• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bonus01-PanduanFB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bonus01-PanduanFB"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

Panduan Meledakan Jualan

Menggunakan Fanpage

Nigel Ong

(2)

2 PENAFIAN

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.

Tidak ada jaminan bahawa segala yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khusus tidak bertanggungjawab dengan apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Strategi yang disebut dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan mampu menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Ong Jia Wei.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.

(3)

3

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 4

Panduan Membuka Facebook Fanpage 5

Tips-tips Meledakan Jualan! 8

Coverpage Menarik & Jualan Melangit Teknik Menulis Post

Teknik Post Gambar Teknik Dapatkan 'likes' Teknik Share & Promosi Iklan Facebook

Cari Bantuan Pakar!! 15

(4)

4

PENDAHULUAN

Seperti yang saya telah tulis di eBook Jom Buat Duit di TaoBao.com, sebahagian besar jualan saya datang dari Facebook Page - maksudnya, pelanggan saya jumpa Fanpage saya masa melayari Facebook, tertarik dengan produk saya, dan membeli dari saya. Terima kasih kepada pelanggan saya, kerana telah membantu saya mencapai pulangan 5 angka kepada perniagaan borong saya.

Saya yakin juga yang jika anda telah mengambil keputusan untuk memborong dan menjual secara online seperti saya, anda juga akan menjana banyak jualan menerusi Facebook Fanpage. Membuat jualan melalui Facebook Fanpage ini tidak senang, ada pelbagai teknik dan tips-tips yang boleh dilakukan untuk meledakkan jualan anda. Buat dengan baik dan telefon anda akan berdering selalu sampai anda tak larat nak layan!

Saya sendiri banyak mencuba melalui trial-and-error, dan telah banyak bereksperimen untuk mencari apa yang sesuai untuk membantu jualan saya. Saya juga telah mentelaah buku dari pakar-pakar jualan FB yang ada di pasaran. Semuanya saya kongsi di sini.

Saranan saya, baca, hadam, bada, fikir, cuba. Nescaya anda akan berjaya dalam perniagaan online ini.

Selamat Berjaya!

Untuk Kejayaan Anda, Nigel Ong

(5)

5

PANDUAN MEMBUKA FACEBOOK FANPAGE

Untuk mula menjual melalui Facebook Fanpage, anda perlu mempunyai satu Fanpage dahulu! Oleh itu, di bab ini, anda akan ditunjukkan langkah demi langkah untuk membuka sebuah Fanpage di Facebook. Kepada yang sudah mahir, anda bolehlah terus ke bab seterusnya.

1. Sila buka Profile Page anda di Facebook.com 2. Klik di Create Page

(6)

6

4. Isikan butiran anda. Pilih kategori yang sesuai. Jika anda menjual sunhat kanak-kanak, anda boleh pilih 'baby/kids goods'. Saya juga biasanya akan mengisi terus apa yang saya akan jual, dan sedikit butiran menarik. Contohnya, jika anda akan menjual sunhat kanak-kanak, anda bolehlah menulis 'sun hat comel untuk anak anda!'

5. Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi penerangan tentang kedai anda. Tulis sedikit sebanyak tentang perniagaan anda.

(7)

7

6. Akan akan diminta untuk memuatnaik gambar produk anda. Cadangan saya, ambil gambar produk anda dalam cara yang paling unik, dan letakkan di sini. Pastikan gambar anda telah disaizkan semula menjadi segi empat tepat.

7. Tada!! anda telah berjaya membina sebuah Facebook Fanpage! Sekarang, kita akan cuba isikan lagi Fanpage ini dengan kandungan-kandungan yang sesuai dengan perniagaan anda.

(8)

8

TIPS-TIPS MELEDAKAN JUALAN!

Di sini, saya akan menerangkan apa-yang patut dibuat untuk mengisi Fanpage anda dengan kandungan yang akan menjadikan Fanpage anda unik, beserta tips-tips yang akan membantu meledakkan jualan anda!

1. Fanpage Cover

Fanpage cover yang menarik membantu menarik perhatian pelanggan anda.

