• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Koko

(2)

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Pendahuluan 3 - 6 2 Penanaman 6 2.1 Penyediaan Tanah 6 2.2 Bahan Tanaman 7 2.3 Cara Menanam 7 3 Penyelenggaraan 8 3.1 Pembajaan 8 3.2 Kawalan Rumpai 8 3.3 Pemangkasan 8

3.4 Pengurusan Makhluk Perosak 8 - 9

4 Kemantangan Dan Mengutip Hasil 9 - 10

5 Pengendalian Lepas Tuai Dan Penyimpanan 10

(3)

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah

Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga Sterculiaceae adalah sejenis tumbuhan yang boleh ditanam di Malaysia. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.

Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersil bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil bermula apabila kultivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.

Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau. Ia tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki dari aras laut (m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur.

Biji koko biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur sepanjang 15-30 cm dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap biji mengandungi 40-50% lemak dalam bentuk mentega koko.

Botani

Koko tergolong di dalam keluarga Sterculiaceae. Tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak lebih 20 spesies tetapi hanya Theobroma cocoa L yang sesuai ditanam secara komersil.

Varieti koko adalah :

1. Koko Criollo - Asal dari Amerika Tengah, penghasilan sedikit dan tanaman kurang penting.

2. Koko Forestero Amazon - Asal dari Brazil, Afrika Barat dan Ecuador. 3. Koko Trinitario - Asal dari Trinidad, penghasilan yang tinggi. 4. Koko Amelonado - Asal dari Afrika Barat, dan merupakan satu

populasi homogenus dan penting dalam program pembiakbakaan.

5. Koko Hibrid - Kacukan antara Ferestero Amazon dengan Amelonado atau Trinitario.

(4)

Spesies koko adalah berlainan di antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji koko.

 Pokok

Setelah mencapai ketinggian tertentu, batang vegetatif menghentikan pemanjangan dan kelompok tunas sekunder berkembang membentuk tiga hingga lima cabang yang tersusun secara terminal. Terbahagi kepada dua cabang :

1. Cabang Ortotrop - menegak dan cantasan perlu dilakukan. 2. Cabang Plagiotrop - mendatar dan dipelihara.

 Sistem Akar

Koko membiak melalui biji benih yang bercambah dengan mengeluarkan kotiledon di atas permukaan tanah. Akar tunjang berfungsi untuk meneguhkan pokok sehingga 2 meter ke dalam tanah. Akar sisi yang tumbuh dari akar tunjang akan menjalar sehingga 5-6 meter dari pangkal pokok dan berfungsi untuk menyerap air dan zat makanan.

 Daun

Daun koko berbentuk ringkas dengan urat daun yang berpinat. Tulang daun keras berselang-seli dan lazimnya mempunyai lima hingga tujuh urat dasar. Bentuk daun bujur dan membulat di bahagian pangkal. Daun muda berwarna hijau muda atau merah dan apabila matang berwarna hijau tua.

 Bunga

Pokok koko mula berbunga pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Bunga yang dihasilkan adalah hermafrodit yang terbit dari cabang yang matang. Kebiasaanya hanya 1-2% bunga membentuk buah. Pendebungaan koko boleh berlaku dengan cara kacukan sendiri atau dengan debunga dari pokok lain.

 Buah

Buah koko akan matang antara 5-6 bulan selepas pendebungaan. Saiz buah dan bentuk buah banyak bergantung kepada klon. Setiap buah koko mengandungi antara 30-50 biji koko yang dikelilingi oleh lendir manis. Buah kebiasaannya berwarna hijau atau merah sebelum matang dan bertukar kuning sewaktu matang atau masak.

(5)

Keperluan Persekitaran

 Iklim

Pokok koko sesuai ditanam di kawasan beriklim khatulistiwa dan memerlukan taburan hujan antara 1100 mm-1300 mm setahun. Di kawasan yang mengalami musim kemarau, tanaman koko masih boleh ditanam tetapi hasilnya berkurangan. Suhu maksimum yang sesuai adalah antara 30-320 C dan suhu minimum antara 18-210 C.

 Tanah

Tanah yang paling sesuai untuk tanaman koko ialah tanah yang mempunyai struktur tanah liat.

(6)

Jenis-Jenis Koko

 Hibrid

Hibrid ialah hasil tanaman koko yang terhasil dari kacukan yang bebas dan ianya diperolehi dari baka berikut:

 UIT 1 X NA 32  UIT 1 X NA 33  UIT 1 X SCA 6  UIT 1 X SCA 12  UIT 2 X SCA 6  UIT 2 X SCA12  Klon

Klon ialah tanaman koko hasil daripada pembiakan tampang daripada pokok induk terpilih seperti melalui cantuman, keratan dan tut. Contohnya:

 KKM 1,2,3,4,5,6,15,17,19,22,252,26,27,28

 PBC 113,123,130,159,140,179,207,211,236,247

 (Latest cocoa)

2.0 PENANAMAN 2.1 Penyediaan Tanah

Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman koko hendaklah dibersihkan. Kerja ini termasuklah membuang dan membakar tunggul kayu yang ada.

