepada kebaikan.

Dalam hal ini, Dr. Muhyiddin Abdul Halim (1984) dalam Mohd Nasran Mohamad (2009), menegaskan media Islam berperanan untuk menggalas tanggugjawab dan matlamat seperti yang berikut:

a) Memantapkan media massa ummah dengan memberi kefahaman hakikat agama Islam untuk melindungi masyarakat Islam dari segi kejahilan terhadap ajaran agama.

b) Membentuk suasana media massa yang sesuai dengan tuntutan agama, membentuk akhlak, khususnya golongan belia untuk melahirkan generasi yang beriman dan cintakan negara dengan mengukuhkan asas kebenaran, kebaikan, keutamaan dan menerapkan nilai-nilai Islam.

c) Menentang pengaruh fahaman kebendaan yang menjadi budaya zaman moden kini yang menguasai pemikiran serta mencorakkan tindak balas mereka terhadap pelbagai isu.

d) Memperbaiki interaksi dan komunikasi antara sesama manusia. e) Memperkukuh kecenderungan dalam melaksana ibadat.

f) Membanteras keyakinan palsu dan salah faham yang tersebar di kalangan masyarakat dengan menonjolkan tafsiran keilmuan yang betul terhadap hakikat Islam.

g) Menggunakan konsep agama untuk meyakinkan masyarakat mengenai idea-idea baru dan isu-isu semasa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

h) Menggunakan hakikat dan fakta-fakta keagamaan, membimbing media massa ummah secara yang tepat dengan cara mempengaruhi pemikiran dan hati budi mereka.

Oleh itu, rancangan-rancangan televisyen yang berunsurkan kebaikan dan memberi manfaat kepada ummah adalah perlu diutamakan berbanding dengan rancangan televisyen yang membawa kepada keburukan yang mengajak kepada hasutan, fitnah, mendedahkan aurat dan sebagainya yang tidak selari dengan hukum Islam.

(3)

pendekatan dakwah dan cabaran yang diperkenalkan oleh stesen TV ini demi memartabatkan agama Islam.

Dunia Penyiaran Malaysia

Televisyen merupakan medium komunikasi yang popular dan menjadi pilihan ramai. Peranan televisyen dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui visual dan audio sememangnya tidak dapat dinafikan. Pengaruh televisyen yang meluas sehingga setiap isi rumah di Malaysia kini mesti mempunyai sebuah televisyen. Kini, rancangan-rancangan di televisyen juga sudah boleh ditonton melalui telefon bimbit. Televisyen mengikut sejarahnya dilancarkan pada 28 Disember 1963 di mana salah satu siarannya beroperasi di studio sementara yang terletak di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Mohd Yusof Hussain, 2003).

Menurut Fuziah Kartini Hassan Basri (2009), siaran televisyen terbahagi kepada tiga iaitu televisyen kerajaan yang mengoperasikan TVI dan TV2 dan stesen-stesen televisyen swasta yang dimiliki oleh Kumpulan Media Prima seperti TV3, ntv7, TV9 dan 8TV. Selain itu, Malaysia juga mempunyai televisyen satelit dan ini adalah milikan swasta dan ianya perlu dilanggan iaitu ASTRO yang menyalurkan saluran-saluran antarabangsa seperti HBO, AXN, ESPN, MTV, CNN, BBC, Disney dan Discovery.

Kini dengan penubuhan stesen TV AlHijrah yang merupakan milik penuh kerajaan telah memberi persaingan yang sihat terhadap stesen televisyen yang sedia ada. Dengan memperkenalkan konsep dan falsafah penyiaran yang berbeza diharapkan stesen TV ini dapat menjadi peneraju dan mewarnai media penyiaran Islam di Malaysia.

Penubuhan TV AlHijrah: Satu Inspirasi

TV AlHijrah yang ditubuhkan pada tahun 2009 merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia yang beroperasi di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Secara idealnya, TV AlHijrah yang dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation ini adalah untuk merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan menerbitkan pelbagai variasi rancangan televisyen melalui media yang berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Objektif penubuhan TV AlHijrah ialah:

 Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.

 Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.

 Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.

 Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.

 Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.

(4)

Berdasarkan kepada enam objektif yang digariskan oleh TV AlHijrah, dapat dilihat dengan jelas bahawa salah satu matlamat penubuhannya adalah untuk menggemilangkan agama Islam ke serata dunia di samping untuk menangkis imej negatif mengenai Islam. Menurut Zulkiple Abd Ghani (2009), cabaran yang sentiasa dihadapi oleh umat Islam sehingga kini ialah tanggapan negatif yang dilemparkan kepada agama Islam dan umat Islam seluruhnya dan selalu dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman. Selain itu, stesen TV ini juga berfungsi untuk membentuk dan memupuk akhlak, moral dan nilai-nilai yang mulia bagi membentuk peribadi Muslim yang unggul. Justeru, stesen televisyen ini dapat disimpulkan sebagai satu platform untuk memberi penerangan dengan jelas mengenai Islam serta menerapkan unsur-unsur dakwah, nasihat, mendidik dan berhikmah menerusi kandungan rancangan televisyen yang disiarkan.

Menurut, Bukhari Che Muda, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah semasa bengkel Fiqh Penyiaran di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi (ILIM) pada 2011 menyatakan bahawa salah satu justifikasi penubuhan TV AlHijrah adalah kerana di Malaysia peratusan rumah orang Melayu dengan set televisyen di Semenanjung Malaysia pula ialah 63 peratus atau 12.237 juta iaitu tertinggi berbanding Cina (27 peratus atau 5.1 juta) dan India (10 peratus atau 1.9 juta) (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_DakwahdiTVperlukreativiti/Article/index_html)

Stesen televisyen itu mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak mulai 1 Disember 2010 yang lalu dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jika dilihat dari aspek kandungan TV program yang disusun, stesen televisyen ini mensasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 tahun hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Selain itu, kandungan siaran juga lebih menumpukan kepada rancangan terbitan tempatan iaitu sebanyak 60% dan 30% daripadanya adalah terbitan TV AlHijrah itu sendiri.

Berdasarkan temubual bersama Cik Izyan Liyana Khairul Anuar, Eksekutif Penjenamaan di TV AlHijrah, rating penonton di stesen TV tersebut semakin meningkat walaupun tidak menunjukkan jumlah peningkatan yang terlalu tinggi. Seperti contoh (setakat 11 Ogos hingga 24 Ogos 2012) rancangan 30 Minit Ustaz Don boleh mencapai sehingga 99,000 jumlah penonton dari kalangan mereka yang berumur 4 tahun ke atas dan berbangsa Melayu. Selain itu, program Anak Tengi (sebuah program keislaman) juga telah menunjukkan jumlah audien yang tertinggi iaitu sebanyak 111,000. Namun, masih juga terdapat beberapa siaran rancangan di TV AlHijrah ini yang mendapat rating serendah 4,000 penonton seperti Al-Fatihah/Negaraku, Al-Khawater, Al-Qur’an The New Dawn, Ayat Riwayat, Bacaan Al-Qur’an/Negaraku, Berita Ringkas AlHijrah, Dikir Zikir, Empayar Islam dan Ihya’ Ramadhan.

(5)

Falsafah Penyiaran dan Kandungan TV AlHijrah

Menurut Zulkiple Abd Ghani (2009) falsafah bermaksud usaha pemikiran yang tuntas di mana ianya merupakan kurniaan Allah s.w.t yang terbesar untuk mencapai hikmah dan bermatlamatkan kebenaran. Menurut beliau lagi, dengan adanya falsafah yang jelas, ia akan membantu membentuk dasar komunikasi yang jelas dan terpimpin serta selari dengan pembangunan negara.

Justeru, falsafah komunikasi yang berdasarkan wahyu perlu digubal dan dicadangkan agar selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Oleh itu, nilai-nilai budaya juga perlu mengikut hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh agama Islam.