Fanpage cover adalah gambar yang anda muat naikkan di bahagian atas Fanpage anda. Ada perlu menyediakan Fanpage Cover yang menarik supaya anda dapat menarik perhatian pelanggan anda yang telah sampai ke Fanpage anda. Ingat! Anda hanya akan ada masa dalam 3 saat sahaja untuk

menarik perhatian mereka. Ada dua cara anda boleh meyediakan Fanpage cover:

 Buat Sendiri

Jika anda jenis yang suka mencuba benda baru, atau ingin menjimatkan wang, anda bolehlah mencuba buat sendiri. Saya juga bermula dengan Fanpage Cover yang dibuat sendiri. Pastikan anda meletakkan gambar produk & nombor telefon anda di Fanpage.

 Minta Designer Buat

Jika designer boleh buat dengan lebih baik dengan harga yang tidak mahal, kenapa nak buat sendiri? Itulah pendapat sesetengah orang. Terdapat ramai designer untuk Fanpage Cover di Malaysia, dan bayaran yang dikenakan tidaklah mahal, biasanya dalam RM30-50 untuk setiap Fanpage. Hasil kerja

(9)

9

mereka juga amatlah menarik. Saya banyak menggunakan khidmat designer di bawah. Beliau memberi khidmat yang pantas, dan cepat. Kerja biasanya siap dalam 48 jam selepas bayaran.

FanpageCoverDesigner

2. Teknik Menulis Post

Fanpage cover sudah cantik terpasang di Fanpage anda. Sekarang anda perlu mengisi pula Fanpage anda dengan produk anda! Ketika mengisi penerangan produk anda, pastikan anda menurunkan perkara-perkara ini:

▪ Terangkan sedikit produk anda. ▪ Kebaikkan produk anda.

▪ Harga

▪ Cara menghubungi anda.

Pokoknya, anda mahu mencuba untuk meyakinkan pelanggan anda, dan kemudian memudahkan mereka membeli dari anda.

(10)

10

Post kita harus memuatkan maklumat untuk meyakinkan pelanggan, dan kemudian memudahkan mereka untuk membeli dari anda. Baca dan perhatikan bagaimana post

untuk 'Vitamin Tinggikan Badan' ini ditulis.

3. Gambar

Setiap post yang dibuat haruslah dilengkapi dengan gambar. Gambar yang cantik akan menarik mata pelanggan, dan akan membantu anda untuk meyakinkan mereka untuk membeli. Gambar juga memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa anda betul-betul mempunyai produk ini.

Ramai pelanggan sekarang ini agak gusar kerana banyak penipuan telah berlaku di luar sana.

Cadangan saya, di gambar produk anda, pastikan anda telah mengambil gambar produk anda ini dengan secantik mungkin. Kemudian, tambahkan sedikit penerangan pada produk anda, seperti:

 Nama Produk

 Nombor Telefon

Selain itu, cuba untuk edit gambar anda supaya bersaiz 512x512. Ini kerana saiz tersebut adalah yang paling cantik saiznya. Facebook Fanpage anda dapat menunjukkan keseluruhan gambar tersebut di Timeline anda.

(11)

11

Perhatikan bagaimana gambar untuk post di Fanpage ini dibuat. Gambar produk dimasukkan dan ditambah dengan penerangan, dan nombor telefon.

4. Dapatkan Likes dan Bina Pengaruh di Facebook!

Salah satu cara untuk memastikan post anda dibaca ramai orang adalah dengan mempunyai banyak 'likes'. Ini kerana apabila anda membuat post, semua orang yang telah 'like' Fanpage anda ini akan dapat membacanya terus di Homepage Facebook mereka. Mereka juga akan dapat membantu anda untuk mempromosi produk anda.

Kita tengok page seperti Kaki Ray Ban Malaysia dengan 200,000 likes. Cuba bayangkan kalau setiap kali pemiliknya membuat posting produk baru,

dan 0.1% dari orang yang like page ini membelinya. 200 jualan!! Keuntungannya? Masyuk...

