RENCANA PEMBELA JARAN
27 OKTOBER–2 NOVEMBER
Adakah Anda Yakin bahawa Anda Memiliki Kebenaran? Mengapa? MUKA 7˙LAGU: 28, 107 3-9 NOVEMBER Tetap Menyembah Tuhan walaupun ‘Mengalami Penderitaan’ MUKA 12˙LAGU: 135, 133 10-16 NOVEMBER Ibu Bapa—Jagalah Anak-anak Anda MUKA 17˙LAGU: 88, 24 17-23 NOVEMBER Kematian—Musuh Terakhir yang akan Ditaklukkan MUKA 23˙LAGU: 111, 109 24-30 NOVEMBER Hargailah Pekhidmat Sepenuh Masa MUKA 28˙LAGU: 95, 100 1 5 S E P T E M B E R 2 01 4
Printed in Japan. RENCANA PEMBELAJARAN
ˇ Adakah Anda Yakin bahawa Anda Memiliki Kebenaran? Mengapa?
Rencana ini membincangkan mengapa ramai orang percaya bahawa Saksi-Saksi Yehuwa memiliki kebenaran. Kita juga akan membincangkan mengapa Saksi-Saksi sendiri yakin bahawa mereka memiliki kebenaran.
ˇ Tetap Menyembah Tuhan walaupun ‘Mengalami Penderitaan’
Kita semua mengalami penderitaan kerana hidup dalam dunia Syaitan. Ada cubaan yang datang secara langsung. Ada juga yang datang secara tidak langsung. Rencana ini membantu kita me-ngenal pasti cara Syaitan melemahkan iman kita dan bagaimana kita boleh bersedia untuk menghadapinya.
ˇ Ibu Bapa—Jagalah Anak-anak Anda
Ibu bapa memiliki tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak “dengan ajaran dan nasihat Tuhan.” (Ef. 6:4) Rencana ini mem-bincangkan tiga cara ibu bapa dapat meniru teladan gembala se-masa membimbing dan membantu anak-anak mengasihi Yehuwa.
ˇ Kematian—Musuh Terakhir yang akan Ditaklukkan
Mengapakah umat manusia menjadi tua dan mati? Bagaimana-kah kematian, ‘musuh yang terakhir, akan ditaklukkan’? (1 Kor. 15:26) Jawapannya akan membantu kita menghargai keadilan, kebijaksanaan, dan yang lebih penting, kasih Yehuwa.
ˇ Hargailah Pekhidmat Sepenuh Masa
Dari dulu hingga sekarang, ramai penyembah Yehuwa berkhidmat sepenuh masa kepada-Nya walaupun menghadapi banyak caba-ran. Bagaimanakah kita boleh menghargai mereka ini yang “me-nunjukkan kepercayaan” dan “mengasihi orang lain”?—1 Tes. 1:3. JUGA DALAM TERBITAN INI
3 Adakah Anda Berusaha Menerima “Pekerjaan yang Baik”?
22 Pertanyaan Pembaca
SRI LANKA
MUKA DEPAN: Dua orang saudara sedang menginjil kepada seorang nelayan di Negombo, pantai barat Sri Lanka PENDUDUK
20,860,000
PENYIAR5,600
PERINTIS BIASA641
PENYELIA litar telah mengunjungi sidang Fer-nando1 beberapa kali, dan para penatua membe-ritahu Fernando apa yang harus dia lakukan untuk melayakkan diri sebagai penatua. Sera-ya masa berlalu, Fernando mula tertanSera-ya-tanSera-ya sama ada dia akan dilantik atau tidak. Baru-baru ini penyelia litar mengunjungi sidangnya lagi. Maka, Fernando berasa gentar apabila dua pe-natua ingin bercakap dengannya. Apakah yang akan mereka katakan?
Salah seorang penatua menyebut tentang ayat di 1 Timotius 3:1 dan memberitahu Fernando ba-hawa dia telah dilantik sebagai penatua. Fernan-do terkejut seolah-olah tidak percaya. Saudara itu pun mengulangi apa yang dia baru katakan. Se-nyuman terukir pada muka Fernando. Kemu-dian, pelantikannya diumumkan kepada sidang. Seluruh sidang turut bergembira.
1 Nama-nama telah diubah.
Adakah salah untuk menginginkan tanggung-jawab dalam sidang? Tidak. Menurut 1 Timotius 3:1 (NW), “jika seseorang sedang berusaha untuk menjadi seorang penyelia, dia menginginkan pe-kerjaan yang baik.” Ayat ini menggalakkan ramai saudara untuk membuat kemajuan rohani agar layak memikul tanggungjawab sidang. Hasilnya, umat Tuhan diberkati dengan ribuan penatua dan pembantu sidang. Oleh sebab sidang se-makin banyak, lebih ramai saudara diperlukan untuk berkhidmat. Apakah cara terbaik untuk melayakkan diri? Perlukah saudara yang ingin menjadi penyelia risau tentang hal ini, seperti Fernando?
APAKAH MAKSUD BERUSAHA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB?
Frasa Yunani yang diterjemahkan sebagai “be-rusaha untuk menjadi” membawa maksud me-nginginkan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini
Adakah Anda Berusaha Menerima
“Pekerjaan yang Baik”?
bagaikan orang yang sedang menghulurkan ta-ngannya untuk mencapai buah di atas pokok. Te-tapi hal ini tidak bermakna orang itu didorong oleh sifat tamak. Tujuan seseorang menjadi pena-tua adalah untuk melakukan “pekerjaan yang baik,” bukannya untuk mendapatkan kedudu-kan atau kuasa.
Kebanyakan syarat untuk menerima “pekerja-an y“pekerja-ang baik” ini terdapat di 1 Timotius 3:2-7 d“pekerja-an Titus 1:5-9. Mengenai syarat-syarat ini, Raymond yang sudah lama menjadi penatua berkata, “Ke-bolehan berceramah dan mengajar penting, teta-pi yang lebih penting ialah kita harus berfiki-ran seimbang, bersifat sederhana, teratur, ramah, munasabah, dan tidak bercela.”
Saudara yang berusaha untuk menjadi penye-lia haruslah menghindari segala perbuatan yang tidak jujur dan tidak bermoral supaya tidak ber-cela. Jika dia berfikiran seimbang, bersifat se-derhana, teratur, dan munasabah, rakan seiman akan yakin terhadap pimpinannya dan rela me-minta bantuannya. Dengan bersikap ramah, dia dapat menggalakkan orang muda atau orang baru dalam sidang. Dia juga membawa kelegaan dan membantu mereka yang sakit atau tua kera-na dia suka berbuat baik. Dia memupuk semua sifat ini untuk membantu sidang dan bukan demi kepentingan diri.1
Badan penatua rela memberikan nasihat dan galakan, tetapi anda perlu berusaha untuk mela-yakkan diri. Henry, seorang penatua yang berpe-ngalaman berkata, “Jika anda ingin memikul le-bih banyak tanggungjawab, anda perlu bekerja keras untuk memenuhi segala kelayakan.” Meru-juk kepada Pengkhutbah 9:10, dia menjelaskan, “ ‘Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh.’ Apa sahaja tugas yang diberi penatua, laksanakanlah dengan sebaik mungkin. Nikmati segala kerja dalam sidang, termasuk menyapu lantai. Lama-kelamaan, kerja dan usaha anda akan berhasil.” Jika anda ingin menjadi penatua, anda perlu menunjukkan bahawa anda rajin dan
1 Prinsip-prinsip dalam rencana ini juga boleh diterapkan oleh mereka yang ingin menjadi pembantu sidang. Syarat-sya-ratnya terdapat di 1 Timotius 3:8-10, 12, 13.
Berusahalah untuk memikul tanggungjawab dengan membantu sidang dalam pelbagai cara
Saudara yang “sedang berusaha untuk menjadi seorang penyelia,” atau yang ingin memikul tanggungjawab lain menghargai kata-kata pujian yang tulus. (1 Tim. 3:1) Apa-bila para penatua memberikan nasihat yang jelas dengan baik hati, kata-kata mereka da-pat “menggembirakan hati” saudara yang menerimanya. Sudah pasti, hal ini bermanfa-at. Dia akan didorong untuk mendengar dan menerapkan nasihat yang diberikan.—Ams. 27:9.
Kadangkala, sikap seseorang mungkin menghalang orang lain daripada memberi-kan nasihat kepadanya. Contohnya, selama beberapa tahun, tingkah laku Philip menun-jukkan bahawa dia tidak ingin memikul lebih banyak tanggungjawab dalam sidang. Kemu-dian, dia mengubah pemikirannya dan me-minta bimbingan daripada para penatua. Dia berkata, “Para penatua memberi saya nasi-hat yang baik dan praktikal.” Philip menerap-kan nasihat tersebut dan sekarang dia ber-khidmat sebagai seorang penatua.—Ams. 18:15.
Manfaat Menerima Nasihat
boleh dipercayai. Anda harus rendah hati dan ti-dak membanggakan diri.—Mat. 23:8-12.
MENOLAK PEMIKIRAN DAN PERBUATAN SALAH
Seseorang yang menginginkan tanggungjawab dalam sidang mungkin tergoda untuk menyata-kan niatnya secara tidak langsung atau mencuba mengampu para penatua. Yang lain pula mung-kin berasa tidak senang dengan nasihat yang di-berikan para penatua. Jika demikian, tanyalah diri, “Adakah saya mahu mencapai keinginan sendiri, atau adakah saya ingin membantu kawa-nan domba Tuhan dengan ikhlas?”
Orang yang ingin berkhidmat sebagai penatua perlu ‘menjadi teladan kepada kawanan domba.’ (1 Ptr. 5:1-3) Maksudnya dia akan mengelakkan pemikiran dan perbuatan yang licik. Dia akan memupuk kesabaran tidak kira dia dilantik atau tidak. Pelantikan sebagai penatua tidak bermak-sud seseorang itu sempurna. (Bil. 12:3; Mzm. 106: 32, 33) Seorang saudara mungkin berasa dia tia-da kelemahan. Namun, orang lain mungkin tia- da-pat melihat kelemahannya lalu berpandangan ne-gatif terhadapnya. (1 Kor. 4:4) Jadi, jika penatua memberi nasihat Bible dengan ikhlas, dengarlah dan terapkan nasihat itu tanpa berasa tersing-gung.
MENGAPA BEGITU LAMA?
Sesetengah saudara berasa bahawa mereka te-lah lama menunggu untuk dilantik. Jika anda su-dah berusaha beberapa tahun “untuk menjadi se-orang penyelia,” adakah anda kadangkala berasa resah? Jika ya, fikirkan ayat ini: “Apabila harapan hancur, hati pun hancur; apabila hasrat tercapai, hati gembira.”—Ams. 13:12.