Mohd Safar Hashim (2009) menyatakan bahawa falsafah komunikasi yang ada dan digunapakai di sebahagian dunia pada hari ini termasuk Malaysia adalah bersumberkan barat sama ada dari segi amalannya mahupun dari segi world-viewnya. Menurut beliau lagi walaupun Islam mempunyai ciri-ciri unggul untuk diikuti oleh seluruh masyarakat namun Islam masih lagi tidak menjadi rujukan dalam pembentukan falsafah komunikasi.

Bertitik tolak daripada itu, Malaysia telah menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan televisyen yang berkonsepkan Islam iaitu TV AlHijrah sama ada daripada sudut pengisian dan matlamat penubuhannya.

Penubuhan stesen televisyen ini dilihat bertepatan dengan pembentukan falsafah komunikasi Islam terutamanya bagi negara-negara Islam. Menurut Mohd Safar Hashim (2009) agama Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia, justeru usaha untuk membentuk falsafah komunikasi mengikut Al Quran dan As Sunnah adalah perlu dalam usaha menjulang nama Islam ke seluruh dunia. Menurut beliau lagi, sudah sampai masanya agama Islam menjadi sumber kepada pembentukan falsafah komunikasi Islam dan segala tanggapan negatif mengenai Islam dapat dihapuskan sama sekali. Sekiranya masyarakat barat boleh menerima sistem kewangan dan perbankan Islam, maka falsafah komunikasi menurut Islam juga seharusnya boleh diterima oleh semua penduduk di dunia ini.

Mohamad Sabri Haron (2009) pula menambah bahawa dalam usaha untuk membentuk falsafah media menurut Islam ini, ianya perlu mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As Sunnah. Antaranya media itu sendiri perlu berpaksikan kepada paradigma Tauhid iaitu media atau kandungan yang dihasilkan tidak lari daripada ajaran Tauhid dan sekaligus mengajak audien untuk menghayati mesej yang disampaikan sekaligus menambah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Selain itu, beliau juga mensarankan dalam usaha untuk memupuk generasi Muslim yang bertaqwa, rancangan televisyen yang disiarkan juga perlu berorientasikan ilmu dan bertujuan untuk mendidik. Oleh sebab itu, setiap maklumat yang diterima dan akan disampaikan perlulah disaring dan dikenal pasti tujuannya serta mengetahui akan kesahihan dan sumbernya.

Menurut Surah Al Hujurat ayat 49 :

(6)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa setiap sesuatu maklumat yang datang kepada kita perlu diselidiki akan kebenarannya terlebih dahulu dan disaring oleh mereka yang pakar dan berilmu dalam sesuatu bidang. Oleh itu, peranan sebuah stesen televisyen Islam seperti TV AlHijrah amat bertepatan dan mendokong suruhan Allah s.w.t ini dengan menyiarkan pelbagai program berbentuk dokumentari dan bual bicara Islam dapat membantu memberi kefahaman dan kebenaran mengenai Islam dengan jelas.

Menurut Mohd Nasran Mohamad (2009), media Islam tidak boleh menyiarkan berita-berita yang berniat buruk dan meragukan. Oleh itu, media perlulah berhati-hati dan memastikan sumber berita kebenarannya. Menurut beliau lagi, mana-mana berita yang tersiar yang ternyata tidak benar maka stesen penyiaran Islam seperti TV AlHijrah bertindak untuk menafikannya serta membuat pembetulan. Mengambil contoh pergolakan yang berlaku di Syria, media barat seakan-akan mengambil kesempatan dengan melaga-lagakan umat Islam yang berlainan mazhab untuk terus berperang dan merebut kuasa. Di sinilah peranan TV AlHijrah untuk terus bertindak sebagai wadah penyiaran yang membantu memberi kefahaman yang sebenar.

Penubuhan TV AlHijrah ini sebenarnya ingin mengangkat falsafah penyiaran yang berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang di bawa Nabi Muhammad SAW. Kandungan rancangan yang disiarkan juga merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya.