Sebelum menanam, kawasan perlulah dibersihkan dan dikerjakan terutama bagi kerja menggembur tanah, memperbaiki tekstur tanah dan pengudaraan, menambah bahan organik dan nutrien ke dalam tanah dan membaiki keadaan tanah untuk menyimpan air.

1. Membajak Piring (plough)

Tujuan utama ialah untuk memecahkan tanah yang keras dan memusnahkan rumpai dan mahluk perosak.

2. Membajak Putar (rotovate)

Ia dijalankan selepas membajak piring dengan tujuan untuk menggemburkan tanah dan memperbaiki tekstur tanah.

Mengapur hanya dilakukan pada tanah yang pH kurang dari 5 dan tanah mesti mempunyai saliran yang baik.

(7)

2.2 Bahan Tanaman

Bahan tanaman dipilih dari pokok yang mempunyai ciri-ciri hasil yang tinggi, biji yang bermutu, kandungan lemak yang tinggi dalam biji dan daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama. Jenis bahan tanaman adalah dari jenis hibrid dan klon.

Keperluan Lindungan

Pokok lindungan seperti Gliricidia sp., Albiznia sp., Leucaenia sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam pada jarak 3m x 3m antara pokok koko. Pokok lindungan ini perlu dicantas apabila pokok membesar.

Jarak Dan Susunan Tanaman

Jarak tanaman paling sesuai bagi tanaman pokok koko ialah: - 3 m x 3 m.

- Kepadatan pokok sehektar ialah 1241 pokok.

2.3 Cara Menanam

Sebelum Menanam:

1. Kawasan perlulah dibersihkan dan dibangunkan seperti dibajak, menentukan jalan dan sistem perparitan yang sempurna, membuat teres dan tapak tanaman, kerja pengapuran dan lain-lain.

2. Kerja memancang kawasan dilakukan dengan jarak tanaman 3 m x 3 m dan menggunakan sistem tanaman empat segi tepat.

3. Pemilihan anak benih koko yang baik dan berkualiti sama ada dari jenis hibrid ataupun klon.

4. Peralatan pertanian dan keperluan baja diperlukan seperti cangkul, kayu sokongan, pisau kecil, tali plastik, jeli dan baja CIRP .

Semasa Menanam: Cara-cara menanam :

1. Gali lubang berukuran 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m.

2. Tabur baja CIRP ke dalam lubang dengan kadar 250 gram/lubang. 3. Masukkan sedikit tanah atas (top soil) ke dalam lubang.

4. Letakkan anak benih koko di tengah lubang dan pastikan polibeg ditanggalkan. Tanah polibeg hendaklah separas dengan paras tanah sekeliling.

5. Tabur jeli di keliling pokok dalam lubang dengan kadar 2 kg / lubang. 6. Kambus lubang dengan tanah dan dipadatkan.

7. Pancangkan kayu sokongan di sebelah pokok dan diikat dengan tali plastik supaya tumbuh tegak dan tidak tumbang.

(8)

3.0 PENYELENGGARAAN

3.1 Pembajaan

Keperluan pembajaan koko adalah seperti berikut :-

Umur Pokok (Tahun) Jenis Baja Kadar/pokok (gm)

1 18:11:5:2.5 20 3 18:11:5:2.5 40 6 18:11:5:2.5 70 9 18:11:52.5 100 10 GML 200 12 18:11:5:2.5 120 16 18:11:5:2.5 150 20 18:11:5:2.5 150 22 GML 200 24 18:11:5:2.5 150

Jadual 1 : Keperluan Pembajaan Koko 3.2 Kawalan Rumpai

Merumpai secara manual dilakukan sehingga anak pokok berumur 9 bulan dan selepas itu penggunaan racun kimia boleh dilakukan sehingga pokok berumur 3 tahun.

3.3 Pemangkasan

Pemangkasan yang betul sangat penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Jika pemangkasan tidak dilakukan dengan betul maka baja yang diberikan tidak akan memberikan kesan pada pokok. Pemangkasan juga boleh mengurangkan penyakit kulat dan serangan makhluk perosak serta meningkatkan hasil.

3.4 Pengurusan Makhluk Perosak

Senarai perosak-perosak utama tanaman kopi dan kawalannya adalah seperti berikut: Penyakit (Agen

Penyebab) Tanda-tanda Kawalan Penyakit Akar Merah

(Ganoderma psedoferrum) Daun layu, kekuningan dan kemudian pokok mati.

Pada peringkat awal kawalan menggunakan Tridemorph atau Propicanazole.

Penyakit Akar Putih (Rigidoporous lignosus)

Daun layu sama seperti penyakit akar putih dan

meninggalkan

Pada peringkat awal kawalan menggunakan Tridemorph atau Propicanazole.

