• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gerakan dakwah di Kota Kinabalu : kajian terhadap Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) / Suzanah binti Nilam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Gerakan dakwah di Kota Kinabalu : kajian terhadap Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) / Suzanah binti Nilam"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

iii

ABSTRAK

Disertasi ini memberikan tumpuan kepada usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah iaitu USIA dalam mengerakkan dakwah Islamiah. Usaha yang dilakukan memfokuskan kepada strategi yang digunakan dan diadaptasikan menerusi program dakwah yang dijalankan. Selain strategi dan program dakwah, cabaran dakwah juga menjadi tumpuan dalam kajian ini. Kajian yang dilakukan ini merupakan kajian lapangan dan perpustakaan. Pengkaji menggunakan metod historis, metod dokumentasi serta metod wawancara dalam proses pengumpulan data. Manakala metod induktif, metod deduktif dan metod komparatif digunakan dalam proses menganalisa data. Melalui kajian ini, pengkaji mengenal pasti program yang dijalankan oleh USIA disamping mengetahui strategi dakwah yang digunapakai serta mengesan cabaran dakwah yang dihadapi oleh USIA. Penemuan utama kajian ini mendapati bahawa strategi dakwah yang digunapakai dalam melaksanakan dakwah USIA perlu dipertingkatkan dan perlu lebih kreatif serta inovatif sesuai dengan keperluan sasaran dakwah di Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum serta adat resam dan budaya. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa corak program yang dijalankan oleh USIA yang merangkumi Bahagian Dakwah, Bahagian Wanita dan Bahagian Belia adalah sama sahaja. Dalam aspek ini, USIA perlu lebih kreatif dalam mempelbagaikan bentuk dan corak program mengikut tuntutan dan status sasaran dakwah. Bukan itu sahaja, kajian juga mendapati bahawa USIA menghadapi cabaran yang begitu besar dalam usaha menjalankan proses dakwah di Sabah. Untuk itu, saranan dan cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini bagi memberikan ruang kepada pihak USIA untuk menelitinya.

(2)

iv

ABSTRACT

This dissertation will highlights on the efforts made by USIA in advancing the progress of Islamic Da’wa in Sabah. The main focus will be on the strategies used and adapted through da’wa programs held respectively. The focus of this dissertation also enhanced in elaborating on challenges. The process of collecting the data are merited on methods such as historical, documentations and interviews. And for analysing intent, inductive and deductive methods are used. Through this study, the researcher managed to acknowledge type of programs, strategies used by USIA in adapting da’wa movement ergo, identify the challenges faced. The profound finding of this study, suggested that the da’wa strategies used by USIA are all but need improvements if it were to be utilised efficiently in a community of fusion lifestyles that substantiated from wide range of ethnics in Sabah. The Department of Da’wa,Women and Youth are conducting stereotype and unpersonalised mode in all their programs,thus researcher recommended that USIA needs to be more creative,and improvised their endeavours. Program styles and approaches must be compatible and relevant with the demand and the target status of da’wa. Researcher realises USIA is facing a huge challenges in its major task, that is, advancing the progress of da’wa in Sabah.Study like this is hope to be a leverage for USIA and it could give all proposals, recommendations and ideas imposed in this study an adequate attention.

(3)

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan inayahNya, akhirnya, disertasi ini dapat disiapkan walaupun setelah melalui begitu banyak dugaan. Semoga segala usaha penulis ini akan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa. Insya Allah.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat penyelia yang terlalu banyak membantu saya dalam usaha menyiapkan disertasi ini iaitu al-Fadhil al-Ustaz Roslan Mohamed. Terima kasih atas segala toleransi, tolak ansur, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya sepanjang menyiapkan disertasi ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala-galanya.

Seterusnya, jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ayahanda Nilam Hj Dibang dan Bonda Sakilah Majinji atas segala kata nasihat, dorongan, motivasi yang diiringi dengan perasaan kasih sayang tanpa rasa jemu kepada anakanda sepanjang usaha anakanda dalam menyiapkan disertasi ini. Terima kasih atas semangat yang diberikan dikala anakanda sangat-sangat memerlukannya. Tidak terbalas segala pengorbanan yang ayahanda dan bonda berikan. Doa sentiasa anakanda pohonkan untuk ayahanda dan bonda agar sentiasa dalam keadaan gembira dan diberkati oleh Nya.