Sememangnya kita sakit hati apabila matlamat kita tidak tercapai. Abraham pernah berasa sede-mikian. Yehuwa menjanjikan seorang anak lelaki kepadanya, tetapi selepas bertahun-tahun, dia masih tiada anak. (Kej. 12:1-3, 7) Abraham yang sudah tua menyeru kepada Yehuwa, ‘Ya Yehuwa, apakah gunanya pahala itu bagiku kerana aku ti-dak mempunyai anak? Engkau titi-dak
mengurnia-kan anak kepadaku.’ Yehuwa meyakinmengurnia-kan Abra-ham lagi bahawa janji-Nya itu akan dikotakan. Namun, Abraham perlu menunggu sekurang-ku-rangnya 14 tahun sebelum janji Tuhan ditunai-kan.—Kej. 15:2-4; 16:16; 21:5.
Sementara menunggu, adakah Abraham kehi-langan sukacita? Tidak. Dia tidak pernah meragui Yehuwa. Dia terus berharap akan masa depan yang baik. Paulus menulis: ‘Abraham bersabar. Oleh itu dia menerima apa yang dijanjikan oleh Tuhan.’ (Ibr. 6:15) Akhirnya, Tuhan memberka-ti Abraham lebih daripada yang dijangkakan-nya. Apakah yang boleh anda pelajari daripada Abraham?
Jika anda sudah lama menunggu tetapi masih belum dilantik sebagai penatua, tetaplah yakin kepada Yehuwa. Janganlah hilang sukacita un-tuk berkhidmat kepada-Nya. Warren, yang telah
membantu ramai saudara maju secara rohani ber-kata, “Proses untuk melayakkan diri akan me-ngambil masa. Sikap dan kebolehan seseorang ditunjukkan secara beransur-ansur melalui kela-kuannya dan cara dia melaksanakan tugas. Sese-tengah orang berfikir bahawa mereka berjaya hanya setelah dilantik. Pemikiran sedemikian adalah salah dan keterlaluan. Kita sebenarnya su-dah berjaya selagi kita setia berkhidmat kepada Yehuwa dalam apa jua keadaan.”
Seorang saudara dilantik sebagai penatua sete-lah menunggu lebih daripada 10 tahun. Dia men-dapat pengajaran daripada Yehezkiel bab 1. Dia berkata, “Yehuwalah yang memimpin organisasi-Nya seperti kenderaan. Dialah yang menentukan kelajuannya.” Mengenai hal menjadi penatua, saudara itu sedar bahawa Yehuwalah yang tahu masa yang sesuai. Dia menambah, “Ini bukan soal apa yang saya mahu. Yehuwa tahu apa yang saya perlukan.”
Jika anda ingin berkhidmat sebagai penatua, berusahalah sekarang untuk menyumbang kepa-da kesejahteraan sikepa-dang. Sementara itu, jangan-lah resah dan hilang sabar. Raymond, yang di-sebut tadi, menerangkan bahawa mereka yang terlalu risau akan kehilangan kepuasan dan suka-cita untuk menyembah Yehuwa. Oleh itu,
terus-lah memupuk buah daya aktif Tuhan, terutama-nya sifat kesabaran. Kuatkanlah kerohanian anda melalui pembelajaran peribadi. Luangkanlah le-bih masa untuk menginjil dan mengajar kebena-ran kepada okebena-rang yang berminat. Bimbinglah keluarga anda dalam aktiviti rohani dan penyem-bahan keluarga. Bergaullah bersama saudara sau-dari dengan mesra. Semua ini akan membantu anda bersukacita dalam khidmat Yehuwa.
Usaha untuk melayakkan diri sebagai penyelia dalam sidang ialah penghormatan daripada Ye-huwa. Dia dan organisasi-Nya tidak ingin kita menjadi hampa dan susah hati semasa berkhid-mat kepada-Nya. Yehuwa akan menyokong dan memberkati orang yang berkhidmat dengan niat yang baik. Apabila Yehuwa memberkati kita, Dia “tidak menambah kesedihan.”—Ams. 10:22, nota kaki.
Walaupun anda sudah lama berusaha untuk melayakkan diri, anda masih boleh membuat ba-nyak kemajuan rohani. Contohnya, anda boleh memupuk sifat-sifat Kristian dan membantu si-dang sambil menjaga keperluan keluarga sendi-ri. Yehuwa tidak akan melupakan semua usaha anda. Semoga anda terus menikmati sukacita dalam apa jua tugas yang anda lakukan demi Yehuwa.
ADAKAH Tuhan menghendaki orang Kristian sejati untuk berperang dan membunuh? Itulah yang dilakukan oleh ramai orang yang mengaku diri Kristian selama 100 tahun yang lalu. Paderi Katolik memberkati tentera dan senjata yang diguna-kan untuk membunuh pihak lawan yang juga beragama Kato-lik. Hal yang sama juga dilakukan oleh paderi-paderi Pro-testan. Semua ini berlaku pada Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan pertumpahan darah.
2Apakah yang dilakukan oleh Saksi-Saksi Yehuwa pada
masa perang? Sejarah melaporkan bahawa mereka tetap ber-pendirian neutral. Mengapakah mereka melakukan demi-kian? Sebab mereka mengikut contoh dan ajaran Yesus. Dia berkata, ‘Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikutku.’ (Yoh. 13:35) Selain itu, mereka menerapkan apa yang tercatat dalam surat Paulus
ke-pada sidang di Korintus.—Baca 2 Korintus 10:3, 4.
3Oleh sebab hati nurani orang Kristian sejati dilatih oleh
1. Apakah yang dilakukan ketua gereja semasa perang?
2, 3. Semasa peperangan, apakah yang dilakukan oleh Saksi-Saksi Yehu-wa, dan mengapa?
Adakah Anda Yakin bahawa Anda
Memiliki Kebenaran? Mengapa?
‘Ketahui kehendak Tuhan—iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.’—RM. 12:2.
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Pendirian neutral Saksi-Saksi Yehuwa telah meyakinkan ramai orang tentang apa?
Bagaimanakah kerja penye-baran meyakinkan ramai orang bahawa kita merupa-kan orang Kristian sejati?
Mengapakah anda yakin bahawa anda memiliki kebenaran?
Bible, mereka tidak berperang. Akibatnya, ribuan Saksi, tidak kira tua atau muda, le-laki atau wanita, menderita di kem taha-nan dan penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, ada yang terbunuh di bawah peme-rintahan Nazi di Jerman. Meskipun semua ini berlaku, para Saksi tidak melupakan tanggungjawab mereka untuk menyebar-kan berita baik tentang Kerajaan Tuhan. Dengan setia, mereka menginjil di penja-ra, kem konsentrasi, dan semasa di pem-buangan. Pada 1994, Saksi-Saksi Yehu-wa juga tidak mengambil bahagian dalam pembasmian kaum di Rwanda. Selain itu, mereka tetap neutral apabila pertumpa-han darah berlaku semasa negara Yugosla-via berpecah-belah.
4Pendirian neutral Saksi-Saksi
Yehu-wa menunjukkan bahaYehu-wa mereka benar-benar mengasihi Tuhan dan orang lain. Hasilnya, ribuan orang di dunia yakin bahawa para Saksi mengamalkan ibadat sejati. Namun, terdapat perkara-perkara lain yang meyakinkan ramai orang baha-wa Saksi-Saksi Yehubaha-wa merupakan orang Kristian sejati.
KERJA PENDIDIKAN TERBESAR DALAM SEJARAH
5Yesus selalu menekankan
kepenti-ngan untuk menyebarkan berita baik. Dia memulakan kerja penyebaran dan me-milih 12 orang rasul untuk menyertai-nya. Kemudian, dia juga melatih 70 orang pengikutnya. (Luk. 6:13; 10:1) Pada mula-nya, mereka dilatih untuk mengajar orang Yahudi. Tetapi, Yesus kemudian berkata bahawa mereka harus mengajar semua bangsa. Hal ini merupakan perubahan
4. Bagaimanakah pendirian neutral Saksi-Saksi Yehuwa mempengaruhi orang lain?
5. Apakah perubahan yang perlu dilakukan oleh pengikut Yesus abad pertama?
yang besar bagi pengikut Yesus yang ber-bangsa Yahudi.—Kis. 1:8.
6Rasul Petrus telah diarahkan untuk
menginjil kepada Kornelius, seorang lela-ki bukan Yahudi. Pada masa itu, Petrus sedar bahawa Yehuwa memperlakukan semua orang dengan sama rata. Petrus memahami bahawa Tuhan ingin supa-ya orang daripada pelbagai bangsa men-dengar dan menerima kebenaran. Maka, Kornelius dan keluarganya dibaptis. (Kis. 10:9-48) Mulai hari itu, Petrus dan pengi-kut Yesus yang lain menginjil kepada se-mua bangsa.
7Pada zaman sekarang, mereka yang
mengambil pimpinan dalam organisasi Yehuwa bersemangat untuk mengusaha-kan kerja menginjil dan mengajar berita baik di serata dunia. Kini, hampir 8 juta Saksi sedang menginjil dalam lebih dari-pada 600 bahasa! Saksi-Saksi Yehuwa ter-kenal kerana menginjil dari rumah ke rumah dan juga di tempat awam. Kadang-kala mereka menggunakan meja pameran serta rak mudah alih.
8Lebih daripada 2,900 orang telah
di-latih untuk menterjemahkan Bible dan bahan bacaan Bible. Mereka tidak ha-nya menterjemahkan ke dalam baha-sa-bahasa utama, tetapi juga ke dalam bahasa yang tidak dikenali ramai. Contoh-nya, di Sepanyol, jutaan orang mengguna-kan bahasa Catalan setiap hari. Kebelaka-ngan ini, pelbagai variasi bahasa Catalan juga digunakan dengan meluas di An-dorra, Alicante, Kepulauan Balearic, dan Valencia. Oleh itu, orang Catalan sangat terharu kerana Saksi-Saksi Yehuwa kini
6. Bagaimanakah Petrus sedar bahawa Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata?
7, 8. Apakah yang sedang dilakukan oleh organi-sasi Yehuwa hari ini? (Lihat gambar pada permula-an rencpermula-ana.)
menyediakan bahan bacaan dan menga-dakan perjumpaan Kristian dalam bahasa mereka.
9Hal yang sama juga berlaku di
me-rata tempat. Misalnya, di Mexico, ramai orang berbahasa Sepanyol. Walaupun be-gitu, banyak bahasa tempatan lain juga di-gunakan, seperti bahasa Maya. Pasukan penterjemahan bahasa Maya telah dipin-dahkan ke kawasan yang menggunakan bahasa Maya. Hal ini adalah supaya mere-ka dapat mendengar dan menggunamere-kan bahasa itu setiap hari. Jadi, bahan terjema-han mereka lebih senang difahami oleh orang Maya. Satu lagi contoh ialah ba-hasa Nepali yang digunakan di negara Nepal. Negara tersebut mempunyai pen-duduk seramai 29 juta dan sekitar 120 ba-hasa digunakan di sana. Meskipun begitu, bahasa Nepali digunakan oleh lebih dari-pada 10 juta orang penduduk, dan ramai penduduk lain boleh memahaminya. Se-karang bahan bacaan Bible kita juga dise-diakan dalam bahasa Nepali.