(12)

12

 Mengiklan di FB – Dengan mengiklan di FB, anda akan dapat menunjukkan Fanpage anda di kalangan pengguna FB. Mereka yang berminat akan klik butang 'like', dan anda sudah mendapat pengikut!

 Servis Klik 'Like' – Terdapat juga perkhidmatan mendapatkan 'likes' untuk Fanpage anda di luar sana. Harga yang dikenakan tidaklah mahal, dan likes anda akan bertambah dengan cepat! Saya sendiri menggunakan khidmat ini ketika memulakan fanpage baru, supaya dapat membentuk kumpulan pengikut yang akan dapat mempromosi produk saya. Saya cadangkan anda mencuba servis dari link bawah ini. Cepat, murah dan bagus.

Servis Tingkatkan Like Facebook

5. Share & Promosi

Selain dari mendapatkan 'likes', anda juga boleh mebuat promosi dengan membuat post tentang benda-benda yang 'viral' di fanpage anda. Benda yang viral? Apa tu? Cuba kita tengok post di bawah ini:

Post sebegini adalah sangat sensasi, dan mengundang orang untuk membacanya. Tidak kurang juga yang akan berkongsi post ini di timeline mereka. Inilah yang kita cari. Lebih banyak share yang

(13)

13

berlaku, lagi tinggi kemungkinan fanpage anda akan dilawati dan menerima 'like'!

Tetapi mungkin ada yang kurang selesa mahu berkongsi benda-benda sensasi yang kurang enak seperti pos di atas. Mungkin perniagaan anda kurang sesuai, contohnya jika anda merancang mahu menjual produk berkaitan agama contohnya. Anda boleh sahaja post video ceramah agama atau gambar-gambar motivasi yang boleh membawa kepada kesan yang sama. Gunakan kebijaksaan anda.

Semasa menilai post viral apa yang mahu dikongsi, cuba fikirkan berapa tinggi kemungkinan post anda ini akan dikongsi? Adakah anda sendiri akan tertarik, baca dan kemudian share post ini di timeline anda sendiri?

6. Iklan Facebook!

Salah satu lagi cara utuk mempromosi fanpage anda adalah untuk mengiklan di Facebook. Pilihan ini akan memakan sedikit wang, tetapi jika dibuat dengan betul, boleh menjana keuntungan yang menarik. Says sendiri berjaya menjaba keuntungan hampir RM2000 dengan modal pengiklanan di FB sebanyak RM70 sahaja!

Kuncinya adalah menumpukan iklan anda kepada mereka yang paling berkemungkinan membeli produk anda. Contohnya, jika anda menjual tudung 3 lapis bermanik swarovski – adakah iklan anda akan ditujukan kepada lelaki? Mungkin kurang baik. Sasaran anda adalah kepada perempuan, yang pernah like mana-mana page yang ada keyword 'Tudung”, dan bekerja (yang bekerja mungkin lebih mampu membeli tudung sebegini). Di aplikasi pengiklanan FB, semua perkara-perkara ini boleh dibuat. Jadi, pastikan anda telah mengenalpasti sasaran anda sebelum mula mengiklan.

(14)

14

Saya hanya menghabiskan RM70 untuk mengiklan produk sticker kereta saya ini di FB, dan jualan saya mencecah RM2000. Keuntungan bersih

(15)

15

CARI BANTUAN PAKAR!

Seperti yang saya nyatakan di awal eBook saya, ilmu-ilmu pemasaran Facebook ini saya pelajari dari pelbagai sumber – pengamatan fanpage lain, berbincang dengan rakan-rakan marketer lain, membaca buku dan eBook tentang Fanpage marketing dalam FB, dan akhirnya menghadiri sesi 'pertapaan' (workshop) dengan sifu-sifu pemasaran Facebook.

Banyak tips yang saya telah kongsikan di sini, tetapi ilmu-ilmu yang saya tulis di eBook ini hanyalah 10% dari apa yang saya pelajari. Tujuan saya untuk tidak berkongsi semuanya – saya tidak boleh merampas periuk nasi orang, terutamanya sifu-sifu pemasaran Facebook yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya ketika saya berusaha untuk memajukan perniagaan saya sendiri.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda Kursus Pemasaran Facebook terhebat dari sifu/guru/master saya, Amirul Hafiz.