Menurut Solahin (1997) dalam Mohd Nasran Mohamad (2009) menyatakan bahawa media ialah alat yang boleh membawa seseorang kepada kebaikan dan kemungkaran. Maka siaran-siaran yang membawa kepada kebaikan, faedah dan manfaat seperti bacaan Al-Quran, ceramah-ceramah agama, nasihat, berita, kisah-kisah sejarah adalah diharuskan dan diperbanyakkan.

Jika dikaji daripada aspek genre kandungan, TV AlHijrah menawarkan program untuk kanak-kanak, remaja, wanita dan untuk tontonan keluarga. Rancangan-rancangan yang disiarkan ialah seperti sitkom, hiburan, program berbentuk ilmiah dan pendidikan, berita dokumentari dan majalah, drama dan filem, sukan dan rekreasi, tazkirah, forum dan perbincangan. Kesemua program yang disiarkan ini akan dipastikan memenuhi serta mencapai misi dan falsafah penyiaran Islam yang diperkenalkan oleh stesen TV ini.

Berdasarkan beberapa garis panduan yang disenaraikan di atas, dapat disimpulkan bahawa media yang menjadi pembentuk budaya dan minda masyarakat perlu bertindak untuk menjadi alat mendekatkan manusia kepada penciptaNya. Malaysia sebagai sebuah negara Islam wajib mempelopori dan menjadi peneraju kepada pembentukan falsafah komunikasi dan media Islam.

(7)

Isu, Cabaran dan Strategi Dakwah oleh TV Al Hijrah

Usaha untuk memperkembangkan dakwah Islamiah pasti tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang perlu dihadapi. Begitu juga dengan penubuhan stesen TV ini yang pastinya menghadapi pelbagai isu dan cabaran di sebalik penubuhannya. Persoalannya, bagaimanakah untuk membuat seluruh masyarakat menerima kehadiran stesen TV ini dengan positif tanpa menimbulkan keraguan kepada kepelbagaian budaya yang lain di Malaysia ini?

Antara cabaran-cabaran yang dikenalpasti ialah dari sudut penerimaan bangsa lain terhadap stesen TV yang berunsurkan Islam ini. Walaupun di ketika ini terdapat banyak stesen televisyen swasta yang menyiarkan rancangan-rancangan sama ada terbitan tempatan atau pun diimport untuk semua bangsa dalam pelbagai bahasa, namun penubuhan stesen TV ini ditubuhkan khusus berkonsepkan Islam. Mungkin akan ada demand atau permintaan daripada bangsa lain untuk mempunyai stesen TV mereka sendiri, justeru perlu ada pihak yang berwajib untuk menangani isu ini agar mereka yang bukan Islam tidak keliru dan salah faham terhadap penubuhan stesen TV ini. Ini kerana TV AlHijrah bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan Islam kepada umat Islam dan berperanan memberi kefahaman yang jelas mengenai Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Selain daripada itu, cabaran lain yang dilihat ialah peratusan rating audien. Oleh kerana stesen TV ini berunsurkan Islam, maka pastinya audien yang menonton rancangan-rancangan di stesen TV ini adalah terdiri daripada masyarakat Islam sahaja. Benar, bahawa stesen TV yang menjadi milik penuh kerajaan tidak perlu risau tentang isu bajet kerana akan diperuntukkan sejumlah yang tertentu pada setiap tahun, namun usaha untuk meningkatkan promosi dan menambah peratusan audien juga adalah perlu. Persoalannya, berapa peratuskah penonton Muslim yang memilih TV AlHijrah sedangkan stesen televisyen yang lain pada masa yang sama menyiarkan siaran rancangan yang lebih menarik, terkini dan diimport daripada barat?