10Kerja penterjemahan di seluruh
du-9, 10. Apakah yang menunjukkan bahawa orga-nisasi Yehuwa berminat dalam keperluan rohani orang ramai?
nia menunjukkan bahawa organisasi Yehuwa memandang serius tanggungja-wab untuk menyebarkan berita baik ke se-rata dunia. Berjuta-juta risalah, brosur, dan majalah diedarkan tanpa bayaran ke-pada orang ramai. Kos ini dibiayai oleh derma sukarela daripada para Saksi. Me-reka mengikut arahan Yesus, “Lakukan-lah semuanya tanpa meminta bayaran!” —Mat. 10:8.
11Saksi-Saksi Yehuwa amat yakin
ba-hawa mereka memiliki kebenaran. Oleh itu, mereka rela membuat pengorbanan yang besar demi menyebarkan berita baik kepada pelbagai bangsa dan kaum. Ra-mai Saksi telah menyederhanakan hidup, mempelajari bahasa baru, dan menyesuai-kan diri dengan budaya baru supaya dapat menyebarkan kebenaran. Kerja penyeba-ran sedunia ini juga meyakinkan openyeba-rang lain bahawa Saksi-Saksi Yehuwa merupa-kan pengikut Kristus yang sejati.
12Para Saksi melakukan semua hal ini
kerana mereka yakin bahawa mereka me-miliki kebenaran. Tetapi, apa lagi yang meyakinkan orang bahawa Saksi-Saksi
11, 12. Kerja penyebaran sedunia meyakinkan orang tentang apa?
Kumpulan penterjemahan menyediakan bahan bacaan dalam bahasa Low German (Lihat perenggan 10)
Yehuwa memiliki kebenaran?—Baca Roma 14:17, 18.
MENGAPA MEREKA PERCAYA
13Ramai saudara saudari yakin bahawa
mereka memiliki kebenaran. Kita boleh meraih banyak manfaat daripada komen-komen mereka. Contohnya, seorang yang lama menyembah Yehuwa berkata, “Tidak kira siapa yang perlu ditegur atau didisip-linkan, banyak usaha dicurahkan untuk memastikan organisasi Yehuwa tetap ber-sih secara moral dan tidak bercela.” Pia-waian moral yang tinggi ini dapat dicapai dengan mengikut prinsip Bible dan tela-dan Yesus serta para rasul. Ramai yang pernah hidup dalam cara yang tidak dite-rima Tuhan telah berubah dan kini hidup menurut prinsip Tuhan. Kebanyakan Sak-si-Saksi Yehuwa tetap hidup suci. Teta-pi, sebilangan kecil yang enggan mengi-kut piawaian Yehuwa telah disingkirkan. —Baca 1 Korintus 6:9-11.
13. Bagaimanakah para Saksi memastikan bahawa organisasi mereka tetap bersih?
14Apakah yang terjadi kepada mereka
yang disingkirkan? Ribuan daripada me-reka telah bertaubat dan diterima
kem-bali ke sidang. (Baca 2 Korintus 2:6-8.)
Oleh sebab Saksi-Saksi Yehuwa berpe-gang teguh pada piawaian Bible, sidang Kristian tetap suci. Hal ini meyakinkan para Saksi bahawa organisasi merekalah yang diperkenankan Tuhan. Walaupun ba-nyak gereja membiarkan ahli-ahli mereka berbuat sesuka hati, Saksi-Saksi Yehuwa tetap berpegang pada prinsip Bible. Oleh itu, ramai orang yakin bahawa Saksi-Saksi Yehuwa memiliki kebenaran.
15Mengapakah Saksi-Saksi lain
per-caya bahawa mereka memiliki kebena-ran? Seorang saudara berumur 54 tahun mula menyembah Yehuwa sejak rema-ja. Dia berkata bahawa imannya adalah berdasarkan tiga perkara penting: (1) Tu-han wujud, (2) Bible diilhami TuTu-han, dan (3) Saksi-Saksi Yehuwa melakukan kehen-dak Tuhan hari ini. Dia berkata, “Melalui pembelajaran Bible selama bertahun-ta-hun, saya selalu cuba menguji sama ada tiga perkara itu memang berasas atau ti-dak. Saya dapati buktinya bertambah ku-kuh setiap tahun. Hal ini menguatkan iman dan keyakinan saya bahawa kita me-mang memiliki kebenaran.”
16Seorang saudari yang berkhidmat di
ibu pejabat Saksi-Saksi Yehuwa di New York menjelaskan mengapa dia yakin bahawa dia memiliki kebenaran. Dia berkata bahawa hanya organisasi Yehu-wa yang memberitahu orang lain tentang nama Yehuwa yang muncul kira-kira 7,000
14. Apakah perubahan yang dilakukan oleh ramai orang yang telah disingkirkan, dan apakah hasil-nya?
15. Apakah yang meyakinkan seorang saudara ba-hawa dia memiliki kebenaran?
16. Mengapakah seorang saudari yakin bahawa dia memiliki kebenaran?
Bahan bacaan dalam bahasa Low German sangat berguna di Paraguay (Lihat gambar pada permulaan rencana)
kali dalam Bible. Dia juga digalakkan oleh ayat di 2 Tawarikh 16:9 yang menyata-kan, ‘Yehuwa sentiasa mengawasi seluruh bumi ini dan memberikan kekuatan kepa-da mereka yang setia kepakepa-da-Nya.’ Dia menambah, “Kebenaran Bible mengajar saya untuk menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati agar Tuhan dapat membe-rikan kekuatan kepada saya. Hubungan saya dengan Yehuwa sangat bernilai. Saya juga amat menghargai peranan Yesus yang membantu saya untuk mendapatkan pe-ngetahuan tentang Tuhan.”
17Seorang lelaki yang dahulunya tidak
percaya kepada Tuhan berkata, “Cipta-an meyakink“Cipta-an saya bahawa Tuh“Cipta-an ingin manusia hidup gembira. Jadi, Dia tidak akan membenarkan penderitaan berteru-san. Orang di dunia menjadi semakin ja-hat. Tetapi, umat Yehuwa semakin ber-iman, bersemangat, dan saling mengasihi. Hanya daya aktif Yehuwa yang dapat
me-nyebabkan mukjizat ini berlaku.”—Baca
1 Petrus 4:1-4.
18Seorang lagi saudara yang sudah
lama berada dalam kebenaran menerang-kan mengapa dia percaya bahawa dia me-miliki kebenaran: “Apa yang saya pelajari selama ini meyakinkan saya bahawa para Saksi memang berusaha untuk mengi-kut teladan orang Kristian abad pertama. Saya dapat melihat perpaduan sedunia Saksi-Saksi Yehuwa kerana saya sudah pergi ke banyak negara. Kebenaran Bible memberi saya kepuasan dan sukacita.” Se-orang saudara yang berumur 60-an berka-ta bahawa Saksi-Saksi Yehuwa memang
17. Mengapakah seorang lelaki yang dahulunya ti-dak percaya kepada Tuhan yakin bahawa dia telah menemui kebenaran?
18. Mengapakah dua orang saudara percaya baha-wa mereka memiliki kebenaran? Apakah perasaan anda tentang hal itu?
beriman kepada Yesus. Dia menjelaskan, “Kita telah mengkaji kehidupan Yesus de-ngan teliti, dan menghargai teladan baik-nya. Teladan Yesus telah membantu kita untuk mengubah gaya hidup agar kita me-nikmati hubungan yang lebih rapat de-ngan Yehuwa. Kita sedar bahawa hanya dengan tebusan Yesus kita mendapat pe-nyelamatan. Kita juga yakin bahawa dia sudah dibangkitkan daripada kematian kerana terdapat bukti daripada saksi yang
boleh dipercayai.”—Baca 1 Korintus 15:
3-8.
BERITAHULAH ORANG LAIN TENTANG KEBENARAN
19Sebagai orang Kristian sejati, kita
be-nar-benar mengasihi orang lain. Itulah se-babnya kita harus memberitahu mereka tentang kebenaran. Paulus berkata kepa-da sikepa-dang di Roma bahawa pengikut Ye-sus bertanggungjawab untuk menginjil: “Jika kamu mengisytiharkan dengan mu-lut kamu bahawa Yesus ialah Tuan, dan jika kamu beriman di dalam hati kamu ba-hawa Tuhan sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamat-kan. Dengan hati, seseorang beriman un-tuk mendapat perkenan Tuhan. Namun dengan mulut, seseorang mengisytihar-kan perkhabaran itu untuk mendapat pe-nyelamatan.”—Rm. 10:9, 10, NW.
20Saksi-Saksi Yehuwa yakin bahawa
mereka memiliki kebenaran. Mereka menghargai penghormatan untuk menga-jar orang lain tentang kebenaran. Jadi, be-rusahalah untuk mengajar Bible kepada orang lain. Tunjukkanlah bahawa anda memiliki kebenaran melalui cara hidup anda.
19, 20. (a) Paulus memberitahu sidang di Roma tentang tanggungjawab apa? (b) Apakah yang per-lu dilakukan oleh semua umat Yehuwa?
ADAKAH kita berasa hairan kerana harus mengalami banyak penderitaan demi mendapat hidup sejati? Tidak. Kita semua mengalami pelbagai cubaan, tidak kira berapa lama kita bera-da bera-dalam kebenaran. Mengapa? Salah satu sebab ialah kera-na kita hidup di dunia Syaitan.—Why. 12:12.
2Semua manusia tidak sempurna dan menghadapi
masa-lah dalam hidup. Tetapi, orang Kristian menghadapi masamasa-lah tambahan. (1 Kor. 10:13) Salah satu daripadanya ialah kita mengalami penganiayaan teruk kerana ingin tetap setia kepa-da Tuhan. Yesus berkata, ‘ “Seorang hamba tikepa-dak lebih pen-ting daripada tuannya.” Jika mereka menganiaya aku, mereka akan menganiaya kamu juga.’ (Yoh. 15:20) Siapakah punca se-benar penganiayaan ini? Syaitan Si Iblis. Bible menggam-barkannya sebagai “singa yang mengaum sambil mencari mangsa” di antara umat Tuhan. (1 Ptr. 5:8) Syaitan akan menggunakan apa sahaja cara untuk mematahkan integriti
1. Mengapakah umat Tuhan “mengalami banyak penderitaan”?
2. (a) Selain daripada masalah biasa, apakah masalah tambahan yang di-hadapi oleh orang Kristian? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Siapakah punca penganiayaan yang kita hadapi? Bagaimanakah kita tahu?
Tetap Menyembah Tuhan
walaupun ‘Mengalami
Penderitaan’
‘Kita harus mengalami banyak penderitaan supaya kita dapat menikmati Pemerintahan Tuhan.’—KIS. 14:22. APAKAH JAWAPAN
ANDA?
Siapakah punca penderitaan kita?
Bagaimanakah kita dapat bersiap sedia untuk meng-hadapi penganiayaan dan perasaan tawar hati?
Apakah ganjarannya bagi mereka yang berjaya meng-hadapi penderitaan?
kita kepada Yehuwa. Mari kita lihat apa yang terjadi kepada rasul Paulus.