Memperkenalkan...

(16)

16

Antara Tips & Teknik dalam eBook beliau yang saya rasa anda perlu tahu...

 Teknik Pasang 'Jerat'

 Strategi SMS 'berapi'

 Teknik Social Proofing

 Meniru gaya jualan Air Asia

 Teknik D_______n yang akan membuat pelanggan tergila-gila untuk memberikan wang mereka kepada anda!!

 Bagaimana membuat seorang pelanggan untuk membeli berkali-kali dari anda?

Saya sendiri telah mengamalkan teknik-teknik di atas dan berjaya menghasilkan pulangan 5 angka.

Bukan mahu kuat mempromosi kursus Sifu saya ini, tetapi saya betul-betul rasa anda memerlukan ilmu dan teknik dari kursus ini untuk betul-betul berjaya dalam pemasaran Facebook. Saya sendiri telah berjaya, dan saya harapkan anda juga. Harga kursus beliau ini pun tidak mahal, tidak sampai RM100 pun.

Jadi, janganlah berlengah lagi. Dapatkan kursus Sifu saya ini, dan lengkapkan pengetahuan Pemasaran FB anda!

(17)

17

AKHIR KATA

Dalam eBook ini, saya telah berkongsi panduan membina Facebook Fanpage, tips-tips menarik menarik dan mempromosi produk dan Fanpage anda, dan berkongsi dengan anda Kursus yang ditawarkan Sifu Pemarasan Facebook saya. Adalah diharap semua perkongsian ini telah memberi ands sedikit sebanyak petunjuk dan keyakinan untuk memulakan perniagaan online anda di Facebook.

Saya cadangkan anda untuk terus membaca eBook saya yang ketiga pula, Kajian Kes – Sports Armband untuk Smartphone Anda! Ebook ini akan berkongsi cara saya membina, mempromosi, mengiklan dan seterusnya menjana keuntungan 100%, dengan hanya modal serendah RM500 sahaja! Ebook ini akan menjadi pelengkap kepada koleksi eBook yang telah anda dapatkan dari saya, dan juga pelengkap kepada ilmu asas untuk anda memulakan perniagaan online anda.

Jadi, kita berjumpa lagi di eBook saya yang ketiga!

Untuk Kejayaan Anda, Nigel Ong

Referensi

Dokumen terkait

Untuk Fajar terimakasih telah memberikan semangat dan dukungan yang tak terputus untuk penulis, selalu sabar menghadapi penulis dan memberi motivasi yang tidak

Jumlah korban : diisi dengan jumlah seluruh korban pada kasus kecelakaan tersebut baik yang mati, luka berat maupun luka kecil kecelakaan tersebut kemudian dibagi menurut

Pengurangan backlog Pengurangan kumuh Bertambahnya Lingkungan Perumahan Sehat Indikator Kinerja Seksi/Es IV SEKSI Penyehatan lingkungan & Penyediaan air bersih SEKSI

Software System for Educational Institute (ETAP) dinyatakan GAGAL ITEM karena tidak ada peserta yang memasukkan penawaran pada ITEM tersebut. Demikian pengumuman ini dibuat

Penelitian ini bertujuan untuk melihat apakah persistensi laba, struktur modal, ukuran perusahaan dan alokasi pajak antar periode pada perusahaan manufaktur yang

Nilai PEFR abnormal terbanyak terdapat pada kelompok responden yang dengan keluhan respirasi batuk dan nyeri dada (100%), batuk, berdahak dan sesak napas (100%), batuk, sesak

o Menyebutkan contoh Menyebutkan contoh  perubahan bentuk   perubahan bentuk   benda pdat dan cair   benda pdat dan cair  di kehidupan sehari- di kehidupan sehari- hari hari o

Penelitian yang dilakukan oleh Perrin (2008., dalam Menguc, Auh, Fisher, & Haddad, 2013) juga menunjukkan bahwa karyawan yang memiliki engagement tinggi mampu meningkatkan