(9)

maiselium putih. Mati Rosot jalur

Vaskular (VSD) Oncosbacudium Theobromae)

Pucuk yang diserang

akan mati rosot Gunakan variety tanaman yang toleran Lain penyakit: Phytophora palmivora, Marasmius cyphella, Cortisium salmonicolor, Cephaleuros Virescens. -

Jadual 2 : Penyakit Koko dan Kawalannya

Serangga biasa menyerang koko ialah :-

Serangga Tanda-tanda Kawalan Ulat Pengorek Buah koko (Conopomorpha cramerella Snell) Menyerang buah mengakibatkan buah menjadi masak muda tompok kuning

Petik buah masak antara 10-14 hari untuk elak edaran hidup. Cantasan mudah sembur racun. Sembur dengan

Cypermethrin deltametrin pada kadar 0.1 % ai

Helopeltis

Menyerang pada peringkat buah muda

Sembur Cypermethrin/Propoxur pada kadar 0.1 % ai setiap 7 hari.

Apogonia

spp/Adoretus spp/ Chaetadoretus spp)

Serangga makan daun dan aktif waktu malam

Guna Carbaryl, Carbofuran dan Acephate. Sembur waktu petang.

Jadual 3 : Perosak koko dan kawalannya

4.0 PENUAIAN HASIL Kematangan

Koko mula berbunga pada umur 18-30 bulan selepas ditanam. Buah koko samada warna hijau atau merah semasa muda akan bertukar warna kuning apabila matang. Pada peringkat ini buah sedia untuk dipetik atau dipungut.

Hasil

Hasil koko adalah antara 1 hingga 5 tan metrik/ha/tahun bergantung kepada amalan pengurusan ladang.

(10)

Musim

Terdapat 2 musim koko iaitu musim utama dan luar musim. Penuaian Hasil

Penuaian boleh dilakukan apabila buah mencapai tempoh matang iaitu 5 hingga 6 bulan selepas pendebungaan. Buah yang matang perlu dipungut dan tidak dibiarkan di atas pokok.

5.0 PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN Pengendalian Lepas Tuai

Buah koko perlu dibelah untuk mendapat biji koko. Elakkan biji koko tercedera sewaktu membelah buah koko dan ini akan memberi kesan kepada kualiti biji.

Pemprosesan

Biji koko basah perlu penapaian selama 7 hari dengan tujuan mematikan benih dan meningkatkan perasa coklat. Biji kemudian dijemur di bawah cahaya matahari atau menggunakan jentera pengering.

Penyimpanan

Koko kering perlu disimpan di dalam guni jut dan diletakkan di tempat yang tinggi dan kering bagi mengelakkan serangan kulat yang boleh menjejaskan kualiti.

Penggredan

Penggredan koko adalah seperti berikut :- Gred Bil. biji/100g Serangan Kulat Biji Ungu Kelabu Diserang Serangga SMC 1A <100 <3.00 % <3.00 % <2.5 % 1B >100<110 <3.00 % <3.00% <2.5 % 1 C >110<120 <3.00 % <3.00 % <2.5 % SMC 11A <100 <4.00% <8.00% <5.0 % 11 B >100<110 <4.00 % <8.00 % <5.0 % 11 C >110 <120 <4.00 % <8.00 % <5.0 % Sub standard >120 >4.00 % >8.00 % >5.0 % Jadual 4 : Penggredan koko

(11)

6.0 RUJUKAN

1. MARDI .1990. Siri Panduan Tanaman, Panduan Penanaman dan Pemprosesan Koko, Berita Publishing Sdn. Bhd.

2. http://agrolink.moa.my/doa/BM/Croptechbm/koko.html 3. http://www.sabah.gov.my/tani/bm/koko.htm

Referensi

Dokumen terkait

Proses pewarnaan tekstil meliputi beberapa tahap, tahap pertama adalah tahap migrasi yaitu berpindahnya molekul zat warna dari larutan ke permukaan serat,

  Tujuan pelatihan untuk memberikan bekal wawasan, pengetahuan, dan praktik kepada peserta menyangkut penyusunan proposal yang baik, sehingga mereka dapat membuat sendiri

Rencana Terpadu dan Program Investasi Infrastruktur Jangka Menengah (RPI2-JM) Bidang Cipta Karya merupakan dokumen perencanaan dan pemrograman pembangunan

Hasil kegiatan observasi yang dilakukan pada tahap I, II, dan III menjukkan bahwa kemampuan guru Akidah Akhlak di MTs Negeri Kota Palopo dalam meyusun RPP

|jejakseribupena.com, Soal dan Solusi Simak UI Matematika Dasar, 2010

Pada uraian diatas dapat disimpulkan bahwa entrepreneurial networking yang dijalankan pengusaha dan pemahaman dalam menghadapi lingkungan bisnis eksternal mempengaruhi kinerja

Untuk mendukung peralatan dalam suatu gedung distribusi Listrik merupakan salah satu rangkaian penting dalam melayani kebutuhan energi listrik, dimulai dari pembangkit

Penyakit Jantung Bawaan merupakan kelainan yang paling sering dijumpai pada periode fetus dan neonatus yang berupa kelainan struktural dari jantung atau pembuluh