Oleh itu, satu inovasi yang kreatif perlu disusun untuk menarik lebih ramai penonton Muslim dan bukan Muslim memilih stesen televisyen ini dan sekaligus dapat meningkatkan ratingnya setiap tahun. Ini supaya ianya tidaklah dilihat terlalu jumud dan hanya fokus kepada kelompok tertentu sahaja. Seperti contoh dengan menyiarkan rancangan yang berbentuk drama, filem dan dokumentari yang relevan, jalan cerita yang boleh diterima semua bangsa, menggunakan pelbagai bahasa, kontemporari dan mengetengahkan konsep yang mudah dan ringan difahami asalkan tidak lari daripada ajaran Islam dipercayai dapat membantu menaikkan rating stesen TV ini. Selain itu, waktu siaran juga perlu dititikberatkan seperti menyiarkan rancangan yang boleh menarik audien di waktu utama atau ‘prime time’. Apabila rating sudah meningkat, maka akan mudah mendapat iklan yang boleh membantu menjana pendapatan yang lebih lumayan.

(8)

Isu lain yang dilihat ialah batas kreativiti untuk menerbitkan rancangan televisyen di stesen TV ini adalah terhad dan terbatas. Ini kerana semua rancangan yang disiarkan mestilah berkonsepkan Islam dan menerapkan nilai-nilai murni baik dari sudut idea, konsep, lakonan, skrip dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan siaran rancangan daripada stesen televisyen yang lain yang menyiarkan rancangan-rancangan berbentuk hiburan terutamanya sememangnya isu ini menjadi cabaran besar kepada TV AlHijrah. Drama-drama seperti Ayat-Ayat Cinta, Geng Surau, Nur Kasih, Ustaz Amirul dan sebagainya perlu diperbanyakkan dan dihasilkan dengan lebih kreatif lagi.

Menurut Asiah Sarji (2009), persepsi yang mengatakan bahawa kawalan yang berasaskan nilai-nilai Islam dan penapisan filem telah menghalang proses kreativiti dalam berkarya perlu dihapuskan. Ini kerana menurut beliau, idea sebegini perlu difikirkan semula kerana para karyawan sepatutnya perlu lebih bekerja keras dan memeras otak dengan lebih kuat untuk menghasilkan karya yang kreatif dan tidak lari daripada konsep Islam dan bertentangan dengan akta. Mengambil contoh Iran dan Cina yang sudah berjaya menghasilkan karya yang mempamerkan keunikan dan budaya mereka kepada dunia, maka stesen TV di Malaysia juga dipercayai mampu untuk mencontohi dua negara ini.

Selain daripada isu kreativiti yang terhad, perkara lain yang menjadi penghalang adalah kos yang terlalu mahal untuk mengupah atau membeli filem-filem atau drama dari negara luar. Oleh itu, pihak produksi TV AlHijrah itu sendiri perlu menghasilkan ‘in-house production’ untuk menjimatkan kos penerbitan.

Selari dengan konsep dakwah yang dibawa oleh TV AlHijrah, produksi penerbitan juga boleh melakukan inovasi baharu dengan membawa satu kelainan di mana dengan menerbitkan rancangan yang melibatkan para remaja yang bermasalah seperti mat rempit, remaja lari dari rumah, suka bersosial dan sebagainya. Dengan menghasilkan satu program yang diluar kotak seperti ini boleh membantu untuk memvariasikan siaran rancangan dan sekaligus memberi kelainan dengan stesen TV yang lain.

Kesimpulan

Tajdid media yang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat seperti stesen televisyen digital nyata telah membawa manfaat kepada semua. Dengan penubuhan TV AlHijrah telah menjadi mercutanda untuk mengangkat imej Islam dan sekaligus memberi impak kepada media barat. Menurut Teori Penyuburan yang diperkenalkan oleh Geroge Gerbner (1986), pendedahan yang berterusan dengan kekerapan yang tinggi terhadap mesej tertentu daripada media boleh membantu mengubah pendapat, sikap dan tingkah laku seseorang (Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussain, 2004). Hal ini seterusnya berjaya menanamkan nilai-nilai murni melalui rancangan-rancangan televisyen yang berunsurkan Islam apabila siaran berbentuk keislaman semakin kerap diulangtayang.