Sejambak penghargaan dan kasih sayang buat adik beradik saya Syafizawaty Nilam, Mohd Hellmey Nilam, Norazmi Nilam, Mohd Firdaus Nilam, Mohd Hisham Nilam, Mohd Azwan Nilam, Mohd Azrul Alif Nilam dan Siti Nur Ain Nilam yang terlalu banyak membantu saya dalam aspek kewangan, dorongan, motivasi dan nasihat sepanjang saya menyiapkan disertasi ini. Segala bantuan yang kalian berikan amat bermakna dan begitu tinggi nilainya. Terima kasih atas segala-galanya.

(4)

vi

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat insan yang sangat bermakna buat diri saya, suami tersayang, Mohd Hasrull Abdul Wahab atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang saya menyiapkan disertasi ini. Terima kasih atas segala-galanya.

Selain daripada itu, dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala nasihat dan pertolongan yang diberikan serta tanpa jemu sentiasa berada di sisi saya ketika saya dalam kesusahan. Insan yang sangat berhati mulia dan sentiasa memberikan pertolongan dan nasihat sepanjang saya menyiapkan disertasi saya ini iaitu rakan seperjuangan saya, Fatimah Nadirah Mohd Noor. Terima kasih atas segalanya.

Tidak dilupakan juga buat kakitangan USIA atas keperihatinan dan kerjasama yang diberikan semasa saya menyiapkan disertasi ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih ini ditujukan kepada Allahyarham Datuk Sahari Hj Abdul Latif, Pendakwah USIA yang terlalu banyak membantu saya di awal penulisan suatu ketika dulu. Penghargaan juga ditujukan buat Hajjah Rangraini, Ustaz Jadmin, Ustaz Suhaimi, Ustaz Abu Huraira Abdurahman dan semua yang terlibat dalam memberikan maklumat serta kerjasama dan komitmen yang sangat cemerlang semasa saya menyiapkan disertasi ini. Semoga dengan pertolongan, kerjasama dan komitmen yang anda berikan ini akan membantu dalam menyebarkan syiar Islam di Sabah.

Akhirul kalam, terima kasih atas segala-galanya dan harapan saya agar kajian ini akan memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Semoga kita semua akan beroleh kejayaan dan dilimpahkan rahmat olehNya.

(5)

vii

SENARAI KEPENDEKAN ATAU TATANAMA

USIA : United Sabah Islamic Association

MUIS : Majlis Ugama Islam Sabah

PKM : Parti Kebangsaan Melayu

KJM : Khairat Jamaah Muslimin

PIS : Persatuan Ikhwan Sabah

PIP : Persatuan Islam Putatan

PIS : Persatuan Islam Sabah

PIT : Persatuan Islam Tawau

JHEAINS : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

USNO : United Sabah Nasional Organisation

BERJAYA : Bersatu Rakyat Jelata Sabah

PBS : Parti Bersatu Sabah

JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

BTN : Biro Tata Negara

(6)

viii

PANDUAN TRANSLITERASI Senarai pedoman tersebut adalah seperti berikut :1

1. HURUF KONSONAN

Huruf Arab

Nama Huruf Latin

ا

Alif a / ’

ب

ba’ B

ت

ta’ T

ث

tha’ Th

ج

Jim J

ح

ha’ H

خ

kha’ Kh

د

Dal D

ذ

Dhal Dh

ر

ra’ R

ز

Zay Z

س

Sin S

ش

Syin Sy

ص

Sad S

ض

Dad D

ط

ta’ T 1

Lihat Jawatan kuasa Tetap Bahasa Melayu (1992), Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ; Buku Panduan Penulisan Tesis/ Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam (2001), Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

(7)

ix

ظ

za’ Z

ع

‘ayn

غ

Ghayn Gh

ف

fa’ F

ق

Qaf Q

ك

Kaf K

ل

Lam L

م

Mim M

ن

Nun N

و

Waw W

ه

ha’ H

ي

ya’ Y

ة

Tamar butah H

(8)

x

2. HURUF VOKAL

Vokal Huruf Arab Huruf Latin

Pendek (fathah) A (dammah) U (kasrah) I Panjang آ A ْوُا U ْيِا I Diftong ْوَا Aw ْيَا Ay ّي iy/i ّو Uww

Nota : Istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab tetapi telah menjadi sebutan umum Bahasa Malaysia adalah dieja mengikut perkataan Bahasa Malaysia melainkan jika ia ditulis mengikut sebutan Bahasa Arab.