PENDERITAAN DI LISTRA
3Oleh sebab Paulus setia kepada
Tu-han, dia telah mengalami banyak penga-niayaan. (2 Kor. 11:23-27) Semasa di Lis-tra, Paulus telah menyembuhkan seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak lahir. Apabila orang di sana melihat mukjizat ini, mereka menganggap Paulus dan Bar-nabas sebagai dewa. Paulus dan BarBar-nabas terpaksa menghalang orang di sana dari-pada memuja mereka. Namun tidak lama kemudian, ketua agama Yahudi tiba dan bercakap buruk tentang Paulus dan Bar-nabas. Orang yang mempercayai tuduhan palsu itu mula merejam Paulus sehingga menyangka dia sudah mati.—Kis. 14:8-19.
4Selepas melawat kota Derbe,
Pau-lus dan Barnabas kembali ke Listra, Iko-nium, dan Antiokhia. ‘Mereka menguat-kan hati pengikut-pengikut di situ dan menggalakkan mereka supaya tetap per-caya kepada Yesus. Mereka berkata, “Kita harus mengalami banyak penderitaan su-paya kita dapat menikmati Pemerintahan Tuhan.” ’ (Kis. 14:21, 22) Bagaimanakah kata-kata Paulus tentang “mengalami ba-nyak penderitaan” boleh “menguatkan hati pengikut-pengikut di situ”?
5Cuba perhatikan kata-kata Paulus.
Dia tidak berkata, “Kita harus bertahan se-masa mengalami banyak penderitaan.” Tetapi dia berkata, ‘Kita harus mengalami banyak penderitaan supaya kita dapat me-nikmati Pemerintahan Tuhan.’ Maka, Paulus telah menekankan bahawa ganjaran akan diberikan kepada mereka yang tetap setia kepada Tuhan. Yesus berkata, “Sesiapa
3-5. (a) Apakah penderitaan yang dialami Paulus di Listra? (b) Mengapakah kata-kata Paulus ten-tang “mengalami banyak penderitaan” menguat-kan hati kita?
bertahan sehingga akhir akan diselamat-kan.”—Mat. 10:22.
6Jika kita tabah menghadapi
penderi-taan, kita akan mendapat ganjaran. Bagi orang Kristian terurap, mereka akan me-merintah bersama Kristus di syurga. Bagi “domba-domba lain,” mereka akan me-nikmati kehidupan selama-lamanya di bumi yang aman. (Yoh. 10:16; 2 Ptr. 3:13) Sementara menantikan ganjaran itu, kita akan “mengalami banyak penderitaan.” Mari kita lihat dua jenis cabaran yang mungkin kita alami.
SERANGAN SECARA LANGSUNG
7Yesus pernah berkata, “Kamu akan
ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Kamu akan dipukul di rumah ibadat. Kamu akan dihadapkan kepada pengua-sa dan raja.” (Mrk. 13:9) Jadi, sesetengah orang Kristian akan menghadapi sera-ngan secara langsung, seperti pesera-ngania- pengania-yaan. Ada kalanya, penganiayaan boleh disebabkan oleh ketua agama atau pe-mimpin politik. (Kis. 5:27, 28) Cuba fikir-kan contoh Paulus. Adakah dia berasa takut untuk menghadapi penganiayaan?
Tidak.—Baca Kisah 20:22, 23.
8Paulus berani menghadapi serangan
Syaitan. Dia berkata, ‘Aku tidak me-ngambil berat sama ada aku hidup atau mati. Aku hanya ingin menyelesaikan tu-gas yang aku terima daripada Tuan Ye-sus untuk mengkhabarkan berita baik tentang rahmat Tuhan.’ (Kis. 20:24) Pau-lus tidak takut. Sebaliknya, dia bertekad untuk tabah menghadapi penganiayaan.
6. Apakah ganjaran yang akan diberikan kepada mereka yang berjaya menghadapi penderitaan?
7. Apakah contoh serangan secara langsung?
8, 9. Bagaimanakah Paulus menunjukkan bahawa dia tabah menghadapi penganiayaan? Hari ini, ba-gaimanakah saudara saudari mempertahankan ke-setiaan mereka?
Tumpuannya adalah untuk “mengkhabar-kan berita baik” walaupun ditentang se-cara langsung.
9Dewasa ini, ramai saudara saudari
juga mempertahankan kesetiaan mereka walaupun menghadapi serangan secara langsung. Di sebuah negara, sesetengah Saksi telah dipenjarakan hampir 20 tahun tanpa perbicaraan mahkamah. Hal ini adalah kerana mereka enggan mencam-puri hal-hal politik. Mereka juga tidak di-benarkan untuk menerima lawatan, wa-laupun daripada ahli keluarga. Ada juga yang dipukul dan diseksa.
10Di tempat lain, saudara saudari
me-ngalami kesusahan yang terjadi dengan tiba-tiba. Jika hal ini berlaku kepada anda, janganlah takut. Bolehkah anda ingat kisah Yusuf? Dia dijual sebagai ham-ba, tetapi Yehuwa “menyelamatkan dia daripada segala kesusahan.” (Kis. 7:9, 10) Jadi, ingatlah bahawa “Tuhan tahu akan cara menyelamatkan orang salih daripada cubaan.” (2 Ptr. 2:9) Yakinlah bahawa Ye-huwa mampu menyelamatkan anda da-ripada dunia yang jahat ini. Dia akan mengurniai anda kehidupan kekal jika anda tetap berani menghadapi penderita-an.—1 Ptr. 5:8, 9.
SERANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG
11Kita juga menghadapi serangan
seca-ra tidak langsung. Bagaimanakah seseca-ra- sera-ngan ini berbeza daripada serasera-ngan lang-sung seperti penganiayaan? Serangan langsung adalah seperti ribut taufan yang meremukkan rumah anda dengan tiba-tiba. Serangan tidak langsung pula ma-cam anai-anai yang perlahan-lahan
10. Mengapakah kita tidak harus takut akan kesu-sahan yang berlaku dengan tiba-tiba?
11. Apakah perbezaan antara serangan tidak lang-sung dengan serangan langlang-sung?
menghakis rumah anda. Apabila anda menyedarinya, mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan rumah anda.
12Selain daripada serangan langsung
seperti penganiayaan, Syaitan juga meng-gunakan serangan tidak langsung seper-ti perasaan tawar haseper-ti. Cara ini sangat berkesan kerana hubungan kita dengan Yehuwa menjadi renggang secara perla-han-lahan. Paulus pernah berasa tawar hati sehingga berkata, “Alangkah
malang-nya aku ini!” (Baca Roma 7:21-25.)
Me-ngapakah Paulus berasa tawar hati? Dia mempunyai hubungan baik dengan Tu-han dan dia mungkin merupakan ahli ba-dan pimpinan pada masa itu. Namun, Paulus berasa tawar hati kerana kelema-hannya. Dia berasa susah untuk berbuat apa yang baik. Jika anda berasa tawar hati, ingatlah bahawa Paulus pun pernah berasa begitu.
13Ada kalanya, ramai saudara
sauda-ri tawar hati, resah, malah berasa tidak berguna. Contohnya, seorang saudari pe-rintis berkata, “Saya asyik memikirkan kesilapan lampau. Setiap kali saya memi-kirkannya, saya semakin sedih. Apabila saya memikirkan semua kesalahan yang saya lakukan, saya berasa bahawa tiada sesiapa yang dapat mengasihi saya, bah-kan Yehuwa.”
14Mengapakah sesetengah penyembah
Yehuwa, seperti saudari ini, berasa ta-war hati? Terdapat banyak sebab. Ada yang mungkin berfikiran negatif terhadap diri sendiri atau keadaan hidup mereka. (Ams. 15:15) Yang lain pula mungkin
ber-12. (a) Bagaimanakah Syaitan menyerang kita se-cara tidak langsung? Mengapakah se-cara ini sangat berkesan? (b) Mengapakah Paulus berasa tawar hati?
13, 14. (a) Mengapakah sesetengah umat Tuhan berasa tawar hati? (b) Siapakah yang ingin iman kita hancur? Mengapa?
perasaan negatif kerana menghadapi ma-salah kesihatan. Walau apa pun sebab-nya, siapakah yang ingin kita tawar hati? Ya, Syaitan Si Iblis. Dia sendiri sudah tia-da harapan tia-dan akan dibinasakan. Jadi, dia ingin anda juga putus harapan. (Why. 20:10) Itulah sebabnya Syaitan menyerang kita secara langsung dan tidak langsung. Dia ingin kita berasa takut dan lemah se-mangat sehingga berhenti menyembah Yehuwa. Namun ingatlah, umat Tuhan terlibat dalam peperangan rohani demi mempertahankan kesetiaan mereka ke-pada Yehuwa.
15Bertekadlah untuk tidak menyerah
kalah. Berfokuslah kepada ganjaran kita. Paulus menggalakkan sidang di Korintus, “Kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari. Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih be-sar jika dibandingkan dengan kesusahan itu.”—2 Kor. 4:16, 17.
BERSIAP SEDIALAH SEKARANG
16Syaitan mempunyai banyak
‘musli-hat yang ja‘musli-hat.’ (Ef. 6:11) Itulah sebabnya kita harus mengikut nasihat di 1 Petrus 5:9: “Teguhkanlah iman dan lawanlah Ib-lis.” Untuk tetap teguh, kita harus mem-persiapkan hati dan minda kita sekarang agar kita sentiasa bersedia untuk melaku-kan apa yang betul. Contohnya, seorang askar perlu selalu berlatih supaya berse-dia apabila peperangan tercetus. Begitu juga, kita harus berlatih dengan gigih
15. Menurut 2 Korintus 4:16, 17, apakah tekad kita?
16. Mengapakah penting untuk bersiap sedia seka-rang?
Orang Kristian tua dan muda berlatih untuk mempertahankan kepercayaan mereka (Lihat perenggan 16)
kerana kita tidak tahu cabaran apa yang akan dihadapi pada masa depan. Paulus berkata, “Ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan.”—2 Kor. 13:5.
17Satu cara kita boleh menguji diri
ada-lah dengan bertanya, “Adakah saya selalu berdoa? Apabila orang lain mempengaru-hi saya untuk berbuat salah, adakah saya tetap mentaati Tuhan dan bukannya ma-nusia? Adakah saya menghadiri perjum-paan dengan tetap? Adakah saya berani menyebarkan kepercayaan saya? Adakah saya memaafkan kesilapan orang lain se-pertimana saya mahu mereka memaaf-kan kesilapan saya? Adakah saya me-matuhi para penatua dalam sidang, dan mereka yang mengambil pimpinan dalam aktiviti sedunia kita?”
18Dunia penuh dengan orang yang
cuba mempengaruhi pemikiran kita. Ra-mai saudara saudari berani memperta-hankan kepercayaan mereka di sekolah. Mereka tidak berasa takut atau malu. Apakah yang membantu mereka? Ada yang menggunakan cadangan dalam ma-jalah kita. Contohnya, mama-jalah pembela-jaran 15 Mei 2013, muka surat 5-6, mene-rangkan cara untuk menggunakan soalan semasa memberikan kesaksian kepada rakan sekolah. Hal ini boleh mening-katkan keyakinan anak anda. Ibu bapa, pastikanlah anda berlatih bersama anak-anak agar mereka bersedia untuk mem-pertahankan iman mereka semasa di se-kolah.