(9)

Usaha untuk mengetengahkan, mengukuhkan dan memupuk nilai-nilai murni melalui rancangan-rancangan televisyen merupakan satu usaha yang realistik. Ini kerana untuk mencapainya dilihat tidak mustahil sekiranya mendapat sokongan dan penglibatan daripada semua pihak. Walaupun ianya perlu melalui proses yang panjang namun berbekalkan dengan pendirian kita yang teguh untuk menyuburkan media Islam, pasinya usaha murni ini akan tercapai.

Rujukan

Al Quran.

Asiah Sarji. (2009). Pembangunan Industri Perfileman Malaysia Dalam Konteks Islam Hadhari. Dalam Mohd Safar Hashim dan Zulkiple Abd Ghani. Komunikasi Di Malaysia: Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari. Bangi Malaysia: Institut Islam Hadhari. (hal 193-218).

Fuziah Kartini Hassan Basri (2009). Televisyen dan Islam Hadhari: Potensi dan Kekangan. Dalam Mohd Safar Hashim dan Zulkiple Abd Ghani. Komunikasi Di Malaysia: Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari. Bangi Malaysia: Institut Islam Hadhari. (hal 219-236).

Harian Metro. 3 November 2011. Dakwah di TV Perlu Kreativiti. (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_DakwahdiTVperlukreativiti/Article/index_html)

http://tvalhijrah.com/

Mohamad Sabri Haron (2009). Konsep dan Falsafah Islam dalam Media. Dalam Mohd Safar Hashim dan Zulkiple Abd Ghani. Komunikasi Di Malaysia: Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari. Bangi Malaysia: Institut Islam Hadhari. (hal 35-48).

Mohd Nasran Mohamad (2009). Kerangka Media Menurut Perundangan Islam. Dalam Mohd Safar Hashim dan Zulkiple Abd Ghani. Komunikasi Di Malaysia: Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari. Bangi Malaysia: Institut Islam Hadhari. (hal 49-62).

Mohd Safar Hashim (2009). Islam Sebagai Asas Falsafah Komunikasi. Dalam Mohd Safar Hashim dan Zulkiple Abd Ghani. Komunikasi Di Malaysia: Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari. Bangi Malaysia: Institut Islam Hadhari. (hal 19-34).

Mohd Yusof Hussain. (2003). Mass Media in Selected Muslim Countries. Research Center: International Islamic University Malaysia (IIUM).

P. Quereshi. (2009). Islamic Media. MD Publications PVT LTD: New Delhi.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussain. (2004). Teori-Teori Komunikasi. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Temubual bersama Cik Izyan Liyana Khairul Anuar, Eksekutif Penjenamaan di TV AlHijrah. 30 Ogos 2012.

Referensi

Dokumen terkait

Dari pernyataan FA tersebut dapat dikatakan bahwa identitasnya dalam berbusana mengenakan Hot Pants terbentuk melalui kelompok sekawan. FA juga semula merasa tidak

Distribusi frekuensi status gizi berdasarkan indeks massa tubuh, waist hip ratio dan lingkar pinggang mahasiswa Fakultas Kedokteran Universitas Riau angkatan 2012

Penelitian ini bertujuan (1) untuk membuat media pembelajaran berupa lembar kerja berbasis Android, (2) untuk mengetahui respon siswa terhadap lembar kerja siswa

Meg kell jegyeznünk, hogy az igekötő és az ige(név) között elvileg páros írásjel (gondolatjel, zárójel) is állhat, de ez igen ritkán fordul elő,

Memberi implikasi bahwa pembelajaran matematika melalui pendekatan realistik dapat meningkatkan keaktifan belajar siswa, maka akan berpengaruh positif pada guru

Sarung tangan yang kuat, tahan bahan kimia yang sesuai dengan standar yang disahkan, harus dipakai setiap saat bila menangani produk kimia, jika penilaian risiko menunjukkan,

Pada pendapat kami, penyata kewangan pada 31 Disember 2011 dan untuk tahun berakhir pada masa tersebut telah disediakan, dalam semua hubungan penting selaras dengan polisi

hasil persidangan untuk penyelenggaraan rapat koordinasi Menteri, rapat kelompok kerja, dan forum koordinasi serta rapat pimpinan Kementerian Koordinator Bidang