(9)

xi

SENARAI JADUAL

RAJAH 3.1 : LAMBANG USIA

RAJAH 3.2 : BENDERA USIA

JADUAL 3.3 : SENARAI BAHAGIAN USIA MENGIKUT KOD

RAJAH 3.4 : CARTA CAWANGAN USIA MENGIKUT BAHAGIAN

JADUAL 3.5 : CARTA AHLI MAJLIS KERJATERTINGGI USIA

JADUAL 3.6 : CARTA AHLI MAJLIS TERTINGGI USIA

JADUAL 3.7 : SENARAI PENUH AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI USIA

(10)

xii

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

PENGHARGAAN v

SENARAI KEPENDEKKAN vii

PANDUAN TRANSLITERASI viii

SENARAI JADUAL xi

ISI KANDUNGAN xii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1 1.2 PERNYATAAN MASALAH 2 1.3 SOALAN KAJIAN 4 1.4 OBJEKTIF KAJIAN 4 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 5 1.6 SKOP KAJIAN 8 1.7 DEFINISI TAJUK 9 1.8 KAJIAN LITERATUR 12 1.9 METODOLOGI KAJIAN 31

BAB DUA: DAKWAH DAN GERAKAN DAKWAH

2.1 KONSEP DAKWAH 39

2.1.1 TAKRIF DAKWAH 38

2.1.2 PRINSIP DAKWAH 46

2. 1.3MATLAMAT DAKWAH 49

2.2 PROGRAM GERAKAN DAKWAH 51

(11)

xiii

2.4 GERAKAN DAKWAH 82

2.5 CABARAN GERAKAN DAKWAH DALAM PERUBAHAN SOSIAL 71

2.6 DAKWAH MASA KINI 81

2.7 GERAKAN DAKWAH DI KOTA KINABALU 82

2.8 PENUTUP 91

BAB TIGA: PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA)

3.1 PENGENALAN 93

3.2 SEJARAH GERAKAN ISLAM DI SABAH 93

3.3 PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA) 102

3.4 PROGRAM DAKWAH PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH 125

BAB EMPAT :ANALISIS STRATEGI, PROGRAM DAKWAH DAN CABARAN DAKWAH USIA

4.1 PENGENALAN 140

4.2 ANALISIS STRATEGI DAKWAH USIA 141

4.3 ANALISIS PROGRAM DAKWAH USIA 157

I. PROGRAM BAHAGIAN DAKWAH USIA 158

II. PROGRAM BAHAGIAN BELIA USIA 164

III. PROGRAM BAHAGIAN WANITA USIA 166

4.4 CABARAN DAKWAH USIA 173

BAB LIMA: PENUTUP

5.1 PENDAHULUAN 180

5.2 RUMUSAN KAJIAN 180

5.3 SARANAN/CADANGAN 197

5.4 PENUTUP 202

Referensi

Dokumen terkait

Data hasil penelitian pada tabel 4.1 menunjukkan bahwa untuk jenis kemampuan pemahaman konsep matematik siswa terdapat perbedaan antara kelas eksperimen yang

– Desain data / class mengubah kelas analisis ke dalam kelas desain bersama dengan struktur data yang diperlukan untuk mengimplementasikan perangkat lunak.. – Desain

Nilai kedua variabel lebih besar dari t tabel sehingga dapat disimpulkan bahwa dari hasil analisis, variabel kualitas layanan dan promosi secara bersama-sama

Pemilihan parameter input seperti akses jamak TDMA, CDMA serta jenis modulasi yang digunakan akan memberikan pengaruh kepada kebutuhan bandwidth masing-masing layanan operator

Setelah dilakukannya proses optimasi pada antena mikrostrip baik untuk satu elemen maupun empat elemen dengan mengubah beberapa ukuran dimensi, maka diperoleh nilai-nilai

Analisis Infrastruktur Jaringan Pada Sistem Akademik Perguruan Tinggi di Palembang 2 Dalam pengelolaan infrastruktur jaringan di perguruan tinggi yang akan diterapkan

Ia meliputi kemerosotan biodiversiti hutan di Tasik Kenyir, ketidakselarasan pentadbiran agensi, pengurusan keselamatan yang longgar, peraturan dan kawalan pencemaran yang

Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengkaji pertumbuhan dan komposisi karkas ayam bagi ayam kampung kacukan sebanyak 23 ekor dan ayam pedaging sebanyak 15 ekor.. Baka