19Sudah tentu, bukannya selalu
se-nang untuk melakukan apa yang dike-hendaki Yehuwa. Contohnya, anda mung-kin berasa sangat penat selepas bekerja
17-19. (a) Bagaimanakah kita dapat menguji diri? (b) Bagaimanakah anak muda dapat bersedia un-tuk mempertahankan iman mereka di sekolah?
sehari suntuk. Oleh itu, anda perlu lebih berusaha untuk menghadiri perjumpaan pada malam itu. Ataupun anda mung-kin berasa susah untuk bangun awal pagi untuk pergi menginjil. Namun, jika anda memupuk kebiasaan untuk melaku-kan hal-hal rohani sekarang, anda da-pat menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan.
20Bagaimana pula jika kita
menghada-pi serangan tidak langsung? Contohnya, bagaimanakah kita dapat mengatasi pera-saan tawar hati? Satu cara berkesan ada-lah dengan merenungkan korban tebusan Yesus. Itulah yang dilakukan oleh Paulus. Ada kalanya dia berasa sangat tawar hati. Namun dia sedar bahawa Yesus mati bu-kan untuk orang sempurna, tetapi un-tuk orang yang berdosa. Paulus menulis, ‘Aku hidup dengan iman kepada Anak Tuhan yang mengasihi aku dan yang telah mengorbankan dirinya untuk aku.’ (Gal. 2:20) Ya, Paulus menghargai tebusan Ye-sus sebagai kurniaan peribadi daripada Yehuwa.
21Anda juga dapat meraih banyak
manfaat jika anda menerima tebusan se-bagai kurniaan peribadi daripada Yehuwa. Perasaan tawar hati memang tidak akan hilang begitu sahaja. Ada yang perlu ber-tabah menghadapi perasaan ini sehingga dunia baru tiba. Namun, ganjaran akan diberikan kepada mereka yang tidak pu-tus asa. Hari kedatangan Kerajaan Tuhan semakin dekat. Akhirnya kita akan me-nikmati keamanan di seluruh dunia dan semua orang akan menjadi sempurna. Maka, bertekadlah untuk meraih hadiah ini walaupun perlu menghadapi banyak penderitaan.
20, 21. (a) Bagaimanakah kita dapat mengatasi perasaan negatif dengan merenungkan korban te-busan? (b) Apakah seharusnya tekad kita?
PADA zaman Israel kuno, kehidupan para gembala sangat su-sah. Mereka perlu bekerja di luar tidak kira panas atau sejuk. Mereka melindungi kawanan daripada binatang liar dan pen-curi. Mereka selalu memeriksa setiap domba dan mengubati ternakan yang sakit atau cedera. Mereka memberikan perha-tian khusus kepada anak domba yang lebih lemah daripada domba dewasa.—Kej. 33:13.
2Ibu bapa Kristian juga seperti para gembala. Mereka
ber-tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak “dengan aja-ran dan nasihat Tuhan.” (Ef. 6:4) Adakah tugas ini senang? Ti-dak! Anak-anak sentiasa terdedah kepada idea-idea buruk Syaitan. Mereka juga memiliki kecenderungan yang berdosa. (2 Tim. 2:22; 1 Yoh. 2:16) Jadi, bagaimanakah anda dapat mem-bantu anak anda? Mari kita bincangkan tiga cara iaitu: (1) me-ngenali mereka, (2) mendidik mereka, dan (3) membimbing mereka.
1, 2. (a) Apakah beberapa tanggungjawab seorang gembala? (b) Menga-pakah ibu bapa seperti para gembala?
Ibu Bapa
Jagalah Anak-anak Anda
“Peliharalah ternakan kamu baik-baik.”
—AMS. 27:23.
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Seperti seorang gembala, bagaimanakah ibu bapa menjaga anak-anak?
Bagaimanakah ibu bapa mendidik anak tentang kebenaran?
Bagaimanakah ramai orang muda mendapat manfaat daripada penyembahan keluarga?
KENALI ANAK ANDA
3Seorang gembala akan memeriksa
dan memastikan bahawa setiap domba sihat. Bible berkata, “Peliharalah terna-kan kamu baik-baik.” (Ams. 27:23) Se-perti gembala, ibu bapa perlu mengenali anak-anak. Mereka perlu prihatin terha-dap kelakuan, perasaan, dan penterha-dapat anak. Bagaimanakah anda boleh melaku-kannya? Dengan sentiasa bercakap de-ngan anak.
4Sesetengah ibu bapa berasa susah
un-tuk berkomunikasi dengan anak remaja. Para remaja mungkin tidak ingin meluah-kan perasaan atau pendapat mereka. Jika anak anda juga begitu, apakah yang boleh dilakukan? Anda tidak perlu terlalu serius dan bercakap panjang lebar. Sebaliknya, cubalah berbual dengan mereka dalam ke-adaan yang tenang. (Ul. 6:6, 7) Luangkan-lah masa bersama. Contohnya dengan ber-siar-siar, bermain, dan membuat kerja di rumah bersama. Apabila anak berasa te-nang, mereka mungkin lebih rela meluah-kan isi hati.
5Bagaimana pula jika anak anda masih
tidak mahu bercakap? Cubalah cara lain. Jika boleh, jangan bertanya, “Apa kamu buat hari ini?” Sebaliknya, cuba beritahu dahulu apa yang telah anda lakukan pada hari itu. Kemudian, dia mungkin berasa lebih selesa untuk menceritakan apa yang telah dia lakukan pada hari itu. Jika anda ingin mengetahui perasaannya menge-nai sesuatu, tanyalah soalan seperti, “Per-nahkah kamu lihat orang buat begini?” dan bukannya, “Pernahkah kamu buat
be-3. Bagaimanakah ibu bapa boleh mengenal anak mereka dengan baik?
4, 5. (a) Apakah cadangan yang sesuai untuk menggalakkan anak meluahkan perasaan dan pen-dapat mereka? (Lihat gambar pada permulaan ren-cana.) (b) Apakah yang pernah anda lakukan agar anak berasa senang untuk bercakap dengan anda?
gini?” Anda juga boleh bertanya, “Apakah pendapat kawan-kawan kamu tentang hal ini?” Kemudian anda boleh bertanya, “Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada mereka?”
6Anak-anak lebih sudi berkomunikasi
jika anda mudah didekati. Jika anda sela-lu sibuk dan tidak mesela-luangkan masa ber-sama anak, mereka tidak akan memberi-tahu anda masalah yang dihadapi. Jadi, bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda mudah didekati? Jangan se-kadar berkata, “Kamu boleh bercakap de-ngan saya bila-bila sahaja.” Anak remaja perlu yakin bahawa anda prihatin terha-dap masalahnya dan tidak akan marah jika dia meluahkan perasaannya. Kayla yang berumur 19 tahun berkata, “Saya da-pat bercakap dengan ayah tentang apa sa-haja. Dia tidak mencelah atau menghaki-mi saya. Dia mendengar semuanya, dan kemudian memberikan nasihat yang ter-baik.”
7Ada kalanya, anda perlu berbual
ten-tang topik yang susah, seperti berda-ting. Jika demikian, ajarlah mereka cara yang betul untuk menanganinya. Bayang-kan anda pergi ke sebuah restoran, dan menu di sana hanya mengandungi ama-ran tentang keracunan makanan, tentu anda akan beredar. Begitu juga, jika anda hanya memberikan amaran kepada anak, mereka akan bosan mendengarnya dan
berhenti meminta nasihat anda.(Baca
Ko-lose 3:21.) Sebaliknya, cubalah bersikap
seimbang. Seorang saudari muda berna-ma Emily berkata, “Ibu bapa saya tidak bercakap tentang berdating dalam cara
6. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan baha-wa anda mudah didekati?
7. Bagaimanakah ibu bapa boleh bersikap seim-bang semasa bercakap tentang topik seperti berda-ting supaya anak tidak berasa bosan?
yang negatif. Mereka mengatakan bahawa mengenali seseorang dan mencari teman hidup adalah sesuatu yang menggembira-kan. Oleh itu, saya selesa berbual tentang topik ini dengan mereka. Jika saya berda-ting, saya ingin memberitahu ibu bapa, bukannya merahsiakan hal itu.”
8Anda perlu bersabar dan mendengar
dengan teliti supaya anak mudah
berca-kap dengan anda. (Baca Yakobus 1:19.)
Seorang ibu tunggal yang bernama Katia berkata, “Dahulu saya tidak sabar dengan anak perempuan saya. Saya tidak membe-rinya peluang untuk menghabiskan cerita-nya. Saya berasa terlalu letih atau tidak mahu diganggu. Namun, setelah saya me-ngubah sikap, anak saya juga berubah. Dia sekarang lebih rela bercakap dengan saya.”
9Seorang bapa bernama Ronald, yang
mempunyai anak perempuan berkata, “Apabila dia memberitahu bahawa dia bercinta dengan seorang lelaki di sekolah, saya sangat marah. Tetapi saya teringat ba-hawa Yehuwa bersabar dan munasabah
8, 9. (a) Apakah kebaikannya untuk bersabar dan mendengar dengan teliti? (b) Bolehkah anda ber-kongsi pengalaman anda semasa mendengarkan anak?
dengan umat-Nya. Maka, saya memberi dia peluang untuk meluahkan isi hatinya sebelum saya memberikan nasihat. Inilah pertama kali saya memahami perasaan anak saya! Selepas mendengar penjela-sannya, saya berasa lebih senang untuk memberikan nasihat dengan penuh kasih. Tanpa disangka, dia menerima nasihat saya dan berjanji untuk berubah.” Jika anda selalu berbual dengan anak, anda akan lebih memahami pemikiran dan pe-rasaan mereka. Hasilnya, nasihat anda akan lebih senang diterima oleh anak se-masa mereka membuat keputusan.1
DIDIK ANAK ANDA
10Seorang gembala tahu bahawa
dom-ba-domba boleh tersesat. Seekor domba mungkin mula mencari rumput di tempat lain. Lama-kelamaan domba itu semakin jauh daripada kawanan. Begitu juga, anak muda boleh meninggalkan kebenaran de-ngan perlahan-lahan. Mereka mungkin di-pengaruhi oleh pergaulan atau hiburan
1 Lihat majalah pembelajaran 15 Mei 2013, muka surat 19-23.
10, 11. Bagaimanakah anda dapat membantu anak agar tidak meninggalkan kebenaran? Dengar supaya anda
MENGENALImereka (Lihat perenggan 3-9)
DIDIKmereka dengan baik (Lihat perenggan 10-12)
BIMBINGhaluan hidup mereka (Lihat perenggan 13-18)
yang buruk. (Ams. 13:20) Bagaimanakah anda dapat menghindari hal ini?
11Jika anak anda mempunyai
kelema-han tertentu, bantulah mereka dengan se-gera untuk mengatasinya. Selain itu, ban-tulah anak untuk menguatkan sifat-sifat mereka yang baik. (2 Ptr. 1:5-8) Penyemba-han Keluarga merupakan masa terbaik untuk melakukan semua ini. Kerja Teokra-tik Kita terbitan Oktober 2008 menyata-kan: “Semua ketua keluarga digalakkan untuk menjalankan tanggungjawab mere-ka yang diberimere-kan oleh Yehuwa untuk me-mastikan bahawa program pembelajaran keluarga yang tetap dan bermakna diada-kan.” Adakah anda menggunakan masa Penyembahan Keluarga dengan bijak un-tuk mendidik anak anda? Yakinlah baha-wa anak anda memang menghargai segala usaha yang anda curahkan.—Mat. 5:3; Flp. 1:10.
12Gadis remaja bernama Carissa dan
keluarganya meraih manfaat daripada Pe-nyembahan Keluarga. Dia berkata, “Saya suka apabila kami duduk bersama dan berbual. Hubungan kami semakin erat. Semua ini mengukir kenangan manis da-lam hidup. Ayah mengadakan penyem-bahan keluarga dengan tetap. Oleh se-bab ayah melakukannya dengan serius, saya juga didorong untuk bersikap serius. Maka, saya lebih menghormati dia sebagai ayah dan ketua keluarga.” Seorang sauda-ri muda bernama Bsauda-rittney berkata, “Pe-nyembahan keluarga mengeratkan hubu-ngan saya dehubu-ngan ibu bapa. Saya dapat melihat bahawa mereka benar-benar pri-hatin tentang masalah saya. Penyembahan keluarga menyatukan dan menguatkan
12. (a) Bagaimanakah orang muda meraih manfa-at daripada penyembahan keluarga? (Lihmanfa-at juga ko-tak “Mereka Menghargainya.”) (b) Bagaimanakah anda meraih manfaat daripada penyembahan ke-luarga?
kami sekeluarga.” Jelaslah, penyembahan keluarga adalah cara utama untuk mendi-dik anak-anak secara rohani.1
BIMBING ANAK ANDA
13Gembala yang baik menggunakan
tongkat untuk melindungi kawanan dom-ba dan memimpin mereka ke ‘padang rumput yang subur.’ (Yeh. 34:13, 14) Se-perti gembala, anda tentu ingin mem-bimbing anak untuk menyembah Yehuwa. Anda ingin anak berasa seperti pemaz-mur yang berkata, ‘Aku suka melaku-kan kehendak-Mu, ya Tuhanku! Aku me-nyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.’ (Mzm. 40:9) Anak muda yang mempu-nyai perasaan sebegini akan membakti-kan diri kepada Yehuwa dan dibaptis. Un-tuk membuat keputusan yang penting ini, mereka perlu memperoleh pengetahuan yang mencukupi dan benar-benar ingin menyembah Yehuwa.
14Bagaimana pula jika anak anda tidak
membuat kemajuan rohani atau tidak ya-kin akan kebenaran? Apakah yang akan anda lakukan? Teruslah bimbing mereka untuk memupuk kasih kepada Yehuwa. Ajarlah mereka untuk menghargai sega-la yang Yehuwa sega-lakukan demi mereka. (Why. 4:11) Maka, mereka dapat mem-buat keputusan sendiri untuk menyem-bah Yehuwa.
15Jika anak anda kurang yakin akan
ke-benaran, cubalah bimbing mereka dengan sabar. Bantulah mereka memahami baha-wa menyembah Yehubaha-wa adalah cara
hi-1 Untuk maklumat lanjut, lihat Kerja Teokratik Kita ter-bitan Ogos 2013, muka surat 3-6.
13. Bagaimanakah anak dapat dibantu untuk me-nyembah Yehuwa?
14, 15. (a) Bagaimanakah ibu bapa dapat mem-bantu anak membuat kemajuan rohani? (b) Menga-pakah anak mungkin berasa kurang yakin terha-dap kebenaran?
dup terbaik dan membawa berkat yang berkekalan. Selain itu, cubalah ketahui apa sebabnya mereka berasa kurang ya-kin. Misalnya, adakah anak anda tidak percaya ajaran Bible atau dia cuma takut untuk menginjil kepada rakannya? Ada-kah dia berfikir bahawa prinsip Tuhan ti-dak baik atau dia cuma berasa sunyi dan tersisih?
16Bagaimanakah anda boleh
memban-tu anak unmemban-tuk mengatasi keraguan ten-tang kebenaran? Ramai ibu bapa berjaya menolong anak dengan menanya soa-lan-soalan seperti, “Bagi kamu, adakah senang atau susah untuk hidup sebagai orang Kristian? Apakah kebaikannya un-tuk menyembah Yehuwa? Apakah pula pengorbanannya? Apakah perasaan kamu tentang berkat yang kita terima sekarang dan pada masa depan? Jika dibandingkan, adakah berkat melebihi pengorbanan?” Pastikan bahawa anda bertanya dengan ikhlas, baik hati, dan bertimbang rasa. Jangan buat anak anda berasa tertekan. Pada masa itu, anda juga boleh membin-cangkan Markus 10:29, 30 bersama anak. Kemudian, anak muda boleh menyenarai-kan kebaimenyenarai-kan dan pengorbanan sebagai orang Kristian. Senarai ini dapat memban-tu anda dan anak unmemban-tuk mengenal pasti masalah dan cara mengatasinya. Jika kita mengajar orang yang berminat dengan menggunakan buku Ajaran Bible dan Kasih Tuhan, lebih-lebih lagi kita harus mela-kukannya dengan anak sendiri! Adakah anda sedang berbuat demikian?
17Jangan anggap bahawa anak-anak
akan menyembah Yehuwa secara automa-tik. Mereka perlu memupuk hubungan peribadi dengan Yehuwa dan membuat
16, 17. Bagaimanakah ibu bapa membantu anak untuk memupuk hubungan peribadi dengan Ye-huwa?
pilihan sendiri untuk menyembah-Nya. (Ams. 3:1, 2) Jika anak berasa susah untuk mendekati Yehuwa, bantulah dia untuk memikirkan soalan-soalan seperti: “Bagaimanakah saya pasti Tuhan wujud? Bagaimanakah saya tahu Yehuwa benar-benar mengambil berat tentang saya? Ada-kah saya yakin prinsip Tuhan memang bermanfaat bagi saya?” Ibu bapa, anda ha-rus membimbing anak dengan sabar se-perti gembala yang baik. Teruslah bantu mereka untuk yakin bahawa menyembah Yehuwa memang cara hidup yang terbaik. —Rm. 12:2.
18Kita semua sebagai orang Kristian
se-jati patut meniru Yehuwa, Gembala Yang Agung. (Ef. 5:1; 1 Ptr. 2:25) Ibu bapa se-harusnya mengenali dan mendidik anak-anak agar mereka dapat menikmati ber-kat Yehuwa yang berkekalan. Berusahalah sedaya upaya untuk membimbing dan membesarkan anak anda supaya mereka mengasihi Yehuwa!
18. Bagaimanakah ibu bapa boleh meniru Yehu-wa, Gembala Yang Agung?
Perhatikanlah komen dua orang muda yang mendapat manfaat daripada pe-nyembahan keluarga.
“Malam Penyembahan Keluarga mengeratkan hubungan saya dengan Yehuwa dan keluarga. Saya belajar untuk lebih memahami sifat sendiri dan keada-an rohkeada-ani saya. Hal ini membkeada-antu saya untuk membuat kemajuan.”
“Semasa penyembahan keluarga, kami semua dapat meluahkan isi hati dalam suasana yang tenang. Kami mengetepi-kan temengetepi-kanan hidup seharian dan berfokus pada perkara rohani. Dahulu kami tidak berbuat begini. Tetapi sekarang kami amat bersyukur atas berkat ini!”
ˇ Daud menulis bahawa dia ‘tidak pernah me-lihat orang baik ditinggalkan Yehuwa, atau-pun anak mereka meminta-minta makanan.’ Dia membuat pernyataan ini berdasarkan pengala-mannya. Dia yakin kepada jagaan Yehuwa. (Mzm. 37:25) Namun, kata-kata Daud tidak bermaksud bahawa tiada penyembah Yehuwa yang akan ke-kurangan makanan.
Daud sendiri pernah mengalami kesusahan. Contohnya, sewaktu melarikan diri daripada Raja Saul, Daud telah meminta roti untuk diri-nya dan mereka yang bersamadiri-nya. (1 Sam. 21: 1-6) Maka, pada masa itu, Daud memang telah “meminta-minta makanan.” Tetapi, Yehuwa tidak meninggalkannya. Bible tidak pernah menyata-kan bahawa Daud terpaksa menjadi pengemis untuk mendapatkan makanan.
Di Matius 6:33 pula, Yesus memberikan jami-nan bahawa mereka yang mengutamakan Keraja-an TuhKeraja-an akKeraja-an mempunyai keperluKeraja-an yKeraja-ang men-cukupi. ‘Utamakanlah Pemerintahan Tuhan dan lakukanlah kehendak-Nya,’ kata Yesus, ‘lalu Tu-han akan memberikan semua itu [termasuk ma-kanan, minuman, dan pakaian] kepada kamu.’ Namun, Yesus juga pernah berkata bahawa pe-nganiayaan mungkin menyebabkan ‘saudaranya’ kelaparan. (Mat. 25:35, 37, 40) Hal ini telah berla-ku kepada Paulus. Ada kalanya dia kelaparan dan kehausan.—2 Kor. 11:27.
Yehuwa telah berkata bahawa kita akan dia-niaya. Demi menjawab tuduhan Si Iblis, Tuhan mungkin membenarkan kita mengalami kekura-ngan keperluan asas. (Ayb. 2:3-5) Contohnya, fi-kirkan saudara saudari yang telah dianiaya di kem konsentrasi Nazi. Salah satu cara kejam yang digunakan untuk mematahkan integriti
mereka ialah dengan membiarkan mereka kelaparan. Namun, mereka tetap setia dan Yehu-wa tidak meninggalkan mereka. Walaupun Ye-huwa mengizinkan penyembah-Nya untuk me-ngalami penderitaan, kita boleh yakin bahawa Dia akan menyokong semua orang yang mende-rita demi nama-Nya. (1 Kor. 10:13) Kita boleh ingat kata-kata di Filipi 1:29, ‘Kamu sudah dibe-rikan oleh Tuhan anugerah untuk mengabdikan diri kepada Kristus, bukan sahaja dengan perca-ya kepadanperca-ya, tetapi juga dengan menderita ba-ginya.’
Yehuwa berjanji untuk menyokong penyem-bah-Nya. Yesaya 54:17 berkata, “Tiada senjata yang dapat mencederakan kamu.” Janji-janji se-begini menjamin bahawa umat Yehuwa secara keseluruhan akan diselamatkan. Namun, secara individu, seorang Kristian mungkin mengalami penderitaan, bahkan terkorban.
PERTANYAAN PEMBACA
Adakah kata-kata Daud di Mazmur 37:25 dan pernyataan
Yesus di Matius 6:33 bermaksud bahawa Yehuwa tidak akan
membiarkan orang Kristian kelaparan?
SEMASA Adam dan Hawa diciptakan, tiada musuh yang ngancam mereka. Mereka hidup sempurna di firdaus dan me-nikmati hubungan yang erat dengan Yehuwa sebagai anak-anak-Nya. (Kej. 2:7-9; Luk. 3:38) Tuhan memberi mereka tugas
yang penting.(Baca Kejadian 1:28.) Tugas yang diberikan
un-tuk “menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya” bo-leh dicapai dalam masa tertentu. Namun, untuk “menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar,” Adam dan Hawa per-lu hidup kekal. Maksudnya, mereka dapat menikmati semua ini buat selama-lamanya.
2Tetapi, mengapakah keadaan dunia sekarang sangat
ber-beza? Mengapakah begitu banyak musuh yang mengancam kebahagiaan kita? Bagaimanakah Yehuwa akan menawan se-mua musuh ini, terutamanya kematian? Marilah kita melihat jawapannya dalam Bible.
1, 2. Bagaimanakah kehidupan Adam dan Hawa pada mulanya? Tetapi, apakah soalan-soalan yang timbul?
Kematian—Musuh Terakhir
yang akan Ditaklukkan
“Musuh yang terakhir yang akan ditaklukkan ialah kematian.”
—1 KOR. 15:26.
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah perintah yang dibe-rikan oleh Yehuwa kepada Adam?
Mengapakah umat manusia mati?
Bilakah “musuh yang terakhir,” kematian, akan ditaklukkan?
AMARAN YANG DIDORONG OLEH KASIH
3Walaupun Adam dan Hawa boleh
hi-dup selama-lamanya, hal itu tidak ber-maksud bahawa mereka tidak dapat mati. Untuk tetap hidup, mereka perlu berna-fas, makan, minum, dan tidur. Namun, yang lebih penting ialah persahabatan de-ngan Yehuwa, Sumber Kehidupan mere-ka. (Ul. 8:3) Mereka dapat terus hidup dan bersukacita hanya jika mereka mentaati bimbingan Tuhan. Sebelum menciptakan Hawa, Yehuwa memberitahu Adam, “Eng-kau boleh makan buah-buahan daripa-da semua pokok di taman ini, kecuali buah daripada pokok yang memberi pe-ngetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, eng-kau pasti mati pada hari itu juga.”—Kej. 2: 16, 17.
4“Pokok yang memberi pengetahuan
tentang yang baik dan yang jahat” meru-pakan lambang bahawa Yehuwalah yang berhak menentukan apa yang baik dan yang jahat. Adam memang dapat membe-zakan yang baik daripada jahat kerana dia diciptakan mengikut gambaran Tuhan dan mempunyai hati nurani. Tetapi, po-kok tersebut mengingatkan Adam dan Hawa bahawa mereka sentiasa memerlu-kan bimbingan Yehuwa. Jika mereka ma-kan daripada pokok itu, mereka seolah-olah berkata kepada Yehuwa, “Kami tidak perlu mengikut perintah-Mu.” Akibatnya, mereka dan keturunan mereka akan mati seperti yang Yehuwa katakan.
MENGAPA UMAT MANUSIA MATI
5Adam telah memberitahu Hawa
ten-3, 4. (a) Apakah perintah yang diberikan Tuhan kepada Adam dan Hawa? (b) Mengapakah penting bagi mereka untuk mentaati perintah itu?
5. Mengapakah Adam dan Hawa mengingkari Ye-huwa?
tang perintah Tuhan. Hawa memang tahu tentang perintah ini kerana dia telah me-nyebutkannya kepada seekor ular. (Kej. 3: 1-3) Sebenarnya, Syaitanlah yang berca-kap melalui ular itu. Syaitan telah me-mupuk keinginan yang jahat. Dia mengi-nginkan kuasa dan tidak mahu berada di bawah perintah Tuhan. (Bandingkan Ya-kobus 1:14, 15.) Untuk mencapai keingi-nannya, Syaitan berkata kepada Hawa ba-hawa Tuhan telah berdusta, dan jika Hawa mengingkari Tuhan, dia tidak akan mati, tetapi akan menjadi seperti Tuhan. (Kej. 3: 4, 5) Hawa mempercayai kata-kata Syai-tan. Dia memakan buah itu dan memberi-tahu Adam untuk berbuat demikian juga. (Kej. 3:6, 17) Sebenarnya, Syaitanlah yang
berdusta. (Baca 1 Timotius 2:14.)
Walau-pun begitu, Adam masih ‘mendengarkan kata-kata Hawa.’ Syaitan nampaknya se-perti seorang kawan, tetapi dia sebenar-nya musuh yang tidak berhati perut. Dia tahu bahawa dustanya akan membawa akibat yang sangat dahsyat.
6Adam dan Hawa memberontak
terha-dap Yehuwa yang telah memberikan hi-dup dan segala sesuatu yang baik kepada mereka. Yehuwa memang dapat melihat apa yang berlaku, tetapi Dia memberikan peluang kepada Adam, Hawa, dan Syaitan untuk menunjukkan apa yang tersirat
da-lam hati mereka. (1 Taw. 28:9;baca Amsal
15:3.) Sebagai Bapa mereka, hati Yehuwa
benar-benar terluka. (Bandingkan Keja-dian 6:6.) Tetapi, Dia juga perlu bertindak sebagai Hakim untuk mengadili mereka.
7Adam tahu perintah Tuhan, ‘Jika
eng-kau memakan buah pokok itu, engeng-kau pasti mati pada hari itu juga.’ Oleh itu, Adam mungkin berfikir bahawa dia akan mati pada hari dia memakan buah itu.
Te-6, 7. Bagaimanakah Yehuwa mengadili Adam dan Hawa?
tapi, “pada petang itu” Yehuwa bercakap kepada Adam dan Hawa. (Kej. 3:8) Seba-gai Hakim yang adil, Yehuwa mendengar-kan penjelasan mereka dahulu. (Kej. 3: 9-13) Kemudian, barulah Dia menjatuh-kan hukuman. (Kej. 3:14-19) Jika Yehu-wa terus menghapuskan mereka, tujuan-Nya untuk manusia tidak akan terlaksana. (Yes. 55:11) Namun, Yehuwa yang penga-sih membenarkan Adam dan Hawa mem-punyai keturunan yang berpeluang untuk hidup kekal. Pada hari mereka berdosa, Adam dan Hawa seolah-olah sudah mati di mata Tuhan. Oleh sebab satu hari bagai-kan seribu tahun di mata Tuhan, Adam dan Hawa memang mati “pada hari itu juga.”—2 Ptr. 3:8.
8Adakah umat manusia dipengaruhi
oleh dosa Adam? Sudah tentu. Roma 5:12 menjelaskan, “Dosa masuk ke dalam du-nia melalui satu orang, dan dosa orang itu membawa kematian. Akibatnya maut menjangkiti segenap umat manusia, kera-na semua orang berdosa.” Paulus juga ber-kata, “Semua orang menjadi orang berdo-sa kerana berdo-satu orang tidak taat.” (Rm. 5:19) Manusia pertama yang mati ialah Habel yang setia. (Kej. 4:8) Seterusnya, se-mua anak cucu Adam juga menjadi tua dan mati. Umat manusia tidak dapat me-lepaskan diri daripada dua musuh, iaitu dosa dan maut. Kita tidak memahami de-ngan sepenuhnya bagaimana umat manu-sia mewarisi dosa dan maut, tetapi kita memang merasai akibatnya.
9Oleh itu, Bible menyatakan bahawa
dosa dan maut menyebabkan “suasana se-dih yang telah menyelubungi semua bang-sa.” (Yes. 25:7) Tiada sesiapa yang dapat melarikan diri daripada dosa dan
kema-8, 9. Bagaimanakah dosa Adam mempengaruhi keturunannya? (Lihat gambar pada permulaan ren-cana.)
tian. Menurut Bible, “semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam.” (1 Kor. 15:22) Oleh sebab itu, Paulus me-nyeru, “Siapakah yang dapat menyelamat-kan aku daripada tubuh ini yang memba-wa aku kepada kematian?” (Rm. 7:24) Dapatkah sesiapa menyelamatkannya?1
DOSA DAN KEMATIAN AKAN DITAKLUKKAN
10Hanya Yehuwa dapat
menyelamat-kan Paulus. Bible menyatamenyelamat-kan, ‘Raja Ye-huwa akan memusnahkan maut selama-lamanya! Dia akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah.’ (Yes. 25:8) Seperti seorang bapa yang mengasihi anak-anaknya, Yehuwa ingin menghenti-kan penderitaan dan melenyapmenghenti-kan kema-tian. Yesus juga bekerjasama dengan-Nya. Menurut 1 Korintus 15:22, “Semua orang akan dihidupkan semula kerana tergo-long satu dengan Kristus.” Selepas berta-nya, ‘Siapakah yang dapat menyelamat-kan aku?’ Paulus sendiri menjawab, ‘Aku bersyukur kepada Tuhan; Dia menyela-matkan aku melalui Yesus Kristus!’ (Rm. 7:24, 25) Walaupun Adam dan Hawa ber-dosa, Yehuwa dan Yesus masih mengasihi umat manusia. (Ams. 8:30, 31) Namun, bagaimanakah manusia boleh diselamat-kan daripada dosa dan kematian?
11Apabila Adam berdosa, Yehuwa
1 Buku Insight on the Scriptures menerangkan bahawa saintis tidak memahami apa yang menyebabkan manusia menjadi tua dan mati. Hal ini adalah kerana mereka mengetepikan kenyataan bahawa Tuhan Yehuwa, seba-gai Pencipta, telah menjatuhkan hukuman mati ke atas pasangan manusia pertama. Oleh itu, saintis tidak dapat memahami proses itu sepenuhnya.—Jilid 2, muka surat 247.
10. (a) Apakah ayat-ayat Bible yang menunjuk-kan bahawa Yehuwa amenunjuk-kan melenyapmenunjuk-kan kematian? (b) Apakah yang kita pelajari mengenai Yehuwa dan Yesus daripada ayat-ayat Bible ini?
11. Apakah yang dilakukan Yehuwa untuk mem-bantu umat manusia?
menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Hasilnya, semua manusia mewarisi keti-daksempurnaan dan kematian. (Rm. 5: 12, 16) Roma 5:18 menjelaskan, “Umat manusia dihukum kerana dosa satu orang.” Bagaimanakah Tuhan dapat membantu umat manusia sambil bertin-dak selaras dengan piawaian-Nya? Ye-sus menjawab soalan ini dengan berkata bahawa dia ‘datang untuk menyerahkan nyawanya untuk membebaskan banyak orang.’ (Mat. 20:28) Yesus merupakan ma-nusia yang sempurna. Oleh itu, korban tebusannya dapat “menyelamatkan ma-nusia daripada dosa.” Mengapakah kor-ban tebusan merupakan aturan yang adil? —1 Tim. 2:5, 6.
12Yesus merupakan manusia yang
sem-purna dan dapat hidup selama-lama-nya. Itulah yang Yehuwa inginkan untuk Adam. Oleh sebab Yesus sangat mengasi-hi Bapanya serta keturunan Adam, dia rela menyerahkan nyawanya sebagai manusia. Nyawa Yesus yang sempurna sepadan de-ngan nyawa sempurna yang telah Adam gadaikan. Aturan korban tebusan ini adil di mata Yehuwa kerana nyawa sempurna digantikan dengan nyawa sempurna. Me-lalui Yesus, keturunan Adam berpeluang untuk meraih kehidupan kekal. Itulah se-babnya Yesus digelar sebagai “Adam yang terakhir.” Kemudian, Yehuwa membang-kitkan Yesus sebagai makhluk ‘roh yang memberikan hidup.’—1 Kor. 15:45; 1 Ptr. 3:18.
13Tidak lama lagi, “Adam yang
ter-akhir” akan memberikan hidup kekal ke-pada keturunan Adam yang merangkumi kebanyakan orang yang telah mati pada
12. Mengapakah korban tebusan merupakan atu-ran yang adil?
13. Apakah yang akan dilakukan oleh “Adam yang terakhir” bagi manusia yang sudah mati?
masa lampau. Mereka akan dibangkitkan, atau dihidupkan semula di bumi.—Yoh. 5: 28, 29.
14Bagaimanakah manusia akan
dibe-baskan daripada ketidaksempurnaan? Ye-huwa telah mendirikan sebuah kerajaan untuk melaksanakan hal ini. Para pe-merintah kerajaan itu ialah Yesus serta 144,000 orang yang dipilih daripada umat
manusia.(Baca Wahyu 3:21.) Oleh sebab
144,000 pemerintah ini pernah hidup se-bagai manusia yang tidak sempurna, me-reka dapat memahami rakyat di bumi yang tidak sempurna. Selama 1,000 ta-hun, Yesus dan 144,000 pemerintah ini akan membantu manusia mencapai ke-sempurnaan.—Why. 20:6.
15Pada akhir 1,000 tahun itu,
manu-sia yang sempurna akan bebas daripa-da dosa daripa-dan kematian. Paulus menje-laskan, ‘Sebagaimana semua orang mati kerana Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan kerana Kristus. Namun, setiap orang dihidupkan menurut giliran masing-masing: Kristus ialah orang yang pertama, kemudian mereka yang menjadi milik Kristus [mereka yang memerintah bersamanya] akan dibangkitkan semasa kehadirannya. Pada akhirnya, dia akan menyerahkan Kerajaannya kepada Tuhan dan Bapanya setelah dia meniadakan se-mua kerajaan dan kuasa. Kristus akan te-rus memerintah sebagai raja sehingga Tu-han meletakkan semua musuh di bawah kakinya. Musuh terakhir yang akan dile-nyapkan ialah kematian.’ (1 Kor. 15:22-26, NW) Ya, kematian yang kita warisi daripa-da Adaripa-dam akan tiadaripa-da lagi. “Suasana sedih
14. Bagaimanakah manusia akan dibebaskan dari-pada ketidaksempurnaan?
15, 16. (a) Apakah “musuh terakhir yang akan di-lenyapkan”? Bilakah musuh ini akan dilenyapkan? (b) Menurut 1 Korintus 15:28, apakah yang akan di-lakukan oleh Yesus?
yang telah menyelubungi semua bangsa” akan lenyap buat selama-lamanya.—Yes. 25:7, 8.
16Paulus berkata lagi, ‘Setelah segala
sesuatu ditaklukkan di bawah pemerin-tahan Kristus, maka dia sendiri sebagai Anak Tuhan akan meletakkan dirinya di bawah kekuasaan Tuhan, yang menyerah-kan segala-galanya kepadanya. Demikian-lah pada akhirnya Tuhan sendiri akan me-merintah semuanya.’ (1 Kor. 15:28) Pada masa itu, tujuan pemerintahan Yesus su-dah terlaksana. Maka, dia akan menye-rahkan kembali kekuasaannya kepada Yehuwa. Akhirnya, umat manusia yang sempurna akan diperintah oleh Yehuwa.
17Syaitan telah menyebabkan semua
penderitaan yang dihadapi oleh umat ma-nusia. Apakah yang akan berlaku kepada-nya? Jawapannya terdapat di Wahyu 20: 7-15. Selepas 1,000 tahun, Syaitan akan di-benarkan untuk menyesatkan umat ma-nusia yang sempurna buat kali terakhir.
17. Apakah yang akan berlaku kepada Syaitan?
Kemudian, Syaitan dan sesiapa yang me-milih untuk mengikutnya akan dibinasa-kan buat selama-lamanya. Mereka adibinasa-kan mengalami ‘kematian kedua.’ (Why. 21:8) ‘Kematian kedua’ tidak akan “ditakluk-kan” kerana semua orang yang mengala-minya tidak akan hidup semula. Tetapi, jika kita menyembah Yehuwa dengan se-tia, kita tidak perlu bimbang tentang ‘ke-matian kedua.’
18Semua manusia akan menjadi
sem-purna dan mendapat perkenan Yehuwa sepenuhnya untuk menikmati kehidupan abadi. Semua musuh yang mengancam kebahagiaan umat manusia akan tiada lagi. Tugas yang Yehuwa berikan kepada Adam akan terlaksana akhirnya. Keturu-nan Adam akan bergembira sambil men-jaga bumi dan haiwan-haiwan. Betapa gembiranya kita kerana Yehuwa akan me-lenyapkan musuh terakhir manusia, iaitu kematian!
18. Bagaimanakah tugas yang Yehuwa berikan ke-pada Adam akan terlaksana ke-pada akhirnya? Habel, manusia pertama yang mati,
akan meraih manfaat daripada korban tebusan Yesus (Lihat perenggan 13)
PAULUS menghargai mereka yang bekerja keras untuk menye-barkan berita baik. Dia menulis, “Kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga beker-ja untuk membantu mereka, dan bagaimana kamu berharap de-ngan teguh kepada Tuhan.” (1 Tes. 1:3) Yehuwa juga menginga-ti semua yang kita lakukan untuk menyembah-Nya, sama ada kecil atau besar.—Ibr. 6:10.
2Ramai orang Kristian telah membuat banyak pengorbanan
untuk berkhidmat kepada Yehuwa. Dalam rencana ini, kita akan membincangkan beberapa contoh pada abad pertama. Kita juga akan belajar tentang pekhidmat sepenuh masa pada hari ini dan cara kita boleh membantu mereka.
ORANG KRISTIAN ABAD PERTAMA
3Selepas dibaptis, Yesus memulakan kerja penyebaran
sedu-nia. (Luk. 3:21-23; 4:14, 15, 43) Selepas Yesus mati, para
1. Apakah perasaan Paulus terhadap mereka yang bekerja keras untuk me-nyebarkan berita baik?
2. Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini?
3, 4. (a) Pada abad pertama, bagaimanakah saudara saudari berkhidmat kepada Yehuwa? (b) Bagaimanakah pekhidmat sepenuh masa pada abad pertama menampung perbelanjaan?
Hargailah Pekhidmat
Sepenuh Masa
‘Kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka.’—1 TES. 1:3. APAKAH JAWAPAN
ANDA?
Pada abad pertama, bagai-manakah saudara saudari berkhidmat kepada Yehuwa? Bagaimanakah orang lain membantu mereka?
Mengapakah anda meng-hargai pekhidmat sepenuh masa?
Bagaimanakah anda boleh membantu pekhidmat sepenuh masa?
rasul mengambil pimpinan untuk mene-ruskan kerja ini. (Kis. 5:42; 6:7) Sesetengah orang Kristian abad pertama meninggal-kan rumah dan berkhidmat sebagai muba-ligh. Contohnya, Filipus menginjil di dae-rah Palestin. (Kis. 8:5, 40; 21:8) Paulus pula menginjil di banyak tempat yang jauh dari rumahnya. (Kis. 13:2-4; 14:26; 2 Kor. 1:19) Yang lain, termasuk Markus, Lukas, dan Silas berkhidmat sebagai penulis atau penyalin Bible. (1 Ptr. 5:12) Ramai sau-dari juga bekerja bersama mereka. (Kis. 18:26; Rm. 16:1, 2) Kita boleh membaca ki-sah mereka yang menarik dalam Kitab Yunani Kristian. Kisah-kisah ini mengi-ngatkan kita bahawa Yehuwa menghargai kerja umat-Nya dan menjaga keperluan mereka.
4Bagaimanakah pekhidmat sepenuh
masa pada abad pertama menampung per-belanjaan? Mereka tidak menuntut ban-tuan daripada saudara saudari. (1 Kor. 9: 11-15) Jadi, ada kalanya mereka melakukan kerja sambilan. Namun, ada individu atau sidang yang sudi menyokong mereka de-ngan menjemput mereka untuk makan, menyediakan tempat tinggal, atau mem-bantu dalam cara lain.—Baca Kisah 16: 14, 15; Filipi 4:15-18.
PEKHIDMAT SEPENUH MASA HARI INI
5Hari ini, ramai menyertai pelbagai
je-nis khidmat sepenuh masa. (Lihat ko-tak “Pelbagai Khidmat Sepenuh Masa.”) Apakah perasaan mereka tentang khidmat yang mereka pilih? Tentu anda akan di-galakkan apabila mendengar pengalaman mereka. Contohnya, seorang saudara yang pernah berkhidmat sebagai perintis biasa, perintis khas, mubaligh, dan ahli Bethel di negara asing berkata, “Menyertai khidmat sepenuh masa adalah keputusan terbaik
5. Apakah yang dikatakan oleh sepasang suami is-teri tentang khidmat sepenuh masa?
yang pernah saya buat. Semasa berumur 18 tahun, saya perlu memilih sama ada be-lajar di universiti, mengejar kerjaya dunia-wi, atau menjadi perintis. Pengalaman saya menunjukkan bahawa Yehuwa tidak melu-pakan pengorbanan yang saya lakukan un-tuk berkhidmat sepenuh masa. Saya dapat menggunakan semua kebolehan yang Ye-huwa berikan. Hal ini tidak mungkin terja-di jika saya memilih kerjaya duniawi.” Iste-rinya pula berkata, “Semua tugas daripada Yehuwa membantu saya untuk bertumbuh secara rohani. Kami berkali-kali merasai perlindungan dan bimbingan Yehuwa. Hal ini tidak mungkin terjadi jika kami hanya mahu hidup selesa. Saya bersyukur kepa-da Yehuwa setiap hari kerana kepa-dapat me-nikmati khidmat sepenuh masa.” Adakah anda juga ingin berasa sedemikian tentang hidup anda?
6Ada yang tidak dapat berkhidmat
se-penuh masa. Walaupun begitu, mereka berkhidmat dengan sepenuh hati kepada Yehuwa. Sudah pasti khidmat mereka sa-ngat bernilai bagi-Nya. Fikirkan bagaima-na Paulus menunjukkan penghargaan ke-pada saudara saudari di sidang Kolose.
(Baca Filemon 1, 2.) Begitu juga, yakinlah
bahawa Yehuwa amat menghargai khidmat anda. Namun, bagaimanakah anda dapat membantu pekhidmat sepenuh masa?
MEMBANTU PARA PERINTIS
7Seperti penginjil pada abad pertama,
perintis hari ini merupakan sumber gala-kan kepada sidang Kristian. Mereka me-luangkan kira-kira 70 jam setiap bulan un-tuk menginjil. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka?
6. Apakah perasaan Yehuwa tentang khidmat kita kepada-Nya?
7, 8. Apakah yang dilakukan oleh perintis biasa? Bagaimanakah penyiar boleh membantu para pe-rintis?